MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 1
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 2 KANDUNGAN BIL SK BAB TAJUK HALAMAN TINGKATAN 4 PEMBINAAN NEGARA 1 SK 9.1 B1 Warisan Negara Bangsa 3 2 SK 9.2 / 9.3 B2 Kebangkitan Nasionalisme 6 3 SK. 10.1 / 10.2 B3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 11 4 SK 10.3 B4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 18 5 SK 10.4 B5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 20 6 SK 10.5 B6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 24 7 SK 11.1 B7 Usaha ke Arah Kemerdekaan 25 8 SK 11.2 B8 Pilihan Raya 28 9 SK 11.3 B9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 30 10 SK 11.4 B10 Pemasyhuran Kemerdekaan 34 BONUS LATIH TUBI KERTAS 1 VIA QUIZIZZ SOALAN POPULAR SEJARAH SPMC 2021
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 3 TAJUK 9 1 WARISAN NEGARA BANGSA 1.3 SISTEM PENTADBIRAN/PERUNDANGAN SPMC PERLIS (a) Apakah X dan Y ? X : Bendahara Y : Penghulu Bendahari (b) Apakah peranan pembesar di soalan 1(a)? Bendahara: ▪ Ketua pentadbir ▪ Ketua turus angkatan tentera ▪ Penasihat sultan ▪ Pemangku sultan Penghulu Bendahari: ▪ Urus perbendaharaan dengan teratur ▪ Hasil daripada perdagangan ▪ Hasil cukai / ufti wilayah taklukan / naungan ▪ Ketua Syahbandar (c) Teliti gambar dalam poster berikut. Ulaskan nilai patriotik yang digambarkan dalam poster tersebut. ▪ Cinta akan negara ▪ Sanggup berkorban demi negara ▪ Berani menentang penjajah British ▪ Memastikan negara menjadi aman SPMC NEGERI SEMBILAN (b) Jelaskan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. ▪ Dikenali Pembesar Empat Lipatan ▪ Sultan Melaka memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah/sungai/pulau kepada Pembesar Berempat ▪ Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan ▪ Sistem pentadbiran tersusun dan berhierarki ▪ Sultan mengetuai pemerintahan ▪ Berkuasa dalam segala aspek/ pemerintahan/ peperangan/ hubungan diplomatik/agama ▪ Pembesar Berempat/ Bendahara/ Penghulu Bendahari/ Temenggung/ Laksamana ▪ Pembesar lain yang membantu dalam pentadbiran/ Syahbandar/ Bentara/ Orang Kaya/ Hulubalang/ Penghulu ▪ Terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat ▪ Pentadbiran peringkat jajahan ▪ Hubungan dan persefahaman dua hala antara sultan dengan pembesar ▪ Mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna mengelakkan sebarang tindakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah ▪ Bendahara sebagai ketua pentadbir/ketua turus angkatan tentera/ menasihati sultan dalam pelbagai hal/ menjadi pemangku sultan ▪ Mempunyai sistem kewangan yang teratur ▪ Penghulu Bendahari berperanan menguruskan perbendaharaan secara teratur ▪ Syahbandar mengutip cukai di pelabuhan ▪ Pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan ▪ Hasil perbendaharaan disalurkan untuk kepentingan kerajaan/ membeli senjata/ membina istana ▪ Mempunyai sistem keselamatan yang kemas ▪ Menjaga keamanan di darat/ di laut ▪ Temenggung dilantik menjaga keamanan di Kota Melaka ▪ Laksamana sebagai panglima angkatan laut Melaka ▪ Peringkat jajahan, pembesar menguruskan pentadbiran di kampung/daerah ▪ Pembesar dilantik sultan/ Pembesar Berempat ▪ Menjaga keamanan/ mengutip cukai
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 4 (c) Sebagai seorang pemimpin, apakah yang anda perlu lakukan untuk memajukan negara? ▪ Mementingkan ilmu pengetahuan ▪ Mewujudkan pusat-pusat ilmu ▪ Menyediakan kelengkapan teknologi ▪ Memudahkan rakyat menuntut ilmu ▪ Menjalin hubungan diplomatik ▪ Menjaga kedaulatan negara ▪ Menjamin keselamatan rakyat terpelihara ▪ Menyediakan pelbagai kemudahan ▪ Membelanjakan pendapatan negara dengan betul ▪ Menaikkan imej negara SPMC PERAK (a) Apakah kandungan kedua-dua undang-undang di atas? Hukum Kanun Melaka: ▪ Mengandungi 44 fasal ▪ Membincangkan perbuatan jenayah ▪ Peranan sultan dan pembesar ▪ Kekeluargaan ▪ Ekonomi Undang-Undang Laut Melaka: ▪ Peranan nakhoda ▪ Pelayaran ▪ Jenayah di atas kapal ▪ Percukaian (b) Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan? ▪ Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan terkenal ▪ Menjamin pemerintahan yang lancar dan cekap ▪ Mematikan keselamatan kesultanan ini ▪ Meningkatkan kesetiaan kepada pemerintah ▪ Mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan ▪ Membawa kemakmuran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (c) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat di negara kita tidak mematuhi undang-undang? ▪ Imej negara merosot ▪ Kejatuhan ekonomi negara ▪ Proses pembangunan negara tidak berjalan lancar ▪ Pelabur luar mula hilang keyakinan ▪ Perpaduan di kalangan rakyat semakin pudar ▪ Masalah jenayah meningkat ▪ Suasana negara tidak harmoni dan sejahtera ▪ Berlakunya pergaduhan sesama sendiri SPMC SELANGOR 2 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undangundang yang tersusun berasaskan syariah dan hukum adat. (a) Jelaskan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka. ▪ Jenayah ▪ Membunuh/ menikam/ mencuri ▪ Hukuman bunuh ▪ Membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja/ pembesar ▪ Ingkar arahan ▪ Memalsukan titah sultan ▪ Peranan Sultan/ pembesar ▪ Arif dalam pelaksanaan undang-undang ▪ Tugas sultan/ Bendahara/ Temenggung/ Penghulu Bendahari ▪ Sultan melantik pembesar ▪ Kekeluargaan ▪ Berkaitan perkahwinan ▪ Pernikahan memerlukan empat orang saksi ▪ Jika tidak cukup dua saksi memadai ▪ Hamba abdi/ wanita tidak boleh menjadi saksi ▪ Ekonomi ▪ Peraturan tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan ▪ Supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam ▪ Amalan riba diharamkan ▪ Orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh/siuman ▪ Melafazkan niat jual beli
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 5 (b) Undang-Undang Laut Melaka berjaya memastikan aktiviti pelayaran dan organisasi di atas kapal sistematik dan berkesan. Buktikan pernyataan tersebut. ▪ Peranan pegawai selain nakhoda ▪ Jurumudi/ malim/ jurubatu ▪ Memastikan pelayaran selamat/ lancar ▪ Malim harus arif tentang ilmu pelayaran ▪ Malim perlu mengetahui keadaan ombak/ arus/ kedudukan bulan dan bintang ▪ Jika malim lalai sehingga menyebabkan perlanggaran/ kerosakan ▪ Akan dijatuhi hukuman bunuh ▪ Menyatakan percukaian yang sistematik/ adil ▪ Pelbagai cukai dikenakan dalam pelayaran/ perdagangan ▪ Cukai perjalanan/ hasil perniagaan ▪ Nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan ▪ 1/10 daripada hasil penumpang ingin turun ▪ Sebelum sampai janji sama ada tiga tahun/ tiga bulan/ tiga hari ▪ Nakhoda berkuasa penuh ▪ Diibaratkan seorang raja dalam pelayaran ▪ Arahan/ perintah nakhoda perlu dipatuhi ▪ Nakhoda perlu diberi keutamaan untuk berniaga selama 4 hari ▪ Nakhoda perlu bermesyuarat sekiranya hendak singgah di tempat yang tiada dalam senarai ▪ Untuk mendapatkan persetujuan ▪ Jenayah akan menggugat ketenteraman ▪ Hukuman terhadap perbuatan jenayah ▪ Mencuri/ membunuh/ memberontak ▪ Berkelakuan jahat/ membunuh di atas kapal ▪ Dikenakan hukuman mati (c) Baca maklumat dalam petikan berikut. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kejayaan yang boleh dicapai oleh negara kita sekiranya rakyat mendaulatkan undangundang. ▪ Kepatuhan individu terhadap undang-undang dapat mewujudkan masyarakat yang bahagia ▪ Peraturan dan undang-undang dapat mewujudkan hubungan yang sempurna sesama manusia ▪ Kacau bilau akan berlaku sekiranya undangundang dan keadilan tidak diutamakan ▪ Keharmonian masyarakat juga akan turut terganggu ▪ Sekiranya prinsip Rukun Negara yang keempat tidak dipatuhi, ketegangan yang boleh menggugat perpaduan akan berlaku ▪ Politik negara akan stabil sekiranya undangundang didaulatkan oleh rakyat ▪ Anasir-anasir luar sukar untuk mengambil kesempatan terhadap negara kita untuk menjalankan aktiviti mereka ▪ Contohnya penyeludupan dadah/ penyebaran ideologi pengganas/ pemerdagangan manusia ▪ Pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar ▪ Keamanan negara terjamin Ahli falsafah undang-undang Rom, Marcus Tullius Cicero pernah menyatakan kebahagiaan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kepatuhan setiap individu terhadap undangundang. Penyataan itu jelas menggambarkan hubungan sesama manusia tidak boleh berlaku dengan sempurna jika tiada peraturan dan undangundang. Kesannya dapat dilihat di banyak negara dunia apabila undang-undang dan keadilan tidak menjadi pasak utama, natijahnya, berlaku kacau-bilau yang sekali gus merobek keharmonian masyarakat. Keadaan tegang yang menggugat perpaduan juga tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita leka dan tidak mendukung prinsip keempat Rukun Negara yang mendaulatkan undang-undang. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-Malaysia
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 6 TAJUK 9 B2 KEBANGKITAN NASIONALISME 2.2 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT SPMC SELANGOR 1 Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing. (a) (i) Jelaskan faktor berlakunya revolusi. ▪ Menentang penjajahan British ▪ British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian empayar British ▪ Menentang akta memungut cukai ▪ Contohnya, Akta Pelayaran/ Akta Gula/ Akta Setem/ Akta Teh ▪ Tiada wakil Amerika dalam Parlimen British ▪ Slogan “Tiada cukai tanpa perwakilan” (ii) Bagaimanakah peristiwa tersebut tercetus? ▪ Pemimpin di tanah jajahan tubuhkan kongres ▪ Diketuai oleh George Washington ▪ Mengisytiharkan perang terhadap British ▪ Memperjuangkan kemerdekaan Amerika ▪ Kongres luluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson (b) Nyatakan kesan daripada peristiwa di 1(a)(ii). ▪ British mengakui kemerdekaan Amerika ▪ 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan ▪ Diberikan nama baharu - Amerika Syarikat ▪ Sistem pemerintahan demokrasi diperkenalkan (c) Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa revolusi yang berlaku di Barat? ▪ Berwaspada terhadap kuasa asing ▪ Berani untuk mempertahankan hak ▪ Berjuang bersungguh-sungguh hingga berjaya ▪ Sanggup mempertahankan negara daripada ancaman luar ▪ Kepentingan mempunyai ilmu pengetahuan ▪ Sentiasa menjaga kebajikan rakyat ▪ Mengukuhkan perpaduan kaum SPMC TERENGGANU Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina. (a) Namakan kuasa Barat yang menjajah Filipina. ▪ Sepanyol, Amerika Syarikat (b) Bagaimanakah gerakan nasionalisme berlaku di Filipina? ▪ Gerakan Propaganda dipimpin Jose Rizal ▪ Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol ▪ Mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol ▪ Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina ▪ Mendesak Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial ▪ Kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal ▪ Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan ▪ Memperoleh kemerdekaan melalui revolusi ▪ Menggunakan akhbar Kalayan menyebarkan idea revolusi kepada rakyat ▪ Bonifacio dan Aguinaldo melancarkan Revolusi Filipina menyingkirkan Sepanyol tetapi gagal ▪ Aguinaldo bekerjasama Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol ▪ Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo tidak disahkan oleh Amerika Syarikat ▪ Bermula penguasaan Amerika Syarikat di Filipina ▪ Golongan nasionalis menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana ▪ Pendekatan kerjasama membolehkan Sergio Osmena dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina ▪ Gerakan menuntut kemerdekaan diteruskan sehingga Perang Dunia Kedua (c) Rujuk maklumat berikut: Mengapakah semangat setia kepada negara dan bangsa dianggap penting? ▪ Menanam perasaan cinta kepada negara ▪ Sanggup berkorban demi negara ▪ Mengekalkan kedaulatan negara ▪ Bebas daripada campur tangan asing ▪ Menjamin kemakmuran ekonomi negara ▪ Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat ▪ Meningkatkan taraf hidup rakyat Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. Sumber: Hans Kohn,1961,The Idea of Nationalism New York:Macmillan Pub.Co
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 7 SPMC SELANGOR 3 Cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pemimpin bagi memastikan gerakan nasionalisme mencapai kejayaan. ▪ Mengadakan kempen kesedaran ▪ Menubuhkan gerakan yang lebih tersusun dan ▪ berorganisasi ▪ Mendapatkan sokongan / kerjasama daripada rakyat ▪ Menarik penyertaan daripada golongan intelek / cerdik pandai agar lebih dipercayai dan dihormati ▪ Menanam semangat cinta pada bangsa dan negara ▪ Menyemai sikap tabah /berani /sanggup berkorban untuk negara SPMC PAHANG Pembaharuan dalam negeri yang dijalankan oleh Raja Mongkut merangkumi pelbagai bidang. Baginda membawa perubahan dalam bidang pentadbiran berdasarkan pentadbiran Barat. Sumber ubahsuai: hamdansalleh.wordpress.com/201 1 l12lO2 (a) Nyatakan tiga kuasa Barat yang menjalin hubungan pentadbiran dengan Thailand. ▪ British, Amerika Syarikat, Perancis (b) Bagaimanakah Thailand mempertahankan kedaulatan negaranya daripada penjajahan Barat? ▪ Usaha diplomasi ▪ Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa Barat ▪ British/ Amerika Syarikat/ Perancis ▪ Usaha pemodenan ▪ Pelaksanaan birokrasi Barat ▪ Pentadbiran kewangan/ pelabuhan/ kastam/ ketenteraan/ polis ▪ 80 orang penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan ▪ Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain/ penasihat kastam dari Amerika Syarikat/ penasihat ketenteraan dari Perancis ▪ Guru dari Barat (British) untuk pelaksanaan sistem pendidikan Barat ▪ Negara yang bersahabat dengan Barat ▪ Raja Chulalongkorn meneruskan usaha pemodenan negara dan dasar terbuka (c) Jelaskan iktibar daripada usaha Thailand dalam 1(b). ▪ Pemimpin yang berwibawa ▪ Sistem pemerintahan yang sistematik ▪ Memastikan kestabilan politik ▪ Pembaharuan ke arah kebaikan ▪ Kepentingan ilmu pengetahuan ▪ Melaksanakan hubungan diplomatik ▪ Hidup berbaik-baik dengan negara luar ▪ Bersikap terbuka ▪ Pentadbiran yang efisien ▪ Raja sebagai tonggak pemerintahan negara SPMC MELAKA Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada gerakan nasionalisme di Thailand? ▪ Kesedaran semangat kebangsaan bermula di peringkat pemerintah ▪ Berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara ▪ Sanggup membuat perubahan ke arah yang lebih baik ▪ Perpaduan memainkan peranan penting dalam sesuatu perjuangan ▪ Berusaha mewujudkan jati diri masyarakat ▪ Bersikap terbuka dan membawa pembaharuan ▪ Melaksanakan pemodenan pentadbiran SPMC KELANTAN Golongan intelektual (cerdik pandai) memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme di negara kita. (a) Jelaskan peranan golongan intelektual berikut: i. Intelektual Melayu ▪ Tokohnya, O.T. Dussek/ Abdul Hadi Hassan/Abdul Hadi Abdul Manan/ Harun Aminurrashid ▪ Meniup kesedaran nasionalisme kepada pelajar ▪ Melahirkan ramai tokoh penulis/ nasionalis ▪ Mewujudkan Pejabat Karang Mengarang ▪ Menghasilkan buku berkualiti/ pemangkin mengasah bakat pelajar ▪ Nasionalis - Buyong Adil/ Abdul Hadi Hassan ▪ Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah/ Indonesia menjadikan SITC pusat ilmu/ pembaharuan dari luar ▪ Kurikulum SITC menitikberatkan mata pelajaran Sejarah/ keagungan empayar Melayu di Alam Melayu ▪ Mata pelajaran Anyaman/ Kesihatan/ Sukan juga penting ▪ Menubuhkan Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar/ Ikatan Semenanjung Borneo ▪ Melahirkan persatuan radikal/ Kesatuan Melayu Muda
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 8 ii. Intelektual Inggeris ▪ Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris ▪ Melatih anak bangsawan bagi diserapkan dalam pentadbiran Inggeris ▪ Menggunakan kedudukan mereka untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan orang Melayu ▪ Raja Chulan Raja Abdullah/Mahmud Mat/ Mohammad Eunos Abdullah/ Raja Uda Raja Muhammad ▪ Bertugas sebagai pegawai kerajaan ▪ Menuntut British memperbaiki taraf hidup orang Melayu ▪ Menuntut lebih banyak peluang kerja kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan ▪ Menyalurkan idea/ tuntutan secara baik dengan British ▪ Menggunakan akhbar Warta Malaya/ Lembaga/ Malaya/ Utusan Melayu (b) Golongan intelektual mempunyai sumbangan yang besar dalam pembinaan dan pembangunan negara bangsa. Sumber: bharian.com.my 20 Februari 2021 Berikan ulasan anda. ▪ Menyebarkan ilmu pengetahuan ▪ Menghasilkan inovasi ▪ Mencipta teknologi baru ▪ Menyumbang idea bernas kepada kerajaan ▪ Menjadi pakar rujuk dalam bidang tertentu ▪ Mewujudkan perpaduan dalam negara ▪ Merancang pembangunan negara SPMC SABAH Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah di negara kita. Gerakan nasionalisme yang berkembang telah memberikan kesan kepada usaha membina tamadun bangsa dan negara. (a) Berikan maksud nasionalisme. ▪ Nasionalisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara ▪ Nasionalisme juga diertikan sebagai semangat kebangsaan ▪ Mempunyai sikap dan pendekatan berkaitan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara ▪ Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan kuasa asing ▪ Idea nasionalisme tidak sama antara negara dan zaman ▪ Idea berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling ▪ Seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam (b) Perkembangan nasionalisme di Barat telah mencetuskan Revolusi Keagungan 1688 dan dan Revolusi Amerika 1776. Huraikan perjuangan kedua-dua revolusi tersebut. Revolusi Keagungan 1688 ▪ Dikenali juga sebagai Glorius Revolution ▪ Memperjuangkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat ▪ Ahli parlimen British menentang pemerintahan Raja James ll yang berkuasa mutlak ▪ Mereka menentang tindakan Raja James II yang menggubal undang-undang tanpa persetujuan parlimen ▪ Ahli parlimen turut disokong oleh Mary II dan suaminya Raja William of Orange dari Belanda ▪ Sokongan tersebut menyebabkan Raja James II melarikan diri ke Perancis ▪ Revolusi ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah. ▪ Bill Of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada Parlimen ▪ Tujuannya untuk parlimen menggubal undangundang dan mengutip cukai Revolusi Amerika 1776 ▪ Rakyat menentang penjajahan British ▪ British tidak melindungi hak rakyat Amerika ▪ Rakyat Amerika menentang tindakan British mengutip cukai melalui pelbagai akta ▪ seperti Akta Setem ▪ Kutipan cukai yang dibuat ditentang rakyat Amerika kerana tiada wakil Amerika dalam parlimen British ▪ Slogan yang digunakan tiada cukai tanpa perwakilan
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 9 ▪ Rakyat Amerika menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington ▪ Mengisytiharkan perang terhadap British ▪ Revolusi Amerika berakhir apabila British mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat (c) Petikan di bawah berkaitan semangat nasionalisme yang telah menyuntik semangat perjuangan di negara kita. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada pernyataan di atas. ▪ Nasionalisme membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita ▪ Rakyat hidup bersatu padu antara satu sama lain dan saling bertolak ansur untuk keharmonian masyarakat ▪ Hubungan baik antara masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India ▪ Perjuangan secara sistematik dan berorganisasi ▪ Kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat membuahkan hasil/kejayaan ▪ Pemimpin menyemai semangat patriotik dan nilai-nilai murni kepada masyarakat ▪ Sentiasa mengamalkan sikap kewaspadaan yang tinggi ▪ Tidak mudah terpangaruh dengan tipu daya musuh atau negara asing ▪ Bersedia mempertahankan negara daripada anasir luar ▪ Perlu mempunyai sikap keberanian ▪ Menyuarakan pendapat tanpa rasa takut dan tertekan ▪ Tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa ▪ Berusaha mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara terus terjamin SPMC MRSM Sebelum Perang Dunia Kedua, kegiatan penulisan dan persatuan menjadi medium perjuangan golongan intelektual mendaulatkan negara bangsa di Tanah Melayu. (a) Jelaskan perjuangan golongan intelektual melalui penulisan karya kreatif. ▪ Membangkitkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu/mempertahankan tanah air/menentang penjajah ▪ Bertemakan semangat cinta akan negara ▪ Perjuangan membela nasib bangsa ▪ Mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi ▪ Menyindir/mengkritik penjajah ▪ Menghargai warisan bangsa ▪ Menghargai kebolehan diri sendiri ▪ Novel / cerpen / gurindam / puisi ▪ Omar Mustaffa / Mahmud Ahmadi / Harun Aminurrashid / Abdul Samad Ahmad / Ishak Haji Muhammad / Pak Sako / Abdul Rahim Kajai / Shamsuddin Salleh / Abdullah Sidek/Zaaba ▪ Angan-angan dengan Gurindam / Sedarlah / Semenanjung / Serunai Pujangga / Rumah Besar Tiang Sebatang / Cerita Awang Putat / Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang / Novel Mari Kita Berjuang /Anak Mat Lela Gila / Putera Gunung Tahan / Melor Kuala Lumpur/Keris Melaka (b) Bagaimanakah persatuan berikut menggerakkan nasionalisme di Tanah Melayu? i. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ▪ Dipimpin oleh Mohammad Eunos Abdullah / Tengku Kadir Ali / Embok Suloh ▪ Bertujuan menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran ▪ Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik ▪ Mementingkan pelajaran / pendidikan / teknik / pengajian tinggi ▪ Kejayaan KMS mendorong penubuhan persatuan negeri lain ▪ Persatuan Melayu Pahang / Persatuan Melayu Selangor / Persatuan Melayu Negeri Sembilan ▪ Dianggotai oleh kakitangan kerajaan ▪ Bekerjasama dengan British ▪ Meminta lebih banyak peluang dalam pentadbiran Nasionalisme dapat memupuk perpaduan antara kaum dan bangsa. Secara umumnya, nasionalisme berjaya melahirkan rakyat yang saling bekerjasama antara satu sama lain. Apabila semangat nasionalisme diamalkan semua kaum dapat mengamalkan kebudayaan dan adat resam masing-masing tanpa adanya persengketaan kaum. Semangat nasionalisme mendorong kita membebaskan negara daripada penjajahan untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat. Sumber:https://www.bharian.com.my
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 10 ▪ Berjaya memperoleh petempatan khas orang Melayu / kebajikan ▪ Mohammad Eunos Abdullah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat ▪ Menjaga sosioekonomi/budaya orang Melayu ii. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ▪ Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob ▪ Didaftarkan pada tahun 1938 ▪ Berjuang melalui majalah / akhbar Majlis ▪ Berhasrat menentang British ▪ Mewujudkan gagasan Melayu Raya / Indonesia Raya / gabungan Tanah Melayu dan Indonesia ▪ Menyeru orang Melayu bangun sebagai satu bangsa ▪ Mempunyai tamadun / kesopanan di tanah airnya ▪ Pergerakan secara radikal / berhaluan kiri ▪ Membangkitkan perasaan anti-British/ nasionalisme/ membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan ▪ Menggalakkan perpaduan dalam kalangan orang muda (c) Baca maklumat dalam petikan berikut: Jelaskan mesej yang terdapat dalam petikan tersebut dan cabaran mempertahankan kemerdekaan negara. ▪ menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali semangat patriotisme ▪ menyeru rakyat Malaysia cinta akan tanah air ▪ mengingat kembali sejarah kemerdekaan negara ▪ hendaklah bersatu padu dengan tekad dan iltizam ▪ bangkit menentang penjajah ▪ mempertahankan kemerdekaan ▪ krisis politik negara ▪ pencerobohan sempadan negara ▪ kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ▪ jenayah siber / jenayah rentas sempadan ▪ penyalahgunaan dadah ▪ pemerdagangan manusia ▪ gejala sosial ▪ kurang jati diri / amalan murni / kesopanan / keruntuhan moral ▪ kebergantungan kepada negara barat/negara asing SPMC KUALA LUMPUR Maklumat berikut berkaitan rencana tentang perlunya pemimpin berwaspada terhadap kuasa asing. Mengapakah kita perlu berhati-hati dengan pengaruh asing di negara kita? ▪ Rakyat hilang hak dalam mentadbir negara ▪ Ekonomi dikuasai oleh penjajah ▪ Politik tidak stabil ▪ Taraf hidup rakyat mundur ▪ Rakyat akan hidup berpecah-belah ▪ Kedaulatan negara terjejas KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2021 : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali semangat patriotisme dan cintakan tanah air yang telah tertanam sejak enam dekad lalu. Dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa, semangat itulah yang telah menyatupadukan rakyat sekaliannya dengan tekad dan iltizam, untuk bangkit menentang penjajah, sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi sebuah realiti. Sumber: http://astroawani.com/316985/2021/08 MALAYSIA pernah dijajah oleh kuasa luar selama 446 tahun. Kesannya, segala sistem pemerintahan, politik, ekonomi dan sosial adalah sistem yang dibentuk penjajah. Sepanjang penjajahan, rakyat negara ini tidak mempunyai hak dalam mengendalikan urusan negara. Pengalaman yang pahit di bawah pengaruh dan penjajahan luar perlu dijadikan satu renungan oleh rakyat. Sumber: Abd Rahman, Saodah (1998) Pemimpin Perlu Waspada Kebaikan Kuasa Asing. Berita Harian
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 11 TAJUK 10 B3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA PERANG DUNIA PERTAMA / KEDUA SPMC PERLIS Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang berlaku dalam kalangan negara Eropah telah memberi kesan besar terhadap Eropah dan juga negara kita. (a) Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama? ▪ Persaingan kuasa imperialis ▪ Perkembangan Revolusi Industri ▪ Bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan ▪ Bagi memperoleh bahan mentah ▪ Arang batu/petroleum/bijih timah ▪ Memasarkan hasil industri ▪ Membawa kepada permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah ▪ Perancis/Jerman ▪ Pakatan ketenteraan ▪ Muncul disebabkan oleh permusuhan antara kuasa Eropah ▪ Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga ▪ Pakatan Kuasa Tengah – Jerman/ AustriaHungary ▪ Pakatan Bertiga – Britain/ Perancis/ Rusia ▪ Disokong Serbia/Itali/Romania/Portugal/Greece ▪ Bersaing menghasilkan senjata moden ▪ Sedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing ▪ Krisis Rantau Balkan ▪ Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia ▪ Menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb ▪ Supaya berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary ▪ Kemuncak krisis pembunuhan Archduke Ferdinand/putera mahkota Austria-Hungary dan isterinya oleh pemuda Serbia (b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama kepada Eropah dan negara kita? ▪ Keruntuhan pemerintahan beraja ▪ Menamatkan sistem beraja di Jerman, AustriaHungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah ▪ Kerajaan Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta ▪ Mendapatkan perlindungan politik di Belanda ▪ Empayar Austria-Hungary berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah dikuasainya ▪ Revolusi tercetus di Rusia ▪ Menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II ▪ Kerajaan komunis pertama dibentuk ▪ Di bawah pimpinan Vladimir Lenin ▪ Khalifah empayar Uthmaniyah digulingkan ▪ Kerajaan Turki bercorak republik ▪ Diketuai Mustafa Kemal Ataturk ▪ Kemunculan negara baharu ▪ Empayar Austria-Hungary runtuh melahirkan negara baharu ▪ Austria/Hungary/Czechoslovakia/Yugoslavia ▪ Perpecahan empayar Rusia tertubuh negara baharu ▪ Poland/Estonia/Lativia/Lithuania ▪ Perpecahan empayar Uthmaniyah muncul negara baharu ▪ Lebanon/Syria/Iraq ▪ Kesan terhadap negara kita ▪ Bagi menyekat kebangkitan orang Melayu ▪ Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang ▪ Yang menyokong/memberikan taat setia kepada kerajaan British ▪ Pelbagai undang-undang berkaitan perang diluluskan pentadbiran British ▪ Kuasa Pesuruhjaya Tinggi British ▪ Meletakkan negeri Melayu di bawah undangundang tentera jika keadaan memerlukan ▪ Kemakmuran ekonomi negeri Melayu dimanipulasi British ▪ Wang hasil bijih timah dan getah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 12 (c) Baca maklumat dan petikan berikut: Ulaskan maklumat yang anda peroleh daripada sumber di atas. Apakah kesan terhadap negara kita sekiranya masalah ini berlanjutan? Maklumat yang diperoleh ▪ Malaysia akan menerima kesan negatif seperti ancaman bekalan makanan sekiranya konflik RusiaUkraine berlarutan ▪ Mempengaruhi persekitaran inflasi dan kadar faedah ▪ Menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih perlahan dan berkurangan antara 10 – 20 % ▪ Tabung Kewangan Antarabangsa mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia sekitar 5.7 peratus, ▪ Peningkatan signifikan dalam perdagangan global, harga komoditi yang stabil, pembendungan pandemik serta sentimen pengguna dan perniagaan yang kian meningkat. ▪ KDNK Malaysia mencatatkan pengurangan 5.6 peratus pada tahun 2020 dan pada 2021 ▪ sekiranya pelan pemulihan dilakukan akan mencatatkan pertumbuhan yang positif pada kadar 3.1 peratus. ▪ masalah rantaian bekalan global, kini beralih daripada menghadapi bencana pandemik kepada konflik Russia- Ukraine ▪ mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi / geopolitik ▪ menyebabkan harga minyak dan gas asli dunia melonjak lebih tinggi ▪ memburukkan keadaan bagi syarikat dalam banyak industri terutama yang sangat bergantung pada sumber tenaga minyak Kesan terhadap negara ▪ Menjejaskan ekonomi negara ▪ Krisis makanan akan berlaku ▪ Ukraine akan menghentikan eksport bijirin ▪ Bekalan gandum akan terputus ▪ Kekurangan bekalan makanan akan meningkatkan harga barang makanan ▪ Inflasi mungkin berlaku SPMC PAHANG Huraikan pengajaran yang berkaitan dengan peristiwa Perang Dunia Pertama. ▪ Meningkatkan ilmu pengetahuan ▪ Supaya peka dengan perkembangan semasa ▪ Berfikir dengan baik ▪ Dapat membezakan perkara baik dengan perkara buruk ▪ Menilai kesan terhadap negara jika berlaku peperangan ▪ Kemusnahan akibat peperangan ▪ Pentingnya perundingan jika berlaku perselisihan ▪ Semua pihak perlu bertolak ansur dan menghormati kedaulatan negara lain ▪ Supaya semua pihak berpuas hati ▪ Perpaduan dan kerjasama juga penting ▪ Menjadikan kita kuat dan fokus kepada matlamat ▪ Masa depan negara dan bangsa adalah tanggungjawab semua warganegara IPOH - Malaysia tidak terlepas daripada berdepan kesan negatif termasuk ancaman bekalan makanan sekiranya konflik Rusia-Ukraine berlarutan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda bertitah, kesan langsung dan tidak langsung daripada konflik yang berterusan akan mempengaruhi persekitaran inflasi dan kadar faedah serta menyebabkan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan dan berkurangan antara 10 hingga 20 peratus. Titah baginda, bagi tahun 2022, Tabung Kewangan Antarabangsa mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia sekitar 5.7 peratus, dipacu oleh peningkatan signifikan dalam perdagangan global, harga komoditi yang stabil, pembendungan pandemik serta sentimen pengguna dan perniagaan yang kian meningkat. "KDNK Malaysia mencatatkan penguncupan 5.6 peratus pada tahun 2020 dan pada 2021, membayangkan pelangi pemulihan, mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar 3.1 peratus.” "Risiko rantaian bekalan global yang berada dalam keadaan rapuh, kini beralih daripada menghadapi bencana pandemik kepada konflik Russia-Ukraine yang mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, sudah pun menyebabkan harga minyak dan gas asli dunia melonjak lebih tinggi, memburukkan keadaan bagi syarikat dalam banyak industri terutama yang sangat bergantung pada sumber tenaga minyak. www.sinarharian.com.my/article/195039/2022/03
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 13 SPMC TERENGGANU Cadangkan langkah-langkah untuk memelihara keharmonian dalam masyarakat dunia pada hari ini. ▪ Menghormati hak kebebasan manusia ▪ Menanamkan kesedaran pentingnya keamanan ▪ Masalah perlu diselesaikan melalui perundingan ▪ Menghormati kedaulatan negara lain ▪ Menjalinkan hubungan baik dengan semua negara ▪ Memupuk semangat hormat-menghormati ▪ Saling membantu jika diperlukan ▪ Mematuhi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) SPMC KEDAH “Rusia memberi amaran bahawa konflik di Ukraine berupaya menjadi semakin meruncing sehingga meletuskan perang dunia ketiga”. Sumber: bharian.com.my/dunia/eropah Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. ▪ Melibatkan ramai pihak ▪ Penggunaan senjata terkini ▪ Kerjasama antara kuasa-kuasa besar ▪ Berlaku krisis kemanusiaan ▪ Perlumbaan industri senjata ▪ Dunia diancam bahaya peperangan ▪ Senjata pemusnah ▪ Kuasa besar menggunakan kekuatan ▪ Konflik antarabangsa ▪ Senjata untuk memporak-porandakan ▪ Penjajahan Ukraine SPMC MRSM Pada pandangan anda, mengapakah peperangan harus dielakkan? ▪ Menyebabkan kemusnahan harta benda ▪ Mengorbankan banyak nyawa ▪ Menggugat keharmonian ▪ Menjejaskan kesihatan/penyakit berjangkit ▪ Penggunaan senjata kimia/biologi/bom atom ▪ Memastikan kestabilan politik ▪ Memajukan ekonomi ▪ Menjamin keharmonian/kesejahteraan KONFLIK DUNIA: PERANG DUNIA KEDUA SPMC SELANGOR 2 Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik. (a) Namakan dua pakatan yang terbentuk semasa Perang Dunia Kedua. ▪ Kuasa Paksi, Kuasa Bersekutu (b) Mengapakah Perang Dunia Kedua berlaku di Eropah? ▪ Kemunculan ideologi baru ▪ Gerakan fasisme pimpinan Benito Mussolini ▪ Memberi keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu ▪ Percaya kepada nasionalisme melampau bagi meningkatkan imej negara ▪ Itali meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah (Ethiopia)/ Albania ▪ Nazisme dipimpin Adolf Hitler di Jerman ▪ Mengagungkan bangsa Jerman ▪ Jerman mengetepikan Perjanjian Versailles ▪ Membina angkatan tentera semula ▪ Menduduki semula wilayah Rhineland ▪ Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles ▪ Jerman menganggap perjanjian ini tidak adil/ menjejaskan kedaulatannya ▪ Jerman kehilangan tanah jajahan ▪ Membayar pampasan perang yang tinggi ▪ Mengalami kemelesetan ekonomi/ inflasi yang teruk ▪ Itali tidak diberikan tanah jajahan yang baru ▪ seperti diperoleh Perancis dan Poland ▪ Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa ▪ Gagal menguasatkuasakan perjanjian pelucutan senjata ▪ Berlaku krisis pencerobohan selepas Perang Dunia Pertama ▪ Dunia terdedah kepada konflik berterusan (c) Apakah kesan terhadap tamadun manusia pada masa hadapan jika perang dunia berlaku sekali lagi? ▪ Lebih banyak negara akan terlibat ▪ Negara-negara kuasa tentera tidak lagi tertumpu di Barat tetapi juga dimiliki negara-negara di pelbagai belahan dunia
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 14 ▪ Korea Utara dan China ▪ Kemusnahan terhadap alam sekitar lebih besar ▪ Peperangan jarak jauh berlaku dengan pantas ▪ Disebabkan teknologi persenjataan tinggi dimiliki setiap negara ▪ Penggunaan senjata kimia dan senjata biologi secara meluas ▪ Jumlah kematian yang tinggi ▪ Memusnahkan tamadun manusia SPMC MELAKA Gambar menunjukkan pendudukan Jerman di Rhineland pada tahun 1939. (a) Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah? Rujuk jawapan SPMC Selangor 2 (b) Jelaskan peristiwa perang di (a). ▪ Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat ▪ Jerman memulakan serangan Blitzkrieg/ serangan kilat ▪ Mengebom sasaran musuh ▪ Serangan kereta kebal/tentera bermotosikal ▪ Menakluk negara di Eropah ▪ Menawan Poland / Denmark/ Norway/ Belanda/ Belgium/ Luxemboug/ Perancis ▪ Pengeboman Britain ▪ Jerman melancarkan serangan udara/ laut terhadap Britain ▪ Jerman menyerang dan memusnahkan pelabuhan/ kawasan perindustrian/ pertahanan udara Britain ▪ Menjejaskan ekonomi Britain ▪ Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah ▪ Isytiharkan perang terhadap Britain/ Perancis ▪ Itali menyerang Perancis melalui arah selatan ▪ Jerman menyerang Perancis dari arah utara ▪ Serangan Jerman ke atas Rusia ▪ Melancarkan Operasi Barbarossa/ serangan besar-besaran ▪ Hitler mengarahkan lebih tiga juta tentera menyerang Rusia ▪ Dibantu oleh 3350 kereta kebal ▪ 2270 kapal perang ▪ Disertai tentera Finland/ Hungary/ Romania ▪ Menyasarkan bandar utama di Rusia ▪ Leningrad/ Moscow/ Stalingrad (a) Cadangkan langkah untuk memastikan konflik dunia tidak berulang. ▪ menyelesaikan sebarang bentuk masalah di meja rundingan/ perbincangan ▪ menghentikan perlumbaan mencipta senjata/ nuklear/ bom atom yang boleh merosakkan keamanan dunia ▪ memupuk semangat saling bekerjasama antara satu sama lain ▪ mengamalkan sikap tolong-menolong/ bantumembantu ▪ contohnya negara yang dilanda musibah/ bencana/kebuluran/kemiskinan ▪ Tsunami di Acheh/kebuluran di Afrika/ kemiskinan di negara dunia ketiga ▪ sentiasa meningkatkan diri dengan ilmu dan kemahiran agar setanding dengan negara maju ▪ pemimpin dan rakyat berfikiran matang dalam membuat sebarang bentuk keputusan/ perbincangan ▪ bersikap terbuka dalam menerima pendapat orang lain ▪ mempertingkatkan hubungan diplomatik yang boleh mengeratkan hubungan persahabatan ▪ melalui hubungan dagangan dua hala/ pertukaran teknologi/ kepakaran/ aktiviti sukan dan pendidikan ▪ mengadakan kempen kesedaran tentang resolusi keamanan dunia melalui media sosial/penulisan dan sebagainya
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 15 SPMC NEGERI SEMBILAN Teliti gambar berikut: Sejauh manakah peperangan membawa kemusnahan kepada sesebuah negara? ▪ Mengorbankan nyawa ▪ Kemusnahan harta benda persendirian/ awam ▪ Krisis makanan dan kesihatan ▪ Peningkatan masalah sosial ▪ Gejala depresi/tekanan perasaan/ traumatism ▪ Penghijrahan penduduk ke luar negara ▪ Menjejaskan ekonomi ▪ Seperti perindustrian/pertanian/pelancongan ▪ Berlaku inflasi/ pengangguran ▪ Menjejaskan pembangunan negara TAJUK 10 B3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SPMC JOHOR Kedatangan Jepun ke negara kita bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 di Kota Bharu, Kelantan. (a) Mengapakah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi sasaran tentera Jepun? ▪ Mengeksploitasi kekayaan bahan mentah untuk keperluan perindustrian ▪ Merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah ▪ Mendapatkan sumber minyak di Miri dan Lutong ▪ Membentuk Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya untuk mengukuhkan ekonomi ▪ Kedudukan strategik sesuai untuk ketenteraan Jepun ▪ Pangkalan tentera laut British di Singapura ▪ Untuk menguasai telaga minyak Sumatera (b) Bagaimanakah tentera Jepun menjalankan dasar pendudukan di ketiga-tiga wilayah tersebut? Dasar Pentadbiran ▪ Pentadbiran tentera Jepun ▪ Pemerintahan tentera Tanah Melayu ▪ Peringkat awal, Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera yang berpusat di Singapura ▪ April 1944, Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir secara berasingan ▪ Terdapat perbezaan sistem ekonomi dan politik yang ketara ▪ Sumatera diletakkan di bawah pentadbiran Jepun ke-25 ▪ Tanah Melayu ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-29 ▪ Singapura dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) ▪ Diasingkan dari Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru) ▪ Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran dikenali sebagai Kita Boruneo ▪ Diketuai Gabenor Jeneral di bawah pasukan tentera Jepun ke-37 berpusat di Kuching Dasar terhadap Raja-raja Melayu ▪ Mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu sahaja ▪ Serta diberi pencen seperti sebelum perang ▪ Kedudukan baginda sebagai sultan di negeri masing-masing diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun ▪ Pengiktirafan dibuat semasa persidangan Rajaraja Melayu dan Sumatera di Singapura Dasar terhadap kepimpinan tempatan ▪ Memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan ▪ Mengatasi masalah kekurangan pegawai ▪ Mendapatkan sokongan penduduk ▪ Menubuhkan institut Latihan Pemimpin Muda atau Kua Kunrenjo Dasar Ekonomi ▪ Melaksanakan sistem ekonomi kawalan ▪ Memperkenalkan Rancangan Pengeluaran Lima Tahun / Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 16 ▪ Untuk mengawal selia pelupusan barangan / membuat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan ▪ Memperkenalkan Rancangan Perindustrian Lima Tahun ▪ Untuk membangunkan industri tempatan / memastikan penggunaan optimum daripada peralatan / kemudahan sedia ada ▪ Menggunakan mata wang Jepun “wang pokok pisang” Dasar Sosial - Pendidikan ▪ Jepun menutup sekolah Inggeris dan Cina ▪ Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan ▪ Untuk membentuk semangat persaudaraan sejagat / Hakka Inchiu ▪ Menekankan semangat Jepun / Nippon Seishin ▪ Menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun / Tenno Heika ▪ Pengajaran bahasa Jepun / Nippon Go sebagai bahasa lingua franca Dasar Sosial - Agama ▪ Sikap Jepun terhadap agama menghormati agama Islam / adat istiadat Melayu / tidak campur tangan dalam adat resam tempatan ▪ Masjid digunakan untuk menyampaikan titah sultan bagi menyokong dasar Jepun ▪ Majlis Agama Negeri dibentuk Dasar Sosial - Kawalan ▪ Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting ▪ Catuan makanan dikuatkuasakan ▪ Untuk mengawal penjualan barangan keperluan asas seperti beras / garam / gula ▪ Menggalakkan penduduk menanam bahan makanan sendiri ▪ Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” ▪ Rakyat menjadi kreatif dengan menghasilkan ciptaan bahan berasaskan bahan tempatan seperti tempe dari biji getah Dasar Sosial - Layanan ▪ Layanan terhadap penduduk berbeza-beza mengikut kaum berdasarkan kepentingan tentera Jepun ▪ Layanan baik kepada orang Melayu / peribumi yang lain yang bekerjasama dengan Jepun ▪ Bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat bagi melicinkan pentadbiran Jepun ▪ Jepun membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu ▪ Bertujuan untuk mendapatkan kerjasama orang India dalam rancangan tentera Jepun menguasai negara India ▪ Bagi orang Cina, Jepun memberi layanan yang kejam lanjutan pemusuhan daripada Perang China-Jepun Dasar Sosial - Kekejaman ▪ Kesengsaraan dan pengalaman pahit akibat kekejaman tentera Jepun ▪ Landasan Kereta Api Maut adalah bukti kekejaman mereka (c) Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda perlu memainkan peranan untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh. Berikan cadangan anda. ▪ Perlu mempunyai ilmu pengetahuan ▪ Memiliki pelbagai kemahiran ▪ Rakyat yang kreatif dan inovatif ▪ Mematuhi undang-undang negara ▪ Mempunyai semangat cinta akan negara ▪ Sanggup berkorban demi negara ▪ Berani mempertahankan negara ▪ Menjaga keharmonian ▪ Mengukuhkan perpaduan kaum ▪ Sentiasa bekerjasama antara kaum ▪ Mengamalkan prinsip rukun negara ▪ Setia kepada raja dan negara ▪ Membantu menjaga keselamatan negara Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab saya perlu mempunyai semangat cinta akan negara. Oleh itu saya menjadi lebih berani mempertahankan tanah air dan sanggup berkorban demi negara. Contohnya saya akan mencontohi keberanian Leftenan Adnan mempertahankan negara semasa pendudukan Jepun. Saya perlu menghargai pengorbanan pahlawan negara dengan bersama-sama membantu menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh. Kesannya, kedaulatan negara dapat dikekalkan. Selain itu, saya akan berusaha menjaga keharmonian negara dengan mengukuhkan perpaduan kaum. Contohnya saya akan bekerjasama dengan kaum lain untuk bersamasama mengelakkan anasir luar daripada mempengaruhi rakyat Malaysia. Kesannya, negara menjadi aman dan rakyat dapat hidup sejahtera.
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 17 SPMC KOTA TINGGI JOHOR Gambar berikut zaman pendudukan Jepun di negara kita. (a) Jelaskan matlamat sistem pendidikan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. ▪ Membentuk semangat persaudaraan sejagat (hakko Ichiu) ▪ Mencapai teknologi industri ▪ Meningkatkan disiplin ▪ Menerapkan nilai Jepun (Nippon Seishin) ▪ Memupuk nasionalisme Asia ▪ Menghapuskan pengaruh Barat ▪ Menanam kesetiaan kepada Jepun (b) Dasar Pendidikan Jepun menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin). Bagaimanakah dasar tersebut diterapkan kepada penduduk Tanah Melayu? ▪ Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go ) meluas ▪ Menjadikan bahasa Jepun sebagai lingua franca ▪ Perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun ▪ Menyanyikan lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo) ▪ Pentadbiran Jepun memanipulasi pegawai agama untuk propaganda Jepun ▪ Pegawai agama menyampaikan arahan/dasar Jepun ▪ dalam kelas agama masjid dan surau ▪ Masjid digunakan untuk sampaikan titah sultan ▪ Untuk menyokong dasar ▪ Contoh: Menambah pengeluaran makanan / tidak menyebar khabar angin (c) Dasar Pendidikan Jepun memberi kesan pada Malaysia sehingga ke hari ini. Buktikan. ▪ Membentuk disiplin ▪ Melahirkan rasa taat kepada raja ▪ Mahir bertutur bahasa Jepun ▪ Mengetahui budaya Jepun ▪ seperti makanan dan pakaian ▪ Mahir menulis dalam bahasa Jepun ▪ Melahirkan perasaan nasionalisme ▪ Melahirkan masyarakat berteknologi ▪ Membentuk ketahanan fizikal dan mental ▪ Membentuk semangat berani ▪ Melahirkan semangat spiritual yang kuat ▪ Memartabatkan bahasa kebangsaan ▪ Mementingkan amalan gaya hidup sihatkecergasan ▪ Amalan berhimpun setiap pagi di sekolah SPMC SKUDAI JOHOR Gambar menunjukkan propaganda atau slogan yang telah digunakan Jepun menguasai negara kita. Pada pandangan anda, mengapakah Jepun menggunakan pelbagai propaganda untuk menguasai negara kita? ▪ Menanam semangat antipenjajah Barat kepada penduduk tempatan ▪ Hal ini memudahkan mereka mendapat sokongan daripada penduduk tempatan ▪ Secara tidak langsung mempengaruhi pemikiran masyarakat ▪ Contohnya Kesatuan Melayu Muda bekerjasama dengan Jepun ▪ Mengharapkan Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu ▪ Sebaliknya Jepun berjaya memenuhi hasrat mereka menduduki Tanah Melayu ▪ Keseluruhan Tanah Melayu diduduki Jepun dengan cepat dan mudah ▪ Kesimpulannya, slogan yang digunakan sebagai taktik penjajah untuk menguasai sesebuah negara
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 18 TAJUK 10 B4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH SPMC PERAK Pernyataan yang berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British. (a) Nyatakan dua faktor penentangan penyerahan Sarawak kepada British. Rujuk skema jawapan Selangor 1 (b) Mengadakan demonstrasi dan meletakkan jawatan beramai-ramai merupakan antara bentuk bantahan yang dilancarkan oleh penduduk tempatan di Sarawak. Jelaskan bentuk penentangan dan bantahan di atas. ▪ Meletakkan jawatan beramai-ramai ▪ British memberi amaran kepada pemimpin gerakan antipenyerahan ▪ Terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam dan guru ▪ British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 (Circular No. 9) ▪ Melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan ▪ 409 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan pada 2 April 1947 ▪ 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak bertindak menamatkan pengajian ▪ Mengadakan demonstrasi ▪ Ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak, Charles Arden Clarke ▪ Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah di Astana ▪ PKMS desak British berundur dari Sarawak ▪ Menulis poster dan sepanduk ▪ “Sarawak adalah hak kami” / “Leburkan Kolonial” / “No Cession” (c) Pada pendapat anda, mengapakah gerakan antipenyerahan di Sarawak tidak berjaya? ▪ Penentangan tidak disertai oleh semua kaum ▪ Terdapat penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak ▪ British mengambil tindakan tegas untuk melemahkan kebangkitan penduduk ▪ Pekeliling No. 9/1946 dikeluarkan British ▪ Melarang pegawai awam terlibat dengan gerakan antipenyerahan ▪ British menindas gerakan antipenyerahan ▪ Menutup pejabat PPM, PKMS, BPS dan ASAS ▪ Menjatuhkan hukuman gantung terhadap pemimpin terlibat dengan Sungkit Berdarah ▪ Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli, Bujang Suntong ▪ Anggota Rukun 13 lain dihukum penjara SPMC PUTRAJAYA / SARAWAK Penentangan rakyat Sarawak terhadap penyerahan negeri mereka kepada British adalah wajar. Berikan ulasan anda. ▪ Memastikan janji dalam Perlembagaan 1941 ditunaikan ▪ Rasa tertipu dengan muslihat penjajah ▪ Demi menjaga maruah dan kedaulatan negeri ▪ keinginan untuk merdeka/bebas dari penjajahan ▪ Mengelakkan kekayaan dan hasil bumi diambil oleh penjajah ▪ Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 ▪ Penduduk Sarawak akan dibimbing untuk mentadbir negeri sendiri ▪ British akan mengeksploitasi sumber kekayaan negeri ▪ Seperti minyak dan kayu ▪ Kuasa pembesar tempatan terjejas ▪ Diambil alih oleh pegawai British ▪ Sarawak akan terus dijajah ▪ Menjadi status Tanah Jajahan Mahkota Pada 21 Mei 1946, dokumen penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ditandatangani oleh Vyner Brooke dengan pihak kerajaan British yang diwakili oleh C.W. Dawson di Astana, Kuching. Pada 1 Julai 1946, upacara penyerahan Sarawak kepada British berlangsung di hadapan bangunan Mahkamah Pangkalan Batu, Kuching. Peristiwa ini dikenali sebagai Hari Penyerahan atau Cession Day sebagai tanda kerajaan British telah menerima penyerahan Sarawak secara rasmi. Sumber : Ho Hui Ling,”Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British, 1946-1951” dlm. Malaysia dari Segi Sejarah,Bil.29,2001.
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 19 SPMC SELANGOR 1 Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. (a) Terangkan faktor penyerahan tersebut. ▪ Masalah pewarisan takhta ▪ Tidak mempunyai anak lelaki ▪ Sudah tua dan uzur ▪ Enggan melantik anak saudaranya ▪ Desakan daripada kerajaan British ▪ Mendesak Vyner Brooke memberi kuasa yang lebih luas kepada British ▪ Menjadikan Sarawak tanah jajahan British ▪ Membolehkan British menguasai ekonomi ▪ menjaga kepentingan pelaburan mereka ▪ Masalah kewangan ▪ Vyner Brooke tidak mampu membangunkan semula negeri Sarawak ▪ Ekonomi terjejas ▪ Banyak lombong minyak musnah dan ladang getah terbiar (b) Mengapakah tindakan ini ditentang oleh penduduk tempatan? ▪ Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941 ▪ Prinsip kelapan Perlembagaan 1941 ▪ Pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak ▪ Penduduk Sarawak akan dibimbing mentadbir negeri mereka sendiri ▪ Vyner Brooke melanggar dan menafikan hak rakyat ▪ Untuk mendapatkan pemerintahan sendiri ▪ Vyner Brooke mengenepikan surat wasiat Charles Brooke ▪ Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berbincang dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan Tuan Muda (Bentram Brooke) ▪ Memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke ▪ dapat menuntut kemerdekaan dengan lebih mudah ▪ Gerald T.MacBryan menggunakan pelbagai muslihat ▪ tekanan / desakan / pujukan / sogokan ▪ untuk mendapatkan pesetujuan daripada ketua tempatan (c) Sajak berikut merupakan nukilan Rosli Dhoby. Jelaskan seruan beliau kepada golongan pemuda. ▪ Menyeru pemuda untuk menentang penjajahan ▪ Menyumbang tenaga mempertahankan negara ▪ Membangkitkan kesedaran bangsa ▪ Membawa kemajuan dan keamanan kepada negara. ▪ Menyeru pemuda untuk bercita-cita / berusaha ▪ Mengekalkan identiti negeri Sarawak ▪ Walau menghadapi pelbagai ancaman ▪ Hendaklah berjuang bermati-matian / bersungguh-sungguh ▪ Berjuang untuk bangsanya dan negerinya ▪ Mempertahankan hak dan negerinya ▪ Menyeru pemuda yakin terhadap perjuang mereka ▪ Membangkitkan kesedaran tentang perjuangan bangsa ▪ Berjuang dengan keikhlasan dan keredhaan Allah ▪ Supaya negara kekal merdeka
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 20 TAJUK 10 B5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 SPMC SARAWAK Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union telah membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (a) Nyatakan dua cadangan Jawatankuasa Kerja bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. ▪ Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran dan dua buah Negeri-negeri Selat ▪ Memulihkan kedudukan kedaulatan Raja-raja Melayu ▪ Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain ▪ Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri ▪ Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat (b) Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. ▪ Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union ▪ Orang Melayu, Raja-raja Melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO membantah pelaksanaan Malayan Union ▪ MU memberi kesan buruk kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu ▪ Ahli Parlimen British, Gammans dan Rees Williams telah menyaksikan bantahan orang Melayu terhadap MU ▪ Mereka melaporkan hasil tinjauan kepada Dewan Parlimen British ▪ Gammans menyatakan keadaan huru hara jika MU dilaksanakan ▪ Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dijalankan melalui rundingan Raja-raja Melayu, UMNO dan British ▪ Malcolm MacDonald, Gabenor General, Sir Edward Gent (Gabenor MU) mengadakan pertemuan dengan Raja-raja ▪ Dalam pertemuan Raja-raja Melayu mencadangkan penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan ▪ Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor ▪ Raja berkuasa dalam perundangan ▪ Perkataan Negeri-negeri Melayu perlu muncul dalam persekutuan yang baharu ▪ Gammans dan Rees William menyampaikan surat bantahan ▪ Sokongan pentadbir British ▪ Pentadbir British menyokong konsep persekutuan kerana dapat mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi ▪ Terdapat pegwai tinggi British yang mendorong British membentuk PTM ▪ Sir Edward Gent/Malcolm MacDonald/ Sir Ralph Hone/ Gammans/, A.T. Newboult/ Roland Braddell/ W.Linehan dan Theodore Adams ▪ Sir Ralph Hone mencadangkan agar British melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan ▪ Memberikan kuasa tertentu kepada sultan dalam Majlis Negeri dan Majlis Perundangan ▪ Sir Edward Gent bertemu wakil Umno, memberi peluang Dato’ Onn Jaafar dan Raja-raja Melayu mengemukakan cadangan balas ▪ Pembentukan Persekutuan mewujudkan politik yang stabil ▪ Mendorong pelabur luar untuk melabur di negara ini ▪ British perlu melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh PBB melalui Piagam Atlantik (c) Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? ▪ Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan dalam pentadbiran ▪ Mewujudkan Majlis Raja-raja dipengerusi oleh seorang daripada Raja-raja Melayu ▪ Raja-raja Melayu terlibat dalam perundangan ▪ Pesuruhjaya Tinggi memastikan raja perlu dirujuk dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan ▪ Perkenan Raja-raja Melayu bagi meluluskan rang undang-undang ▪ Sultan berkuasa di peringkat negeri ▪ Hak istimewa orang Melayu diiktiraf ▪ Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal ▪ Kepentingan sah kaum lain juga dijaga ▪ Syarat kewarganegaraan diperketatkan
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 21 SPMC JOHOR Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian PTM 1948. (a) Jelaskan faktor yang mendorong penubuhan tersebut. Rujuk skema jawapan SPMC Sarawak. (b) Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948. ▪ Pentadbiran ▪ Persekutuan dibentuk menerusi gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat ▪ Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan ▪ Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksektif ▪ Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan serta hal lain yang mempunyai kepentingan bersama ▪ Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British ▪ Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi ahli rasmi dan ahli tidak rasmi ▪ Ahli Majlis tidak Rasmi pada peringkat permulaan dilantik oleh Peuruhjaya Tinggi British ▪ Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum ▪ Kuasa Raja-raja Melayu ▪ Sebuah Majlis Raja-raja dibentuk ▪ Membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pandangan dalam perkara yang tertentu ▪ Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri ▪ Perundangan ▪ Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi ▪ Bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan mencakupi hal ehwal luar, ketenteraan awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi, percukaian ▪ Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja ▪ Kewarganegaraan ▪ Kewarganegaraan Secara Kuat Kuasa Undangundang dan sevara pendaftaran ▪ Jus soli hanya terbuka kepada Raja dan rakyat british ▪ Pemohon yang lahir di luar negeri, ayahnya mestilah rakyat Raja dan rakyat British ▪ Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa dan selepas tarikh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ▪ Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat boleh memohon melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan ▪ Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermaustatin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari permohonannya ▪ Seseorang itu juga perlu mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu (c) Persekutuan Tanah Melayu 1948 penting dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. ▪ Kesinambungan warisan/ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ▪ Raja-raja Melayu memperoleh kedaulatan seperti sebelum Perang Dunia Kedua ▪ Sistem pemerintahan beraja dipertahankan ▪ Melalui konsep Raja Berperlembagaan ▪ Bergerak seiring dengan demokrasi berparlimen selepas merdeka hingga kini ▪ Warisan tamadun Melayu dipertahankan ▪ Unsur tradisional mengukuhkan Perlembagaan Persekutuan ▪ Agama Islam menjadi agama persekutuan ▪ Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ▪ Kedudukan orang Melayu/peribumi dipelihara
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 22 SPMC TANGKAK, JOHOR Maklumat di bawah berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Dalam petikan: ▪ Walaupun kebanyakan kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat kedudukan kuasa penting tetapi sebagai pemerintah berdaulat di negeri masingmasing dikekalkan ▪ kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara ▪ Raja-raja kini bertindak melalui sebuah badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Raja-raja.’ ▪ sebarang perubahan yang melibatkan undangundang imigresen, skim gaji untuk pegawai-pegawai awam atau cadangan untuk menyusun semula jentera kerajaan mestilah dikemukakan kepada Majlis raja-raja untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan ▪ Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu juga telah mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap kerajaan British. ▪ Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga telah melahirkan keinginan kerajaan United Kingdom dan raja-raja Melayu ke arah pembentukan ‘kerajaan sendiri’ (self government) ▪ piliha raya Persektuan pertama diadakan pada tahun 1955 utnuk memilih 52 orang anggota Majlis Undangan Persekutuan Kepentingan PTM 1948: ▪ Menjadi asas pentadbiran negara selepasnya ▪ Bidang kuasa dan kedudukan Raja-raja Melayu dipulihkan ▪ Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran. ▪ Perkongsian kuasa Raja-raja Melayu dengan Pesuruhjaya tinggi di peringkat pusat ▪ Pesuruhjaya tinggi memastikan Raja-raja Melayu perlu dirujuk terhadap kuasa Kerajaan Persekutuan ▪ Peringkat negeri, sultan menjadi ketua negeri berkuasa lantik Menteri Besar sbg kuasa mentadbir ▪ Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri ▪ Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri ▪ Syarat kerakyatan diperketatkan ▪ British mengiktiraf semula Ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ▪ Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa ▪ Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras Ketuanan Bangsa Melayu SPMC KULAI JOHOR Petikan berikut berkaitan dengan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di bawah perjanjian itu, walaupun kebanyakan kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat, tetapi kedudukan kuasa penting sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing dikekalkan dan kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara. Rajaraja kini bertindak melalui sebuah badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Raja-raja.’ Selain itu, sebarang perubahan yang melibatkan undang-undang imigresen, skim gaji untuk pegawaipegawai awam atau cadangan untuk menyusun semula jentera kerajaan mestilah dikemukakan kepada Majlis raja-raja untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu juga telah mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap kerajaan British. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga telah melahirkan keinginan kerajaan United Kingdom dan raja-raja Melayu ke arah pembentukan ‘kerajaan sendiri’ (self government). Selaras dengan itu, pilihan raya Persektuan pertama diadakan pada tahun 1955 utnuk memilih 52 orang anggota Majlis Undangan Persekutuan. Sumber: Ruslan Zainudin 2003, Sejarah Malaysia, Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd Bermulanya Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan semula status quo politik Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada orang Melayu sebagai peribumi. Hal ini kerana, semasa Malayan Union dibentuk, kuasa Sultan hanya terbatas kepada soal agama sahaja dengan menjadi presiden majlis di negeri masing-masing. Namun, dengan perlembagaan baru ini, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Disamping itu, hal yang berkaitan kewarganegaraan telah kembali meletakkan kaum Melayu dalam keadaan selesa kerana peraturan-peraturan yang kembali diketatkan. Malah, orang-orang Melayu berasa kedudukan mereka sebagai bumiputera telah diselamatkan dan hal ini dapat dilihat misalnya pelbagai sambutan meriah yang diadakan sebagai tanda kemenangan dalam mengembalikan hak mereka. Sumber : LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 23 Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut. ▪ Mengembalikan semula status quo politik Raja-raja Melayu negeri-negeri Melayu ▪ Pengiktirafan kepada orang Melayu sebagai peribumi ▪ Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan ▪ Kewarganegaraan telah diketatkan ▪ Meletakkan kaum Melayu dalam keadaan selesa ▪ Kedudukan orang melayu sebagai bumiputera telah diselamatkan ▪ Mengembalikan hak orang melayu ▪ Agama Islam terjamin ▪ Mewujudkan kerjasama antara kaum SPMC PAHANG Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut. Mengapakah perenggan ketiga dianggap keunikan negara Malaysia? ▪ Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia ▪ Perlembagaan dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan ▪ Ini akan menjamin kesejahteraan yang akan membawa kepada kegemilangan negara ▪ Perlembagaan menggariskan pasak negara iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan menjaga kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak ▪ Perkara sensitif ini tidak boleh dipertikaikan bagi mengelakkan perselisihan faham yang boleh membawa kepada perbalahan kaum ▪ Seperti peristiwa 13 Mei 1969 ▪ Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan menjamin kepentingan minoritinya ▪ Keunikan Malaysia ini dapat dilihat apabila masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni ▪ Seperti Melayu, Cina dan India ▪ Ini menunjukkan sikap tolak ansur antara masyarakat berbilang kaum ▪ Pelbagai jenis makanan mengikut kaum seperti nasi ayam, roti canai, nasi lemak dapat dinikmati oleh semua rakyat ▪ Menjadi tarikan pelancong ke negara kita ▪ Keamanan negara dapat dipelihara SPMC SKUDAI JOHOR Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan kedaulatan Raja dan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Buktikan. Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T. Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, lslam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, lndia, lban dan Kadazan. Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti lainnya. Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama. Sumber: https:www.perlembagaan_negara_bangsa Fasal 54 Perjanjian Persekutuan 1948, jelas menyatrakan bahawa tiada rang undang-undang yang akan menjadi undang-undang sehingga mendapat perkenan Raja-raja Melayu, yakni Majlis Raja-Raja. Perkenan tersebut mestilah dizahirkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua orang Raja Melayu melalui cop mohor baginda.
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 24 TAJUK 10 B6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT SPMC KUALA LUMPUR Komunisme ialah suatu fahaman politik yang disebarkan di negara kita oleh Parti Komunis Malaya (PKM) sejak tahun 1930-an. (a) Nyatakan dua buah negara yang terlibat dengan penyebaran fahaman komunis pada era 1920-an di Tanah Melayu. ▪ China, Indonesia (b) Jelaskan tentang penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM). ▪ Ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ▪ Bergerak melalui kesatuan sekerja/penerbitan akhbar/sekolah Cina ▪ Menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis ▪ Bekerjasama dengan British memerangi Jepun. ▪ Membentuk MPAJA /Bintang Tiga ▪ Menerima bantuan latihan/senjata/kewangan/ bekalan logistik dan perubatan daripada pihak British ▪ Selepas Jepun menyerah kalah, Bintang Tiga/ PKM melakukan kekerasan ▪ Membunuh orang Melayu,Cina dan India yang didakwa bersubahat dengan Jepun ▪ MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945. ▪ PKM dibenarkan bergerak di Tanah Melayu ▪ PKM diberi peluang mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi komunis (c) Petikan akhbar berikut berkaitan dengan ancaman komunis di negara kita. Mengapakah ideologi komunis perlu dihalang daripada berkembang di negara kita? ▪ Menghapuskan kuasa raja-raja Melayu ▪ Menubuhkan sebuah negara republik ▪ Bertentangan dengan kepercayaan orang Melayu yang beragama Islam ▪ Menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat ▪ Tidak mempercayai kewujudan Tuhan ▪ Menganggu kententeraman negara ▪ Menggugat kestabilan politik negara ▪ Menggugat kemakmuran ekonomi negara USAHA KERAJAAN MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS KUALA LUMPUR - Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ancaman Komunis merupakan perkara yang sangat serius. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan ideologi komunisme tidak berkembang di negara ini. https://www.sinarharian.com.my/article/63316/berita/ nasional/ancaman-komunis-serius-bukan-main-main
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 25 TAJUK 11 B7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN 7.2 JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM SPMC SBP Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ialah menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan pertikaian antara kaum. (a) Nyatakan objektif pembentukan jawatankuasa tersebut. ▪ Mengkaji hubungan kaum secara mendalam ▪ Membetulkan keadaan politik/ekonomi/sosial ▪ Agar wujud pembahagian yang adil bagi semua komuniti ▪ Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk (b) Jelaskan isu yang perlu diselesaikan oleh jawatankuasa tersebut. ▪ Isu politik ▪ Persediaan ke arah berkerajaan sendiri ▪ Kedudukan istimewa orang Melayu ▪ Orang Melayu penduduk asal rantau Melayu ▪ Kedudukan ekonomi orang Melayu ▪ Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan/perusahaan ▪ Kewarganegaraan bukan Melayu ▪ Ketegasan orang Melayu terhadap pemberian syarat kewarganegaraan kaum bukan Melayu ▪ Isu pendidikan ▪ Sistem persekolahan berbeza mengikut kaum ▪ Menggunakan bahasa pengantar/ buku teks/ sukatan pelajaran berlainan (c) Bagaimanakah semangat permuafakatan masyarakat berbilang kaum boleh dipupuk? ▪ Mengukuhkan persefahaman antara kaum ▪ Menjamin kesejahteraan semua masyarakat tanpa mengira kaum ▪ Memberi keadilan kepada setiap kaum ▪ Mengelakkan perbalahan/pergaduhan ▪ Mengamalkan perbincangan/rundingan ▪ Mengamalkan sikap toleransi/ tolak ansur ▪ Mengamalkan sikap keterbukaan ▪ Saling menghormati SPMC PERLIS Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada pembentukan CLC dalam usaha melahirkan masyarakat yang saling bertolak ansur? ▪ Mencari peluang berinteraksi antara satu sama lain ▪ Meraikan dan menghargai kepelbagaian ▪ Turut serta dalam perayaan/festival kaum lain ▪ Menghormati / menghargai orang lain ▪ tanpa mengira warna kulit, keupayaan fizikal, bahasa ▪ Menghalang sebarang prasangka dan diskriminasi ▪ Mengelakkan sentimen perkauman dan prasangka buruk SPMC NEGERI SEMBILAN Huraikan kejayaan CLC dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum. ▪ Mengadakan pilihan raya ▪ peringkat majlis bandaran/ majlis negeri/ Majlis Perundangan Persekutuan ▪ Memperakui kedudukan istimewa orang Melayu ▪ Mengiktiraf kepentingan sah kaum lain ▪ Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ▪ Bantuan ekonomi/ kemajuan luar bandar ▪ Melonggarkan syarat kewarganegaraan ▪ Memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu ▪ Melahirkan semangat patriotik/ bertanggungjawab kepada negara ▪ Menubuhkan jawatankuasa pendidikan ▪ Mengkaji sistem pendidikan ▪ Melahirkan pendidikan seragam/ diterima oleh semua kaum SPMC MRSM Pepatah berikut menggambarkan amalan pemuafakatan dalam masyarakat di negara kita. Mengapakah amalan pemuafakatan penting dalam menjamin keharmonian? ▪ Menjamin keadilan ekonomi ▪ Mengukuhkan kestabilan politik ▪ Mewujudkan keamanan/keselamatan negara ▪ Melahirkan rakyat yang berdedikasi/komited ▪ Membentuk negara bangsa yang utuh ▪ Melancarkan urusan pembangunan negara ▪ Mengukuhkan perpaduan kaum Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 26 SPMC MELAKA Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum. (a) Jelaskan usaha jawatankuasa tersebut untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum. Rujuk skema jawapan SPMC SBP (b) Tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut dikatakan berjaya memberi kesan ke arah perpaduan, permuafakatan dan toleransi antara kaum. Buktikan pernyataan tersebut. Rujuk skema jawapan SPMC Negeri Sembilan (c) Teliti poster berikut. Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster di atas dan manfaat sekiranya perpaduan kaum berjaya dipertahankan. ▪ rakyat Malaysia perlu mengeratkan perpaduan kaum ▪ Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum ▪ Melayu/Cina/India/Kadazan/ Bidayuh/Iban/Dayak ▪ setiap kaum mempunyai kepercayaan agama/ kebudayaan/ adat yang berbeza ▪ Islam/Hindu/Buddha/Kristian/Animisme ▪ sikap toleransi dapat mengekalkan perpaduan ▪ situasi huru-hara akan wujud apabila rakyat tidak bersatu padu ▪ mengancam kedaulatan dan kestabilan negara ▪ usaha pemimpin selama ini akan musnah ▪ menjaga keamanan negara menjadi tanggungjawab semua rakyat SPMC KUALA LUMPUR Ketegangan hubungan antara kaum yang semakin meningkat selepas Perang Dunia Kedua membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). (a) Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan? Rujuk skema jawapan SPMC SBP (b) Jelaskan kejayaan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian kaum. Rujuk skema jawapan SPMC Negeri Sembilan (c) Teliti poster berikut. Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut. ▪ Perpaduan tonggak keharmonian negara ▪ Perpaduan rakyat pelbagai kaum akan meningkatkan kestabilan politik negara. ▪ Perpaduan rakyat dapat memastikan keamanan sesebuah negara. ▪ Rakyat dapat bersatu melalui penggunaan bahasa Melayu. ▪ Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kebangsaan. ▪ Rakyat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam kehidupan seharian. ▪ Perpaduan kaum dapat mengelakkan berulangnya tragedi 13 Mei 1969 iaitu berlaku rusuhan kaum. ▪ Perpaduan yang kukuh akan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. ▪ Perpaduan kaum menjadi benteng kedaulatan negara
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 27 TAJUK 11 B7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN 7.3 SISTEM AHLI SPMC KELANTAN Pelaksanaan Sistem Ahli banyak memberikan kebaikan kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Sumber: Mohd Isa Othman; Sejarah Malaysia 1800-1963 (a) Jelaskan latar belakang pembentukan Sistem Ahli. ▪ Idea penubuhan dicetuskan Dato’ Onn Jaafar ▪ British menjalankan dasar dekolonisasi/ke arah berkerajaan sendiri ▪ Mengatasi kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan ▪ Diumumkan oleh Sir Henry Gurney pada 1951 ▪ Merupakan satu sistem melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu /sebelum diberi kemerdekaan ▪ Anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ▪ Diberikan tanggungjawab terhadap beberapa jabatan kerajaan ▪ Latihan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum diberi kemerdekaan ▪ Dilaksanakan pada bulan April 1951 - Jun 1955 ▪ Sebelum pilihan raya MPP diadakan pada Julai 1955 ▪ Tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British Hal Ehwal Ekonomi / Perindustrian dan Perhubungan Sosial / Perumahan dan Kerja Raya ▪ Berlaku rombakan Sistem Ahli pada tahun 1954 ▪ Beberapa portfolio baru diwujudkan ▪ Dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu (b) Apakah ciri-ciri Sistem Ahli? ▪ Ahli bertaraf ‘Menteri’ ▪ Bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan kerajaan ▪ Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British ▪ Dengan persetujuan Majlis Raja-Raja ▪ Ahli bertanggungjawab mencadangkan undangundang berkaitan dengan jabatannya. ▪ Dibentangkan dalam MPP ▪ Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi ▪ Satu sistem kabinet bayangan ▪ Terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat (c) Sistem Ahli banyak memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Beri penjelasan anda. ▪ Asas penting untuk melatih orang tempatan ▪ Proses ke arah berkerajaan sendiri ▪ Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir ▪ Dapat menerajui kerajaan dan pentadbiran ▪ Proses memupuk perpaduan kaum ▪ Memperoleh kemerdekaan negara ▪ Mendapat sokongan seluruh penduduk SPMC SELANGOR 1 Sekiranya anda merupakan pemimpin tempatan, apakah cadangan anda untuk mengukuhkan Sistem Ahli sebagai persediaan ke arah kerajaan sendiri? ▪ Memastikan prosedur pelaksanaan Sistem Ahli teratur dan telus ▪ Memastikan keanggotaan terdiri daripada pelbagai kaum ▪ Ahli menjaga portfolio tertentu dengan penuh tanggungjawab ▪ Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi ▪ Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi ▪ Kerjasama yang kuat antara kaum untuk melicinkan pentadbiran negara ▪ Menambah jumlah perwakilan penduduk tempatan ▪ Mencadangkan undang-undang yang melindungi kepentingan penduduk tempatan ▪ Meletakkan Sistem Ahli di bawah kuasa Raja-raja Melayu
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 28 TAJUK 11 B8 PILIHAN RAYA SPMC PAHANG Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955. (a) Jelaskan maksud pilihan raya. ▪ Asas berkerajaan sendiri ▪ Rakyat memilih wakil/ parti yang akan membentuk kerajaan ▪ Pengamalan sistem demokrasi di sesebuah negara ▪ Merintis jalan ke arah kemerdekaan (b) Bagaimanakah Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan? ▪ Penubuhan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ▪ 52 kawasan pilihan raya telah ditetapkan ▪ Rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan ▪ Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober 1954 di seluruh Tanah Melayu ▪ Pendaftaran pengundi mulai 29 Oktober di Terengganu ▪ Penamaan calon pada 15 Jun 1955 ▪ Kempen pilihan raya selama 45 hari ▪ Pembuangan undi/ hari mengundi 27 Julai 1955 ▪ Pengiraan undi di pusat pengiraan undi ▪ Pengumuman keputusan pilihan raya (c) Teliti iklan berikut. Mengapakah pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun di negara ini adalah wajar dilaksanakan? ▪ Kematangan individu tidak diukur dari segi usia ▪ Kematangan individu diukur melalui perilaku ▪ Kematangan individu diukur melalui cara berfikir ▪ Memikul tanggungjawab kerakyatan ▪ Mengelakkan belia daripada mempunyai sikap tidak minat politik ▪ Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri sendiri ▪ Melahirkan pemimpin muda yang dinamik ▪ Kemajuan politik negara setanding negara maju ▪ Mengatasi krisis kekurangan pelapis pemimpin muda ▪ Membolehkan belia terlibat secara langsung dalam membuat keputusan berkaitan masa depan negara SPMC TANGKAK JOHOR Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan. (a) Senaraikan tiga peringkat Pilihan Raya PersekutuanTanah Melayu. ▪ peringkat perbandaran ▪ peringkat negeri ▪ Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 (b) Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Rujuk skema jawapan SPMC Pahang (c) Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jelaskan ciri-ciri pemimpin yang akan anda pilih untuk memimpin negara pada masa hadapan. ▪ Amanah ▪ Bertanggungjawab ▪ Berilmu pengetahuan ▪ Berwibawa ▪ Menegakan keadilan ▪ Mengotakan janji ▪ Membela nasib rakyat ▪ Mempunyai visi / berpandangan jauh
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 29 SPMC SKUDAI JOHOR Carta alir menunjukkan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. (a) Nyatakan proses pilihan raya berikut; X : Penamaan calon Y : Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi / pengiraan undi (b) Apakah syarat yang ditetapkan untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya tersebut? ▪ Warganegara PTM ▪ Berumur 21 tahun ke atas ▪ Individu yang tinggal di PTM ▪ Dalam tempoh 6 bulan terdahulu (c) Andaikan anda ingin menjadi calon dalam pilihan raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Jelaskan syaratnya. ▪ Warganegara PTM ▪ Berumur 21 tahun ke atas ▪ Tinggal di PTM ▪ Tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon ▪ Berpengetahuan dalam BI dan BM (d) Mengapakah proses pilihan raya memberikan tempoh berkempen kepada calon dan parti politik yang bertanding? ▪ parti politik atau calon itu sendiri cuba meyakinkan para pengundi tentang kebolehan atau keupayaan mereka untuk melaksanakan amanah memimpin ▪ supaya pengundi memilih mereka ▪ menanam kepercayaan pengundi, memenangi hati pengundi, mendapat undi dan seterusnya memenangi kerusi yang ditandingi ▪ menyebarkan manifesto masing-masing ▪ menunjukkan keupayaan parti mengenal pasti masalah/cabaran yang dihadapi oleh negara ▪ seterusnya memberikan cadangan yang rasional bagi menyelesaikan masalah atau cabaran yang dihadapi oleh negara ▪ memberikan masa yang cukup untuk pengundi membuat pilihan SPMC TERENGGANU Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955, beberapa perubahan berlaku secara berperingkat kepada keanggotaan dan peranan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). (a) Nyatakan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955. ▪ Ahli yang dipilih melalui pilihan raya (52 orang) ▪ Ahli lantikan mewakili kumpulan yang berkepentingan ▪ keusahawanan/perlombongan/pertanian (35) ▪ Menteri Besar mewakili negeri (11 orang) ▪ Wakil Negeri-negeri Selat / Pulau Pinang / Melaka (2 orang) ▪ Jumlah keanggotaan seramai 100 orang (b) Jelaskan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 terhadap pentadbiran negara. ▪ Kerajaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri ▪ Tugas pentadbiran Tanah Melayu diambil alih daripada Pesuruhjaya Tinggi British ▪ Proses pertukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat / mengambil masa ▪ Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan / menentukan hala tuju negara ▪ Kuasa pegawai British beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan ▪ Terdapat pegawai British yang berperanan sebagai penyelia atau penasihat bidang keselamatan ▪ Sistem Ahli dimansuhkan ▪ Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting amalan pentadbiran demokrasi ▪ Menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk / dipimpin oleh rakyat tempatan ▪ Ahli MPP dipilih oleh rakyat (c) Sebagai rakyat, apakah harapan terhadap ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang dilantik pada masa tersebut? ▪ Menepati janji seperti dalam pilihan raya ▪ Mewujudkan hubungan erat dengan rakyat ▪ Mengurangkan karenah birokrasi ▪ Memudahkan urusan rakyat ▪ Menjamin kestabilan politik ▪ Mengamalkan sikap integriti
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 30 TAJUK 11 B9 PERLEMBAGAAN PTM 1957 9.1 USAHA RUNDINGAN KEMERDEKAAN SPMC PERLIS Rundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956, antara wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dengan British di Lancaster House, London. (a) Jelaskan kronologi perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London. ▪ Rombongan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ▪ Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki kapal terbang ▪ 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura ▪ Beliau merancang untuk menaiki kapal laut M.V Asia ke Karachi untuk menggunakan masa untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu ▪ Dari Karachi, Pakistan kemudian berlepas ke London menggunakan kapal terbang ▪ Tiba di London pada 14 Januari 1956 ▪ Rundingan berlangsung dari 18 Januari sehingga 6 Februari 1956 (b) Beberapa perkara telah dirundingkan antara British dengan perwakilan Tanah Melayu. Bincangkan. Perwakilan Tanah Melayu: ▪ Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri Kewangan ▪ Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah dalam kalangan rakyat PTM ▪ Menteri Pertahanan diganti dengan Pengarah Gerakan, disandang oleh Pegawai British ▪ Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957 ▪ Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan/ kewangan/ keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam British: ▪ Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik ▪ oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri ▪ Kerajaan PTM harus memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan ▪ Mengadakan Perjanjian Pertahanan/Bantuan Bersama antara PTM dengan British ▪ British dan Komanwel akan berikan bantuan seperti pertahanan kepada Tanah Melayu (c) Gambar menunjukkan peristiwa sambutan kemerdekaan di negara kita. Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan perasaan individu-individu yang terdapat dalam gambar di atas. Pada pendapat anda mengapakah sambutan hari kemerdekaan perlu diadakan setiap tahun. ▪ Perasaan – gembira, seronok, bangga, bersyukur dsb ▪ Melahirkan semangat patriotik dalam diri masyarakat ▪ Hal ini kerana jati diri bangsa menjadi kental ▪ Oleh itu identiti negara terpelihara ▪ Misalnya dengan menghormati lambang-lambang negara mengibarkan Jalur Gemilang ▪ Mengukuhkan lagi perpaduan ▪ dengan mempunyai sikap saling menghormati ▪ Contohnya tidak mempunyai prasangka buruk antara satu sama lain ▪ Dapat mewujudkan negara yang aman dan tenteram ▪ Mengamalkan sikap toleransi ▪ Mengambil iktibar daripada peristiwa penjajahan oleh kuasa asing ▪ Dapat menanamkan semangat cinta akan negara kepada generasi muda ▪ Menyedarkan tentang peri pentingnya mempertahankan negara dari ancaman musuh ▪ Perlu sentiasa menjaga keamanan ▪ Perlu menghargai/ menghayati pengorbanan pemimpin terdahulu ▪ Berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 31 TAJUK 11 B9 PERLEMBAGAAN PTM 1957 SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN PTM 1957 SPMC SELANGOR 2 (a) Berikan dua nama ahli yang mengganggotai suruhanjaya tersebut. ▪ Lord Reid ▪ Sir William Ivor Jennings ▪ Sir William Mckell ▪ Hakim B. Malik ▪ Hakim Abdul Hamid (b) Jelaskan peranan suruhanjaya ini. ▪ Membincangkan/ menyusun/ merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ▪ Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu ▪ Mengambil kira kedudukan/ martabat Ratu England/ Raja-raja Melayu ▪ Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal/ bebas/ berkerajaan sendiri ▪ Dalam lingkungan Komanwel ▪ Berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan ▪ Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat ▪ Kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi ▪ Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing ▪ Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar/Yang di-Pertuan Agong ▪ Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu ▪ Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu ▪ Menjaga kepentingan sah kaum lain (c) Pada pendapat anda, mengapakah suruhanjaya ini menerima memorandum daripada pelbagai pihak? ▪ Menunjukkan sikap toleransi suruhanjaya ini ▪ Sedia menerima pendapat pelbagai pihak ▪ Menghargai pendapat pelbagai kaum di negara kita ▪ Semua pihak mahu menyuarakan hasrat ▪ Semua pihak mahu kedudukan mereka terjamin di negara ini ▪ Memilih untuk berbincang/ menyuarakan pendapat SPMC MELAKA Pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Rajaraja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu. (a) Nyatakan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Rujuk skema jawapan SPMC Selangor 2 (b) Jelaskan kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dalam aspek berikut: i. Kewarganegaraan ▪ Orang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada atau selepas merdeka akan menjadi warganegara ▪ Kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang/memohon didaftarkan sebagai rakyat/naturalisasi ii. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain ▪ Perjanjian Persekutuan menjaga kedudukan istimewa orang Melayu ▪ Mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu ▪ Hak masyarakat lain tetap dipelihara dan dilindungi Berikutan persetujuan di London, maka pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas yang dikenali Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu. Sumber: Nik Anuar Nik Mahmud, 2011, Biografi Tun Razak, UKM Bangi
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 32 (c) Petikan menjelaskan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu1957 yang menjadi asas kepada pembentukan negara bangsa pada hari ini. Mengapakah kontrak sosial tersebut perlu dipelihara dan dipertahankan? ▪ Menjamin keharmonian kaum ▪ Tidak berlaku perselisihan/ wujud saling memahami/ hormat menghormati ▪ Kesejahteraan rakyat dapat diwujudkan ▪ Mengekalkan keamanan negara ▪ Perpaduan kaum dapat diperkukuh ▪ Memastikan pembangunan dan kemajuan negara SPMC SABAH Setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. (a) Perihalkan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. ▪ Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan. ▪ Menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti. ▪ Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan. ▪ Menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri. ▪ Bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat. ▪ Mengadakan persidangan bagi membincangkan pelbagai isu. ▪ Sebanyak 118 perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Oktober 1956. ▪ Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara merdeka. ▪ Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan berunding dengan pelbagai pihak. ▪ Menyuarakan idea dan pandangan bagi membentuk sebuah negara merdeka yang sejahtera. ▪ Sikap prihatin dan terbuka yang berterusan dizahirkan dalam penggubalan perlembagaan negara yang merdeka (b) Beberapa langkah telah diambil sejak pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Antaranya termasuklah mendapatkan memorandum daripada pelbagai pihak. Jelaskan. ▪ Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima. ▪ Memorandum ini berkaitan dengan corak pentadbiran/ kewarganegaraan/ kedudukan istimewa orang Melayu/ bahasa/ pendidikan ▪ Memorandum daripada pihak Raja-raja Melayu ▪ Raja-raja Melayu memerlukan memorandum baginda sendiri ▪ Antaranya, baginda mencadangkan supaya Persekutuan yang merdeka mempunyai seorang Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong ▪ Yang di-Pertuan Agong harus dipilih oleh Rajaraja Melayu berdasarkan kekananan ▪ Tempoh jawatan yang dicadangkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ialah lima tahun ▪ Yang di-Pertuan Agong boleh meletakkan jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja ▪ Raja-raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain ▪ Memorandum daripada parti politik dan pihak awam ▪ Soal kewarganegaraan ▪ Parti Perikatan telah menyuarakan cadangan melalui memorandum ▪ dinamakan Testament Amanah Politik Perikatan ▪ Semasa menyediakan memorandum ini, terdapat perbezaan pandangan tentang isu jus soli dalam parti Perikatan. ▪ Terdapat beberapa pihak dalam UMNO yang menolak pemberian kewarganegaraan ▪ Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan soal kewarganegaraan Melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. Sumber: https://www.sinarharian.com.my
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 33 ▪ Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya menggesa suruhanjaya membuat peruntukan bagi kewarganegaraan mcnerusi kelahiran. ▪ Masyarakat India menuntut kedudukan kewarganegaraan mereka diteliti. ▪ Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan. ▪ Bahasa dan Pendidikan ▪ Memorandum daripada MCA menuntut supaya semua sekolah yang ada daripada aliran bahasa Inggeris atau vernakular perlu diteruskan. ▪ Memorandum juga mencadangkan supaya semua sekolah kebangsaan mempelajari bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil (c) Sikap keterbukaan dengan menerima pandangan daripada pelbagai pihak perlu dipertahankan agar negara kekal maju dan harmoni. Beri pandangan anda. ▪ Perpaduan kaum ▪ Masyarakat saling menghormati/ bekerjasama/ bertoleransi ▪ Menghargai idea dan pandangan orang lain ▪ Mengelakkan prasangka, sikap prejudis dan rasis dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ▪ Menjamin keamanan dan keselamatan ▪ Keadilan sosioekonomi tanpa mengira kaum ▪ Negara membangun rakyat sejahtera SPMC SARAWAK Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) berperanan merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka. (a) Apakah isu-isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid bagi merangka dan menyusun perlembagaan? Rujuk skema jawapan SPMC Selangor 2 (b) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah menjadi asas kepada pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia hari ini. Berikan ulasan anda. ▪ Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri mempunyai kuasa tertentu ▪ Sistem kewarganegaraan secara jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu ▪ Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera diteruskan ▪ Hak masyarakat tetap dipelihara ▪ Raja-raja Melayu diterima dengan konsep Raja Berperlembagaan ▪ Yang di Pertuan Agong dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu ▪ Sebuah Parlimen dengan dua Majlis Mesyuarat ditubuhkan/ Dewan Negara dan Dewan Rakyat ▪ Mengiktiraf kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ▪ Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan komunikasi ▪ Agama Islam sebagai agama rasmi ▪ Agama lain boleh diamalkan dengan aman ▪ Pelaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen (c) Toleransi antara penduduk Tanah Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dan pengiktirafan terhadap hak-hak istimewa orang Melayu. Pada pendapat anda, mengapakah persetujuan tersebut perlu difahami oleh generasi pada hari ini? ▪ Mengukuhkan hubungan antara kaum ▪ Setiap warganegara mengakui dan mengiktiraf tolak ansur oleh pemimpin terdahulu ▪ Pemimpin terdahulu mengadakan kontrak sosial dalam pembentukan negara yang berdaulat ▪ Mengukuhkan identiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum ▪ Menjamin keamanan dan kemakmuran negara berkekalan ▪ Menerima hakikat kepelbagaian kaum, agama, bangsa dan budaya ▪ Memastikan perpaduan rakyat sentiasa kukuh ▪ Menjayakan konsep “Keluarga Malaysia” ▪ Setiap kaum menyayangi antara satu sama lain ▪ Mengelakkan pihak luar mengambil kesempatan untuk memporak-porandakan negara
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 34 TAJUK 11 B10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN SPMC KEDAH Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. (a) Jelaskan maksud kemerdekaan. ▪ Bebas dari penjajahan dan naungan ▪ Negara mempunyai kuasa tertinggi ▪ Perlu memiliki perasaan cinta akan negara ▪ Rakyat sanggup berkorban untuk negara ▪ Memerdekakan ekonomi negara ▪ Rakyat memiliki kekayaan negara ▪ Menghapuskan kemiskinan ▪ Menaikkan taraf hidup rakyat ▪ Mempertahankan maruah bangsa ▪ Penyatuan seluruh rakyat ▪ Pembebasan penindasan ▪ Pembebasan perhambaan ▪ Masyarakat yang tiada kelas ▪ Masyarakat yang ada keadilan ▪ Menghapuskan ikatan perkauman (b) Jelaskan peristiwa yang berlaku pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. ▪ Tunku Abdul Rahman tiba di perkarangan stadium ▪ Disusuli dengan ketibaan Raja-raja Melayu, YDPA serta Duke dan Duchess of Gloucester (mewakili kerajaan British) ▪ Duke Of Gloucester mewakili kerajaan British memberi ucapan ▪ Menyerahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada Tunku Abdul Rahman ▪ Nafiri dimainkan ▪ Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan ▪ Mengisytiharkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ▪ Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali ▪ Disahut oleh para hadirin yang terdiri pelbagai bangsa ▪ Disusuli laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari ▪ Menandakan kesyukuran terhadap kemerdekaan negara ▪ Menaikkan bendera PTM dengan diiringi lagu Negaraku ▪ Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan yang menandakan PTM menjadi sebuah negara yang merdeka (c) Gambar berikut menunjukkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 1957. Bagaimanakah rakyat Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan pada hari ini? ▪ Mengukuhkan perpaduan antara kaum ▪ Belajar bersungguh-sungguh demi masa depan negara ▪ Membangunkan ekonomi negara ▪ Mempertahankan kedaulatan negara ▪ Menghayati kisah perjuangan tokoh negara ▪ Menghormati institusi beraja ▪ Tidak bekerjasama dengan musuh negara ▪ Menghormati Jata Negara dan menghayati prinsip Rukun Negara SPMC SELANGOR 3 Selepas negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha pembangunan negara telah dilakukan dalam aspek ekonomi dan sosial. (a) Jelaskan pelaksanaan Rancangan Buku Merah selepas merdeka. ▪ Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961 ▪ Mengandungi projek berkaitan kemudahan asas ▪ Seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan belakan elektrik ▪ Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod dalam Buku Merah ▪ Diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara ▪ Pada peringkat daerah, negeri dan pusat
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 35 (b) Terangkan pembangunan sosial yang dilaksanakan setelah negara mencapai kemerdekaan. ▪ Pendidikan ▪ Wadah untuk membina bangsa bersatu ▪ Penyata Rahman Talib dikeluarkan untuk mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 ▪ Penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah ▪ Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka ▪ Mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu dalam ▪ Perlembagaan Persekutuan ▪ Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan ▪ DBP diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran ▪ Penubuhan Jabatan Penerangan ▪ Menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan luar negara. ▪ Penubuhan pusat kesihatan dan hospital ▪ Meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar ▪ 1957, negara mempunyai 65 buah hospital ▪ Kementerian Kesihatan berperanan dalam memulihkan isu sosial dan pembangunan masyarakat demi kesejahteraan ▪ Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur ▪ Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan ▪ Membantu meningkatkan taraf hidup ▪ Merapatkan jurang penduduk luar bandar dengan bandar (c) Sebagai generasi muda, apakah langkah- langkah yang boleh anda lakukan untuk memastikan kemerdekaan negara terus kekal terpelihara? ▪ Menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara ▪ Taat setia kepada raja dan pemimpin negara ▪ Sedia berkorban untuk bangsa dan negara ▪ Mengukuhkan perpaduan kaum ▪ Memupuk amalan bekerjasama dan bertolak ansur ▪ Menghormati sensitiviti kaum lain ▪ Mematuhi peraturan/undang-undang negara ▪ Meningkatkan ilmu pengetahuan SPMC PERAK Persiapan pemahsyuran kemerdekaan amat terperinci sehingga kerajaan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk meraikan hari yang penuh bermakna ini. (a) Jelaskan persiapan jawatankuasa berikut: i. Jawatankuasa Persediaan Fizikal ▪ Menyediakan prasarana fizikal ▪ Menonjolkan identiti negara ▪ Membina sebuah stadium ▪ Membina Istana Yang di-Pertuan Agong ▪ Lagu rasmi kebangsaan dicipta ▪ Bentuk Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan ▪ Dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman ▪ Dibantu Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan) ▪ Lagu Negaraku lagu kebangsaan ▪ Berasal daripada Lagu Terang Bulan lagu negeri Perak ▪ Lirik oleh Saiful Bahari ▪ Bendera Persekutuan Tanah Melayu bendera kebangsaan ▪ Ciptaan Mohamed Hamzah/ kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor ▪ Dikibarkan di Istana Sultan Selangor ▪ Jata Negara diperkenankan Raja-raja Melayu ▪ Bunga raya bunga kebangsaan ▪ Hasil tinjauan Kementerian Pertanian berdasarkan pendapat rakyat ▪ Dipilih oleh Tunku Abdul Rahman ii. Jawatankuasa Sambutan ▪ Untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota ▪ Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu ▪ Sebanyak 75 ribu bendera PTM ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut ▪ Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ▪ Ilham Tunku Abdul Rahman sendiri ▪ Sejenis pakaian dari Kedah iaitu ‘baju muskat’ ▪ Diubahsuai lengkap dengan seluar satin hitam, bersongket dan bersampin
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 36 ▪ Tengkolok direka untuk menteri ▪ Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol ▪ Diikuti sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama 3 hari ▪ Mereka bertindak sebagai pegawai penerangan dan pegawai pengiring tetamu serta pegawai jemputan luar negara ▪ Semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal ▪ Memberikan peluang menyambut kemerdekaan ▪ Sambutan kemerdekaan dinantikan rakyat ▪ Semua tiket Kereta Api Tanah Melayu di pantai timur habis ditempah ▪ Begitu juga dengan tiket bas (b) Lirik lagu Keranamu Malaysia menunjukkan kejayaan negara selepas kemerdekaan dalam pelbagai bidang khususnya sosial dan ekonomi. Buktikan kejayaan negara berdasarkan lirik lagu tersebut. SPMC SELANGOR 2 Bagaimanakah peristiwa kemerdekaan 31 Ogos 1957 dapat dihayati oleh generasi kini? ▪ Mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan/ Bulan Patriotisme ▪ Melaksanakan program yang berbentuk patriotik dalam sambutan tersebut ▪ seperti melakonkan semula peristiwa tersebut ▪ Mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan tersebut ▪ Meningkatkan rasa cinta yang mendalam terhadap negara ▪ Generasi muda dapat menyaksikan gambaran peristiwa dengan lebih jelas ▪ Menjadi kesinambungan oleh generasi yang seterusnya ▪ Meletakkan gambar bersejarah ini di dinding/ dijadikan mural di sekolah/bangunan ▪ Memberi info kepada murid/ orang awam ▪ Menghargai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ▪ Kesedaran dalam mengekalkan kedaulatan negara dapat dipertingkatkan SPMC PUTRAJAYA Maklumat berikut berkaitan erti kemerdekaan. (a) Bincangkan kesan kemerdekaan kepada negara kita. ▪ Pengamalan sistem Raja Berperlembagaan ▪ YDPA menjadi Ketua Negara ▪ Sistem Demokrasi Berparlimen diamalkan ▪ Rakyat berkuasa memilih pemerintah ▪ Rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya ▪ Pilihan raya memberi rakyat hak bersuara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan ▪ Parlimen berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat persekutuan ▪ Peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang ▪ Negara ditadbir oleh rakyat tempatan ▪ Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri ▪ Negara memainkan peranan dalam PBB ▪ Negara mendapat pengiktirafan ▪ Ekonomi berkembang pesat ▪ Penubuhan FELDA …merdeka bukan sekadar bebas dari cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara dengan apa-apa cara sekalipun. Sumber: Teks ucapan Hari Merdeka 2018 dalam www.pmo.gov.my Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakat IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam siber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 37 ▪ Rancangan Malaya Pertama ▪ Penubuhan institusi kewangan ▪ Bank Negara/ Malay National Bank/ Kwong Yik Bank ▪ Pembangunan luar bandar ▪ Rancangan Buku Merah ▪ Pembangunan sosial meningkat ▪ Pendidikan/Penyata Rahman Talib diwujudkan ▪ Penubuhan DBP ▪ Penubuhan Jabatan Penerangan ▪ Kemudahan awam/ bekalan air/ bekalan elektrik disediakan ▪ Hospital/ pusat kesihatan dibina di luar bandar (b) Gambar berikut berkaitan sambutan kemerdekaan negara kita. Sekiranya anda turut berada di Stadium Merdeka semasa pemasyhuran kemerdekaan negara, gambarkan perasaan anda ketika itu. Sekiranya saya berada di Stadium Merdeka pada masa itu, saya akan berasa bangga menyaksikan bendera kebangsaan dinaikkan. Saya bangga kerana tokoh pemimpin tempatan menerajui kepimpinan negara. Saya juga berasa terharu apabila melihat semua kaum dan golongan keluar meraikan kemerdekaan. Selain itu, saya rasa bersyukur kerana negara bebas daripada penjajah. Seterusnya perpaduan antara kaum mantap. Begitu juga dengan semangat cinta akan negara yang mantap hingga sanggup berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan. Namun, saya berasa sedih apabila mengenangkan pejuang negara yang terkorban dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Saya akan sentiasa mengingati perjuangan mereka dan akan mencontohi kesungguhan pemimpin berkorban untuk negara. Saya menyanjungi kebijaksanaan mereka berjaya mendapatkan kemerdekaan negara tanpa pertumpahan darah. Saya bertanggungjawab untuk mengekalkan kedaulatan negara hingga ke akhirnya. SPMC TERENGGANU Kemerdekaan Tanah Melayu menyimpan jutaan memori di sebalik peristiwa bersejarah ini. Kejayaan, kebanggaan, kemegahan yang dilakar menjadi kenangan terindah dalam paparan sejarah tanah air. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/44155 /malaysia-merdeka (a) Jelaskan persiapan yang dilakukan untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara. Rujuk skema jawapan SPMC Perak. (b) Pemasyhuran kemerdekaan negara bermula pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor dan bersambung pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Galurkan peristiwa bersejarah tersebut. Malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor: ▪ Wakil Parti Perikatan berpakaian Baju Melayu ▪ Seramai 300 orang pemuda membentuk perbarisan hormat ▪ Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi detik 12.00 tengah malam ▪ Diikuti laungan Merdeka oleh orang ramai ▪ Tuanku Abdul Rahman dibawa ke pentas berdiri di hadapan tiang bendera ▪ Bendera Union Jack diturunkan ▪ Diiringi lagu Good Save the Queen menandakan berakhirnya penjajahan British ▪ Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan ▪ Diiringi lagu Negaraku ▪ Sorakan Merdeka sebanyak tujuh kali Pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka: Rujuk skema jawapan SPMC Kedah (c) Teliti kombinasi gambar-gambar pemasyhuran kemerdekaan negara berikut. Jelaskan maklumat yang diperoleh daripada peristiwa di atas dan ceritakan perasaan anda sekiranya anda turut berada bersama dalam peristiwa tersebut?
MODUL S&J SEJARAH SPMC 2022 2023/2024 CIKGU YUSNIZAN YUNAN 38 SPMC SELANGOR SET 1 2021 SPMC KEDAH 2021 SPMC TERENGGANU 2021 SPMC SBP 2021 SPMC NEGERI SEMBILAN 2021 SPMC SELANGOR SET 2 2021 SPMC PAHANG 2021 SPMC SELANGOR 2021 SPMC SARAWAK 2021 SEJARAH SPM 2021 SPMC KUALA LUMPUR 2022 SPMC PERAK 2022 SPMC JOHOR (1) 2022 SPMC JOHOR (2) 2022 SPMC PAHANG 2022 SPMC SABAH 2022 SPMC SELANGOR SET 1 2022 SPMC SELANGOR SET 2 2022 SPMC SELANGOR SET 3 2022 SEJARAH SPM 2022 SEJARAH PRA SPM SET 1 SEJARAH PRA SPM SET 2 SEJARAH PRA SPM SET 3 SEJARAH PRA SPM SET 4 SEJARAH PRA SPM SET 5 SEJARAH PRA SPM SET 6 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 1 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 2 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 3 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 4 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 5 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 6 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 7 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 8 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 9 SKOR K1 SEJARAH SPM SET 10 SEMOGA ANAK-ANAK MENCAPAI GRED A+ SEJARAH SPM