The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maslinahayong, 2021-07-27 21:12:31

Geo Ting 2_Bab 2 Peta Topografi

Peta Topografi

PETA
TOPOGRAFI

Disediakan oleh
Zulhazlia binti Zulkifli
SMK Jenagor
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu
Terengganu

DI AKHIR PEMBELAJARAN, MURID DAPAT :-

1.2.1 Menyatakan maksud peta topografi

1.2.2 Mengenal pasti garisan timuran dan garisan utaraan dalam peta
topografi

1.2.3 Menyatakan rujukan grid

1.2.4 Menerangkan perbezaan kegunaan rujukan grid 4 angka dan 6 angka

1.2.5 Menunjuk cara membaca rujukan grid 4 angka dan 6 angka untuk
menentukan kedudukan dalam peta topografi

1.2.6 Menganalisis hubung kait ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang
darat budaya dalam peta topografi

1.2.7 Mentafsir peta topografi secara keseluruhan

APAKAH PETA TOPOGRAFI?

Peta topografi ialah gambaran pandang darat
fizikal dan pandang darat budaya yang
terdapat di dalam sesuatu kawasan

Pandang darat fizikal mewakili bentuk muka
bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan

Pandang darat budaya pula mewakili
petempatan, pengangkutan, tanaman,
kegiatan ekonomi dan lain-lain buatan
manusia

CONTOH SIMBOL PETA TOPOGRAFI

CONTOH SIMBOL PETA TOPOGRAFI

GARISAN UTARAAN DAN GARISAN TIMURAN

Kedudukan di dalam peta ditentukan

dengan menggunakan garisan utaraan
dan garisan timuran

Garisan utaraan ialah garisan melintang
manakala garisan timuran ialah garisan
menegak

Persilangan kedua-dua garisan ini
digunakan untuk menentukan kedudukan

GARISAN UTARAAN DAN GARISAN
TIMURAN

12 Garisan utaraan

 Perhatikan urutan
nombor garisan yang
mewakili garisan
utaraan, ianya
11 bertambah menuju

ke arah utara

10 Garisan timuran

 Cuba perhatikan pula
nombor garisan
timuran, urutan
nombor garisan
tersebut menuju ke
09 31 32
30 34 arah timur

RUJUKAN GRID PETA

Terdapat dua jenis rujukan grid (RG) iaitu
a) RG empat angka (4530)
b) RG enam angka (456301)

Biasanya, untuk kawasan yang luas, RG empat
angka yang digunakan

Tetapi untuk objek yang lebih spesifik atau
lebih tepat, RG enam angka digunakan

Uji Minda..

• Perhatikan kawasan
petempatan Taman
Angsana di dalam
peta

• Bagaimanakah
caranya kita hendak
menyatakan
kedudukannya
menggunakan
garisan utaraan dan
garisan timuran?

 Untuk membaca
rujukan grid,
puncanya
bermula pada

bahagian barat

daya petak

yang terlibat.
Contohnya
seperti ini.

MEMBACA RUJUKAN GRID 4 ANGKA

1. Untuk membaca rujukan grid, garisan
timuran dibaca terlebih dahulu

2. Kemudian, barulah beralih kepada garisan
utaraan

3. Gabungkan kedua-dua nombor yang
mewakili dua garisan tersebut

RG 4 angka Taman Angsana ialah
Garisan timuran = 28
Garisan utaraan = 24
RG 4 angka Tmn Angsana = 2824

CUBA JAWAB!

1. Nyatakan RG 4
angka bagi tempat
berikut

a) Kg Muhibah
b) Ladang Mawar
c) Pekan Tanjung

2. Namakan Taman
yang berada di RG
berikut

a) RG 6876
b) RG 6874
c) RG 6775

 Perhatikan simbol
kuil pada petak
tengah peta.

 Bagaimanakah
caranya kita
hendak
menyatakan
kedudukannya
dengan lebih
spesifik?

RUJUKAN GRID 6 ANGKA

 Rujukan grid 6 angka digunakan untuk ciri geografi
yang lebih kecil atau lebih spesifik

 Untuk rujukan grid 6 angka, petak grid akan
dibahagi kepada unit yang lebih kecil.

10
petak

10 petak

MEMBACA RUJUKAN GRID 6 ANGKA

4 RG 4 angka kuil ialah
4 =2923

Maka,

RG 6 angka kuil ialah
=294 234

CUBA JAWAB!

1. Cari RG 6 angka
bagi ciri geografi
di bawah

a) Kuil Kg Jambu
batu

b) Masjid Kg
Jambu batu

c) Kawasan
perkuburan

d) Sekolah

HUBUNGKAIT CIRI BUDAYA DAN CIRI FIZIKAL

Melalui pandang darat ciri fizikal dan budaya
sesuatu kawasan, kita boleh membuat
tafsiran peta kawasan tersebut

Tafsiran peta ialah huraian tentang hubung
kait diantara ciri fizikal dan ciri budaya
kawasan tersebut

Tafsiran peta biasanya merangkumi
keseluruhan elemen dan bagaimana setiap
elemen boleh mempengaruhi ciri yang lain

TAFSIRAN PETA TOPOGRAFI

 Tafsiran peta topografi meliputi aspek pandang darat
fizikal dan pandang darat budaya.

Pandang darat fizikal Pandang darat budaya

Bentuk muka bumi Petempatan
- Tanah pamah, rata, beralun, - Jenis petempatan, pola petempatan

tanah tinggi

Saliran Pengangkutan dan perhubungan

- Peringkat sungai, aliran sungai, - Kemudahan jalan raya, jalan

tasik dan paya keretapi, denai dan lorong

Tumbuh-tumbuhan semula jadi Kegiatan ekonomi

- Hutan semulajadi, hutan rezab, - Pelbagai kegiatan ekonomi,

paya atau kawasan belukar tanaman, dan perkhimatan

SALING KAITAN ANTARA PANDANG DARAT
FIZIKAL DAN PANDANG DARAT BUDAYA

Langkah-langkah mengenalpasti saling kaitan
pandang darat fizikal dan pandang darat
budaya

1. Kenal pasti pandang darat fizikal
2. Kenal pasti pandang darat budaya
3. Kaitkan antara pandang darat fizikal dan

pandang darat budaya kawasan tersebut
secara keseluruhannya.



PANDANG DARAT FIZIKAL PETA

 Tanah tinggi
di bahagian
selatan

 Kawasan
tanah pamah
di sebelah
timur

 Terdapat
kawasan
paya

 Kawasan laut
di sebelah
barat peta

PANDANG DARAT BUDAYA PETA

 Kawasan
petempatan yang
padat ialah
Bandar Anggerik

 Terdapat
beberapa
kampung di
sekitarnya

 Tanaman getah
dan kelapa sawit

 Jaringan jalan
raya padat di
bahagian timur
laut

 Terdapat banyak
kemudahan di
Bandar Anggerik

SALING KAITAN CIRI FIZIKAL DAN CIRI
BUDAYA

 Bahagian timur peta terdiri daripada kawasan tanah
pamah. Bentuk muka bumi yang bertanah pamah
menyebabkan kawasan petempatan sesuai dibina di
kawasan tersebut. Kawasan tumpuan penduduk ialah
Bandar Anggerik. Di situ, terdapat pelbagai kemudahan
disediakan termasuklah balai polis, klinik, sekolah dan
mahkamah. Ini menjadikan Bandar Anggerik sebagai
pusat pentadbiran bagi kawasan petempatan di sini.

 Kawasan tanah pamah ini juga menyebabkan kegiatan
pertanian sesuai dijalankan di sini. Getah dan kelapa
sawit ditanam di kawasan timur peta. Ini memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Terdapat
juga beberapa perkampungan di sekitar kawasan
penanaman ini.

 Kawasan sebelah barat peta pula ialah Laut Selasih.
Kawasan persisiran pantai terdiri daripada kawasan paya
Hutan Rizab Tanjung Camar. Oleh itu, kawasan ini
menjadi kawasan kurang penduduk kerana kurang sesuai
untuk didiami. Begitu juga di kawasan selatan peta,
terdapat kawasan tanah tinggi dan kawasan hutan.

 Jaringan pengangkutan padat di kawasan timur laut iaitu
sekitar Bandar Anggerik. Ini menyebabkan mobiliti
penduduk menjadi mudah. Di kawasan petempatan yang
lain, jaringan pengangkutan sederhana padat. Jaringan
pengangkutan kurang padat di kawasan selatan peta
kerana kawasan ini adalah kawasan hutan dan tanah
tinggi. Di kawasan penanaman getah dan kelapa sawit,
kemudahan jalan raya kurang baik. Jalan di sini hanya
dihubungkan dengan jalan raya tidak berturap.

CUBA BUAT TAFSIRAN PETA INI..

GUNAKAN SOALAN-SOALAN INI SEBAGAI
IDEA UNTUK MEMBUAT TAFSIRAN

 Apakah bentuk muka bumi yang terdapat di dalam peta?
 Di mana lokasi setiap bentuk muka bumi tersebut?
 Apakah kawasan padat penduduk?
 Kenapa kawasan tersebut padat penduduk?
 Di mana lokasi kawasan kurang penduduk? Mengapa?
 Apakah jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di dalam peta?
 Kenapa kegiatan ekonomi tersebut sesuai dijalankan di situ?
 Di manakah lokasi jaringan pengangkutan yang padat di dalam

peta? Kenapa?
 Apakah yang menyebabkan jalan raya padat dibina di situ?

MENYEMAI MINAT MENTAFSIR PETA

 Peta adalah himpunan maklumat di atas permukaan
bumi

 Jadikan peta sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
teka teki.. Jadikan peta sebagai klu menyelesaikan
misteri!!!

 Melihat peta menjadikan kamu
seorang detektif, yang boleh merungkai
masalah dan menjelaskan sesuatu
yang misteri….

 Bukankah belajar Geografi itu MUDAH?


Click to View FlipBook Version