The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDU PUTERI TUNAS AKTIVITI PERJUMPAAN KALI 2 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SURIATI BINTI BURAERE Moe, 2021-04-16 21:07:50

PANDU PUTERI TUNAS AKTIVITI PERJUMPAAN KALI 2 2021

PANDU PUTERI TUNAS AKTIVITI PERJUMPAAN KALI 2 2021

SK BATU 4 JALAN
TAWAU

PANDU PUTERI TUNAS
AKTIVITI PERJUMPAAN

KALI2

SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu
Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916.

Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat
Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura
ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di
bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958.

Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli
melebihi 130,000 orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat
dengan parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan,
malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita
remaja.

SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS

Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) dan diterima sebagai ahli
Tenderfoot dalam tahun 1960. Pada tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member).

PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber
melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan bangsa malalui visi
PPPM "Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan."

Setelah 100 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang ke arah melahirkan pemimpin wanita yang
hebat, cemerlang serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS

LOGO PANDU PUTERI TUNAS

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di
Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali
dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun
1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah
mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie
kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan
perkembangan bahasa di negara kita.

Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan
Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi
sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik
jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula
bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan
sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS
PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat
warganegara yang sempurna.

TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi
sifat-sifat warganegara yang sempurna.

T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat

I Indah budi bahasa

SEKIAN
TERIMA KASIH

DI SEDIAKAN OLEH:
PANDU PUTERI TUNAS
SK BATU 4 JALAN APAS TAWAU


Click to View FlipBook Version