The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAKA0623 Nurul Atikah Binti Samsul, 2024-04-02 20:49:40

PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

NAMA: NURUL ATIKAH BINTI SAMSUL KELAS: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH: ENCIK ZAINUDIN BIN RAMLI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAKKANAK PAKK3424 TUGASAN 2: PENULISAN


PENGHARGAAN Assalamualaikum, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek PAKK3424 iaitu Perkembangan Fizikal Kanak-kanak yang dikasihi, Encik Zainudin bin Ramli selaku pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan bimbingan bagi menyiapkan kerja kursus in i. Jasa beliau akan saya kenang hingga akhir hayat. Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap daripada kerja kursus ini, saya dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan madal insan yang cemerlang. Terima kasih. Yang Benar, ATIKAH (NURUL ATIKAH BINTI SAMSUL) P22232759 i


ISI KANDUNGAN Penghargaan i Isi Kandungan ii Pengenalan 1 Membuat Origami sebagai aktiviti motor halus 2 Membina Istana Pasir sebagai aktiviti motor Kasar 3 Rumusan 4 Rujukan 5 ii


Kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi otot-otot kecil di tangan, jari, dan pergelangan tangan untuk membolehkan gerakan dan kawalan yang tepat. Hal ini disokong oleh Pradipta dan Dewantoro (2019), yang menyatakan bahawa kemahiran motor halus memerlukan kawalan koordinasi mata-tangan, ketelitian, ketepatan dan kekemasan. Kemahiran motor halus sangat penting bagi kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam persediaan memasuki pendidikan formal (Syafril et al., 2018). Kemahiran motor halus ini melibatkan kemampuan mereka untuk memegang objek kecil, meramas, mengikat tali kasut, menulis, dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2017). Sementara itu, motor kasar pula melibatkan gerakan badan yang besar seperti berlari, melompat, dan bermain dengan alat permainan luar. Justeru, kemahiran motor kasar ini dapat memupuk kebebasan, keyakinan diri serta kebolehan menjaga keselamatan diri. Kemahiran motor halus dan kasar berperanan dalam perkembangan menyeluruh fizikal kanak-kanak. Pengembangan kedua-dua jenis motor ini memerlukan persekitaran selamat, arahan guru yang berkesan, penggunaan kaedah pembelajaran yang kreatif dan inovatif, dan sesuai dengan peringkat umur mereka. PENGENALAN


Melipat origami merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif dalam mengembangkan motor halus kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak belajar untuk melipat kertas origami dalam pelbagai bentuk sama ada haiwan, tumbuhan atau benda di sekeliling mereka.Aktiviti melipat origami membantu meningkatkan kemahiran motor halus dari segi kepekaan, ketelitian, dan koordinasi tangan-mata. Membuat Origami sebagai aktiviti motor halus Tujuan saya memilih origami adalah supaya kanak-kanak dapat: Kanak-kanak bebas untuk membuat pelbagai bentuk origami yang mereka suka. Kanak-kanak dapat belajar untuk menggunting kertas mengikut kesesuaian ukuran bentuk dan jenis origami dalam pelbagai bentuk dengan baik. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan koordinasi tangan-mata iaitu kebolehan mengawal pergerakan tangan dengan mata dan deria penglihatan. Aspek sosioemosi yang dapat dilihat dalam aktivit ini adalah kanakkanak boleh berinteraksi dan menerangkan hasil origami mereka kepada rakan-rakan dan guru, serta menghargai kreativiti antara satu sama lain. Selain itu, membuat origami membolehkan kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka dalam mencipta pelbagai bentuk dari kertas. Proses melipat origami turut melatih kanak-kanak mempunyai kesabaran dan ketekunan untuk mengikuti langkah-langkah membuat origami dengan teliti, yang dapat diterapkan iaitu nilai berusaha. Pemilihan Bahan


Jenis bahan untuk membuat origami adalah menggunakan kertas origami yang sesuai dan ringan. Kertas yang dipilih juga hendaklah tidak terlalu tebal kerana akan menyukarkan proses melipat dan membuatkan hasil akhir tidak kemas. Bahan yang seterusnya adalah alat tulis seperti pensil, gunting, pembaris, supaya dapat membantu kanak-kanak untuk mengukur dan memotong kertas dengan tepat. Pemilihan alat pembantu haruslah mudah digunakan dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Selaim itu, hiasan tambahan membantu kanak-kanak untuk menghasilkan corak, bentuk dan saiz kertas yang dikehendaki untuk projek origami mereka. Contohnya seperti mata, gunting kertas, atau pelekat boleh digunakan untuk menambahkan butiran pada hasil akhir origami. Hiasan tambahan perlu sesuai untuk digunakan dalam projek origami kanak-kanak dan mudah dilekatkan. Hiasan tambahan memberi peluang kepada kanakkanak untuk menghiasa sendiri origami mereka mengikut citarasa dan kreativiti mereka. Di samping itu, Krayon dan pen warna-warni boleh digunakan untuk menghias atau menambahkan warna kepada projek origami yang telah selesai dilipat. Krayon atau pen pewarna perlu sesuai untuk digunakan pada kertas origami dan mudah dibersihkan. Kanak-kanak dapat mengekspresikan kreativiti mereka dengan mewarna atau menghiasi hasil akhir origami mereka. Pemilihan jenis bahan yang sesuai ini sebenarnya dapat memastikan kanak-kanak mempunyai pengalaman yang berkualiti dalam membuat origami secara seronok, bermanfaat, dan kreatif serta memupuk minat mereka dalam seni kreatif. Jenis-jenis bahan


Kesesuaian dan ciri-ciri bahan Kesesuaian bahan mestilah dititikberatkan agar selamat dan sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak. Oleh itu, bahan-bahan tajam, bahaya, beracun perlu dielakkan kerana boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Hal ini kerana, bahan yang selamat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka dan bereksperimen dengan kreativiti mereka. Selain itu, panduan melipat origami mestilah mudah difahami oleh kanak-kanak supaya dapat mengurangkan risiko kekeliruan. Panduan yang mudah membantu kanak-kanak untuk tidak beputus asa dan lebih fokusdalam melakukan aktiviti ini. Di samping itu, ukuran kertas yang sesuai dengan saiz tangan kanak-kanak memudahkan mereka untuk mengolah kertas origami dengan memastikan kertas yang digunakan tidak terlalu besar. Ukuran yang sesuai membolehkan kanak-kanak untuk mencipta bentuk-bentuk yang halus dan cantik dengan lebih mudah. Ciri-ciri bahan untuk membuat origami adalah penting untuk kanak-kanak kanak meningkatkan perkembangan motor halus. Antara ciri-ciri bahan adalah pemilihan kertas origami yang sesuai dan ringan. Ini kerana, kertas yang terlalu berat mungkin sukar untuk dilipat oleh kanak-kanak. Kertas yang dipilih juga hendaklah tidak terlalu tebal kerana akan menyukarkan proses melipat dan membuatkan hasil akhir kurang rapi. Selain itu, penggunaan kertas origami yang berwarna-warni menarik minat kanak-kanak dan membolehkan mereka mencipta karya yang lebih kreatif. Selain itu, ketersediaan bahan untuk membuat origami mudah di dapatkan di mana-mana kedai alat tulis serta harga yang mampu milik.


Penggunaan Aplikasi Digital (e-sport) Pendedahan penggunaan Internet Communication Technology (ICT) kepada kanak-kanak perlu di ambil berat supaya kanak-kanak dapat meneroka cara penggunaan teknologi seperti komputer, telefon pintar dengan baik pada awal peringkat usia mereka. Kanak-kanak melihat langkah-langkah membuat origami di aplikasi Google seperti youTube.


Membuat origami memainkan peranan yang penting dalam PdP kerana aktiviti melipat dan menghias origami sememangnya dapat meningkatkan kemahiran menulis, mewarna dan membuat aktivit-aktivit lain di dalam kelas. Proses melipat origami menggalakkan pelajar untuk memberi perhatian kepada butiran dan langkah-langkah yang terperinci. Kepentingan bahan PdP seterusnya adalah guru dapat menggunakannya untuk dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas. Ini sebenarnya membantu meningkatkan keupayaan mereka untuk fokus ketika guru mengajar di dalam kelas. Melipat origami mendorong pelajar untuk memikirkan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Ini memupuk kemahiran pemikiran kreatif dan pemecahan masalah. Origami memberi peluang kepada pelajar untuk mengungkapkan kreativiti mereka dengan mencipta bentuk dan rekaan yang unik. Ini membantu mengasah kemahiran kreatif mereka dan memberi ruang untuk ekspresi diri. Proses melipat origami mengajar pelajar tentang mengikuti arahan secara berurutan dan konsisten. Ini membantu menggalakkan sikap patuh dan kerjasama dalam kalangan kanakkanak. Kepentingan bahan dalam pengajarandan pembelajaran (PdP)


Mereka yang mahir dalam membuat origami mempunyai peluang tinggi untuk memasarkannya sebagai BBM kepada pendidik, ibu bapa, dan individu berminat. Origami merangsang kreativiti pelajar dan memperjelas konsep-konsep kompleks secara interaktif. Bahan dan alat origami berpatutan dan mudah di akses oleh sekolah, prasekolah, perpustakaan, dan individu yang ingin memambah ilmu tentang seni origami. Ianya juga turun merangkumi pelbagai pilihan iaitu tahap kesukaran dan topik, daripada origami untuk individu yang mula belajar kepada yang lebih kompleks memudahkan pengguna memilih sumber yang sesuai dengan kemampuan mereka. Sumber pembelajaran origami dalam talian, seperti laman web dan tutorial video, memperluas akses pembelajaran secara global. Aktiviti promosi di media sosial dan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi dapat memperluas kesedaran tentang origami. Selain itu, pelajar juga berpeluang menetengahkan hasil origami mereka dalam inovasi atau pertandingan. Dengan adanya peluang ini, penggunaan melipat origami bukan sahaja memperkaya pengalaman pembelajaran, tetapi juga membuka pintu kepada potensi kewirausahaan dan kreativiti di kalangan pelajar. Kebolehpasaran bahan pengajaran danpembelajaran (PdP)


Perkembangan motor kasar pada kanak-kanak sebenarnya membangunkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi tubuh badan mereka. Sebagai contohnya aktiviti berlari, melompat, dan bermain permainan luar yang melibatkan gerakan badan yang besar. Membina Istana pasir sebagai aktiviti motor kasar Tujuan memilih aktiviti membina istana pasir adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor kasar secara menyeronokkan dengan menggunakan tenaga fizikal untuk membentuk struktur binaan menggunakan pasir. Aktiviti ini melibatkan penggunaan tenaga fizikal seperti menggali, mengangkut, dan memampatkan pasir, yang membantu dalam pengembangan kekuatan otot besar dan koordinasi gerakan untuk aktiviti motor kasar. Membina istana pasir memberikan kanak-kanak peluang untuk membina struktur yang unik dengan menggunakan imaginasi serta mengembangkan kreativiti. Dalam aktiviti ini, kakank-kanak tidak akan terlepas dengan sifat semula jadi mereka seperti melompat, berlari dan membawa pasir sememangnya membantu dalam pengembangan keseimbangan dan koordinasi tubuh.Dengan gabungan semua faktor ini, membina istana pasir adalah pilihan yang paling sesuai untuk aktiviti motor kasar bagi kanak-kanak prasekolah, membantu mereka berkembang secara fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Pemilihan Bahan


Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dibawa ke pantai atau taman pasir yang dilengkapi dengan pasir lembut. Mereka diberi alatan seperti sekop, baldi, dan cetakan pasir untuk membina terowong, istana pasir, atau lain-lain mengikut kreativiti mereka sendiri. Kanak-kanak bekerja bersama-sama untuk membina struktur yang besar dan kompleks menggunakan tenaga fizikal mereka. Contoh aktiviti membina terowong atau istana pasir adalah kanak-kanak bekerja bersama-sama untuk membina terowong panjang atau istana pasir yang tinggi di pantai. Mereka menggunakan sekop untuk menggali pasir dan cetakan pasir untuk membentuk dinding dan menara istana. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran motor kasar kanakkanak, termasuk kekuatan, koordinasi, dan keseimbangan. Selain itu, ia juga memupuk kerjasama, kreativiti, dan perasaan pencapaian apabila kanak-kanak melihat hasil kerja bersama mereka yang menghasilkan struktur yang unik dan indah. Ayat Penegas: Aktiviti membina terowong atau istana pasir adalah cara yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk melibatkan kanak-kanak dalam pengembangan motor kasar mereka. Dengan bekerja bersama-sama untuk mencipta struktur yang besar dan kompleks, kanak-kanak dapat meningkatkan kekuatan, keseimbangan, dan kerjasama mereka, sambil menikmati pengalaman di luar dan berkembang kreativiti mereka dalam mencipta bentuk-bentuk yang menarik dengan menggunakan pasir. Jenis-jenis bahan


Kesesuaian dan ciri-ciri bahan Pemilihan bahan yang sesuai perlu diambil berat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. Aktiviti ini juga memerlukan orang dewasa yang memberi bimbingan dan mengawasi kanak-kanak ketika bermain pasir untuk memastikan mereka sentiasa selamat. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah memastikan pasir yang digunakan adalah lembut dan bersih. Pasir yang terlalu kasar dan berdebu tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya sangat sensitif terhadap kulit mereka. Oleh itu, digalakkan menggunakan pasir kinetik atau pasir bermain khas yang dapat dibentuk dengan mudah dan tidak berdebu. Pemilihan pasir yang mudah dibentuk juga penting bagi membentuk struktur yang stabil. Hal ini kerana, pasir yang terlalu basah atau terlalu kering tidak sesuai karena sukar untuk membentuk. Alternatif lain untuk menjadikan aktiviti ini menjadi lebih menarik adalah dengan menggunakan pasir yang berwarna-warni dengantambahkan pewarna yang selamat dan tidak beracun kepada kanak-kanak. Alat-alat membina pasir yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, seperti sekop kecil, baldi, dan cetakan pasir dengan bentuk yang menarik. Dengan memilih bahan yang sesuai, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan dapat mengalami pengalaman secara kreatif dan menyeronokkan dalam membina istana pasir di pantai.


Penggunaan Aplikasi Digital (e-sport) Penggunaan aplikasi digital seperti e-sport dalam membina istana pasir dapat memberikan nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran dan perkembangan motor kasar kanak-kanak. Terdapat aplikasi digital yang dapat meningkatkan aktiviti membina istana pasir iaitu menggunakan aplikasi yang dapat menyediakan simulasi interaktif tentang bagaimana membina istana pasir secara virtual, memberikan panduan langkah demi langkah dan demonstrasi visual. Contoh aplikasi yang boleh dimuat turun melalui ‘ play store’ adalah Sandcastles, Sand Draw Beach, Sandcastles 3D dan sebagainya. Penggunaan teknologi digital dalam membina istana pasir dapat menarik minat kanak-kanak, terutama mereka yang lebih suka berinteraksi dengan peranti digital. Ini dapat meningkatkan keterlibatan mereka dalam aktiviti tersebut. Aplikasi e-sport ini melibatkan penggunaan peranti input seperti tetikus yang dapat membantu meningkatkan koordinasi mata-tangan kanak-kanak ketika mereka mengendalikan pergerakan objek digital. Menggunakan aplikasi digital sememangnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dan memahami teknologi. Ini dapat memperluas pemahaman mereka tentang dunia digital yang semakin berkembang. Beberapa aplikasi e-sport mungkin memerlukan gerakan fizikal dan interaksi dengan orang sekekiling. Misalnya, aplikasi yang menggunakan realiti tambahan (AR) atau realiti maya (VR) dapat memungkinkan kanak-kanak untuk "membangun" istana pasir dalam persekitaran digital yang imersif. Reka Aplikasi e-sport yang direka khusus untuk membantu kanak-kanak memahami konsep fizikal seperti graviti, tekanan, dan struktur bahan, sambil tetap bermain dan berseronok. Walaupun aplikasi digital dapat menjadi alat tambahan dalam membina istana pasir, ia tidak boleh menggantikan pengalaman langsung dengan pasir semulajadi dan bahan fizikal yang sememangnya penting untuk pembangunan motor kasar kanak-kanak serta pengembangan imaginasi dan kreativiti mereka. Oleh itu, aktiviti ini perlu diselaraskan dengan penggunaan teknologi dan pengalaman langsung.


Aktiviti membina istana pasir melibatkan penggunaan pergerakan kasar seperti menggali, membentuk, dan memadatkan pasir. Aktiviti ini terbukti dapat membangunkan kemahiran motor kasar, merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Mereka berpeluang untuk mencipta bentuk dan reka bentuk istana pasir mereka sendiri dengan membiarkan mereka bebas membina mengikut imaginasi mereka. Semasa membangun istana pasir, kanak-kanak berhadapan dengan cabaran seperti memastikan kestabilan struktur. Ini membolehkan mereka menggunakan kemahiran penyelesaian masalah untuk mencari jalan penyelesaian. Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bekerjasama dengan rakan sebaya kerana mereka perlu berkomunikasi, berkongsi idea, dan bekerjabersama untuk mencapai matlamat yang sama. Aktiviti ini memperkenalkan kanak-kanak kepada alam semula jadi, membiarkan mereka merasakan tekstur pasir, memahami bagaimana air mempengaruhi kestabilan struktur, dan mungkin memerhati kehidupa di laut seperti kerang, ketam dan sebagainya. Ketika mereka mengendalikan pasir, kanak-kanak dapat memahami konsep fizikal seperti graviti dan kestabilan struktur dapat mendedahkan mereka dalam memahami dunia fizikal di sekeliling mereka. Aktivit luar ini sememangnya dapat membantu mengurangkan tekanan. Kepentingan bahan dalam pengajarandan pembelajaran (PdP)


Kebolehpasaran bahan PdP dalam membina istana pasir dengan mengembangkan aplikasi digital yang menggabungkan pembelajaran interaktif dengan aktiviti membina istana pasir dapat meningkatkan aksesibiliti kepada guru dan pelajar. Penyediaan sumber pembelajaran dalam talian seperti panduan langkah demi langkah, tutorial video, dan gambar ilustrasi dapat memudahkan akses dan memperluas rangkaian pembelajaran di seluruh dunia. Kerjasama dengan institusi pendidikan, seperti sekolah dan prasekolah, dapat membantu memperluas penggunaan aktiviti membina istana pasir sebagai bahan pengajaran yang efektif dalam kurikulum. Selain itu, . Menjual set permainan pasir khas kepada ibu bapa dan para pendidik untuk mengajar kanak-kanak kerana permainan ini menggabungkan kemahiran motor halus dan kasar kanakkanak. Penggunaan media sosial untuk mempromosikan aktiviti membina istana pasir sebagai bahan pengajaran dapat meningkatkan kesedaran dan minat dalam komuniti pendidikan. Menyediakan latihan dan bimbingan kepada pendidik tentang cara menggunakan aktiviti membina istana pasir sebagai bahan pengajaran yang efektif dapat meningkatkan penerimaan aktiviti ini dalam pengajaran. Dengan cara ini, kebolehpasaran bahan PdP seperti membina istana pasir dapat ditingkatkan, memastikan aksesibiliti untuk semua pihak yang terlibat dalam proses pembelajaran. Kebolehpasaran bahan pengajaran danpembelajaran (PdP)


RUMUSAN Guru memainkan peranan penting dalam menyediakan aktiviti motor halus yang sesuai, menyeronokkan, dan memberikan dorongan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran motor halus mereka. Oleh itu, peranan guru sangat penting untuk memahami perkembangan motor halus kanak-kanak dan menyediakan peluang yang sesuai bagi mereka untuk berkembang melalui aktiviti yang sesuai mengikut tahap perkembangan mereka. Guru berperanan dalam memberikan arahan, menyediakan alatan dan sokongan kepada kanak-kanak untuk terlibat aktif dalam setiap aktiviti dalam meningkatkan ketahanan fizikal mereka. Dengan aktiviti ini, kanak-kanak dapat memupuk kemahiran motor kasar sambil melibatkan aspek sosioemosi dan kreativiti, serta memperluaskan kebolehpasaran bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.


RUJUKAN


Click to View FlipBook Version