The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menerangkan meter dan skel dalam muzik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rrastyla04, 2023-03-05 21:00:47

Meter Dan Skel

Menerangkan meter dan skel dalam muzik.

Keywords: Meter dan Skel

METE R DAN S K EL Rastyla Rustin Yunsik MUZK 1113


PENGHARGAAN Saya Rastyla Rustin Yunsik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap pihak yang telah turut serta membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan e-portfolio ini tidak kira dari segi fizikal, mental mahupun rohani. Saya berharap dengan hasil kerja e-portfolio yang telah saya siapkan ini dapat membantu untuk memberi sedikit pendedahan mengenai meter tak lazim dan skel kepada masyarakat yang ingin menyelusuri pendidikan muzik ini dengan lebih mendalam. Berkaitan dengan pemarkahan tugasan eportfolio ini, saya berharap agar pensyarah dapat mempertimbangkan sedikit sebanyak kesilapan yang tidak saya sedari dalam e-portfolio ini.


Meter ISI KANDUNGAN 1. 1.1 Pengenalan meter 1.2 Meter tak lazim 2. Skel 2.1 Pengenalan skel 2.2 Skel major 2.3 Skel minor harmonik 2.4 Skel minor melodik


METE R


1.1 Pengenalan Meter Meter merupakan cara kita mengira bit mengikut kumpulan. Kiraan bit terbahagi kepada dua jenis iaitu kiraan bit genap dan ganjil. Kiraan bit genap(even meter) adalah seperti 1 2, 1 2 atau 1 2 3 4, 1 2 3 4. Manakala kiraan bit ganjil(odd meter) adalah seperti 1 2 3, 1 2 3. Apa pula yang dimaksudkan dengan kumpulan? Kumpulan merupakan jenis kumpulan not yang dikira dalam satu bar seperti 16=semikuaver, 8=kuaver, 4=krocet, 2=minim. Contoh Meter : Kiraan Bit Kumpulan Not Rajah 1.1 : 3 krocet bit dalam 1 bar. Kiraan Bit Kumpulan Not Rajah 1.2 : 4 minim bit dalam 1 bar.


1.2 Meter Tak Lazim Dalam meter lazim terdapat 3 kumpulan iaitu meter lazim duaan, meter lazim tigaan dan meter lazim empatan. Begitu juga dengan meter tak lazim mempunyai tiga kumpulan. Maksud duaan, tigaan dan empatan adalah jumlah bit yang dihasilkan dalam satu bar. Meter tak lazim biasanya mengandungi 3 not(mengikut jenis kumpulan not dalam meter yang diberi) dalam satu bit. Meter Tak Lazim Duaan : Meter Tak Lazim Tigaan : Meter Tak Lazim Empatan : 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 4 4 4


S K EL


2.1 Pengenalan Skel Skel atau dalam bahasa latin 'scala' bermaksud tangga. Skel ini terdiri daripada 8 not atau dipanggil sebagai satu oktaf yang disusun secara menaik atau menurun. Skel juga biasa dibaca menggunakan solfa iaitu do, re, mi, fa, so, la, ti, do'. Perkara ini adalah untuk memudahkan dan membiasakan pemuzik atau penyanyi mengenal pasti bunyi not apabila membaca skor secara semerta. Terdapat tiga jenis skel iaitu skel major, skel minor harmonik dan skel minor melodik. Selain itu, setiap skel mempunyai tanda kromat masing-masing iaitu shap dan flet agar dapat membezakan setiap skel. 2.2 Skel Major Skel major terbentuk mengikut susunan 5 ton dan 2 semiton iaitu T, T, S, T, T, T, S. Semiton yang pertama berlaku diantara 3-4 manakala semiton kedua berlaku diantara 7-8. Dalam skel major, solfa disusun seperti biasa iaitu do, re, mi, fa, so, la, ti, do'.


2.2.1 Skel major menaik dan menurun sehingga 4 shap(#) dan 4 flet( ).


2.3 Skel Minor Harmonik Skel minor terbahagi kepada tiga keluarga dan salah satunya ialah skel minor harmonik. Berbeza dengan skel major, skel minor harmonik dibentuk dengan mempunyai 3 semiton diantara 2-3, 5-6 dan 7-8. Keunikan skel minor harmonik terletak pada not ke-7 tidak kira menaik atau menurun. Not ke-7 akan dinaikkan satu semiton. Bunyi solfa bagi skel minor harmonik ini juga berbeza dengan bunyi solfa skel major iaitu la, ti, do, re, mi, fa, si, la'.


2.3.1 Skel minor harmonik menaik dan menurun sehingga 4 shap(#) dan 4 flet( ).


2.4 Skel Minor Melodik Skel minor melodik merupakan keluarga kedua dalam skel minor. Skel ini dibentuk dengan dua semiton diantara 2-3 dan 7-8. Keunikan bagi skel minor melodik pula terletak pada not ke-6 dan not ke-7. Kedua not tersebut akan dinaikkan satu semiton apabila skel menaik tetapi tidak akan berlaku perubahan apabila skel menurun.


2.4.1 Skel minor melodik menaik dan menurun sehingga 4 shap(#) dan 4 flet( ).


RUJUKAN Ng Bee Lang, (2012, November 24), Meter dan Tanda Masa Dalam Muzik. Blogspot. http://ngbeelang.blogspot.com/2012/11/me ter-tanda-masa-dalam-muzik-meter.html Cikgu Iqbal Comel, (2017, October 13), Jom Belajar Pendidikan Muzik. Blogspot. https://iqbalhashim19.wordpress.com/stru ktur-skel-major-dan-minor-harmonik/


Click to View FlipBook Version