Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 18 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Manakala Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul dan ungkapan yang dilafazkan secara bertatasusila. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Murid patut mengetahui dan boleh: 1.1 Asas mendengar dan memberi respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran. 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur 1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut pelbagai ragam ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat. 1.3.1 Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap arahan berdasarkan ayat 1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 19 perintah mengikut intonasi dengan betul. 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan terhadap ayat tanya yang mengandungi kata tanya dengan betul. 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pelbagai pesanan mengikut urutan dengan menggunakan laras bahasa yang betul. 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila. 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila. 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat dan bahasa badan yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila. 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai. 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dialami dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai. 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan jelas daripada media elektronik menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa secara bertatasusila. 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 20 Semasa merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini. 1.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 21 TEMA Alam Sekitar dan Teknologi Hijau TAJUK Pencemaran Udara MASA STANDARD PEMBELAJARAN 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. bercerita tentang pencemaran udara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. ii. bercerita dengan menggunakan bahasa yang indah dan gramatis. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Dunia Sains Dan Teknologi / Sivik Nilai : Rasional, Kerjasama, Kesyukuran EMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi ENT : KP – verbal linguistik KB – menganalisis BCB – mendengar dengan berkesan Celik Kewangan (Pengurusan risiko / perlindungan / tanggunjawab pengguna) SISTEM BAHASA Sebutan dan intonasi Kosa kata : pemanasan global, toksik dan kanser paru-paru BAHAN BANTU BELAJAR Slaid dan ICT, lembaran kerja, gambar, petikan akhbar. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bercerita dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul, serta menggunakan bahasa yang indah dan gramatis. REFLEKSI
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 22 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Mendengar nyanyian dan menceritakannya semula 1. Murid diperdengarkan lagu “Hijau” nyanyian Zainal Abidin. 2. Murid menceritakan isi cerita dalam nyanyian yang diperdengarkan. EMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi Ilmu: Dunia Sains dan Teknologi Nilai: Bersyukur, Bertanggungjawab KB: Menganalisis KP : Verbal linguistik Lampiran 1 Lagu: Hijau http://www.yuotube.co./ watch?v=GcZVuzuoTg&feature=rel ated Media:ICT Bercerita 1. Murid bercerita tentang pencemaran udara berdasarkan bahan rangsangan secara bergilirgilir. - definisi - punca - kesan - cara mengatasi 2. Guru memastikan murid menyampaikan cerita dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 3. Murid dibimbing membuat keputusan dan pertimbangan tentang perbelanjaan dan kesan apabila melibatkan pembelian rokok. EMK : Pendidikan Alam Sekitar Nilai : Kebersihan fizikal dan mental Ilmu : Celik Kewangan KP : Verbal linguistik BCB: Mendengar dengan berkesan Lampiran 2 Slaid / gambar Kebakaran hutan. Pembakaran terbuka Asap kilang Asap kenderaan Asap rokok
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 23 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Berbincang dan menyatakan maklumat 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Guru menayangkan rakaman video pencemaran udara. 3. Setiap kumpulan diberi punca pencemaran udara. Murid berbincang dengan mengandaikan mereka berada dalam tempat pencemaran itu berlaku dan mencatat maklumat kesan pencemaran udara yang terdapat dalam rakaman. 4. Wakil kumpulan menceritakan tentang kesan pencemaran kepada mereka dalam aktiviti 3. 5. Guru dan ahli kumpulan yang lain memberi respons. EMK : Pendidikan Alam Sekitar Ilmu : Celik Kewangan Nilai : Kerjasama Rakaman video (Youtube) http://www.youtube .com/watch?v=4UUEwln AZw4 - Animasi Mat JAS Mengenai Pencemaran Udara Kajian masa depan - menjangka akibat Lampiran 3 Membina cerita imaginatif 1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk membina cerita tentang mengatasi pencemaran udara secara imaginatif. Contoh : Kitar semula bahan pembakaran menjadi sumber kewangan. Murid memahami hak dan tanggungjawab pengguna. 2. Wakil kumpulan bercerita tentang mengatasi pencemaran hasil daripada perbincangan kumpulan. Nilai : Kesyukuran, Kerjasama Ilmu : Sivik Celik Kewangan KB – Menjana idea Cerita berbentuk autobiografi
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 24 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Penilaian 1. Wakil setiap kumpulan menyampaikan cerita yang telah dihasilkan semasa aktiviti kumpulan. 2. Ahli kumpulan yang lain menilai kemahiran bercerita tentang pencemaran udara dengan mengisi borang markah. Nilai : Bekerjasama KB: Menilai Lampiran 4 Pemulihan 1. Guru mengedarkan gambar tunggal. 2. Murid bercerita menggunakan ayat mudah berdasarkan gambar secara berpasangan dengan bimbingan guru. Ilmu: Pendidikan Kesihatan Nilai: Keberanian KP - Verbal linguistik Lampiran 5 Pengayaan 1. Murid membaca petikan. 2. Murid menceritakan semula isi penting daripada petikan kepada rakan-rakan dalam kumpulan kecil. Ilmu: Dunia Sains dan Teknologi Nilai: Kebersihan fizikal dan mental KB - Menganalisis Lampiran 6
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 25 Lampiran 1 Dengar lagu ini dengan teliti. Nyatakan punca pencemaran dan kesannya. Lirik lagu ‘Hijau” Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini Oo... anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Tok leh tahe sapa bilo-bilo Seghemo bendo-bendo di dunio
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 26 Lampiran 2 Nyatakan punca dan kesan pencemaran berdasarkan gambar
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 27 Lampiran 3 Pencemaran Udara Kumpulan Pencemaran udara Kesan 1 Pembakaran hutan 2 Pembakaran terbuka 3 Asap kenderaan 4 Asap kilang 5 Asap rokok Bincang dan tuliskan kesan pencemaran.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 28 Lampiran 4 Borang Pemarkahan Pertandingan Bercerita Bil Nama murid Sebutan Intonasi Gaya Jumlah 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pemenang: …………………………………………………………. Dengar cerita yang disampaikan dan lengkapkan borang ini.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 29 Lampiran 5 Pemulihan Lihat gambar di bawah. Ceritakan tentang kesan asap terhadap kesihatan.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 30 Lampiran 6 Pengayaan BATU PAHAT, 21 Jun - Lebih 143 penduduk Kampung Lintang Satu, Separap, Parit Sulong, di sini terpaksa berhadapan pencemaran udara dan bunyi. Mereka mendakwa pencemaran tersebut berpunca daripada kilang kayu yang beroperasi 24 jam sejak tujuh tahun lalu di Taman Perindustrian Sri Sulong. Tinjauan Edisi Johor ke kawasan kampung berkenaan mendapati, bukan saja kedudukan kilang berkenaan terlalu hampir dengan kawasan penempatan penduduk, malah hanya separuh kawasan kilang yang dilitupi jaring habuk seperti diarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pemeriksaan yang dilakukan JAS turut mendapati pencemaran udara dan bunyi yang dihasilkan kilang berkenaan melebihi tahap dibenarkan. Mereka sudah mengambil tindakan termasuk mengkompaun kilang terbabit. Seorang penduduk kampung, Hamdan Surani, 47, yang rumahnya tidak sampai 150 meter dari kilang kayu berkenaan, berkata keluarganya sangat terseksa dengan masalah itu. "Selain masalah habuk, kami juga tidak tahan masalah bunyi mesin yang terlalu kuat dan membingitkan sepanjang 24 jam sehingga mengganggu ketenteraman keluarga saya. Ini menyebabkan anak kami sukar mengulang kaji pelajaran, terutama pada waktu malam, malah tidur kami turut terganggu.” "Aduan sudah dibuat kepada JAS dan agensi berkenaan turut mengakui yang kilang itu melanggar had pencemaran bunyi yang ditetapkan. Kilang mereka didakwa terlalu hampir dengan rumah penduduk, yang sepatutnya tidak dibenarkan beroperasi di kawasan padat penduduk," dakwanya. Sementara itu, Ketua Kampung Separap, Parit Sulong, Mohd Zainuddin Abdul Samad, berkata penduduk kampung sering mengadu kepadanya mengenai kilang tersebut yang mengeluarkan bunyi terlalu bising sepanjang masa. "JAS juga sudah maklum dengan masalah ini dan difahamkan mereka sudah mengambil tindakan. "Saya berharap kilang berkenaan dapat dipindahkan berikutan industri berat seperti kilang kayu tidak sesuai didirikan di kawasan terlalu hampir dengan penempatan penduduk kampung. Apatah lagi penduduk kampung lebih dulu menghuni kawasan ini berbanding kilang tersebut. Justeru mereka perlu beralah," katanya. Baca petikan di bawah. Ceritakan semula isiisi penting petikan ini kepada rakan anda.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 31 TEMA EKONOMI / KEUSAHAWANAN TAJUK Tokoh Usahawan MASA STANDARD PEMBELAJARAN 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat :- i. berbicara untuk mendapatkan maklumat tersurat tentang tokoh usahawan secara bertatasusila. ii. berbicara untuk mendapatkan maklumat tersirat tentang tokoh usahawan secara bertatasusila. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Kemahiran Hidup Nilai : Keberanian, Kerajinan, Rasional, Semangat bermasyarakat, Kesyukuran, Berdikari, Baik hati, Kerjasama EMK - Keusahawanan - Celik Kewangan ENT : KB - menganalisis, menghubung kait BCB - mencatat, mendengar intensif, mengingat, merumus KP - verbal linguistik, interpersonal Sosiobudaya: Kesantunan berbahasa SISTEM BAHASA Sebutan dan intonasi Kosa kata : forum, pengerusi, ahli panel BAHAN BANTU BELAJAR kad gambar dan lampiran aktiviti PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berbicara untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat tentang tokoh usahawan secara bertatasusila. REFLEKSI
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 32 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Bersoal jawab Mendapatkan Maklumat 1. Murid melihat paparan gambar tunggal tentang Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan Berjaya. 2. Guru menggunakan teknik penyoalan (5W 1H) 3. Murid diminta membicarakan maksud tersurat berkaitan gambar. Contoh: Gambar menunjukkan beberapa orang usahawan mendapat hadiah. EMK: Keusahawanan Nilai : Berani, Berkeyakinan Ilmu : Kewarganegaraan Celik Kewangan KB - Menganalisis gambar TKP - Verbal linguistik Lampiran 1 (a), 1( b) dan 1(c) Berbicara tentang maklumat 1. Setiap kumpulan diberikan petikan tokoh usahawan berjaya seperti :- - tokoh usahawan Puan Faiza. 2. Murid membaca biodata tokoh usahawan secara bacaan ekstensif (bacaan luas) untuk mendapat maklumat bagi tujuan aktiviti forum. Bacaan yang dicadangkan ialah bacaan luncuran sahaja. 3. Murid bercakap dalam kumpulan tentang maklumat yang telah diperoleh daripada bacaan. EMK: Keusahawanan Nilai : Bekerjasama, Menghormati orang Lain Ilmu : Celik Kewangan BCB - Bacaan mekanis - Bacaan ekstensif Lampiran 2 Nota: Bacaan luas ini boleh juga diberi pada hari sebelum pengajaran dan pembelajaran
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 33 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Berbincang / Main peranan 1. Murid diminta berbincang untuk mengadakan forum dalam kumpulan masing-masing dengan bimbingan guru. 2. Guru menerangkan konsep forum kepada murid-murid. 3. Murid main peranan sebagai ahli panel forum terdiri daripada Pengerusi. Panel 1 (Pn Faiza), Panel 2 (wakil penjual) Panel 3 (wakil pengguna) EMK: Keusahawanan Nilai : Bekerjasama, Bercita-cita tinggi Ilmu : Celik Kewangan BCB - Mendengar dengan berkesan KB - Menjana idea - Merumus Lampiran 3 Nota: Soalan bagi pengerusi forum meliputi maklumat tersurat dan tersirat. Forum 1. Kumpulan murid dipilih secara rawak untuk aktiviti forum . 2. Murid lain menandakan senarai semak pada borang pemarkahan. 3. Guru memberi bimbingan tentang ciri berbicara dengan bertatasusila ketika aktiviti forum dijalankan. EMK: Keusahawanan Peraturan sosiobudaya: - kesantunan berbahasa Nilai : Berkeyakinan Ilmu : Celik Kewangan KP - Verbal linguistik BCB - Mencatat Lampiran 4 BBB : Senarai semak Penilaian 1. Murid mengadakan sesi temu ramah secara berpasangan manakala seorang lagi mencatat senarai semak. Aktiviti ini dijalankan serentak dan bergilirgilir. Nilai :Berkeyakinan, Berani KB - Menjana idea - Menghubung kait -Konstruktivisme - Membina pengisian forum Lampiran 4 BBB: Senarai semak
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 34 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Pemulihan 1. Murid secara berpasangan menjalankan aktiviti temu ramah dengan merujuk petikan sebagai panduan untuk mendapat maklumat penting. Lampiran 2 Pengayaan 1. Murid membentuk kumpulan dan mengadakan forum dengan menggunakan tokoh yang berbeza. Nilai : Berani Ilmu : Celik Kewangan KP - Verbal lnguistik Lampiran 3 Forum berkaitan dengan pilihan murid.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 35 Lampiran 1(a) Dengar soalan guru. Kemudian, jawab soalan berdasarkan gambar.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 36 Lampiran 1(b) Dengar soalan guru. Kemudian, jawab soalan berdasarkan gambar.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 37 Lampiran 1(c) Dengar soalan guru. Kemudian, jawab soalan berdasarkan gambar.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 38 Lampiran 2 “Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini.” Itulah azam pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad ketika ditemui Kosmo! di Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Kisah Usahawan Beras Faiza Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Puan Hajah Faiza, 58 tahun dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza yang bertungkus-lumus mengeluarkan beberapa produk baharu yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Wanita yang berperwatakan lemah lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil dan pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan. “Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkanya ke kedai-kedai,” katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia. Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit. Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Faiza berkata, bagi membuktikan khasiat beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif. Baca dan dapatkan maklumat mengenai tokoh ini.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 39 Dari segi kehidupan berkeluarga, beliau menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih berniaga dan mereka mendapat upah. Namun pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan. Anak sulung dan anak kelima menjadi pensyarah dan lima anak yang lain membantu Syarikat Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya. Setelah mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke satu kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, beliau memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. “Pada mulanya, saya buntu juga melihat sebuah lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal,” katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu. Kini, beliau sedang meneroka bidang baharu dengan memasarkan bihun, sos cili dan kicap. Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut dapat memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Bagi produk bihun, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain, juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 40 Lampiran 3 Panduan Berforum. Aktiviti Main Peranan. Pengerusi Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kita berasa sangat bertuah pada hari ini kerana dapat bersamasama dengan tiga panel jemputan. Panel ini memang terkenal dalam bidang keusahawan, sehingga berjaya dianugerahkan sebagai tokoh usahawan negara kita. Saya perkenalkan di sebelah kanan saya, Puan Hajah Faiza seorang pengusaha syarikat beras Faiza. Apa khabar, Puan? Di sebelahnya pula ialah Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Selamat datang, Tan Sri. Di sebelah kiri saya pula ialah Tan Sri Antony Francis Fernandes atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes adalah antara usahawan yang sangat disegani di Malaysia. Apa khabar, Tan Sri? (Pengerusi mengajukan soalan secara selang seli kepada panel forum) (Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Bawumi) Siapakah nama penuh puan? Puan berasal dari mana? Apakah nama syarikat puan? Apakah yang mendorong puan menceburkan diri dalam perniagaan ini? Selain produk beras dan rempah, apakah produk lain yang puan pasarkan? Bolehkah puan terangkan maksud “Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini”? Bagaimanakah puan merancang pengurusan kewangan untuk mengembangkan perniagaan?
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 41 Lampiran 3 Wakil Penjual Apakah nama beras keluaran Syarikat Beras Faiza yang terdapat di pasaran? Apakah antara beras keluaran Syarikat Beras Faiza yang mendapat sambutan daripada pengguna? Apakah pendapat pengguna tentang harga beras keluaran Syarikat Beras Faiza berbanding beras keluaran syarikat lain? Bagaimanakah kadar permintaan terhadap beras keluaran Syarikat Beras faiza di pasaran? Bagaimanakah perbandingan harga beras boleh mempengaruhi kadar permintaan di pasaran? Wakil Pengguna Mengapakah beras keluaran Syarikat Beras Faiza menjadi pilihan? Apakah perbezaan antara beras keluaran Syarikat Beras Faiza berbanding beras keluaran syarikat lain? Pada pendapat anda, adakah harga beras keluaran Syarikat Faiza berpatutan? Sejauh manakah pada pandangan anda, penggunaan beras keluaran Syarikat Faiza mempengaruhi tahap kesihatan pengguna?
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 42 Lampiran 4 NAMA: ......................................................................... Skala: 1 - Sangat Lemah 2- Lemah 3 –Sederhana 4- Baik 5- Sangat Baik Sila Tandakan ( / ) Pada Penilaian Anda Mengikut Skala Yang Diberikan. Skor Kriteria 1 2 3 4 5 Sebutan Intonasi Gaya penyampaian Mimik muka Kefasihan Nama Penilai: ................................................................................................... Senarai Semak Penilaian Temuramah
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 43 TEMA PERTANIAN TAJUK Kelapa Sawit MASA STANDARD PEMBELAJARAN 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. memberikan pendapat tentang kegunaan pokok kelapa sawit dengan menggunakan bahasa yang indah secara bertatasusila. ii. menyatakan kepentingan pokok kelapa sawit dari aspek ekonomi dengan menggunakan bahasa yang indah secara bertatasusila. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu: Kajian Tempatan Nilai : Kerjasama, Bersyukur EMK : Keusahawanan - Celik kewangan ENT : KB – mencirikan KP – verbal linguistik Sosiobudaya – kesantunan bahasa. SISTEM BAHASA Tatabahasa : Struktur ayat Sebutan dan intonasi BAHAN BANTU BELAJAR Bahan maujud dan lampiran. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Memberikan pendapat tentang kegunaan pokok kelapa sawit dengan menggunakan bahasa yang indah secara bertatasusila. REFLEKSI
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 44 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Bersoal jawab 1. Murid melihat dan menamakan bahan-bahan maujud yang dibawa oleh guru seperti marjerin,sabun dan minyak masak. 2. Murid dalam kumpulan berbincang tentang bahan-bahan tersebut dihasilkan menggunakan teknik penyoalan 5W 1H. Apakah nama bahan-bahan ini ? Bahan-bahan tersebut diperbuat daripada apa? Apakah kepentingan kelapa sawit kepada manusia? 3. Wakil murid menceritakan perkara yang dilihat dalam gambar. EMK : Keusahawanan Nilai: Kerjasama Ilmu : - Sivik - Celik kewangan KB - Mencirikan TKP - Verbal linguistik Bahan maujud - Marjerin - Sabun - Minyak kelapa sawit Lampiran 1 Perbincangan 1. Murid diperdengarkan rakaman “Kelapa Sawit”. 2. Murid dalam kumpulan membincangkan pelbagai kegunaan pokok kelapa sawit dan menyatakan kepentingan pokok kelapa sawit dari aspek ekonomi kepada penduduk setempat. 3. Wakil murid menerangkan hasil perbincangan kepada kumpulan lain di hadapan kelas. EMK : Keusahawanan Nilai : Bekerjasama Ilmu : - Sivik - Celik kewangan : Mengaitkan jenis pekerjaan dengan pendapatan yang diperoleh. - Pembelajaran koperatif - Pembelajaran kontekstual Lampiran 2 Lampiran 3
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 45 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Penilaian 1. Berdasarkan borang pengurusan grafik, secara berkumpulan murid berbincang tentang isi karangan autobiografi “Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit”. 2. Setiap kumpulan menampal borang pengurusan grafik“Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit”. yang telah dihasilkan. 3. Setiap kumpulan mengadili dengan memberikan bintang. EMK : - Keusahawanan Nilai : Berani KB - Menjana idea BCB - Mengingat Lampiran 3 Pemulihan 1. Murid menyatakan bahagianbahagian pokok kelapa sawit berdasarkan jawapan yang diberikan. 2. Murid diminta menerangkan secara lisan kegunaan bahagianbahagian pokok kelapa sawit berdasarkan gambar grafik yang diberi. EMK : Keusahawanan Nilai : Berani Lampiran 4 Pengayaan 1. Murid berbincang dalam kumpulan tentang kebaikan menggunakan bahan semula jadi sebagai produk pencuci. ENT: Kajian Masa Depan – Menjana idea kreatif Karangan jenis autobiografi
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 46 Lampiran 1 Apakah yang kamu lihat di dalam gambar di bawah? Nyatakan.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 47 Lampiran 2 Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang utama di Malaysia. Tanaman padi, kelapa, getah dan kelapa sawit merupakan contoh kegiatan pertanian. Kelapa sawit sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya. Buah, tandan, batang, pelepah, dan daunnya dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan. Minyak isirung kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat makanan contohnya marjerin, aiskrim dan lemak sayuran. Marjerin mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan untuk kesihatan. Bahan bukan makanan yang diperbuat daripada isirung kelapa sawit ialah sabun, asid lemak dan minyak enjin. Tandan kelapa sawit boleh dijadikan makanan haiwan, bahan api, baja dan bahan semaian untuk cendawan. Batang pokok kelapa sawit boleh dijadikan perabot manakala batang kelapa sawit yang reput boleh dijadikan baja organik. Pokok kelapa sawit yang sudah tua dan tidak mengeluarkan buah akan ditebang. Bahan itu akan diproses untuk dijadikan papan yang bermutu tinggi. Secara tidak langsung kelapa sawit mempunyai banyak kegunaannya kepada manusia. Bermula daripada buah, batang, tandan, pelepah hinggalah ke daun boleh dimanfaatkan. Ini dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada penduduk setempat seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan. Dengar rakaman berikut dengan teliti dan lengkapkan borang grafik yang diberi.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 48 Lampiran 3 Nama Kumpulan : .......................................... Kelas : ..................................... KEGUNAAN POKOK KELAPA SAWIT Buah Batang Tandan Pelepah Daun Isi maklumat yang diperlukan berdasarkan petikan.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2014 49 Lampiran 4 buah daun pelepah batang Namakan bahagian pokok kelapa sawit di bawah. Kemudian secara lisan, nyatakan kegunaan bahagian-bahagian tersebut.