The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zanariah, 2019-06-19 23:23:12

FIQH MUAMALAT

FIQH MUAMALAT

BAB A1

PENGENALAN MUAMALAT ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah.
 Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam.
 Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat.

A1.1 PENGENALAN
Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud „penyerahan‟, dan berasal daripada
perkataan yang membawa maksud „keamanan‟. Dalam konteks agama, Islam bermakna
penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama semata-
mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani
dan rohani dalam kewujudan manusia.

Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat Al-Quran yang berikut;

Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untuk
kamu"

(Al-Maidah: 3)

1.1.1 Konsep Islam

Pada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) dan
akhlak (kod moral/adab).

Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagi
merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental serta
fizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapi
meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan
(amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial.

Oleh itu, Islam juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang merangkumi cara hidup yang
telah ditentukan oleh Allah (SWT).

1

Syariah al-kubra boleh dibahagikan seperti berikut:
Islam

Aqidah Shariah Akhlaq

Fiqh Fiqh Fiqh Fiqh
Ibadat Muamalat Munakahat Jinayat

Aqidah Kewangan
Islam
Akhlaq
Syariah Aqidah ditakrifkan sebagai kepercayaan tanpa sebarang ragu-ragu
atau syak terhadap Allah (SWT), para Rasul-Nya dan Para Malaikat-
Nya, Hari Akhirat, Kitab Suci serta dan Qada‟ dan Qadar. Ia
merupakan asas utama dalam Islam dan titik permulaan untuk
menjadi seorang Muslim yang baik. Ia dapat dilihat dengan aktiviti-
aktiviti yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu sendiri. Nabi
Muhammad (saw) menjelaskan bahawa Islam adalah seperti sebuah
bangunan di mana asasnya ialah aqidah. Asas aqidah dalam Islam
ialah enam rukun iman (rukun al-iman).

Amalan kebaikan, moral, dan adab dalam teologi dan falsafah Islam.
Ia merangkumi hubungan antara manusia dan Allah (SWT), antara
manusia dan manusia dan antara manusia dan makhluk lain.

Syariah ialah satu set peraturan yang diperolehi daripada al-Quran
dan hadith-hadith sahih (sunnah) Nabi Muhammad (saw) dan
pendapat ilmiah (ijtihad) berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Syariah
mengandungi kategori dan perkara-perkara mengenai undang-
undang Islam yang dikenali sebagai cabang fiqh (perundangan
Islam).

2

Fiqh Ibadat Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah
(SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadah
lain yang termasuk di bawah tajuk ini.

Fiqh Munakahat Peraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan seperti
perkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan perkara-
perkara lain yang berkaitan.

Fiqh Jinayat Ia dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam Islam,
merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram (zina),
kecurian (sariqah), pembunuhan, dan lain-lain.

Fiqh Muamalat Peraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara pihak-pihak
yang terlibat.

1.1.2 Objektif Syariah (Maqasid al Syariah)

Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan.
Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam
mensyariatkan hukum.

Menurut Imam al-Ghazali “matlamat syariah adalah untuk menggalakkan kesejahteraan
seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka (nafs), akal mereka
(a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang boleh
memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalah
sewajarnya.

Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: -

Pemeliharaan Keterangan / Catatan

Agama Pemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam semua
keadaan.

Contoh:
Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserang
oleh musuh-musuh Islam.

3

Nyawa Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusia
Keturunan didalam semua keadaan.
Akal
Harta Contoh:
Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman
yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.

Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatan
didalam semua keadaan.

Contoh:
Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak
bermoral.

Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalam
semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari
perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan
fungsi serta keupayaan berfikir.

Contoh:
Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan
memberi kesan negatif kepada fungsi otak.

Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan.

Contoh:
Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta
benda terhadap musibah atau bencana.

1.1.3 Klasifikasi Manfaat Objektif Syariah

Cendiakawan/ulama Islam telah membahagikan keseluruhan masalih - merangkap -
maqasid kepada tiga kategori kepentingan dalam susunan menurun:

Tahsiniyyat Kurang
(perhiasan) Penting
Contohnya kereta mewah,
barang kemas, dan sebagainya Lebih
Penting
Hajiyyat (keperluan)
contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa, dan 4

sebagainya

Daruriyyat (asas)
contohnya makanan, pakaian, perlindungan.

1.1.4 Sumber Syariah

Secara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu sumber-sumber yang
dipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan sumber-sumber yang tidak
dipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama adalah sumber
yang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu perkara atau masalah
yang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa apa-apa perbezaan pendapat
di kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan.

Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh majoriti ulama seperti
berikut:

Sumber Keterangan / Catatan

Al-Quran Al-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan kepada Nabi
Sunnah Muhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as). Al-
Quran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah mu'jizat
(makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak berubah
dan dipelihara oleh Allah (SWT).

Menurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk kapada
sebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatan
beliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang dan
tidak menegah.

Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori1:

a. Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan)

Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelas
berkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat"

b. Sunnah Fi'liyyah (Sunnah melalui Perbuatan)

Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahan
sebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat,
berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yang
dilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.

c. Sunnah Taqririyyah (Sunnah melalui Persetujuan)

Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata para
sahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada

1 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 29

5

Ijma ' pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan
Qiyas tersirat Nabi Muhammad (saw) boleh disimpulkan
daripada berdiam diri menandakan tingkah laku tersebut
dibenarkan. Nabi Muhammad (saw) tidak akan berdiam
diri kepada perkara-perkara yang dilarang.

Ijma’ istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuan
sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi
Muhammad (saw).2

Qiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang telah
ditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di mana
undang-undang adalah senyap. 3

1.1.5 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi)

Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang yang menghuraikan
tentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau meninggalkan
aktiviti/pekerjaan. Menurut istilah Islam, tindakan seorang Muslim mesti dipandu oleh
kelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah) yang diklasifikasikan sebagai berikut:

Klasifikasi Hukum Penerangan
Wajib (wajib) Istilah wajib bermaksud tindakan yang mesti dilaksanakan
oleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat dan
Mandub (disyorkan) berpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, ia
merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT)
Haram (larangan / dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.
menyalahi undang-
undang) Mandub ditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di mana
melakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salah
jika meninggalkannya. Hukum mandub ialah berkaitan
membuat sesuatu yang tidak bercanggah akan dapat pahala
(thawab) bagi pelakunya, manakala meninggalkanya tidak
berdosa seperti memberi sedekah.

Haram ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan
yang diperintah oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang
harus dipatuhi.Contoh perbuatan yang dilarang (haram) ialah
penggelapan kekayaan orang lain.

2 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39
3 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 43

6

Makruh (tercela atau Makruh ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan
ditolak) yang dituntut oleh Allah (SWT) dari segi syarat-syarat yang
tidak terikat.Contoh perbuatan tercela (makruh) ialah hutang
Mubah (dibenarkan) yang tidak didokumenkan (tidak direkodkan).

Mubah atau perbuatan yang dibenarkan ialah Allah (SWT)
telah memberi pilihan samaada melakukan atau meninggalkan
sesuatu tanpa menyalahi atau memuji sipelaku. Menurut
prinsip ini, semua kontrak dan urus niaga adalah dibenarkan,
melainkan jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

A1.2 ASAS MUAMALAT

1.2.1 Pengenalan Muamalat

Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala dari
segi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan
persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka,
terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat
merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan
ekonomi.

Prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk peraturan syariah
dalam muamalat ialah: 4

Prinsip-prinsip Asas Penerangan
Keharusan sebagai Status semua perkara selain daripada ritual adalah dibenarkan
Peraturan Umum sehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang.

Kesimpulan Kontrak Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang
dengan Persetujuan dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada
Bersama sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau cara
lain yang menyalahi undang-undang.

Pematuhan Kontrak Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu
dengan Maqasid al hendaklah selaras dengan maqasid al shariah.
Shariah

4 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-199

7

Prinsip Edaran Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai

Kekayaan secara Meluas dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tangan

yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.

Prinsip Ketelusan dalam Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telus
Urus niaga Perdagangan supaya semua pihak jelas mengenai semua fakta penting

termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.

Adil dan Saksama dalam Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu diamalkan

Urus Niaga dalam semua transaksi dan kontrak Islam.

1.2.2 Larangan dalam Muamalat

Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggar
sebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara oleh
kesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali) bahwa semua bentuk
urusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah dianggap tidak sah.

Prinsip-Prinsip Am

 Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli produk-produk
yang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram yang lain.

Nabi Muhammad (saw) telah bersabda,

"Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang penjualan arak, daging
haiwan yang mati, babi dan berhala,"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana perjanjian
kewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah).

Maksudnya: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

(Al-Baqarah: 275)

 Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir) adalah dilarang dalam Islam.

8

Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang khamar
dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar, dan ada pula beberapa
manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”.

(Al-Baqarah: 219)

 Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar (gharar fahish)
juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan.

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi
dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . "

(An-Nisaa ': 29)

Unsur-Unsur yang Dilarang

1. Riba (Bunga atau Faedah)

Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempoh
yang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas principal yang mesti
dibayar oleh peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidak
mempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta.5

Larangan riba disimpulkan daripada ayat berikut:

Maksudnya:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-
hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba".
Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan
riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.

(Al-Baqarah: 275)

5 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 199

9

Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua dimensi.Yang
pertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu dibayar yang
dikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem perdagangan
“barter”, pertukaran barang ribawi dari jenis dan asas yang sama ditukar dengan
kadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba buyu'.

Ini boleh diringkaskan seperti berikut:6

Riba

Riba Duyun Riba Buyu’

Riba Riba Riba Riba
Qard Jahiliyyah Fadhl Nasi’ah

a. Riba Duyun

Kenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama ada
dalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok.

Jenis Penerangan
Riba Qard Pertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjaman
pokok yang telah dipersetujui ketika kontrak
Riba Jahiliyyah dibuat.
Faedah dikenakan ke atas peminjam bagi
pembayaran lewat atau kegagalan untuk
membayar balik pinjaman.

b. Riba Buyu’

Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran yang
tidak sama ke atas komoditi ribawi yang jenis dan asas yang sama.

6 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 33-34

10

Jenis Penerangan
Riba Fadhl Oleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rata
Riba Nasi'ah Oleh kerana lanjutan masa penghantaran

Nabi Muhammad (saw) bersabda,

'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan
gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengan
garam – sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk seimbang,

pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza, ikut
kehendak anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat dengan
serta-merta.

(Riwayat Muslim)

Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum, barli, tamar
dan garam mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut dikenali
sebagai barang ribawi.

Jenis Emas Matawang SGD Makanan Asasi
Perak MYR Gandum Barli Tamar Garam

Matawang Emas
Perak
Makanan MYR
Asasi SGD
Gandum
Barli
Tamar
Garam

Pada masa dan kadar yang sama

Pada masa yang sama

Tanpa syarat

Peratuan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan sama
ada transaksi berkenaan riba fadhl atau riba nasi'ah.

Peraturan 1:

Pertukaran antara bahan ribawi dari jenis yang sama (dan asas yang sama)
hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah dan
penghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu yang sama.

11

 Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktu
yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang
ditukar tidak seimbang, maka berlaku riba fadhl.

 Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat pada
waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan
yang ditukar adalah seimbang, maka berlaku riba nasi’ah.

Peraturan 2:

Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis yang
berbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama, walaupun
mungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar berat, sukatan
atau jumlah barangan yang ditukar tidak penting.

 Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama,
maka berlaku riba nasiah.

2. Gharar (Ketidakpastian)

Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam Islam kerana ia
akan menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang terlibat.Ini
adalah disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam transaksi berkenaan
tidak ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan kontrak tidak sah atau
boleh batal.

Larangan gharar boleh disimpulkan dari ayat berikut:

Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan) harta-
harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di
antara kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. "

(An-Nisaa ': 29)

Larangan transaksi gharar disahkan dalam hadith berikut:

Abu Hurairah ra melaporkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang transaksi
yang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang melibatkan
sebarang ketidaktentuan.

(Riwayat Muslim)

12

Gharar boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Gharar Kecil (Yasir)

Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana tidak
memberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau unsur-
unsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi elemen-elemen
penting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset, harga,
bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya)

b. Gharar Besar (Fahish)

Secara amnya, gharar besar adalah

 ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh
diterima, atau

 Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.

Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah.

3. Maisir (Perjudian)

Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau memperolehi
keuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk perniagaan di mana
keuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib semata-mata atau
spekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang boleh diterima
pada tahap tertentu, maisir tidak boleh diterima sama sekali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. "

(Al-Maidah: 90)

1.2.3 Konsep Kontrak dalam Muamalat

"Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh diterjemahkan
sebagai "kontrak".

Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri" mentakrifkan aqad sebagai:

"Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua pengisytiharan
dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang dimaksudkan".

13

Unsur-unsur penting dalam aqad : Aqidain Ma’aqud
Sighah Alaih

Ijab Qabul Barangan Harga

Unsur-unsur penting Penerangan
Sighah a. Ijab (tawaran)

Aqidain (pihak-pihak Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 101,
yang terikat dalam ijab ditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualan
kontrak) harta dan mengesahkan penjualan tersebut.

b. Qabul (penerimaan)

Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 102,
qabul ditakrifkan sebagai ikrar yang disebut oleh pihak
kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu,
perjanjian itu menjadi sempurna.

Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah bahawa pihak-pihak
berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan adalah kualiti
yang menjadikan seseorang layak untuk mendapatkan hak-hak
dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

14

Ma'aqud Alaih a Perkara Pokok

Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurut
perundangan Islam bagi subjek kontrak:

 Perlu wujud pada masa kontrak.
 Mesti dimiliki secara sah.
 Mesti memberi manfaat atau hasil yang

penting bagi pihak-pihak yang
berkontrak.
 Perlu mempunyai nilai komersial dalam
prinsip syariah.

b Harga / Balasan

Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihak
lain apabila membuat kontrak

Syarat-syarat untuk balasan yang sah:

 Wujud (mawjud)
 Dibenarkan (halal)
 Sah (sahih)
 Berharga (mutaqawwim)

15

BAB A2

KONSEP RISIKO

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Memahami konsep asas risiko.
 Memahami proses pengurusan risiko.
 Memahami bagaimana untuk menangani risiko.
 Memahami risiko dari perspektif Islam.
 Memahami hubungan antara risiko dengan Takaful.

A2.1 PENGENALAN

Istilah "risiko" secara amnya dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya kerosakan,
kecederaan atau kerugian. Terdapat unsur ketidakpastian daripada peristiwa yang berlaku
dan akibat daripada peristiwa tersebut.

Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan United Kingdom (The
Occupational Health and Safety Advisory Services, United Kingdom), risiko ditakrifkan
sebagai "gabungan kemungkinan berlakunya peristiwa berbahaya atau pendedahan
kepada peristiwa berbahaya dan tahap keterukan kecederaan atau kemudaratan yang
boleh berlaku akibat peristiwa atau pendedahan tersebut". (the combination of the
likelihood of an occurrence of a hazardous event or exposure(s) and the severity of
injury or ill health that can be caused by the event or exposure(s).)

Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan berlakunya sesuatu
peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada peristiwa tersebut. Dalam erti
kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca daripada kemungkinan
berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh mengakibatkan seseorang
berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan kedudukan beliau sebelum
berlakunya peristiwa tersebut.

A2.2 KONSEP RISIKO

Memandangkan wujudnya kaitan antara risiko dengan Takaful, tumpuan akan diberikan
pada risiko yang melibatkan kemungkinan berlakunya kerugian dari segi kewangan.
Kerugian kewangan boleh ditakrifkan sebagai penurunan atau kehilangan nilai
disebabkan oleh sesuatu kontingensi.

16

Selain risiko merupakan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan kerugian akibat
daripada peristiwa yang tidak dijangka, risiko juga merupakan hubungan antara
kekerapan dengan keterukan. Kekerapan merujuk kepada berapa kali kerugian berlaku
(contohnya 170,670 kemalangan jalan raya setiap tahun) manakala keterukan merujuk
kepada saiz kerugian (contohnya kerosakan kenderaan akibat kemalangan jalan raya
mencapai RM10 juta pada tahun 2012). Hubungan antara kekerapan dengan keterukan
kewangan justeru adalah penting bagi syarikat insurans dan Pengendali Takaful.

Secara umumnya, terdapat kekerapan yang tinggi bagi kadar insiden yang rendah dan
kekerapan yang rendah bagi kadar insiden yang tinggi.

Sebagai contoh, terdapat banyak insiden kecil kebakaran rumah berbanding dengan
sangat sedikit kes kebakaran rumah yang musnah sama sekali.

2.2.1 Kategori Risiko

Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori yang berbeza. Kategori yang paling
penting adalah seperti yang berikut:

1. Risiko Tulen berbanding Risiko Spekulatif

Risiko Huraian Contoh
Tulen Kebakaran, kilat, banjir,
Kemungkinan yang boleh ribut, kematian awal,
Spekulatif menyebabkan hanya kerugian kemalangan, kecurian, dan
(contoh, rumah musnah akibat lain-lain
kebakaran) atau tiada kerugian
(contoh rumah tidak musnah akibat Pelaburan dalam pasaran
kebakaran yang berlaku pada tahun saham, turun naik mata
itu). Risiko tulen amnya boleh wang asing, menceburi
dilindungi. perniagaan baharu.
Kemungkinan yang boleh
menyebabkan kerugian, tiada
kerugian atau keuntungan
(perolehan). Risiko spekulatif
amnya tidak boleh dilindungi.

2. Risiko Asas berbanding Risiko Khusus

Risiko Penerangan Contoh
Asas
Risiko yang akan memberikan Kerosakan kepada harta
kesan kepada semua lapisan benda akibat gempa bumi,
masyarakat atau sejumlah besar peperangan, dan lain-lain
orang dalam masyarakat. Risiko ini
bukan dalam kawalan individu.

17

Khusus Risiko yang akan memberi kesan Kerosakan kepada harta
kepada individu sahaja dan dalam benda akibat kemalangan,
kawalan individu. kecurian, rompakan.

2.2.2 Jenis Risiko Tulen

Risiko tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis yang akan menjejaskan
jaminan kewangan, iaitu:

1. Risiko peribadi

Risiko ini ditakrifkan sebagai risiko yang secara langsung memberikan kesan
terhadap individu.

Risiko peribadi seterusnya boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis seperti yang
berikut:

Bil. Jenis risiko Huraian
1 Kematian Awal
Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah
2 Pendapatan yang boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepada
tidak mencukupi tanggungan.
semasa Persaraan
Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang
3 Kesihatan tidak diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai
memuaskan aset kewangan yang mencukupi atau sumber
pendapatan persaraan lain.
4 Pengangguran Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan
yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.

Ancaman utama terhadap jaminan kewangan akibat
daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan
teknologi dan ekonomi dan lain-lain

2. Risiko Harta Benda

Risiko harta benda merujuk kepada kemungkinan kerugian disebabkan oleh
kerosakan harta benda yang berpunca daripada pelbagai sebab, seperti kebakaran,
banjir, gempa bumi dan bencana alam yang lain.

Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta benda:

18

Bil. Jenis risiko Huraian
1 Kerugian Langsung
Kerugian kewangan akibat kerosakan fizikal,
2 Kerugian tidak kemusnahan atau kecurian harta. Sebagai contoh,
langsung atau sebuah kilang musnah oleh kebakaran (kerosakan
kerugian turutan fizikal kilang ialah satu kerugian langsung).

Kerugian kewangan akibat tidak langsung daripada
berlakunya kerosakan fizikal secara langsung atau
kerugian kecurian harta. Sebagai contoh, tambahan
kepada kerosakan fizikal kilang, pemilik akan
kehilangan pendapatan (kerugian turutan)
disebabkan oleh pengurangan dalam pengeluaran
sementara kilang itu sedang dibaik pulih.

3. Risiko Liabiliti.

Risiko ini merujuk kepada kecederaan tubuh badan pihak ketiga atau kerosakan
harta benda. Dalam kes ini, mahkamah boleh memerintahkan orang yang
menyebabkan kemalangan untuk membayar ganti rugi yang besar kepada orang
yang mengalami kecederaan.

Contoh:

Firma perniagaan boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang bagi
produk yang rosak yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta
benda kepada pengguna yang menggunakan produk ini.

2.2.3 Ciri- Risiko yang Boleh Dilindungi di bawah Takaful

Bil. Ciri Huraian
1 Nilai kewangan Risiko ini mesti melibatkan kerugian yang boleh diukur
dari segi kewangan supaya pampasan kewangan boleh
2 Pendedahan dibuat akibat daripada kerugian, contohnya kebakaran
homogen (sama rumah, kereta yang dicuri.
jenis)
Perlu ada sejumlah besar risiko yang serupa, dan homogen
3 Risiko Tulen (sama jenis) sebelum mana-mana risiko daripada jumlah
yang besar tersebut boleh diinsuranskan.

Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau
pulangan modal) boleh diinsuranskan kerana insurans
tidak boleh digunakan untuk membuat keuntungan.

19

4 Risiko khusus Risiko-risiko khusus boleh dilindungi jika mereka
5 Kebetulan memenuhi kriteria-kriteria risiko yang lain yang boleh
dilindungi di bawah Takaful. Risiko-risiko asas secara
umumnya tidak boleh dilindungi, contohnya peperangan,
perubahan dalam adat walaupun risiko-risiko tertentu
boleh dipertimbangkan bergantung pada lokasi geografi
risiko-risiko tersebut.

Kekerapan dan keterukan apa-apa risiko mestilah benar-
benar di luar kawalan orang yang menginsuranskan.

6 Kepentingan Boleh Ditakrifkan sebagai hubungan undang-undang antara

Takaful orang yang diinsuranskan dengan sesuatu perkara dalam

Takaful. Risiko yang hendak diinsuranskan mesti

mempunyai beberapa bentuk kerugian kewangan yang

diiktiraf oleh undang-undang. Orang yang Diinsuranskan

mestilah orang yang akan mengalami beberapa kerugian

kewangan jika risiko itu menjadi nyata, contohnya

pemilik rumah menginsuranskan rumahnya sendiri.

2.2.4 Sumber Risiko

Selain risiko, penting juga untuk memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau
menyumbang kepada berlakunya kerugian iaitu "Peril "dan" Bahaya ".

1. Peril

Peril menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada apa yang kita
jangkakan. Ia merupakan penyebab langsung kepada kerugian. Kewujudan
peril memastikan bahawa kita dikelilingi oleh risiko seperti banjir, kematian,
sakit, kecurian, keganasan dan lain-lain dan ini dibincangkan di bawah.

a. Peril Semula Jadi:

Kategori ini termasuk peril seperti kecederaan dan kerosakan yang
disebabkan oleh unsur-unsur alam semula jadi seperti hujan, ais, salji,
taufan, hurikan, gunung berapi, ombak besar, angin, gempa bumi, atau
banjir.

b. Peril Disebabkan Manusia:

Terdapat juga peril disebabkan oleh manusia, yang menyebabkan
kerugian. Ini merupakan hasil perbuatan masyarakat kita dan tindakan
ganas dan tidak berperi kemanusiaan, yang mengakibatkan
penyimpangan daripada jangkaan. Terdapat banyak peril seumpama
ini, tetapi hanya sebahagian sahaja dibincangkan untuk
menggambarkan kepentingan mereka.

20

i. Kecurian
ii. Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat
iii. Kemalangan

c. Peril Ekonomi:

Kategori peril yang ketiga atau punca risiko ialah bercirikan ekonomi
dan contoh risiko jenis ini ialah kegawatan, inflasi, turun naik pasaran
tempatan dan ketidakstabilan firma perindustrian. Kegawatan dalam
pasaran menyebabkan tahap pengeluaran yang rendah dan
peningkatan dalam pengangguran. Hasil pengeluaran yang rendah
menyebabkan keuntungan yang berkurangan atau kerugian bagi
tempat-tempat perniagaan manakala pengangguran menyebabkan
pendapatan individu terhenti lantas mengakibatkan penderitaan mental
dan fizikal.

2. Bahaya

Sementara bencana adalah punca langsung kerugian, bahaya merupakan
faktor asas, yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian.
Terdapat syarat-syarat, yang lebih berbahaya daripada yang lain contohnya,
pekerjaan, sebagai juruelektrik adalah pekerjaan yang lebih berbahaya
berbanding dengan jurubank kerana juruelektrik lebih mudah terdedah
kepada kemalangan.

Bil. Jenis Bahaya Huraian
1 Bahaya Fizikal Bahaya fizikal ditakrifkan sebagai keadaan fizikal
yang meningkatkan kemungkinan kehilangan.
2 Bahaya Moral
Contoh:
Kerosakan pendawaian di bangunan yang
meningkatkan peluangkebakaran.

Bahaya moral ditakrifkan sebagai sikap individu
yang meningkatkan kemungkinan kebakaran.

Contoh:
Membakar barangan yang tidak terjual dengan
sengaja yang dilindungi di bawah Takaful.

21

3 Bahaya moral Bahaya moral ialah suatu sikap kurang prihatin
mengenai akibat tindakannya.

Satu contoh ini ialah seorang yang cuai
memadamkan rokok dan tidak ambil peduli
tindakannya melemparkan rokok itu di sekitar
yang boleh menyebabkan kebakaran.

A2.3 PENGURUSAN RISIKO

Menurut Institut Insurans Bertauliah UK (Chartered Insurance Institute UK), pengurusan
risiko boleh ditakrifkan sebagai "pengenalpastian, analisis dan kawalan ekonomi bagi
semua risiko yang memberikan kesan kepada aset dan keupayaan pendapatan
perusahaan".

Sementara itu, Institut Insurans Malaysia (Malaysian Insurance Institute, MII)
mentakrifkan pengurusan risiko sebagai " pendekatan sistematik dalam menangani risiko
yang mengancam aset dan pendapatan daripada perniagaan atau perusahaan ".

2.3.1 Proses Pengurusan Risiko

1. Mengenal Pasti Risiko

Merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisis, mengkaji dan
menjangkakan kemungkinan risiko. Objektif mengenal pasti risiko adalah
untuk mengenal pasti dan mengkategorikan risiko yang boleh menjejaskan
projek dan mendokumentasikan risiko-risiko ini. Hasil daripada mengenal
pasti risiko ialah penyenaraian risiko-risiko.

22

2. Menilai Risiko

Menilai risiko ialah proses menentukan kesan risiko atau potensi kerugian
supaya tindakan sewajarnya dapat diambil, dengan mengambil kira sumber
yang ada. Dalam usaha menilai atau menentukan impak risiko, berikut perlu
dipertimbangkan:

a. Kekerapan Risiko

Merujuk kepada bilangan berapa kali peristiwa yang menyebabkan
kerugian akan berlaku dalam tempoh masa yang diberikan
(kebarangkalian kejadiannya).

b. Keterukan Risiko

Merujuk kepada kos atau jumlah kerugian, dari segi nilai wang, yang
timbul daripada peristiwa yang menyebabkan kerugian.

3. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko

Setelah risiko dinilai sepenuhnya, maka perlu pula untuk membangunkan
pelan pengurusan risiko dengan memilih kaedah pengendalian risiko yang
bersesuaian. Pemilihan perlu mengambil kira kos dan keberkesanan.

Berikut ialah kaedah pengendalian risiko:

Kaedah Huraian
Penghindaran Ini merupakan teknik yang diusahakan untuk menghapus atau
risiko mencegah risiko melalui pemberhentian aktiviti-aktiviti atau
perniagaan yang mencetuskan risiko.

Pengawalan Contoh:
Risiko Seorang perokok berhenti merokok untuk mengelak risiko
kanser paru-paru.
Ini merupakan satu teknik untuk mengurangkan risiko bagi
mencapai tahap yang standard dan wajar. Ia melibatkan kaedah
yang mengurangkan tahap kerugian yang teruk atau
kemungkinan berlakunya kerugian.

Contoh:
Pemasangan perenjis air untuk memadamkan api bagi
mengurangkan tahap kerugian yang teruk.

23

Pengekalan Ini melibatkan penerimaan risiko jika tahap semasa risiko
Risiko sudah berada pada tahap yang boleh diterima. Pengekalan
risiko ialah satu strategi yang berdaya maju bagi risiko kecil
Pemindahan apabila kos menginsuranskan risiko akan lebih besar dari masa
risiko ke masa berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami.
Ini melibatkan pemindahan risiko kepada organisasi atau
Perkongsian individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar
risiko oleh organisasi atau individu yang mana risiko tersebut
dipindahkan.

Contoh:
Seorang pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian
yang ditanggung apabila rumahnya musnah oleh kebakaran
dengan menandatangani kontrak insurans kebakaran.
Islam tidak membenarkan penukaran risiko, iaitu jumlah
pemindahan akibat kerugian kewangan yang timbul daripada
risiko. Ia tidak diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana
ia boleh menyebabkan terlebih beban -tuntutan di luar niat asal
Pengendali Takaful, atau sebaliknya, yang juga boleh
menyebabkan tahap premium yang tidak munasabah dikenakan
kepada orang yang diinsuranskan.

Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi
risiko dengan orang lain yang mempunyai ciri risiko yang
sama. Amalan ini dikenali sebagai Takaful atau saling
melindungi.

4. Melaksana Pelan Pengurusan Risiko

Setelah melakukan pemilihan terhadap kaedah yang sesuai, pelan tersebut
sedia untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan langkah ini, risiko tersebut
perlu diberikan keutamaan dan diselaraskan dengan tindakan-tindakan yang
diambil. Salah satu tindakan sudah tentunya adalah untuk menginsuranskan /
melindungi risiko.

5. Mengkaji dan memantau Pelan Pengurusan Risiko

Aktiviti ini melibatkan kajian secara berkala, pemantauan ke atas proses
pelaksanaan serta semakan secara progresif ke atas pelan berdasarkan apa-apa
perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi.

Kajian secara berkala boleh membantu untuk mengenal pasti apa-apa
kekurangan atau pelarasan dan juga memastikan objektif pelan itu dicapai.
Kajian perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.

24

A2.4 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

Salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir (qada’ dan qadar)
adalah perkara biasa. Mereka percaya bahawa masa depan mereka adalah di tangan Allah
(SWT) dan manusia tidak perlu mengambil apa-apa tindakan proaktif untuk mengubah
keadaan mereka.Ini adalah bertentangan dengan ayat al-Quran berikut:

"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "

(Ar Ra'd: 11)

Islam menerima pakai pengurusan risiko sebagai salah satu cara untuk memastikan
pencapaian sasaran dan objektif ke arah Sa'adah (kebahagiaan) di dunia dan akhirat. Ini
boleh dijustifikasikan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis.

Bukti Al-Quran

"Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh
ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat
tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-
ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepada ku tentang mimpi ku ini, kalau kamu
orang-orang yang pandai menta`birkan mimp. Mereka menjawab: “Yang demikian itu
ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang
mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu. Dan (pada saat itu) berkatalah orang
yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan
pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberitahu kepada
kamu ta`birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui
ta`birnya)". (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia): "Yusuf, wahai orang
yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi
melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan
tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah)
supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutus ku itu, semoga mereka dapat
mengetahui ta`birnya".Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-
sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada
tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya,
yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa
yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu
tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat
memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

(Surah Yusuf: 43-49)

Berdasarkan tafsiran ini, Nabi Yusuf (as) telah menasihati Raja Mesir cara untuk
menghadapi apa-apa malapetaka. Dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi

25

menghadapi 7 tahun kemarau (seperti yang diramalkan oleh Nabi Yusuf (as), orang-orang
Mesir digalakkan untuk menanam tanaman secara aktif dalam tempoh 7 tahun pertama
dan menyimpan hasil tersebut. Raja Mesir kemudiannya telah melantik Nabi Yusuf (as)
sebagai Menteri Pertanian. Baginda kemudiannya melaksanakan cadangannya sendiri,
seperti yang diperkenankan oleh Raja Mesir, dan hasilnya negara itu berupaya
mengharungi 7 tahun kemarau.

Ini adalah satu contoh yang jelas tentang pengurusan risiko, iaitu risiko kelaparan dan
kebuluran dapat dicegah dengan menanam tanaman dan bahan yang boleh dimakan
dalam tempoh 7 tahun kemakmuran.

Bukti Hadis

Nabi Muhammad (saw) pernah bertanya kepada seorang Badwi yang telah
meninggalkan unta beliau dengan membuka ikatannya, "Mengapa kamu tidak mengikat
unta anda?" Orang Badwi itu menjawab, "Saya serahkan kepada kehendak Allah. Nabi
(saw) berkata, "Ikatlah unta kamu terlebih dahulu kemudian berserahlah kepada Allah
(SWT).

Perbualan ini menggambarkan bahawa bukan sahaja umat Islam harus menerima takdir
mereka tetapi juga menunjukkan bagaimana umat Islam perlu berusaha untuk
mengurangkan risiko kerugian dan bencana, iaitu pengurusan risiko.

A2.5 RISIKO DAN TAKAFUL

Terdapat banyak salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir.
Sesetengah orang Islam percaya bahawa masa depan adalah di tangan Allah (SWT),
apabila mereka menghadapi mentaliti takdir dengan meletakkan diri mereka dalam
doktrin ini, iaitu sama ada seseorang itu kaya atau miskin, gembira atau sedih, semuanya
ditakdirkan oleh Allah (SWT). Akibat salah faham yang nyata ini, apa-apa usaha atau
strategi pengurusan risiko untuk melindungi aset atau kehidupan telah dianggap sebagai
bertentangan dengan takdir dan kehendak Allah (SWT).

Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk mengurangkan risiko
kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad Al-Islamy, 2003). Pada
hakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam perancangan kewangan
konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar sejumlah wang yang
ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium) sebahagiannya kepada dana
risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru '(derma) dan
sebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali Takaful ) dengan
persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di bawah tanggungjawab
dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk perlindungan kewangan

26

kepada peserta terhadap kerugian yang tidak dijangkakan, sekiranya risiko itu berlaku
dalam tempoh yang telah dipersetujui.
Dalam Takaful, risiko daripada individu atau organisasi disebarkan atau dikongsi dengan
individu atau organisasi lain yang mempunyai corak yang sama secara relatif. Individu
atau organisasi yang mengambil bahagian dalam skim ini akan memberikan caruman
kepada dana Takaful. Sekiranya sesuatu risiko berlaku, mereka akan menerima pulangan
daripada dana Takaful untuk menampung kerugian yang telah dialami mereka.

27

BAB A3

PENGENALAN TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Memahami konsep asas Takaful.
 Memahami aplikasi dan manfaat Takaful.

A3.1 PENGENALAN

Industri Takaful Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat sejak awal
penubuhannya pada tahun 1984. Industri ini telah berkembang daripada industri yang
terdiri dari Pengendali Takaful tunggal untuk menjadi industri yang berdaya maju. Hari
ini, Takaful merupakan industri yang penting dalam sistem kewangan Islam.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia yang terkini, industri Takaful mengalami purata
kadar pertumbuhan sebanyak 27 peratus daripada segi sumbangan atau caruman bersih
antara tahun 2005 hingga 2012.

3.1.1 Definisi

Perkataan “Takaful” berasal daripada kata kerja bahasa Arab “kafala” yang bermaksud
saling menjamin. Oleh itu, pakatan yang melibatkan sekurang-kurangnya antara dua
pihak yang sama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain sekiranya berlaku
kehilangan atau kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa bencana mentakrifkan istilah
"Takaful".

Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud:

"Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju
untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan
bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku
keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".

A3.2 FALSAFAH DAN KONSEP TAKAFUL

Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama, bertanggungjawab,
jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para pesertanya. Amalan yang
sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab

28

sebelum kedatangan Islam di mana seorang pembunuh dikehendaki membayar wang
darah (diyat) sebagai pampasan kepada keluarga si mati. Doktrin ini telah dibenarkan
oleh Nabi Muhammad (saw) dan seterusnya dijadikan mandatori semasa Khalifah kedua,
Saidina Umar Al Khatab (ra).

1. Asas Kerjasama

Takaful, adalah berasaskan konsep ta'awun bermaksud saling membantu. Para
peserta skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam
berbentuk kewangan dalam perkara keperluan yang khusus (sebagaimana yang
ditakrifkan dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau menderma kepada
satu kumpulan wang yang umum.

Konsep ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat yang berikut:

"... Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi jangan kamu
membantu satu sama lain dalam dosa dan permusuhan"

(al-Maidah: 2)

Nabi Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut:

"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu orang lain"
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

2. Asas Tanggungjawab

Seiring dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud berkongsi
tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju untuk memberi
pampasan sekiranya berlaku musibah.

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu sama
lain, adalah seperti jasad, apabila salah satu daripada bahagian-bahagian yang
ditimpa kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

3. Asas Saling Melindungi

Para peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab atau
berkongsi tanggungjawab.

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk
Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.

(Diriwayatkan oleh Ahmad)

29

A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL

Pada tahun 1985 Majlis Akademik Liga Islam Sedunia, sesudah membuat
pengubahsuaian yang sewajarnya membuat kesimpulan bahawa insurans berbentuk
kerjasama adalah diterima dan dianggap sebagai alternatif kepada insurans. Sistem ini
yang berada di dalam rangka kerja Islam perlu diasaskan seperti berikut:

1. Takaful

Ulama Islam sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan
kehendak syariah boleh diasaskan atas konsep Islam Takaful. Takaful adalah kata
nama yang berasal daripada kata kerja bahasa Arab "kafala" yang bermaksud
untuk menjaga keperluan seseorang. Takaful bermaksud saling membantu dalam
kalangan kumpulan iaitu setiap ahli kumpulan bersama-sama berusaha untuk
membantu mereka yang memerlukan dari dalam kumpulan.

Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi tanggungjawab dan
persaudaraan ddalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan
sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama lain dari
dalam kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku ke
atas sesiapa sahaja antara mereka.

Ciri-ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:

o Pengendali bukanlah yang menanggung risiko, para Peserta yang saling
melindungi antara satu sama lain.

o Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak para
Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful.

o Semua caruman (premium) yang dibayar oleh peserta akan terkumpul
dalam dana Takaful untuk pembayaran manfaat Takaful.

o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam urus niaga
yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.

2. Model Takaful

a. Mudharabah (Kontrak Perkongsian Keuntungan)

Dalam perniagaan Takaful, para peserta adalah sebagai pemberi modal
yang menyumbang sejumlah wang pada kumpulan wang Takaful,
manakala Pengendali Takaful sebagai usahawan bersetuju untuk
menguruskan kumpulan wang tersebut dengan hasrat menjana keuntungan
bagi kedua-dua pihak, peserta dan pengendali berkongsi keuntungan pada
kadar yang ditentukan.

30

b. Wakalah (Kontrak Agensi)

Dalam perniagaan Takaful, peserta melantik Pengendali Takaful sebagai
wakil mereka untuk menguruskan perlindungan Takaful dan kumpulan
wang Takaful mereka.

Sebagai balasan bagi perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan
untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar
daripada caruman peserta Takaful. Ini bererti berdasarkan model di atas,
perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada kumpulan wang Takaful
sebagai caj pendahuluan.

3. Konsep dan Kontrak Takaful

a. Tabarru' (Derma)

Dalam perniagaan Takaful, peserta bersetuju untuk menyumbang kepada
kumpulan wang Takaful berasaskan kontrak tabarru'. Kontrak Tabarru'
adalah elemen teras dalam perniagaan Takaful dan bukan sahaja
diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Tabarru' dengan nyatanya mengislamkan kontrak insurans dengan
menghapuskan kebanyakan unsur-unsur yang bercanggah. Ini sebenarnya
adalah perbezaan asas antara insurans yang patuh syariah dan insurans
konvensional. Dalam kontrak Takaful, Peserta hendaklah bersetuju untuk
melepaskan sebagai derma keseluruhan atau sebahagian tertentu caruman
yang sekali gus membolehkannya memenuhi tanggungjawab saling
membantu dan saling jamin-menjamin.

Kelebihan tabarru' dalam Takaful:

i. Perlindungan Takaful yang patuh syariah.
ii. Kelebihan melakukan amal soleh.

A3.4 MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL

Takaful menawarkan kedua-dua keuntungan kewangan melalui skim perlindungan dan
"keuntungan" dari segi kerohanian. Beberapa manfaat adalah seperti berikut:

1. Takaful membolehkan peserta untuk menunaikan tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat dan keluarga.

2. Takaful juga membolehkan bantuan kewangan bagi yang kurang bernasib baik
dan mereka yang memerlukan melalui konsep tabarru' di mana sebahagian
daripada sumbangan itu akan diagihkan kepada kumpulan wang berisiko. Derma

31

"Tabarru" juga membolehkan peserta untuk menyucikan diri mereka serta
mencapai ketenangan fikiran.
3. Menggalakkan nilai-nilai moral dan etika berurusan dalam semua aktiviti
perniagaan dan operasi kerana ianya bebas daripada unsur-unsur yang dilarang
seperti riba, gharar dan maysir serta lain-lain unsur yang dilarang dalam urusan
kewangan.
4. Memberi perlindungan dan keselamatan untuk keluarga dan kumpulan daripada
sebarang musibah.

32

BAB A4

PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Memahami konsep asas, dasar dan jenis-jenis insurans.
 Memahami dan menerangkan unsur-unsur yang dilarang dalam amalan insurans.
 Memahami dan menerangkan perbezaan antara Takaful dan insurans.

A4.1 PENGENALAN

Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dinamakan sebagai
penanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui,
yang dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak
diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu pada tempoh tertentu.

Oleh itu, dalam erti kata yang lain, kontrak insurans adalah kontrak antara dua pihak,
penanggung insurans dan pihak diinsuranskan, di mana pihak terdahulu berjanji untuk
membayar ganti rugi kepada pihak yang kemudian apabila berlakunya keadaan tertentu
sebagai pulangan pada sumbangan atau carumannya.

Insurans telah wujud sejak beberapa abad. Sesetengah ahli sejarah menjejaki asal usul
insurans dari 215 Masihi /CE, apabila kerajaan Romawi diperlukan oleh pembekal tentera
untuk menanggung semua risiko yang timbul akibat daripada serangan musuh, ribut, dan
lain-lain bencana alam terhadap bekalan yang dibawa di atas kapal mereka. (Omar Fisher,
2009). Bukti terawal kontrak insurans bermula dari tahun sekitar 2,800 Sebelum Masihi
di mana kod perundangan Babylon menunjukkan peraturan mengenai insurans. Pada
asasnya konsep insurans telah dibangunkan untuk menangani bahaya yang dihadapi oleh
saudagar-saudagar dan pedagang-pedagang di laut. Ini berbeza daripada perlindungan
kargo dan barangan yang dibawa oleh kapal-kapal bagi perlindungan terhadap kehilangan
nyawa para pelayar dan pegawai.

Dalam erti kata lain, terdapat keperluan untuk manusia bersedia terhadap kerugian. Dan
insurans moden boleh dijejaki bermula pada abad 1600 Masihi, apabila saudagar-
saudagar British dan pemilik kapal mula bertemu di kedai kopi berhampiran Lombard
Street di London. Kedai kopi ini dinamakan Lloyd, di mana mereka membuat perjanjian
untuk saling berkongsi dalam keuntungan dan kerugian pelayaran di laut (Omar Fisher,
2009).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan tersebut juga tersebar luas di kalangan
orang Cina, Yunani dan Eropah. Kes pertama insurans hayat bermula pada tahun 1583 di

33

England di mana kontrak jangka tertentu dikeluarkan untuk hayat William Gybbon. Satu
perkembangan yang penting dalam industri insurans hayat ialah pembangunan jadual
kemortalan oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, kira-kira satu
abad kemudiannya barulah tahap ketepatannya telah dicapai dalam meramal kadar
kemortalan.

Insurans telah diperkenalkan di Malaysia bermula sejak abad ke-18 dan ke-19 di mana
firma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi bertindak sebagai ejen bagi syarikat-
syarikat insurans dari United Kingdom. Setelah mencapai kemerdekaan, terdapat usaha
untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an menyaksikan pertumbuhan
banyak syarikat-syarikat insurans hayat dan am. Sesetengah syarikat dikendalikan secara
kurang sihat dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

Kerajaan kemudiannya campur tangan dan Akta Insurans 1963 telah diperkenalkan. Di
bawah Akta tersebut, pengendalian dan pengawasan industri insurans secara am adalah
dalam bidang kuasa Ketua Pengarah Insurans di bawah Kementerian Kewangan. Baru-
baru ini, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagi
menggantikan akta yang lama.

4.1.1 Definisi Insurans

Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak dinamakan penanggung
insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui, dipanggil
premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak diinsuranskan,
sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu sepanjang tempoh tertentu.

4.1.2 Asas Insurans

Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh beberapa pihak disebar
luas kepada dan ditanggung oleh pihak yang ramai. Dalam amalan moden, insurans
adalah satu bentuk di mana beban kewangan musibah dipindahkan daripada Penanggung
Insurans kepada Pihak yang Diinsuranskan. Konsep di sebalik insurans adalah bahawa
sekumpulan orang terdedah kepada risiko yang sama berkumpul bersama-sama dan
memberi sumbangan ke arah pembentukan satu kumpulan wang terkumpul. Seandainya
ada pihak yang benar-benar mengalami kerugian daripada risiko tersebut, ia dibayar
pampasan daripada kumpulan wang terkumpul yang sama. Sumbangan kepada
pengumpulan tersebut dilakukan oleh sekumpulan orang yang berkongsi risiko umum
dan dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

Kontrak insurans adalah kontrak indemniti/ganti rugi (tidak termasuk Insurans Hayat dan
Kemalangan Diri) dan prinsip ini menempatkan Pihak Diinsuranskan pada kedudukan
kewangan yang sama seperti mana dia berada sebelum berlakunya musibah. Jumlah
pihak diinsuranskan mestilah ditetapkan pada tahap, yang akan memberikan pampasan

34

yang mencukupi pada masa kerugian. Bagi insurans hartanah, susut nilai mestilah
diambil kira. Kos insurans bergantung kepada skop perlindungan di mana tambahan
perlindungan memerlukan tambahan premium. Secara umumnya, hanya kerugian yang
tidak diduga dan tidak dijangka boleh diinsuranskan. Oleh itu, musibah atau kerugian
yang dijangka secara amnya tidak boleh insurans (kecuali dalam Insurans Hayat).

4.1.3 Jenis-jenis Insurans

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa:

1. Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada
dua kelas:

a. Perniagaan hayat, yang mana tambahan pada semua perniagaan yang
insurans berkenaan dengan polisi hayat termasuk sebarang jenis
perniagaan insurans yang dijalankan hanya berkaitan dengan perniagaan
penanggung insurans hayat, dan

b. Perniagaan am, yang bererti semua perniagaan insurans yang bukan
perniagaan insurans hayat.

2. Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah polisi dikira sebagai
perniagaan insurans dari kelas dan perihalan di mana polisi tersebut akan
tergolong jika ianya dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

A4.2 RESOLUSI SYARIAH TERHADAP INSURANS

Konsep insurans tidak mendapat persetujuan menyeluruh dari para ulama sama ada
dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Oleh kerana insurans sebagaimana yang
diamalkan sekarang, tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad (saw) 'ijtihad'
digunakan untuk menentukan sama ada insurans dibenarkan atau sebaliknya.

4.2.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

1. Imam Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar (Ibn Abidin)

Ibn Abidin, ulama Islam dari Mazhab Hanafi mengeluarkan fatwa pada tahun
1836 bahawa kontrak tukaran yang digunakan dalam insurans konvensional
tidak mematuhi kontrak tukaran (muawadhah) seperti yang dikehendaki oleh
syariah.
2. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

35

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia, pada mesyuarat yang diadakan pada 15 Jun 1972 membincangkan
dan memutuskan mengenai isu-isu Insurans Hayat.

Keputusan:

Insurans Hayat yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans hari ini adalah
transaksi perniagaan yang tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-
prinsip perniagaan Islam memandangkan kontrak mengandungi unsur-unsur
gharar, maisir dan riba. Oleh yang demikian dari sudut pandangan syariah,
insurans adalah haram.

3. Akademi Fiqh OIC

Akademi Fiqh Islam, yang terbentuk daripada Pertubuhan Persidangan Islam,
bermesyuarat dalam Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 10 hingga 16
Rabiulawal 1406 H (bersamaan dengan 22-28 Disember 1985). Dan selepas
mengkaji semula pembentangan dari para ulama yang mengambil bahagian
dalam sesi berkenaan `Insurans dan insurans semula‟, dan setelah berbincang
perkara yang sama, dan selepas memeriksa secara dekat kesemua jenis-jenis
dan bentuk-bentuk insurans dan mengkaji secara mendalam prinsip-prinsip
asas yang telah mereka asaskan dan matlamat serta objektif, dan meneliti
secara mendalam apa yang telah dikeluarkan oleh Akademi Fiqh dan lain-lain
institusi dalam perkara ini;

Keputusan:

Kontrak Insurans Komersil, dengan premium berkala yang tetap, biasanya
diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans komersial, adalah kontrak yang
mengandungi unsur-unsur utama risiko, yang akan membatalkan kontrak dan
oleh yang demikian adalah dilarang (haram) mengikut syariah.

Kontrak alternatif yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam adalah urusan
kontrak insurans koperatif, yang diasaskan atas dasar kebajikan dan
kerjasama.

Akademi Fekah OIC menjemput negara-negara umat Islam untuk
menubuhkan institusi insurans koperatif dan entiti koperatif bagi insurans
semula, dalam membebaskan ekonomi Islam daripada eksploitasi dan
pelanggaran sistem Allah yang telah disediakan untuk ummah.

36

4.2.2 Unsur-unsur yang dilarang dalam Amalan Insurans

Insurans adalah berdasarkan kepada kontrak beli dan jual yang mewujudkan unsur-unsur
larangan seperti berikut:

1. Riba

Riba Nasi'ah Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan
(premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat
tuntutan) pada masa yang berbeza.

Riba fadhl Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan
Riba Qard (premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat
tuntutan) pada kuantiti yang berbeza.

 Syarikat insurans melabur premium dalam
pelaburan yang menghasilkan faedah.

 Syarikat insurans membayar faedah ke atas
produk mereka.

 Syarikat insurans mengambi kira faedah masa
depan apabila mengira premium.

 Faedah yang dicajkan pada polisi pinjaman

Riba jahiliyyah Faedah yang dicajkan pada premium yang dibayar lewat.

2. Gharar

 Kedua-dua pihak dalam kontrak insurans tidak mengetahui secara tepat
apakah kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain, baik
syarikat insurans mahupun pihak diinsuranskan yang tahu hasil daripada
kontrak.

 Pihak diinsuranskan tidak tahu jumlah pampasan yang dia mungkin terima
seandainya berlaku kemalangan atau bahaya sebagaimana juga pihak
diinsuranskan tidak tahu akan ada pampasan sebagaimana tidak tahunya
hasil daripada kontrak.

 Penanggung insurans tidak tahu bila bahaya yang akan berlaku.
 Tidak ada keadilan dalam insurans yang mana pihak diinsuranskan

dikehendaki membayar premium tetapi jika peril yang diinsuranskan tidak
berlaku, pihak yang diinsuranskan tidak akan menerima apa-apa bayaran.
 Insurans adalah satu janji untuk membayar pampasan yang kadangkala
dipenuhi dan kadangkala tidak. Ketidakpastian dalam hasil pertukaran
pada ketika kontrak itu dimeterai, hasil daripada pertukaran itu masih
tidak pasti.

37

4. Maisir

 Pihak diinsuranskan boleh menerima sejumlah besar wang, tanpa input
yang sama.

 Berkemungkinan membayar premium tanpa mendapat sebarang amaun
atau jumlah wang sebagai balasan.

 Penanggung insurans kerugian jika terlalu banyak tuntutan.
 Premium yang diperoleh melebihi tuntutan, Penanggung insurans boleh

membuat keuntungan yang besar.

A4.3 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Bil. Isu-isu Takaful Insurans
berkaitan
Niat adalah untuk Niat adalah untuk mewujudkan
1 Inti pati Niat mewujudkan kedua-dua hubungan undang-undang
perhubungan rohani dan sahaja
2 Isi kandungan undang-undang
3 Jaminan Isi kandungan mestilah Isi kandungan mestilah
dibenarkan Syariah dibenarkan oleh Common Law.
4 Kumpulan Syarikat yang menyediakan
Wang atau Pengendali Takaful hanya jaminan
Dana Pengurus Kumpulan Wang
atau Dana. Peserta saling Kumpulan Wang adalah milik
5 Bayaran menjamin antara satu sama Syarikat walaupun aset
sumbangan / lain diasingkan dan dikekalkan di
premium Kumpulan Wang atau Dana antara pemegang saham
adalah milik Peserta dan dengan pemegang polisi
6 Unsur diuruskan oleh Pengendali
Larangan Takaful bagi pertimbangan Premium yang dibayar
yang sah terhadap mewujudkan suatu kewajipan
7 Keuntungan perkhidmatan yang diberikan terhadap penanggung insurans
Sumbangan dianggap sebagai ke atas kontrak jual beli
derma (tabarru) Polisi insurans berkisar unsur-
unsur Gharar, Riba dan Maisir
Model Islam adalah
berdasarkan prinsip-prinsip Dalam insurans keuntungan
Islam dan bebas daripada adalah mengikut budi bicara
sebarang unsur-unsur haram Syarikat

Keuntungan dikongsi antara
Peserta dengan Pengendali

38

8 Kontrak Gabungan kontrak tabarru' Kontrak pertukaran (jual dan
(derma) dan agensi atau beli) antara penanggung
9 Pendekatan kontrak perkongsian insurans dengan pihak
Risiko keuntungan diinsuranskan

10 Manfaat Konsep perkongsian risiko Konsep pemindahan risiko
dalam kalangan Peserta daripada pihak diinsuranskan
11 Keuntungan / kepada syarikat insurans
Bonus Dibayar daripada kumpulan Dibayar daripada kumpulan
wang atau dana bersama yang wang atau dana yang dimiliki
12 Pelaburan ditakrifkan di bawah secara sah oleh syarikat
Kumpulan indemniti/ganti rugi yang
Wang atau ditanggung oleh peserta Boleh menawarkan bonus atau
dana Menyatakan dari awal lagi keuntungan secara umum
bagaimana keuntungan yang sahaja terutamanya dengan
akan dikongsi di antara polisi keuntungan penyertaan
peserta dengan pengendali
Tiada sekatan selain daripada
Aset kumpulan wang atau alasan-alasan yang disebabkan
dana takaful dilaburkan dalam oleh peraturan kehematan
instrumen yang patuh Syariah

39

BAB A5
PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Menyenaraikan pelbagai prinsip asas Takaful.
 Memahami model perniagaan Takaful yang diterima pakai oleh Pengendali Takaful.
 Menerangkan pelbagai prinsip dan model kepada bakal pelanggan.

A5.1 PENGENALAN

Kontrak Takaful bukan sahaja tertakluk kepada prinsip-prinsip umum undang-undang
kontrak, tetapi juga prinsip-prinsip khusus undang-undang yang termaktub dalam kontrak
Takaful. Berdasarkan kaedah-kaedah undang-undang yang telah ditetapkan dalam konsep
fiqh al-asl fi al-ashya 'al-ibahah (semua perkara adalah dibenarkan melainkan jika
ditetapkan sebaliknya), kontrak Takaful menyepadukan prinsip-prinsip normal insurans
ke dalam amalan Takaful yang merangkumi konsep keadilan dalam berurusan seperti
yang dihuraikan dengan terperinci oleh syariah.

A5.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL

5.2.1 Kepentingan Boleh Takaful (Lindung)

Istilah "Kepentingan Boleh Takaful" merujuk kepada manfaat (atau faedah) seseorang
yang ada pada sesuatu objek atau orang yang dilindungi. Manfaat ini boleh dirujuk
kepada, antara lain, manfaat kewangan. Seseorang yang memiliki kepentingan yang
dibolehkan pada suatu benda yang apabila dia mengalami kerugian (kewangan atau
sebaliknya) sekiranya benda tersebut dirosakkan atau hilang.

Kepentingan Boleh Takaful wujud apabila terdapat hubungan antara peserta dengan
sesuatu benda, kebiasaannya timbul daripada beberapa situasi seperti berikut:

Hubungan Deskripsi
Pemilikan Harta benda Pemilik harta benda akan rugi daripada segi kewangan
jika harta benda mereka rosak atau musnah.
Potensi Liabiliti Undang-
undang Kepentingan Boleh Takaful boleh juga wujud apabila
terdapat kerugian kewangan yang berlaku daripada liabiliti
undang-undang.

40

Hak Perundangan Kepentingan di atas boleh diwujudkan sekiranya terdapat
peruntukan dalam kontrak bahawa satu pihak
bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kerugian
atau kerosakan pada harta benda dan liabiliti pihak ketiga.

Kepentingan Boleh Takaful mestilah wujud pada permulaan dan pada masa berlaku
kerugian – sekiranya tidak, perlindungan Takaful adalah tidak sah.

Beberapa contoh mereka yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful adalah: -

1. Individu yang hayat dan badannya mempunyai Kepentingan Boleh Takaful yang
tidak boleh dipersoalkan pada apa jua jumlahnya.

2. Pasangan yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat dan harta
benda sesama mereka.

Seseorang itu mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap kanak-kanak atau
bayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan Takaful mula berkuat kuasa, dan
juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau sebahagian
daripadanya.

4. Pemiutang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat si penghutang
(setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak mempunyai kepentingan terhadap
hayat si pemiutang.

5.2.2 Kewajipan Penuh Percaya Mutlak

Kewajipan Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan yang positif
secara sukarela untuk menzahirkan, dengan tepat dan sepenuhnya semua fakta penting
mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada diminta atau tidak.

Kontrak Takaful, kedua-dua Keluarga dan Am yang dimeterai oleh semua pihak
berdasarkan Penuh Percaya Mutlak, bermaksud bahawa kedua-duanya adalah
dikehendaki untuk mendedahkan semua fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau
tidak, yang penting kepada keputusan pihak lain untuk memasukkannya ke dalam
kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat penting walaupun tidak diminta,
membuatkan pihak yang terkilan berhak untuk menganggap kontrak sebagai tidak sah. Di
bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak kedua-dua pihak iaitu peserta dan Pengendali
Takaful mestilah mendedahkan semua fakta penting sepenuhnya dengan penuh
kebenaran.

Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga memerlukan bahawa tidak ada penyembunyian,
salah pernyataan atau berniat menipu fakta-fakta penting. Tanggungjawab Penuh Percaya
Mutlak mestilah berterusan sepanjang tempoh Takaful di mana peserta dikehendaki
memberitahu dan mendedahkan kepada Pengendali Takaful akan sebarang perubahan
yang mungkin meningkatkan risiko dengan ketara. Pengendali Takaful seterusnya akan

41

membuat keputusan sama ada peningkatan risiko tersebut memerlukan peningkatan
dalam kadar caruman, perlukan syarat-syarat tambahan, atau dalam kes yang teruk,
terpaksa dibatalkan. Sebagai contoh ialah perubahan fungsi/kegunaan sesebuah bangunan
daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga api.

Dalam kontrak Takaful, bagi penguatkuasaan sijil, pihak-pihak yang terlibat di dalamnya
perlu mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tiadanya pendedahan tentang fakta-fakta
penting, penglibatan dalam perbuatan menipu, salah pernyataan atau pernyataan palsu
adalah semua unsur yang boleh membatalkan sijil Takaful.

Pelanggaran Penuh Percaya Mutlak berlaku apabila pencadang tahu atau menjangkakan
secara munasabah untuk mengetahui sesuatu fakta penting:

 Gagal menzahirkan fakta penting, atau
 Salah nyata fakta penting.

Apabila peserta gagal menzahirkan suatu fakta penting pelanggaran penuh percaya
mutlak dinyatakan sama ada sebagai tidak menzahirkan atau penyembunyian, iaitu
penipuan tidak menzahirkan. Sekiranya dia salah nyata sesuatu fakta penting,
pelanggaran itu disebut ditakrifkan sebagai salah nyata tanpa niat atau penipuan kerana
salah nyata. Sebagai contoh, peserta Takaful Keluarga mempunyai penyakit yang sedia
ada tetapi gagal memaklumkannya kepada Pengendali Takaful.

Fakta Penting (Material)

Fakta penting (material) ditakrifkan sebagai sebarang fakta munasabah yang akan
mempengaruhi keputusan pengunderaitan Pengendali Takaful terhadap sijil, seperti akan
mempengaruhi keputusan pihak underait sama ada mengeluarkan sijil atau caruman
terhadap sijil.

Contoh:

Jika pencadang memohon sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dan mengakui bahawa
dia tidak mempunyai penyakit yang serius, sedangkan dia adalah pesakit kencing manis.
Salahnyataan beliau dianggap material bilamana Pengendali Takaful tidak akan
mengeluarkan sijil itu seandainya mengetahui fakta tersebut.

Apabila pelanggaran penuh percaya mutlak berlaku, kontrak Takaful terbatal tanpa
mengira sama ada pelanggaran itu telah dilakukan secara jujur atau menipu.

Menurut Seksyen 141 (4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013:

Sebelum kontrak Takaful selain daripada kontrak Takaful pengguna dimeterai, diubah
atau diperbaharui, pencadang hendaklah mendedahkan kepada Pengendali Takaful
berlesen sesuatu perkara bahawa:

42

o dia tahu akan relevannya keputusan Pengendali Takaful berlesen sama ada untuk
menerima atau tidak risiko tersebut, dan kadar dan terma-terma yang digunakan,
atau

o seseorang dalam keadaan yang munasabah yang boleh dijangkakan yang dia
mengetahui bahawa sesuatu itu adalah relevan.

Bagaimanapun, menurut Bahagian 2 Jadual 9 Perenggan 4 akta tersebut, kewajipan
pendedahan itu tidak memerlukan pendedahan perkara yang berikut:

o mengurangkan risiko kepada Pengendali Takaful berlesen
o perkara yang menjadi pengetahuan umum
o Pengendali Takaful berlesen tahu atau mengikut kebiasaan perniagaannya patut

tahu
o berhubung di mana Pengendali Takaful berlesen mengetepikan sebarang

keperluan bagi penzahiran

5.2.3 Prinsip Indemniti

Indemniti boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme yang digunakan oleh Pengendali
Takaful untuk menyediakan pampasan dalam usaha untuk mengembalikan peserta
kepada kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian sepertimana yang dinikmati
sebelum kerugian.

Kontrak Takaful menjanjikan kebaikan kepada peserta sekiranya berlaku kerugian atau
kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah yang peserta boleh dapat kembali dipanggil
'ukuran ganti rugi‟. Prinsip indemniti memerlukan Pengendali Takaful mengembalikan
peserta kepada kedudukan kewangan yang sama seperti yang dia telah dinikmati sebelum
kerugian.

5.1.4 Prinsip Subrogasi

Prinsip Subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful untuk berada di tempat
peserta, sesudah pembayaran tuntutan daripada pihak ketiga, sehingga peserta berhak
untuk kembali pulih. Hak subrogasi walau bagaimanapun, dilaksanakan oleh Pengendali
Takaful sebelum pembayaran kerugian. Prinsip ini adalah turutan daripada Prinsip
Indemniti.

5.1.5 Prinsip Sumbangan

Prinsip Sumbangan boleh ditakrifkan sebagai hak orang yang dilindungi untuk meminta
orang lain yang mempunyai perlindungan yang sama tetapi tidak semestinya bertanggung
jawab kepada peserta yang sama untuk berkongsi kos bayaran indemniti. Prinsip
Sumbangan adalah satu lagi yang turutan Prinsip Indemniti. Oleh itu, ia hanya terpakai
kepada kontrak indemniti sahaja.

43

5.1.6 Sebab Terhampir

Prinsip ini ditakrifkan sebagai punca yang terdekat dan terkuat serta aktif yang ditetapkan
yang membawa kepada akibat, tanpa gangguan daripada mana-mana tindakan yang
bermula dan bergerak secara aktif daripada sumber baharu dan bebas.

Kerugian tidak mungkin disebabkan daripada satu kejadian. Ia mungkin sebab-sebab
yang serentak atau sebab-sebab berturutan yang mungkin berlaku dalam turutan atau
dalam turutan yang terputus. Oleh itu, punca kerugian perlu ada kerana hanya risiko
khusus yang dilindungi (tidak termasuk risiko seperti yang dinyatakan dalam sijil
Takaful) boleh diberi pampasan.

Contoh: -

Peserta menderita sakit batu karang, dilanggar oleh sebuah kereta dan mati, walaupun
bagi penyakit batu karang, dia tidak akan meninggal dunia. Kematiannya bukannya di
dalam polisi kemalangan (Louden v British Merchants Ins.Co Ltd [1961]).

Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab atau beban untuk membuktikan bahawa
kerugian yang berlaku adalah daripada peril yang dilindungi terletak pada Peserta.
Sebaliknya, tanggungjawab membuktikan bahawa kerugian tersebut dikecualikan
daripada perlindungan sebabkan oleh pengecualian tertentu di dalam sijil adalah terletak
pada Pengendali Takaful.

5.1.7 Tabarru '(Derma)

"Tabarru" (dari segi harfiah bermaksud derma), adalah tanggungjawab bersama dan
prinsip jaminan bersama yang jelas menyatakan bahawa wang yang dikutip akan
digunakan untuk tujuan membantu "peserta lain yang memerlukan bantuan mengikut
terma-terma yang dipersetujui selagi terma-terma itu tidak bercanggah dengan syariah. "

Dalam perniagaan Takaful, tabarru '(dermaTakaful) adalah satu kontrak di mana peserta
bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada carumannya (untuk
dana Takaful) bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain. Dengan cara ini, dia
memenuhi kewajipan bagi jaminan bersama dan saling membantu seandainya peserta lain
mengalami kerugian. Konsep ini juga telah menghapuskan unsur gharar daripada
kontrak Takaful.

A5.2 PENGURUSAN DANA BERASINGAN DI BAWAH PERNIAGAAN TAKAFUL

Pengendali takaful dikehendaki mengekalkan dan mengasingkan tiga jenis dana:

1. Dana Takaful Am
2. Dana Takaful Keluarga

44

3. Dana Pemegang Saham

Ciri-ciri penting sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 berhubung dengan Dana Takaful adalah seperti berikut:

Seksyen 90:

Pengendali Takaful berlesen hendaklah menubuhkan dan menyelenggarakan satu atau
lebih dana Takaful bagi mana-mana kelas atau deskripsi urus niaga Takaful sebagaimana
yang ditentukan oleh Bank.

Seksyen 91:

Pengendali Takaful berlesen hendaklah memastikan Dana Takaful yang ditubuhkan dan
diselenggarakan di bawah Seksyen 90 disimpan secara berasingan daripada dana
pemegang saham.

A5.3 JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL

Operasi Takaful dalam sektor Tijari (komersial) boleh distrukturkan kepada beberapa
model perniagaan seperti yang disenaraikan di bawah:

 Model Wakalah
 Model Mudharabah
 Model Mudharabah + model Wakalah juga dikenali sebagai model hibrid
 Model Wakaf

Walau bagaimanapun, hanya model wakalah dan mudharabah yang diamalkan di
Malaysia.

1. Model Wakalah

Di bawah model ini, peserta Takaful sebagai prinsipal akan melantik Pengendali
Takaful sebagai wakil atau ejen untuk menguruskan penyertaan peserta dalam
pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh Pengendali Takaful. Sebagai
balasan terhadap perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan untuk
mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar daripada
caruman Takaful yang dibayar oleh peserta. Ini bererti berdasarkan model di atas,
perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada dana Takaful sebagai bayaran
pendahuluan.

45

Carta Aliran Takaful Am Model Wakalah
Carta Aliran Takaful Keluarga Model Wakalah

46

5.3.2 Model Mudharabah

Di bawah perjanjian ini, peserta Takaful sebagai penyedia modal (sahibul-mal) akan
memeterai kontrak perkongsian keuntungan dengan Pengendali Takaful sebagai
pengusaha (mudharib). Peserta Takaful berkewajipan membuat sumbangan Takaful
(modal) manakala Pengendali Takaful akan menguruskan perniagaan Takaful.

Kontrak ini akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah untuk dikongsi
bersama antara kedua-dua pihak seperti 50:50, 60:40 atau 70:30 antara peserta dengan
pengendali. Pada dasarnya, keuntungan dalam Takaful ditakrifkan sebagai pulangan ke
atas pelaburan dan lebihan pengunderaitan berkenaan dengan dana Takaful sahaja. Oleh
itu, ini tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada Dana Pemegang Saham. Bagi
urus niaga Takaful Keluarga, keuntungan termasuk lebihan kemortalan yang akan
diagihkan kepada peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari
pada akhir setiap tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti kontrak
mudharabah produk perbankan Islam, perkongsian keuntungan dalam Takaful akan
dilaksanakan hanya selepas semua kewajipan Takaful telah diambil kira: faktor terbesar
adalah tuntutan.

Sekiranya berlaku kerugian atau defisit terhadap dana Takaful, kerugian akan ditanggung
sepenuhnya oleh peserta sebagai penyedia modal. Walau apa pun jua, adalah menjadi
tanggungjawab Pengendali Takaful untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha
memastikan urus niaga tidak akan terjejas dengan teruknya disebabkan kerugian yang
mungkin merosakkan kredibiliti dan keyakinan Takaful secara keseluruhannya.
Sekiranya berlaku kerugian, adalah baik bagi Pengendali Takaful untuk menjadikan
kerugian sebagai "qard” atau pinjaman oleh pemegang saham.

Satu ciri penting untuk diperhatikan bahawa di bawah model mudharabah, perbelanjaan
pengurusan tidak dikenakan ke atas dana Takaful, sebaliknya ditanggung oleh dana
pemegang saham. Hasil daripada dana pemegang saham adalah sebahagian daripada
perkongsian untung daripada dana wang Takaful dengan peserta, dan semua pulangan ke
atas pelaburan daripada dana Pemegang Saham itu sendiri.

47

Carta Aliran Takaful Am Model Mudharabah
Carta Aliran Takaful Keluarga Model Mudharabah

48

BAB A6

PEMBANGUNAN DAN PENGAWALSELIAAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Mengenal pasti dan menerangkan keperluan undang-undang dan pengawalseliaan operasi
Takaful.

 Menjelaskan peranan penyeliaan dan pengawalan pihak berkuasa dalam pembangunan
industri Takaful.

 Mengenal pasti badan-badan Perlindungan Pengguna dan fungsinya
 Mengetahui pelbagai persatuan dalam industri dan tujuan kewujudannya.

PENGENALAN

Pembangunan industri Takaful di Malaysia bermula apabila Akta Takaful diluluskan oleh
Parlimen pada tahun 1984. Akta ini (Akta Takaful 1984) memperuntukkan peraturan urus niaga
Takaful di Malaysia.

A6.1 SEKILAS PANDANG INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

6.1.1 Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984-2013

Isu 1984 2013

Pengendali Pengendali tunggal komposit 11 Pengendali Takaful dengan
Takaful dengan modal RM10 juta yang modal minimum masing-masing
menetapkan asas untuk industri RM100 juta, yang meningkatkan
Pelabur / persaingan
Pemegang Sebuah bank Islam dan majlis-
saham majlis agama negeri dan Pemegang saham lebih meluas
pertubuhan-pertubuhan agama yang terdiri daripada pelabur
Produk swasta, kumpulan perbankan,
Produk terhad yang tertumpu syarikat insurans dan syarikat
pada Takaful motor, kebakaran insurans semula
dan gadai janji. Produk umum Kepelbagaian produk lebih
menguasai pasaran sebanyak meluas dengan ciri-ciri yang
63% (dari segi caruman) canggih. Produk keluarga
menguasai pasaran sebanyak 71%
(dari segi caruman)

49

Pelanggan Kebanyakannya Muslim Muslim dan bukan Muslim
dengan jangkaan, pilihan dan
Saluran Cawangan dan pegawai permintaan yang berbeza.
Pengedaran pemasaran dan Meja Takaful
Cawangan, pegawai pemasaran,
Saluran Terhad pada deposit Islam dan tenaga agensi, bankatakaful,
Pelaburan sekuriti Islam Kerajaan broker, internet dan pakatan
strategik

Lebih meluas dengan instrumen
pelaburan patuh syariah yang
dikeluarkan oleh Kerajaan dan
sektor swasta

6.1.2 Perkembangan Industri Takaful Malaysia - Fasa I hingga III

Dalam membangunkan industri Takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah
menggunakan pendekatan tiga fasa secara beransur-ansur:

 Fasa I (1984-1992)

Fasa I bermula dengan penggubalan undang-undang pengawalseliaan khusus iaitu
Akta Takaful 1984 dan Pengendali Takaful yang pertama memulakan perniagaan
pada tahun 1985. Akta ini mengawal pengendalian perniagaan Takaful dan
memerlukan pendaftaran Pengendali Takaful. Akta ini juga memperuntukkan
penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memastikan operasi perniagaan
Pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariah pada sepanjang masa.

 Fasa II (1993-2000)

Dalam Fasa II, lebih banyak lesen telah diberikan kepada pengendali dan terdapat
kerjasama serantau dalam kalangan Pengendali-pengendali Takaful, termasuk
pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan
ASEAN Retakaful International (L) Ltd pada tahun 1997. Ini telah memudahkan
pengaturan takaful semula dalam kalangan Pengendali Takaful di Malaysia dan di
rantau ini, seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

 Fasa III (2001-2010)

Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) diperkenalkan pada tahun 2001 semasa
Fasa III. Objektifnya, antara lain, adalah untuk meningkatkan kapasiti Pengendali
Takaful dan memperkuatkan rangka kerja undang-undang, syariah dan
pengawalseliaan industri Takaful.

50


Click to View FlipBook Version