The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini memberi anda motivasi berkenaan dengan bulan Ramadan agar kita dapat lebih menghayati erti Ramadan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Faidhi Mawardi, 2023-02-07 23:41:10

TAZKIRAH RAMADAN 2011

Buku ini memberi anda motivasi berkenaan dengan bulan Ramadan agar kita dapat lebih menghayati erti Ramadan

51 12. Bersungguh-sungguh meraih lailatulqadar Merupakan malam yang paling mulia dalam satu tahun dan tiada keutamaan yang menyerupainya. Ibadat pada malam itu lebih baik daripada 1000 bulan. Terdapat hadis yang menyebut bahawa malam tersebut jatuh pada salah satu malam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan, terutamanya pada malam-malam ganjil. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang bangun pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka ALLAH S.W.T akan mengampuni dosadosa nya yang terdahulu.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Lailatulqadar ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (alQuran) ini pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin TUHAN mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun


52 yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” - Surah al-Qadr: 1-5 ALLAH S.W.T memberitahu bahawa DIA menurunkan al-Quran pada malam lailatulqadar, iaitu malam yang penuh dengan keberkatan. ALLAH S.W.T berfirman:  R[Wm›W v% VÙkV r¯Û È O›R<ÙWs5U   5¯ Maksudnya: “Sesungguhnya KAMI menurunkannya pada suatu malam yang diberkati.” - Surah ad-Dukhaan: 3 Dan malam itu berada pada bulan Ramadan, sebagaimana firman ALLAH S.W.T: Ä DXÄ×m Á Ù °Oj°ÙW$­s5 Ê Ýs° Š  WD²W%Xq Ä m×M\ Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan alQuran.” - Surah al-Baqarah: 185 Ibnu Abbas r.a berkata: “ALLAH S.W.T menurunkan al-Quranul Karim keseluruhannya secara sekali gus dari lohmahfuz ke BaitulIzzah (langit pertama) pada malam lai-


53 latulqadar. Kemudian diturunkan secara beransuransur kepada Rasulullah s.a.w sesuai dengan pelbagai peristiwa selama 23 tahun.” Malam itu dinamakan lailatulqadar kerana keagungan dan keutamaannya di sisi ALLAH S.W.T. Pada saat itu ditentukan ajal, rezeki dan sebagainya selama setahun. Sebagaimana firman ALLAH S.W.T: §­¨ #2j¦\O"mÙ%U r#Å ÅWmÙÝÄcSMn°Ù Maksudnya: “Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta tetap berlaku.” - Surah ad-Dukhaan: 4 ALLAH S.W.T juga menjelaskan keutamaan malam itu dengan firman-NYA: §¬¨  m×M\ ªÙU ÕC°K% ¸ n×m\] ®qÕiV Ù Å VÙkV Maksudnya: “Lailatulqadar itu lebih baik daripada 1000 bulan.” - Surah al-Qadr: 3 Ini bermakna, beribadat pada malam itu dengan bersolat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa adalah sama nilainya dengan beribadat selama 1000 bulan iaitu


54 bersamaan dengan 83 tahun empat bulan. Lalu, ALLAH S.W.T memberitahu tentang kelebihan dan nikmatnya dengan malaikat yang turun pada malam itu, termasuk Jibril a.s. Mereka turun dengan membawa perkara kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir ALLAH S.W.T. Seterusnya, ALLAH S.W.T menambahkan kelebihan malam tersebut dengan firmanNYA: §®¨ ­mÕH[ÝÙ §ÌQ Õ¼W% ³  /\O `q°F Î2›Q \y Maksudnya: “Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” - Surah al-Qadar: 5 Ini bermakna malam itu adalah malam yang penuh dengan kesejahteraan dan kebahagiaan. Tidak ada sedikit pun kecacatan di dalamnya, sehinggalah terbitnya fajar. Pada malam itu, para malaikat termasuk Jibril a.s mengucapkan salam kepada orang yang beriman. Rasulullah s.a.w juga menyebut tentang kelebihan melakukan qiamullail pada malam tersebut. Baginda bersabda: “Barang siapa melakukan solat malam pada saat lailatulqadar kerana iman dan mengharap pahala ALLAH S.W.T, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


55 Manakala mengenai waktu lailatulqadar itu, Rasulullah s.a.w bersabda: “Carilah lailatulqadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” - Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya Malam-malam ganjil itu ialah malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Aisyah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya: “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatulqadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?” Baginda menjawab, katakanlah: “Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun, ENGKAU mencintai pengampunan maka ampunilah aku.” - Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah Seharusnya kita sentiasa bersemangat dan bersungguhsungguh memenuhi malam-malam tersebut dengan solat, zikir, doa, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian kita merasai kelebihan lailatulqadar, sehingga kita dapat menikmati kebahagiaan yang kekal di syurga. Pada malam tersebut, hendaklah kita berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah:


“Ya ALLAH... perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku. Dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan ini untuk aku berbuat kebaikan, dan kematian menghentikanku daripada setiap kejahatan. Ya ALLAH... bebaskanlah aku daripada seksa api neraka, dan lapangkanlah untukku rezeki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Zat Yang Hidup dan terus-menerus mengurus makhluk-NYA.” 56


57 Kesilapan Pada Bulan Ramadan Antara kesilapan yang sering berlaku ketika berpuasa ialah: 1. Solat witir selepas tarawih Sabda baginda s.a.w yang bermaksud: “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam.” Tidak salah melakukan solat sunat witir selepas solat tarawih. Cuma, jika seseorang itu yakin akan ke mampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka lebih afdal melewatkan witirnya pada akhir malam. 2. Bersahur Ada di kalangan individu yang bersahur pada waktu


58 tengah malam sebelum tidur kerana malas bangun pada akhir malam. Orang yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi s.a.w dan pastinya ber tentangan dengan sunah baginda. 3. Tidak produktif Ada juga segelintir individu yang bermalas-malasan dan tidak produktif dalam melakukan kerja-kerja pada siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yang dilakukan dengan niat ibadat pasti akan menambahkan pahala pada bulan yang mulia ini. 4. Tidak ikhlas dalam beribadat Setiap kali kedatangan Ramadan, ramai jemaah yang hadir ke masjid atau surau untuk memakmurkannya. Ada yang datang kerana kemeriahannya dan mengharapkan ‘moreh’nya sahaja. Maka, amat malanglah bagi mereka yang hadir ke masjid bukan di atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala ALLAH S.W.T. Ingatlah bahawa setiap amalan kita dikira dengan niat. Semoga salah faham tentang amalan- amalan yang dinyatakan dapat diperbetulkan dan kita dapat mem pertingkatkan lagi tingkat ibadat sesempurna mung kin. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan demi kebaikan bersama.


59 Rukun Puasa Rukun puasa ada tiga: 1. Orang yang berpuasa. 2. Niat. 3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa : 1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti Ramadan, nazar, kifarah dan sebagainya. 2. Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Adapun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir matahari. Kedua, belum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa. Sempurnakan Puasamu


60 3. Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa sekalian Ramadan dengan sekali niat pada awal Ramadan(malam pertama). Dan berhubung dengan pendapat Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya. Lafaz niat puasa Ramadan: Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana ALLAH TAALA.” Doa Berbuka Puasa Maksudnya: “Ya ALLAH bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.” Pengertian Sunat Tarawih Tarawih ertinya beristirahat. Ia dikerjakan selepas solat isyak


61 sehingga menjelang fajar. Solat tarawih ini hanya dilakukan pada bulan Ramadan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya lapan rakaat dengan tiga witir atau 20 rakaat dengan tiga witir. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan ALLAH maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.” Hukum Solat Sunat Tarawih 1. Hukumnya sunat muakad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. 2. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat ibadat orang Islam. Waktu Solat Sunat Tarawih Selepas menunaikan solat fardu isyak dan sunat ba’diah dua rakaat. Rakaat Solat Sunat Tarawih: 1. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang


62 hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja. 2. Pada zaman Rasulullah s.a.w, solat tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat. 3. Pada zaman Khalifah Umar bin al- Khattab r.a pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. 4. Solat sunat tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap lapan dengan sekali takbiratulihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. 5. Lafaz niat solat sunat tarawih: Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat makmum kerana ALLAH TAALA.” Waktu Imsak Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib) disertai dengan niat dan syarat-syarat tertentu. Dalil waktu bermulanya puasa adalah sebagaimana firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:


“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib).” Berdasarkan dalil tersebut, maka jelaslah bahawa waktu puasa itu bermula apabila masuknya waktu subuh. Hal ini telahpun disepakati oleh ijmak ulama. Adapun waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Quran yang sederhana panjang. Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu. Waktu imsak ini adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/ minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap untuk menantikan masuk waktu subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopohgapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Jadi jelaslah apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh). Kesimpulannya, mereka yang makan/minum ketika waktu imsak (10 minit sebelum masuknya waktu subuh) tidaklah membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuk waktu subuh. Meninggalkan sunah Rasulullah s.a.w dengan sengaja tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji. Demi menjaga kesempurnaan ibadat puasa kita dan lebih beradab dalam melaksanakan perintah ALLAH, maka adalah baik jika kita mengikut panduan yang diberi. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui. Ingin menjadi penulis? Hantarkan manuskrip anda kepada: [email protected] 019-2557380/ 03-51013836


BACA @ RAMADAN Perkemaskan ilmu di dalam dada untuk mendapatkan jalan lurus ALLAH Maha Penyayang. Belailah Kalbu Damaikanlah jiwa agar lunak menerima apa jua dugaan. Bersihkanlah hati agar menerima cabaran dengan tenang dan kesulitan bukan lagi penghalang kebahagiaan. Rinduku Pada Baitullah Kuatkan tekad dan kesungguhan untuk ke rumahNYA, Baitullah al-Haram. Rasailah keseronokan, kedamaian dan ketenangan berada di bumi Raudhah ini. Manisnya Iman Menyelami isu-isu semasa yang melingkari kehidupan seharian. Merangkumi kemusykilan berkaitan ibadat, akhlak, fahaman, akidah dan ilmu. Padat dan bermanfaat. TUHAN... Terimalah Aku Himpunan kisah benar yang dialami oleh jemaah haji atau umrah sewaktu di Tanah Suci. Jadikan yang baik sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan. RM19.90 432 halaman 550 gm RM16.00 320 halaman 400 gm RM19.90 452 halaman 550 gm RM16.00 320 halaman 400 gm Dapatkan Koleksi Buku KARYA BESTARI Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf


BACA @ RAMADAN Perkemaskan ilmu di dalam dada untuk mendapatkan jalan lurus ALLAH Maha Penyayang. Belajar Tajwid Dengan Berkesan Manual ringkas mempelajari hukum bacaan al-Quran. Bermula dengan pengenalan huruf, sifat-sifat huruf, tanda baca hinggalah pecahan hukum tajwid. Terima Kasih TUHAN atas Cinta Ini Mengadun 1001 rasa suka duka, pengalaman serta sketsa kehidupan, Mendidik hati dengan menjadikan agama dan sunah sebagai tunjang peribadi. Doa & Tip Keluarga Bahagia Memuatkan pedoman kehidupan agar tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Bangkitlah Selepas Bercerai Perceraian itu bukan penamat segala kebahagiaan. Santapan jiwa buat mereka yang bercelaru akibat kecundang; sama ada diceraikan atau menceraikan. RM19.90 152 halaman 300 gm RM18.00 440 halaman 550 gm Belajar Tajwid Dengan Berkesan RM19.90 152 hal Terima Kasih TUHAN atas Cinta Ini M d 1001 k d k l RM18.00 440 halaman 550 g Doa & Tip Keluarga Bahagia Bangkitlah Selepas Bercerai P i it b k t l k b h i RM18.00 408 halaman 500 gm RM16.00 320 halaman 400 gm Dapatkan Koleksi Buku KARYA BESTARI Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf


BACA @ RAMADAN Perkemaskan ilmu di dalam dada untuk mendapatkan jalan lurus ALLAH Maha Penyayang. Dapatkan Koleksi Buku KARYA BESTARI Doa & Tip Khas Untuk Pelajar Menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara nasihat buat anakanda tercinta. Ingatlah... redha Rabbul Jalil terletak pada redha seorang ibu. Zakat Terapi Kekayaan Pasakkanlah di dalam dada bahawa apa jua harta yang kita ada, hendaklah diladeni ke jalan yang diredhai kerana itulah tanggungjawab kita di sisi Rabbul Izzati. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah Jadikanlah pesanan Rasulullah ini sebagai kayu ukur amalan kita dan peringatan agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Manfaatkanlah sebaiknya. Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Pentadbirannya dipimpin sepenuh hati berbekalkan penyerahan pada ILAHI. Itulah pengurusan insan istimewa Umar Abd Aziz... pemimpin idola sepanjang zaman. RM11.00 256 halaman 300 gm RM15.00 288 halaman 300 gm RM18.00 416 halaman 500 gm RM18.00 456 halaman 550 gm p Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf


BACA @ RAMADAN Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf


Kisah Nabi Muhammad Syima Syawal Hasil penulisan seorang guru agar pelajar mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. RM5.00 20 halaman 100 gm Kisah teladan Nabi Muhammad yang diceritakan oleh seorang ibu kepada tiga orang anaknya, Abdul Hasif, Abdul Hafi y dan Abdul Hariz. Kisah Nabi Adam Syima Syawal RM5.00 20 halaman 100 gm Kisah Nabi Musa Syima Syawal RM5.00 20 halaman 100 gm Kisah teladan Nabi Adam yang diceritakan oleh seorang ibu kepada tiga orang anaknya, Abdul Hasif, Abdul Hafi y dan Abdul Hariz. Kisah teladan Nabi Musa yang diceritakan oleh seorang ibu kepada tiga orang anaknya, Abdul Hasif, Abdul Hafi y dan Abdul Hariz. Doa & Tip Khas Untuk Pelajar Norlela Ibrahim RM12.90 128 halaman 150 gm BACA @ RAMADAN Dapatkan Koleksi Buku Prima Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf


BACA @ RAMADAN Hanya yang terbaik dari Grup Buku Karangkraf


KAEDAH PENGIRAAN PESANAN BERAT KADAR POS DARI HINGGA SEMENANJUNG SABAH & SARAWAK 0.00G 500G 501G 1KG 1.1KG 1.5KG 1.51KG 2KG 2.01KG 2.5KG 2.51KG 3KG 3.01KG 3.5KG 3.51KG 4KG 4.01KG 4.5KG 4.51KG 5KG 5.01KG 5.5KG 5.51KG 6KG RM7.00 RM8.50 RM10.00 RM11.50 RM13.00 RM8.50 RM10.00 RM11.50 RM13.00 RM16.00 RM17.50 RM20.50 RM22.50 RM25.00 RM26.50 RM29.50 RM31.00 BRUNEI/S’PURA KURANG 500 gm 20 gm pertama = 0.90 sen 10 gm berikut = 0.35 sen label = RM 3.50 LEBIH500gm CARANYA MUDAH! LANGKAH 1: Buat pilihan buku anda. LANGKAH 2: Campurkan jumlah berat bagi buku pilihan. Contoh: Raihlah Bahagia (400 gm) + Kasihmu Semerbak Firdausi (450 gm) + Talfi q (150 gm) + Solat Bestari (500 gm). Jumlah berat: 1.5kg. LANGKAH3:


6.01KG 6.5KG 6.51KG 7KG 7.01KG 7.5KG 7.51KG 8KG 8.01KG 8.5KG 8.51KG 9KG 9.01KG 9.5KG 9.51KG 10KG Berat dibenarkan hingga 30kg. RM14.50 RM16.00 RM17.50 RM19.00 (Caj Rm1.50 bagi setiap tambahan 1kg) RM34.00 RM35.50 RM38.50 RM40.00 RM43.00 RM44.50 RM47.50 RM49.00 (Caj Rm1.50 bagi setiap tambahan 500gram) LEBIH 500 gm 250 gm pertama = RM17.60 250 gm berikut = RM2.10 label = RM 3.50 LANGKAH 3: Sila rujuk carta kos pos Lihat harga pos bagi berat tersebut. Pastikan Semenanjung / Sabah Sarawak / Brunei / Singapura (Kos pos bagi setiap tempat adalah berbeza). JUDUL HARGA (selepas tolak 20%) BERAT (lihat disenarai harga) KOS POS (lihat jadual pengiraan kadar pos) JUMLAH SEMUA (harga + kos pos) 1. Raihlah Bahagia 2. Kasihmu Semerbak Firdausi 3. Talfiq 4. Solat Bestari RM 12.00 RM 12.00 RM 5.60 RM 15.92 400gm 450gm 150gm 500gm Campurkan berat buku bagi semua buku kemudian padankan berat dijadual. Contoh: JUMLAH RM45.52 1500gm (Sem: 7.00) (Sabah/Swk: RM11.50) (Brunei/Singapura: RM23.20) (Sem: Rm52.50) (Sabah/Swk: RM57.00) (Brunei/Singapura: RM68.70)


Kepada: Unit Langganan, Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., Lot 2, PJalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor 40200 Shah Alam, Selangor. BORANG LANGGANAN JUDUL HARGA (less 20%) BERAT (lihat di senarai harga) KOS POS (lihat jadual) JUMLAH SEMUA (harga + kos pos) Campurkan berat buku bagi semua buku LAYARI KAMI DI www.alaf21.com.my LAYARI KAMI DI www.karyabestari.blogspot.com http://www.facebook.com/#!/oasisbuku?ref=ts LAYARI KAMI DI www.bukuprima.com.my Adblhbt


JUMLAH Nilai pembelian Jumlah berat kesemua buku Kos Pos mengikut berat keseluruhan Campurkan nilai pembelian & kos pos Bersama-sama ini disertakan MO/PO/CEK berjumlah RM_____________ atas nama GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. sebagai bayarannya. Kirimkan buku tersebut kepada: Nama: ______________________________________________ Alamat: _____________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ Status:__________________ Tarikh Lahir:__________________ Emel: _____________________________________________ No. K/P:____________________________________________ Pekerjaan:__________________________________________ Tel Rumah:________________ Tel Pejabat:________________ Bilangan Anak:______________ No. Akaun Alaf:___________ T/Tangan:__________________Tel: h/p:___________________ Sebarang pertanyaan sila hubungi: RJ Shahfaizal: 017-5782309 / Hanafi : 019-2297371 / Ibrahim: 013-3330591 / Nizam: 019-2297267 / Wan Rohana: 019-2557380 Anda boleh membuat bayaran secara bank in - bayar (menurut harga buku) terus ke akaun GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. (MBB 014271416077). Fakskan slip bank (nyatakan nama, judul buku, alamat, no. tel dan akaun alaf (jika ada). No. Faks: 03-51013685


“YA ALLAH... inilah bulan Ramadan yang di dalamnya ENGKAU telah turunkan al-Quran. Aku berlindung dengan kekuasaan-MU yang mulia, wahai Pemilik fajar yang terbit dari malam-malamku dan Pemilik bulan Ramadan yang sudah berlalu ini. Kepada-MU aku mengadu akan kesalahan dan dosaku yang dengannya ENGKAU akan menyeksaku pada hari perjumpaan dengan-MU kelak. Ya ALLAH... janganlah ENGKAU jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya ENGKAU menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan sia-sia. Ya ALLAH... jadikanlah puasaku di dalamnya mendapatkan pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaan-MU dan daripada Rasul-MU serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok, dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga baginda s.a.w yang suci.” www.alaf21.com.my / www.karyabestari.blogspot.com Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. No. Tel: 03-5101 3836/3683/3684 Faks: 03-51013685


Click to View FlipBook Version