The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusnizanyunan, 2019-11-27 08:30:16

INTENSIF SKOR SEJARAH SPM

CIKGU YUSNIZAN

Keywords: SEJARAH SPM

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM
CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN KERTAS SEJARAH SPM 2019

TARIKH WAKTU KOD KERTAS MASA
ISNIN 8.00 - 9.00 PAGI 1249/1 [30%]
18 NOVEMBER 2019 10.00 - 12.30 TGH 1249/2 [50%] 1 jam
40 soalan objektif
SELASA 2.00 - 5.00 PTG 1249/3 [20%] 2 jam 30 minit
19 NOVEMBER 2019 Bahagian A: 4 soalan struktur (wajib)
Bahagian B: 7 soalan esei (pilih 3 sahaja)

3 jam
Esei: Tugasan umum / Tugasan spesifik

APAKAH TINDAKAN ANDA SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN?
- 6 tema, 19 Bab, Tingkatan 4 & 5
1. KUASAI TEMA SEJARAH
2. KUASAI ISTILAH @ KATA KUNCI PADA SOALAN - panduan untuk kenalpasti tema dan bab
- kehendak soalan
3. MEMAHAMI KATA TUGAS PADA SOALAN - lihat pada peruntukan markah dan kata

4. KENAL PASTI SOALAN FAKTA @ KBAT kunci soalan

5. BUAT LATIH TUBI SOALAN (BERTERUSAN) - Jawab soalan sebenar SPM Kertas 1
- Latihan menjawab secara holistik (KBAT)
- Simulasi Kertas 3

 KUASAI TEMA SEJARAH (TINGKATAN 4)

TEMA BAB TAJUK SOALAN
Kemunculan Tamadun Awal Manusia - Makna, Pembentukan 2/3
1 Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Indus, Hwang Ho
2/3/4
7 Tamadun Awal Peningkatan Tamadun - Politik, Ekonomi, Sosial (Yunani,
Manusia 2 Rom, India, China), Sumbangan Tamadun, Kemunculan Agama 1/2

& Ajaran Utama
Tamadun Awal Asia Tenggara - Kerajaan awal
3 (Agraria, Maritim, Pengaruh Hindu Buddha)

Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di
4 Makkah - Zaman Jahiliah, Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.,
Penyebaran Islam di Makkah
Kerajaan Islam di Madinah - Perjanjian Aqabah, Hijrah,
Tamadun Islam 5 Piagam Madinah, Penyebaran Islam, Perjanjian Hudaibiyah
dan
Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya -
Perkembangan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, Turki
8 nya 6 Uthmaniyah, Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun

Lain di Dunia
Islam di Asia Tenggara - Teori Kedatangan Islam, Penyebaran
7 Islam di Asia Tenggara, Pengaruh Islam di Asia Tenggara

8 Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia sebelum
kedatangan Barat - Kesan Politik, Sosiobudaya, Ekonomi
Perkembangan di Eropah - Zaman Gelap, Zaman Renaissance,
9 Perkembangan di 9 Gerakan Reformation, Penjelajahan dan Penerokaan, Revolusi
Eropah dan 10 Pertanian, Revolusi Perindustrian, Imperialisme Barat di Asia
Kesannya Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara -
Terhadap Ekonomi Tradisional, Ekonomi Dagangan, Dasar British
Terhadap Pertanian, Kesan-kesan Dasar Ekonomi
Ekonomi Negara

1

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

 KUASAI TEMA SEJARAH (TINGKATAN 5)

TEMA BAB TAJUK SOALAN
1/2
10 Kemunculan dan Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia
Perkembangan 1 Tenggara - Imperialisme Barat di Asia Tenggara, Perubahan 2/3/4
Nasionalisme
Sehingga Perang Sistem Politik, Nasionalisme di Asia Tenggara 1
Dunia Kedua Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua -
2 Perjuangan Pemimpin Tempatan, Gerakan Nasionalisme
sehingga Perang Dunia Kedua
Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa - Latar belakang,
3 Kesultanan Melayu Melaka, Warisan Negeri-negeri Melayu

Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia - Malayan Union,
4 Persekutuan Tanah Melayu 1948, Pergerakan Politik di Sarawak
dan Sabah
Pembinaan Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka - Sistem Ahli,
Negara dan 5 Pakatan Murni, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

11 Bangsa ke Arah Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia - Cadangan,
Kemunculan 6 Faktor, Reaksi, Langkah Pembentukan Malaysia, Perjanjian
Negara Malaysia Malaysia 1963
Berdaulat Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia -
7 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen, Negara Persekutuan, Lambang
Negara
Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan -
Malaysia dan 8 Pembangunan Ekonomi, Pembangunan dan Perpaduan Bangsa,

Malaysia ke arah Negara Maju
Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa - Konflik
Kerjasama Antarabangsa, Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam
12 Masyarakat 9 Pertubuhan Antarabangsa (Dasar Luar Malaysia, Pertubuhan

Antarabangsa Antarabangsa, Pertubuhan Serantau, Cabaran Masa Depan)

 KUASAI ISTILAH @ KATA KUNCI PADA SOALAN

2

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

 FAHAMI KATA TUGAS PADA SOALAN

BIL KATA TUGAS TINDAKAN CONTOH SOALAN
1 Apakah Memberi maklumat yang khusus Apakah matlamat Gerakan Islah?
atau spesifik Bagaimanakah kedudukan British di Perak
2 Bagaimanakah Memerihalkan / memberi penerangan selepas peristiwa pembunuhan J.W.W.
tentang cara / keadaan / langkah / Birch? Kemukakan alasan anda.
3 Bezakan kejadian / peristiwa Bezakan sistem pemerintahan beraja pada
Menyatakan kelainan / kesamaan zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan
antara dua atau lebih perkara sistem pemerintahan beraja yang diamalkan
di Malaysia pada masa ini.
4 Buktikan Menyatakan kebenaran dengan dalil Kecemerlangan ilmu pengetahuan
/ contoh / fakta sebagai sokongan merupakan asas kemajuan sesuatu bangsa.
5 Cadangkan Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
Memberi pandangan / idea / Cadangkan langkah berkesan untuk
6 Hubungkaitkan pendapat dengan mempertimbangkan memelihara monumen/bangunan/binaan,
7 Huraikan perkara positif atau negatif tinggalan bersejarah/warisan negara.
Membuat sesuatu pertalian Hubungkaitkan gerakan penentangan
8 Jelaskan berdasarkan beberapa ciri / faktor dengan gerakan nasionalisme.
Memperihalkan / menceritakan Huraikan cara Islam disebarkan di Asia
9 Mengapakah sesuatu dengan panjang lebar / Tenggara.
10 Nyatakan terperinci Jelaskan kesan sesuatu peperangan.
Memberi penerangan tentang
11 Ramalkan sesuatu sokongan supaya mudah Mengapakah perpaduan negara difokuskan
difahami dalam Penyata Razak?
12 Terangkan Memberi sebab / punca / faktor Nyatakan proses pilihan raya yang
13 Wajarkah dilaksanakan di negara kita.
Memberi jawapan yang spesifik Berdasarkan perkembangan teknologi
tanpa memerlukan penerangan lanjut persenjataan masa kini, ramalkan masa
/ huraian / sokongan. depan dunia.
Memberi sesuatu nilai yang dijangka Terangkan sumbangan Kerajaan Turki
munasabah berdasarkan pola atau Uthmaniyah kepada tamadun dunia.
corak tertentu. Terdapat parti politik yang mencadangkan
Menyatakan fakta sokongan atau agar Indonesia dan Filipina turut serta
menjelaskan sesuatu dengan sebab dalam Persekutuan Malaysia.
Membuat pertimbangan terhadap Wajarkah cadangan tersebut?
sesuatu perkara dengan mengambil Berikan ulasan anda.
kira pelbagai aspek sama ada
kebaikan, keburukan, kelebihan atau
kekurangan.

 KENAL PASTI SOALAN FAKTA @ KBAT

Panduan umum (Kertas 2): - 2 @ 3 markah
1. Soalan fakta - Bahagian A (Struktur) - ceraian a, b @ a,b, c
2. Soalan fakta - Bahagian B (Esei) - ceraian a, b @ a - 4 @ 6 markah
3. Soalan KBAT - Bahagian A (Struktur) - ceraian c @ c,d - 3 @ 4 markah
4. Soalan KBAT - Bahagian B (Esei) - ceraian c @ b,c - 6 @ 8 markah
5. Lihat pada kata kunci dan kata tugas soalan.
 FAKTA: kata kunci soalan - Maksud, Faktor, Sebab, Langkah, Kesan, Kepentingan, Ciri,
Perbandingan, Sumbangan dsb
 FAKTA: kata tugas - apakah, bagaimanakah, terangkan, huraikan, jelaskan, nyatakan
 KBAT: kata kunci soalan - Cabaran,Langkah,Kejayaan,Implikasi,Hubungkait,Kedaulatan,Kini
 KBAT : kata tugas - cadangkan, pada pandangan anda, nilaikan, hubungkaitkan, ramalkan,
andaikan, wajarkah, sejauhmanakah, ulaskan, buktikan, setujukah anda, rasional dsb

3

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

TEKNIK PENULISAN ESEI FORMULA AFAHACAP

KOD HURAIAN KEGUNAAN

AF AYAT FAKTA Isi, fakta
AH
AYAT HURAIAN Menghuraikan isi/fakta yang diberi; menjelaskan cara; memberikan
AC AYAT CONTOH huraian yang mendalam. Jika memulakan ayat baharu, digalakkan
AP mulakan dengan penanda wacana. Jika bersambungan dengan ayat isi,
gunakan kata hubung (DABUS) iaitu DEMI, AGAR, BAGI, UNTUK,
SUPAYA atau perkataan MELALUI, DENGAN
Memberikan contoh/bukti/alasan; mulakan ayat dengan perkataan
CONTOHNYA, MISALNYA atau jika bersambung dengan isi, gunakan

AYAT PENEGAS SEPERTI
(INFERENS) Membuat rumusan atau kesimpulan kecil kepada isi; kesan; penilaian;
pandangan; memberi penegasan; mulakan ayat dengan perkataan
JELASLAH, KESIMPULANNYA, RUMUSANNYA, OLEH ITU

FORMULA MENULIS JAWAPAN MENGGUNAKAN AYAT LENGKAP: PS@PW, F + H + C + IN

PETIKAN SOALAN + FAKTA KATA HUBUNG
@ PENANDA WACANA
Isi @ fakta DABUS (DEMI, AGAR, BAGI,
SELAIN ITU, SELANJUTNYA, DI UNTUK, SUPAYA) @
SAMPING ITU, BAGAIMANAPUN, MELALUI, DENGAN

SETERUSNYA dan sebagainya

+ HURAIAN + CONTOH + INFERENS
Masukkan huraian dan Berikan satu @ dua contoh yang Kesimpulan kecil, boleh beri
penjelasan yang berkaitan berkaitan (yang relevan) kesan, penilaian, pandangan
dengan fakta yang diberi; Gunakan perkataan
SEPERTI, CONTOHNYA, daripada isi@fakta yang
menjelaskan fakta diberikan.
MISALNYA, UMPAMANYA
H dan sebagainya Pada awal ayat gunakan
H+H JELASLAH, OLEH ITU,
H+H+H RUMUSANNYA, HAL YANG
DEMIKIAN, KESIMPULANNYA

DIGALAKKAN (Pemerengganan isi): Dititikberatkan dalam pemarkahan rubrik holistik/ikut aras
PS - Petikan soalan - salin kata kunci dan kata tugas daripada soalan (pendahuluan + isi 1)
- masukkan penanda wacana pada awal perenggan (perenggan isi lain)
- fakta @ isi @ idea. Digalakkan tulis dalam 1 ayat. Jika ingin
F - Fakta / Isi bersambung dengan ayat huraian, masukkan kata hubung DABUS

@ perkataan melalui, dengan selepas fakta
- huraian atau penerangan yang menjelaskan fakta
H - Huraian - berkaitan cara, kesan, sebab dsb yang menjelaskan isi yang diberi

C - Contoh - berikan contoh/bukti yang sesuai, guna perkataan seperti, contohnya
- kesimpulan kecil bagi setiap isi, guna perkataan jelaslah
In - Inferens

4

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM
KUASAI TEKNIK MENULIS JAWAPAN MENGIKUT PEMARKAHAN RUBRIK HOLISTIK
Gambar berikut menunjukkan perkembangan teknologi maklumat iaitu penggunaan komputer dan
internet.

Mengapakah media elektronik ini menjadi pilihan utama remaja pada abad ke-21? (6 markah)

Media elektronik menjadi media pilihan utama golongan remaja kerana teknologi maklumat ini telah
dicipta dan digunakan secara meluas pada abad ke-21 ini. Media ini lahir sezaman dengan
perkembangan usia mereka. Media ini lebih mudah diakses dan menjimatkan masa. Contohnya,
dengan hanya satu klik sahaja, mereka dapat melayari laman sesawang yang ingin dilawati pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jelaslah, dari segi penggunaannya, tiada had masa dan
ruangan diperlukan.

Selain itu, seseorang boleh mendapatkan maklumat dengan sekelip mata. Maklumat yang
diperoleh hanya di hujung jari. Contohnya, melalui telefon bimbit, seseorang pengguna boleh
mendapatkan maklumat dalam waktu senggangnya. Dengan ini dapat membantu seseorang remaja
menyiapkan tugasan mereka atau mengulang kaji pelajaran dengan lebih mudah.

Seterusnya, sumber maklumat yang diperoleh melalui media elektronik adalah sumber yang

terkini. Hal ini kerana, maklumat tersebut sentiasa dikemas kini dan mengikut aliran semasa.

Contohnya, berita atau isu semasa akan dimuat naik untuk tatapan umum. Jelaslah, media

elektronik menjadi pilihan utama generasi kini kerana media ini lebih hidup dan sesuai dengan

citarasa mereka.

Media elektronik menjadi pilihan utama remaja:
AF 1 Dicipta dan digunakan secara meluas
AH 1 Lahir sezaman dengan perkembangan usia
AH 1 Mudah diakses dan menjimatkan masa
AC 1 Satu klik sahaja
AP 1 Tiada had masa dan ruangan

AF 2 Mendapatkan maklumat sekelip mata
AH 2 Di hujung jari
AC 2 Telefon bimbit
AP 2 Menyiapkan tugasan dengan lebih mudah

AF 3 Sumber yang terkini
AH 3 Sentiasa dikemas kini
AC 3 Berita atau isu semasa
AP 3 Lebih hidup dan sesuai dengan citarasa

5

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

6

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM
CONTOH JAWAPAN RUBRIK HOLISTIK
Gambar menunjukkan perubahan kaedah dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Perubahan teknologi telah membantu British menguasai industri perlombongan bijih timah. Terangkan
kepentingan teknologi dalam era globalisasi untuk kemajuan negara kita. (8 markah)

Kepentingan teknologi dalam era globalisasi ialah teknologi moden telah membantu meringankan
kerja yang dilakukan oleh manusia. Sesuatu pekerjaan akan lebih cekap dan mudah dilakukan
jika kita mempunyai teknologi. Penggunaan teknologi dalam bidang perindustrian dapat
meningkatkan produktiviti sekali gus memajukan ekonomi negara. Contohnya teknologi robotik
membolehkan proses pengeluaran dapat dilakukan tanpa ada had masa dan cepat. Jelaslah,
dalam era globalisasi, negara yang menawarkan barangan dan perkhidmatan dengan cepat dan
cekap dapat menguasai pasaran dunia. Oleh itu, negara kita dapat bersaing di pasaran dunia dan
menguasai perdagangan antarabangsa menerusi kemajuan teknologi.

Gambar berikut berkaitan dengan pertabalan Yang Dipertuan Agong.

Sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia. Berikan hujah anda.
(8 markah)

Sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting digunakan di negara Malaysia
kerana Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan amalan sistem pemerintahan Raja
Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sebagai satu bentuk pemerintahan semenjak 1957.
Baginda berperanan sebagai ketua negara yang mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Oleh itu, baginda akan memastikan corak
pemerintahan negara menjadi lebih sistematik. Yang Dipertuan Agong bersama-sama Perdana
Menteri akan berganding bahu demi memastikan kestabilan politik negara ini.

Selain itu, baginda berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negerinya dan negeri yang
tidak mempunyai Sultan seperti Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Hal ini jelas
diperuntukkan dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sebagai ketua agama
Islam, baginda berkuasa untuk menegur sebarang salah laku atau tindakan yang menyalahi hukum
Islam. Dengan ini, syariat Islam akan terus terpeli7hara.
CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

INTENSIF 1249/1 [OBJEKTIF]
Tips: Jika anda mahu skor kertas 1, buatlah latih tubi soalan-soalan sebenar spm kertas 1 dari tahun 2004
hingga terkini. Jawablah berulang kali sehingga anda berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 35/40.

SPM 2015

Masyarakat dalam Tamadun Indus (2000 sebelum Masihi) berjaya membina bandar terancang tertua di
dunia. Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan
oleh
I Amalan sikap terbuka
II Pertembungan dengan budaya lain
III Perluasan wilayah pemerintahan
IV Kejayaan kegiatan penjelajahan

A I dan II B I dan IV C II dan II D III dan IV

SPM 2018

Buku The Art of War telah ditulis oleh Sun Tzu. Apakah perkara yang boleh dimanfaatkan oleh
masyarakat hari ini daripada buku tersebut?
A Sejarah awal manusia C Maklumat sistem pemerintahan
B Rahsia kejayaan perniagaan D Penerangan sistem kepercayaan

SPM 2018

Sistem demokrasi diwarisi daripada tamadun Yunani.
Mengapakah sistem tersebut masih diamalkan sehingga kini?
A Kekayaan individu dikawal
B Hasil bumi milik negara
C Kuasa rakyat diiktiraf
D Raja berkuasa penuh

8

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

SPM 2018 Ulama seperti Abdul Rauf Singkel
dan Syeikh Nuruddin al-Raniri
SPM 2014 telah menulis kitab agama Islam
SPM 2018 pada abad ke-17 di Acheh.
SPM 2015 Apakah perkara yang
CIKGU YUSYY@SMKLK dibincangkan dalam penulisan
mereka?
A Kewajipan melakukan jihad
B Memperkukuh jati diri

Bangsa
C Mempertahankan budaya

tempatan
D Kewajaran menghargai jasa

tokoh

Apakah kesan pengenalan akta berikut
terhadap Burma?
1887 Akta Kampung Ulu Burma
1889 Akta Perkampungan Burma
A Pengaruh golongan agama

meningkat
B Sistem pentadbiran tradisional

terhapus
C Pendapatan penduduk tempatan

merosot
D Kedudukan raja semakin kukuh

Apakah tindakan James Brooke di Sungai
Rajang yang menyebabkan Syarif Masahor dan
Datu Patinggi Abdul Gapur menentangnya?
A Merampas hak mengutip cukai
B Membawa masuk kaum imigran
C Membersihkan kawasan petempatan
D Membina pusat pentadbiran

Muthu ialah warganegara Malaysia
yang ingin mengundi dalam pilihan
raya umum ke-14. Apakah syarat
yang perlu dipatuhi Muthu?
I Tidak muflis
II Berumur 21 tahun
III Mendaftar sebagai pemilih
IV Menjadi ahli dalam parti politik

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

INTENSIF 1249/2 [TINGKATAN 4]

1. Tamadun Mesir Purba yang lahir pada 3100 S.M. dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil.

(a) Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesir Purba. [4 markah]

Tamadun Mesir Purba bermula di lembah Sungai Nil. Lembah Sungai Nil yang subur
sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian. Masyarakat mula membina
petempatan di lembah Sungai Nil. Apabila berlakunya pertambahan penduduk, petempatan awal
ini berkembang menjadi kampung. Gabungan kampung menjadi bandar. Gabungan bandar
menjadi nome atau daerah. Nome ini disatukan oleh Firaun Menes. Pusat pentadbirannya
terletak di Thinis.

(b) Terangkan kegemilangan yang dicapai oleh masyarakat tamadun Mesir Purba. [8 markah]

Kegemilangan yang dicapai oleh masyarakat tamadun Mesir Purba ialah kemahiran
masyarakatnya dalam bidang seni bina. Piramid dibina menggunakan batu bata oleh Imhotep
iaitu seorang arkitek yang serba boleh. Contohnya Piramid Sakkara dibina untuk Firaun Djoser.

Selain itu, tamadun Mesir Purba telah mencipta kertas. Kertas dihasilkan daripada pokok
papyrus yang tumbuh subur di sepanjang Sungai Nil. Penciptaan kertas ini telah menggurangkan
pengantungan kepada batu dan tanah liat untuk mencatat rekod. Tulisan hieroglif digunakan
untuk merekod segala catatan berkenaan pentadbiran, resit dan sebagainya.

Sistem tulisan ini juga telah mengembangkan sistem pendidikan. Kanak-kanak golongan
atasan mendapat pendidikan di rumah ibadat dan istana. Mereka diajar ilmu geometri,
matematik dan sains bagi melahirkan jurutulis dan jurutera yang mahir menguruskan hal ehwal
pertanian, mengawal banjir dan pembinaan piramid.

Seterusnya tamadun Mesir Purba terkenal dengan ilmu perubatan terutamanya teknik
memumiakan mayat. Perkembangan ini telah melahirkan pengamal perubatan yang berkhidmat
kepada firaun dan masyarakat.

(c) Mengapakah Sungai Nil dianggap sebagai anugerah kepada tamadun Mesir Purba? [8 markah]

Sungai Nil dianggap anugerah kerana berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sungai Nil
Biru dan Sungai Nil Putih. Limpahan air Sungai Nil berjaya menukarkan tanah gersang dan
berpadang pasir kepada sebuah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawa membentuk delta
yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia. Sungai Nil juga menjadi penyumbang
kepada sistem pengairan dan saliran di Mesir. Contohnya, Firaun Hatshepsut membina saliran
yang berjaya menukarkan padang pasir kepada tanah yang subur.

Selain itu, Sungai Nil juga subur untuk pertumbuhan pokok papyrus yang digunakan untuk
membuat kertas. Kertas menjadi bahan eksport utama Mesir. Pengangkutan air menjadi sistem
perhubungan yang penting. Sungai Nil yang lebar membolehkan kapal-kapal menyusuri dan
berlabuh. Pelabuhan seperti Thebes dan Heliopolis menjadi tempat persinggahan pedagang dari
Laut Mediteranean dan Laut Merah.

10

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM
2. Gambar berikut berkaitan seni bina tamadun Yunani, Rom, China dan India.

Parthenon X Y Stupa Sanchi
[2 markah]
(a) Namakan seni bina X dan Y.
X : _____________________________________
Y : _____________________________________

(b) Apakah kepentingan seni bina yang terdapat dalam gambar di atas? [4 markah]

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

(c) Jelaskan sumbangan seni bina tersebut pada masa sekarang. [4 markah]

Sumbangannya pada masa sekarang ialah seni bina yang agung ini berjaya menarik
kedatangan pelancong. Hal ini kerana bangunan bersejarah mempunyai tarikan tersendiri yang
berjaya menarik minat pelancong asing dan pelancong tempatan. Hal ini dapat menambah
pendapatan negara melalui ekopelancongan. Pelancong melawat seni bina untuk melihat reka
bentuk bangunan dan rakaman peristiwa bersejarah. Contohnya, pelancong melawat Tembok
Besar China untuk mengalami sendiri pengalaman jarak kepanjangan serta pemandangannya di
samping mengetahui sejarah pembinaannya. Jelaslah dengan kedatangan ramai pelancong,
pendapatan negara akan bertambah melalui aliran wang masuk dari luar negara.

Selain itu, untuk mempamerkan ketinggian seni bina bangsa kerana mempunyai gaya seni

bina yang unik. Seni bina ini melambangkan budaya dan agama masyarakat itu. Hal ini dapat

membuktikan keupayaan masyarakat atau pemimpin sesuatu tamadun. Contohnya, seni bina

Pantheon yang merupakan binaan berbentuk kubah terbesar di dunia. Tembok Besar China pula

dibina dengan struktur yang berbeza berdasarkan keadaan muka bumi. Hal ini membuktikan

kepakaran dan kebijaksanaan mereka dalam bidang pembinaan.

3. Kedah Tua merupakan antara kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara pada abad ke-13
Masihi.

(a) Terangkan latar belakang kerajaan Kedah Tua. [4 markah]

(b) Jelaskan faktor perkembangan Kedah Tua sebagai pelabuhan entrepot. [8 markah]

(c) Kedudukan negara kita yang strategik di perairan nusantara menjadi laluan [8 markah]
perdagangan antarabangsa. Bagaimanakah kita memanfaatkan kelebihan ini?

11

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

Kedudukan negara yang strategik boleh dimanfaatkan dengan mengembangkan bidang
perdagangan antarabangsa. Kita boleh mewujudkan hubungan perdagangan dua hala dengan
negara luar. Contohnya dengan negara-negara dari benua Asia mahupun benua Eropah. Hal ini,
akan menambahkan lagi pendapatan dan ekonomi negara.

Di samping itu, kita perlu mewujudkan lebih banyak pelabuhan yang berpotensi
menguruskan perdagangan antarabangsa. Contohnya, memperkasakan peranan Pelabuhan
Tanjung Pelepas di Johor. Untuk itu, kita mesti memastikan laluan perairan selamat daripada
ancaman lanun. Keadaan ini akan menimbulkan keyakinan pedagang luar untuk melabur di negara
kita.

Jelaslah, perkembangan perdagangan ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan. Seterusnya hal ini mampu meningkatkan taraf hidup rakyat negara ini.

4. Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja terkenal sebagai pemimpin berkaliber malah sebagai
pedagang yang berjaya.

(a) Nyatakan sifat utama yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w.

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

(b) Buktikan kejayaan baginda dalam dunia perniagaan. [2 markah]

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

[4 markah]

(c) Bagaimanakah pengamalan nilai akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dalam kalangan generasi
muda hari ini dapat membantu pembentukan masyarakat Malaysia yang gemilang?
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]

5. Antara tahun 622 M hingga 630 M, terdapat beberapa siri peperangan antara Quraisy Makkah
dengan orang Islam.

(a) Nyatakan dua siri peperangan dalam Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

12

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

(b) Nyatakan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh orang Islam dalam peperangan.
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]

(c) Dakwah Islamiah Rasulullah s.a.w. tidak dilakukan secara kekerasan atau mata pedang.
Berikan penjelasan anda.
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]

6. Khalifah Abu Bakar adalah pemimpin pertama yang memegang jawatan sebagai pemerintah
kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

(a) Nyatakan tugas khalifah. [4 markah]

(b) Jelaskan tindakan khalifah Abu Bakar dalam mempertahankan kerajaan [8 markah]
Madinah dan agama Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

(c) Jelaskan amalan yang boleh dipraktikkan oleh pemimpin negara kita [8 markah]
dalam memantapkan pentadbiran negara.

7. Kedatangan Islam telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Asia Tenggara dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial.

a. Jelaskan pengaruh Islam dalam aspek pendidikan. [8 markah]

b. Gaya hidup masyarakat Tanah Melayu telah mengalami perubahan besar [6 markah]
selepas kedatangan Islam. Buktikan.

c. Jelaskan nilai-nilai Islam yang diterima oleh masyarakat berbilang kaum di [6 markah]
negara kita.

13

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM
8. Gambar berikut menunjukkan pengaruh Islam dalam mata wang yang menjadi faktor

perkembangan perdagangan di Tanah Melayu.

a. Nyatakan ciri-ciri mata wang di Tanah Melayu yang menerima pengaruh Islam. [6 markah]
b. Mengapakah Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan dunia? [6 markah]
c. Bagaimanakah anda boleh menerapkan nilai-nilai Islam dalam perdagangan? [8 markah]

9. Perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian adalah perubahan besar terhadap
sejarah Eropah yang turut memberikan kesan terhadap Asia Tenggara.

a. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan [6 markah]
Revolusi Pertanian di Eropah.

b. Bagaimanakah Revolusi Pertanian memberikan sumbangan kepada [6 markah]
perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah?

c. Perkembangan Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah telah [8 markah]
mendatangkan impak yang besar hingga kini. Bincangkan.

10. Salah satu kesan fizikal yang dibawa oleh penjajah British ialah kemunculan bandar-bandar baru
di Tanah Melayu.

a. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kemunculan bandar di Tanah Melayu. [8 markah]

b. Pertambahan penduduk di bandar telah membawa perkembangan [6 markah]
perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu. Buktikan.

c. Perkembangan bandar lebih pesat membangun di kawasan pantai barat [6 markah]
Semenanjung Malaysia. Mengapakah keadaan ini berlaku?

14

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

INTENSIF 1249/2 [TINGKATAN 5]

1. Pengenalan birokrasi Barat dan gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di
Asia Tenggara kerana Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat.

(a) Namakan dua pemerintah Thailand yang memperkenalkan birokrasi Barat.

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

(b) Senaraikan sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Thailand. [2 markah]

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

[4 markah]

(c) Jelaskan rasional tindakan pemerintah-pemerintah Thailand dalam usaha memodenkan

pentadbiran mereka. [4 markah]

Pemerintah Thailand telah melakukan pemodenan dalam pentadbiran dengan menyusun
semula pentadbiran mengikut sistem Barat. Contohnya, Raja Mongkut mengambil pegawai-
pegawai Barat dan ditempatkan di pelbagai jabatan untuk melatih penduduk tempatan. Dengan ini,
penduduk tempatan akan terdedah dengan birokrasi barat dan menjadi lebih terlatih.

Selain itu, tindakan ini berjaya memastikan tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai
pengaruh yang kuat di Thailand. Hal ini kerana, pemerintah Thailand mengambil penasihat Barat
daripada pelbagai negara. Contohnya, penasihat diambil daripada Britain, Amerika Syarikat dan
Perancis. Jelaslah, pembaharuan ini dapat mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal
Thailand dan menyebabkan Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya.

Seterusnya, sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan di Thailand bagi menggantikan

sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak. Hal ini dapat mengurangkan pembolotan kuasa oleh

raja. Dengan ini, dapat mengelakkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat terhadap

pemerintah. Oleh itu, keharmonian yang wujud dalam kalangan rakyat dapat menjamin keamanan

negara yang berterusan.

2. Akhbar, majalah dan novel telah memainkan peranan penting dalam melahirkan semangat
kebangsaan di Tanah Melayu pada tahun 1920 - 1930an.

(a) Mengapakah akhbar, majalah dan novel menjadi media utama dalam [6 markah]
membangkitkan kesedaran kebangsaan pada ketika itu?

(b) Jelaskan persoalan sosial dan pendidikan yang dibangkitkan dalam [8 markah]
akhbar tersebut.

(c) Mengapakah media elektronik menjadi pilihan utama remaja pada abad ke-21? [6 markah]

15

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

3. Amalan realpolitik telah dipelopori oleh Niccolo Machiavelli melalui bukunya yang bertajuk The
Prince.

(a) Namakan dua tokoh yang mengamalkan realpolitik di Eropah selepas Perang Dunia Pertama?
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Bagaimanakah tokoh (a) di atas menyatukan negara bangsa di Eropah? [4 markah]

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

(c) Amalan realpolitik tidak wajar dilaksanakan kerana bertentangan dengan nilai-nilai

kemanusiaan. Jelaskan. [4 markah]

Amalan realpolitik bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan kerana amalan ini
menghalalkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik. Contohnya, mereka sanggup
melakukan kekerasan, tipu muslihat dan juga peperangan bagi mencapai hasrat politiknya. Oleh
itu, kita tidak seharusnya melakukan penindasan terhadap golongan yang lemah demi mencapai
cita-cita politik.

Selain itu, amalan ini akan menyebabkan penderitaan hidup. Contohnya, isu etnik Rohingya
yang tersepit dengan kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan kerajaan Myanmar.
Amalan ini perlu ditolak oleh masyarakat dunia agar warga dunia dapat hidup dengan lebih aman
dan damai.

Di samping itu, amalan ini akan menimbulkan perasaan dendam. Hal ini kerana amalan

realpolitik akan menimbulkan kemarahan terhadap kuasa asing. Perasaan benci ini akan

membawa permusuhan dalam kalangan anggota masyarakat. Contohnya, meletusnya perang

antara negara dan rakyat diheret dalam konflik politik tersebut. Jelaslah amalan realpolitik akan

menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terjejas.

4. Kerajaan Malayan Union telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari
1948.

(a) Nyatakan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. [6 markah]

(b) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah melalui proses rundingan. [6 markah]
Terangkan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(c) Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menunjukkan kejayaan [8 markah]
perjuangan orang Melayu. Jelaskan.

16

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

Konsep Raja Berperlembagaan yang dibentuk dalam Perjanjian PTM 1948 membuktikan
kejayaan perjuangan orang Melayu. Hal ini kerana, British telah mengiktiraf kedudukan Raja-raja
Melayu sebagai ketua negeri. Selain itu, Raja-raja Melayu mempunyai bidang kuasa yang jelas
dalam pentadbiran. Bagi orang Melayu, Raja-raja Melayu merupakan lambang ketuanan Melayu.
Contohnya, Raja-raja Melayu berkuasa menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Jelaslah,
dengan pengiktirafan kuasa Raja-raja Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu terjamin dalam
perlembagaan. Di samping itu, dapat mengekalkan warisan kepimpinan Raja-raja Melayu.

Selain itu, syarat kerakyatan diperketat. Walaupun prinsip jus soli digunakan, taraf
kewarganegaraan tidak diberi dengan mudah. Kesannya, status quo orang Melayu sebagai
penduduk peribumi terjamin. Hak keistimewaan orang Melayu juga sentiasa dilindungi dan
terpelihara. Contohnya, kuota khas diperuntukkan kepada orang Melayu dalam perkhidmatan
awam dan pemberian biasiswa. Jelaslah, walaupun hak istimewa orang Melayu dilindungi dalam
Perlembagaan Persekutuan, namun kaum lain tidak dinafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

5. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah menunjukkan sikap tolak ansur kaum di Tanah
Melayu yang membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan Raja Berperlembagaan dibentuk.

(a) Nyatakan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. [6 markah]
(b) Perjanjian PTM 1957 mengambil kira kepentingan semua kaum di negara ini. [8 markah]
[8 markah]
Ulaskan pernyataan tersebut.
(c) Kemerdekaan negara kita dicapai tanpa pertumpahan darah dan hasil

kebijaksanaan pemimpin negara. Bincangkan.

6. Pembentukan Malaysia terlaksana apabila Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London
pada 9 Julai 1963.

(a) Nyatakan latar belakang Perjanjian Malaysia 1963. [4 markah]

(b) Jelaskan inti pati Perjanjian Malaysia yang dimasukkan dalam Perlembagaan [8 markah]
Malaysia.

(c) Pembentukan Malaysia telah membantu negeri yang mengganggotainya [8 markah]
mencapai kemajuan dan kesejahteraan. Berikan hujah anda.

17

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

7. Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang melaksanakan pengagihan kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

a. Nyatakan dua bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Mengapakah kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting dalam
pembangunan negara kita?
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]

c. Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan menjamin keadilan sosial?
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]

8. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak telah melakar
sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi negara.

(a) Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan?
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Senaraikan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru.
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]

18

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

(c) Pada pendapat anda, mengapakah program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan
dengan lebih giat dalam Dasar Ekonomi Baru?
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________
[4 markah]

9. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan dua konflik antarabangsa yang
memberikan kesan kepada kehidupan manusia sehingga kini.

(a) Jelaskan faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama. [6 markah]

(b) Konflik antarabangsa yang berterusan ini telah mencetuskan Perang Dunia Kedua. [6 markah]
Bincangkan.

(c) Peperangan telah memberikan kesan buruk terhadap masyarakat dan dunia. [8 markah]
Buktikan pernyataan tersebut berdasarkan pemerhatian dan pengkajian anda.

10. Dalam era globalisasi ini, perkembangan sains dan teknologi serta ICT telah membawa perubahan
besar kepada kemajuan negara.

(a) Jelaskan persediaan Malaysia bagi menghadapi cabaran globalisasi? [6 markah]

(b) Bagaimanakah K-ekonomi dan K-masyarakat dapat memacu kemajuan [8 markah]
negara.

(c) Sebagai pelajar, apakah peranan anda dalam menjayakan usaha kerajaan [6 markah]
menghadapi cabaran globalisasi?

19

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM
CONTOH JAWAPAN KBAT

20

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

21

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM
TEKNIK EASY BODY (KBAT) - PERKONGSIAN CIKGU HANITA

22

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

INTENSIF 1249/3 [OPEN BOOK TEST]

KONSTRUK ITEM DAN SKOP JAWAPAN KERTAS 1249/3

ASPEK NO. KONSTRUK PERINCIAN MARKAH SKOP
5 JAWAPAN
SOALAN Makna / Latar belakang / Konsep dsb Buku Teks
Pengenalan 1 Memahami 10 / 15 / Buku Teks
2 Memahami Ciri / Faktor / Kandungan / Peristiwa 20
dsb Buku Teks
3 Menganalisis Kesan / Sumbangan / Kepentingan dsb 15 / 20 /
25 Buku Teks
Isi dan 4 Mengaplikasi / Ciri / Faktor / Kandungan / Peristiwa / @
huraian Menganalisis / Kesan / Sumbangan / Kepentingan / 10 / 15
Rumusan Menghubungkait Perbandingan / Hubung kait dsb KBAT
5 Menganalisis / Kepentingan / Manfaat / Kesan / 10 KBAT
6 Menjana Idea / Langkah / Peranan / Kejayaan / 10 KBAT
7 Mengaplikasi / Sumbangan / Cabaran / Isu dan 10 KBAT

Menghubung kait penyelesaian / cadangan dsb
/
Mencipta
8 Nilai / Iktibar / Nilai-nilai murni / Iktibar dan 10 KBAT
Patriotisme Pengajaran / Unsur Patriotisme 5 KBAT
9 Kesimpulan a. Pengetahuan
b. Nilai patriotisme (nilai dan unsur
patriotisme)
c. Harapan (bangsa dan negara)

JUMLAH MARKAH 100 markah

TEMA DAN TAJUK BERDASARKAN HURAIAN SUKATAN MATA PELAJARAN SEJARAH

TING TEMA TAJUK SKOP (BAB) SPM

7 Tamadun Awal Manusia B1, B2, B3 SPMU 2018 (B3)
8 Tamadun Islam dan Perkembangannya B4, B5, B6, B7, B8
4 9 Perkembangan di Eropah dan Kesannya B9, B10 SPMU 2017 (B10)

terhadap Ekonomi Negara SPM 2015 (B2)
10 Kemunculan dan Perkembangan B1, B2
Nasionalisme sehingga Perang Dunia SPM 2017 (B1)
Kedua
5 11 Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah B3, B4, B5, B6, B7, B8 SPM 2014 (B7)
Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat SPM 2018 (B8)
12 Malaysia dan Kerjasama Masyarakat B9 SPM 2013 (B9)
Antarabangsa SPM 2016 (B9)

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBAT
1. Calon perlu memahami isu yang diketengahkan oleh sesuatu item (soalan) yang dikemukakan.
2. Jawapan calon perlu relevan dengan isu atau kehendak item (soalan) yang dikemukakan.
3. Jawapan yang diberikan oleh calon mestilah mengandungi idea atau cadangan yang relevan bekaitan

dengan kehendak soalan atau isu yang dikemukakan.
4. Jawapan calon mestilah mengandungi fakta dan huraian, contoh serta inferens jika berkaitan. Jawapan

dalam bentuk fakta tanpa huraian akan menyebabkan calon kehilangan markah penuh.
5. Jawapan untuk soalan KBAT adalah berdasarkan pengetahuan calon tentang sesuatu isu dan relevan

dengan isu tersebut.
6. Perlu ditegaskan bahawa jawapan untuk soalan KBAT memerlukan calon berfikir dengan lebih mendalam dan

mengemukakan idea-idea baharu yang munasabah atau relevan di luar daripada yang dipelajari dalam bilik
darjah. Jawapan diberikan juga perlu menepati kehendak soalan.
7. Soalan dalam bentuk isu dan cadangan memerlukan calon mengemukakan idea atau isu yang berkaitan dan
cadangan untuk mengatasi isu yang dikemukakan juga hendaklah dikemukakan secara huraian (Fakta +
Huraian + Contoh jika berkaitan). Bagi soalan berbentuk cabaran dan langkah, calon perlu mengagihkan
kepada dua bahagian (bergantung pada bentuk soalan).

23

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH SPM DAN SOALAN KBAT SEJARAH
MENGANALISIS: (SPM 2013)
Kejayaan Malaysia yang menjadi contoh kepada negara lain.

Kejayaan Malaysia memupuk perpaduan kaum amat dikagumi dan menjadi contoh negara lain di
dunia. Buktinya, Malaysia telah diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara
yang paling selamat dalam kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia. Selain
itu, kecemerlangan dalam sistem pengangkutan. Contohnya, syarikat penerbangan Malaysian Airline
System (MAS) telah mendapat pengiktirafan lima bintang dalam Anugerah Penerbangan Dunia
SKYTRAX 2013 dalam kalangan 160 buah negara. Sementara itu, Air Asia menggungguli Anugerah
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia dan juga menerima pelbagai anugerah di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seterusnya, dunia mengiktiraf Malaysia sebagai hab kewangan Islam melalui sistem perbankan
Islam dan sistem ekuiti Islam yang berlandaskan prinsip syariah. Hal ini telah berjaya meletakkan
kedudukan perbankan Islam antara yang terkemuka di dunia. Prestasi perbankan Islam
mengagumkan negara Islam lain dan mendorong mereka mempelajari kejayaan Malaysia.

Di samping itu, Hab halal Malaysia telah menjadi rujukan dunia terutama dalam industri
pemakanan, kosmetik dan farmaseutikal. Pensijilan halal Malaysia telah diiktiraf oleh pertubuhan
antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam.

Teknologi getah dan kelapa sawit turut menjadi contoh negara-negara di dunia. Malaysia
berada di tangga kedua sebagai pengeluar komoditi utama getah dan minyak kelapa sawit dunia.
FELDA menjadi contoh kepada Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Afrika Selatan kerana kejayaan dalam
membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar. Kini, FELDA diiktiraf sebagai antara syarikat
konglomerat besar di dunia.

Petroleum Nasional (PETRONAS) ialah syarikat petroleum antarabangsa yang beroperasi di 34
buah negara di dunia yang terlibat dalam aktiviti cari gali, menapis dan pemasaran gas. Konsep
memakmurkan sahabat melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman bersama-sama dengan
negara lain berjaya menaikkan imej Malaysia di persada antarabangsa.

Panduan kepada calon:
1. Soalan ini merupakan soalan Aras Tinggi yang memerlukan calon untuk mengaplikasikan kejayaan

Malaysia di peringkat antarabangsa yang telah menjadi contoh kepada negara-negara lain di dunia.
(SOALAN HOTS)
2. Contoh yang sama tidak mendapat markah, pilih salah satu sahaja.
Sebagai contoh; Pembinaan mercu tanda atau bangunan pencakar langit telah berjaya meletakkan
nama Malaysia sebaris dengan negara-negara maju di dunia seperti pembinaan KLCC dan Menara
Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan destinasi pelancongan.
Cara menulis jawapan; kejayaan Malaysia....., Malaysia berjaya ............., negara luar mencontohi
Malaysia dari aspek................., (beri penekanan kepada kejayaan Malaysia yang dicontohi negara
luar).

MENJANA IDEA/MENGANALISIS: (Isu dan penyelesaian masalah @ cabaran dan langkah-langkah)
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan kestabilan politik dan ekonomi
negara dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut. [10 markah]

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum merupakan cabaran bagi kerajaan untuk memastikan
keadilan sosial, ekonomi dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Terdapat segelintir
pemimpin yang kurang mesra dan kurang prihatin terhadap masalah rakyat. Hal ini akan menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Contohnya perhimpunan haram yang dianjurkan oleh
segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.

24

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

Selain itu, ketidakstabilan nilai mata wang juga akan memberikan kesan kepada kerajaan dan rakyat.
Kerajaan akan menghadapi krisis ekonomi yang mengakibatkan kemajuan negara terbantut. Contohnya,
kejatuhan nilai Ringgit Malaysia dan jumlah keberhutangan yang tinggi menyebabkan banyak projek
pembangunan terpaksa dikaji semula.

Seterusnya, sistem penyampaian yang kurang berkesan merupakan antara cabaran yang dihadapi
oleh negara. Masalah timbul akibat percanggahan maklumat yang terdapat di media sosial hingga
menyebabkan rakyat keliru. Berita dan perkhabaran yang tidak sahih begitu mudah ditularkan melalui
media sosial seperti facebook dan instagram. Perkara ini boleh dijadikan provokasi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Pelbagai langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Kerajaan perlu memastikan segala
dasar yang dibuat adalah adil terhadap semua rakyat. Keadilan sosial dan ekonomi perlu dilaksanakan
bagi memastikan perpaduan rakyat terus kukuh. Konsep 1 Malaysia yang telah dilaksanakan perlu
diteruskan untuk kepentingan rakyat.

Pemimpin negara perlu berilmu dan amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab. Pemimpin-
pemimpin juga perlu mesra rakyat dan mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Contohnya, wakil rakyat hendaklah sentiasa peka dan segera bertindak membantu rakyat.

Selain itu, kerajaan perlu menguruskan ekonomi negara secara optimum jika berlaku krisis ekonomi.
Perbelanjaan negara perlu dikawal dan dikaji semula jika berlaku kegawatan ekonomi. Perbelanjaan
negara hendaklah sentiasa diaudit bagi memastikan tiada unsur rasuah dan penyelewengan berlaku.

Seterusnya, sistem penyampaian maklumat perlu tepat dan berkesan mengikut peringkat umur.
Ceramah dan dialog yang berkaitan dengan sistem pentadbiran negara juga boleh dilaksanakan dan
disiarkan secara langsung oleh pihak media. Program kerajaan seperti festival belia yang diadakan oleh
Kementerian Belia dan Sukan juga dapat merapatkan golongan muda dengan kerajaan.

Langkah yang lain adalah melalui sistem pendidikan. Nilai-nilai murni dan semangat patriotisme
sentiasa diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini
kerana ilmu dapat melahirkan rakyat yang rasional dan seterusnya dapat mengelakkan provokasi dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu, masyarakat dapat menilai maklumat yang sebenar dan membuat pilihan
yang tepat.

Panduan untuk Calon:
1. Cabaran bermaksud masalah/halangan yang dihadapi.
2. Cabaran dan Langkah hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. (digalakkan)
3. Jika anda menulis cabaran yang diikuti oleh langkah, langkah yang dikemukakan hendaklah

berkaitan/selari dengan cabaran tersebut. Jika langkah yang dikemukakan tidak ada kaitan dengan
cabaran, markah hanya akan diberi kepada cabaran sahaja. Tiada markah untuk langkah.
4. Cabaran dan langkah yang dikemukakan hendaklah bertepatan/relevan dengan soalan yang
dikemukakan.
5. Digalakkan menulis cabaran menggunakan teknik AFAHACAP iaitu mengandungi Fakta + Huraian +
Contoh + Inferens. Jangan tulis begini; Antara cabarannya ialah masalah perpaduan, gejala sosial,
perlakuan jenayah, kemasukan pendatang asing tanpa izin dan anasir luar. Markah yang diberikan
hanya 1 walaupun 5 cabaran yang diberikan.
6. Tolong jawab dengan ayat yang lengkap. Pastikan setiap isi atau fakta yang ingin dikemukakan
ditulis dalam struktur ayat yang lengkap. Contoh: Rakyat Malaysia (Siapa) seharusnya (mestilah
dsb) mengamalkan pemuafakatan / mewujudkan persefahaman (tindakan/nilai/dll) antara
satu sama lain bagi menjamin keharmonian masyarakat dan negara (kesan).

25

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

MENGHAYATI NILAI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME: (10m)
Penerapan nilai-nilai murni, iktibar atau unsur patriotisme daripada sistem pemerintahan Demokrasi
Berparlimen demi kemajuan negara.

Iktibar daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita ialah rakyat Malaysia
hendaklah berbangga sebagai rakyat Malaysia. Contohnya dengan menghormati raja dan pemimpin
negara bagi menjaga hubungan yang utuh antara rakyat dengan pemimpin. Selain itu, rakyat Malaysia
juga hendaklah berpegang teguh pada prinsip demokrasi dengan menghormati undang-undang dan
perlembagaan negara. Kita juga hendaklah mempunyai semangat setia kepada raja dan negara bagi
memastikan kesejahteraan dan keharmonian negara berkekalan. Rakyat Malaysia juga haruslah
mengamalkan sikap tolak ansur/muafakat/toleransi antara satu sama lain tanpa mengira kaum agar
dapat mengelakkan sebarang persengketaan. Di samping itu, kita seharusnya mengekalkan
kedaulatan negara daripada diganggu gugat oleh penceroboh. Kesanggupan mempertahankan
maruah negara perlu dalam menangani sebarang pengaruh atau anasir negatif yang akan
menggugat keamanan negara. Rakyat Malaysia seharusnya berganding bahu untuk bersama-sama
mengukuhkan kestabilan politik negara. Seterusnya, rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga harus
mementingkan aspek perpaduan dengan menjauhi sebarang pertelingkahan atau unsur perkauman.

Panduan kepada Calon:
1. Setiap nilai/iktibar/unsur patriotisme yang dikemukakan mestilah disertai dengan huraian.
2. Jangan gabungkan lebih daripada 2 nilai dalam 1 ayat.

26

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

3. Jawapan hendaklah ditulis dalam struktur ayat yang lengkap. Contoh: Rakyat Malaysia (Siapa)
seharusnya (mestilah dsb) mengamalkan pemuafakatan / mewujudkan persefahaman
(tindakan/nilai/dll) antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian masyarakat dan
negara (kesan).

4. Klu – bagaimana nilai tersebut diaplikasikan/dilaksanakan/ditunjukkan oleh rakyat atau kesan
daripada nilai tersebut terhadap bangsa dan negara.

KRITERIA PEMARKAHAN SOALAN 8 @ 9 (RUMUSAN) BERMULA PADA SPM 2015 :
1. Untuk format pentaksiran bermula pada tahun 2015, soalan 9 merangkumi aspek:
a. Pengetahuan yang diperoleh - maksimum 1 markah
b. Nilai-nilai murni - maksimum 1 markah
c. Unsur Patriotisme - maksimum 1 markah
d. Harapan (Bangsa) - maksimum 1 markah @ maksimum 2 markah bagi
e. Harapan (Negara) - maksimum 1 markah mana-mana 2 harapan
2. Calon mesti mengemukakan setiap aspek bagi memperoleh markah maksimum.
3. Jawapan calon bagi soalan 9 mestilah relevan dengan topik atau tugasan yang dibincangkan. Setiap
aspek mesti ditulis dalam perenggan yang berasingan.
4. Cara menulis jawapan, dicadangkan seperti berikut:

(a) Aspek Pengetahuan:
 Ayat dimulakan dengan…… Pengetahuan yang saya peroleh daripada tajuk ini ialah.......
 Pengetahuan ialah perkara yang dipelajari daripada topik atau subtopik yang dikaji.
 Lebih berbentuk rumusan bagi keseluruhan aspek yang dibincangkan dalam tugasan.
 Mesti ditulis dalam struktur ayat yang lengkap.

(b) Aspek Nilai-nilai murni:
 Ayat dimulakan dengan…… Nilai-nilai murni yang dapat diteladani ialah .....
 Jawapan calon mesti menunjukkan nilai. Contoh: bekerjasama, bersyukur dan lain-lain.
 Jawapan mesti ditulis dalam struktur ayat yang lengkap. Contoh: Kita perlu berbangga
dengan kemakmuran negara ....
 Nilai yang ditulis tanpa ayat yang lengkap, tidak akan diberi markah.

27

CIKGU YUSYY@SMKLK

BENGKEL INTENSIF SEJARAH 1249 | SPM

(c) Aspek Unsur Patriotisme:
 Ayat dimulakan dengan…… Unsur Patriotisme yang dapat dihayati ialah ....
 Unsur patriotisme bukanlah nilai tetapi lebih bersifat pengajaran dan tindakan yang
membawa kesan atau impak yang positif.
 Contoh: Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu bagi menjamin keharmonian
atau Warganegara Malaysia bertanggungjawab
hidup bermasyarakat.

mempertahankan kedaulatan negara agar ketinggian dan keutuhan tamadun bangsa

dan negara dapat dilestarikan.

(d) Aspek Harapan (Bangsa):
 Ayat dimulakan dengan…… Saya berharap agar rakyat/bangsa Malaysia akan....
 Contoh: Saya berharap agar rakyat/bangsa Malaysia akan terus mencipta kejayaan
demi kejayaan demi negara yang tercinta. Atau Harapan saya semoga rakyat Malaysia
sentiasa hidup bersatu padu bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran negara.
 Biasanya mengandungi perkataan.... harapan, semoga, akan, agar, supaya, berterusan,
berkekalan, sentiasa, terjamin dan sebagainya.

(e) Aspek Harapan (Negara):
 Ayat dimulakan dengan…… Harapan saya semoga negara Malaysia akan.....
 Contoh: Harapan saya agar Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju hasil
kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Atau Saya berharap
semoga negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai, makmur dan dapat

berdiri megah setanding dengan negara-negara maju di dunia.
 Biasanya mengandungi perkataan.... harapan, semoga, akan, agar, supaya, berterusan,

berkekalan, sentiasa, terjamin dan sebagainya.

Pada tahun 2018, berlaku sedikit perubahan bagi soalan rumusan - SPMU 2018 dan SPM 2018. Soalan
tidak memfokuskan pecahan seperti sebelum ini sebaliknya hanya meminta calon membuat rumusan
terhadap tajuk yang dikaji.

28

CIKGU YUSYY@SMKLK


Click to View FlipBook Version