Pengangkutan
Di Malaysia
Disediakan Oleh
Zulhazlia Zulkifli
SMK Jenagor
21700 Kuala Berang
Hulu Terengganu
Di akhir pembelajaran, murid dapat
3.1.1 Mengenal pasti jaringan jalan raya dan jaringan landasan
kereta api di Malaysia
3.1.2 Mengenal pasti lapangan terbang antarabangsa dan
pelabuhan utama di Malaysia
3.1.3 Memberi contoh pengangkutan awam di Malaysia
3.1.4 Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan di Malaysia
3.1.5 Membezakan kepentingan pengangkutan darat, udara dan
air di Malaysia
3.1.6 Menilai kepentingan pengangkutan awam di Malaysia
3.1.7 Mencadangkan amalan pengangkutan dan perjalanan
lestari
Jenis pengangkutan Di Malaysia
• Pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
a) Pengangkutan darat
b) Pengangkutan air
c) Pengangkutan udara
• Pengangkutan penting kerana
• Meningkatkan ketersampaian sesuatu tempat
• Membolehkan pembukaan kawasan baru
• Meluaskan pasaran barangan
• Meningkatkan hubungan sosioekonomi bandar dan
luar bandar
Pengangkutan Darat
• Pengangkutan darat di Malaysia terdiri daripada jalan raya,
lebuh raya dan jalan kereta api
• Jalan raya merupakan pengangkutan darat terpenting di
Malaysia dan menghubungkan banyak kawasan di
Semenanjung Malaysia
• Jalan raya di Sarawak pula tertumpu di kawasan sepanjang
pantai barat yang menghubungkan Kuching, Bintulu sehingga
Miri
• Manakala di Sabah, jalan raya utama terdapat di sepanjang
pantai barat. Kawasan pantai timur pula dihubungkan dengan
jalan raya Kota Kinabalu - Sandakan
• Kini, lebuh raya juga merupakan laluan yang penting untuk
perjalanan yang jauh dan pengangkutan di bandar
khususnya di Semenanjung Malaysia.
• Pembinaan lebuh raya mampu
- Memendekkan masa perjalanan
- Meluaskan pasaran barangan
- Menghubungkan kawasan luar bandar
- Mengangkut hasil-hasil pertanian dan bahan mentah
Antara lebuh raya utama negara ialah
a) Lebuh raya Utara Selatan
b) Lebuh raya Timur Barat
c) Lebuh raya Pantai Timur
d) Lebuh raya Trans Borneo
Lebuh raya utama di Malaysia
Aktiviti 1:
Dapatkah kamu menamakan lebuh raya di atas?
Landasan Kereta api
• Di semenanjung Malaysia, terdapat dua sistem landasan
kereta api iaitu
a) Dari Padang Besar ke Johor Bahru di sebelah barat
b) Dari Tumpat ke Gemas di sebelah timur
• Gemas merupakan stesen persimpangan antara stesen
pantai barat dan stesen pantai timur
• Terdapat juga beberapa cabang lain yang menghubungkan
laluan ini dengan kawasan sekitarnya
• Kewujudan landasan kereta api di Malaysia berkait rapat
dengan sejarah perlombongan bijih timah
Laluan keretapi Utama di Malaysia
Tranformasi pengangkutan kereta
api di Malaysia
• Pengangkutan kereta api elektrik telah dibina di sekitar
bandaraya Kuala Lumpur pada awal 1980
• Kini, perkhidmatan ini giat dibangunkan di kawasan
bandar kerana
Mengelakkan kesesakan
Mengurangkan pencemaran
Selesa, cepat dan tepat
Mendapat permintaan tinggi penduduk di bandar
Menggalakkan kegiatan pelancongan
• Malah, pengangkutan kereta api kini bakal diperluaskan ke
kawasan pantai timur merangkumi negeri Kelantan, Pahang
dan Terengganu
Video
• Rancangan pembinaan ECRL di
pantai timur
Pengangkutan Udara di Malaysia
• Peningkatan ekonomi dan taraf hidup penduduk
menyebabkan permintaan terhadap pengangkutan udara
meningkat.
• Pengangkutan udara juga turut membantu menggalakkan
sektor pelancongan negara dengan peningkatan pelancong
datang ke Malaysia
• Sehingga kini, Malaysia mempunyai
a) enam lapangan terbang antarabangsa
b) 16 lapangan terbang domestik
c) 18 padang terbang
• Lapangan terbang KLIA juga merupakan antara lapangan
terbang terbaik di dunia
Pengangkutan Udara
1.Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi 4. Lapangan Terbang AntarabangsaSenai
2. Lapangan Terbang Antarabangsa P. Pinang 5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
3. Lapangan Terbang Antarabangsa KL/ KLIA2 6. Lapangan Terbang Antarabangsa K. Kinabalu
Video
• Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Domestik dan Antarabangsa di
Malaysia
• Malaysia mempunyai enam Lapangan Terbang
Antarabangsa yang menerima terus penerbangan
daripada luar negara iaitu,
- Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
- Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa K. Lumpur/ KLIA 2
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Pengangkutan Air
• Pengangkutan air terbahagi kepada dua iaitu
a) pengangkutan sungai
b) pengangkutan laut
• Pengangkutan sungai penting untuk pengangkutan
bagi negeri Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak
• Pengangkutan laut pula lebih tertumpukan kepada
aktiviti perdagangan antarabangsa
• Pelabuhan pula penting sebagai kawasan pemindahan,
pemunggahan, penyimpanan dan penyerahan kontena
Pelabuhan Utama Di Malaysia
1. Pelabuhan P. Pinang 4. Pelabuhan Kuantan
2. Pelabuhan Klang
3. Pelabuhan Tanjung Pelepas 5. Pelabuhan Bintulu
6. Pelabuhan Kontena Teluk
Sepanggar
Pengangkutan Awam Di Malaysia
• Terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam di
Malaysia meliputi semua jenis pengangkutan
Pengangkutan darat Pengangkutan air Pengangkutan udara
- Bas - Bot - Kapal terbang
- Teksi - Feri
- Monorel - Bot Ekspres
- Transit Aliran Ringan
(LRT)
- KLIA Ekspress
Faktor yang menggalakkan perkembangan pengangkutan di
Malaysia
Bentuk muka bumi
• Keadaan tanah rata sesuai untuk pembinaan jaringan pengangkutan
kerana ianya menjimatkan kos
Kemajuan teknologi
• Pembinaan terowong SMART dan projek MRT boleh dijalankan
dengan bantuan teknologi moden
Dasar kerajaan
• Projek jaringan pengangkutan yang moden dan menyeluruh
mendapat sokongan kerajaan untuk kemudahan rakyat
Kegiatan Ekonomi
• Kepesatan dan pembangunan ekonomi memerlukan sistem jaringan
pengangkutan yang cekap untuk meluaskan pasaranbarangan
Kepentingan Jaringan Membawa penumpang dan barangan
Pengangkutan di Malaysia Meningkatkan darjah ketersampaian
Pembangunan wilayah koridor ekonomi
Membangunkan bandar satelit
Meningkatkan sektor perniagaan
Membangunkan kawasan sekitar
Kepentingan Pengangkutan Awam yang
Sistematik Di Malaysia
• Mengurangkan kesesakan lalu lintas
• Memajukan industri pelancongan
• Mengurangkan kos berbanding kenderaan
persendirian
• Meningkatkan darjah ketersampaian
• Mengurangkan pencemaran udara
• Mewujudkan peluang pekerjaan
Video
• Penggunaan Bas Elektrik di
Putrajaya
Langkah Lestari Untuk Sistem Pengangkutan
Di Malaysia
Amalan pengangkutan lestari diwujudkan untuk
• Mengurangkan kos bahan api
• Mengelakkan kesesakan
• Membantu mengurangkan pencemaran
• Meningkatkan keselamatan
• Meminimumkan kemusnahan flora dan fauna