TEMA
Kegigihan seorang pemuda mengejar impian
untuk menjadi seorang tukang perabot yang
berjaya
PERSOALAN
1. Kepentingan ilmu
ü Setiap kali pulang ke kampung.Zahar tidak pernah lupa
menasihati adik-adiknya supaya tidak mengabaikan
pelajaran.
ü Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar
meluahkan hasrat untuk memasuki Tingkatan 6 swasta
tetapi terbantut kerana kemiskinan.
PERSOALAN
2. Tanggungjawab
ü Setelah kematian suaminya,Mak Kiah menoreh
getah,membuat tikar mengkuang dan mengambil upah
menjahit pakaian untuk menyara kehidupan
keluarganya.
PERSOALAN
3. Perpaduan kaum
ü Tauke Lim menempah empat buah meja kayu daripada
Pak Yusuf setelah dia berpuas hati dengan hasil perabot
yang dibuat oleh Pak Yusuf.
PERSOALAN
4. Bersabar dengan penghinaan orang
ü Zahar tetap bersabar dengan sikap Suhaili yang
menghina mereka yang berkelulusan IKM yang kononnya
akan merempat dan susah untuk mendapat pekerjaan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Zahar (Watak utama)
1.Seorang yang rajin
Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf membuat
perabot tempahan penduduk kampung dan jiran-jiran.
2.Tidak mudah putus asa
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon
pelbagai jawatan dan telah beberapa kali menghadiri temu duga, tetapi
belum juga berjaya.
WATAK DAN PERWATAKAN
3.Anak yang baik
Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak Rm200
yang diterimanya setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan
ibunya yang turut membiayai persekolahan dua adiknya.
4.Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili,namun Zahar tidak
murah berasa marah sebaliknya berazam untuk menjadi usahawan
perabot suatu hari nanti.
5.Taat kepada agama
Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di
kampungnya.