The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mzubiryunus00, 2023-07-26 23:22:44

Majalah Dinamik

Majalah Dinamik

DINAMIK VOLUME 1 JULAI, 2023 INTERIOR MATTERS KESAN MEDIA SOSIAL KEPADA PENDIDIKAN KESAN MEDIA SOSIAL KEPADA PENDIDIKAN PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEMUBUAL KHAS BERSAMA TEMUBUAL KHAS BERSAMA Siti Sarihan WWW.DINAMIK.COM


SIDANG EDITOR Shahida 277853 Editor Zubir 277014 Ketua Editor Prasana 277472 Editor Syamila 285978 Juru Artikel Najibah 281986 Juru Artikel Zhi Yin 279631 Juru Artikel


01 TINTA EDITOR 02-05 ARTIKEL UTAMA PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN 06-09 ARTIKEL SAMPINGAN KESAN MEDIA SOSIAL KEPADA PENDIDIKAN 10-14 ARTIKEL TEMUBUAL SITI SARIHAN "LEADER OF SHAKLEE 15 RUANGAN SANTAI TEKA SILANG KATA 16 RUANGAN KREATIF KOLEKSI PANTUN 17-19 RUANGAN IKLAN PERCUTIAN PUSAT TUISYEN MAKANAN SENARAI KANDUNGAN DINAMIK PENDIDIKAN MELALUI MEDIA SOSIAL


DINAMIK TINTA EDITOR KETUA EDITOR ZUBIR YUNUS 01 Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya, e-majalah Dinamik dapat diterbitkan dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sidang editor yang telah bersedia berganding bahu memberikan bantuan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan penghasilan e-majalah ini. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana berkat kerjasama dan kegigihan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akhirnya e-majalah Dinamik telah dapat berjaya diterbitkan. Sebagai ahli sidang editor ini, saya amat berbangga diberikan peluang sebegini kerana ianya dapat membantu saya untuk mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal-hal berkaitan penerbitan e-majalah dan juga dapat mengembangkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan suntingan dan rekaan grafik dalam menghasilkan sebuah majalah. Pengalaman yang diperoleh ini sangat bermakna kepada saya dan rakanrakan editor yang lain sebagai inspirasi dan untuk kegunaan masa hadapan. Tujuan e-majalah ini dihasilkan adalah bagi memaparkan peranan media sosial dalam transformasi pendidikan. E-majalah ini akan mengupas lebih lanjut bagaimana perkembangan teknologi informasi telah membawa transformasi yang luar biasa terutama dalam dunia pendidikan. Saya mewakili sidang editor e-majalah Dinamik yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada individu yg terlibat dalam usaha menerbitkan e-majalah ini. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan yang berlaku sepanjang penerbitan e-majalah ini. Saya berharap e-Majalah Dinamik ini dapat dijadikan rujukan maklumat dan bahan bacaan ramai setiap lapisan masyarakat. Sekian, terima kasih.


alam era digital ini, perkembangan teknologi informasi telah membawa transformasi yang luar biasa dalam pelbagai bidang kehidupan, termasuk dalam dunia pendidikan. Salah satu elemen utama yang menjadi pemangkin perubahan ini adalah media sosial. Media sosial telah membuka pintu bagi perubahan pendidikan yang lebih inklusif, ketara, dan kolaboratif. 02 DINAMIK ARTIKEL UTAMA JULAI 2023 D PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN Pertama, media sosial telah membuka pintu bagi akses pendidikan yang lebih luas dan inklusif. Sebelumnya, pendidikan berkualiti tinggi sering kali hanya tersedia bagi mereka yang berada di kawasan bandar atau negara yang maju. Namun, dengan adanya platform media sosial seperti YouTube, Instagram, dan TikTok, pengajar dan pelajar dari berbagai sempadan dunia dapat berkongsi pengetahuan dan konten edukatif secara percuma atau dengan kos yang berpatutan. Video pembelajaran, tutorial, dan bahan pemebelajaran lain yang dimuat naik di media sosial telah menjadi sumber belajar alternatif yang menarik dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang tinggal di kawasan terpencil atau kurang bernasib baik dari segi ekonomi.


Namun, media sosial menawarkan beragam fitur dan konten multimedia yang dapat memperkaya proses pembelajaran. Misalnya, pendidik dapat menggunakan video untuk mengilustrasikan konsep yang kompleks, gambar dan infografik untuk merangkum informasi, serta meme atau teka-teki untuk meningkatkan daya tarikan pelajar terhadap pelajaran. Pendekatan ini tidak hanya membuat pembelajaran lebih menyenangkan, tetapi juga membantu pelajar memahami material-material tersebut dengan lebih baik. 03 DINAMIK ARTIKEL UTAMA JULAI 2023 Kedua, media sosial telah memperkaya cara pendidik mengajar dan siswa belajar. Dalam pembelajaran konvensional, pendidik sering kali menghadapi tantangan dalam menyampaikan materi pembelajaran secara menarik dan inovatif. .


04 DINAMIK ARTIKEL UTAMA JULAI 2023 Selain itu, media sosial juga telah memungkinkan informasi disebarkan dengan cepat dan luas kepada ramai orang. Dalam konteks pendidikan, berita tentang acara sekolah, pengumuman, dan informasi penting lainnya dapat diperoleh dengan mudah melalui media sosial. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga dapat mengetahui kegiatan atau acara yang bakal dijalankan di sekolah anak masing-masing. latform ini juga berkesan dalam Media sosial menyediakan platform yang luas untuk individu, guru, pelajar dan organisasi menyuarakan isu yang berkaitan dalam pendidikan. Contohnya, isu kurikulum, kualiti pengajaran, keadilan pendidikan, ketersediaan kemudahan atau isu lain boleh dipromosikan melalui kempen hashtag dan siaran kreatif. Dengan menyebarkan maklumat dan berkongsi pengalaman, isu-isu penting ini boleh mendapat lebih perhatian daripada masyarakat yang lebih luas malah daripada pembuat dasar. P


Pendidik dan pelajar boleh terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka di luar persekitaran sekolah atau kolej. 05 DINAMIK ARTIKEL UTAMA JULAI 2023 Media sosial menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan akses mudah kepada kandungan pembelajaran dan latihan. Kesimpulannya, media sosial mempunyai peranan yang sangat penting dalam transformasi pendidikan. Dengan menggunakannya dengan bijak, pendidikan boleh menjadi lebih inklusif, kolaboratif dan inovatif, serta memberikan peluang baharu untuk pembangunan pendidikan yang lebih baik dan lebih mampan.


PENYAMPAIAN MAKLUMAT Pada era teknologi ini, penggunaan media sosial menjadi kepentingan kepada semua masyarakat terutama golongan remaja dan dewasa. Media sosial telah mengubah cara maklumat diakses dalam bidang pendidikan. Kebanyakan guru dan institusi pendidikan menggunakan platform media sosial dengan cara yang mudah untuk menyediakan bahan bilik darjah, tutorial video dan jenis bahan pemebelajaran kepada pelajara. Sebagai contoh, Sir Fathi merupakan seorang guru matematik yang terkenal dalam media sosial yang sering membuat tutorial video tentang kaedah penyelesaian dalam soalan matematik dengan cara yang mudah difahami oleh para pelajar. Kesan Media Sosial dalam Transformasi Pendidikan 06 DINAMIK ARTIKEL SAMPINGAN JULAI 2023


MEDIA SOSIAL Media sosial dapat digunakan untuk meningkatkan motivasi belajar dengan membuat pembelajaran lebih menarik dan menyenangkan. Guru dapat menggunakan media sosial untuk membuat kuis, permainan, dan aktiviti interaktif yang dapat membantu pelajar belajar dengan cara yang lebih menyenangkan. Contohnya, guru boleh menggunakan laman web 'Quizizz' untuk melakukan kuis pembelajaran kepada pelajar kerana laman web ini mempunyai kaedah kuis seperti permainan yang menyeronokkan. Ini akan menarik minat pelajar untuk menjawab kuis dan sekali gus meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. 07 DINAMIK ARTIKEL SAMPINGAN JULAI 2023


APA LAGI YANG BERFAEDAH? Inilah amat penting sekiranya pelajar akan belajar secara automatik tanpa pengaturan guru. Sekiranya terdapat banyak alternatif untuk belajar, pelajar suka belajar dengan beberapa cara yang berbeza seperti melalui video, permainan dan berita terkini. Bahan-bahan ini mudah didapati terutamanya dalam media sosial. Dengan cara akses yang ringan ini, pelajar dapat belajar pada apa-apa masa dan berada di mana-mana, tidak ada had terhadap masa dan tempat. Sebagai contoh, walaupun pelajar hanya menonton video pendek atau catatan harian seseorang dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, dan YouTube, sebenarnya mereka tengah mengimbaskan ilmu dan menambahkan pengetahuan dengan menjadikannya terhadap sendiri. Pentinglah pelajar belajar tanpa guru 08 DINAMIK ARTIKEL SAMPINGAN JULAI 2023


BERFIKIR SECARA KREATIF Generasi muda sekarang adalah kumpulan yang menikmati teknologi maju dan menerima berita-berita dunia yang luas. Namun, mereka juga berada di situasi yang tercabar dan berdaya saing yang tinggi. Cara yang paling langsung mestilah meningkatkan kemahiran diri terhadap penggunaan media sosial yang di mana media sosial menjadi elemen yang terkemuka kepada semua syarikat dan perniagaan. Inilah paling umum sekiranya semua orang mengguna media sosial untuk mempromosikan perniagaan sama ada jenama dan personaliti sendiri. Dalam era globalisasi ini, kami mencadangkan bahawa menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih kreatif dan ringkas. Hal ini demikian kerana kami menyedar agar penyelesaian yang kreatif dapat mencari jalan yang lebih efektif dan hanya menggunakan masa yang singkat. Tidak menafikan bahawa kami mengejar hasil dengan cepat dan tepat. Jelaslah kenapa fikiran yang matang dan kreatif adalah dikehendaki kepada semua orang dan kemahiran ini sepatutnya bermula ketika masa kanak-kanak. Kesannya, media sosial telah membantu kanak-kanak dalam membangunkan cara berfikir dan analisasi terhadap isu-isu sekelilingi. Merekalah individu yang datang dari generasi terbaru dan termaju. 09 DINAMIK ARTIKEL SAMPINGAN JULAI 2023


NAMA NAMA PANGGILAN UMUR PENDIDIKAN SITI SARIHAN BINTI MUSTAPHA SARI 21 TAHUN SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN-SAE UMK Siti Sarihan atau lebih dikenali sebagai @ Siti_Sarihan yang cukup terkenal dengan penjualan produk Shaklee di media sosial seperti Instagram dan Tiktok SITI SARIHAN BIODATA RINGKAS Temubual bersama DINAMIK ARTIKEL TEMUBUAL JULAI 2023 10


Sekarang saya masih bergelar seorang mahasiswi tahun kedua di UMK dan juga seorang business leader dengan title Coordinator Shaklee dengan average pendapatan RM7000 sebulan. DINAMIK ARTIKEL TEMUBUAL JULAI 2023 DINAMIK: Apakah perkembangan terkini Cik Sarihan? DINAMIK: Bagaimanakah Cik Sarihan boleh terlibat diri dalam dunia tiktok? Saya mula aktif di tiktok ketika saya melihat populariti TikTok yang sedang meroket, saya menyedari bahawa platform ini adalah salah satu yang harus saya manfaatkan untuk mengembangkan bisnes Shaklee saya. Meskipun awalnya saya merasa takut dan ragu-ragu, tetapi dengan semangat "redah" yang saya pegang, saya memutuskan untuk memulai perjalanan saya dalam membangun personal branding di TikTok. 11 Dari hari pertama menjalankan perniagaan ini sehingga menjadi mahasiswi UMK , saya masih konsisten menjalankan perniagaan Shaklee shaklee sambil belajar . Saya juga tahu bahwa hidup adalah tentang mengambil peluang, dan saya tidak ingin melewatkan kesempatan yang berharga ini


DINAMIK ARTIKEL TEMUBUAL JULAI 2023 Saya melakukan konten inspirasi dimana, saya kongsikan apa yang saya dapat di usia muda ini dari hasil yang saya libatkan diri dalam dunia bisnes sambil belajar. Selain itu, ramai orang ingin tahu tips dan rahsia bagaimana saya mencapai sedikit sebanyak pencapaian pada hari ini. Oleh itu, saya sentiasa kongsikan apa yang saya lakukan. Tambahan pula, saya kongsikan tentang bisnes dan produk yang saya jual. Tak ada konten jualan, maka tak ada sales juga. DINAMIK: Apakah content yang dibuat oleh Cik Sarihan di dalam tiktok tersebut? DINAMIK: Apakah cabaran Cik Sarihan dalam menghadapi dunia media sosial ini? Orang salah mentafsirkan apa yang saya cuba sampaikan dalam konten saya . Saya kongsikan bukti kejayaan adalah untuk inspirasi dan memberi semangat, tapi ada segelintir pihak yang menganggap saya menunjuk dan dahagakan perhatian & belas kasihan orang . Namun begitu Saya menganggap itu perkara normal dan saya akan sentiasa berusaha untuk improve konten saya untuk masa akan datang . 12


DINAMIK ARTIKEL TEMUBUAL JULAI 2023 DINAMIK: Adakah Cik Sarihan pernah diganggu sepanjang bergelar pengaruh tiktok? Semestinya, terlalu banyak gangguan dari orang - orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi disebabkan saya sudah ‘kalis’ dan terbiasa , jadi hal - hal seperti ini saya dapat harungi dengan tenang sahaja DINAMIK: Bagaimanakah Cik Sarihan membahagikan masa belajar dan sebagai pengaruh sosial media? Belajar nombor 1 , busines nombor 2 . Ini prinsip saya pegang selama 3 tahun bergelar seorang busines leader dan juga pelajar. Saya wajib fokus dalam pelajaran kerana pelajaran saya ikuti tidak percuma dan ia penting untuk masa depan saya. Perniagaan saya sangat penting untuk hidup saya dan keluarga saya di kampung . Kalau saya tak buat busines betul - betul , pada akhirnya saya yang akan menanggung peritnya hidup ini dengan masalah kewangan dan sebagainya . Jaga mindset Jaga kesihatan dengan baik Banyakkan berkorban masa berhibur untuk fokus belajar & membangun perniagaan Jadi untuk membantu saya lakukan keduanya sekaligus adalah ; 13


14 DINAMIK ARTIKEL TEMUBUAL JULAI 2023 DINAMIK: Bolehkah Cik Sarihan memberikan komen mengenai bidang pendidikan dengan media sosial? Media sosial adalah platform yang hampir semua orang guna . Dalam media sosial ada bermacam perkara yang disebarkan. Ada baik ada buruk . Kalau kita tak sebarkan perkara yang baik seperti hal - hal pendidikan di media sosial , maka media sosial akan penuh dengan perkara yang tidak bermanfaat sahaja DINAMIK: Apakah nasihat dan dorongan Cik Sarihan terhadap orang lain yang ingin menjadi pengaruh seperti Cik Sarihan? Niatkan untuk pengaruhi dan sebarkan perkara yang baik - baik sahaja. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat memberi manfaat kepada ramai orang


1 3 2 4 5 6 8 7 15 DINAMIK RUANGAN SANTAI JULAI 2023 MELINTANG MENEGAK 1. IBU KOTA YANG TERLETAK DI MALAYSIA 2.KATA SEERTI BAGI KATA "LAKI-LAKI" 7.HARI YANG DISAMBUT DI MALAYSIA PADA 16 MEI IALAH HARI... 8.SATUAN BAGI 60 SAAT 1.PENGANGKUTAN YANG DIGUNAKAN DI ATAS AIR 3.BENUA TERBESAR DI ANTARA DUNIA IALAH BENUA... 4.KUCING DAN ANJING ADALAH CONTOH HAIWAN 5. KEGIATAN MENGHIAS DI ATAS KAIN YANG MENGGUNAKAN JARUM DAN BENANG 6.GELARAN RAJA BAGI TUJUH DARI SEMBILAN BUAH NEGERI MELAYU


Dalan diamku, kudengar suara Tuhan, menuntun jiwaku dalam ketenteraman, dalam kegelapan, Kau adalah cahaya, menyinari jalan menuju kebenaran, Dalam setiap hembusan nafasku, kutitipkan kepercayaan kepadaMu, kau adalah kekuatanku dalam kelemahan, membimbingku dalam setiap langkahku. Kerinduanku padamu tak terhingga, kasihMu menyelami setiap ruang hatiku, dalam doa puji-pujian, kutemu ketenangan dalam hidratMu. Takkan pernah kulepaskan tali keimanan, dalam rasa syukur, kupaut doa-doa dalam hati, semoga setiap detik dalam hidupku, selalu ada Kau, sumber kekuatan dan kasih setia 16 DINAMIK RUANGAN KREATIF JULAI 2023 SAJAK CAHAYA PENCIPTA OLEH: ZUBIR YUNUS


Penginapan 2 Malam di Pulau Mabul Bilik Air Private Penyaman Udara, Tuala & Linen Pengangkutan Pergi & Balik Makan Pagi, Tengah hari, & Malam PEKEJ TERMASUK BILIK BAJET 3H2M RM360 BILIK STANDARD 3H2M RM450 BILIK SEAVIEW 3H2M RM510 17 DINAMIK RUANGAN IKLAN JULAI 2023 M A B U L I S L A N D MEDIA TRAVEL & HOLIDAYS SDN BHD (KPL5549) UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBINGI: 018 3854917 MENEROKA PRIVATE CHALET PULAU MABUL Pengangkutan ke Semporna RM55/pax Snorkeling RM65/pax Diving RM140/pax PEKEJ TAMBAHAN


KURSUS KOMPUTER 18 DINAMIK RUANGAN IKLAN JULAI 2023 PUSAT TUISYEN TM SHAHAB PERDANA PEKEJ 1 PEKEJ 2 KELAS MICROSO + FT OFFICE MUET ASAS INTERNET/ E-MEL MICROSOFT OFFICE + ASAS INTERNET/ E-MEL + ADOBE PHOTOSHOP PEKEJ 3 MICROSOFT OFFICE + ASAS INTERNET/ E-MEL + ADOBE PHOTOSHOP + MOVIE MAKER PERBUALAN BAHASA INGGERIS 012 - 466 3927 / 04 - 733 8727 & Daftar Segera! Hubungi kami untuk keterangan lanjut SMTM Shahab Perdana Pusat Tuisyen TM Tengku Mahmood


14 20-31 PESTA MAKANAN THAILAND KL GATEWAY MALL DINAMIK RUANGAN IKLAN JULAI 2023 19


D I N A M I K V O L . 1 T R A N S F O R M A S I & P E N D I D I K A N w w w . d i n ami k . c om


Click to View FlipBook Version