The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusnizanyunan, 2024-05-28 03:34:53

MODUL S&J SEJARAH TING 2

CIKGU YUSNIZAN

Keywords: SEJARAH UASA

MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 1


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 2 TEMA : WARISAN NEGARA BAB/SK TAJUK MUKA SURAT Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 3 SK 5.1 Konsep Alam Melayu Bab 2 Sistem Pemerintahan Dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 10 SK 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu Bab 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 15 SK 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 20 SK 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 24 SK 6.1 Kesultanan Melayu Melaka Bab 6 Kesultanan Johor Riau 30 SK 6.2 Kesultanan Johor Riau dan Kerajaan-kerajaan Melayu Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 34 SK 6.2 Kesultanan Johor Riau dan Kerajaan-kerajaan Melayu Bab 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 39 SK 6.3 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 44 SK 6.3 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 3 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu SK 5.1 Konsep Alam Melayu SP 5.1.1 Menjelaskan konsep Alam Melayu 1. Maklumat berikut berkaitan dengan Alam Melayu. Apakah gelaran bagi Alam Melayu tersebut? A Dunia Melayu B Pentas Sunda C Asia Tenggara D Kepulauan Melayu 2. R.O Winstedt telah menulis sebuah buku tentang istilah Alam Melayu. Apakah judul buku tersebut? A Ilmu Alam Melayu B Manuskrip Melayu C Antara Dunia Melayu D The Annotated Malay Archipelago 3. Profesor Dr. Ding Choo Ming merupakan antara pengkaji manuskrip Melayu yang memberi pendapat berkaitan konsep Alam Melayu. Apakah kawasan Dunia Melayu tersebut? I Brunei II Vietnam III Kemboja IV Indonesia A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi. Mengapakah bahasa Melayu mudah diterima di Alam Melayu? I Sangat ringkas II Kosa kata terhad III Mudah dipelajari IV Bersifat sederhana A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mengaplikasikan nilai-nilai serumpun yang diwarisi daripada masyarakat Alam Melayu? A Mengetahui asal usul B Membuat penyelidikan C Mengamalkan gotong-royong D Memajukan sektor pelancongan JAWAPAN: 1 B 2 A 3 B 4 D 5 C Tokoh berikut memberikan pendapat tentang konsep Alam Melayu. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta Dr. Ismail Hussein (a) Berdasarkan pendapat tokoh tersebut, senaraikan kawasan yang dianggap sebahagian daripada kawasan Dunia Melayu. ❖ Selatan Vietnam ❖ Kemboja ❖ Selatan Myanmar ❖ Segenting Kra ❖ Malaysia ❖ Indonesia ❖ Brunei ❖ Filipina Pada masa dahulu, Alam Melayu terdiri daripada gugusan tanah luas terbentang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan.


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 4 (b) Apakah persamaan budaya serumpun dalam kalangan penduduk di kawasan Alam Melayu tersebut? ❖ Bahasa dan tulisan ❖ Persuratan ❖ Struktur sosial ❖ Kesenian ❖ Kepercayaan ❖ Adat (c) Apakah usaha yang dapat dilakukan bagi memelihara hubungan baik antara kawasan Alam Melayu? ❖ Menjalinkan hubungan diplomatik ❖ Mengadakan pertukaran teknologi ❖ Mengadakan perkongsian ilmu/ kemahiran/kepakaran ❖ Membuat kunjungan / lawatan rasmi ❖ Mengelakkan timbulnya isu-isu sensitif antara negara ❖ Menghormati kedaulatan negara lain ❖ Memberikan bantuan kepada negara yang menghadapi krisis ❖ Mengadakan kerjasama ekonomi ❖ Mengamalkan sifat terbuka dalam menjalinkan hubungan persahabatan SK 5.1 Konsep Alam Melayu SP 5.1.2 Menerangkan kewujudan Alam Melayu Pada pandangan anda, mengapakah kerajaankerajaan awal Alam Melayu muncul di lembah sungai? Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu muncul di lembah sungai kerana tanah di lembah sungai lebih subur. Sungai ini akan mengaliri daratan di sekitarnya dan membentuk satu lapisan tanah yang kaya dengan galian. Tanah yang mempunyai pelbagai unsur galian sangat subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Kawasan lembah sungai juga mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata. Keadaan ini sesuai untuk dibina petempatan dan telah menarik ramai orang berhijrah ke kawasan tersebut. Sungai juga merupakan sumber pengairan penting untuk perkembangan pertanian dan sekali gus dapat meningkatkan daya pengeluaran dan penghasilan makanan. Selain itu, lembah sungai juga kaya dengan bekalan sumber protein seperti ikan. Keadaan iklim di kawasan lembah sungai adalah sederhana iaitu tidak terlalu panas atau sejuk. Hal ini membolehkan aktiviti penanaman dijalankan sepanjang tahun. Sungai juga merupakan alat perhubungan yang penting. Pedagang menggunakan sungai untuk menghantar barang-barang ke kawasan lain. Oleh itu, aktiviti perdagangan mula berkembang. Hal ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai dan berlakulah pertambahan penduduk yang akhirnya menjadi tarikan kepada pemerintah untuk mendirikan kerajaan di lokasi tersebut. SK 5.1 Konsep Alam Melayu SP 5.1.3 Memerihalkan kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang masyhur 1. Ketika di bawah pemerintahan Fan ShihMan, kerajaan Funan telah mencapai zaman kegemilangannya melalui proses peluasan kuasa. Apakah kesan peluasan kuasa tersebut? A Menjalinkan hubungan diplomatik B Memperkukuh sistem pentadbiran C Menjadi pusat perdagangan utama D Menamatkan ancaman kuasa Siam 2. Zaman kemasyhuran kerajaan Champa bermula di bawah pemerintahan Che Bong Nga.


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 5 Apakah sumbangan Che Bong Nga? I Mengatasi ancaman Dai Viet II Meluaskan empayar Champa III Memajukan bidang pertanian IV Menguasai jalan perdagangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Apakah kerajaan Alam Melayu yang berperanan sebagai pusat pengajian agama Buddha? A Angkor B Srivijaya C Majapahit D Gangga Nagara 4. Apakah keistimewaan kerajaan Kedah Tua sehingga menarik minat Kerajaan Srivijaya untuk menguasainya? I Pusat pelabuhan II Pusat perkapalan III Pusat perdagangan IV Pusat agama Buddha A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Apakah persamaan faktor kemerosotan kerajaan-kerajaan berikut? 1025 M Kerajaan Srivijaya 1025 M Kerajaan Kedah Tua 1025 M Kerajaan Gangga Nagara A Serangan Siam B Serangan Dai Viet C Serangan tentera Chola D Serangan kerajaan Chenla JAWAPAN: 1 C 2 A 3 B 4 D 5 C Gambar berikut menunjukkan penemuan candi di kawasan Lembah Bujang, Kedah. (a) Nyatakan dua nama yang diberikan oleh pedagang kepada kerajaan Kedah Tua. ❖ Chieh Ch’a/ Kataha/ Kalah-bar (b) Apakah faktor kemasyhuran kerajaan Kedah Tua? ❖ Masyarakat di Guar Kepah berdagang dengan pedagang dari luar di Sungai Mas ❖ Kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang ❖ Pedagang dari timur dan barat berdagang dengan penduduk tempatan dan pedagang luar yang lain ❖ Kedah Tua menjadi pusat keagamaan agama Buddha (c) Pada pandangan anda, apakah pengajaran yang dapat dijadikan teladan daripada kemasyhuran kerajaan Alam Melayu pada suatu ketika dahulu? ❖ Ketaatan rakyat kepada pemerintah membawa kepada kestabilan politik negara ❖ Agama berperanan menyatupadukan rakyat demi mencapai keharmonian negara ❖ Pemimpin yang baik dapat memakmurkan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat ❖ Sektor perdagangan dapat meningkatkan ekonomi sesebuah negara ❖ Kebijaksanaan pemimpin menerajui pentadbiran dapat menjamin kedaulatan negara


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 6 (d) Cadangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kedaulatan negara. Antara langkah mengekalkan kedaulatan negara ialah rakyat perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kerana mereka telah berusaha mengekalkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat. Usaha-usaha mereka dalam memajukan negara hendaklah disokong bukannya dikritik. Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita harus mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan sedia berkorban untuk negara. Semangat kekitaan perlu diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum amat penting bagi mewujudkan keharmonian. Kerajaan Angkor diasaskan oleh Jayavarman II yang berpusat di Hariharalaya. (a) Terangkan kemasyhuran kerajaan Angkor. ❖ Jayavarman I menyatukan wilayah di Lembah Sungai Mekong ❖ Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar ❖ Berjaya menghalang ancaman Champa dan Dai Viet ❖ Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar ❖ Jayavarman VII meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam ❖ Membina Angkor Thom ❖ Mendirikan 102 buah hospital (b) Apakah iktibar yang dapat diambil daripada kemasyhuran Kerajaan Alam Melayu? ❖ Kestabilan politik menjamin keamanan negara ❖ Ilmu pengetahuan yang tinggi penting bagi merangka strategi yang berkesan ❖ Kebijaksanaan pemimpin menjadikan pengurusan kerajaan lebih sistematik ❖ Kerjasama pemimpin dan rakyat dalam bidang ekonomi dapat memajukan negara ❖ Perpaduan antara pemimpin dan rakyat penting bagi menjamin keharmonian ❖ Sifat keterbukaan kerajaan membolehkan hubungan diplomatik terjalin ❖ Kegigihan perlu diterapkan dalam pembinaan negara bangsa yang berdaulat (c) Pada pendapat anda, apakah inisiatif yang dapat dilakukan oleh negara kita bagi mengecapi kemasyhuran negara? ❖ Mempergiat bidang perdagangan ke peringkat antarabangsa ❖ Memajukan bidang pendidikan, sukan dan kebudayaan bagi meningkatkan imej negara ❖ Mengetatkan kawalan keselamatan dan sempadan negara ❖ Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial ❖ Memelihara perpaduan kaum dan keharmonian rakyat ❖ Menjaga kebajikan rakyat ❖ Mengambil berat akan masalah segenap lapisan masyarakat ❖ Memperkasakan bidang sains dan teknologi ❖ Memastikan kesihatan rakyat dan persekitaran negara berkeadaan baik ❖ Mengawal pencemaran alam sekitar atau penyakit berjangkit ❖ Memelihara hubungan diplomatik dengan negara luar ❖ Menganjurkan program yang boleh menambah nilai masyarakat dan negara ❖ Menyemai semangat cinta akan negara / patriotik dalam kalangan rakyat


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 7 Kemasyhuran kerajaan Alam Melayu adalah disebabkan kebijaksanaan pemimpin kerajaan tersebut. (a) Pada pendapat anda, mengapakah pemerintah kerajaan Alam Melayu mengamalkan dasar peluasan kuasa dalam pemerintahan? Pada pendapat saya, dasar peluasan kuasa dilakukan untuk membina empayar melalui penaklukan dan pembukaan wilayah baharu. Selain itu, pemerintah ingin menyatukan kerajaan-kerajaan kecil untuk menjadi kuasa yang lebih yang berpengaruh. Seterusnya untuk menguasai perdagangan serta mendapatkan bahan mentah yang menjadi simbol kekayaan. (b) Apakah yang akan berlaku sekiranya negara mempunyai pemimpin yang lemah? ❖ Ekonomi negara akan mundur ❖ Negara tidak akan maju dan mudah dijajah kuasa besar ❖ Rasuah berleluasa kerana pemimpin yang tidak amanah ❖ Rakyat akan hidup dalam kemiskinan ❖ Kuasa besar akan mengeksploitasi ekonomi negara (c) Terangkan ciri-ciri pemimpin yang boleh dicontohi daripada pemerintahan kerajaan Alam Melayu. ❖ Berwawasan / berpandangan jauh ❖ Berwibawa / berkarisma / berintegriti ❖ Bijak / berilmu pengetahuan ❖ Bijak menjalinkan hubungan luar ❖ Cekap dalam pentadbiran ❖ Amanah melaksanakan tanggungjawab ❖ Prihatin dengan masalah rakyat ❖ Bersikap terbuka / mudah menerima pandangan rakyat ❖ Berani bersuara untuk menegakkan kebenaran ❖ Mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri (d) Pemilihan lokasi yang strategik membawa kejayaan kepada pembentukan kerajaankerajaan awal di Alam Melayu. Bincangkan. Kedudukan pelabuhan yang terletak di laluan perdagangan memudahkan kedatangan pedagang untuk menjalankan urusan. Kawasan pelabuhan yang dalam membolehkan kapal datang dan berlabuh untuk menurunkan barang dagangan. Persekitaran pelabuhan yang berhampiran dengan kawasan bukit dapat dijadikan sebagai kawasan perlindungan semula jadi daripada tiupan angin monsun dan juga serangan lanun. (e) Bagaimanakah kegemilangan kerajaan Alam Melayu dapat membentuk jati diri dalam kalangan warganegara Malaysia? ❖ Menjadi lambang kebanggaan negara ❖ Mempelajari budaya serumpun dan persamaan amalan budaya masyarakat ❖ Mendidik generasi muda agar bersifat terbuka untuk kemakmuran negara ❖ Melahirkan generasi muda yang bersifat kreatif dan inovatif demi memajukan negara ❖ Mencontohi kebijaksanaan pemerintah mentadbir dan mempertahankan kedaulatan negara SK 5.1 Konsep Alam Melayu SP 5.1.4 Menghubungkait kerajaan Alam Melayu yang sezaman 1. Bagaimanakah kerajaan Alam Melayu mengadakan hubungan dengan kerajaan luar? A Kesenian B Kebudayaan C Perkahwinan D Perdagangan 2. Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar telah bermula dari abad pertama hingga abad ke-15.


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 8 Apakah kesan hubungan luar tersebut terhadap Alam Melayu? A Membawa kemakmuran ekonomi B Membaiki taraf hidup masyarakat C Mengukuhkan sistem ketenteraan D Mempergiat pertukaran teknologi 3. Gambar menunjukkan rombongan utusan maharaja China. Mengapakah kerajaan Kedah Tua menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada abad ke-7? A Mengatasi ancaman Dai Viet B Memohon bantuan ketenteraan C Meningkatkan kemajuan ekonomi D Memperkukuh hubungan perdagangan 4. Kerajaan Alam Melayu telah mengadakan hubungan dengan China untuk memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet. Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut? A Angkor B Champa C Srivijaya D Majapahit 5. Mengapakah kerajaan Funan menghantar utusan ke kerajaan India awal abad ke-3? I Mengelakkan ancaman luar II Memperoleh bantuan ketenteraan III Mengeratkan hubungan keagamaan IV Memperkukuh hubungan perdagangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV JAWAPAN: 1 D 2 A 3 D 4 B 5 D Gambar berikut menunjukkan seni bina kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu pada abad ke-9. Hagia Sophia (a) Senaraikan kerajaan luar lain yang sezaman dengan Kerajaan Alam Melayu abad ke-9. ❖ Empayar Byzantine ❖ Kerajaan Abbasiyah ❖ Kerajaan Chola ❖ Dinasti Tang (b) Apakah kepentingan hubungan diplomatik antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar? ❖ Memohon bantuan ketenteraan ❖ Memulihkan hubungan setelah berperang ❖ Menjalinkan hubungan persahabatan ❖ Mengukuh hubungan perdagangan ❖ Mendapatkan pengiktirafan ❖ Memperkukuh hubungan keagamaan (c) Pada pendapat anda, apakah yang dapat dibuktikan melalui hubungan kerajaan Alam dengan kerajaan luar? ❖ Kerajaan-kerajaan Alam Melayu bersifat terbuka ❖ Kerajaan Alam Melayu saling menghormati antara satu sama lain ❖ Hubungan diplomatik menunjukkan usaha persahabatan yang cuba dijalinkan antara kerajaan ❖ Pemerintah kerajaan Alam Melayu bijak menguruskan hubungan kerajaannya dengan kerajaan luar ❖ Mana-mana jawapan munasabah


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 9 Kerajaan Alam Melayu mempunyai hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik dengan kerajaan luar. (a) Huraikan kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu. ❖ Abad pertama, kerajaan Funan sezaman dengan empayar Rom, Parsi, Kushan dan Dinasti Han ❖ Abad ke-9, kerajaan Champa, Angkor dan Srivijaya sezaman dengan kerajaan Abbasiyah, empayar Byzantine, Dinasti Tang dan kerajaan Chola. ❖ Abad ke-14, kerajaan Champa, Angkor dan Majapahit sezaman dengan empayar Mongol, kerajaan Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Delhi. (b) Jelaskan hubungan keagamaan yang wujud antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar. ❖ Hubungan dengan kerajaan luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam secara menyeluruh. ❖ Mempengaruhi aspek pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya. ❖ Penyebaran agama Hindu di Alam Melayu melalui peranan perdagangan, golongan tentera dan golongan Brahmin. ❖ Kerajaan yang menerima agama Hindu ialah Funan, Champa, Kedah Tua dan Angkor. ❖ Asoka menghantar sami-sami ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha. ❖ Kerajaan yang menerima agama Buddha ialah Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya dan Angkor. ❖ Kedatangan agama Islam menyebabkan sebahagian besar penduduk di Alam Melayu menganut agama Islam. ❖ Melalui peranan pedagang, pengislaman pemerintah dan peranan pendakwah. (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar? ❖ Menjamin keselamatan dan keamanan ❖ Memajukan ekonomi ❖ Mengatasi masalah jenayah/gejala sosial ❖ Mengadakan perkongsian ilmu / teknologi ❖ Memajukan sektor pelancongan ❖ Menggalakkan kemasukan pelabur luar ❖ Menonjolkan imej / kehebatan negara kepada dunia ❖ Mengembangkan bidang pendidikan / keilmuan LATIH TUBI BAB 1 https://quizizz.com/join/quiz/5f9845c9b78ae800 1e77f563/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 10 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu SK 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu SP 5.2.1 Menerangkan sistem pemerintahan kerajaan Alam Melayu 1. Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah Kerajaan Funan dan Kerajaan Champa? A Yuvaraja B Maharaja C Dewaraja D Rajadhiraja 2. Gambar merupakan ilustrasi Raja Champa. Mengapakah raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci? A Dikaitkan dengan Dewa Siva B Dibantu oleh golongan agama C Dilantik mengetuai pentadbiran D Dikaitkan konsep alam semesta 3. Mengapakah raja-raja Srivijaya dianggap sebagai Bodhisattva? A Raja segala raja B Raja dibantu Yuvaraja C Raja sebagai Buddha di bumi D Raja sebagai pemerintah alam 4. Apakah tugas ketua dalam Kerajaan Kedah Tua? I Menjaga keamanan II Mengawal keselamatan III Menguruskan perdagangan IV Mengendalikan hal keagamaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Sistem beraja di Alam Melayu terbahagi kepada pemerintahan pusat dan wilayah. Berdasarkan penilaian anda, apakah kesan pembahagian pemerintahan tersebut terhadap kerajaan Alam Melayu? A Mewujudkan kestabilan B Mengekalkan keharmonian C Menjaga kebajikan masyarakat D Meningkatkan kemajuan ekonomi JAWAPAN: 1 D 2 A 3 C 4 D 5 A Maklumat berikut merupakan gelaran pemerintah bagi kerajaan-kerajaan di Alam Melayu. KERAJAAN ALAM MELAYU GELARAN PEMERINTAH MAKSUD GELARAN Funan Cakravatin X Angkor Dewaraja Y (a) Apakah X dan Y? X : Pemerintah alam sejagat Y : Raja sebagai dewa (b) Nyatakan gelaran pemerintah kerajaan Srivijaya. ❖ Bodhisattva ❖ Raja di Gunung ❖ Maharaja di Pulau (c) Mengapakah raja-raja di kerajaan Alam Melayu amat disanjungi oleh masyarakat? ❖ Dianggap sebagai dewa / tuhan ❖ Pemerintah yang suci dan mulia ❖ Dianggap pemerintah alam sejagat ❖ Mempunyai unsur kesaktian ❖ Menguruskan hal keagamaan ❖ Membangunkan kemajuan perdagangan ❖ Menjaga hal ehwal keselamatan rakyat dan negara


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 11 (d) Mengapakah institusi beraja di negara kita perlu dihormati dan dipertahankan? Institusi beraja perlu dihormati dan dipertahankan kerana merupakan lambang kesetiaan rakyat kepada raja dan negara. Selain itu, institusi beraja menjadi lambang perpaduan rakyat yang merupakan simbolik penyatuan rakyat berbilang kaum. Institusi beraja juga berperanan menjaga kesucian agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam masa yang sama, institusi beraja turut melindungi kepentingan sah kaum lain di negara kita. (e) Pelantikan pemimpin yang bijaksana mampu memajukan sesebuah kerajaan. Jelaskan. ❖ Menyelesaikan masalah ❖ Mentadbir negara dengan berkesan ❖ Menaikkan imej negara di mata dunia ❖ Mengekalkan kedaulatan negara ❖ Menunjukkan kematangan dalam sebarang tindakan ❖ Merealisasikan setiap aspirasi rakyat ❖ Memiliki wawasan dan matlamat untuk membawa kemajuan kepada organisasi dan kesejahteraan kepada rakyat Kerajaan Majapahit mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang terbahagi kepada pemerintahan pusat dan wilayah. (a) Nyatakan gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Majapahit. ❖ Maharaja/ Sri Maharaja/ Sri Bathara (b) Bagaimanakah bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh kerajaan tersebut? ❖ Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar ❖ Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja ❖ Terdiri daripada kerabat diraja ❖ Majapahit dibahagikan kepada 14 buah wilayah ❖ Setiap wilayah dipecahkan kepada Kabupaten/Kadawanan/Pakuwan/ Kebuyutan ❖ Daerah dan daerah kecil serta kampung (c) Kepimpinan yang cemerlang berupaya membawa kejayaan kepada negara. Jelaskan pernyataan tersebut. ❖ Cekap/berhati-hati dalam sebarang tindakan ❖ Berupaya mengukuhkan pentadbiran kerajaan ❖ Bersedia menghadapi cabaran ❖ Berfikiran terbuka ❖ Bijak menyelesaikan masalah ❖ Memajukan ekonomi negara ❖ Membentuk suasana yang harmoni ❖ Mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat SK 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu SP 5.2.2 Menghuraikan kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan Alam Melayu 1. Apakah tujuan jawatan Ketua Air diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Champa? A Memungut hasil padi B Menyelenggara terusan C Mengawal cukai tanaman D Memasarkan hasil pertanian 2. Gambar berikut menunjukkan rempah-ratus yang terdapat di Alam Melayu. Lada hitam Di manakah lada hitam banyak didapati? A Sumatera B Pulau Banda C Tanah Melayu D Kepulauan Maluku


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 12 3. Apakah faktor kemajuan perdagangan di Alam Melayu? A Kekayaan hasil hutan B Kemudahan pelabuhan C Bala tentera yang hebat D Berdekatan muara sungai 4. Apakah kegunaan kapur barus yang mendapat permintaan tinggi daripada pedagang asing? A Bahan binaan B Bahan pewangi C Barang perhiasan D Barang kraf tangan 5. Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor mempunyai persamaan dalam bidang pembuatan. Apakah persamaan tersebut? A Pembuatan garam B Pembuatan cuka kelapa C Penghasilan minyak wangi D Penghasilan barang perhiasan JAWAPAN: 1 B 2 A 3 B 4 B 5 D Gambar berikut berkaitan dengan aktiviti ekonomi utama dalam kerajaan Alam Melayu. Penanaman padi (a) Namakan dua kerajaan yang menjadikan tanaman padi sebagai kegiatan ekonomi utama. ❖ Funan/ Champa/ Angkor/ Majapahit/ Srivijaya (b) Terangkan faktor kemajuan penanaman padi kerajaan Alam Melayu. ❖ Terletak di Lembah Sungai Mekong ❖ Tanah yang subur ❖ Hujan membekalkan air ke tasik ❖ Tasik mengairi kawasan padi sawah ❖ Pembinaan kolam/baray untuk menyimpan air ❖ Di Champa, Ketua Air di kampung menyelenggara terusan dan daik ❖ Pembinaan sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi sawah ❖ Padi huma ditanam di tanah tinggi / lereng bukit (c) Pada pandangan anda, apakah manfaat yang diperoleh masyarakat hasil daripada kesuburan tanah? ❖ Membekalkan nutrien bermanfaat dengan kadar yang sesuai mengikut jenis tanaman ❖ Meningkatkan keupayaan tanaman menyerap nutrien bagi memperoleh hasil yang banyak ❖ Memastikan tanaman dapat menyerap baja dengan berkesan ❖ Meningkatkan hasil pengeluaran pertanian ❖ Menggalakkan penanaman komersial untuk perniagaan ❖ Menambahkan pendapatan penduduk ❖ Menampung keperluan makanan harian berasaskan tumbuhan/buahan ❖ Memulakan perusahaan berasaskan pertanian ❖ Meningkatkan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian ❖ Melahirkan ramai usahawan tani ❖ Tidak perlu bergantung kepada makanan/sayuran/buahan import ❖ Menjana pendapatan negara dalam bidang pertanian ❖ Mengembangkan agropelancongan ❖ Memajukan kawasan luar bandar


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 13 Kerajaan Alam Melayu terkenal dengan kekayaan hasil hutan dan laut yang mendapat permintaan tinggi daripada pedagang luar. (a) Senaraikan hasil hutan dan hasil laut tersebut. i. Hasil hutan: Gaharu/ sarang burung/ rotan / kapur barus ii. Hasil laut: Gamat/ rumpai laut/ mutiara (b) Jelaskan kegunaan hasil hutan dan laut tersebut. - Gaharu digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan - Sarang burung layang-layang untuk kesihatan dan perubatan - Rotan sebagai bahan binaan dan barang kraf tangan - Kapur barus sebagai bahan pewangi - Gamat sebagai bahan makanan dan perubatan - Rumpai laut dijadikan makanan - Mutiara sebagai barang perhiasan (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengkomersialkan hasil hutan dan laut negara? - mengadakan promosi dan kempen - melalui media massa dan media sosial - mempelbagaikan penghasilan produk - makanan, produk kecantikan, kesihatan - menjalankan penyelidikan dan inovasi - meningkatkan kualiti dan produktiviti - menggalakkan rakyat menggunakan produk tempatan Perdagangan menjadi kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu. (a) Apakah faktor perkembangan aktiviti perdagangan di Alam Melayu? ❖ Barangan daripada Alam Melayu menjadi tarikan pedagang luar. ❖ Gaharu/damar/rempah/emas/mutiara ❖ Kedudukan Alam Melayu di tengah laluan perdagangan ❖ Antara timur dan barat ❖ Adanya kemudahan pelabuhan ❖ Bekalan air ❖ Kemudahan tempat tinggal ❖ Kemudahan tempat menyimpan baragan ❖ Terdapat kawasan berjual beli ❖ Kerajaan Srivijaya, jawatan Tuhan Vatakvurah berperanan sebagai penyelia kegiatan perdagangan dan perkapalan (b) Terangkan barangan dagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang luar ke Alam Melayu. ❖ Pedagang China ❖ Membawa sutera, tembikar, pinggan mangkuk, payung, gula, gendang ❖ Mendapatkan barangan yang mempunyai nilai perubatan ❖ Pedagang India ❖ Membawa kain kapas, tembikar, pelbagai jenis batu berharga ❖ Mendapatkan kain sutera dari China, rempah, gaharu dan kapur barus dari Alam Melayu ❖ Pedagang Arab dan Parsi ❖ Membawa tembikar, minyak wangi, barangan kaca, manik ❖ Membeli rempah dan kayu wangi ❖ Untuk didagang semula ke Tanah Arab dan Rom (c) Bagaimanakah cara untuk memajukan lagi bidang perdagangan di negara kita? ❖ Mempelbagaikan hasil keluaran ❖ Melakukan kajian dan penyelidikan ❖ Menggunakan teknologi moden ❖ Menjalinkan hubungan dengan negara maju yang lain ❖ Melengkapkan prasarana di kawasan pelabuhan negara ❖ Mengurangkan karenah birokrasi ❖ Melantik kakitangan yang cekap dan berwibawa ❖ Memperluas penggunaan ICT ❖ Meningkatkan kemahiran pengendali/ pekerja pelabuhan


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 14 ❖ Menawarkan insentif/ pengurangan tarif/duti import ❖ Memastikan keselamatan kargo/ barang dagangan ❖ Mempromosi keistimewaan pelabuhan negara melalui media sosial/media massa Wajarkah kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Alam Melayu diberikan keutamaan dalam masyarakat hari ini? Wajar: ❖ Menjamin sumber bekalan makanan berterusan ❖ Meningkatkan kesejahteraan rakyat ❖ Sumber air banyak perlu digunakan sebaik mungkin ❖ Mengurangkan perbelanjaan membeli makanan ❖ Dapat menjimatkan wang ❖ Memaksimumkan penggunaan tanah ❖ Memberikan manfaat kepada rakyat ❖ Membuka peluang pekerjaan dalam bidang pertanian ❖ Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar ❖ Mengurangkan import bahan makanan ❖ Menambahkan eksport hasil pertanian ❖ Meningkatkan ekonomi negara Tidak wajar: ❖ Sumber ekonomi negara terhad ❖ Peluang pekerjaan terhad terutamanya kepada golongan muda yang tidak berminat bercucuk tanam ❖ Menyekat perubahan taraf sosial penduduk ❖ Pengaruh perubahan cuaca tidak menentu ❖ Musim kemarau/ musim tengkujuh ❖ Bencana alam seperti banjir ❖ Memusnahkan kawasan penanaman ❖ Gangguan makhluk perosak ❖ Merosakkan tanaman ❖ Harga tidak menentu LATIH TUBI BAB 2 https://quizizz.com/join/quiz/5f999012761c0100 1be3f86a/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 15 Bab 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu SK 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu SP 5.2.3 Menjelaskan sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu 1. Apakah kerajaan awal yang telah memperkenalkan tulisan Kawi? A Kerajaan Champa B Kerajaan Srivijaya C Kerajaan Majapahit D Kerajaan Singhasari 2. Gambar berikut merupakan batu bersurat Talang Tuwo. Apakah ciri-ciri batu bersurat tersebut? A Ditemui di Majapahit B Dipengaruhi tulisan rumi C Ditulis dalam bahasa Arab D Ditulis dalam bahasa Melayu 3. Bagaimanakah agama Islam memberi kesan terhadap sistem tulisan masyarakat Majapahit? A Penulisan inskripsi B Penghasilan manuskrip C Penggunaan huruf Arab D Pengenalan tulisan Kawi 4. Apakah yang tercatat pada batu bersurat Palas Pasemah dalam kerajaan Srivijaya? I Pengukuhan kerajaan II Amalan agama Buddha III Titah perintah daripada raja IV Kepentingan taat setia kepada raja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Apakah tema utama tradisi lisan masyarakat kerajaan Alam Melayu? I Seloka II Teladan III Hiburan IV Keagamaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Apakah karya persuratan yang masyhur dalam kerajaan Champa? A Purana B Nagarakertagama C Hikayat Seri Rama D Akayet Deva Mano 7. Kerajaan Funan telah membina Candi Go Cay Thi di Oc Eo. Bagaimanakah peranan candi dalam perkembangan masyarakat kerajaan tersebut? A Pusat pendidikan B Pusat perdagangan C Pusat pemerintahan D Pusat penterjemahan 8. Apakah kesan pembentukan struktur sosial yang tersusun dalam kerajaan Alam Melayu? A Meningkatkan status raja B Memperkukuh sistem politik C Memajukan ekonomi kerajaan D Menjalin hubungan diplomatik JAWAPAN: 1 C 2 D 3 C 4 B 5 A 6 D 7 A 8 B Kerajaan Alam Melayu telah mengalami perkembangan bahasa dan tulisan kesan daripada sikap keterbukaan masyarakatnya. (a) Senaraikan perkataan bahasa Melayu yang menerima pengaruh bahasa Sanskrit. ❖ Bakti / budi / bumi / bahasa / dosa


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 16 (b) Terangkan peranan tulisan kepada masyarakat Alam Melayu. ❖ Urusan harian ❖ Urusan pentadbiran ❖ Alat komunikasi utama ❖ Menyimpan rekod pemerintahan ❖ Urusan perundangan ❖ Urusan perdagangan ❖ Urusan keagamaan ❖ Sumber rujukan dan dokumentasi (c) Kemajuan sesebuah negara dipengaruhi oleh penggunaan bahasa yang cekap dan meluas. Berikan penjelasan anda. ❖ Bahasa ialah alat komunikasi terpenting ❖ Digunakan dalam urusan seharian dan pekerjaan dalam pelbagai bidang ❖ Perundangan/perniagaan/pendidikan ❖ Bahasa menjadi alat terpenting untuk menyampaikan maklumat yang tepat ❖ Sistem bahasa yang tidak teratur akan menyukarkan kefahaman ❖ Menyebabkan salah faham ❖ Ilmu sukar berkembang Persuratan merupakan bukti keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu. (a) Senaraikan karya persuratan yang masyhur dalam kerajaan Alam Melayu. ❖ Akayet Inra Patra ❖ Akayet Deva Mano ❖ Nagarakertagama ❖ Pararaton ❖ Tantu Panggelaran (b) Terangkan pengaruh Islam yang mempengaruhi kegiatan persuratan kerajaan Alam Melayu. ❖ Akibat penyebaran Islam di Tanah Melayu ❖ Syair/gurindam/cerita hikayat/nazam ❖ Kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad mulai ditulis dalam bahasa Melayu ❖ Contohnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Yusof ❖ Karya epik banyak mengisahkan perjuangan pahlawan Islam yang diterjemahkan ke bahasa Melayu ❖ Contohnya Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah ❖ Tokoh Islam seperti nabi dan pahlawan Islam telah menjadi elemen yang mempengaruhi persuratan Melayu (c) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk menarik minat generasi muda mencintai persuratan Melayu? ❖ Menggalakkan pembacaan karya persuratan tempatan ❖ Pihak penerbit seperti DBP perlu menghasilkan lebih banyak karya persuratan yang menarik dan bermutu ❖ Mengadakan bengkel/ seminar/ kursus penulisan ❖ Memberikan pendedahan kepada generasi muda/golongan pelajar ❖ Menyediakan kemudahan infrastruktur dalam bidang penulisan ❖ Menawarkan biasiswa kepada murid yang ingin menceburi bidang penulisan ❖ Mengadakan pertandingan untuk mencari penulis berbakat ❖ Pihak sekolah memperbanyak koleksi bahan bacaan karya persuratan Melayu ❖ Memilih karya yang bermutu sebagai teks kajian KOMSAS di sekolah Gambar menunjukkan binaan Candi Angkor dalam kerajaan Angkor. (a) Jelaskan ciri-ciri binaan candi tersebut. ❖ Dibina oleh Raja Suryavarman II ❖ Berkeluasan 208 hektar ❖ Binaan menara utama di tengah candi ❖ Lima menara setinggi 65 meter


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 17 ❖ Terdapat pintu masuk timur, barat, utara dan selatan ❖ Terdapat empat galeri ❖ Galeri timur, utara, barat, selatan ❖ Terdapat ukiran kapal perang kerajaan Angkor (b) Masyarakat Angkor juga mempunyai seni bina yang memberikan manfaat kepada kerajaan. Ulaskan. ❖ Pembinaan baray ❖ Berukuran 2 x 8 km ❖ Menampung 30 juta meter padu air ❖ Digunakan untuk menyalurkan air ke sawah-sawah padi di sekitarnya ❖ Membina kapal ❖ Untuk kegunaan perdagangan ❖ Bagi memasarkan hasil pertanian ❖ Kapal untuk kegunaan peperangan (c) Cadangkan langkah-langkah memelihara dan memulihara tinggalan bersejarah di negara kita. ❖ Mengadakan promosi yang berkesan ❖ Seperti Tahun Melawat Malaysia ❖ Mengadakan dokumentari tentang tinggalan bersejarah ❖ Supaya masyarakat memahami sejarah ❖ Bangunan bersejarah/klasik perlu dijaga dengan baik ❖ Membaik pulih menggunakan bahan yang berkualiti ❖ Melatih ramai tenaga pekerja yang cekap dalam pemeriksaan bangunan ❖ Membuat pemantauan secara berkala ❖ Bagi memastikan struktur bangunan dalam keadaan baik dan selamat ❖ Menjadikannya tarikan pelancongan ❖ Supaya dapat menarik minat semua golongan rakyat tempatan dan antarabangsa ❖ Menjadikan tinggalan bersejarah sebagai tempat penyelidikan sejarawan ❖ Mengadakan kempen cintai warisan bersejarah negara ❖ Mendapatkan dana UNESCO untuk memeliharanya ❖ Menggalakkan sukarelawan menjaga warisan budaya Masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan struktur sosial yang hampir sama. (a) Jelaskan struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu. ❖ Golongan pemerintah ❖ Status tertinggi ❖ Golongan Diaja dan kerabat diraja ❖ Permaisuri/putera/puteri/adikberadik/ibu bapa/ahli keluarga ❖ Bangsawan ❖ Pembesar/ilmuwan/pujangga/ golongan agama/pendeta istana ❖ Golongan diperintah ❖ Pekerja istana/askar/petani/artisan/ penternak/pedagang/nelayan ❖ Hamba ❖ Tawanan perang/hamba berhutang dan rela menjadi hamba (b) Golongan diperintah dan golongan pemerintah memainkan peranan yang penting dalam struktur sosial masyarakat. Bincangkan. ❖ Golongan Diraja merupakan kelas atasan ❖ Menjaga dan melindungi rakyat ❖ Golongan bangsawan ❖ Mendukung sistem pentadbiran kerajaan ❖ Golongan diperintah terdiri daripada rakyat merdeka ❖ Mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia ❖ Menjana ekonomi kerajaan ❖ Golongan hamba berkhidmat dalam sektor sosioekonomi ❖ Meningkatkan status pemiliknya (c) Pada pendapat anda, mengapakah struktur sosial tersebut perlu dipertahankan? ❖ Menggalakkan sikap bekerjasama ❖ Mempertingkat kualiti kehidupan bermasyarakat ❖ Mengukuhkan sistem masyarakat ❖ Menyumbang kestabilan kerajaan ❖ Mengukuhkan sistem politik dan kedudukan raja ❖ Memupuk permuafakatan masyarakat ❖ Menjamin keamanan negara ❖ Melancarkan urusan pentadbiran ❖ Menjamin kesejahteraan hidup rakyat


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 18 (d) Bagaimanakah kehidupan berorganisasi mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran hidup? Pada peringkat awal, organisasi sosial atau masyarakat yang wujud adalah pada tahap yang paling ringkas iaitu keluarga. Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks. Masyarakat kerajaan Alam Melayu menggunakan sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis. Raja merupakan kelas atasan yang berperanan menjaga dan melindungi rakyat. Rakyat biasa merupakan kelas bawahan yang harus memberikan taat setia kepada golongan kelas atasan. Dalam susun lapis masyarakat wujud pengkhususan kerja masing-masing yang membawa kemakmuran hidup. Bahasa pertuturan utama masyarakat negara kita ialah bahasa Melayu yang mengalami evolusi mengikut peredaran zaman. (a) Bincangkan pengaruh bahasa asing kepada bahasa Melayu yang digunakan di negara kita pada hari ini. ❖ Bahasa Melayu bersifat terbuka ❖ Pertembungan pelbagai budaya ❖ Menerima pengaruh bahasa asing ❖ Memperkaya perbendaharaan kata ❖ Pengaruh bahasa sanskrit ❖ bakti/budi/bumi/bahasa/dosa ❖ Pengaruh bahasa Tamil ❖ peti/perli/kedai/sate/katil ❖ Pengaruh bahasa Cina ❖ tauge/popia/teko/tauhu/sampan ❖ Pengaruh bahasa Parsi ❖ anggur/gandum/kurma/gusti/askar ❖ Pengaruh bahasa Arab ❖ kerusi/kamus/zalim/seluar/fardu (b) Sebagai murid, bagaimanakah anda memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? ❖ Menggunakan bahasa Melayu dengan sebutan yang betul ❖ Banyak membaca buku dalam bahasa Melayu ❖ Merujuk kamus untuk memperbanyak perbendaharaan kata ❖ Menyertai pertandingan menulis esei/ cerpen/novel ❖ Menggunakan bahasa Melayu dalam media sosial ❖ Menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan surat menyurat ❖ Mengikuti pelbagai aktiviti berkaitan bahasa anjuran sekolah/NGO ❖ Minggu Bahasa/Kempen Cintailah Bahasa ❖ Menyertai pertandingan di peringkat sekolah/universiti/negeri/kebangsaan ❖ Sayembara sajak/puisi/pidato/bahas ala parlimen/pantun/kuiz bahasa (c) Mengapakah kita perlu mempelajari pelbagai bahasa? ❖ Meningkatkan ilmu pengetahuan ❖ Memperkaya perbendaharaan kata ❖ Bersaing dengan bangsa lain secara sihat ❖ Menjalin hubungan dengan negara lain ❖ Tidak mudah ditipu/diperdaya ❖ Memajukan ekonomi negara kerana dapat berinteraksi dengan pelabur luar ❖ Mudah mendapat pekerjaan ❖ Meningkatkan keyakinan diri ❖ Memperluas hubungan antarabangsa (d) Pada pandangan anda, mengapakah bahasa Melayu masih relevan dan kekal hingga kini? ❖ Sifat bahasa Melayu mudah dipelajari ❖ Menjadi bahasa budaya ❖ Dalam persembahan kebudayaan di dalam dan luar negara ❖ Menjadi bahasa dalam perundangan ❖ Penggunaannya di mahkamah ❖ Kerajaan menganjurkan aktiviti bahasa ❖ Pantun/perbahasan/pidato/drama ❖ Menerima kosa kata baharu ❖ Keindahan bahasanya yang puitis sesuai dalam penulisan karya kreatif


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 19 ❖ Dijadikan sebagai seni kata/lirik lagu ❖ Menarik minat rakyat luar negara ❖ Mempunyai pelbagai dialek negeri yang menarik/unik LATIH TUBI BAB 3 https://quizizz.com/join/quiz/5f9a6ff1c758d2001 b29ecf3/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 20 Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu SK 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu 1. Maklumat berikut berkaitan dengan amalan tradisional masyarakat kerajaan Alam Melayu. Mengapakah amalan tersebut diadakan? A Melindungi kawasan petempatan B Mengelakkan kesusahan di dunia C Mendapat hasil tanaman yang baik D Mengekalkan kedudukan pemerintah 2. Pernyataan dan gambar berikut merujuk kepada kepercayaan dinamisme. Makanan korban (miring) disiapkan oleh pawang dalam satu upacara. Apakah perayaan tersebut? A Hari Gawai B Hari Wesak C Hari Kaamatan D Hari Puja Umur 3. Bagaimanakah agama Buddha, Hindu dan Islam tersebar ke Alam Melayu? I Perkahwinan II Peranan mubaligh III Perdagangan antarabangsa IV Perkembangan pendidikan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4. Siapakah yang membantu penyebaran agama Buddha dalam kerajaan Funan? A I-Tsing B Fan Shih-Man C Hayam Wuruk D Jayavarman VII 5. Rajah berikut berkaitan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan kerajaan di Alam Melayu. Gelaran Raja Gelaran Sultan Mengapakah perubahan tersebut berlaku? A Penyebaran Islam B Pertukaran pemimpin C Pembentukan kerajaan D Perkembangan kebudayaan 6. Apakah kepentingan jalinan hubungan diplomatik antara kerajaan Alam Melayu? A Mengukuhkan perluasan wilayah B Meluaskan jaringan perdagangan C Melaksanakan perkahwinan diraja D Memantapkan kedudukan pemerintah 7. Apakah fungsi baray kepada masyarakat kerajaan Angkor? A Mengedarkan barang dagangan B Menjalankan aktiviti keagamaan C Menjadi pelabuhan persinggahan D Membekalkan air yang mencukupi 8. Seni bina dihasilkan bagi memudahkan kehidupan masyarakat kerajaan Alam Melayu. Apakah aspek kehidupan tersebut? I Politik II Pelayaran III Keagamaan IV Kebudayaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 9. Mengapakah golongan agama penting bagi pemerintah kerajaan Alam Melayu? A Menjadi penasihat raja B Menjaga wilayah taklukan C Melaksanakan sistem serah D Mengelakkan bencana alam Menyembah roh nenek moyang yang telah meninggal dunia.


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 21 10. Mengapakah kita perlu mengetahui keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu? A Memupuk sikap tolak ansur B Mewujudkan semangat kekitaan C Membentuk sahsiah diri dan keluarga D Melahirkan perasaan bangga terhadap warisan negara JAWAPAN: 1 B 2 A 3 C 4 B 5 A 6 B 7 D 8 C 9 A 10 D SP 5.2.4 Menerangkan agama dan kebudayaan masyarakat kerajaan Alam Melayu Agama Hindu, Buddha dan Islam telah mempengaruhi kehidupan masyarakat kerajaan Alam Melayu. (a) Namakan kerajaan Alam Melayu yang menerima kedatangan agama Islam sebelum abad ke-15. ❖ Champa, Majapahit, Kedah, Pasai (b) Terangkan perkembangan agama Hindu, Buddha dan Islam dalam kerajaan Majapahit. ❖ Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak dan saling mempengaruhi ❖ Hayam Wuruk menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha ❖ Dikenali sebagai Tripaksa ❖ Candi yang masyhur ialah Candi Jabong/Candi Sukuh/Candi Brahu ❖ Agama Islam tersebar sejak abad ke-14 ❖ Wu Ping, pegawai kerajaan Ming beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap di Majapahit ❖ Gan Eng Chou, pegawai beragama Islam dilantik sebagai ketua kaum Cina di Tuban ❖ Selepas kerajaan Majapahit runtuh, kerajaan Demak muncul dan menjadi pusat pengajian agama Islam terbesar di Jawa (c) Mengapakah agama penting dalam kehidupan manusia? ❖ Menerapkan nilai-nilai murni ❖ Berakhlak mulia/jujur/menghormati ❖ Melahirkan masyarakat penyayang ❖ Kepatuhan kepada agama menjamin keamanan dan keharmonian rakyat ❖ Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam ekonomi ❖ Membina bangsa yang bersatu padu ❖ Mewujudkan kehidupan berdisiplin ❖ Menjadi panduan/pegangan hidup ❖ Mengakui kewujudan Tuhan ❖ Menentukan yang benar dan salah SP 5.2.5 Menghuraikan keunikan masyarakat kerajaan Alam Melayu Sistem pemerintahan kerajaan Alam Melayu berasaskan sistem beraja. (a) Nyatakan gelaran-gelaran yang digunakan oleh pemerintah di Alam Melayu. ❖ Raja ❖ Maharaja ❖ Sultan ❖ Raja di Gunung ❖ Maharaja di Pulau ❖ Varman (b) Bagaimanakah cara pemilihan raja dalam pemerintahan kerajaan Alam Melayu? ❖ Berasaskan keturunan ❖ Pengesahan oleh pembesar ❖ Keturunan diraja dianggap suci dan berdaulat ❖ Dipilih daripada golongan tentera ❖ Contohnya kerajaan Funan/Champa ❖ Wanita keturunan diraja boleh dilantik ❖ Contohnya kerajaan Majapahit (c) Bagaimanakah kedudukan raja kerajaan Alam Melayu? ❖ Semasa pengaruh Hindu dan Buddha, raja dianggap sebagai titisan dewa ❖ Raja mesti dihormati ❖ Selepas kedatangan Islam, konsep khalifah diperkenalkan ❖ Raja sentiasa ditaati ❖ Mengingkari raja seperti mengingkari tuhan ❖ Perbuatan tersebut adalah menderhaka


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 22 (d) Apakah ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh seseorang raja? ❖ Berakhlak mulia ❖ Jujur melaksanakan amanah rakyat ❖ Bertanggungjawab ❖ Adil dan saksama ❖ Bijak menyelesaikan masalah ❖ Prihatin akan kebajikan rakyat ❖ Pandai mengatur strategi ❖ Bersikap terbuka ❖ Sedia menerima pandangan ❖ Bertolak ansur ❖ Berani membuat pembaharuan Kebijaksanaan pemerintah menggunakan alam sekitar dalam pemilihan lokasi yang strategik membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang pesat. (a) Senaraikan kawasan lembah sungai yang menjalankan aktiviti pertanian dalam kerajaan Alam Melayu. ❖ Sungai Mekong / Sungai Bengawan Solo / Sungai Brantas / Sungai Musi (b) Terangkan maksud pelabuhan berikut: Pelabuhan Pembekal: ❖ Pelabuhan persinggahan membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan kepada pedagang. Pelabuhan Kerajaan: ❖ Pelabuhan pembekal yang berkembang apabila wujudnya pusat pentadbiran atau kerajaan di pelabuhan tersebut. Pelabuhan Entrepot: ❖ Menjadi tumpuan pedagang, peranan sebagai pengumpul, pengendali dan pengedar barang dagangan daripada para pedagang serantau dan antarabangsa. (c) Bincangkan fungsi pelabuhan dalam sesebuah negara yang menjalankan kegiatan perdagangan. ❖ Menyediakan kemudahan infrastruktur pendaratan barang ❖ Memudahkan urusan import dan eksport ❖ Sebagai persinggahan kapal-kapal ❖ Untuk membeli keperluan dan berehat ❖ Tempat simpanan ikan untuk industri perikanan ❖ Tempat pengedaran barang dagangan Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang menjadi panduan dalam kehidupan harian mereka. (a) Jelaskan maksud agama dan kepercayaan. Agama: Suatu sistem berkaitan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap tuhan. Kepercayaan: Pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan. (b) Terangkan kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu. ❖ Animisme ❖ Kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat ❖ Berkait dengan kepercayaan terhadap makhluk halus ❖ Penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia (hyang) ❖ Penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan ❖ Menghindar kesusahan di dunia ❖ Dinamisme ❖ Kepercayaan terhadap kekuatan (mana atau semangat) ❖ Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang ❖ Upacara pemujaan semangat tanaman ❖ Agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak (c) Agama memainkan peranan penting dalam kehidupan dan perkembangan budaya masyarakat kerajaan Alam Melayu. Beri pendapat anda bagi menyokong pernyataan tersebut. ❖ Masyarakat bersikap terbuka


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 23 ❖ Masyarakat bersifat toleransi dalam pengamalan agama ❖ Agama sebagai simbol penyatuan ❖ Kedudukan/status istimewa golongan agama ❖ Candi dibina sebagai pusat ibadat/ pendidikan/kebajikan ❖ Pendidikan Islam memperlihatkan ciri keunikan ❖ Seperti institusi pondok/madrasah Kebijaksanaan pemerintah merupakan ciri unik yang membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang dengan cepat dan bertahan lama. (a) Jelaskan kebijaksanaan pemerintah dalam memilih dan membangunkan pusat pemerintahan. ❖ Pemilihan lokasi yang strategik ❖ Di pesisiran pantai atau lembah sungai ❖ Pusat pemerintahan, petempatan dan pelabuhan ❖ Memanfaatkan alam sekitar ❖ Lembah sungai ❖ Kawasan yang subur untuk pertanian ❖ Sungai sebagai laluan pengangkutan ❖ Contohnya di Angkor/Majapahit ❖ Memilih tempat yang menjadi laluan antarabangsa (b) Bagaimanakah pemerintah di Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik? ❖ Hubungan persahabatan ❖ Kerajaan Srivijaya mengirim utusan persahabatan ke China abad ke-7 ❖ Kerajaan Majapahit menjalinkan persahabatan dengan China abad ke-14 ❖ Bantuan ketenteraan atau senjata ❖ Maharaja Chola dari India hantar bantuan tentera ke Srivijaya ❖ Membantu menyelesaikan pemberontakan pada abad ke-11 ❖ Hubungan perkahwinan ❖ Perkahwinan pemerintah Majapahit, Raden Wijaya dengan puteri kerajaan Singhasari pada abad ke-13 (c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan diplomatik bagi sesebuah negara? ❖ Memelihara kedaulatan negara ❖ Mendapatkan perlindungan ❖ Meluaskan jaringan perdagangan ❖ Memperkukuh agama dan budaya ❖ Mudah mendapatkan bantuan luar ❖ Menjamin keselamatan negara ❖ Meluaskan pasaran barangan ❖ Membuat pertukaran idea/teknologi ❖ Mengelakkan campur tangan kuasa asing ❖ Memperkukuh kedudukan politik ❖ Meningkatkan ekonomi negara ❖ Meningkatkan imej negara Mengapakah kerajaan Alam Melayu berminat menceburi bidang perdagangan? ❖ Kedudukan kerajaan yang strategik ❖ Terletak antara laluan perdagangan utama ❖ Lokasi pelabuhan yang selamat ❖ Terlindung daripada tiupan angin monsun ❖ Sesuai sebagai tempat persinggahan ❖ Kemudahan pelabuhan yang lengkap ❖ Dermaga, gudang penyimpanan barangan ❖ Sistem pentadbiran yang cekap/sistematik ❖ Sistem cukai/undang-undang ❖ Menarik minat kedatangan pedagang ❖ Kekayaan bahan mentah/hasil bumi ❖ Mendapat permintaan yang tinggi ❖ Rempah ratus/bijih timah/hasil hutan ❖ Memberi keuntungan yang tinggi ❖ Kemahiran selok-belok pelayaran ❖ Pembuatan kapal layar/kapal dagangan ❖ Galakan daripada pemerintah ❖ Hubungan diplomatik dengan kuasa luar ❖ Sikap berani menanggung risiko LATIH TUBI BAB 4 https://quizizz.com/join/quiz/5f9cced0c863f3001 e243be6/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 24 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka SK 6.1 Kesultanan Melayu Melaka 1. Apakah kepentingan pokok bakau dan apiapi di pesisir pantai terhadap Kesultanan Melayu Melaka? A Memudahkan kawalan laluan kapal dagang B Menjadi panduan kapal dagang ke pelabuhan C Melindungi kapal daripada tiupan angin mounsun D Menjadi benteng pertahanan dan pelindung semula jadi 2. Apakah iktibar yang dapat diambil daripada usaha Parameswara memilih lokasi strategik untuk membentuk kerajaan? A Membuat perancangan rapi B Memanfaatkan alam sekitar C Memupuk sikap bekerjasama D Menjalin hubungan persahabatan 3. Mengapakah konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran penting dalam pemerintahan seseorang raja? I Menunjukkan kuasa dan kewibawaan II Menjamin taat setia seluruh rakyat III Melambangkan kuasa mutlak raja IV Menghalang pengaruh luar A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4. Apakah nasihat yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah kepada Sultan Alaudidin Riayat Shah? I Bersikap adil terhadap rakyat II Bekerjasama dengan kuasa luar III Melantik pegawai yang amanah IV Menyiasat tuduhan dengan teliti A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Apakah peranan Temenggung dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan? A Pemungut cukai B Pemangku sultan C Pengawal peribadi raja D Pegawai protokol istana 6. Mengapakah Undang-Undang Laut Melaka digubal? A Menjamin keselamatan kerajaan B Mengelakkan pencerobohan musuh C Menentukan peraturan perdagangan D Menjelaskan peranan pembesar 7. Pernyataan berikut merujuk kepada kandungan sebuah undang-undang. ▪ Pewarisan takhta ▪ Perkahwinan Apakah undang-undang tersebut? A Adat Perpatih B Adat Temenggung C Hukum Kanun Melaka D Undang-Undang Laut Melaka 8. Pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi. Apakah karya tersebut? A Kisah 1001 Malam B Kisah Raja Sulaiman C Hikayat Amir Hamzah D Hikayat Umar Umaiyah 9. Pelabuhan Melaka merupakan pelabuhan entrepot yang terunggul di Alam Melayu. Apakah faktor kegemilangan tersebut? I Penggunaan mata wang II Pengurusan cukai perdagangan III Pengambilan tenaga buruh luar IV Perjanjian persahabatan dengan China A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10. Faktor dalaman merupakan antara faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 25 A Mengamalkan sikap bertolak ansur B Memelihara perpaduan dalam negara C Membuat perancangan yang strategik D Memberi kepercayaan kepada kuasa asing JAWAPAN: 1 D 2 B 3 A 4 B 5 D 6 C 7 B 8 C 9 A 10 B SP 6.1.2 Menghuraikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Rajah berikut menunjukkan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang dilaksanakan dalam Kesultanan Melayu Melaka. (a) Siapakah pembesar berempat? ❖ Bendahara ❖ Penghulu Bendahari ❖ Temenggung ❖ Laksamana (b) Nyatakan tugas-tugas pembesar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. ❖ Membantu melicinkan pentadbiran ❖ Mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan ❖ Menjaga keamanan kawasan ❖ Mengutip cukai dan hasil melalui sistem serah ❖ Membekalkan tenaga tentera ketika perang ❖ Menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah (c) Apakah kesan pelaksanaan Sistem Pembesar Empat Lipatan terhadap kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka? ❖ Melicinkan pentadbiran ❖ Menjamin keamanan negeri ❖ Kestabilan politik ❖ Kemakmuran ekonomi ❖ Kesejahteraan hidup rakyat ❖ Kedaulatan kerajaan ❖ Pusat perdagangan antarabangsa ❖ Peluasan empayar ❖ Pusat penyebaran agama Islam ❖ Pengiktirafan daripada kuasa luar Sistem perundangan yang mantap telah melonjakkan Kesultanan Melayu Melaka ke arah kegemilangan. (a) Nyatakan ciri-ciri undang-undang berikut: i. Hukum Kanun Melaka - Mengandungi 44 fasal - Hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar - Hukum Islam - Berkaitan jenayah - Urusan jual beli - Kekeluargaan ii. Undang-Undang Laut Melaka - Menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan - Mengandungi 25 fasal - Peraturan di laut - Tertib berniaga - Tatacara berjual beli - Tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan para pedagang (b) Jelaskan tentang Adat Temenggung? ❖ Diasaskan Datuk Ketemenggungan ❖ Berkaitan sistem pemerintahan/ perwarisan takhta/perkahwinan/perwarisan harta/ perundangan ❖ Sistem penggantian sultan ❖ Takhta kerajaan diwarisi anak lelaki sulung ❖ Amalan sistem pemerintahan beraja ❖ Kuasa tertinggi terletak di tangan raja ❖ Diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 26 (c) Bagaimanakah undang-undang dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni? ❖ Menjamin kedaulatan negara ❖ Hukuman adil dan setimpal ❖ Rakyat mentaati raja, pembesar, negara ❖ Menyelesaikan pelbagai masalah ❖ Melahirkan masyarakat berdisiplin ❖ Menjamin kesejahteraan hidup ❖ Pentadbiran yang kemas dan sistematik ❖ Rakyat mendaulatkan/ mematuhi undangundang Pada abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam yang unggul di Alam Melayu. (a) Senaraikan cara-cara penyebaran agama Islam di Melaka. ❖ Pengislaman pemerintah ❖ Perkahwinan ❖ Peranan ulama dan mubaligh ❖ Perdagangan ❖ Peluasan kuasa (b) Bagaimanakah penyebaran agama Islam memberikan kesan terhadap Kesultanan Melayu Melaka? ❖ Tumpuan ulama dan pendakwah ❖ Sultan Melaka menaungi aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama ❖ Seperti Darul Manzum ❖ Madrasah, masjid, surau ❖ Menjadi tempat mempelajari ❖ Al-Quran dan ilmu tasawuf ❖ Pengaruh persuratan ❖ Saduran karya sastera Arab/Parsi ❖ Hikayat Muhammad Ali Hanafiah / Hikayat Amir Hamzah ❖ Perkembangan tulisan Jawi dan bahasa Melayu ❖ Bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan/penulisan ❖ Pemerintahan dan pentadbiran ❖ Hukum Kanun Melaka / Undang-Undang Laut Melaka ❖ Ulama berperanan dalam pentadbiran ❖ Jawatan mufti dan kadi diwujudkan ❖ Untuk melicinkan pengurusan agama Islam (c) Bagaimanakah kebebasan beragama diamalkan di Malaysia? ❖ Menghormati agama dan kepercayaan kaum lain ❖ Mengamalkan sikap toleransi/ bertolak ansur ❖ Mematuhi perlembagaan negara ❖ Menghayati prinsip Rukun Negara ❖ Menjauhi perasaan syak wasangka / prejudis ❖ Menghormati perayaan agama lain ❖ Tidak memaksa orang lain mengikuti agama/kepercayaan yang dianuti ❖ Kebebasan menyambut perayaan agama masing-masing ❖ Kebebasan membinat tempat beribadat selagi mematuhi undang-undang ❖ Rumah terbuka ketika perayaan setiap kaum turut diraikan bersama-sama ❖ Terdapat peruntukan kewangan bagi setiap kaum untuk membina rumah ibadat SP 6.1.3 Menerangkan berakhirnya pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun1511. (a) Nyatakan faktor dalaman yang menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka berakhir. ❖ Masalah kepimpinan ❖ Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar ❖ Pilih kasih/rasuah/penyelewengan ❖ Perbalahan sesama sendiri ❖ Ketidakstabilan politik ❖ Masalah perpaduan ❖ Rakyat tidak bersatu padu ❖ Berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka ❖ Berlakunya perpecahan ❖ Askar upahan dari luar tidak setia (b) Jelaskan strategi Melaka menghadapi serangan Portugis. ❖ Diplomasi ❖ Strategi pertahanan dan pertempuran ❖ Semangat keperwiraan askar tempatan


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 27 ❖ Menggunakan lancaran/perahu berapi ❖ Pertahanan di kawasan pantai dengan kayu-kayan ❖ Pelbagai jenis meriam/ peti berisi serbuk peluru ❖ Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai ❖ Penggunaan tentera bergajah (c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam kalangan tentera untuk mempertahankan keamanan negara kita? ❖ Semangat juang yang tinggi ❖ Semangat rela berkorban untuk negara ❖ Bekerjasama dalam pasukan ❖ Mematuhi arahan ketua ❖ Amalan gaya hidup sihat ❖ Memiliki badan yang cergas/tangkas ❖ Cekap bermain senjata ❖ Berani menanggung risiko ❖ Berfikiran strategik ❖ Bijak merancang taktik ❖ Menerima pandangan orang lain ❖ Tidak bertindak terburu-buru ❖ Mengutamakan kepentingan negara Gambar menunjukkan lokasi pusat pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. (a) Bagaimanakah lokasi yang strategik memainkan peranan dalam pengasasan Kesultanan Melayu Melaka? ❖ Laluan perdagangan ❖ Antara timur dengan Barat ❖ Mengawal laluan kapal dagang ❖ Bentuk muka bumi berbukit-bukau ❖ Sesuai sebagai benteng pertahanan ❖ Menjadi panduan kapal dagang ❖ Pokok bakau dan api-api di pesisir pantai ❖ Benteng pertahanan dan pelindung semula jadi ❖ Sukar ditembusi oleh musuh ❖ Terlindung daripada tiupan angin monsun ❖ Membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh dengan selamat (b) Kepimpinan berwibawa merupakan antara faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Jelaskan konsep daulat dan alat kebesaran diraja Kesultanan Melayu Melaka. ❖ Daulat ialah kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin ❖ Rakyat mengakui kedaulatan raja ❖ Rakyat memberikan taat setia sepenuhnya ❖ Rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja ❖ Alat kebesaran diraja digunakan semasa upacara istiadat pertabalan / perkahwinan/kemangkatan raja ❖ Cap mohor/ nobat/ keris/ lembing/ mahkota ❖ Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa ❖ Mengukuhkan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan (c) Berikan cadangan anda untuk mengekalkan kegemilangan kerajaan. ❖ Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat ❖ Membentuk pentadbiran yang cekap ❖ Memperkuat sistem pertahanan negara ❖ Berwaspada dengan anasir luar ❖ Melantik pegawai yang berwibawa/ berkebolehan ❖ Mengukuhkan jati diri pemimpin dan rakyat ❖ Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain ❖ Menggunakan pendekatan berhemah dalam menyelesaikan masalah ❖ Bersikap terbuka menerima perubahan ❖ Berani membuat pembaharuan ❖ Menguasai ICT/sains teknologi ❖ Mempertingkatkan kemahiran rakyat ❖ Berkongsi kepakaran/teknologi moden


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 28 Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan disebabkan oleh perkembangan perdagangan. (a) Apakah kemudahan yang terdapat di pelabuhan Melaka yang menarik minat pedagang? ❖ Gudang tempat menyimpan barang ❖ Kemudahan pengangkutan ❖ Kemudahan bekalan makanan dan minuman ❖ Khidmat membaiki kapal ❖ Tempat penginapan ❖ Syahbandar menjaga kebajikan pedagang ❖ Kemudahan tempat beribadat (b) Bagaimanakah syahbandar memastikan pengurusan perdagangan berjalan lancar? ❖ Menguruskan pelabuhan dengan teratur dan cekap ❖ Merupakan pegawai yang mahir dan berpengalaman ❖ Menguruskan pasar dan gudang ❖ Menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang ❖ Memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang ❖ Menjadi hakim di pelabuhan ❖ Menguruskan cukai ❖ Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah aktiviti perdagangan di negara kita dapat dimajukan? ❖ Meningkatkan produktiviti ❖ Meningkatkan hubungan antarabangsa ❖ Mengalakkan kemasukan pelabur asing ❖ Menjamin keselamatan negara ❖ Memperkasakan peranan pelabuhan bebas cukai ❖ Memperluas kawasan pasaran ❖ Menyediakan pelbagai kemudahan moden/berteknologi tinggi ❖ Mempromosikan barangan negara ❖ Mengadakan perjanjian persefahaman dengan negara luar ❖ Menjalinkan kerjasama ekonomi ❖ Melaksanakan pengurusan pelabuhan yang cekap dan sistematik ❖ Melatih pekerja pelabuhan dengan kemahiran pengurusan/pengendalian ❖ Menawarkan pelbagai insentif ❖ Bagi menarik kemasukan modal asing Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar dalam bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan. (a) Jelaskan hubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Alam Melayu berikut: i. Pasai ❖ Dasar sama taraf ❖ Hubungan melalui perkahwinan ❖ Sultan Melaka dengan Puteri Ratna Kaumala ❖ Dasar berkongsi pendapat ❖ Perbincangan berkaitan Islam ❖ Membantu kemunculan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam ii. Demak ❖ Dasar kepentingan bersama ❖ Perdagangan dan penyebaran Islam ❖ Kerajaan Demak membekalkan beras, bahan makanan, rempah ratus dan tentera kepada Melaka ❖ Menjamin keamanan dan kemakmuran (b) Huraikan hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan China dan Siam. ❖ Hubungan dengan China berbentuk hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan ❖ Kunjungan utusan dari China ❖ Yin Ching (1403) dan Laksamana Zheng He (1405) ❖ Melaka dikurniakan payung kuning/ cap mohor/sepersalinan pakaian


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 29 ❖ Tanda pengiktirafan Maharaja China kepada Sultan Melaka ❖ Melaka mendapat naungan dan perlindungan daripada China ❖ Dapat mengelakkan ancaman Siam. ❖ Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan ❖ Melaka menghantar utusan ke Siam ❖ Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ❖ Melaka memperoleh bekalan kayu jati/ beras/bahan makanan daripada Siam ❖ Dapat menjamin keselamatan Melaka (c) Pada pandangan anda, mengapakah hubungan luar penting kepada negara? ❖ Menjamin keselamatan dan keamanan ❖ Mengelakkan konflik/peperangan ❖ Meningkatkan pembangunan ekonomi ❖ Menjalankan perdagangan bebas ❖ Menggalakkan pertukaran mata wang ❖ Mampu bersaing di peringkat global ❖ Menarik pelaburan asing ❖ Pemindahan/pertukaran teknologi ❖ Meluaskan pasaran barangan Malaysia ❖ Bebas daripada ancaman kuasa luar ❖ Bekerjasama menyelesaikan isu ❖ Menangani jenayah/gejala sosial ❖ Mengekalkan kestabilan politik ❖ Memperkaya seni budaya/warisan Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah negara Islam? ❖ Memartabatkan perbankan Islam ❖ Meletakkan Islam sebagai agama rasmi ❖ Menjadi pelopor hub halal dunia ❖ Tempat rujukan negara Islam yang lain ❖ Menjalinkan hubungan dengan negara Islam ❖ Penubuhan Tabung Haji ❖ Sistem perbankan Islam menjadi pilihan pengguna ❖ Penekanan pensijilan halal bagi restoran dan hotel ❖ Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa ❖ Penganjuran tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa ❖ Pengamalan undang-undang syariah ❖ Penubuhan SPRM bagi menangani rasuah ❖ Penambahbaikan infrastruktur masjid ❖ Penubuhan sekolah berasaskan pendidikan Islam ❖ Madrasah, pusat tahfiz, sekolah agama kerajaan dan swasta LATIH TUBI BAB 5 https://quizizz.com/join/quiz/5f9cedadad6a5a00 1dc84d32/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 30 Bab 6 Kesultanan Johor Riau SK 6.2 Kesultanan Johor Riau dan Kerajaan-kerajaan Melayu 1. Apakah sumbangan Sultan Alauddin Riayat Shah I terhadap Kesultanan Johor Riau? A Mengalahkan Portugis di Melaka B Menggubal undang-undang tubuh C Mematahkan serangan Raja Kecil D Mengasaskan Kesultanan Johor Riau 2. Mengapakah Perang Tiga Segi antara Aceh, Johor dan Portugis berlaku? A Perebutan wilayah Tungkal B Penyebaran agama kristian C Perebutan kuasa pemerintahan D Penguasaan perdagangan di Selat Melaka 3. Bagaimanakah konflik antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil berakhir? A Pertolongan daripada kerajaan Jambi B Pelantikan Daeng Merewah sebagai raja C Pengunduran Laksamana ke Terengganu D Perpecahan wilayah kerajaan Johor Riau 4. Mengapakah pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau sering berubah? A Keperluan strategi pertahanan B Kedudukan strategik untuk perdagangan C Kemudahan pelabuhan di pesisiran pantai D Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian 5. Bagaimanakah Johor membantu Belanda dalam Perang Belanda-Portugis? I Memberi senjata II Menggali parit kubu III Membuat tapak meriam IV Merawat tentera yang cedera A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Mengapakah pedagang Jawa memilih untuk berdagang di Johor? A Memperdagangkan hasil hutan B Menolak berdagang dengan Portugis C Mendapatkan bekalan beras dari Johor D Membuka perkampungan baru di Tanah Melayu 7. Apakah barangan tempatan yang dikumpulkan di pelabuhan Johor Riau? I Damar II Seramik III Tembaga IV Kayu gaharu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Mata wang bagi urusan jual beli telah diperkenalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I. Apakah nama bagi mata wang timah? A Katun B Krone C Kijang D Kupang 9. Apakah peranan Orang Laut terhadap Kesultanan Johor Riau? I Menunda kapal dagang II Mengawal keselamatan III Mengutip cukai pelabuhan IV Mengangkut barang dagangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10. Apakah sumbangan Tun Seri Lanang terhadap Kesultanan Johor Riau? A Menguruskan adat istiadat B Melaksanakan peluasan kuasa C Menulis semula Sulalatus Salatin D Menjadi pengiring peribadi sultan JAWAPAN: 1 D 2 D 3 C 4 A 5 C 6 B 7 B 8 A 9 A 10 C


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 31 Kesultanan Johor Riau mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. (a) Bagaimanakah Kesultanan Johor Riau diasaskan? ❖ Diasaskan oleh Raja Ali ❖ Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat ❖ Membuka negeri di pesisir Sungai Johor ❖ Pusat pemerintahan dibina di Kota Kara, Pekan Tua ❖ Berhampiran sungai yang lebar dan dalam memudahkan kapal keluar masuk ❖ Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar (b) Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh Kesultanan Johor Riau sebelum mencapai zaman kegemilangannya. ❖ Persaingan Johor-Acheh-Portugis ❖ Menguasai perdagangan di Selat Melaka ❖ Perang Johor-Jambi ❖ Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi ❖ Konflik pembesar ❖ Antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil ❖ Menguasai pemerintahan Johor Riau ❖ Ancaman/serangan Raja Kechil ❖ Raja Kechil menuntut takhta kerajaan Johor (c) Bagaimanakah kedaulatan negara dapat dikekalkan? ❖ Memupuk semangat patriotisme rakyat ❖ Mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara ❖ Mengekalkan keamanan/kesejahteraan ❖ Menyokong usaha kerajaan memajukan negara ❖ Menghargai perjuangan tokoh/pejuang tanah air ❖ Menghormati lambang kebesaran negara ❖ Bersifat setia dan cinta akan negara ❖ Berkorban mempertahankan negara ❖ Peka terhadap isu/masalah negara/rakyat ❖ Mengamalkan semangat kekitaan ❖ Memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum Terdapat beberapa kerajaan Alam Melayu yang telah menjadi pusat persuratan yang penting. (a) Namakan pusat persuratan Kesultanan Johor Riau. ❖ Batu Sawar / Pulau Penyengat / Riau (b) Apakah isi kandungan karya agung berikut? i. Sulalatus Salatin: ❖ Asal usul keturunan raja-raja Melaka ❖ Adat istiadat kerajaan ❖ Sejarah Kesultanan Melayu Melaka ii. Hikayat Hang Tuah: ❖ Ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja ❖ Kesultanan Melayu Melaka ❖ Kehebatan Hang Tuah bertarung (c) Selain dua karya di atas, senaraikan karya lain yang terdapat dalam Kesultanan Johor Riau. ❖ Tajul Salatin / Mahkota Raja-Raja ❖ Tuhfat al-Nafis ❖ Salasilah Melayu dan Bugis ❖ Gurindam Dua Belas ❖ Hikayat Anak Panah Sedasa ❖ Syair Ungku Puteri (d) Karya persuratan kerajaan Alam Melayu merupakan warisan bernilai kepada masyarakat kini. Beri hujah anda. ❖ Mencetuskan unsur pemikiran ❖ Sistem nilai dan kepercayaan ❖ Falsafah dan pandangan hidup bangsa ❖ Menjadi bahan rujukan sejarah ❖ Menjadi bahan kajian hari ini ❖ Mengetahui asal usul / sejarah (e) Bagaimanakah kita dapat memastikan bidang sastera menjadi tarikan rakyat Malaysia? ❖ Mengadakan bengkel penulisan sastera secara lebih tersusun dan menyeluruh


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 32 ❖ Mengadakan pameran buku-buku sastera yang dihasilkan oleh penulis dulu dan kini ❖ Mempromosikan hasil karya sastera melalui media cetak dan media elektronik ❖ Menanam minat penulisan sastera dalam diri masyarakat seawal umur persekolahan Kesultanan Johor Riau mencapai kegemilangannya dalam aspek perdagangan. (a) Pelabuhan Johor Riau menjadi tumpuan para pedagang. Buktikan. ❖ Tumpuan pedagang China, Gujerat, Belanda dan Inggeris ❖ Pedagang Jawa memilih pelabuhan Johor kerana tidak mahu berdagang dengan Portugis di Melaka ❖ Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras ❖ Tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan Alam Melayu lain (b) Bagaimanakah kedudukan strategik membantu Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul? ❖ Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar ❖ Sungai Johor yang lebar dan dalam ❖ Lokasi pelabuhan di selatan Selat Melaka ❖ Membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat ❖ Pelabuhan Riau terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik ❖ Menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga (c) Huraikan pengurusan pelabuhan Kesultanan Johor Riau hingga berkembang sebagai pelabuhan entrepot. ❖ Kemudahan pelabuhan ❖ Menyediakan gudang bawah tanah ❖ Untuk menyimpan barangan ❖ Bagi mengelakkan kebakaran berlaku ❖ Urusan jual beli ❖ Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan penggunaan mata wang ❖ Mata wang emas (mas), perak (kupang) dan timah (katun) ❖ Mata wang asing digunakan ❖ Dolar Sepanyol/ Dolar Mexico/ duit belanda ❖ Syahbandar mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan ❖ Cukai yang dikenakan berpatutan ❖ Syahbandar menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan ❖ Sistem naungan ❖ Kepada pedagang luar dan tempatan ❖ Daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu ❖ Sebahagia hasil keuntungan diberikan dalam bentuk cukai perdagangan ❖ Pedagang mendapat surat kebenaran daripada Belanda ❖ Dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka ❖ Peranan Orang Laut ❖ Pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang, pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka ❖ Mengawal keselamatan ❖ Menjadi tentera angkatan laut ❖ Kemudahan membaiki dan membina kapal ❖ Orang Laut mahir membina kapal ❖ Membuat kapal pesisir pantai ❖ Kolek, banteng, penjajap, balok, pencalang (d) Nyatakan kesan perkembangan perdagangan kepada Kesultanan Johor Riau. ❖ Hubungan perdagangan menjadi lebih luas ❖ Hasil pendapatan semakin meningkat ❖ Pendedahan kepada sistem jual beli ❖ Penggunaan mata wang diperluas ❖ Membentuk akhlak yang mulia ❖ Mempelajari bahasa lain ❖ Mewujudkan keadilan dalam ekonomi ❖ Berani menghadapi risiko ❖ Mudah mendapat barangan dari luar ❖ Dapat berkomunikasi dengan orang luar ❖ Menjadi tumpuan para pedagang ❖ Mengambil alih peranan Melaka dan Aceh sebagai pusat perdagangan yang unggul


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 33 Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada sejarah Kesultanan Johor Riau. ❖ Pemimpin yang berwibawa membawa kemajuan negara ❖ Rakyat mentaati raja dan pemimpin negara ❖ Membina kesedaran kebangsaan serta cinta akan negara ❖ Kepentingan semangat perpaduan ke arah pembinaan negara bangsa berdaulat ❖ Perpaduan antara rakyat dan pemimpin demi mengekalkan kemerdekaan negara ❖ Sentiasa memupuk persefahaman dan permuafakatan ❖ Mempunyai jati diri demi pembangunan dan keperibadian negara ❖ Berkorban untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara ❖ Mengamalkan prinsip Rukun Negara ❖ Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ❖ Mendaulatkan undang-undang negara ❖ Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan ❖ Tabah menghadapi cabaran ❖ Bijak mengatur strategi dekmi kepentingan dan pembangunan negara ❖ Mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri ❖ Berbangga dengan tradisi dan budaya LATIHAN BAB 6 https://quizizz.com/join/quiz/5f9d66a052d1c300 1f2c1c25/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 34 Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor SK 6.2 Kesultanan Johor Riau dan Kerajaan-kerajaan Melayu 1. Jadual berikut berkaitan tokoh yang telah menyumbang terhadap perkembangan Kesultanan Pahang. • Raja Muhammad • Raja Wan Ahmad Apakah sumbangan mereka? A Membuka negeri B Menjadi pemerintah C Mempertahankan negeri D Mendirikan pusat pemerintahan 2. Mengapakah Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka pada abad ke-15? A Perang saudara B Serangan Portugis C Konflik antara pembesar D Masalah perebutan takhta 3. Di manakah Sultan Zainal Abidin I mendirikan pusat pemerintahan yang pertama? A Tanjung Baru B Kuala Berang C Istana Maziah D Kuala Terengganu 4. Bagaimanakah Sultan Zainal Abidin III melakukan pemodenan di Terengganu? I Menubuhkan baitulmal II Menggubal undang-undang tubuh III Memperkemas sistem sukat dan timbang IV Melantik pegawai Barat sebagai pentadbir A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Siapakah yang menghadap Sultan Perak untuk mendapatkan pengiktirafan? A Raja Lumu B Tun Perak C Daeng Chelak D Temenggung Ibrahim 6. Apakah gelaran yang diberikan kepada waris pengganti Sultan Terengganu? A Raja Muda B Raja Bendahara C Tengku Mahkota D Yang Di-Pertuan Muda 7. Apakah amalan penggantian pemerintah yang diamalkan oleh Kesultanan Perak? A Sistem penggiliran B Sistem peralihan raja C Sistem perwarisan takhta D Sistem pemusatan kuasa 8. Siapakah yang turut menganggotai Dewan diRaja negeri Selangor? A Kadi B Mufti C Imam D Hakim 9. Pihak manakah yang berkuasa mengeluarkan tauliah penceramah agama? A Balai Islam B Majlis Agama C Pejabat istana D Mahkamah Syariah 10. Hukum Kanun Melaka menjadi asas rujukan undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu. Apakah warisan perundangan tersebut? I Hukum jual beli II Kekeluargaan Islam III Peraturan pelayaran IV Undang-undang hudud A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 35 11. Jadual merujuk kepada undang-undang yang digubal di negeri-negeri Melayu. • Berbentuk soal jawab • Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain Apakah undang-undang tersebut? A Hukum Kanun Melaka B Hukum Kanun Pahang C Undang-Undang Kedah D Undang-Undang 99 Perak 12. Adat istiadat merupakan identiti dan keunikan warisan Kesultanan Melayu. Apakah upacara yang terlibat semasa adat keputeraan dijalankan? I Bersiram II Berendoi III Bercukur IV Berkhatan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 13. Jadual merujuk karya persuratan negeri-negeri Melayu. • Sastera rakyat • Dibukukan oleh Tengku Ampuan Mariam permaisuri Terengganu Apakah judul karya tersebut? A Misa Melayu B Hikayat Isma Yatim C Hikayat Pelandok Jenaka D Syair Tawarikh Zainal Abidin 14. Kitab Tib telah disalin oleh Haji Mahmud alJawi, Terengganu pada tahun 1819. Apakah isi kandungan karya tersebut? A Sastera rakyat B Salasilah raja C Pendidikan D Perubatan 15. Apakah barang yang didagangkan di pelabuhan Kuala Terengganu? I Rotan II Lada hitam III Senjata IV Kain sutera A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV JAWAPAN: 1 B 2 B 3 A 4 C 5 A 6 D 7 A 8 B 9 C 10 A 11 D 12 C 13 B 14 D 15 D Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. (a) Siapakah pengasas Kesultanan Perak? ❖ Raja Muzaffar (b) Di manakah pusat pemerintahan pertama bagi Kesultanan Perak? ❖ Tanah Abang di pesisir Sungai Perak (c) Apakah alat kebesaran yang terdapat di Kesultanan Perak? ❖ Pedang Cura Si Manja Kini ❖ Keris Taming Sari ❖ Cap mohor ❖ Nobat ❖ Surat Ciri ❖ Mahkota Diraja ❖ Batu geliga Mestika Embun (d) Siapakah pembesar Perak yang terlibat dalam pengasasan Kesultanan Perak? ❖ Tun Saban ❖ Nakhoda Kassim (e) Pada pendapat anda, apakah warisan Kesultanan Melayu Melaka yang terdapat pada Kesultanan Perak? ❖ Menggunakan gelaran sultan ❖ Adat istiadat Melayu ❖ Agama Islam sebagai agama rasmi ❖ Bahasa Melayu


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 36 ❖ Sistem pewarisan takhta mementingkan keturunan sebelah bapa ❖ Putera sulung dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan ❖ Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan ❖ Undang-undang berasaskan Hukum Kanun Melaka Kesultanan Terengganu mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Johor Riau. (a) Kesultanan Terengganu dan Kesultanan Johor Riau mempunyai hubungan rapat. Buktikan. ❖ Terengganu merupakan wilayah naungan Kesultanan Johor Riau. ❖ Diasaskan oleh keluarga diraja daripada susur galur Bendahara Johor Riau ❖ Sultan Abdul Jalil menganugerahkan Terengganu kepada Tun Zainal Abidin ❖ Merupakan putera Tun Habib Abdul Jalil iaitu Bendahara Johor Riau ke-11 ❖ Raja Patani menabalkan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu (b) Apakah sumbangan Sultan Zainal Abidin III dalam memodenkan Terengganu? ❖ Menggubal undang-undang tubuh ❖ Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu / Itqan al-muluk bi ta’dil alsuluk ❖ Memperkemas sistem sukat dan timbang ❖ Menubuhkan mahkamah syariah ❖ Menubuhkan pasukan polis ❖ Membina Istana Maziah (c) Pada pandangan anda, apakah kriteria yang penting untuk membina sesebuah pusat pentadbiran? ❖ Lokasi yang strategik ❖ Terlindung daripada ancaman bencana alam ❖ Memiliki kemudahan yang selesa di sekitarnya ❖ Bagi memudahkan rakyat dan orang luar berurusan ❖ Jaringan pengangkutan yang terbaik ❖ Kemudahan perhubungan/komunikasi ❖ Kemudahan pengangkutan awam ❖ Kawasan rekreasi yang selesa/menarik ❖ Kawasan perumahan yang terancang ❖ Pusat perniagaan / perindustrian ❖ Peluang pekerjaan yang luas Agama Islam telah mempengaruhi sistem pemerintahan dan perundangan negeri-negeri Melayu. (a) Bagaimanakah pengaruh agama Islam dalam pemerintahan? ❖ Sultan merupakan ketua agama ❖ Jawatan mufti, kadi ❖ Penubuhan mahkamah syariah dan Jabatan Agama Islam ❖ Tokoh agama berperanan dalam pentadbiran istana dan negeri ❖ Mufti merupakan anggota Dewan di-Raja Selangor ❖ Sultan mendaulatkan syiar Islam ❖ Tauliah penceramah agama dikeluarkan oleh pejabat istana setelah ditandatangani oleh sultan (b) Nyatakan fasal-fasal yang diwarisi daripada Hukum Kanun Melaka. ❖ Peraturan dan larangan istana ❖ Kekeluargaan Islam ❖ Jenayah ❖ Hutang-piutang ❖ Hukum jual beli (c) Mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara? ❖ Mengawal disiplin masyarakat ❖ Hukuman dikenakan terhadap kesalahan yang dilakukan ❖ Rakyat takut melakukan kesalahan kerana tidak mahu dihukum ❖ Mewujudkan keamanan / kestabilan ❖ Mengelakkan penindasan ❖ Melindungi golongan yang lemah ❖ Melindungi kepentingan / kebajikan rakyat ❖ Menjaga hak asasi rakyat ❖ Menjamin taat setia rakyat kepada raja dan negara ❖ Menjamin keharmonian hidup masyarakat


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 37 Gambar berikut menunjukkan adat istiadat yang merupakan keunikan warisan Kesultanan Melayu. Adat Keputeraan Adat Perkahwinan (a) Bincangkan upacara yang dilakukan dalam adat keputeraan. ❖ Melenggang perut ketika kandungan berusia 7 bulan ❖ Untuk membetulkan kedudukan bayi dalam perut ibu ❖ Bagi memudahkan proses kelahiran ❖ Bayi diperdengarkan azan sebaik sahaja dilahirkan ❖ Bercukur apabila bayi berusia 7 hari ❖ Berendoi iaitu meletakkan bayi di dalam buaian ❖ Diperdengarkan alunan marhaban (b) Bagaimanakah adat perkahwinan orang Melayu dilaksanakan? ❖ Merisik ❖ Meminang ❖ Bertunang ❖ Berinai besar ❖ Khatam al-Quran ❖ Pernikahan ❖ Persandingan dan bertepung tawar ❖ Santap beradab ❖ Bersiram di atas panca persada (c) Mengapakah adat istiadat ini perlu dipertahankan dalam kalangan masyarakat? ❖ Melambangkan identiti negara ❖ Mewujudkan keharmonian rakyat ❖ Menjadi tarikan pelancongan ❖ Meningkatkan ekonomi negara ❖ Meningkatkan imej negara ❖ Menjadi tatapan generasi akan datang ❖ Memupuk semangat patriotik ❖ Mewujudkan rasa bangga dengan kebudayaan negara ❖ Mengukuhkan jati diri ❖ Mengekalkan kesinambungan tamadun (d) Jika anda terlibat dalam program pertukaran pelajar, bagaimanakah anda mempromosikan keunikan warisan seni budaya negara kita di luar negara? ❖ Memperkenalkan makanan tradisional ❖ Contohnya nasi lemak / lontong ❖ Menunjuk cara memasak makanan tradisional ❖ Membawa makanan tradisional negeri ❖ Dodol / lemang /ketupat / wajik ❖ Mengajarkan bahasa Melayu / dialek negeri ❖ Menonjolkan keunikan komunikasi rakyat Malaysia ❖ Supaya mereka tahu keindahan bahasa kita ❖ Bersajak / berpantun / bersyair ❖ Persembahan kebudayaan ❖ Tarian / nyanyian ❖ Tarian Zapin / Dikir Barat ❖ Bermain permainan tradisional rakyat ❖ Gasing / wau bulan / batu seremban ❖ Memakai pakaian tradisional ❖ Baju melayu / baju kurung / songket ❖ Menayangkan rancangan dokumentari tentang keunikan warisan negeri Melayu Kegemilangan sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka telah diteruskan oleh Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor. (a) Nyatakan bentuk aktiviti sara diri yang dilakukan oleh masyarakat Melayu. ❖ Pertanian ❖ Penternakan ❖ Perlombongan emas dan bijih timah ❖ Mengutip hasil hutan ❖ Perikanan ❖ Menampung keperluan harian ❖ Lebihannya untuk dijual ❖ Mengusahakan tanaman padi ❖ Tanaman sampingan buah-buahan dan sayur-sayuran


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 38 ❖ Mengusahakan hasil hutan seperti rotan, sumbu badak dan kayu-kayan ❖ Mengusahakan tanaman lada hitam (b) Huraikan bentuk mata wang yang digunakan oleh negeri-negeri tersebut. ❖ Perak - mata wang bongkah timah ❖ Dinamakan bidor ❖ Pahang – wang pitis daripada timah ❖ Mata wang tampang ❖ Terengganu – mata wang kupang emas ❖ Mata wang pitis ❖ Selangor – mata wang syiling (c) Apakah manfaat daripada perkembangan ekonomi di negara kita? ❖ Menambahkan peluang pekerjaan ❖ Menggalakan pelaburan asing ❖ Meningkatkan perkembangan ilmu ❖ Memupuk sikap berdaya saing ❖ Menguasai pelbagai kemahiran ❖ Menguasai bidang sains dan teknologi ❖ Meningkatkan penguasaan ICT ❖ Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif ❖ Meningkatkan pendapatan negara ❖ Berani menanggung risiko (d) Bagaimanakah kerajaan dapat mempertingkat pengeluaran hasil pertanian negara? ❖ Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) ❖ Bagi menghasilkan biji benih tanaman yang tahan penyakit dan memberikan hasil yang banyak ❖ Meningkatkan kualiti hasil pengeluaran ❖ Mencari tapak pertanian yang luas dan lengkap dengan kemudahan asas ❖ Bagi menarik minat golongan muda menjadi petani moden ❖ Menggunakan teknologi moden ❖ Bagi meningkatkan produktiviti ❖ Dapat memenuhi permintaan pasaran ❖ Menghantar pegawai pertanian ke negara maju ❖ Mempelajari teknik dan kaedah moden ❖ Bagi meningkatkan hasil pertanian Bagaimanakah agama dapat memupuk perpaduan kaum di negara kita? ❖ Program rumah terbuka diadakan pada hari perayaan ❖ Dapat merapatkan jurang perpaduan antara kaum ❖ Mengetahui adat dan budaya kaum lain ❖ Mengeratkan silaturahim ❖ Menyemai rasa hormat terhadap agama lain ❖ Mempraktikkan ajaran agama yang betul ❖ Masyarakat hidup aman dan sejahtera ❖ Upacara keagamaan dapat mengukuhkan integrasi nasional ❖ Ajaran agama mengandungi nilai perpaduan LATIHAN BAB 7 https://quizizz.com/join/quiz/5f9e825d6b59db00 1b53f643/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 39 Bab 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis SK 6.3 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 1. Menurut sumber sejarah, kerajaan Kedah diasaskan oleh keturunan raja Parsi atau Rom. Apakah sumber tersebut? A Tuhfat al-Nafis B Mahkota Raja-Raja C Kitab Darul Manzum D Hikayat Merong Mahawangsa 2. Mengapakah Tunku Ahmad (Raja Muda) membuka Kota Siputih? A Mendirikan pusat pemerintahan B Menjadi pelabuhan persinggahan C Menghadapi ancaman Siam dan Acheh D Membina kawasan persemayaman raja 3. Bagaimanakah Kedah muncul sebagai pusat perdagangan yang makmur? I Kedudukan Kuala Sungai Merbok II Penggunaan pelbagai bahasa pertuturan III Mempunyai tembok pertahanan yang kukuh IV Gunung Jerai sebagai panduan pedagang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4. Kelantan merupakan sebahagian daripada Negara Patani Besar. Siapakah pengasas Negara Patani Besar? A Raja Sakti I B Long Yunus C Puteri Saadong D Che Siti Wan Kembang 5. Apakah pusat pentadbiran bagi Kelantan Barat? A Kota Bharu B Kota Jembal C Kota Kubang Labu D Kota Pangkalan Datu 6. Gambar berikut menunjukkan wang emas Kelantan semasa pemerintahan Che Siti Wan Kembang. Mengapakah simbol seekor kijang digunakan pada mata wang tersebut? A Haiwan yang ajaib B Haiwan yang bijaksana C Haiwan yang membawa tuah D Haiwan kesayangan baginda 7. Siapakah yang mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan? A Raja Melewar B Yamtuan Antah C Daeng Merewah D Raja Minangkabau 8. Kuasa memilih Yamtuan Besar ditentukan oleh Undang Yang Empat. Apakah Undang tersebut? I Rembau II Kuala Pilah III Seri Menanti IV Sungai Ujong A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 9. Semasa di bawah pengaruh Siam, wilayah Kedah dipecahkan kepada empat unit pentadbiran. Apakah unit tersebut? I Setul II Perlis III Sungai Petani IV Padang Besar A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 40 10. Mengapakah Bunga Mas dihantar ke Bangkok setiap tiga tahun? A Lambang penyatuan B Lambang kebesaran C Lambang kemewahan D Lambang persahabatan 11. Apakah kesan pelantikan Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah Perlis? A Wilayah Setul menjadi wilayah Siam B Mendapat pengiktirafan Sultan Kedah C Perlis diiktiraf sebagai negeri berdaulat D Kota Kayang menjadi pusat pentadbiran 12. Mengapakah utusan dihantar oleh pemerintah ke negeri Melayu yang lain? A Menjalin kerjasama ekonomi B Menjamin keselamatan kerajaan C Mengembangkan bidang persuratan D Mendapatkan pengiktirafan kedaulatan 13. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Melayu dalam aspek penerimaan amalan budaya kerajaan lain? A Toleransi B Kerjasama C Menghormati D Persefahaman 14. Peta menunjukkan Sungai Linggi di Negeri Sembilan. Apakah kepentingan sungai tersebut? I Kawasan pungutan cukai II Lokasi pelabuhan entrepot III Kawasan perlombongan emas IV Laluan perhubungan dan perdagangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15. Bagaimanakah negeri-negeri Melayu berkongsi institusi pendidikan agama? A Menghantar ulama mengajar ilmu agama B Mengambil tenaga pengajar dari Alam Melayu C Menerima kehadiran penuntut pelbagai wilayah D Membuka cawangan pondok dan madrasah 16. Mengapakah pengiktirafan diperlukan daripada pemerintah kerajaan lain? A Mendapatkan perlindungan politik B Mengelakkan ancaman kuasa asing C Memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan D Menentukan keabsahan sultan sebagai pemerintah 17. Usaha Long Yunus menyatukan Kelantan berjaya dengan bantuan ketenteraan kerajaan Melayu yang lain. Apakah kerajaan tersebut? I Reman II Pattani III Pahang IV Terengganu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 18. Apakah sumbangan Sultan Muhammad Jiwa dalam usaha memajukan perdagangan di Kedah? A Memperkemas penggunaan mata wang B Menyediakan kemudahan di pelabuhan C Memperkenalkan jawatan syahbandar D Membina Pangkalan Lembah Bujang 19. Apakah mata wang yang digunakan dalam urusan perdagangan di Kelantan sejak tahun 1181? A Rial B Pitis C Dinar D Kijang


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 41 20. Apakah barang yang diperdagangkan oleh kerajaan Perlis kepada kerajaan Siam? I Beras II Gajah III Gading IV Bijih timah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV JAWAPAN: 1 D 2 C 3 B 4 A 5 C 6 D 7 A 8 B 9 A 10 D 11 C 12 D 13 A 14 B 15 C 16 D 17 B 18 A 19 C 20 B Pengasasan kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis merupakan penerusan daripada kegemilangan kerajaan Alam Melayu. (a) Namakan pengasas bagi kerajaan berikut: i. Kerajaan Kedah ❖ Maharaja Derbar Raja ii. Kerajaan Kelantan ❖ Raja Sakti I iii. Kerajaan Negeri Sembilan ❖ Raja Melewar (b) Awalnya Kelantan adalah sebahagian daripada negara Patani Besar. Terangkan latar belakang negara Patani Besar hingga membentuk kerajaan Kelantan. ❖ Gabungan wilayah Terengganu, Patani, Singgora dan Pathalung ❖ Pusat pentadbiran di Kota Pangkalan Datu ❖ Pemerintahannya dikenali sebagai Keluarga Diraja Jembal ❖ Bertahan hingga penghujung abad ke-17 ❖ Kemangkatan Raja Bahar menyebabkan Kelantan berpecah kepada dua wilayah pemerintahan ❖ Kelantan Barat dan Kelantan Timur ❖ Long Yunus berjaya menyatukan keduadua wilayah ini ❖ Baginda menaiki takhta dengan gelaran Yang di-Pertuan ❖ Mendapat pengiktirafan daripada Sultan Terengganu (c) Setiap kerajaan perlu mengukuhkan pemerintahan dan pertahanan di wilayah masing-masing. Mengapakah perkara tersebut dilakukan? ❖ Melicinkan pentadbiran kerajaan ❖ Menjamin kedaulatan negeri ❖ Mengekalkan keamanan negeri ❖ Memastikan pematuhan undang-undang ❖ Mengukuhkan ekonomi kerajaan ❖ Memastikan kelangsungan kerajaan ❖ Mengelak campur tangan kuasa asing ❖ Mengelakkan peperangan berlaku ❖ Memastikan keharmonian hidup rakyat ❖ Menjaga kebajikan rakyat Gambar berikut menunjukkan salah satu cara hubungan perdagangan terjalin antara kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dengan negerinegeri Melayu yang lain. (a) Jelaskan aspek geografi yang menjadi asas hubungan antara kerajaan tersebut. ❖ Sempadan antara negeri yang berjiran memudahkan perhubungan ❖ Tarikan hubungan termasuklah hasil sumber alam dan sumber bumi ❖ Sungai penting sebagai laluan perhubungan ❖ Dikongsi secara bersama-sama antara negeri ❖ Setiap negeri berusaha menjamin keselamatan laluan tersebut


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 42 ❖ Pembentukan pelabuhan di pinggi sungai menggalakkan hubungan negeri berjiran dengan kuasa luar (b) Nyatakan kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian barang dagangan yang telah menarik pedagang ke kerajaan tersebut. ❖ Kedah memperdagangkan beras, garam, damar, kapur barus dan emas urai ❖ Pedagang dari Perak dan Melaka membawa arang kayu, papan dan ikan kering ke Kedah ❖ Kedah merupakan pembekal gading dan gajah ❖ Kelantan memperdagangkan emas ❖ Perlis memperdagangkan beras dan bijih timah ❖ Negeri Sembilan memperdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus (c) Kedatangan pedagang luar memberikan kesan kepada kerajaan-kerajaan Melayu. Jelaskan pernyataan tersebut. ❖ Mempelbagaikan kegiatan ekonomi ❖ Memajukan ekonomi tempatan ❖ Mewujudkan hubungan diplomatik ❖ Mengekalkan kemakmuran negeri ❖ Memberikan keuntungan yang banyak ❖ Mewujudkan interaksi dengan masyarakat serantau dan luar (d) Sebagai seorang murid, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat dalam bidang perniagaan? ❖ Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang perniagaan ❖ Menghadiri seminar/bengkel usahawan ❖ Seperti platform e-dagang, Shopee ❖ Berkongsi minat berniaga dengan ibu bapa ❖ Meminta idea/ bantuan kewangan/ suntikan modal daripada keluarga ❖ Bergaul dengan kelompok rakan yang suka berniaga ❖ Belajar pengurusan akaun dengan betul ❖ Berani mencuba berniaga dengan jumlah yang kecil ❖ Menggunakan media sosial untuk mempromosikan barang jualan Kerajaan Perlis terletak di utara Tanah Melayu yang bersempadan dengan Siam. (a) Jelaskan latar belakang pembentukan kerajaan Perlis. ❖ Pembentukan kerajaan Perlis melibatkan pengaruh Kedah dan Siam. ❖ Perlis merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah ❖ Sultan Kedah telah menjadikan Perlis sebagai pusat pemerintahan kerajaan ❖ Sultan Kedah Ke-14 membina Kota Sena yang menjadi asas perkembangan bandar Kangar ❖ Sultan Kedah Ke-15 telah mengasas dan membangunkan Kota Kayang yang merangkumi pelabuhan Kuala Perlis dan Kota Keran ❖ Sultan Kedah Ke-21 membangunkan Kota Kayang II dan membentuk Mukim Arau ❖ Melantik Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu (b) Bagaimanakah pentadbiran kerajaan Perlis semasa di bawah pengaruh Siam pada tahun 1939? ❖ Wilayah Kedah dipecahkan kepada 4 unit pentadbiran ❖ Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah ❖ Perlis ditadbir oleh Syed Hussin Jamalullail ❖ Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah Perlis ❖ Syed Hussin Jamalullail menjadikan Arau sebagai pusat pentadbiran ❖ Pelantikan baginda sebagai pemerintah menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri berdaulat ❖ Keturunan baginda yang bergelar Syed memerintah kerajaan Perlis hingga kini dengan gelaran Raja Perlis ❖ Wilayah Setul kemudiannya diserapkan sebagai wilayah Siam ❖ Kubang Pasu kembali menjadi sebahagian wilayah Kedah


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 43 (c) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Perlis menghantar bunga emas kepada kerajaan Siam setiap tiga tahun sekali? ❖ Tanda persahabatan ❖ Menjamin keselamatan ❖ Mengiktiraf Perlis sebagai negeri naungan ❖ Mengelakkan serangan Siam ❖ Jalin hubungan perdagangan / diplomatik ❖ Menjamin keamanan negeri ❖ Menggalakkan pertukaran perdagangan ❖ Memajukan ekonomi negeri ❖ Mengelakkan pemberontakan dalaman (d) Gambar menunjukkan sepohon bunga emas kerajaan Perlis. Mengapakah direkabentuk sedemikian? ❖ Menunjukkan keunikan hasil seni ❖ Menunjukkan kehalusan seni pertukangan ❖ Mudah dibawa ❖ Menunjukkan kehebatan seni ukir Melayu ❖ Sesuai untuk dijadikan hiasan istana ❖ Cantik dan bernilai ❖ Tidak terlalu berat / besar ❖ Sesuai sebagai barang perhiasan ❖ Melibatkan kos yang tinggi ❖ Penggunaan emas tulen / saduran emas ❖ Menunjukkan kekayaan negeri Melayu ❖ Melambangkan identiti kerajaan Melayu Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Melayu yang lain. (a) Terangkan hubungan diplomatik yang dijalinkan menerusi bantuan pertahanan. ❖ Memastikan kelangsungan kerajaan ❖ Mengekalkan kedaulatan kerajaan daripada campur tangan kuasa lain ❖ Long Yunus mendapat bantuan ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dan kerajaan Reman ❖ Untuk menyatukan Kelantan ❖ Pelantikan Long Ghaffar dari kerajaan Reman sebagai Perdana Menteri Kelantan merangkap Panglima Perang ❖ Mengekalkan keamanan di Kelantan (b) Jelaskan cara hubungan diplomatik yang terjalin melalui perkahwinan antara negerinegeri Melayu. ❖ Perkahwinan diraja antara sesebuah kerajaan merupakan amalan tradisi ❖ Mengukuhkan hubungan antara kerajaan ❖ Menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan ❖ Onang Kening, puteri Kelantan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka ❖ Melahirkan Raja Muzaffar ❖ Menjadi Sultan Perak yang pertama ❖ Che’ Ku Wan, puteri Long Yunus dikahwinkan dengan Tengku Muhammad ❖ Putera Sultan Terengganu ❖ Raja Perlis, Raja Syed Hussin berkahwin dengan Tengku Nor Asiah ❖ Cucunda kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah, Sultan Kedah Ke-20 (c) Bincangkan kepentingan sesebuah kerajaan memelihara hubungan baik dengan kerajaan negeri lain. ❖ Menjamin kestabilan politik ❖ Rakyat hidup aman dan harmoni ❖ Kebajikan rakyat dijaga dengan baik ❖ Meningkatkan kualiti pendidikan ❖ Agar menjadi pilihan pelajar dan tenaga pengajar dari luar negara ❖ Pendidikan dapat mengubah status negara ❖ Meningkatkan taraf hidup rakyat ❖ Pelabur luar datang untuk membina kilang ❖ Menawarkan banyak peluang pekerjaan ❖ Pertukaran teknologi moden ❖ Menjaga keselamatan sempadan negara LATIH TUBI BAB 8 https://quizizz.com/join/quiz/5fa0b4059f6bbe00 1b9d3848/start?studentShare=true


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 44 Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis SK 6.3 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis SP 6.3.3 Menjelaskan warisan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis sehingga kini 1. Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Perlis? A Raja B Sultan C Raja Besar D Yamtuan Besar 2. Bagaimanakah penghulu berperanan dalam sistem pemerintahan sesebuah negeri? I Penguasa pada peringkat mukim II Wakil pentadbir bagi pihak kerajaan III Bertanggungjawab terhadap jajahan atau daerah IV Perantara antara rakyat dengan pemerintah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Pernyataan berikut merujuk kepada adat istiadat diraja. Majlis disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan. Apakah istiadat diraja tersebut? A Pertabalan diraja B Pemakaman pemerintah C Pemasyhuran pengganti Sultan D Penganugerahan Darjah Kebesaran 4. Siapakah yang mengetuai seruan “Daulat Tuanku” semasa istiadat pertabalan berlangsung? A Menteri Besar B Perdana Menteri C Jemaah Menteri Istana D Penyimpan Mohor Besar 5. Undang-Undang Tubuh setiap negeri menetapkan syarat penggantian pemerintah. Apakah syarat-syarat tersebut? I Berintegriti II Berpendidikan III Beragama Islam IV Berbangsa Melayu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Apakah larangan yang digariskan oleh Undang-Undang Tubuh kepada sultan atau raja? A Mencampuri urusan kerajaan lain B Mendapatkan bantuan kuasa luar C Menyerahkan negeri kepada kuasa lain D Mengahwini wanita bukan kerabat diraja 7. Apakah larangan yang dinyatakan dalam Undang-Undang Hukum Maksiat di Kelantan yang ditulis pada abad ke-19? I Perbuatan khalwat II Perkahwinan campur III Persembahan menora IV Perbuatan melaga lembu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Karya sejarah ini menceritakan kisah perang tentera Kedah. Apakah karya tersebut? A Syair Sultan Maulana B Hikayat Merong Mahawangsa C Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah D Salasilah Atau Tarikh Kerajaan Kedah 9. Gambar menunjukkan keunikan tebar layar berbentuk “V” terbalik pada rumah tradisional Kelantan.


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 45 Apakah keunikan tersebut? A Menyerlahkan kreativiti masyarakat B Menggunakan ukiran bermotif alam C Menggunakan hasil hutan tempatan D Memperoleh bahan binaan dari Siam 10. Gambar berikut adalah contoh warisan seni kraf tangan masyarakat Kelantan. Batik Lukis Wau Bulan Apakah elemen yang digambarkan daripada warisan tersebut? A Kreativiti B Kerjasama C Ketekunan D Kecekapan 1 A 2 B 3 C 4 A 5 D 6 C 7 D 8 A 9 B 10 A Pengenalan institusi beraja oleh setiap kerajaan merupakan warisan yang kekal hingga hari ini. (a) Nyatakan gelaran pemerintah bagi negeri berikut. ❖ Kerajaan Kedah: Sultan ❖ Kerajaan Perlis: Raja (b) Bagaimanakah pelantikan pengganti pemerintah dilakukan di kerajaan tersebut? ❖ Putera sultan atau raja sebagai pengganti ❖ Daripada jurai keturunan pemerintah pengasas (c) Apakah tugas jawatan berikut dalam sistem pemerintahan beraja? i. Pembesar: ❖ Wakil pentadbir bagi pihak kerajaan ❖ Menjaga jajahan atau daerah ii. Penghulu: ❖ Penguasa pada peringkat mukim ❖ Orang perantaraan antara rakyat dengan pemerintah (d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan jawatan (c) terhadap pentadbiran negerinegeri Melayu? ❖ Membantu melicinkan pentadbiran di peringkat jajahan, daerah dan mukim ❖ Dapat berkomunikasi terus degnan rakyat ❖ Mengetahui permasalahan rakyat ❖ Menjadi tempat rujukan kepada rakyat ❖ Membantu menyelesaikan masalah rakyat ❖ Mewujudkan keamanan negeri Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri telah digubal di kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis. (a) Apakah kandungan yang terdapat dalam perundangan tersebut? ❖ Penggantian pemerintah ❖ Sultan/raja hendaklah lelaki, berketurunan raja, bangsa Melayu dan beragama Islam ❖ Peranan sultan atau raja ❖ Raja sebagai Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam ❖ Badan penasihat sultan atau raja ❖ Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar ❖ Membantu sultan atau raja dalam mentadbir negeri dan rakyat ❖ Tanggungjawab sultan atau raja ❖ Larangan menyerahkan negeri atau kuasa kepada kerajaan lain ❖ Sultan/raja berhak memilih Menteri Besar ❖ Hak rakyat dalam pentadbiran ❖ Warganegara berumur 21 tahun layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 46 (b) Jelaskan pemantapan undang-undang Islam bagi kerajaan Kedah dan Kelantan. ❖ Kedah memperkenalkan enakmen zakat ❖ Diuruskan menerusi sebuah jawatankuasa ❖ Kelantan memperkenalkan enakmen dan pekeliling ❖ Berkaitan undang-undang jenayah Islam ❖ Busana cara Islam dalam kehidupan rakyat ❖ Hukum Maksiat di Kelantan ❖ Melarang perbuatan laga lembu ❖ Dan persembahan menora (c) Terangkan iktibar yang diperoleh daripada sistem pentadbiran kerajaan negeri tersebut? ❖ Bijak menyusun strategi ❖ Rasional dalam sebarang tindakan ❖ Menguasai ilmu pengetahuan ❖ Meningkatkan kebolehan kepimpinan ❖ Mengukuhkan persaudaraan ❖ Bersatu padu memajukan negara ❖ Bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan ❖ Meningkatkan kestabilan politik ❖ Menjamin kesejahteraan hidup rakyat Gambar menunjukkan keunikan seni ukir kayu yang terdapat pada binaan rumah tradisional. (a) Jelaskan warisan seni ukir dan seni bina kerajaan Kelantan dan Kedah. Seni ukir: ❖ Motif haiwan digantikan dengan motif alam yang bersesuaian dengan amalan Islam ❖ Kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan bangunan seperti masjid Seni bina: ❖ Binaan istana, rumah dan hiasan ukiran daripada kayu berkualiti ❖ Keunikannya ialah tebar layar berbentuk “V” terbalik ❖ Dihiasi ukiran bermotif alam ❖ Contoh; Ukiran Tebuk / Kiasan Matahari ❖ Penggunaan tiang rumah yang banyak ❖ Menggunakan hasil hutan tempatan ❖ Berdaya tahan dengan perubahan cuaca (b) Huraikan warisan seni pertukangan, seni kraf tangan dan seni persembahan kerajaan Kelantan, Kedah dan Perlis. Seni pertukangan: ❖ Pertukangan perhiasan daripada emas dan perak ❖ Serlahkan kreativiti masyarakat tempatan ❖ Pertukangan senjata tradisional ❖ Seperti keris Seni kraf tangan: ❖ Kreativiti hasil kraf tangan masyarakat ❖ Anyaman tikar dan bakul rotan ❖ Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik Seni persembahan: ❖ Keunikan setiap kerajaan ❖ Awang Batil ialah penglipurlara di Perlis ❖ Wayang Kulit Kelantan diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah kategori warisan tidak ketara ❖ Mek Mulung ialah teater tradisional Kedah (c) Wajarkah warisan kesenian negeri-negeri Melayu dipertahankan dan dipelihara pada masa kini? Ya, wajar: ❖ Tarikan industri pelancongan negara ❖ Agar tidak hilang / lapuk ditelan zaman ❖ Simbol kemegahan / kegemilangan negeri ❖ Menunjukkan keunikan identiti negeri ❖ Membuka banyak peluang kerjaya ❖ Menyatupadukan penduduk pelbagai kaum ❖ Melahirkan rasa cinta akan negara ❖ Menzahirkan rasa bangga terhadap warisan negara ❖ Meningkatkan pendapatan penduduk ❖ Membangunkan ekonomi negara Tidak wajar: ❖ Ketinggalan zaman ❖ Generasi kini lebih berminat dengan budaya dari luar ❖ Tiada kemahiran kesenian tradisional ❖ Melibatkan kos / komitmen yang tinggi


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 47 ❖ Pembuatannya memerlukan masa yang panjang dan remeh ❖ Remaja lebih berminat dengan gajet moden (d) Bagaimanakah warisan kesenian negara dapat terus kekal untuk tatapan generasi akan datang? ❖ NGO mengadakan kempen kesedaran ❖ Kempen Cintai Kesenian Tradisional ❖ Memperkasakan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ❖ Menganjurkan pameran/bengkel/kursus ❖ Kerajaan memperkenalkan sukatan pelajaran berkaitan warisan negara ❖ Diselitkan elemen warisan kesenian dalam mata pelajaran Sejarah / Pendidikan Seni ❖ Kerajaan memperbanyak pusat kemahiran / latihan kesenian tradisional ❖ Bagi menarik minat generasi muda/pelajar ❖ Menyediakan pelbagai insentif menarik ❖ Dana kewangan / sokongan / tenaga pengajar profesional ❖ Memperbanyak tapak jualan / karnival hasil kraf tangan / kebudayaan tradisional ❖ Dijadikan pameran, jualan, kelas, bengkel ❖ Bagi menarik kedatangan pelancong ❖ Contoh; Gelanggang Seni di Kelantan ❖ Memperkasakan peranan ASWARA ❖ Melatih pelapis muda dalam kesenian dan kebudayaan tradisional ❖ Mengadakan pesta kesenian pada peringkat kebangsaan / antarabangsa ❖ Kerajaan mengadakan Tahun Melawat Malaysia ❖ Mengadakan pertandingan warisan pada peringkat sekolah / universiti / negeri ❖ Sekolah / kolej / universiti menubuhkan kelab atau persatuan warisan seni budaya ❖ Media massa menerbitkan rancangan dokumentari / program kebudayaan ❖ Mempromosikan warisan seni budaya ❖ Memanfaatkan media sosial ❖ Seperti youtube, tiktok, facebook ❖ Mengadakan program jelajah seni di setiap bandar/negeri ❖ Penerbit TV menganjurkan pertandingan warisan budaya tradisional ❖ Mencungkil bakat generasi muda dalam kesenian tradisional SP 6.3.4 Menghuraikan keunikan adat dan pemerintahan Negeri Sembilan 1. Mengapakah pelaksanaan hukuman Adat Perpatih bersifat pemulihan? A Mengikut pengaruh Islam B Melindungi kepentingan individu C Mengelak ketidakadilan hukuman D Membimbing pesalah ke arah kebaikan 2. Bagaimanakah Adat Perpatih memastikan kaum wanita tidak terabai? A Mewarisi harta pusaka B Mengutamakan perasaan wanita C Menyandang jawatan dalam adat D Menghalang perkahwinan sesama suku 3. Apakah acara yang berlaku semasa upacara kedim berlangsung? A Menjunjung al-Quran B Menyembah ketua adat C Mempersembah sirih junjung D Mengangkat sumpah taat setia 4. Pernyataan berikut merujuk kepada Adat Perpatih? X • Unit terkecil • Ahlinya terdiri daripada keturunan sebelah ibu Apakah X ? A Luak B Suku C Perut D Buapak 5. Lembaga merupakan Ketua Suku yang dilantik oleh Buapak. Apakah tugas Lembaga? A Menjadi lambang persekutuan B Mengurus pembahagian harta pusaka C Menjadi ketua rujukan adat dan hukum D Menghafal adat dan asal usul keluarga JAWAPAN: 1 D 2 A 3 D 4 C 5 B


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 48 Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan menerima perubahan semasa namun masih mengekalkan warisan keunikannya. (a) Senaraikan tiga suku yang terdapat di Negeri Sembilan. ❖ Biduanda / Batu Hampar / Paya Kumbuh / Mungkal / Tiga Nenek / Semelenggang / Selemak / Batu Belang / Tanah Datar / Anak Acheh / Anak Melaka / Tiga Batu (b) Bagaimanakah peraturan perkahwinan dalam Adat Perpatih? ❖ Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan ❖ Suku dianggap sebuah keluarga besar dan bersaudara ❖ Perkahwinan di luar suku digalakkan ❖ Bagi mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku ❖ Seseorang lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isterinya ❖ Digelar “orang semenda” (orang mendatang) ❖ Wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka ❖ Lelaki akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat ❖ Jika hendak mengembalikan hak perlu menjalankan adat memulih pusaka (c) Jelaskan cara untuk mengekalkan warisan Adat Perpatih. ❖ Mengalakkan kempen memahami Adat Perpatih melalui pelancongan ❖ Meningkatkan pendapatan rakyat melalui kemasukan para pelancong ❖ Meningkatkan penghayatan tentang Adat Perpatih ❖ Menggunakan filem dan dan drama bagi mempromosikan gaya hidup masyarakat dalam suku ❖ Menggalakkan penulisan buku tentang adat ❖ Menggunakan selebriti di media sosial untuk memperkenalkan Adat Perpatih kepada generasi muda ❖ Memperuntukkan dana pembangunan budaya Adat Perpatih ❖ Melantik NGO untuk tujuan promosi ❖ Membina kawasan khas untuk dijadikan sebagai tapak pameran seni budaya Adat Perpatih Sistem pentadbiran di Negeri Sembilan unik kerana menggunakan sistem Adat Perpatih yang mempunyai unsur demokrasi. (a) Senaraikan hierarki pemerintahan Adat Perpatih. ❖ Anak Buah dan Ibu Soko ❖ Buapak ❖ Lembaga ❖ Undang ❖ Yamtuan Besar (b) Bincangkan peranan setiap kumpulan utama masyarakat di Negeri Sembilan. ❖ Ibu Suko mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya ❖ Terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan Buapak ❖ Anak buah dalam Perut akan melantik seorang ketua yang digelar Buapak ❖ Buapak menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum ❖ Lembaga merupakan Ketua Suku yang dilantik oleh Buapak ❖ Memilih Undang dan Penghulu ❖ Menjaga keamanan dan keselamatan ❖ Menyelesaikan pertelingkahan antara Suku ❖ Mengurus pembahagian harta pusaka ❖ Undang merupakan Ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga ❖ Undang yang Empat ialah Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau ❖ Berkerapatan bagi memilih seorang yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin untuk menjadi Yamtuan Besar ❖ Yamtuan Besar dipilih oleh Undang Yang Empat


MODUL S&J SEJARAH TINGKATAN 2 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN, JURULATIH UTAMA SEJARAH 49 ❖ Berperanan sebagai ketua negeri ❖ Menjadi lambang kesatuan dan persekutuan ❖ Penyandang pesaka adat pada semua peringkat dipilih hasil permuafakatan (c) Mengapakah amalan demokrasi penting dalam sesebuah negara? ❖ Dapat memberi keadilan kepada rakyat ❖ Rakyat hidup aman damai ❖ Mewujudkan kerjasama antara rakyat ❖ Rakyat bebas menyuarakan pendapat selagi tidak menyalahi undang-undang ❖ Rakyat bebas memilih pemimpin ❖ Rakyat berhak membentuk kerajaan ❖ Memilih pemimpin melalui pilihan raya ❖ Mewujudkan semangat muafakat ❖ Pandangan rakyat diterima kerajaan ❖ Mengamalkan kepelbagaian budaya ❖ Membentuk perpaduan rakyat ❖ Menjamin keharmonian / kesejahteraan Asas amalan demokrasi dalam Adat Perpatih berlandaskan konsep pemuafakatan. Huraikan kepentingan pemuafakatan kepada masyarakat dan negara. ❖ Melahirkan semangat persaudaraan dengan warga serumpun agar wujud persefahaman ❖ Mendidik diri untuk menyelesaikan sebarang masalah secara musyawarah agar keputusan yang dicapai ❖ Melahirkan bangsa yang bersatu padu dan bertoleransi agar dapat mewujudkan keamanan ❖ Mewujudkan bangsa Malaysia yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain agar wujud ikatan yang teguh antara masyarakat ❖ Menjadikan bangsa Malaysia yang sentiasa bekerjasama dalam sesuatu perkara bagi mewujudkan keharmonian negara ❖ Mewujudkan sebuah negara yang aman serta dihormati oleh negara lain ❖ Menjadi negara contoh kepada negara-negara lain di dunia dan mengharumkan nama negara ❖ Memastikan keselamatan negara terjamin kerana tanggungjawab tersebut dipikul bersama oleh semua pihak tanpa mengira kaum ❖ Hal ini berjaya menyekat ruang dan peluang terhadap ancaman kuasa asing ❖ Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab mengekalkan kedaulatan negara ❖ Mengembangkan ekonomi negara LATIH TUBI BAB 9 https://quizizz.com/join/quiz/5fa1112e000a1100 1b004c1d/start?studentShare=true


Click to View FlipBook Version