KOR-SISPA SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM MPU 3481(A) NAMA : NUR YUSUF ZUHAIR BIN MOHD NOR KELAS : BM 2 PISMP 2022/2027 ANGKA GILIRAN : 2022162441032 NO. KAD PENGENALAN : 041205-01-0407 NAMA PENSYARAH : DR. MOHD SUKRI BIN MA'AROF
KOR SISPA SSEEJJAARRAAHH
Pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPA3) dan bukan secara berpusat pada tahun 1990-an. Antara IPT awal yang terlibat dengan JPA3 adalah Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT), Institut Teknologi Mara (ITM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UPM Cawangan Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu) merupakan IPT yang pertama menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 seramai 60 orang pada tahun1996, diikuti oleh UUM pada tahun 1997, ITM dan UTM pada tahun 1998. Pada tahun 1999, Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah telah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Inisiatif itu dimulakan dengan30 orang pelajar berserta 10 orang pensyarah dan kakitangan UUM yang mengikutiKursus Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth dan seterusnya Majlis Pentauliahan pada 20 Mac 2000 yang disempurna oleh Ketua Pengarah JPA3. Pada bulan Disember 2000, penyelarasan semula kokurikulum Pertahanan Awam UiTM telah dilakukan oleh JPA3 Negeri Selangor dan seorang Pegawai Penyelaras telah dilantik untuk menguruskan kokurikulum Pertahanan Awam UiTM. Pada 16 Januari 2002, pelancaran semula kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pelancaran semula ini menyaksikan kokurikulum Pertahanan Awam ini diasingkan daripada Unit Kesatria HEP UiTM dan bergerak dengan jenama sendiri. Ia turut menggunakan silibus pembelajaran yang digariskan oleh pihak JPA3 dan UiTM. SEJARAH RINGKAS KOR SISPA
Pada sekitar tahun 2008 dan 2009, beberapa siri perbincangan antara pihak Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Shah Alam dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor untuk membawa usul penubuhan sebuah pasukan berunifom siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). Usaha tersebut akhirnya telah membuahkan hasil apabila kesemua pihak pada masa itu menerima idea penubuhan pasukan yang dimaksudkan dan bersetuju dengan beberapa perkara yang melibatkan dasar dan pelaksanaan. Pada 6 Februari 2010 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat UiTM seluruh Malaysia dilancarkan secara rasmi. Pelancaran itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak JPAM untuk membuka ruang yang lebih besar kepada penubuhan Kor Sispa di IPT yang lain. Pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan Dungun dibuat dalam tahun 2010- 2011. Majlis Pentauliahan Kor Sispa yang pertama berjaya dianjurkan di UiTM Shah Alam pada 12-16 Disember 2010 melibatkan PKS daripada lima buah IPT iaitu UiTM, UMT, UNISEL, UniKL dan USIM. Majlis ini disusuli dengan pelancaran buku Panduan Pengurusan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan diterbitkan dengan kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kor Sispa UiTM Shah Alam. SEJARAH RINGKAS KOR SISPA
KOR SISPA PPRRIINNSSIIPP--PPRRIINNSSIIPP ASAS
Tidak membahayakan lagi keadaan pesakit PRINSIP-PRINSIP KOR SISPA Menggerakkan badan pesakit sebagai satu unit Pesakit dipindahkan apabila diperlukan Arahan daripada satu penyelamat sahaja Menggunakan teknik dan cara mengangkat yang betul
KOR SISPA SSTTRRUUKKTTUURR DDAANN OORRGGAANNIISSAASSII
STRUKTUR DAN ORGANISASI KOR SISPA
STRUKTUR DAN ORGANISASI KOR SISPA
KOR SISPA PPAAKKAAIIAANN
APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No.3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apa-apa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. Penyediaan pakaian seragam No.1, No.2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat/ Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing. PAKAIAN KOR SISPA 1
KOR SISPA PPEENNGGAANNGGKKUUTTAANN
Pihak IPT bertnggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri/ Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan. PENGANGKUTAN KOR SISPA
KOR SISPA PPEERRAALLAATTAANN
Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain. Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan pengguna dan kebolehfungsian. Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri/ Daerah dan ILPA sekiranya peralatan IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM. PERALATAN LATIHAN KOR SISPA
KOR SISPA PPEENNGGUURRUUSSAANN DDAANNPPEENNTTAADDBBIIRRAANN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOR SISPA
KOR SISPA PPUUNNCCAA KKUUAASSAA
1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] 1.1.6 Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuat Kuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan / Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). PUNCA KUASA KOR SISPA
KOR SISPA PPEENNGGEENNAALLAANN
KOR SISPA (PERTAHANAN AWAM) IPT merangkumi Universiti Awam/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta/ Institut Pendidikan Guru (IPG) pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masing-masing seperti kerjasama antara Universiti Awam dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan Pasukan Di Raja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswasiswi Polis (Kor Suksis) serta lain-lain pasukan beruniform. Selaras dengan hasrat bagi membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mentap dari segi akademik, fizikal, mental serta kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada penubuhan Kor Sispa. Penubuhan ini juga dapat memberi manfaat kepada pelajar itu secara individu, jabatan, universiti dan masyarakat. PENGENALAN KORSISPA
KOR SISPA PPEERRLLEEMMBBAAGGAAAANN PPEENNUUBBUUHHAANN
MATLAMAT Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). VISI Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MISI Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara. MOTTO “SEDIA PANTAS BERINTEGRITI” PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN KOR SISPA
KOR SISPA OOBBJJEEKKTTIIFF PPEENNUUBBUUHHAANN
Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkahlangkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara. OBJEKTIF PENUBUHAN KOR SISPA
KOR SISPA LLOOGGOO RRAASSMMII
Segitiga Sama dan Warna Oren Lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. LOGO RASMI KOR SISPA Sentiasa Siap Sedia Moto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas. Tapak Logo Warna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah lambang keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan. BungaPadi Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan kukuh seperti digambarkan ikatan yang kemas pada bunga padi.
KOR SISPA LAGU
Marilah kita semua Bergading bahu mengembleng tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk bangsa kita Padukan jiwa dan raga Sedia berkorban apa saja Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta LAGU RASMI KOR SISPA Malaysia bumi yang bertuah Kami sungguh bangga menjadi warga setia Penuh azam dan tekad bersama Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya Kita sentiasa bersedia Menjunjung wawasan semua Ke arah hidup aman dan sentosa Malaysia Jaya
KOR SISPA TTAADDBBIIRR UURRUUSS
Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa seperti dalam perkara 2.3.1 hingga 2.3.4. Empat peringkat jawatankuasa ini merangkumi Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. TADBIR URUS KOR SISPA Rajah menunjukkan struktur tadbir urus Kor Sispa
Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Malaysia hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan IPT untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. 2.3.1 Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan a. Pengerusi Bersama i. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Ketua Pesuruhjaya APM b. Timbalan Pengerusi Bersama i. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM c. Ahli-ahli i. Komandan-komandan Kor Sispa IPT ii. Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM d. Urus Setia Bersama i. Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar untuk perkembangan Kor Sispa pada peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya SEKALI (1) dalam setahun. Sebarang dasar baharu, semakan atau rombakan dasar yang diluluskan hendaklah dibuat secara edaran melalui surat pekeliling. Jawatankuasa ini juga hendaklah merancang bajet pengurusan Kor Sispa. TADBIR URUS KOR SISPA
2.3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa a. Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi I i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Timbalan Pengerusi II i. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA d. Ahli-ahli i. Komandan / Timbalan Komandan ii. Pengarah-pengarah APM Negeri iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iv. Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam (ILPA) v. Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik e. Urus Setia i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini menyelaras dan menguruskan pelaksanaan Kor Sispa mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan ke peringkat Jawatankuasa Dasar. TADBIR URUS KOR SISPA
2.3.3 Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa a. Pengerusi i. Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Ahli-ahli i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri iv. Wakil Komandan ILPA d. Urus Setia i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. TADBIR URUS KOR SISPA
2.3.4 Jawatankuasa Peringkat IPT a. Pengerusi i. Komandan Kor Sispa IPT b. Timbalan Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri ii. Ajutan Kor Sispa IPT iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT d. Urus Setia i. Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun. TADBIR URUS KOR SISPA
KOR SISPA TTUUGGAASS DDAANN TTAANNGGGGUUNNGGJJAAWWAABB
2.4.1 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia a. Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) i. Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. ii. Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. iii. Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik Kor Sispa. iv. Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. v. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. vi. Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu yang telah dipersetujui. vii. Merancang dan melaksanakan program-program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT. viii. Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa. ix. Menyimpan rekod PKS yang diterima daripada APM negeri. b. Angkatan Pertahanan Awam Negeri i. Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan dan aktiviti Kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. ii. Menerima dan menyokong penubuhan pasukan Kor Sispa. iii. Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. iv. Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. v. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. vi. Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOR SISPA
2.4.2. Kementerian Pendidikan Malaysia a. Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. ii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. iii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa. iv. Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. v. Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. b. Institusi Pendidikan Tinggi i. Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa termasuk kampus cawangan. ii. Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT. iii. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT. iv. Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa. v. Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat negeri. vi. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor Sispa. vii. Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri. viii. Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOR SISPA
KOR SISPA TTAATTAACCAARRAA PPEEMMAAKKAAIIAANN PPAAKKAAIIAANN SSEERRAAGGAAMM
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 1 LELAKI (ISTIADAT)
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 1 LELAKI (MESS KIT)
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 1 WANITA (ISTIADAT)
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 1 WANITA (ISTIADAT)
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 2 LELAKI (BUSTUNIK) Lencana kolar Lencana Integritir Lanyard Tanda Nama
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 2 WANITA (BUSTUNIK)
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 3 LELAKI (PEJABAT / KERJA)
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM KOR SISPA PAKAIAN SERAGAM NO. 2 LELAKI (PEJABAT / KERJA)
KOR SISPA LLEENNCCAANNAA DDAANN PPEENNGGKKAATT
LENCANA DAN PANGKAT KOR SISPA