DEMAM DENGGI
APA ITU DEMAM DENGGI?
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang
merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah
dijangkiti.Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan
demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan
sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa
sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus
denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat
denggi. Demam denggi menyerupai demam selesema
dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur
pesakit.
APAKAH PUNCA BERLAKUNYA DEMAM
DENGGI?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di
dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan
kepada manusia semasa proses menghisap darah.
Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan
memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka
bermulalah penyakit ini.
Bagaimanakah cara untuk mengenali nyamuk Aedes?
Nyamuk Aedes boleh dikenali dengan melihat pada badannya.
Nyamuk Aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya. Nyamuk
Aedes sangat aktif dan biasanya menggigit mangsa pada awal pagi
dan waktu senja.
Ia membiak dalam air jernih yang bertakung sama ada di dalam atau
pun di luar rumah. Apa yang paling menakutkan, kitaran hidup Aedes
dari peringkat telur, jentik-jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa
hanya mengambil masa selama satu minggu sahaja.
Contoh gambar nyamuk aedes betina
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya.Sesiapa
sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi
menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi
menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut
umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
•Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes
yang membawa virus denggi.
•Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 -
12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
•Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus
tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui
ovari).
•Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi
walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di
dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang
belum dijangkiti.
APAKAH SINDROM DEMAM DENGGI?
Ruam
pada kulit
Demam Sakit kepala
panas
Cirit- SINDROM Sakit
birit DEMAM DENGGI dibelakang
Sakit badan mata
Cara mencegah pembiakan nyamuk aedes
1.Mengganti air dalam tempayan, vas-vas bunga, kolam mandi tiap-
tiap minggu dan bersihkanlah hingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2.Buanglah air dari piring-piring alas vas bunga seminggu sekali dan gosok
itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
3.Tutup seluruhnya bekas menyimpan air dengan rapat utk mencegah nyamuk daripada
bertelur
4.Bekas yang tidak difungsikan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong
sampah atau ditanam
5.Periksa saluran atap rumah seminggu sekali buat membersihkan
daun yang menghalangi air mengalir
6.Masukkan garam sebanyak 2 sendok teh ke dalam perangkap semut buat mencegah
pembiakan nyamuk
7.Peliharalah ikan seperti ikan gapi, papuyu di dalam
tangki agung karena sanggup memakan jentik-jentik.
8.Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik
Apakah petua untuk merawat demam denggi
dengan cepat?
Sup ketam. Sup ketam telah digunakan sejak zaman dahulu
sebagai petua untuk menyembuhkan demam denggi.
Jus daun betik. Rasanya sangat pahit namun bak kata orang tua, yang
pahit itu adalah ubat. Ambil pucuk daun betik, rebus, dan kisar sehingga
halus. Tapis dan ambil jusnya. Minum sehingga sembuh.
Minum air 100plus. Minuman isotonik ini akan membantu
mengembalikan mineral dan elektrolit yang hilang dari badan anda
akibat muntah-muntah dan cirit-birit.