INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI,
KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: MOHAMAD DANIAL BIN MOHAMAD ZAKIRUDIN
NO. KAD PENGENALAN: 971008-10-5643
ANGKA GILIRAN: 2017192340040
KUMPULAN: PISMP C3
NAMA PENSYARAH AKADEMIK: ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR
TAJUK TUGASAN PROJEK: PENULISAN ESEI
TARIKH SERAHAN: 20 MAC 2020
TARIKH TERIMA:
PENGHARGAAN
Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan taufik dan
hidayahnya telah memberi kekuatan dan keyakinan dalam menyiapkan dan menunaikan
tanggungjawab menyelesaikan kerja-kerja penulisan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan
ini saya mendapati banyak pihak sentiasa menyokong dan memberikan galakan sepenuhnya
kepada saya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan Encik Badrul Hisham Bin
Mokhtar sebagai pensyarah kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar dengan ikhlas,
komited, dan tanpa jemu sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Tanpa ilmu dan manfaat
daripadanya, penulisan ini tidak sempurna untuk dihasilkan.
Jutaan terima kasih kepada ibu, Maimunah Binti Md. Rasoll dan ayah, Mohamad Zakirudin
Bin Idris yang membantu daripada segi kewangan dan sentiasa menyokong penuh sebagai
tulang belakang. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu dan menegur salah dan
silap saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Akhirnya, Semoga hasil penulisan ini memenuhi kehendak soalan dan menjawab dengan
jelas dan tepat. Segala kelebihan ilmu dalam penulisan ini ialah milik Allah, manakala
kelemahannya datang dari kejahilan saya.
SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan 2
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru
4
2.1 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Pelaksana (DG41) 5
2.2 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Penggerak (DG44)
2.3 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Pembimbing dan Mentor 6
(DG48) 7
2.4 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Peneraju Perubahan
7
(DG52) 8
2.5 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Pemikir Strategik (DG54) 9
dan Pemikir Holistik (GRED KHAS)
3.0 Penutup
RUJUKAN
1.0 Pendahuluan
Pemikir
Holistik
(GRED
KHAS)
Pemikir Strategik
(DG54)
Peneraju Perubahan
(DG52)
Pembimbing dan Mentor
(DG48)
Penggerak (DG44)
Pelaksana (DG41)
Rajah 1: Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred
(KPM, 2016)
Konsep mengajar bagi seorang guru apabila terdapat pemberi dan penerima dalam
menyampaikan ilmu iaitu pemberi yang berpengetahuan, berkemahiran dan pakar dalam sesuatu
bidang. Oleh yang demikian seorang guru sangat kompeten dan komitmen yang tinggi untuk
menjayakan apa sahaja program (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013).
Maka, seorang guru harus mempunyai perancangan yang sempurna dalam kerjaya agar lebih
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan sentiasa meningkatkan kemahiran diri daripada
pelbagai sudut. Di sini saya akan menghuraikan pelan pembangunan diri dan kerjaya
berdasarkan enam peringkat perkembangan guru (KPM, 2016).
2.1 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Pelaksana (DG41)
Semasa di awal perkhidmatan pada gred 41 sebagai pelaksana berdasarkan garis panduan yang
dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2016). Pelaksana menjalankan
tanggungjawab seperti menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu,
saya harus memahami tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan (Wong,
Noriati & Boon, 2018). Oleh itu guru harus bersedia diselia kerana apabila guru-guru senior di
gred 44 yang melaksanakan kajian untuk penambahbaikan pdp dapat menggunakan hasil
pengajaran guru dan murid sebagai sampel kajian. Maka guru novis dapat menambah ilmu sedia
ada di samping mencari kesilapan dalam pdp yang dilakukan. Justeru kemahiran murid dalam
menguasai subjek tersebut akan meningkat dan bakat dapat dicungkil dengan baik. Menurut Nur
Ameera Nabila Azmi (2019), guru harus sedaya upaya mencungkil bakat terpendam murid-murid.
Dalam perancangan saya, sebagai guru novis saya akan menambah ilmu pengetahuan
sebanyak yang mungkin dan merujuk guru-guru senior yang cemerlang di sekolah pedalaman
tersebut untuk dijadikan contoh ikutan. Saya akan membantu guru-guru senior menyelesaikan
masalah PdP murid di samping meningkatkan prestasi akademik murid. Hal ini akan
menyumbang banyak perubahan kepada peningkatan akademik murid. Selain itu, bakat
terpendam murid seperti mahir bercerita, menyanyi, atau melukis akan menjadi kemahiran
insaniah dalam membentuk peribadi murid yang berjaya. Seterusnya, saya juga akan menyertai
bengkel-bengkel yang berkaitan. Sebagai contoh bengkel pemarkahan kertas soalan Bahasa
Melayu berdasarkan format semasa dan bengkel pengisian data murid. Daripada bengkel yang
bermanfaat sebegini saya dapat memahirkan diri dengan pelbagai kemahiran. Sebagai
persediaan juga, saya akan menyediakan fail-fail penting sebagai bahan dokumentasi segala
aktiviti sepanjang bergelar guru. Hal ini bagi persiapan sebagai bukti untuk mendapatkan status
guru cemerlang pada fasa akan datang.
2.2 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Penggerak (DG44)
Berdasarkan garis panduan yang dijelaskan oleh KPM. Peranan tugas guru pada gred 44 sebagai
penggerak. Penggerak perlu menilai dan memantau pencapaian murid daripada segi akademik
dan aktiviti keberkesanan kokurikulum. Selain itu guru harus menghadiri mesyuarat berkaitan
peningkatan pencapaian sekolah yang diarahkan oleh pengetua. Guru juga melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu
menyelesaikan masalah (Wong, Noriati & Boon, 2018). Kemudian, guru akan berkongsi ilmu
tentang peningkatan PdP kepada guru-guru di peringkat pelaksana (DG41). Guru juga harus
membantu sekolah bagi menjalinkan jalinan kolaboratif dengan ibu bapa, masyarakat dan
komuniti di dalam dan luar sekolah serta agensi luar.
Dalam pelan pembangunan diri yang saya rancang, sebagai guru penggerak mesti
membantu guru-guru novis yang baru memasuki alam pengajaran. Program coaching and
mentoring sangat sesuai dalam memahami masalah PdP guru-guru novis. Justeru itu, saya akan
membuat penyelidikan dan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Daripada
masalah itu akan dicipta sebuah inovasi yang bermanfaat dan berkongsi dengan komuniti
pembelajaran profesional (PLC) agar sering ditambahbaik. Pada peringkat ini saya akan
menyumbangkan sebanyak kepakaran dalam membentuk keberhasilan murid dalam mencungkil
bakat dalam pelbagai pertandingan seperti bercerita, pidato, mewarna dan sebagainya.
Tujuannya untuk mencabar diri bagi mendapat ke arah laluan guru cemerlang. Saya akan
berusaha untuk memperoleh Guru Cemerlang dengan kerap menambah ilmu pengetahudan dan
kemahiran seperti Effective Leadership, Creative Thinkng and Problem Solving, Effective
Communication, Garis Panduan Program Pendidikan Khas Tahap 1 dan 2 dan TMK Tahun 5 dan
6.
2.3 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Pembimbing dan Mentor (DG48)
Pada peringkat gred 48 saya dikategorikan sebagai guru yang kompeten kerana saya perlu
merangka peraturan perlaksanaan PdP lantas memantau dan menilai Pdp yang diajarkan guru
lain. Sebagai guru yang lebih berpengalaman akan membimbing guru-guru novis di bawah.
Kebiasaannya guru pembimbing ini juga mempunyai falsafah PdP peribadi yang dibangunkan
berdasarkan analisis pendekatan yang berbeza. Hal ini guru dapat menyediakan program PdP
yang khusus mengikut keperluan khas murid. Oleh itu guru sesuai menjadi mentor dalam
menggunakan pelbagai kaedah untuk merekod pencapaian murid. Oleh itu, guru merupakan
perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan
sistem pendidikan (Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim, 2012).
Pada peringkat ini, saya akan banyak membentangkan bahan akademik dan hasil
penyelidikan yang saya lakukan. Selain itu, bengkel, seminar dan lawatan penanda aras yang
telah saya jalani akan dikongsikan dan diaplikasikan kepada rakan sejawat dan membimbing
guru-guru novis. Dalam pada masa yang sama, saya akan mengambil cuti tanpa gaji untuk
menyambung pengajian di peringkat sarjana di universiti tempatan. Hal ini bagi melayakkan diri
bagi menyambung perkhidmatan sebagai pensyarah di peringkat Institusi Pendidikan Guru
Malaysia. Setelah menamatkan pengajian di peringkat sarjana, saya akan menghadiri temuduga
dan memohon sebagai pensyarah untuk ke IPG.
2.4 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Peneraju Perubahan (DG52)
Seorang pensyarah pada gred peneraju perubahan (DG52) harus lebih dinamik dalam meneroka
strategi PdP serta pentaksiran. Pensyarah juga harus mengaplikasikan amalan berasaskan bukti
untuk membimbing pelajar ke arah tahap pembelajaran yang lebih tinggi selain melestarikan
autonomi pelajar melalui perbincangan bersama. Pensyarah juga harus merancang dan
menjalankan penyelidikan berasaskan sekolah dengan mewujudkan kolaboratif strategi
komunikasi antara institusi dengan komuniti lain.
Pada fasa ini, saya akan berkhidmat sebagai pensyarah IPG yang menawarkan kekosongan.
Saya akan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah secara sambilan dalam masa
yang sama berusaha untuk menjadi pensyarah cemerlang selama 3 tahun berturut-turut. Tujuan
mendapatkan status pensyarah cemerlang supaya mendapatkan APC bagi memudahkan lalulan
untuk menjadi pengarah IPG. Walau bagaimanapun laluan untuk menjadi pengarah IPG , saya
akan berusaha mengisi kekosongan Ketua Jabatan dalam kampus induk. Hal ini juga harus
menghadiri kurus NPQEL (kepimpinan), seminar, E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) dan
selalu menjalankan penyelidikan.
2.5 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Sebagai Pemikir Strategik (DG54) dan
Pemikir Holistik (GRED KHAS)
Apabila anda sebagai ketua jabatan yang berada pada gred (DG54) haruslah mempamerkan
dengan jelas kefahaman mendalam tentang matlamat dasar pendidikan serta mengaplikasikan
dasar tersebut dengan menjadi pakar rujuk. Selain itu, mampu merangka dan menambahbaik
Prosedur Standard Operasi (SOP) institut secara berterusan bagi memastikan kualiti PdP
bersesuaian. Pemimpin juga harus mengenalpati kekurangan sumber merentas pelbagai bidang
dan menjangkau skop tugas sedia ada. Maka penyelesaian berdasarkan risiko yang telah dikira
dan cost benefit analyses dapat diutamakan dengan bekerjasama dengan ahli pasukan yang lain.
Pada fasa ini sudah layak menjadi pengarah IPG kerana pangkat yang ditetapkan pada
gred (DG54). Maka, sebagai pelengkap untuk meningkatkan diri ke arah kepimpinan tertinggi,
saya harus mengikuti kursus Advance Leadership Management Programme oleh INTAN,
Executive Enhancement Course oleh Institut Aminuddin Baki, dan PPB kelolaan Razak School
of Government atau Harvard Business School. Semua ini sebagai pelengkap bagi memenuhi
kriteria sebagai selaku pemimpin tertinggi dan disegani oleh kakitangan bawahan. Menurut Saiful
Bahri Kamaruddin (2015), seorang pemimpin harus menunjukkan contoh yang baik dengan
menerapkan sistem nilai dan budaya yang murni. Hal ini supaya kakitangan awam sentiasa
amanah dan patuh dalam menjalankan tugas dengan baik. Selain itu, saya juga boleh mengambil
kursus-kursus elektif yang perlu bagi mengasah kemahiran seperti kursus pengucapan awam,
kursus peningkatan kualiti peribadi dan lain-lain yang berkaitan. Hal ini bagi menambah
kemahiran insaniah agar lebih kompeten dan berkaliber sebagai pengarah institusi pendidikan.
Dan jika direzekikan saya akan berusaha untuk mencapai gred khas C sebagai matlamat akhir
yang paling tinggi.
Tuntasnya, kerjaya laluan guru bukanlah senang kerana mempunyai pelbagai cabang
yang luas bermula dari guru biasa sehingga menjadi Pengarah Kementerian Pelajaran.
Sesungguhnya setiap guru harus sentiasa mempunyai matlamat yang lebih tinggi dan tidak
berada pada tahap selesa supaya dapat meningkatkan kemahiran diri. Kesannya, sistem
pendidikan di negara ini akan lebih maju dan dapat bersaing dengan negara-negara contoh yang
lain.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia, (KPM). (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Nur Ameera Nabila Azmi. (2019). Guru perlu sentiasa cungkil dan kesan bakat murid.
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/guru-perlu-sentiasa-cungkil-dan-kesan-bakat-
murid-1.930638
Saedah Siraj, & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). STANDARD KOMPETENSI GURU
MALAYSIA (Vol. 28, Issue 1) [Universiti Malaya].
https://doi.org/10.1080/00211919208050834
Saiful Bahri Kamaruddin. (2015). Pemimpin Perlu Jadi Teladan Baik – Dr M. UKM.
https://www.ukm.my/news/Latest_News/pemimpin-perlu-jadi-teladan-baik-dr-m/
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Wong, K. W., Noriati A. Rashid, & Boon, P. Y. (2018). Asas Kepimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru. Shah Alam,Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.