1
PROSA TRADISIONAL
PELANDUK MENGAJAR
MEMERANG
2
SINOPSIS
• Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana menteri,
iaitu manusia, jin ifrit, unggas, landak dan pelanduk. Perdana
Menteri paling bijak ialah pelanduk yang bergelar Syah Alam
di Rimba (SAR). Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba (SAR)
terjumpa akan lubang memerang dengan tujuh ekor anak
yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang keluar mencari ikan.
Kebetulan pula Sang Bubut memukul gendang perang, lalu
Syah Alam di Rimba (SAR) membuka pencak silat sehingga
terpijak akan semua anak memerang hingga mati belaka.
Apabila ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas
tapak kaki Syah Alam di Rimba (SAR), lantas berpakat untuk
menghadap Nabi Sulaiman.
3
SINOPSIS
• Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan
belatuk memanggil Syah Alam di Rimba (SAR) menghadap,
lalu ditanyakan motif tindakan itu. Syah Alam di Rimba (SAR)
menjelaskan bahawa dia menyangka Sang Bubut memukul
gendang perang, maka secara tidak sengaja dia terpijak akan
anak memerang. Sang Bubut yang dipanggil memberitahu
bahawa dia melihat biawak berlari-lari sambil membawa
pedang terhunus. Sang biawak pula memberitahu dia
melihat labi-labi berenang secara senget sambil membawa
perisai. Sang labi-labi melihat Sang Udang membawa tombak
bercanggah. Sang udang berbuat demikian kerana melihat
Sang Seberau mudik berikat pinggang melengkung
4
SINOPSIS
• Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi Sulaiman
perihal anak bininya dianiaya oleh Sang Memerang. Baginda
murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah.
Nabi Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan Syah
Alam di Rimba (SAR) sebagai diat (nyawa dobalas nyawa)
dan pesalah sebenar ialah memerang.
5
TEMA
• Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain,
yakni kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang
Sebarau. Sebagai balasan dan takdir Tuhan, anak-anak Sang
Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di
Rimba (SAR) ketika bersilat sewaktu terdengar akan bunyi
paluan gendang perang oleh Sang Bubut.
6
PERSOALAN
• Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu.
• Pengaduan yang dilakukan kepada pihak yang berkuasa.
• Pengadilan memerlukan saksi dan bercakap benar.
• Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
• Mengakui kesalahan.
7
LATAR TEMPAT
A. Hutan rimba.
• Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke
kawasan wilayah pemerintahannya.
B. Lubang.
• Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
C. Kota istana.
• Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
D. Lubuk.
• Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam
lubuk.
8
PLOT
PERMULAAN PERKEMBANGAN
• Syah Alam di Rimba • Ibu bapa memerang mengadu
bertemu dengan anak-anak kepada Nabi Sulaiman perihal
memerang. Kemudian, dia kematian anak-anak mereka
terdengar bunyi paluan akibat perbuatan Syah Alam
gendang perang lalu di Rimba. Baginda memanggil
membuka silat. Akibatnya, Menteri Syah Alam di Rimba
anak-anak memerang untuk mendapatkan
terbunuh. Ibu bapa penjelasan. Selepas itu,
memerang pulang dan baginda memanggil Sang
mendapati anak-anak Bubut, Sang Biawak, Sang
mereka sudah mati. Labi-labi, Sang Udang, dan
Sang Sebarau untuk mencari
punca yang sebenarnya.
9
PLOT
KLIMAKS PELERAIAN
• Sang Sebarau • Sang Memerang memohon
menceritakan perbuatan maaf dan mengaku akan
jahat pasangan memerang kesalahan mereka.
terhadap kaum Akhirnya, Nabi Sulaiman
keluarganya. Nabi Sulaiman memberi kemenangan
berasa sangat murka kepada Syah Alam di Rimba.
terhadap Sang Memerang.
10
TEKNIK PLOT
1. DIALOG 2. MONOLOG DALAMAN
• Contohnya, • Contohnya:
• "Hai kanak-kanak, ke manakah • Fikir Syah Alam di Rimba,
pergi mak bapa kamu?" [hlm. "Itulah akan memerang ini,
35] selalu saja ia membuat aniaya
atas ikan-ikan itu, terlalu
• "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi runsing hatiku mendengar
Allah Sulaiman memanggil pengaduannya kepada Nabi
segera ke balai Allah Sulaiman; jikalau begitu,
penghadapan." [hlm. 38] baiklah aku perbuat pakatan
pula dengan dia." [hlm. 36]
11
TEKNIK PLOT
3. PEMERIAN
• Contohnya:
• Sebermula adalah suatu hari
Syah Alam di Rimba pergi
berjalan menatapi sekalian
anak buah di dalam
pemerintahannya.
Berjumpalah ia suatu lubang
ternpat memerang, ada
anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
12
LATAR MASA
a. Pada zaman dahulu.
• Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada
zaman dahulu.
b. Siang.
• Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah
Sulaiman pada waktu siang.
c. Petang.
• Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu
petang.
d. Malam.
• Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta
membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman
pada waktu malam.
13
LATAR MASYARAKAT
A. Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang
Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan
masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
B. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
• Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan
untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-
ikan tersebut.
C. Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang
Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan
Nabi Allah Sulaiman.
14
LATAR MASYARAKAT
d. Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
• Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah
Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah di
lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
e. Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan
pemerintah.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak,
dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila
merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
f. Masyarakat yang cepat bertindak.
• Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah
Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain untuk datang
menghadap baginda.
15
WATAK DAN PERWATAKAN
1. PELANDUK ATAU SYAH ALAM DI RIMBA
a. Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
b. Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana
kebijaksanaannya.
c. Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
d. Pandai bersilat.
e. Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat
akan kehidupan rakyatnya.
f. Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah
Sulaiman.
g. Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang
masalah.
h. Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.
11/2/2021 16
WATAK DAN PERWATAKAN
2. MEMERANG ATAU SANG MEMERANG
a. Mempunyai tujuh orang anak.
b. Menjadikan ikan sebagai makanan.
c. Tamak terutamanya dalam hal makanan.
d. Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan
untuk anak-anak.
e. Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
f. Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
g. Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak
Sang Sebarau.
17
WATAK DAN PERWATAKAN
3. NABI ALLAH SULAIMAN
a. Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin,
dan binatang.
b. Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
c. Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua
rakyatnya.
d. Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
e. Pemerintah yang adil.
f. Tegas dalam membuat keputusan.
18
GAYA BAHASA
Ayat pendek Seketika lagi hari pun siang
Ayat panjang Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat
sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya
membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan
akan anak-anaknya itu.
Penggunaan Allah Subhanahuwataala
bahasa Arab
Penggunaan bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah •
bahasa istana tuanku • beta
19
GAYA BAHASA
Penggunaan • Hatta
bahasa klasik
Sinkope Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;
Repetisi Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang
Udang pun bersama membawa perisai itu,
20
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai Pengajaran
Nilai prihatin Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin
terhadap kehidupan rakyat
Nilai patuh akan pemimpin Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan
setiap arahan pemerintah
Nilai keadilan Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita
hendaklah membuat keputusan dengan adil
Nilai bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang
bertanggungjawab.
Nilai kejujuran Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita
dihadapkan ke muka pengadilan