The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri sembilan dan Perlis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maslinahayong, 2021-08-08 20:51:17

Tingkatan 2 Bab 8

kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri sembilan dan Perlis

KSSM SEJARAH
TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP
Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan
mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan
penerbitan semula

SEJARAH TINGKATAN
2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

8.1 Pengasasan Kerajaan Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

▪ Pengenalan
▪ Kerajaan Kedah
▪ Kerajaan Kelantan
▪ Kerajaan Negeri Sembilan
▪ Kerajaan Perlis

8.2 Hubungan Kerajaan Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis
dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

▪ Pengenalan
▪ Asas Hubungan
▪ Hubungan Diplomatik
▪ Hubungan Perdagangan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

8.1 PENGASASAN
KERAJAAN KEDAH,

KELANTAN,
NEGERI SEMBILAN DAN

PERLIS

Pada akhir pembelajaran, murid akan
dapat:

➢ Menerangkan tentang pengasasan
Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan dan Perlis

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN

❑ pengasasan kerajaan Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan
Perlis - penerusan kegemilangan
kerajaan-kerajaan Alam Melayu

❑ Kerajaan Kedah - kerajaan
terawal diasaskan di negara kita

❑ Kerajaan Kelantan, Negeri
Sembilan dan Perlis diasaskan
setelah berakhirnya Kesultanan
Melayu Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

❑ diasaskan oleh keturunan raja yang
datang dari Parsi

❑ sekitar tahun 630 M - Maharaja
Derbar Raja dari Parsi datang ke
Kuala Sungai Merbok, Kedah

❑ Tan Dermadewa dan Tun Perkasa - ketua orang
Melayu di Kedah menghadap dan lantik Maharaja
Derbar Raja menjadi Raja Kedah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

❑ pemasyhuran Maharaja Derbar Raja
sebagai Raja Kedah telah disusuli dengan
pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa
dari Parsi, iaitu nobat

❑ kini, nobat diwarisi sebagai antara alat
kebesaran kerajaan Kedah

❑ baginda kemudiannya telah membina
pusat kerajaan di Sungai Mas

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

❑ kawasan pemerintahan kerajaan Kedah berkembang
menerusi pembukaan kota atau pusat pentadbiran baharu
setelah seseorang pemerintah menaiki takhta

❑ tindakan - strategi dalam hadapi ancaman dari dalam dan
dari luar

❑ 1282 - Kota Siputih telah dibuka oleh Tunku Ahmad (Raja
Muda) - hadapi ancaman daripada Siam dan Acheh di utara

❑ Kota Siputih - tempat bersemayam oleh Sultan Kedah yang
keenam, Sultan Ibrahim (1321-1373)

❑ Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam
Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) -
pemerintah yang masyhur

❑ baginda asaskan Alor Setar - diisytiharkan

sebagai ibu negeri Kedah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

❑ kedudukan Kuala Sungai
Merbok yang menghala ke
Selat Melaka dan Gunung Jerai
- puncak tertinggi di Kedah tarik
kehadiran pedagang

❑ kawasan tumpuan pedagang -
Kedah jadi pusat perdagangan
dan muncul sebagai sebuah
negeri yang makmur

❑ sekitar abad ke-7 - kerajaan
Kedah yang diasaskan kekal
hingga kini menerusi
penggantian pemerintah
daripada jurai keturunan
pengasasnya

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

APLIKASI KBAT CAKNA
MINDA
Bagaimanakah Kedah muncul
sebagai pusat perdagangan

yang makmur?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

❑ sebuah wilayah yang pernah dikuasai dan
bergabung dengan kerajaan Patani

❑ pengasasan kerajaan Kelantan - hasil daripada
penyatuan 2 wilayahnya oleh putera pemerintah
tempatan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

1650 - Kelantan sebahagian Kelantan Barat
daripada Negara Patani ● berpusat di Kota Kubang Labu
Besar yang diasaskan oleh
Raja Sakti I Kelantan Timur
● berpusat di Kota Pangkalan Datu
1670 - kemangkatan pemerintah
terakhir Negara Patani Besar, Raja
Bahar sebabkan Kelantan berpecah
kepada 2 wilayah pemerintahan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

❑ 1777- baginda telah pindahkan pusat pentadbiran

ke Kota Galoh di timur tebing Sungai Kelantan
❑ baginda arahkan pembinaan Masjid Kampung

Laut - simbol pentadbiran Islam di Kelantan

❑ 1762 - Long Yunus, putera pemerintah di Kota
Kubang Labu telah berjaya satukan kedua-dua
wilayah ini dan asaskan kerajaan Kelantan

❑ baginda naiki takhta - gelaran Yang di-Pertuan
Kelantan

❑ baginda dapat pengiktirafan daripada Sultan
Terengganu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

❑ Sultan Muhammad II (1837-1886) -
antara pemerintah yang masyhur

❑ 1844 - baginda asaskan Kota Bharu -
pusat pemerintahan Istana Balai
Besar dibina - tempat bersemayam
dan pentadbiran kerajaan Kelantan

❑ baginda kuatkuasakan undang-
undang syarak - Kelantan jadi negeri
yang aman

❑ Kelantan makmur - pusat
perdagangan yang jadi tumpuan para
pedagang dari negara jiran dan negeri
Melayu yang lain

❑ keturunan Long Yunus telah warisi
pemerintahan kerajaan Kelantan
hingga kini

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

Legenda pemerintahan Raja Perempuan
dalam kerajaan Kelantan

Che Siti Wan Kembang
▪ awal abad ke-17 - pemerintah wilayah tebing

Sungai Lebir - kini dikenali sebagai Kampung Chali
▪ kijang - binatang kesayangan baginda telah

dijadikan sebagai antara simbol pemerintahan
kerajaan Kelantan

Puteri Saadong
▪ 1667 - pemerintah wilayah di Kota Jelasin

kini dikenali sebagai Kampung Kota
▪ baginda pernah ditawan dan dibawa ke Siam

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

APLIKASI KBAT CAKNA
MINDA
Bagaimanakah Long Yunus
mengasaskan kerajaan Kelantan

yang kekal hingga kini?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

❑ kehadiran masyarakat Minangkabau ke beberapa
wilayah di Negeri Sembilan - bawa kepada
pengasasan kerajaan Negeri Sembilan oleh Raja
Melewar

❑ pada asalnya - naungan Kesultanan Johor Riau

❑ sejak awal abad ke-15 - masyarakat
Minangkabau berasal dari Sumatera telah
merantau dan mendiami beberapa wilayah
di Negeri Sembilan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

❑ 1770 - 4 Penghulu Luak (Sungai Ujong, Jelebu,
Johol dan Rembau) hantar utusan untuk jemput
anak raja Minangkabau di Sumatera bagi dirajakan
di Negeri Sembilan

❑ Raja Minangkabau bersetuju utuskan Raja Melewar
- pemerintah di Negeri Sembilan

❑ 1773 - Raja Melewar asaskan kerajaan Negeri

Sembilan yang berpusat di Seri Menanti
❑ baginda memakai gelaran Yamtuan Seri Menanti
❑ dapat pengiktirafan daripada pemerintah

Kesultanan Johor Riau

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

❑ Yamtuan Antah (1872-1888) - antara pemerintah yang masyhur
❑ baginda berusaha jamin keamanan negeri daripada campur

tangan kuasa luar
❑ kestabilan pemerintahan bolehkan Negeri Sembilan perluas

hubungan perdagangan dengan kerajaan lain

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

❑ tradisi lantik pemerintah dari
Minangkabau berakhir dengan
kemangkatan Yamtuan Lenggang

❑ 1830 pertabalan Yamtuan Radin (putera
Yamtuan Lenggang - bermulanya sistem
penggantian waris pemerintah tempatan
daripada keturunan Yamtuan Radin

❑ kuasa pilih Yamtuan kekal ditentukan
oleh Undang Yang Empat - Sungai
Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.

❑ Seri Menanti kekal jadi tempat
bersemayam Yamtuan Besar Negeri
Sembilan hingga kini

❑ istana di Seremban merupakan istana
hinggap

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

APLIKASI KBAT CAKNA
MINDA
Bagaimanakah pemerintah menghadapi
cabaran dalam mengekalkan
kemakmuran negara?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

❑ sejarah pembentukan
kerajaan Perlis libatkan
pengaruh Kedah dan Siam

❑ pelantikan Syed Hussin
Jamalullail sebagai
pemerintah - asas kepada
pembentukan kerajaan Perlis

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

❑ pada peringkat awal, Perlis - sebahagian daripada wilayah Kedah
❑ Sultan Kedah - Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan

Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II - jadikan Perlis sebagai pusat pemerintahan kerajaan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

❑ Sultan Muhyiddin Mansur ❑ Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, Sultan Dhiauddin Mukarram
Shah, Sultan Kedah Ke-14 Sultan Kedah Ke-15 (1661-1688)
(1651-1661) - bina Kota asas dan bangunkan Kota Kayang - Shah II - Sultan Kedah Ke-21
Sena yang jadi asas merangkumi kawasan pelabuhan
kepada perkembangan Kuala Perlis dan Kota Keran (1798 - 1804)
bandar Kangar ▪ bangunkan Kota Kayang II
❑ 1688 - baginda mangkat dan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM dimakamkan di Kota Kayang, Perlis semasa jadi Raja Muda
JPN NEGERI SELANGOR ▪ 1798 bentuk Mukim Arau -

lantik Syed Harun Jamalullail

sebagai Penghulu

KERAJAAN PERLIS

❑ 1839 - semasa di bawah pengaruh Siam -
wilayah Kedah dipecahkan kepada 4 unit
pentadbiran - Setul, Perlis, Kubang Pasu
dan Kedah

❑ Perlis ditadbir oleh Syed Hussin Jamalullail

❑ 1843 - Siam iktiraf Syed Hussin
Jamalullail sebagai pemerintah negeri
Perlis dengan gelaran Phya Songkhram
Ramu Wichit Willis Asmara Phya Pelit

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

❑ Syed Hussin Jamalullail jadikan Arau
sebagai pusat pentadbiran

❑ pelantikan Syed Hussin Jamalullail
sebagai pemerintah - jadikan Perlis
negeri berdaulat

❑ keturunan Jamalullail yang bergelar
Syed perintah kerajaan Perlis hingga
kini dengan gelaran Raja Perlis

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

ELEMEN KEWARGANEGARAAN
DAN NILAI SIVIK (K6.3.5)

Pengasasan kerajaan-kerajaan Melayu
penting dan perlu dihargai sebagai
warisan negara. Bincangkan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

APLIKASI KBAT CAKNA
MINDA
Mengapakah kerajaan Kedah
dan Perlis menghantar ufti yang

berupa bunga emas kepada
kerajaan Siam?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

8.2 HUBUNGAN KERAJAAN
KEDAH, KELANTAN,

NEGERI SEMBILAN DAN
PERLIS DENGAN NEGERI-
NEGERI MELAYU YANG LAIN

Pada akhir pembelajaran, murid akan
dapat:

➢ Menerangkan tentang hubungan
kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri
Sermbilan dan Perlis dengan
Negeri-negeri Melayu yang lain.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN

❑ Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis muncul sebagai kerajaan yang berdaulat
❑ setiap kerajaan berusaha mantapkan pemerintahan masing-masing - jalinkan

hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain
❑ hubungan terjalin dalam aspek diplomatik dan perdagangan terdapat 3 asas hubungan

ini - keserumpunan, geografi dan agama

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

TUJUAN
❑ pada peringkat awal pengasasan,

setiap kerajaan jalinkan hubungan luar
- hendak perkukuh kedaulatan
❑ pemerintah hantar utusan ke negeri
Melayu yang lain - dapatkan
pengiktirafan kedaulatan kerajaan
❑ kestabilan dalam negeri kemudiannya
dorong pemerintah berusaha jalinkan
hubungan luar untuk kemakmuran
negeri

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

1. Keserumpunan
❑ persamaan dalam aspek bahasa dan budaya dorong wujud hubungan dengan

negeri-negeri Melayu yang lain
❑ persamaan ini mudahkan interaksi sesama kerajaan
❑ setiap kerajaan bersikap toleransi dalam terima amalan budaya kerajaan lain

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

2. Geografi

❑ sempadan antara negeri yang berjiran
mudahkan perhubungan

❑ antara tarikan perhubungan termasuklah
hasil sumber alam dan sumber bumi

❑ sungai penting sebagai laluan
perhubungan yang dikongsi secara
bersama-sama antara negeri

❑ kepentingan sungai ini dorong setiap
negeri berusaha jamin keselamatan
laluan tersebut

❑ pembentukan pelabuhan di pinggir
sungai - galakkan hubungan dengan
negeri berjiran dan kuasa luar

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

3. Agama
❑ berlaku melalui penerimaan Islam oleh pemerintah
❑ diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama
❑ berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

APLIKASI KBAT CAKNA
MINDA
Apakah kepentingan sungai
kepada negara pada hari ini?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN DIPLOMATIK

❑ Kerajaan Kedah, Kelantan,
Negeri Sembilan dan Perlis
jalinkan hubungan diplomatik
dengan negeri-negeri Melayu
yang lain

❑ hubungan diplomatik dijalinkan
menerusi pengiktirafan kerajaan
Melayu yang lain, bantuan
pertahanan dan perkahwinan
diraja

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

CARA JALINAN
HUBUNGAN DIPLOMATIK

1. Pengiktirafan

❑ bertujuan absahkan sultan sebagai
pemerintah wujudkan hubungan antara
kerajaan berdaulat punya taraf yang sama
▪ abad ke-15, Sultan Mahmud Shah,
pemerintah Kesultanan Melayu Melaka
iktiraf kerajaan Kedah kerajaan yang
berdaulat - kerajaan Kedah akui
pertuanan Sultan Melaka
▪ 1775 - Sultan Terengganu iktiraf kerajaan
Kelantan yang telah disatukan di bawah
pemerintahan Long Yunus

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

CARA JALINAN
HUBUNGAN DIPLOMATIK

2. Pertahanan

❑ aspek penting dalam pastikan
kelangsungan sesebuah kerajaan

❑ hubungan pertahanan yang
diwujudkan dapat kekalkan kedaulatan
sesebuah kerajaan daripada campur
tangan kuasa lain
▪ Long Yunus dapat bantuan
ketenteraan daripada kerajaan
Terengganu dan kerajaan Reman di
Hulu Perak dalam usaha untuk
satukan Kelantan
▪ pelantikan Long Gaffar dari
kerajaan Reman - Perdana Menteri
Kelantan merangkap Panglima
Perang bantu kekalkan keamanan
di Kelantan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

CARA JALINAN
HUBUNGAN DIPLOMATIK

3. Perkahwinan

❑ perkahwinan diraja antara sesebuah kerajaan -
amalan tradisi kerajaan negeri-negeri Melayu

❑ perkahwinan diraja akan kukuhkan hubungan
dan jamin kedaulatan sesebuah kerajaan
▪ Onang Kening (puteri Kelantan) dikahwinkan
dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka
▪ hasil perkahwinan - lahirkan Raja Muzaffar
(Sultan Perak yang pertama)
▪ Che’ Ku Wan (puteri Long Yunus)
dikahwinkan dengan Tengku Muhammad
(putera Sultan Terengganu)
▪ Raja Syed Hussin (Raja Perlis) berkahwin
dengan Tengku Nor Asiah (cucunda kepada
Sultan Abdullah Mukarram Shah, Sultan
Kedah Ke-20)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

APLIKASI KBAT CAKNA
MINDA
Bagaimanakah sesebuah kerajaan
dapat menjalinkan hubungan
diplomatik pada masa kini?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

❑ Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan
Perlis juga jalinkan hubungan perdagangan
dengan negeri-negeri Melayu yang lain

❑ hubungan perdagangan dijalinkan menerusi
pembinaan pelabuhan dan hasil perdagangan
tempatan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

1. Pelabuhan

❑ hubungan antara kerajaan berlaku melalui aktiviti
perdagangan di pelabuhan

❑ pelabuhan-pelabuhan ini asas kepada pembentukan
hubungan dengan pedagang tempatan - Melaka,
Perak dan Johor serta pedagang luar dari Siam,
China, Arab dan Kemboja

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Kedah
❑ Pangkalan Lembah Bujang, Pangkalan Kuala

Merbok terletak di Sungai Merbok
❑ Pangkalan Kuala Muda di Sungai Muda
❑ Sultan Muhammad Jiwa (1472-1506) -

perkemaskan penggunaan mata wang Kedah
di pelabuhan

Kelantan
❑ Pangkalan Galoh - Pangkalan Permata dibina

di Sungai Kelantan
❑ 1181- gunakan mata wang logam dinar dalam

urusan perdagangan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Perlis
❑ Pelabuhan Kuala Perlis di Sungai Perlis
❑ Pekan Kangar yang terletak di pertemuan

cabang anak Sungai Perlis menjadi tempat
pertemuan pedagang

Negeri Sembilan
❑ Pangkalan di Sungai Linggi
❑ pedagang Rembau kuasai aktiviti perdagangan

dengan pedagang luar

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

2. Barang Dagangan

❑ kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian
jenis barang dagangan jadi tarikan
pedagang tempatan dan dari luar Alam
Melayu

❑ keperluan terhadap barang dagangan
ini dorong berlakunya hubungan
perdagangan antara kerajaan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Kedah
❑ perdagangkan beras, garam, damar, kapur

barus dan emas urai
❑ pedagang dari Perak dan Melaka bawa barang

dagangan seperti arang kayu, papan dan ikan
kering
❑ pembekal gading dan gajah bagi perdagangan
entrepotnya

Kelantan
❑ perdagangkan emas
❑ dikunjungi oleh pedagang dari

dalam dan luar Kepulauan Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Perlis
❑ perdagangkan beras dan bijih timah

dengan negeri jiran dan Siam

Negeri Sembilan
❑ perdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu

dan kapur barus dengan Johor dan Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

APLIKASI KBAT CAKNA
MINDA
Hubungan perdagangan
penting dalam menyumbang

kepada kemakmuran dan
perkembangan kerajaan.

Bincangkan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

ELEMEN KEWARGANEGARAAN
DAN NILAI SIVIK (K6.3.8)

Apakah kepentingan menjalinkan
dan menjaga hubungan baik
dengan negara lain?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR

LATIHAN
PENGUKUHAN

AKHIR BAB 8

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN NEGERI SELANGOR


Click to View FlipBook Version