The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90332648, 2021-10-12 18:29:32

CERPEN - TALIA DAN RAKSASA QADQAD

CERPEN - TALIA DAN RAKSASA QADQAD

1

SINOPSIS

 Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal
jauh di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada
suatu hari, sewaktu Talia sedang bermain-main di sempadan huma,
berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah bertemu
dengan seekor katak raksasa yang telah tercedera di bahagian tepi
kepalanya. Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji. Oleh sebab timbul
rasa kasihan, Talia telah merawat katak raksasa tersebut dengan
menggunakan pucuk daun dalut. Dengan bantuan Talia, raksasa
tersebut telah pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia
bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo
menganggap bahawa cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja.
Namun begitu, tanggapan ibu dan ayah Talia berubah beberapa minggu
selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk
seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh
diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut
sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan
oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa
berpindah lagi kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke
Bukit Ungu.

2

SINOPSIS

 Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo
berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo
mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak
isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera
meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. lsterinya, Misa
pula membawa Jini di dalam bakul sandang.

 Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah
oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang
disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo
memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang
kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta
api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu
kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya
Tuan Binjah tentang keadaan di kern balak timur yang kacau-bilau.
Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak
raksasa. Tujuh orang meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi
cedera.

3

SINOPSIS

 Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak
telah menimpa sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk,
keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem balak berkenaan telah
menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu. Tindakan tersebut
membawa padah kepada pembalak-pembalak di kern berkenaan.

 Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari
bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan
pekerja termasuk Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad
yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di
bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang Talia.
Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di
bahu Dodo melompat turun. Ratusan katak raksasa yang lain mengikuti
jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat
keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia
melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut
Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah
berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api
tersebut untuk ke bandar.

4

SINOPSIS

 Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan
pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu
Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut
Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut
membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah
balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut membawa
keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan menaiki sebuah kenderaan.

 Mereka tiba di kawasan perkampungan orang asli tersebut. Mereka mendengar
suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa
jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah
menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ.
Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh
samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba
menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das
tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia
menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor katak raksasa tersebut
muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu menyerang Binjah dan
para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari
tempat tersebut.

5

SINOPSIS

 Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang
semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah
pondok musnah terbakar. Puluhan mayat
manusia dan bangkai Qadqad
bergelimpangan. Selepas peristiwa itu,
Raksasa Qadqad terus lenyap.

6

TEMA

 Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia
dengan alam semula jadi.

 Manusia bandar yang rakus dan tamak telah
memusnahkan alam semula jadi demi mengaut
keuntungan semata-mata. Hutan belantara
ditarah untuk pembalakan manakala bukit
diruntuhkan untuk dijadikan kawasan
perlombongan sehingga memusnahkan habitat
flora dan fauna. Kehidupan orang ash yang aman
dan harmoni turut terancam.

7

PERSOALAN

 Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

 Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa
Qadqad yang tercedera, akhirnya telah diselamatkan oleh
raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak
dimusnahkan oleh Binjah..

 Kasih sayang terhadap keluarga.

 Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya
dan sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata untuk
menyelamatkan anggota keluarganya.

 Sikap tamak segelintir manusia.

 Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak
melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya
terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.

8

PERSOALAN

 Kesusahan masyarakat orang ash yang
tinggal di kawasan pedalaman.

 Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen
kereta untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini
yang sedang sakit di bandar.

 Persahabatan antara manusia dengan haiwan.

 Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat
seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera telah
menyebabkan haiwan tersebut membantu
kampungnya daripada dimusnahkan oleh Binjah.

9

PLOT

 PERMULAAN

 Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa
Qadqad sewaktu bermain di pinggir huma
berhampiran dengan hutan di lereng Bukit Ungu.
Talia terlihat seekor binatang aneh yang
menyerupai seekor katak tercedera. Dia telah
mengambil pucuk daun dalut untuk merawat
binatang tersebut. Binatang aneh tersebut diberi
nama Qadqad oleh penduduk kampung kerana
bunyinya yang menyerupai bunyi seekor katak.

10

PLOT

 PERKEMBANGAN

 Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya, Misa dan anak-
anaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk merawat
Jini yang sedang demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka
telah bertembung dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah
yang bertugas mengawas bijih yang disorong keluar dari
bangunan untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api.
Mereka telah digertak oleh Binjah kerana cuba menaiki kereta api
tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba, Binjah dan pekerja
lombong telah diserang oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa
hairan kerana Talia dan keluarganya terselamat daripada
serangan tersebut. Sidek telah menemani Dodo mendapatkan
rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian, mereka membuat
laporan di balai polis tentang Binjah dai pengikutnya yang
menyerang kampung mereka.

11

PLOT

 KLIMAKS

 Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera
berat unto memusnahkan perkampungan orang ash
tersebut kerana ingin mengaut hasil buminya. Dodo
yang cuba mempertahankan kampung tersebut telah
terkena tembakan pada lengan kirinya yang
dilepaskan oleh Binjah.

 PELERAIAN

 Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari
dalam hutan'i dan telah menyerang Binjah dan para
pengikutnya. Banyak pengikutnya yang telah
terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya,
penduduk di perkampungan orang ash itu terselamat.
Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

12

TEKNIK PLOT

 DIALOG

 "Ini bukan demam biasa," kata Dodo. "Kita
perlu bawa ke hospital." [hlm. 61]

 "Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad
sekarang berleluasa di hutan di seluruh negeri.
Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat
mengawal tanah ungu, pasti kaya-raya!" [hlm.
64]

13

TEKNIK PLOT

 PEMERIAN

 Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring.
Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di
bahagian sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas
gergaj

14

TEKNIK PLOT

 IMBAS KEMBALI

 Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang
terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang
balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak
cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap.
Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem
balak menetak mati kesemua yang terperangkap
itu. Tindakannya itulah yang menjerut manusia
lain dengan hukuman mati. [hlm. 62]

15

LATAR TEMPAT

(a) Kawasan Bukit Ungu. Tempat tinggal Talia dan keluarganya serta ahli sukunya.

(b) ) Kawasan hutan Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad
berhampiran dengan
lereng Bukit Ungu Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa untuk
bersempadan huma membawa anak mereka, Jini yang sedang demam ke
( c ) Rumah Dodo. hospital.

16

LATAR TEMPAT

(d) Stesen kereta Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah

api.

(e) Kawasan Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa

perlombongan. Qadqad

( f ) Hospital. Tempat Dodo membawa anaknya, Jini mendapatkan rawatan

dan tempat pekerja lombong yang cedera mendapatkan rawatan.

Balai polis Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan tentang
rancangan Binjah untuk melombong di Bukit Ungu.

17

LATAR MASA

a) Waktu siang. Contohnya, Talia berjumpa dengan anak Raksasa
Qadqad yang tercedera pada waktu siang

. (b) Waktu Contohnya, penduduk orang asli di Bukit Ungu dapat
tengah hari. mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk
mengangkut bijih ke bandar.

(c) Tiga hari. Contohnya, Jini mendapat rawatan di hospital selama
tiga hari.
(d) Waktu
matahari Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki ke
tergelincir. kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa
keadaan di situ sudah selamat.

18

LATAR MASYARAKAT

(a) Masyarakat orang asli Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya
merupakan masyarakat orang asli yang
berpindah-randah, bertani, dan tinggal di
kawasan hutan.

(b) Masyarakat bandar Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam
yang tamak dan kejam. dengan menghalau orang asli untuk
mendapatkan kawasan lombong di Bukit Ungu.

(c) Masyarakat yang Contohnya, Binjah telah menebang balak
berkonflik dengan alam dengan sesuka hati dan ingin melakukan kerja
semula jadi. perlombongan di Bukit Ungu sehingga
mendorong Raksasa Qadqad menyerang
mereka.

19

LATAR MASYARAKAT

(d) Masyarakat yang Contohnya, Dodo amat menyayangi anak-anak
penyayang. dan isterinya sehingga sanggup menerima
tembakan untuk menyelamatkan tempat tinggal
mereka.

(e) Masyarakat yang Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam
kejam dan zalim. dengan membakar pondok orang asli yang
terletak berhampiran dengan Bukit Ungu.

20

WATAK DAN PERWATAKAN

 Talia

 Seorang budak perempuan kecil keturunan orang
asli.

 Anak kepada Dodo dan Misa.
 Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
 Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
 Seorang yang berani kerana merawat anak

Raksasa Qadqad yang tercedera.
 Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
 Menghormati ibu dan bapanya.

21

WATAK DAN PERWATAKAN

 Raksasa Qadqad

 Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
 Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
 Mempunyai taring.
 Mampu meloncat tinggi.
 Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
 Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
 Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin

memusnahkan kampung mereka.
 Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan

keluarganya.
 Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

22

WATAK DAN PERWATAKAN

 Dodo

 Ayah kepada Talia dan Jini.
 Isterinya bernama Misa.
 Seorang yang penyayang kerana sanggup

mempertahankan keluarga dan kampungnya
daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
 Bertanggungjawab kerana bersusah payah
membawa anaknya yang sedang demam untuk
mendapatkan rawatan di hospital.
 Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan
anggota keluarganya.

23

WATAK DAN PERWATAKAN

 Binjah

 Seorang saudagar yang tamak kerana cuba
memusnahkan kampung orang asli untuk
mendapatkan hasil buminya.

 Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup
menyerang dan membakar rumah orang asli.

 Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa
memikirkan kepentingan alam semula jadi.

 Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya
sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

24

WATAK DAN PERWATAKAN

 Sidek

 Bekerja dengan Binjah.
 Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit

ke hospital.
 Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan

rancangan Binjah yang mahu memusnahkan
kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
 Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba
memusnahkan kampung mereka.

25

WATAK DAN PERWATAKAN

 Tok Sibat

 Ketua suku kaum orang asli.
 Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup

menentang Binjah yang ingin memusnahkan
kampungnya.
 Berani menentang Binjah dan pengikutnya
sewaktu mereka datang mengganggu tempat
tinggal sukunya.

26

GAYA BAHASA

Pengarang menggunakan Contohnya, • "Kita ke bandar" ujar Dodo.

ayat pendek. • "Nak ke mana?"

Ayat panjang. Contohnya, • Talia sedang bermain sendirian di
Kata Ganda sempadan huma, berdekatan dengan hutan di
lereng Bukit Ungu apabila dia terdengar rengekan
ganjil. [hlm. 58]
• Walaupun belum semusim berkampung di situ,
semua orang dapat melihat betapa gemuknya padi
mereka, seolah-olah buminya berkhasiat ajaib. [hlm.
60]

Contohnya, 27
• "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api ni
untuk bersuka ria?" [hlm. 62]
• ... Jentera-jentera berat yang menumbangkan
pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan.
[hlm. 65]

GAYA BAHASA

Personifikasi Contohnya,
Inversi • ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali
Sinkope
ditelan hutan belantara. [hlm. 63]
• Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat

menghantar dua orang lelaki [hlm. 67]

• Lewat petang hari yang sama, sampailah
mereka ke destinasi. [hlm. 61]

• ... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan
mereka ke hospital bersama-sama dengan
pekerja lombong yang cedera. [hlm. 64]

• Contohnya, • "Kami ada padi saja." • "Kalau
begitu, melombong di pinggir hutan saja
tanahnya ungu juga," saran Dodo. [hlm. 64]

• "... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima
arahan itu," ujar Sidek, menyambung cerita.
[hlm. 64] •

28

GAYA BAHASA

(g)Repetisi • "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ..."
• "Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo,
bingung.

Simile Contohnya, • "Gempal macam disumbat air"... • ...
bagaikan cincin melingkari gunung

29

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai Pengajaran Contoh
Baik hati
Kita haruslah bersimpati Contohnya, Talia menolong dan
dengan semua makhluk yang merawat anak Raksasa Qadqad
berada di sekeliling kita. yang tercedera pada bahagian
kepalanya.
Kasih sayang Kita mestilah menyayangi
anggota keluarga supaya Contohnya, Dodo amat
mereka dapat hidup dengan menyayangi keluarganya. Dia
selamat dan selesa. sanggup bersusah payah
menghantar anaknya, Jini ke
hospital yang terletak di bandar
untuk mendapatkan rawatan.

Keberanian. Kita harus berani Contohnya, Dodo berani
mempertahankan hak kita menentang kekejaman Binjah
walaupun terpaksa yang ingin merampas kawasan
mengorbankan diri. tempat tinggal sukunya.

30

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai Pengajaran Contoh

(d) Kegigihan. Sebagai ketua yang Contohnya, Tuk Sibat gigih
bertanggungjawab, kita berusaha untuk
mestilah mempertahankan mempertahankan
hak anak-anak buah kita perkampungan sukunya
daripada dirampas oleh pihak daripada dirampas oleh Binjah.
luar

( e ) Tolong- Kita haruslah memberikan Tolong-menolong. Contohnya,
menolong. pertolongan kepada orang Sidek memberikan pertolongan
yang sedang berada dalam kepada keluarga Dodo dengan
kesusahan. menumpangkan mereka pulang
dari bandar menggunakan
kereta api yang dipandunya.

31


Click to View FlipBook Version