The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maslinahayong, 2021-07-27 21:10:43

Geo Ting 2 (Bab 1 Skala dan jarak)

Bab 1 Skala dan jarak

Skala dan Geografi
Jarak Tingkatan 2

Zulhazlia binti Zulkifli
SMK Jenagor
21700 Kuala Berang
Hulu Terengganu

Di akhir pembelajaran, murid dapat

1. Menyatakan jarak mutlak, jarak relatif, skala
penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.

2. Menerangkan jarak mutlak, jarak relatif, skala
penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.

3. Menggunakan skala penyata, skala lurus dan pecahan
wakilan untuk menentukan jarak sebenar

4. Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada
peta

Uji Minda

Bagaimanakah Rashid boleh
melukis pelan bilik darjah yang
luas di atas sehelai kertas yang

kecil?

Skala

• Skala ialah nisbah jarak sebenar

permukaan bumi dengan jarak yang diwakilkan

di atas peta

• Skala digunakan untuk
a) Memudahkan penyediaan pelan/ peta
b) Menjimatkan penggunaan ruang
c) Memudahkan kerja-kerja pembacaan dan
pentafsiran peta dijalankan

Tips!

 Untuk memahami skala dan jarak dengan baik, murid
perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang ukuran
asas matematik iaitu

 1 cm
 1 meter
 1 kilometer

 Uji minda!
 Bagaimanakah 1 km hendak ditukar ke ukuran meter?

Jenis Skala

Terdapat 3 jenis skala iaitu

a) Skala penyata
b) Skala lurus
c) Pecahan wakilan

Skala Penyata

 Skala penyata ialah skala yang dinyatakan
menggunakan perkataan.

 Skala ini merupakan skala yang paling mudah difahami.

Skala Penyata Maksudnya

1 cm mewakili 1 km Jarak 1 cm di atas peta mewakili 1 km di bumi
1 cm mewakili 500 m
Jarak 1 cm di atas peta mewakili 500 m di
1 cm mewakili 20 km bumi
Jarak 1 cm di atas peta mewakili 20 km di
bumi

Uji minda

 Antara ke tiga-tiga skala yang dinyatakan, skala
manakah yang paling besar?

 1 cm mewakili 100 cm
 1 cm mewakili 1km
 1 cm mewakili 500 m

Skala Lurus

 Skala lurus ialah garisan lurus yang ditanda
mewakili jarak sebenar di permukaan bumi

 Terdapat dua jenis skala lurus iaitu
a) Skala lurus mudah
b) Skala lurus penuh

 Kelebihan skala ini ialah jarak sebenar akan terus
diperoleh jika kita menggunakannya

 Skala lurus mudah
 Skala lurus penuh

Pecahan wakilan

 Pecahan wakilan ialah perbandingan jarak di atas peta
dengan jarak sebenar di permukaan bumi

 Ianya dinyatakan dalam bentuk pecahan dan
dinyatakan tanpa unit

1 unit di atas 1: 2000 atau 1
peta 2000

2000 unit di atas permukaan
bumi

Menukarkan skala penyata, skala lurus dan
pecahan wakilan

1. Teliti skala lurus dan nyatakan jarak yang
diwakili oleh satu cm

2. Tukarkan jarak sebenar

 Contoh 1
 Tukarkan skala lurus di bawah kepada skala

penyata

 Panjang 1 cm bersamaan dengan 5km di atas
bumi. Maka skala penyatanya ialah
1 cm mewakili 5 km

 Contoh 2

 Tukarkan pecahan wakilan berikut kepada skala penyata
1: 100,000

 1cm : 100, 000 cm 100,000 hendak ditukar kepada km
 1cm : 100, 000÷100,000 perlu dibahagi dengan 100,000
 1cm : 1 km kerana 1 km = 100,000 cm

 Oleh itu, skala penyata bagi pecahan wakilan ini ialah
1 cm mewakili 1 km

Jarak

 Jarak adalah ukuran diantara dua titik
 Jarak boleh diukur menggunakan jarak mutlak dan

jarak relatif
 Jarak mutlak menggunakan ukuran piawai seperti

sentimeter, meter dan kilometer
 Manakala jarak relatif diukur dengan menggunakan

masa (minit/jam) atau dalam bentuk kos

Mengukur jarak

 Jarak di dalam peta boleh dibahagikan kepada dua iaitu
a) Jarak lurus
b) Jarak melengkung

 Jarak yang lurus biasanya melibatkan jalan raya, talian
eletrik dan jalan keretapi

 Jarak melengkung pula melibatkan jarak ukuran sungai
serta kawasan pinggir pantai dan muara

Peralatan yang digunakan untuk
mengukur jarak

Jarak lurus Jarak melengkung
1. Pembaris 1. Benang putih
2. Jangka tolok 2. Jalur kertas
3. Jalur kertas 3. Pembaris

Cara mengukur jarak lurus

Jika Ali berada di
Kg Selama dan dia
hendak ke rumah
kawannya di Kg
Damai dengan
menaiki motosikal.
Berapakah jarak
yang dilalui oleh
Ali?

Skala peta :
1 cm mewakili 2 km

Mengukur jarak lurus

 Jarak Kg
Selama ke
simpang
jalan

= 6 cm

 Jarak
simpang
jalan ke
simpang
jalan

= 6.3 cm

Jarak
simpang
jalan ke
Kg Damai

= 1 cm

 Oleh itu, perjalanan Ali dari Kg Selama ke kg
Damai melalui jalan ialah
= 6.0 cm + 6.3 cm + 1 cm
= 13.3 cm

 Mana kala, jarak sebenar di atas peta ialah
= 13.3 cm x 2 ( 1 cm mewakili 2 km)
= 26.6 km

Ali perlu menaiki motosikal sejauh 26.6 km untuk
menuju ke rumah kawannya… jarak jauh juga ya!

Jarak relatif

 Jarak relatif ialah jarak yang diukur menggunakan kos
atau masa.

 Jarak ini sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap
mengikut perubahan masa

Contoh

Jenis Kos Masa
kenderaan
Bas RM 0.50 20
RM 2.00 minit
Teksi
10
minit

Azlin tinggal di Kg Damai. Dia
hendak ke rumah datukknya di
Kg Selama. Jika dia hendak
menjimatkan duit belanja,
apakah jenis perkhidmatan
yang dia boleh gunakan?
Berapakah pula kos untuk
kenderaan yang dinaikinya?

Jawapan:-

 Untuk menjimatkan kos, Azlin boleh menggunakan bas
untuk ke rumah datuknya

 Jika menggunakan bas, kos tersebut ialah
26.6 km x RM 0.50 = RM 13.30


Click to View FlipBook Version