himpunan hikayat B Y P U R N A M A
ISI KANDUNGAN Penghargaan Biodata Penulis Buku 1 : Hikayat Raja Pasai Buku 2 : Hikayat Panji Semirang Buku 3 : Hikayat Sri Rama Buku 4 : Hikayat Anggun Cik Tunggal Buku 5 : Nasihat Al Muluk: Nasihat Kepada Raja-Raja Kata-kata akhir penulis Rujukan Tajuk M/S 1 2-3 4-9 34 35 29-32 23-28 17-22 10-16
PENGHARGAAN Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT atas limpahan rahmat dan hidayah-Nya yang memungkinkan terhasilnya buku ini. Tanpa izin-Nya, usaha ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan sepanjang penghasilan buku ini. Pertama sekali, kepada keluarga tersayang yang sentiasa memberikan dorongan dan motivasi tanpa henti, khususnya kepada ibu bapa kami yang menjadi inspirasi dan sumber kekuatan saya.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah kami bagi kursus ini iaitu Dr Puteh Noraihan A. Rahman yang telah membimbing serta memberikan ilmu dan nasihat yang amat berharga. Juga, kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka sepanjang perjalanan ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak penerbit yang telah memberikan peluang dan kepercayaan untuk menerbitkan buku ini, serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penerbitannya. Sumbangan kalian, sama ada besar atau kecil, amat saya hargai dan dikenang.Akhir sekali, terima kasih kepada para pembaca yang memberikan sokongan terhadap karya ini. Semoga buku ini memberikan manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua. Sekian, terima kasih 1
PENULIS Hikayat panji semirang karya hamsiah haji abd hamid Ivygail beatriz anak komer a195195 HIKAYAT SRI RAMA KARYA NORIAH TASLIM NURIN NABILAH BT BURHAN A200206 HIKAYAT RAJA PASAI Karya RUSELL JONES MUHAMMAD SYAHHMI BIN IZAMRI A205318 2
Hikayat anggun cik tunggal karya pawang ana & raja haji yahya sharifah nurul aisyah binti syed zukafeli a192581 3 nasihat al muluk: nasihat kepada raja-raja karya al ghazali muhammad zul al hakim bin ab karim A195454
Buku 1 SINOPSIS Hikayat RAJA PASAI 4
erah Silau kemudiannya hijrah ke negeri Biruan dan menjadi raja Samudera Darussalam setelah menjalani pelbagai cabaran. Peristiwa berikutnya merangkumi pengislaman Merah Silau, perkahwinannya dengan Puteri Ganggang dari Perlak, dan penobatan anaknya, Sultan Malikul Mahmud, sebagai raja Pasai bersempena dengan nama anjing buruannya si Pasai yang mati di sana iaitu tanah yang dibuka oleh beliau sebagai negeri baru buat anaknya. Seterusnya, Konflik muncul antara Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur, yang berakhir dengan kesedihan dan penyesalan Sultan Malikul Mahmud atas tindakannya membuang negeri Sultan Malikul Mansur dan membunuh Sayid Ali, Perdana Menterinya. Akhirnya, Sultan Malikul Ahmad menjadi raja Pasai setelah kematian Sultan Malikul Mahmud ikayat Raja Pasai ini bermula perseteruan antara dua raja, Raja Muhammad dan Raja Ahmad, di Negeri Samarlanga. Pertikaian bermula dari peristiwa tragis Merah Gajah menarik sehelai rambut bewrna keemasan milik Puteri Betung lalu mengakibatkan kematian, yang mengakibatkan kematian Puteri Betung. Pertempuran besar berlaku antara kedua-dua raja itu, yang berakhir dengan kematian mereka dan hanya tinggal anak mereka, Merah Silau dan Merah Hasum. gg BAB 1 H M 5
BAB 2 eterusnya, hikayat ini mengisahkan tentang kegagahan, kepahlawanan dan kesetiaan Tun Beraim Bapa. Diceritakan ketinggiannya mencecah 2 hasta dan keleberan bahunya ialah 2 hasta. Kepahlawanan dan kegagahan beliau dapat dilihat di mana, pahlawan keeling yang membuat onar di pasai Kembali ke keling kerana gerun melihat kepahlawan Tun Beraim Bapa. S amun disebabkan sifat tamak dan gila kuasa sultan Ahmad, beliau membunuh Tun Beraim Bapa dengan racun. Sifat kesetiaan Tun Beraim Bapa dapat dilihat di sini apabila beliau memilih untuk memakan racun yang diberi Sultan Ahmad apabila mengetahui tentangnya setelah memberi ayam makan ubat itu lalu ayam itu mati dan perkara sama berlaku pada anjing itu dengan beliau berkata “lebih baik aku mati dari derhaka” . Seterusnya ,matilah Tun Beraim Bapa namun sebelum itu beliau menghadapi seksa gatal badan yang sangat teruk sebelum mati. N N 6
BAB 3 ikayat ini mengisahkan tentang Tuan Puteri Gemerencang yang jatuh cinta pada Tun Abdul Jalil apabila membaca mengenai para rupanya yang ditulis oleh hulu balangnya, Tun Perpatih Jena. Oleh kerana kekasih hatinya itu, Tuan Puteri Gemerencang sanggup berlayar dengan tentera dan hulubalangnya ke pasai untuk berjumpa dengan Tun Abdul Jalil yang dikasihinya. H langkah sedihnya beliau setibanya di Laut Jambu, Pasa beliau mendapat berita tentang kematian Tun Abdul Jalil akibat dibunuh oleh bapanya, Sultan Ahmad dan mengarahkan mayatnya di buang di Laut Jambu kerana baginda mendengar berita tentang Tuan Puteri Gemerencang yang sangat dalam cintanya kepada Tun Abdul Jalil. Selepas itu, kerana terlalu sedih mendengar berita ini, Tuan Puteri Gemerencang berdoa kepada allah supaya menenggelamkan kapalnya supaya dapat Bersama dengan Tun Abdul Jalil di dalam laut itu, lalu tenggelamlah kapalnya. A K N 7
Tamat amun sebelum itu, Sultan Ahmad berasa sangat menyesal atas perbuatannya membunuh kedua anaknya dengan berkata sekiranya Tun Beraim Bapa masih hidup tidaklah Pasai akan tewas kepada Majapahit dan sekiranya Tun Abdul Jalil tidak dibunuh tidaklah Majapahit menyerang Pasai. Akhirnya, tamatlah Kerajaan Pasai dan Kerajaan Majapahit semakin besar kerajaannya dengan menakluk kebanyakan negeri jirannya emudian, berita ini sampai kepada Sang Nata dan beliau sangat sedih mengenainya lalu beliau mengarahkan segal bala tentera Majapahitnya menyerang Kerajaan Pasai dan lalu jatuhlah Kerajaan Pasai. N 8
Puteri Gemerencang dari Majapahit nan jauh, Terpikat hati pada Tun Abdul Jalil perwira, Membaca rupa parasnya rasa tak jenuh, Berlayar ke Pasai, cinta ingin dipelihara. Di Laut Jambu kisah tragis menjelma, Sultan Ahmad dibunuhnya sang putera, Puteri Gemerencang berdoa agar tenggelam bersama Bersama kekasih di dasar laut, setia tiada terkira. Sang Nata mendengar berita duka nestapa, Puteri tercinta tenggelam kerana cinta, Tentera Majapahit menyerang, tandanya musibah tertimpa, Pasai jatuh, hancur tamadun, tiada berita. Sultan Ahmad menyesal sehingga hilang sinar mentari, Membunuh dua anak, kerajaannya punah, Majapahit besar menakluk, kian mengukuh berdiri, Riwayat Pasai tamat, hikayat agung berpisah. Ruangan Puisi bagi bab 3 9
Buku 2 SINOPSIS Hikayat panji semirang 10
ikayat Panji Semirang karya Hamsiah Haji Abd Hamid mengisahkan perihal ketabahan seorang puteri raja yang tidak mendapat perhatian bapanya. Dia bertekad meninggalkan istana. Sepanjang pengembaraannya, dia menyamar sebagai seoarang lelaki. Dia menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat bertemu semula dengan keluarganya. Berdasarkan novel Hikayat Panji Semirang, ceritanya bermula dengan pengenalan keempat-empat ratu yang bersaudara di antara satu sama lain, iaitu Ratu Kuripan, Daha, Gegelang dan Biku Gandasari. Mereka ini ialah jelmaan para dewa kayangan. Ratu Kuripan adalah saudara yang tertua dan dia menjadi raja di negeri Kuripan. Baginda mempunyai seorang isteri serta anak yang bernama Raden Inu Kertapati. Sementara Ratu Daha saudara kedua kepada Ratu Kuripan. Baginda mempunyai tiga orang isteri iaitu Permaisuri, Mahadewi dan Paduka Liku. Beliau juga memiliki dua orang puteri iaitu Galuh Cendera Kirana dan Galuh Adjeng. Dikatakan Ratu Daha adalah seorang yang terlalu mengasihi perempuan dan terlalu mengikut kata-kata perempuan. gg BAB 4 H 11
Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang Ratu Gegelang. Baginda mempunyai seorang anak lelaki bernama Raden Singa Menteri. Manakala saudara keempat para ratu di Jawa iaitu Biku Gandasari. Baginda dikatakan bertapa di gunung Wills dan tidak berkahwin. Baginda berupaya mengetahui perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada jauh ataupun dekat. Bahagian pengenalan ini diceritakan yang Galuh Cendera Kirana dan Raden Inu Kertapati telah ditunangkan. Bagaimanapun terjadi perpisahan di antara mereka berdua setelah Permaisuri Daha diracuni oleh Paduka Liku. Sewaktu masa pengembaraan ini banyak peristiwa terjadi. Misalnya penyamaran, pertukaran nama, peperangan, permainan wayang dan sebagainya. Babak paling menarik dalam cerita panji adalah babak-babak penyamaran. Penyamaran dalam cerita-cerita panji bertujuan untuk menyembunyikan identiti sebenar supaya jalan cerita menjadi bertambah panjang dan menarik. 12
Penyelesaian dapat dilakukan bagaimanapun Inu tidak tahu raja yang sedang berhadapannya adalah Galuh Cendera Kirana. Raden Inu kemudiannya ke istana Daha dan diberitahu bahawa Raden Galuh Cendera Kirana telah hilang dari istana. Sebagai ganti, Inu dikahwinkan dengan Galuh Ajeng. Inu pula sentiasa teringat-ingat Panji Semirang Asmarataka (Galuh Cendera Kirana) yang ditemuinya semasa dalam perjalanan ke istana Daha. Tambahan pula dia merasa benci dengan sikap Galuh Ajeng yang terlalu mengada-ngada. Akibatnya Inu lari meninggalkan isterinya itu lalu keluar mengembara mencari Panji Semirang yang dirasakan olehnya mempunyai daya tarikan yang istimewa dan “unik”. Raden Galuh Cendera Kirana bertindak melarikan diri dari istana dan membina sebuah negeri yang lain. Ketika itu dia telah mengarahkan kedua-dua pengiringnya (yang telah menyamar menjadi pahlawan) bertindak merampas harta benda orang yang lalu lalang berhampiran dengan negeri mereka. Galuh Cendera Kirana pula bertindak menyamar menjadi pria dan menukar nama menjadi Panji Semirang Asmarataka. Antara yang dirampas ialah barang-barang hantaran pihak Raden Inu kepada Galuh Cendera Kirana yang disangkakan oleh mereka masih berada di istana Ratu Daha. Rampasan itu membuatkan Raden Inu sendiri yang kemudiannya pergi ke negeri Panji Semirang. 13
Peleraian cerita berlaku apabila watak Raden Galuh Cendera Kirana yang menyamar sebagai pemain gambuh telah ditemu dan mengenali oleh Raden Inu Kertapati. Yang aneh dalam setiap cerita panji, watak Galuh pasti akan mengenali watak Inu yang sedang menyamar. Bagaimanapun Galuh Cendera Kirana sukar sekali untuk dikenali Raden Inu Kertapati yang sedang dalam penyamaran. Cuma dikatakan Inu amat tertarik dengan orang yang sedang berhadapan dengannya dan cara layanan Inu terhadap “lelaki” yang bersama-samanya agak aneh. Layanannya seolah-olah lelaki itu perempuan terutama terhadap Panji Semirang Identiti Galuh Cendera Kirana diketahui oleh Raden Inu apabila dia ternampak Raden Galuh Cendera Kirana sedang bermain-main dengan anak-anakkan emas pemberiannya. Selepas pertemuan itu kedua-dua mereka pulang ke istana Ratu Kuripan dan dikahwinkan. 14
Keras kersani memotong besi, Keris ditukang berliku tiga, Berani Perwira tak perlu sangsi, Semangat juang sudah siaga. Perahu payang layarnya merah, Belayar menuju arah utara, Keris Peranca bersintukkan darah, Adat pahlawan membela negara. Pukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga, Semirang dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta. Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati, Cantik sungguh Raden dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. Mencari itik di tengah kali, Dayung perahu sembilan kali, Sakit hati tidak terperi, Raden Inu siggah ke lain hati. Berdasarkan bab yang dipilih iaitu Bab 7: Ratu Kuripan Menghantar Utusan) sebuah pantun telah dihasilkan berbunyi, 15
Cahaya bulan diliput awan, Dipuput bayu awan berlalu, Hasrat hatiku padamu tuan, Malang diriku tuan tak tahu. Buah berangan masaknya merah, Kelekati dalam perahu, Luka di tangan nampak berdarah, Luka Galuh siapa yang tahu? Biji saga nampaklah merah, Bawa segenggam pergi ke kota, Kecewa Semirang amatlah parah, Tidur bertilam si air mata. Tamat 16
Buku 3 SINOPSIS HIKAYAT SRI RAMA 17
Hikayat Sri Rama versi rakyat karya Noriah Taslim yang mengisahkan tentang kehidupan Ramayana dan keluarganya yang mendapat pelbagai cabaran dalam pemerintahan.Cerita hikayat ini bermula hiduplah seorang raja bernama Maharaja Dhasaradha yang sangat bijaksana dan disayangi rakyat yang memerintah di negeri Kosala.Baginda dan permaisuri berdoa kepada Dewa Vishnu agar dianugerahkan anak lalu doa mereka dikabulkan selepas 9 bulan menanti lahirlah seorang putra bernama Ramayana atau Sri Rama yang disambut dengan gembira. Kelahiran Sri Rama Ketika Sri Rama berusia 5 tahun,baginda mengadakan upacara potong rambut (cukur jambul) untuk putranya,semua pembesar dan rakyat hadir menyaksikan upacara tersebut.Sri Rama tumbuh menjadi sorang pemuda yang tampan,berana dancekap dalam segala bidang yang dididik oleh para pendeta istana menjadi seorang putera makhota yang bijaksana serta Maharaja Dhasaradha menghantar Sri Rama belajar memanah dan ilmu peperangan. 18
Perkahwinan Sri Rama Suatu hari,Maharaja Dhasaradha mengadakan upacara Sayembara,sebuah upacara memilih menantu.Sayembara itu dimenangkan oleh Sri rama yang berhasil memcahkan busur shiva yang kuat.Akhirnya ,ia dapat memikat hati Sita Puteri Raja Janaka yang mengikuti upacara tersebut,kemudian mereka melangsungkan upacara perkahwinan yang sangat meriah namun perkahwinan mereka tidak berlangsung lama kerana Sri Rama harus meninggalkan Ayodhya untuk menjalani pembuangan selama 14 tahun atas permintaan ibu tirinya,Permaisuri Kaikeyi. Permaisuru Kaikeyi menuntut janji dengan Maharaja Dhasaradha agar Sri Rama diasingkan ke hutan dan tahta kerajaan diserahkan kepada anaknya bernama Bharata,baginda terpaksa memenuhi tuntutan Kaikeyi kerana baginda terikat dengan janji yang pernah dibuat pada suatu ketika.Dengan hati yang berat,Sri Rama menerima keputusan ayahdanya dan bersedia pergi ke hutan bersama isterinya ,Sita Devi dan adiknya,Lakhsama.Seblum berangkat,Sri Rama sudah berpesan kepada Bharata agar menjaga kerajaan dengan baik sehingga Sri Rama kembali semula dari pengasingan. 19
Suatu hari di hutan,Sri Rama,Sita dan Lakhsamana sedang memburu di hutan.Maharaja Ravana bersama Maricha di hutan ternampak Sita Devi bersama Sri Rama dan Lakhsama dan dia terpegun dengan kecantikan Sita. Ravana menculik Sita dengan menggunakan tipu daya. Ravana meminta bantuan Maricha untuk menyamar sebagai seekor kijang emas yang indah. Penculikan dan pertempuran dengan Ravana Sita terpesona melihat kijang itu dan meminta Rama untuk menangkapnya untuknya. Ketika Rama pergi mengejar kijang itu, Ravana yang menyamar sebagai seorang pertapa datang menemui Sita. Ravana memohon pertolongan Sita kerana katanya dia telah dianiaya oleh seorang raksasa. Sita membiarkan Ravana masuk ke pondok, lalu Ravana menunjukkan wujud aslinya dan menculik Sita dengan membawanya terbang ke Langkapuri menggunakan kereta terbangnya. 20
Rama dan Lakshmana mencari Sita dan bertemu raksasa aneh bertangan panjang yang mereka bunuh atas perintah Rama. Raksasa itu berubah wujud menjadi dewa Kabanda yang memberi tahu mereka untuk menemui Sugriwa di bukit Rishyamuka.Rama dan Laksmana bertemu Sugriwa dan membantunya mengalahkan saudaranya Bali. Sebagai imbalan, Sugriwa memerintahkan pasukan kera pimpinan Hanuman untuk membantu Rama mencari Sita.Hanuman menyeberangi lautan menuju Lanka, kerajaan Ravaana. Setelah membakar istana Ravana, Hanuman kembali dengan kabar baik bahwa Sita dikurung di taman Ashoka.Rama dan tentara kera menyeberangi lautan dan menyerang Lanka. Terjadi perang besar melawan Ravana dan pasukannya denagan pertempuaran sengit Akhirnya Rama membunuh Ravana dengan panah saktinya dan membebaskan Sita serta mereka kembali ke Ayodhya dengan penuh kemenagan. 21
Hikayat Sri Rama adalah untuk menampilkan kewajaran,kasih sayang,kesetiaan dan penumpuan yang tidak mementingkan diri.Lagenda hikayat ini dapat memperlihatkan kepada masyarakat betapa indahnya melakukan kebaikan kepada orang lain.Hal ini demikian,setiap agama yang menuntut supaya penganutnya melakukan kebaikan kepada orang lain seperti Sri Rama dan isterinya Sri Sita Devi kembali ke Ayodhya di mana Sri Rama diangkat kembali sebagai raja.Namun, kebahagian mereka tidak lama dengan Sri Rama terpaksa mengasingkan Sita kerana keraguan dan kesuciannya di kalangan rakyat.Sri Rama begitu sedih tetapi dia tahu itu adalah hal yang benar untuk dilakukan.Pada akhirnya, Sri Rama menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya menjadi berani,baik hati dan melakukan perkara yang benar.Hikayat ini memberikan impak yang besar tentang mesej moral dalam kehidupan seharian.Setiap kebaikan akan sentiasa dipermudahkan setiap urusan. 22
Buku 4 SINOPSIS HIKAYAT anggun cik tunggal 23
SINOPSIS Karya Hikayat Anggun Cik Tunggal mengisahkan tentang cerita penglipur lara yang bernama Raja Anggun Cik Tunggal yang berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan membalas dendam kepada Raja Bedurai Putih yang telah menghancurkan negeri asalnya iaitu Tiku Pariaman. Semasa dalam perjalanan terdapat perselisihan faham Raja Anggun Cik Tunggal dan tunangannya yang diberi nama Tuan Puteri Gonda Gandariah. Sewaktu kapal Dendang Panjang berlabuh untuk berehat tiba-tiba terdapat sebuah lancang kuning berlabuh bertentangan dengan kapal Dendang Panjang. Mereka di dalam kapal menganggap lancang kuning ingin membandingkan kehebatan dengan kapal Dendang Panjang. Raja anggun Cik Tunggal tercabar dengan perkhabaran itu lalu, mengarahkan orang -orangnya menyediakan kelengkapan perang untuk membedil lancang kuning. Baginda bertambah murka apabila bedilan terkena hujung tengkolok baginda lalu jatuh ke laut. 24
Rupanya kapal lancang kuning itu adalah milik Tuan Puteri Gonda Gandariah apabila puteri itu menyalin pakaiannya lalu terserlahlah kecantikannya sebagai seorang perempuan. Tuan Puteri ingin mengunjungi baginda kerana rindu setelah lama tidak berjumpa dan beliau juga risau akan keadaan Dendang Panjang yang sudah lama berlayar di lautan. Setelah meluahkan rasa yang terbuku di hati, Tuan Puteri meminta izin untuk balik semulal ke kampung halamannya Tiku Benua. Setelah lamanya berlayar di lautan akhirnya mereka menjumpai kota Teluk Tambang Papan yang dirajai oleh Raja Berdurai Putih. Kehandalan dan kebijaksanaan Raja Anggun Cik Tunggal dapat menewaskan dan membunuh Raja Berdurai Putih yang telah baginda menyimpan hasad dendam dengan menggunakan Pisau Sayap Melati di atas Kapal Petola Kapal Petolai. 25
Di atas kapal itu, Raja Anggun Cik Tunggal beIjaya menemui 4 orang nenek moyangnya yang telah ditawan. Mereka dibawa pulang ke tempat asal dengan diiringi Nakhoda Bahar. Malangnya Nakhoda Bahar telah mereka cerita lain iaitu Raja Anggun Cik Tunggal telah terbunuh dan dialah yang telah mengalahkan Raja Berdurai Putih. Ayahanda dan bonda Tuan Puteri Gondan Gondariah telah mengahwinkannya dengan Nakhoda Bahar. Semasa kedua-duanya duduk bersanding, Tuan Puteri Gondan Gondariah telah bertukar menjadi ungka putih lalu turun berlari ke muara negeri Tiku Pariaman. Raja Tunggal Junjungan (Raja Anggun Cik Tunggal) meneruskan lagi perjalanan dan telah menyelamatkan lagi nendanya. Lalu semasa perjalanan baginda telah berjumpa dengan Raja Sianggerai yang mempunyai anak perempuan iaitu Tuan Puteri Kaca Bertuang. Pertemuan ini menimbulkan kasih sayang lalu mereka melangsungkan perkahwinan. Namun Raja Tunggal Junjungan berubah menjadi siamang putih akibat perleraian dari bekas tunangannya.Tetapi Tuan Puteri Kaca Bertuang telah menyelamatkan dengan menggunkan lidi nyiur tujuh batang dan baginda kembali kepada bentuk asal. 26
Tuan Puteri Kaca Bertuang meminta Raja Tunggal Junjungan agar tidak berkahwin lain selepas itu. Setelah pulang ke Tiku Pariaman, Raja Tunggal Junjungan ingin menolong Tuan Puteri Ganda Gandariah yang telah berubah kepada ungka putih kepada bentuk asalnya. Lalu, Tuan Puteri Kaca Bertuang meminjamkan lidi nyiur tujuh batang kepada baginda. Baginda memukul bangka menggunakan lidi nyiur tujuh batang yang telah jatuh ke tanah selepas ditembak menggunakan terkul. Lalu hidup semula ungka putih itu. Raja Tunggal Junjungan berjaya memulihkan fizikal Tuan Puteri kepada manusia dan menghidupkannya semula. Akhirnya, Tuan Puteri Gondan Gondariah telah berkahwin dengan Raja Tunggal Junjungan. Perjanjian ternoda lagi untuk kali keduanya berlaku perkahwinan , ianya bukan sahaja beri impak kepada Raja Tunggal Junjungan yang bertukar menjadi siamang putih malah turut melibatkan Tuan Puteri Gonda Gandariah yang menjadi ungka putih. 27
Pada masa yang dahulu, Baginda berjalan ke hulu, Mengorak langkah yang berpadu, Demi negara yang dituju Berlabuh kapal di pusara, Mengurai langkah penang sukma, Berseru gah dengan nama, Tidak memikir pihak sana Berfikir dahulu sebelum berkata, Kejahilan yang tidak ternyata, Kerana kata harus dikota, Agar tidak timbul sengketa Waspada kamu dalam berkata, Memberi makan yang terluka, Membawa padah kepada semua, Nanti menyesal tidak berguna Siasat dahulu keadaan, Menjadi rujukan masa hadapan, Waspada dalam mencipta rancangan, Agar senang dengan keputusan Berdasarkan bab yang dipilih iaitu Bab 6: Perselisihan faham Raja Anggun Cik Tunggal dan Tuan Puteri Gonda Gandariah sebuah syair telah dihasilkan yang berbunyi ; 28
Buku 5 SINOPSIS NASIHAT AL MULUK: Nasihat kepada rajaraja 29
Penulisan tersebut menekankan betapa pentingnya bagi seorang raja untuk memiliki menteri yang bijaksana, terpercaya, dan berpengetahuan dalam pemerintahan kerajaannya. Menteri yang berkualitas adalah aset berharga yang dapat membantu dalam mengambil keputusan yang bijak dan membimbing raja dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara. Salah satu kriteria utama dari seorang menteri yang berkualiti adalah kebijaksanaan. Seorang menteri yang bijaksana memiliki pemahaman yang mendalam tentang isuisu penting dalam pemerintahan dan dapat memberikan nasIhat yang tepat kepada raja. Mereka juga harus memiliki kemampuan dalam menyelesaikan masalah yang rumit dan merumuskan strategi untuk kemajuan kerajaan. gg BAB 4 30
Selain itu, seorang menteri yang terpercaya adalah seseorang yang dapat diandalkan dalam segala hal. Mereka harus menjaga rahsia raja, setia dalam melaksanakan tugas-tugas mereka, dan selalu berkomitmen untuk kebaikan kerajaan. Kepercayaan adalah asas dari hubungan yang kuat antara raja dan menteri. Menteri yang berkualiti juga harus memiliki sifat-sifat seperti keadilan dan kasih. Mereka harus bersikap adil dalam memutuskan perkara-perkara penting dan berempati terhadap kepentingan rakyat. Keadilan adalah perkara utama dalam menjaga ketertiban dalam kerajaan. Selain itu, hubungan yang baik antara raja dan menteri juga sangat ditekankan dalam penulisan tersebut. Raja seharusnya tidak merasa dirinya lebih tinggi dari menterinya atau menginginkan harta mereka. Sebaliknya, raja seharusnya menghargai peranan menteri sebagai penasihat dan penyokong penting dalam pemerintahan kerajaan. Menteri yang berkualiti juga memiliki tanggung jawab yang besar dalam menjalankan tugas mereka. Mereka harus mengelola kerajaan dengan bijaksana, memastikan kemakmuran kerajaan, dan mendukung kebijakan-kebijakan yang diambil oleh raja. Raja, sementara itu, seharusnya memperhatikan nasihat menterinya dan mempertimbangkannya dalam pengambilan keputusan. gg 31
Prinsip-prinsip yang diuraikan dalam penulisan tersebut mencakup kebijaksanaan, keadilan, dan kepercayaan dalam pemerintahan.Hubungan yang sehat antara raja dan menteri adalah kunci untuk menjaga stabiliti dan keberhasilan kerajaan. Kerjasama yang baik antara keduanya adalah hasil dari pemerintahan yang efektif dan berkesinambungan. Dengan demikian, penulisan ini mengilustrasikan prinsipprinsip pemerintahan yang bijak dan pentingnya kolaborasi dan hubungan yang sihat dalam menjalankan pemerintahan yang efisien dan berdaya tahan. Prinsip-prinsip ini memiliki hubungkait yang kuat dalam konteks modern, di mana kerjasama dan pemimpin yang bijak tetap menjadi unsur penting dalam kejayaan pemerintahan. gg 32
TAMAT 33
Setiap pengakhiran adalah permulaan yang baru. Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian dari perjalanan ini. Sampai bertemu di cerita selanjutnya! Terima kasih telah berjalan bersama saya dalam setiap halaman ini. Semoga cerita ini memberikan inspirasi dan kebahagiaan dalam hidup anda. Perjalanan kita berakhir di sini, tapi cerita baru selalu menanti. Sampai jumpa di kisah berikutnya! Hati saya penuh dengan rasa syukur kepada anda yang telah membaca hingga akhir. Semoga setiap kata membawa kebahagiaan dan kegembiraan. Sampai jumpa di karya berikutnya ! Saya sangat menghargai setiap detik yang anda habiskan untuk membaca karya ini. Semoga iannya membawa makna yang mendalam bagi anda. Hingga kita bertemu lagi ! Kata-Kata Akhir Penulis 34
RUJUKAN Al-Ghazali,(2006). Nasihat al-Muluk: Nasihat Kepada Raja-Raja (Jelani Harun, Ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka. 1. Hamsiah Haji Abd. Hamid (2004). Hikayat Panji Semirang. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Jones, R. (1999). Hikayat Raja Pasai. Yayasan Karyawan dan Fajar Bakti. 3. Noriah Taslim (2004).Hikayat Sri Rama versi Rakyat :teks dan proses lisan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pawang Ana, Raja Haji Yahya (2016). Hikayat Anggun Cik Tunggal. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. 35
Buku ini merupakan kompilasi lima karya agung untuk Dicintai, kami mempersembahkan paduan yang memukau dari lima karya sastera yang mengagumkan. Dari nasihat bijak para pemimpin dalam "Nasihat alMuluk" hingga kisah cinta yang menggetarkan dalam "Hikayat Anggun Cik Tunggal," Setiap halaman mempersembahkan keajaiban dan keindahan dari zaman yang berbeza. Melalui hikayat-hikayat yang mempesona ini, pembaca akan diundang untuk menjelajahi dunia yang kaya dengan petualangan, kebijaksanaan, dan keajaiban, sambil merasakan pesona budaya yang kaya dan warisan sastra yang abadi. Bersiaplah untuk terpesona dan terinspirasi oleh kumpulan kisah yang tak tertandingi ini, yang tidak hanya menghibur, tetapi juga mencerahkan, mengangkat, dan menggetarkan jiwa pembaca dengan setiap kata yang terpahat dalam sejarah dan keabadian. PURNAMA Co.