The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maslinahayong, 2021-07-27 20:17:44

Geo Ting 3 - bab 1

Jadual dan graf

Standard Pembelajaran

Murid boleh:

1.1 Menerangkan ciri serta kegunaan jadual dan graf.
1.2 Menjelaskan dengan contoh graf bar mudah, graf

garisan mudah dan graf gabungan.
1.3 Membina jadual berdasarkan maklumat yang

diperoleh.
1.4 Membina graf bar mudah, graf garisan mudah dan

graf gabungan berdasarkan jadual.
1.5 Mentafsir jadual, graf bar mudah, graf garisan

mudah dan graf gabungan.

Kaedah Mendapatkan Maklumat

 Untuk mendapatkan maklumat, terdapat pelbagai
kaedah yang boleh digunakan

 Namun, kaedah yang digunakan perlu bergantung
kepada jenis maklumat yang hendak diperolehi

 Kaedah yang tepat penting bagi memastikan data
yang diperolehi bersesuaian dengan kajian yang
hendak dijalankan

Kaedah Mendapatkan Maklumat

• Data atau maklumat mengenai sesuatu kajian boleh
diperoleh menggunakan

 Soal selidik
 Temubual
 Rujukan internet
 Pemerhatian

Aktiviti

Jika kamu serta rakan-rakan diberi peluang untuk
menukarkan warna cat pada dinding kelas, apakah
warna yang akan kamu dan rakan-rakan akan pilih?
A. Merah jambu
B. Kuning
C. Biru laut
D. Hijau muda

Bagaimanakah kamu hendak mendapatkan maklumat
tersebut?

Pengenalan Jadual dan Graf

 Jadual adalah rekod data yang telah dikumpul dan
disusun.

 Data yang telah disusun memudahkan pengkaji dan
menjadikan kajian lebih bersistematik

 Data ini akan mudah dibaca dan ditafsirkan
 Data mentah biasanya dimasukkan ke dalam jadual

kekerapan terlebih dahulu yang direkod menggunakan
palang
 Kemudian, barulah jadual sebenar dibuat
menggunakan nombor yang mewakili palang yang
telah direkod

Membina jadual

• Setiap jadual perlu mempunyai tajuk, maklumat
data dan perangkaan

• Kelebihan jadual ialah mudah dibaca, lebih ringkas
dan cepat difahami

• Jadual kekerapan biasanya dibuat melalui
pemerhatian

• Bilangan yang terbanyak akan ditulis di bahagian
paling atas dan bilangan yang sedikit paling bawah

Jenis-jenis Graf

• Terdapat 3 jenis graf yang akan dipelajari iaitu

a) Graf bar mudah
b) Graf garisan mudah
c) Graf gabungan

Contoh-contoh graf

Graf bar Graf garisan Graf
mudah mudah gabungan

Kaedah Membina Graf Bar Mudah

• Graf bar mudah dipersembahkan dalam
bentuk palang atau bar

• Langkah-langkah melukis graf bar mudah
adalah seperti berikut :

a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar
b) Melabelkan paksi menegak dan mendatar
c) Pilih skala yang sesuai untuk menegak
d) Lukis bar bagi mewakili bilangan murid
e) Lengkapkan graf dengan tajuk dan petunjuk

Data 1 : Graf Bar Mudah

Cara Murid 3 Zamrud Datang Ke Sekolah

No Perkara Bilangan ( orang )
1 Bas 12
2 Kereta 8
3 Motosikal 6
4 Basikal 5
5 Lain-lain 4

Langkah 1

• Lukis paksi

Paksi Y menegak

dan paksi

mendatar

Paksi X

Bilangan (orang) Langkah 2

• Merujuk kepada nilai • Melabelkan
paksi
boleh ubah menegak
• Perlu ada unit data dan
mendatar

Jenis
kenderaan

Bilangan (orang) • Nilai tertinggi data Langkah 3
tersebut ialah 12
orang, oleh itu nilai • Pilih skala
di paksi Y mesti yang sesuai
melebihi 12

Jenis
kenderaan

Bilangan (orang) • Lukis bar mengikut Langkah 4
nilai yang terdapat di
dalam jadual • Lukis bar bagi
mewakili
Bas Kereta Motosikal Basikal Lain bilangan
murid

• Warnakan jika
kamu ingin
graf kamu
kelihatan
menarik

Jenis
kenderaan

-lain

Cara Murid 3 Zamrud Datang Ke Sekolah Langkah 5

Bilangan (orang) • Lengkapkan
graf dengan
• Tajuk perlulah ditulis tajuk dan
di bahagian atas graf petunjuk
(jika perlu)

Jenis

Bas Kereta Motosikal Basikal Lain kenderaan

-lain

Kaedah Mentafsir Graf Bar Mudah

 Perhatikan tajuk graf
 Perhatikan butiran pada setiap paksi
 Jelaskan data tertinggi dan data terendah
 Kaitkan dengan faktor-faktor yang

mempengaruhi data melalui lain-lain
maklumat atau pemerhatian

Contoh Tafsiran Graf Bar Mudah

Graf menunjukkan cara murid 3 Zamrud datang ke
sekolah. Jumlah murid yang terlibat ialah 35 orang.
Daripada 35 orang murid, cara murid datang ke sekolah
yang paling tinggi adalah dengan menggunakan bas
iaitu 12 orang. Ini diikuti dengan kereta seramai 8 orang
manakala motosikal pula seramai 6 orang dan basikal
seramai 5 orang. Data yang paling sedikit ialah lain-lain
seramai 4 orang. Hasil kajian menunjukkan, murid
memilih untuk menaiki bas kerana kediaman mereka
agak jauh daripada sekolah.

Kaedah Membina Graf Garisan Mudah

• Graf garis mudah dipersembahkan dalam
bentuk garisan

• Langkah-langkah melukis graf garis mudah
adalah seperti berikut :

a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar
b) Melabelkan paksi menegak dan mendatar
c) Pilih skala yang sesuai untuk menegak
d) Lukis garisan bagi mewakili bilangan naskah buku
e) Lengkapkan graf dengan tajuk dan petunjuk

Data 1 : Graf Garisan Mudah

Jualan Buku Modul Geografi Ting 3 Mengikut Bulan

No Bulan Bilangan (naskah)
1 Januari 4500
2 Februari 3000
3 Mac 5500
4 April 7000
5 Mei 10,000

Langkah 1

• Lukis paksi

Paksi Y menegak

dan paksi

mendatar

Paksi X

Bilangan (naskah) Langkah 2

• Merujuk kepada nilai • Melabelkan
paksi
boleh ubah menegak
• Perlu ada unit yang dan
mendatar
dikira

Bulan

Bilangan (ribu naskah) Langkah 3
• Nilai tertinggi data
tersebut ialah 10,000 • Pilih skala
naskah, oleh itu nilai yang sesuai
di paksi Y mesti
melebihi 10,000

Bulan

Bilangan (ribu naskah) Langkah 4
• Tandakan titik
mengikut • Tandakan
bulan yang titik yang
betul mewakili
bacaan data
Jan Feb Mac April Mei terlebih
dahulu

• Kemudian,
sambungkan
titik-titik
tersebut

Bulan

Jualan Buku Modul Geografi Ting 3 Mengikut Bulan Langkah 5

Bilangan (ribu naskah) • Tajuk perlulah ditulis • Lengkapkan
di bahagian atas dan graf dengan
ditengah-tengah graf tajuk dan
petunjuk
(jika perlu)

Jan Feb Mac April Mei Bulan

Contoh Tafsiran Graf Garisan Mudah

Graf menunjukkan jualan buku modul geografi
tingkatan 3 mengikut bulan. Daripada graf tersebut,
didapati jualan buku adalah tinggi pada bulan Januari
iaitu 4500 naskah. Namun, jualannya agak merosot
sebanyak 1500 naskah pada bulan Februari menjadikan
jualan hanya 3500 naskah. Pada bulan Mac sehingga
Mei, jualannya meningkat sehingga ke 10,000 naskah
buku. Nilai keseluruhan jualan buku dari Januari
sehingga Mei ialah 30,000 naskah.

Kaedah Membina Graf Gabungan

• Graf gabungan adalah yang mempunyai dua
bacaan di dalam satu graf

• Langkah-langkah melukis graf gabungan
adalah seperti berikut :

a) Lukis 2 paksi menegak dan paksi mendatar

b) Melabelkan paksi menegak dan mendatar

c) Pilih skala yang sesuai untuk menegak

d) Lukis bar dan garisan bagi mewakili kedua-dua
bacaan data

e) Lengkapkan graf dengan tajuk dan petunjuk

Data untuk Graf Gabungan

Jadual taburan hujan dan suhu di Bandar X
pada bulan Jan hingga Jun pada tahun 2018

Bulan J FMAM J
Suhu (ºC) 5 8 10 12 15 20
Hujan (mm) 100 80 150 100 50 40

Langkah 1

• Lukis 2
paksi
menegak
dan paksi
mendatar

HujanSuhu
(ºC)
Langkah 2(mm)

• Melabelkan
paksi
menegak
dan
mendatar

Hujan(mm) Suhu (ºC) Langkah 3

• Pilih skala
yang sesuai
untuk
menegak

• Tip!
• Buat skala

dan bar
untuk hujan
dahulu,
barulah
sesuaikan
untuk suhu

Hujan(mm) Suhu (ºC) Langkah 4

• Lukis bar
dan garisan
bagi
mewakili
kedua-dua
bacaan
data

Taburan hujan dan suhu di Bandar X
pada bulan Jan hingga Jun pada tahun 2018

Hujan(mm) Suhu (ºC) Langkah 5

• Lengkapkan
graf dengan
tajuk

Contoh Tafsiran Graf Gabungan

Graf menunjukkan taburan hujan dan suhu di
Bandar X pada bulan Januari hingga Jun pada tahun
2018. Taburan hujan di bandar X tidak sekata dan
taburan hujan tertinggi dicatatkan pada bulan Mac.
Pada bulan April dan Mei, hujan mencatatkan
penurunan bacaan. Suhu di bandar X mencecah 5ºC
pada bulan Januari. Ini menunjukkan suhu sejuk pada
awal tahun. Keadaan ini menggalakkan aktiviti
pelancongan di bandar X. Suhu kemudiaannya
meningkat sehingga 20ºC pada bulan Jun.


Click to View FlipBook Version