The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fkamius, 2023-11-08 01:52:23

WARISAN BUDAYA MALAYSIA

FINAL ETIKA'S PRESENTATION

Keywords: warisan budaya malaysia (kaum di Malaysia)

NAME MATRIC NUMBER FAZERA KAMIUS MS230923268 DEIDREY DENNIS MS230923267 ALY ANINA MS230923316 ERICA J. GRACE MS230923277 COURSE CODE : MPU3183 COURSE TITLE: PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN COURSE LEADER: PUAN NOORHUDA BINTI ABDUL KARIM LECTURER: MISS NUR FIRZANA ROSMAN ASSIGNMENT TITLE: BUKU SKRAP DIGITAL (E-FOLIO) ASSIGNMENT 2- 30%


PENGENALAN: WARISAN BUDAYA MALAYSIA alaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang man dan harmoni serta mempunyai pelbagai kaum yang dup secara harmoni. Malaysia terdapat pelbagai kaum yang mempunyai dat istiadat tersendiri dan mempunyai keunikan rsendiri dari segi pakaian tradisional, makanan, seni rian, dan seni alat muzik. engan itu disini terdapat beberapa kaum yang telah ami kaji antaranya ialah kaum KadazanDusun, kaum ungus dan kaum Melayu. ntara elemen-elemen yang dikaji ialah seni alat muzik, eni tarian, makanan dan pakaian tradisional.


KAUM KADAZAN DUSUN ● Kaum Kadazandusun merupakan kaum bumiputera terbesar di Sabah, yang berasal dari indo-China. ● Sebanyak 27 suku kaum antaranya ialah Dusun Labuk, Dusun Lotud, Dusun Tindal dan banyak lagi


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN ● Pakaian tradisional masyarakat kadazan penampang, biasanya kaum wanita memakai baju pendek sinuangga dan berkain labuh ● Seterusnya, mereka memakai tali pinggang himpogot diikuti dengan selendang batik. ● Mereka memilih baju berwarna hitam kerana warna hitam melambangkan kekuasaan dan warna ketuhanan. ● Seterusnya untuk kaum lelaki pula biasanya mereka memakai pakaian Gaung, baju ini selalunya menggunakan kain hitam dan bersulamkan benang emas. ● Baju ini sesuai dan selalu dipakai ketika pesta menuai dan ketika perayaan ‘Tadau Kamaatan


MAKANAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN ● Hinava Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar serta dicampurkan dengan biji bambangan yang sudah diparut, seterusnya diikuti dengan cili merah, halia dan bawang. Tuhau Tuhau yang diperbuat daripada tumbuhan E. coccinea, batang tuhau akan dihiris dan dihancurkan, tuhau juga selalunya dicampurkan cuka dan cili merah untuk memberikan rasa yang lebih enak. ● Bosou Bosou yang dikenali juga sebagaitonsommerupakan makanan tradisi kadazan makanan isi berupaseperti jeruk, ianya dicampur dengan ikan mentah serta dicampur dengan garam, nasi putih, buah-buah yang asam sepertinanas. ● Sup manuk lihing Dalam istilah Melayu ianya dikenali sebagai sup ayam lihing merupakan makanan istimewa bagi kaum Kadazandusun.


ALAT ALAT MUZIK KAUM KADAZANDUSUN BUNGKAU SOMPOTON KULINTANGAN GONG


Sompoton ● Sompoton ialah alat muzik yang sangat istimewa bagi kaum Kadazandusun, nama alat ini berasal dari perkataan ‘miampot’yang membawa maksud kesatuan.Sompoton ini mempunyai 8 paip bambu dan disambung dengan labu kering, alat ini akan ditiup atau disedut udara melalui mulut alat tersebut. ● BUNGKAU • Alat muzik ini selalunya dimainkan ketika pesta menuai, bungkau ini diperbuat daripada kayu lampakid dan kayu polod, seterusnya, badan bungkau ini diperbuat daripada kulit luar kelapa. Pelbagai bunyi irama yang indah dapat dihasilkan apabila seseorang menggerakkan kedudukan lidah dan bentuk mulut mereka • GONG ● Gong diperbuat daripada besi logam. Besi ini akan dipukul menggunakan penukul khas. Gong juga merupakan alat muzik yang terkenal dalam kaum Kadazandusun yang sering dimainkan ketika majlis keramaian. ● Bukan itu Sahaja gong juga akan dimainkan secara meluas dalam negeri Sabah. ● Pelbagai bentuk/saiz gong yang ada, biasanya gong kecil mengeluarkan bunyi yang lebih nyaring. KULINTANGAN Alat muzik kulintangan biasanya dimainkan ketika majlis Perkahwinan ataupun upacara penting lain,hal ini kerana alat muzik ini akan mengeluarkan bunyi yang merdu dan harmoni bagi menceriakan suasana majlis. Kulintangan juga merupakan alat muzik yang paling terkenal dalam kalangan kaum Kadazandusun. Kulintangan mempunyai 8 sehingga 9 gong kecil, gong-gong tersebut disusun sebaris secara melintang dan diletakkan di atas rangka katil kayu, Setiap gong-gong tersebut menghasilkan bunyi yang berlainan apabila dipukul.


TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN DUSUN TARIAN SUMAZAU ● Tarian Sumazau merupakan salah satu tarian yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan dan juga paling popular di Sabah. Tarian Sumazau dilaksanakan untuk bertujuan,menyambut kedatangan ‘bambaazon’ iaitu semangat padi selepas aktiviti menuai padi. ● Penari lelaki dan Perempuan akan memakai baju tradisi tradisional Kadazandusun semasa menari, mereka akan mengangkat kedua-dua tangan mereka separas bahu dan mengibarkanibarkan kedua-dua tangan mereka seperti burung. ● Seterusnya mereka akan menggerakkan kaki mereka dengan bebebrapa Langkah kecil. ● Tarian ini biasanya dilaksanakan ketika majlis keramaian dan majlis perkahwinan.


WARISAN BUDAYA MALAYSIA PAKAIAN DAN ALAT MUZIK SUKU KAUM RUNGGUS


LATAR BELAKANG SUKU KAUM RUNGGUS Runggus merupakan salah satu kaum di Sabah dan juga merupakan penduduk asli kepulauan Borneo. Runggus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus, Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Runggus. “Rungus” berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari Kawasan Nunuk Ragang ke persisiran Pantai di semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. Aki Rungsud merupakan seorang tokoh momogunLaut yang membuka Kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama (Momogun) adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka Kawasan Bandau-Kudat sebagaiKawasan perdagangan barter yang terbesar di Rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogunrungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, Pisang, jagung,labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata “UNGUS” yang ertinya dalam Bahasa Malaysia adalah pasir.


Pakaian tradisi suku kaum momogun runggus - Pakaian tradisi lelakiRungus adalah sangat ringkas dengan hanya terdiri daripada sandai atau sopilangiaitu kainPanjang yang dipakai secarabersilang, Hokos ialah sejenis tali pinggang seperti kainyang biasanyamempunyai pelbagaiwarna seperti merah,hijaudan kuning. Sigar yang dikenali sebagai tengkolok selalunya dipakai oleh lelaki di bahagiankepalamanakalahbaju dan kain sarungyang biasanya dipakai Ketika melakukan tarian sumundai iaitu mongigol.


Pakaian tradisi rungus wanita - Pakaian Runggus Wanita terdiri daripada sisingal,tinggot,pinacol,banat,kimo saring,golinsung,tapi,sulau,longon banat,orot dan garing. - Pakaian tradisi Wanita runggus sarat dengan manik-manik yang direkacipta Sendiri. Wanita runggus pada zaman dahulusentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan seharianseperti memasak,mengangkat air dan menyulam. Kini pakaian ini hanyadipakai apabila terdapat majlis seperti kawin.


…… Suku kaum runggusdi Sabah memilihhitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripadakepercayaanbahawa warna hitam adalahlambang kekuasaanatau warna ketuhananyang mana dapatmelindungi si pemakaidaripada makluk-makluk halus yang jahat. Namunyang demikianada juga sesetengahpihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikandengancara hidup dan keadaansemulajadi pada waktu itu.Terdapat beberapa elemen-elemenpenting dalam pakaian tradisi sukukaum runggus sebagai contohpinakol, pinakol merupakan satu susunan, manik-manik halusyang diselimpangkandidadasi pemakai. Ia memiliki corak atau motif manusia, bungadan Binatang seperti seekor cicak. Corakyang terdapatpada pinacol ini sebenarnyamempunyai cerita atau Sejarah yang unik. Corak itu mengisahkan tentang mengenai seorangpahlawanyang gagah pada suatu masa dahulu. Menurutmitos, pada zaman dahulu Masyarakat Runggussentiasa berada dalam keadaanmerbahaya kerana sering dimusnahkan oleh seekor Binatang yang seakan-akan seperti seekor cicak besar. Kumpulan Binatang tersebut mengakibatkan Masyarakat Runggus tidakcukup sumber atau bekalanmakanan. Oleh itumereka memusnahkanBinatang berkenaan. Pakaian tradisional Masyarakat runggusmempunyai pelbagai warna yang mampu menambahkanseri si pemakai. Bagi kaum Wanita runggusbanat yang merupakan pakaianyang ketatdari paras bahu hingga ke paras pinggangdan dijahitkansehelai kain empat segi serta diletakkan butang. Pada bahagianTengah kain itudibuat satu belahan untuk memudahkan bahagian kepala memasuki banatberkenaan. Manakalahkainempat segi dibiarkan jatuhmenutupi bahagian bahu. Corakbanat merangkumi pelbagai jenis motif dan ini termasuklahseperti corakberlian, segi tiga, cangkukdan zigzags. Pada bahagianTengah banatpula biasanya diletakkan motif bentuk manusia lelakidan manusaiWanita dalam satu kotak berbentuk segi tiga. Pada setiapsudut segitiga itu pula diletakkanmotif berbentuk cicak hitam di atas padang yang berwarnaputih .


ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM RUNGGUS - Alat muzik ini dikenali sebagai tontog yang diperbuat daripada kayu dan kulit Binatang seperti kulit rusa. - Antara elemen yang terdapat dalam alat muzik ini ialah alat tersebut digunakan semasa majlis perkawinan yang bertujuan untuk memeriakan lagi majlis tersebut. - Alat muzik ini dikenali sebagai gong yang diperbuat daripada logam pembuatan gong ini mengambil masa yang lama untuk siap. - Alat muzik ini selalu digunakan Ketika dalam majlis perkawinan atau musim perayaan seperti sambutan hari kaamatan. - Alat muzik ini dikenali sebagai sumpit alat ini selalunya diperbuat daripada pokok buluh. - Menurut nenek moyang alat ini adalah alat pelengkap bagi seseorang yang ingin menyampaikan cerita pada seseorang apabila seseorang itu becerita mereka akan meniup alat ini agar alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang baik.


TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM RUNGUS . Terdapat beberapa tarian tradisional suku kaum rungus iaitu yang perna mongigol dan sumundai. . Tarian mongigol ini ialah hanya ditarikan oleh kaum lelaki Sahaja iaitu dimana seakan-akan seperti burung helang yang ingin terbang manakalah sumundai pula hanya ditarikan oleh kaum Wanita dimana tarian ini seakanakan burung yang sedang terbang. . Dalam tarian ini terdapat beberapa elemen penting contohnya tarian ini selalu di sembahkan waktu majlis perkawinan,pesta kaamatan dan majlis moginakan.


MAKANAN TRADISIONAL KAUM RUNGUS LINOPOT: . Linopot merupakan makanan tradisi kaum runggus sejak turun-temurun. Biasanya linopot ini diperbuat daripada nasi atau pun nasi dicampur dengan ubi dan dibungkus dengan daun yang dinamakan sebagai daun longkobungan. . Linopot selalu dibuat apabila majlis moginakan,pesta kaamatan dilakukan makanan ini sangat popular dikalangan Masyarakat kaum runggus. SINAMU: . Sinamu juga merupakan makanan utama bagi kaum runggus sinamu ini diperbuat daripada betik yang dibiarkan selama satu minggu untuk menjadikan rasa betik tersebut asam. . Sinamu ini merupakan symbol utama bagi kaum runggus bagi makanan tradisional yang diperkenalkan.


WARISAN BUDAYA MALAYSIA Alat Muzik Kaum Melayu


Kompang ● Kompang menjadi salah satu instrumen wajib dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu sehinggazaman sekarang. ● Kompang dipercayai pada awalnya merupakan sebuah instrumen yang dibawaoleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. ● Rangka kayunya dibuat daripada kayu keras kebiasaanya pokok nangkadengan kulit kambing yang ditarik menutupipermukaanya ● Mempunyai pelbagai saiz diantara 6 ke 15 inci ● Walaubagaimanapun, saiz kompang 12 atau 13 inci menjadi pilihan ramai keranaianya padan dengan masyarakat kita. Rebab • Menjadi salah satu instrument yang penting dalam persembahan mak yong,menorah dan wayang kulit. • Bunyi dihasilkan oleh alat muzik rebab ini mempu membuatkan kita rasa tenang dan damai. • Dibawa oleh pedagang Arab yang diberi nama sebagai „rabab‟ • „Rabab‟ pula dikatakan alatan muzik yang pertama menggunakan prinsip gesekan tali dengan menggunakan alat seperti busur untuk menghasilkan melodi


Gong ● Gong layak dikatakan peralatan paling tua serta paling meluas penggunaanya. ● Menjadi salah satu objek mewah yang hanyamampu dimiliki golongan bangsawan zaman dahulu ● Bahan utama yang digunakan bagi membuat gong adalah logam gangsa yang perlu ditempa dengan tangan. ● Bagi membezakan bunyi yang terhasil, logam lain seperti perak, emas, timah atau tembaga akan diadunkan ke dalam gangsa tadi bagi mendapatkan bunyi yang lebih dalam atau lebih lembut. • Gendang memainkan peranan yang besar dalamseni dan budaya masyarakat Melayu • Binaanya juga memerlukan rangka kayu kukuh sama ada pokok nangka, kelapa atau cempedak dengan bahagian kulitnya pula diperbuat daripada kulit kerbau untuk mendapatkan bunyi yang padu atau kulit kambing untuk mendapatkan bunyi yang lebih nyaring. • Gendang indung menjadi salah satu instrumen penting dalam persembahan gamelan. Gendang


Serunai ● Salah satu alat muzik yang menghasilkan bunyi yang amat mudah dikenali kerana kenyaringannya ● Persembahan silat dan upacara wayang kulit menggunakan melodi serunai sebagai penghias persembahan. ● Antaranya jenis serunai yang ada ialah serunai daun kelapa, batang padi, Kelantan, Aliran utara dan beberapa jenis lain ● Boleh diperbuat daripada bermacam jenis sumber bahan seperti batang padi, kayu, buluh, tanduk kerbau atau daun kelapa


WARISAN BUDAYA MALAYSIA Pakaian Tradisional Kaum Melayu


Baju Melayu Cekak Musang ● Istilah ini berhubunglangsung dengan polalingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau lehertegakempang leher ● Pengertian cekakmusang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggiberdiri (2.5cm) melingkari leher ● Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jarilain yang bertemu hujungnya ● Baju ini muladipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim IbniSultan Abu Bakar. Baju Melayu Teluk Belanga • Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19 • Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor • Walaubagaimanapun istilah ini akhirnyamenjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya 'Baju Melayu'


Baju Kurung ● Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaumwanita Melayu ● Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor padatahun 1866 ● Kebanyakan baju kurung diperbuat daripadakain suterayang halus dan lembut ● Baju kurung masakini ditambah dengan manic dan disulamdengan benang berwarnaemas bagiperhiasan baju kurung tersebut ● Baju kurung dijadikan sebagaipakaian kebangsaan di Malaysia ● Selain itu, bebagaimotif warna jugadigunakan bagimembuat corak pada pakaian baju kurung Baju Kebaya • Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanitaMelayu dan Indonesia • Selain baju kebaya biasa, terdapatjugabaju kebaya yang dikenali sebagaibaju belah kebaya panjang. Baju belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor • Baju belah kebaya panjang adalah sama dengan baju kebaya biasacuma terdapat perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya. • Bahagian hadapan baju ini adalah terdedah dan ditutup dengan kerongsang. • Pakaian ini jugadipakai dalam acara-acara rasmi ataupun dipakai pada majlis majlis keramaian


JENIS-JENIS MAKANAN DARI KAUM MELAYU 2 4


NASI KERABU NASI KERABU DIKABARKAN BERASAL DARI KELANTAN, DARI KALANGAN PERANAKAN PADA ABAD KE-15. PERANAKAN KELANTAN ADALAH KUMPULAN ETNIK YANG TERDIRI DARI TIGA BUDAYA IAITU MELAYU KELANTAN, THAILAND DAN CINA. NASI KERABU IALAH SATU HIDANGAN TRADISIONAL UNIK YANG MANA NASINYA BERWARNA BIRU DAN DIMERIAHKAN DENGAN CAMPURAN SAYUR SEGAR YANG DIPANGGIL KERABU. NASI KERABU BIASANYA DIHIDANG DENGAN LAUK SAMPINGAN SEPERTI AYAM, DAGING, IKAN ATAU TELUR MASIN, MENGIKUT CITARASA PERIBADI DAN SELERA TEKAK SETIAP ORANG.


lAKSA Asal usul laksa bermula ketika China pertama kali mengunjungi dan berdagang dengan penduduk setempat di Kepulauan Melayu pada awal abad ke-15. Perkahwinan antara orang China dengan penduduk setempat telah mencipta satu komuniti yang menarik yang dikenali sebagai Peranakan. Laksa Penang disajikan dengan hirisan timun, daun salad, telur, dan dihidangkan dengan kuah isi ikan memberikan gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan makanan ini menarik minat penggemar laksa dan juga pelancong luar. Laksa Johor pula mempunyai kisah menarik dan epik tersendiri. Ini kerana Laksa Johor adalah gabungan yang menggabungkan spageti Itali dan kuah gaya melayu. Makanan ini mempunyai sejarah lebih dari 100 tahun. 2 6


Putu piring Putu Piring ialah kuih tradisional Melayu atau pencuci mulut tempatan yang paling sedap dinikmati panas panas ketika musim hujan ni. Ia dibuat menggunakan tepung beras dan manakala intinya kelapa parut yang digaul dengan secubit garam dan gula aren. Putu piring menggunakan acuan putu piring yang ditutupi dengan kain muslin, atau kain putih jarang dan dimasak dengan teknik kukusan. Putu Piring merupakan kuih atau makanan tradisional yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berintikan gula melaka. Kemudian ia akan dikukus dalam kukusan khas dan dimakan bersama-sama dengan kelapa parut. 2 7


Jenis jenis tarian dari kaum melayu 2 8


Zapin Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kirakira pada abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagangpedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana. Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita. Tarian ini juga mempunyai struktur utama persembahannya sendiri yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu taksim, ragam dan kopak, dan wainab. Muzik tradisional seperti Lancang Kuning, Naan Sidi, Ya Salam dan banyak lagi akan mengiringi tarian ini supaya ianya lebih seronok. Sudah tentu tarian tradisional memerlukan para penari untuk turut memakai pakaian tradisional iaitu berbaju Melayu dan berbaju kurung atau sarung kebaya ketika mempersembahkan tarian zapin. 2 9


Joget Semasa masyarakat Portugis menduduki Melaka sekitar 1511, masyarakat majmuk tempatan mengadaptasi keasyikan Branyo dengan cara menarikannya di jalanan. Tarian ini dikenali sebagai 'Joget lambak'. Alat muzik, pantun seloka dan rentak muzik menyamai Branyo. Selepas beberapa generasi berlalu, irama joget dan tariannya berkembang ke dalam masyarakat Melayu Melaka. Perkembangan ini ditonjolkan melalui pesta yang diraikan seperti majlis kahwin dan sebagainya. Tarian Joget ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua, muda, lelaki dan wanita secara berpasangan. Orang yang sedang menari dikatakan berjoget atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget. Secara umum, indahnya joget terserlah dalam langkah-langkah yang tertib, perlahan, santun dan kadang-kadang melaju untuk pasangan meluahkan kegembiraan. 3 0


canggung Tarian Canggung merupakan tarian identiti Negeri Perlis.Tarian ini mula diperkenalkan dalam masa pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik beradik, Che Lian dan Che Intan, dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di Bandar Kangar. Mulai daripada persembahan ini berkembanglah Canggung ke seluruh Negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian yang masyhur. Asal usul tarian Canggung adalah menerusi tarian Rambong atau Makyong Laut yang telah ditokok tambah oleh masyarakat Negeri Perlis sehinggalah dikenali sebagai tarian Canggung. Setiap persembahan Canggung akan diiringi oleh kumpulan muzik dengan menggunakan peralatan seperti anak rebana, gong, gendang dan gesekan biola yang dibawa masuk dari negara Siam. Tarian Canggung selalunya akan digandingkan dengan tarian Cinta Sayang, Mak Inang, Ayam Didik dan Makyong Laut. 3 1


KESIMPULAN Malaysia amat terkenal dengan adanya Masyarakat majmuk dan tidak lupa pula mempunyai warisan budaya yang pelbagai. Etika dan peradaban sangat penting bagi semua masyarakat agar terus kukuh dan harmoni tanpa mengira kaum dan latar belakang. Etika dan peradaban dapat dikaitkan dengan warisan seni budaya kerana ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim masyarakat setempat. Seterusnya, keunikkan alat musik, tarian, makanan dan pakaian telah menjadi contoh rujukan kepada negara luar yang mana ianya telah menjadi suatu kebanggaan kepada negara kita. Hubungan yang aman dan harmoni telah mewujudkan etika dan peradaban yang baik serta hubungan yang erat sesama kaum dapat mengukuhkan perpaduan negara. Program kebudayaan seperti persembahan tarian tradisional, seni muzik dan peragaan pakaian tradisional dapat melibatkan semua kaum agar etika dan peradaban dapat dipupuk. Dengan itu semua kaumdapatmemupuk semangat sikap bekerjasamadansalingmenyayangi.


Click to View FlipBook Version