Solat Jenazah
Pendahuluan
Apabila jenazah telah sempurna
dimandikan dan dikapankan maka
kewajipan ketiga yang perlu dilakukan
ke atasnya ialah menyembahyanginya.
Solat Jenazah
Hukum Melakukan Solat Jenazah
Hukum menyembahyangi jenazah adalah fardhu kifayah.
Kefardhuan menyembahyangi jenazah akan gugur
walaupun hanya dilakukan oleh seorang sahaja. Namun
begitu pahalanya hanyalah bagi orang yang
melaksanakannya.Sabda Rasulullah S.A.W.
صلوا على صاحبكم: عن أبي هريرة رضى الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال
) ( رواه البخري ومسلم
Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah R.A. Katanya bahawa Rasulullah
S.A.W. bersabda ( kepada orang Islam yang hadir ).
“Sembahyangilah jenazah sahabat kamu ini”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Solat Jenazah
Syarat-Syarat Sah Sembahyang Jenazah
Sembahyang jenazah hendaklah dilakukan oleh orang
yang mempunyai syarat-syarat berikut:
• Islam
• Baligh
• Berakal
• Menutup Aurat
• Suci daripada hadas kecil dan besar
• Suci badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada
najis
• Menghadap kiblat
Solat Jenazah
Syarat-Syarat Sah Sembahyang Jenazah
Islam
Hadap Baligh
Kiblat
Suci Berakal
Dari
Najis Tutup Solat Jenazah
Aurat
Suci
Dari
Hadas
Syarat-Syarat Jenazah Yang Disembahyangkan
•Islam
•Hadir atau pun Ghaib
•Setelah dimandikan dan dikapankan
Solat Jenazah
Syarat-Syarat Jenazah Yang Disembahyangkan
Setelah Islam
mandi @
kapan
Hadir @ Ghaib
Solat Jenazah
Kedudukan Jenazah Yang Hendak
Disembahyangkan
• Hendaklah jenazah diletakkan di hadapan Imam
dalam keadaan melintang. Kepala jenazah itu di
pihak kanan Imam samada ia lelaki atau
perempuan.
• Jenazah hendaklah diletakkan pada jarak yang
tidak melebihi 3 hasta daripada orang yang
menyembahyanginya.
Solat Jenazah
Kedudukan Imam
• Jika jenazah itu lelaki kedudukan imam
hendaklah bertentangan dengan kepala mayat.
• Jika jenazah wanita pula kedudukan imam
hendaklah bertentangan dengan pinggang.
Sebagaimana hadith daripada Anas bin Malik
R.A. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Abu
Daud , Ibnu Majah dan Tirmizi
Solat Jenazah
Solat Jenazah
Rukun Sembahyang Jenazah
Niat Qiam Takbir
Doa Jenazah Selawat Baca Fatihah
Doa Takbir Salam
Solat Jenazah
Rukun Sembahyang Jenazah
1. Niat
Contoh Lafaz niat :
A. Jenazah Lelaki atau Perempuan Dewasa
مأموما لله تعالى/ هذه الميتة أربع تكبيرات فرضكفاية إماما/ أصلى على هذا الميت
Sahaja aku sembahyang ke atas jenazah ini 4 takbir fardhu
kifayah imam / makmum kerana Allah Taala.
B. Jenazah Kanak - Kanak Lelaki atau Perempuan
مأموما لله تعالى/ هذه الميتة الطفلة أربع تكبيرات فرضكفاية إماما/ أصلى على هذا الميت الطفل
Sahaja aku sembahyang ke atas jenazah kanak - kanak ini 4
takbir kifayah imam / makmum kerana Allah Taala
Solat Jenazah
Rukun Sembahyang Jenazah
2. Qiam
Iaitu berdiri dengan betul. Tetapi jika uzur , boleh dikerjakan
dengan duduk.
3. Takbir termasuk Takbiratul Ihram
Dalilnya adalah hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan
oleh Imam Syafie daripada Jabir R.A. yang bermaksud :
“Bahawa Nabi S.A.W. telah bertakbir 4 kali semasa
menyembahyangi jenazah dan membaca Surah Fatihah
sesudah takbir yang pertama ( Takbiratul Ihram )”
Disunatkan mengangkat tangan sepertimana ketika takbiratul
ihram pada setiap kali yang tersebut . Ini berpandukan kepada
Solat Jenazah
amalan Sahabat Nabi S.A.W.
Rukun Sembahyang Jenazah
4. Membaca Surah Fatihah
Membaca Surah Al-Fatihah sesudah takbir yang pertama
iaitu selepas Takbiratul Ihram.
5. Selawat Ke atas Nabi
Hendaklah dibaca sesudah takbir yang kedua, sekurang-
kurangnya :
اللهم صلى على محمد
Solat Jenazah
Rukun Sembahyang Jenazah
6. Doa Jenazah
Berdoa khusus untuk si mati sesudah takbir yang ketiga.
Sekurang-kurangnya memohon rahmat baginya dengan
membaca doa yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W. :
اللهم ارحمه, اللهم اغفرله
Atau
Untuk lelaki:
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Untuk perempuan:
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Solat Jenazah
Rukun Sembahyang Jenazah
7. Doa untuk takbir yang keempat
Di sunatkan berdoa selepas takbir yang ke empat sebelum
salam. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Ahmad bersumberkan daripada Abdullah bin Abi Awfa bahawa
Rasulullah S.A.W. ada melakukan sedemikian. Menurut Imam
Syafie , lafaz doa yang disunatkan membacanya ialah :
Untuk lelaki -
اللهم لا تحرمنا أجره ولا تفتا بعده واغفرلنا وله
Untuk Perempuan -
اللهم لا تحرمنا أجرها ولا تفتا بعدها واغفرلنا ولها
Solat Jenazah
Rukun Sembahyang Jenazah
8. Memberi Salam
Memberi salam seperti salam sembahyang fardhu. Salam yang
wajib ialah salam yang pertama. Salam yang kedua adalah
sunat. Menoleh ke kanan dan ke kiri juga adalah sunat.
Solat Jenazah
Solat Jenazah
Cara Mengerjakan Sembahyang Jenazah
Oleh kerana sembahyang jenazah tidak mengandungi
rukuk dan sujud, tetapi hanya beberapa bacaan dan
empat takbir yang disudahi dengan salam, maka cara
mengerjakannya meliputi rukun-rukun dan sunatnya
seperti berikut :
1. Berdiri betul kemudian bertakbir dengan takbir yang
pertama iaitu takbiratul ihram dengan disertakan dengan
niat dihati. Kemudian membaca surah Al-Fatihah. Tidak
perlu doa iftitah.
2. Setelah takbir kedua, hendaklah membaca selawat.
3. Selepas takbir yang ketiga, hendaklah berdoa untuk si
mati.
4. Akhirnya, selepas takbir yang ke empat, disunatkan
membaca doa lagi dan diakhiri dengan salam.
Solat Jenazah
Cara Mengerjakan Sembahyang Jenazah
• Berdiri dan bertakbiratul ihram dengan niat
1 • Membaca surah Al-Fatihah
• Takbir kedua
2 • Membaca selawat
• Takbir ketiga
3 • Berdoa untuk si mati.
• Takbir keempat
4 • Membaca doa dan diakhiri dengan salam
Solat Jenazah
Orang Yang Afdhal Menyembahyangkan Jenazah
• Waris - waris yang terdekat
• Faham tentang rukun dan kaifiyatnya.
• Pemimpin dan orang yang berkuasa memimpinnya
• Orang yang datang berziarah dan redha
Solat Jenazah
Perkara Yang Sunat Ketika Menyembahyangi Jenazah
1. Meletakkan kedua-dua tangan di bawah dada seperti
solat yang lain
2. Membaca Ta’awwuz sebelum fatihah
3. Mengucapkan amin sesudah fatihah
4. Memperlahankan bacaan
5. Melaksanakan secara berjemaah
6. Saf hendaklah disusun sekurang-kurangnya 3 baris
berdasarkan hadis daripada Malik bin Hubairah
diriwayatkan oleh Imam Ahmad @ Nailul Autar.
Solat Jenazah
Perkara Yang Sunat Ketika Menyembahyangi Jenazah
7. Menyempurnakan selawat ke atas Nabi dan ahli
keluarganya
8. Membaca Tahmid sebelum selawat ke atas Nabi.
Setelah Takbir ke empat dan sebelum memberi salam
hendaklah dibaca doa.
9. Memberi salam kedua
10. Imam dan orang yang menyembahyangi jenazah
secara bersendirian disunatkan berdiri bertentangan
dengan pinggang bagi jenazah perempuan atau
khunsa.
11. Jenazah jangan diangkat sehingga selesai
sembahyang orang yang masbuq
12. Sunat diulang sembahyang jenazah sekiranya
didapati masih ada orang yang belum Solat Jenazah
menyembahyanginya.
Perkara Yang Makruh Berkaitan Dengan Sembahyang
Jenazah
• Melambatkan sembahyang jenazah dengan
alasan supaya ramai orang menyembahayanginya.
• Menziarahi jenazah tetapi tidak menyembahyanginya.
Solat Jenazah
Masalah Dan Penyelesaian
1. Berbilang - bilang jenazah
2. Contoh lafaz niat bagi jenazah yang hadir :
مأموما لله تعالى/ أصلى على أموات المسلمين أربع تكبيرات فرض كفاية اماما
Aku sembahyang ke atas sekalian jenazah ini 4 takbir
fardhu kifayah imam / makmum kerana Allah Taala
3. Contoh lafaz niat bagi jenazah yang ghaib :
مأموما لله تعالى/ هذه الميتة الغائبة أربع تكبيرات فرض كفاية اماما/ أصلى على هذا الميت الغائب
Sahaja aku sembahyang ke atas jenazah yang ghaib
lelaki / perempuan 4 takbir fardhu kifayah imam /
makmum kerana Allah Taala
Solat Jenazah
Solat Jenazah