MPBEEERRMPSUAUPDKUUAKANN
MPU21032- ETIKA DAN PERADABAN
PROJEK : MENGHASILKAN E-MAJALAH
PUAN MARDZIAH BINTI ABDULLAH PAKRI
-SITI KHADIJAH BINTI
ABDULLAH ( 03DKA20F2063)
- MUHAMMAD NAIM
HUSSAINI BIN ROSIDI
(03DKA20F2025)
- MUHAMAD AIRUL MANSIZ
BIN AIKAP (03DKA20F2054)
-NUR FAQIHAH AMANI BINTI
HAIROL FAUZI
(03DKA20F2015)
ISI KANDUNGAN
1.0 DEFINISI SUKAN & 3
PERPADUAN
2.0 PENGENALAN 4
3.0 SUKAN MALAYSIA 5 -6
4.0 FAEDAH - FAEDAH 7-8
BERSUKAN
5.0 PERANAN SUKAN DARI 9
SEGI PERPADUAN
6.0 WIRA SUKAN NEGARA 10
7.0 KESIMPULAN 11
8.0 RUJUKAN 12
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang ______________________________________________________Perpaduan ialah penyatuan, dan
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk darjah serta jenis penyatuan yang
pertandingan, keseronokan, dipamerkan sesebuah masyarakat
pembangunan, kemahiran, ataupun kumpulan dan jiran
kecemerlangan, dan sebagainya. mereka. Ia perhubungan sosial yang
Perbezaan tujuan inilah yang mengaitkan manusia. Istilah ini
membezakan sifat sesuatu sukan itu. lazimnya digunakan dalam bidang
Misalnya, berenang secara bersaingan di sosiologi ataupun sains
hadapan ribuan penonton akan dikira kemasyarakat. Asas perpaduan bagi
sebagai sukan tetapi berenang sesuatu masyarakat berbeza. Dalam
bersendirian di kolam atau laut dilihat masyarakat ringkas atau biasa ia
sebagai aktiviti rekreasi. Sukan juga mungkin berdasarkan hubungan
merupakan segala kegiatan yg kekeluargaan dan nilai saling
memerlukan ketangkasan atau menghormati dan menyayangi. Bagi
kemahiran serta tenaga. Contohnya masyarakat yang lebih kompleks
berenang, permainan bola sepak, tenis, pula, terdapat beberapa teori
lumba lari, dan sebagainya yang berkaitan faktor yang menyumbang
dilakukan untuk menyihatkan badan. kepada perpaduan sosial ataupun
Sukan di Malaysia adalah bahagian masyarakat. Maksud perpaduan
penting dalam budaya Malaysia. Sukan di kaum ialah semua kaum di dalam
Malaysia sangat popular dari aspek sesebuah negara saling bekerjasama
penyertaan dan pemandangan. Rakyat atau erti kata yang lain berganding
Malaysia dari pelbagai lapisan bahu untuk membentuk negara
masyarakat menyertai pelbagai sukan yang makmur dan damai. Sesebuah
untuk rekreasi dan persaingan. negara yang maju tidak akan wujud
tanpa perpaduan dari semua kaum
3
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk
perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza
agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang
bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila
pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan
sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak
kepada pasukan Harimau Malaya.
Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan
agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa.
Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan
rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan
disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan,
menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan
sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. 4
SUKAN MALAYSIA
Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat
perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan
semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti
sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya
membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang
berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan
mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua
tahun sekali pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula
diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara
negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan pemain ataupun penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat
kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia
,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis
Sukan Polis Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga
merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport
Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di
Malaysia yang melibatkan atlet remaja.
Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi
tahunan,kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkin
bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi
menggalakan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang
dipertandingkan. 5
FAEDAH - FAEDAH BERSUKAN
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi
masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini
,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa
falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak
ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat.
Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan
pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja.
Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan 7
fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan
pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali
terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua
lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan
kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai
masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung
sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit
jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali
pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan
meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah,
mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan
membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga
bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah
satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit,
masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi
mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam
bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral ,
vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan
dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih
baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah
dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini.
Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.
Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan
dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan
dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu,
hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama.
Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang 8
untuk menambahkan pendapatan secara individu
dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap
kemahiran profesional boleh menjadikan sukan
sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan
pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga
mampu menjana pendapatan yang besar.
Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di
peringkat glokal dan global mampu menjana
keuntungan melalui kadar tukaran wang asing.
Seiring dengan itu, industri hiliran muncul
bersama perkembangan sukan yang diceburi.
Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak
muda yang berkebolehan mengembangkan bakat
dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya
masa depan mereka. Pemain bola sepak secara
professional, pemain badminton seperti Datuk
Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-
masing menjadikan badminton dan bowling
sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat
menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam
bidang sukan akan membawa pelbagai
faedah kepada masyarakat.Oleh itu ,
semua lapisan masyarakat amat
digalakkan menyertai semua jenis sukan.
Sukan diharapkan dapat melahirkan
masyarakat yang sihat, bersatu padu,
berdaya maju dan berdaya saing. Sukan
juga mampu mengangkat martabat
rakyat dan negara di persada
antarabangsa agar mampu duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan
Negara maju yang lain. Sesungguhnya ,
sukan berfaedah kepada individu,
masyarakat dan negara. Tegasnya,
kegiatan sukan wajar digalakkan kepada
semua lapisan masyarakat.
PERANAN SUKAN
DARI SEGI
PERPADUAN
kan sebagai alat perpaduan dan
1 antarabangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan kaum.
Aktiviti sukan dapat mengeratkan
2 hubungan silaturahim antara satu
sama lain.
Aktiviti sukan dapat menyediakan
3 peluang untuk bekerjasama dan
saling memahami antara kaum.
Mewujudkan hubungan diplomatik
4 antara sesebuah negara dengan
negara lain.
9
WIRA SUKAN NEGARA
Nama Mohammad Azizulhasni bin Awangsering kedengaran
1 dalam industri sukan negara. Generasi muda juga pasti
mengenali pemuda hebat yang dikenali dengan gelaran the
pocketrocketman ini. Beliau sangat berbakat dan telah
menyumbang banyak hal yang menarik kepada negara kita.
dilahirkan pada 5 Januari 1988. Beliau merupakan anak ke-8
daripada 9 adik-beradik. Beliau berasal dari Terengganu dan sudah
2 mendirikan rumah tangga. Beliau telah mempunyai 2 anak
perempuan iaitu Amna Mariam dan Amna Khadeeja. Isterinya adalah
1 Athiah Ilyana Abdul Samat. Dalam melayari kehidupan sebagai
suami dan bapa, beliau telah mengharumkan nama negara dengan
baik sekali.
3 Beliau sebenarnya adalah seorang pelumba basikal trek profesional
Malaysia. Pelbagai kejayaan dan sumbangan hebat serta menarik telah
beliau hadiahkan terhadap negara kita. Azizulhasni Awang telah mengasah
bakatnya dalam salah satu program sukan iaitu Pasukan Berbasikal
Terengganu. Akhirnya beliau mengambil langkah yang lebih serius untuk
berkecimpung dalam bidang ini. Azizul Hasni Awang juga pernah
melanjutkan pengajian di peringkat Iajzah Sarjana Muda Perdagangan
(Pengkhususan dalam Pengurusan Sukan) di Universiti Deakin, Australia.
Beliau telah banyak mengharumkan nama negara Malaysia di
4 serata dunia. Antara perkara dan sumbangan terbaik bagi beliau
adalah kejayaan yang dikecapinya dalam Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel, Sukan Asea, Sukan Sea dan kejohanan lain.
Semuanya amat membanggakan negara kita. Sebagai rakyat, kita
pun sangat teruja dan bangga sekali. Berikut adalah perkara dan
sumbangan Azizul Hasni Awang juga merupakan penglibatan
serta kejayaan yang telah dikecapinya sehingga kini.
"Perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang ini sangat
bernilai dan takkan mampu dibalas oleh sesiapa pun.
Sungguh negara kita memerlukan seorang atlet yang
sangat berkaliber dan berpotensi tinggi seperti beliau"10
KESIMPULAN
PERPADUAN YANG DAPAT DILIHAT DARI
PERKEMBANGAN SUKAN DI NEGARA KITA IALAH
CONTOH DALAM SUKAN BERBASIKAL YANG TELAH
MENDAPAT NAMA DI PERINGKAT TINGGI IAITU
AZIZUL. BELIAU TELAH MENGHARUMKAN NAMA
NEGARA MALAYSIA DENGAN MENYERTAI SUKAN
INI. SELAIN ITU, PERPADUAN ANTARA KAUM
DAPAT DILIHAT ANTARA SATU SAMA LAIN.
PELBAGAI KAUM IAITU MELAYU, INDIA DAN CINA
TELAH BERGANDING BAHU UNTUK MEMBERI
SOKONGAN YANG PADU DALAM SUKAN BERBASIKAL
INI. HAL YANG DEMIKIAN MENJELASKAN BAHAWA
TELAH WUJUD PERPADUAN MELALUI SUKAN DALAM
NEGARA KITA
10
25
09
AM
11
RUJUKAN
https://www.azhan.co/biodata-
azizulhasni-awang-pelumba-
basikal-handalan-malaysia/
https://penegaksukannegara.bl
ogspot.com/2020/09/sukan-
dan-perpaduan.html
https://www.thevocket.com/aziz
ulhasni-awang/
http://panitiabmskbt.blogspot.c
om/2012/06/karangan-fakta-
faedah-bersukan.html
12