Zulhazlia bt Zulkifli
SMK Jenagor
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
2.1.1 Mengenal pasti faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi
kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
2.1.2 Menghuraikan faktor bentuk muka bumi, saliran, tanih dan
iklim yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar
2.1.3 Menganalisis pengaruh bentuk muka bumi, saliran dan tanih
terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
2.1.4 Menganalisis pengaruh iklim terhadap jenis tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar
Apakah faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian
tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?
1. Bentuk Muka Bumi
2. Saliran Faktor persekitaran fizikal yang 4. Iklim
mempengaruhi kepelbagaian
tumbuh-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar
3. Tanih
• Bentuk muka bumi yang berbeza-beza menyebabkan
taburan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai.
• Kawasan tanah pamah dan kawasan yang ketinggiannya
kurang daripada 1000 meter biasanya ditumbuhi dengan
hutan hujan tropika
• Manakala kawasan tanah tinggi iaitu kawasan yang
ketinggiannya melebihi 1000 m ditumbuhi oleh hutan
gunung
• Kawasan pinggir laut pula adalah kawasan yang
menghadap laut dan menghadap angin
yang kuat
• Kawasan tanah pamah adalah
kawasan yang sesuai untuk
pertumbuhan pelbagai spesies
flora dan menjadi habitat
kepada pelbagai spesies fauna
• Contoh kawasan adalah seperti
Dataran Manchuria, Dataran
Siberia dan sebahagian besar
kawasan di Malaysia
• Spesies tumbuhan adalah
berbeza-beza mengikut
ketinggian
• Kepadatan tumbuhan
berkurangan apabila semakin
tinggi sesuatu kawasan
• Contoh kawasan adalah seperti
di Pergunungan Himalaya,
Dataran tinggi Arakan Yoma
dan pergunungan Alps di Eropah
• Spesies tumbuh-tumbuhan semula
jadi di kawasan pinggir pantai
adalah tumbuhan yang tahan
kepada tiupan angin dan air masin
dan biasanya mempunyai sistem
akar yang kuat dan berserabut.
• Contoh kawasan adalah seperti di
Pulai Phi phi, Thailand dan pantai
Whiteheavan Australia
• Keadaan saliran sesuatu kawasan juga akan
mempengaruhi jenis tumbuh-tumbuhan semula
jadi di sesuatu kawasan
• Terdapat dua jenis saliran iaitu bersaliran baik
dan bersaliran buruk
• Keadaan kawasan yang bersaliran baik
bermaksud kawasan yang tidak menampung air
• Manakala kawasan yang bersaliran buruk
merujuk kepada kawasan yang menakung air
• Terdapat di kawasan yang
beralun, berbukit dan di
kawasan tanah pamah
• Sangat sesuai untuk pelbagai
jenis hutan seperti Hutan
khatulistiwa, hutan konifer
dan hutan mediterranean
• Terdapat di sekitar
kawasan paya, tasik dan
Kawasan pinggir laut yang
terlindung
• Kawasan ini sesuai didiami
oleh tumbuh-tumbuhan
yang memerlukan sumber
air yang banyak
• Tanih juga memainkan peranan penting kepada pertumbuhan
dan kesesuaian spesies tumbuh-tumbuhan.
• Tanih adalah bahan yang terhasil daripada bahan induknya
iaitu tanah. Tanih adalah lapisan yang paling atas dan
merupakan bahan yang terhasil daripada proses luluhawa
• Setiap jenis tanih mengandungi bahan, garam galian, humus
dan liang udara yang berbeza-beza
• Contoh-contoh tanih yang ada adalah seperti tanih
chernozem, tanih permafrost, tanih podzol dan lain-lain
Aridisols Permafrost Podzol
Latosol Chernozem Terra rossa
Tanih Chernozem
• Merupakan sejenis tanah hitam yang terdapat
di padang rumput yang mengalami iklim
steppe
• Tanih jenis ini sesuai pertumbuhan pokok
renek seperti rumput dan pokok-pokok bunga
Tanih Permafrost
• Tanih ini merupakan tanih beku, sejuk dan
kurang subur
• Oleh itu, hanya tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai ketahanan yang tinggi sahaja
mampu hidup di kawasan tanih jenis ini
Tanih Podzol
• Sifat tanih ini adalah nipis, berasid dan
beku. Ia boleh didapati di kawasan hutan
konifer
• Akar tumbuhan yang hidup di kawasan ini
biasanya pendek membolehkan hidupan liar
hidup di lapisan bawah tanah
Tanih Terra Rossa
• Merupakan campuran tanah liat dan pasir
serta berwarna coklat kemerahan
• Tanih jenis ini terdapat di kawasan hutan
Mediterranean yang ditumbuhi oleh hutan
bangkut dan hutan pokok tirus
Tanih Aridisol
• Tanih jenis ini adalah tanih pasir yang
kering dan tandus serta tidak subur
• Terdapat di kawasan gurun yang tandus
• Tumbuh-tumbuhan semula jadi perlu
mempunyai akar yang panjang untuk
menyerap air
Tanih Latosol
• Tanih jenis ini boleh didapati di kawasan
iklim khatulistiwa
• Ia bersifat lembab, berpasir dan juga liat
• Oleh itu, tanih ini sangat sesuai untuk
pertumbuhan pokok-pokok besar kerana
tanihnya yang agak lembut
• Iklim memainkan pengaruh yang sangat besar kepada
taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia.
• Pengaruh iklim seperti hujan, suhu, kerpasan, angin
dan kelembapan akan mempengaruhi jenis, kepadatan
dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di seluruh
dunia
• Sebagai contoh
a) Hutan hujan khatulistiwa
– menerima hujan yang tinggi menggalakkan
pertumbuhan pokok-pokok yang besar
b) Gurun
- Menerima hujan yang sedikit menyebabkan
kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut
Iklim Gurun Iklim Laurentia
Iklim Monsun Tropika Iklim Siberia
Ciri Huraian
Kawasan • Gurun Arab meliputi kawasan seperti negara Jordan,
Iraq, Kuwait, Oman, Qatar
Angin
• Angin yang panas dan kering serta tidak membawa
Hujan hujan
• Kurang daripada 250 mm setahun
Suhu • Suhu waktu siang tinggi kira-kira 32°C-36°C dan
suhu waktu malam sejuk kira-kira 5°C
• Julat suhu harian dan tahunan yang besar
Ciri Huraian
Kawasan • India, Sri Lanka, Pakistan, Myammar, Thailand,
Vietnam, Laos dan Kemboja
Angin
• Angin monsun yang lembap dari laut menyebabkan
hujan yang lebat
• Angin monsun yang kering dari kawasan darat
menyebabkan musim kering
Hujan • Jumlah hujan tinggi kira-kira 1000mm hingga
2000mm tetapi taburannya tidak sekata
• Terdapat musim kering yang menyebabkan tumbuhan
menggugurkan daunnya pada waktu itu
Suhu • Suhu antara 24°C hingga 27°C sepanjang tahun
Ciri Huraian
Kawasan • Kawasan yang sangat luas iaitu utara Asia dan Eropah
Angin serta utara negara Kanada
Hujan • Angin panas daripada bahagian Asia Tengah dan Timur
Tengah menuju ke bahagian selatan Siberia
• Jumlah kerpasan kira-kira 500 mm
• Pada musim sejuk, kerpasan turun dalam bentuk salji
Suhu • Musim panas yang pendek dengan suhu sederhana
• Musim sejuk yang panjang dengan suhu yang sangat
sejuk kira-kira -17°C hingga 5°C
• Musim bunga dan luruh juga sangat singkat
• Julat suhu tahunan juga besar
Ciri Huraian
Kawasan • Meliputi kawasan China Utara, Mancuria, Korea
Angin utara, Jepun utara serta beberapa kawasan di
kanada dan Amerika
Hujan
Suhu • Angin sejuk telah merendahkan suhu di kawasan
pantai negara tersebut
• Angin daripada barat laut pula menyebabkan musim
sejuk yang kering
• Jumlah hujan kira-kira 500 mm hingga 1000 mm
• Hujan lebih banyak pada musim panas dan salji turun
dengan lebat pada musim sejuk
• Suhu berubah-ubah mengikut musim
• Kedudukan Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa
menyebabkan negara ini menerima hujan sepanjang tahun.
Min suhu di Malaysia 27 °C dan jumlah hujan 2600 mm
setahun
• Faktor ini membolehkan tumbuh-tumbuhan hidup subur
dan mempunyai pelbagai spesies.
• Tumbuhan di kawasan khatulistiwa juga bersifat
malar hijau dan tidak menggugurkan daunnya