The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusnizanyunan, 2019-11-25 19:45:56

HIMPUNAN SOALAN SEJARAH T4

CIKGU YUSNIZAN YUNAN

Keywords: SEJARAH T4

Mencipta - Hasilkan idea / kaedah yang kreatif

dan inovatif (Andaikan, Ramalkan, Cadangan)

Menilai - Buat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi
(Wajarkah/Sejauhmanakah/Kebaikan dsb)

Menganalisis - Cerakinkan maklumat untuk

fahami dengan lebih mendalam serta hubung kait
(Bandingkan, Sumbangan, Implikasi, Buktikan,
Keberkesanan, Kejayaan, Kegagalan dsb)

Mengaplikasi - Gunakan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan
untuk laksanakan sesuatu perkara (Iktibar,
Langkah, Ciri, Cara, Tindakan dsb)

qKonsep q Pentadbiran q Kerajaan
Tamadun q Perundangan Agraria
q Peluasan Kuasa
qTamadun q Peningkatan q Kerajaan
Mesopotamia Maritim
Ekonomi
qTamadun q Pendidikan q Pengaruh
Mesir Purba q Falsafah Hindu Buddha
q Sains & Teknologi
qTamadun q Seni Bina
Indus q Bahasa & Sastera
q Sistem Sosial
q Agama dan Ajaran

Utama Dunia

Kod Undang-undang Hammurabi merupakan sumbangan tamadun (3 markah)
Mesopotamia terhadap manusia sejagat. (3 markah)
(4 markah)
Terangkan teras hukuman kod undang-undang tersebut.
Hak rakyat terhadap keadilan
Hukuman dan denda setimpal dengan kesalahan
Berbeza mengikut susun lapis masyarakat

Jelaskan kepentingan kod undang-undang tersebut kepada masyarakat
tamadun Mesopotamia.
Mengelakkan wujud permasalahan dalam masyarakat
Mewujudkan perpaduan
Mengukuhkan sistem organisasi
Membantu peradaban Mesopotamia bertahan lama

Kedaulatan undang-undang menjamin keamanan negara.
Berikan ulasan anda.
Kedaulatan undang-undang menjamin keamanan negara kerana
wujudnya kesamarataan di sisi undang-undang. Hal ini kerana layanan
yang adil dan saksama diberikan kepada semua lapisan masyarakat.
Selain itu, tiada sikap pilih kasih diamalkan menyebabkan semua rakyat
berpuas hati. Oleh itu, hak asasi manusia terpelihara dan dijamin oleh
undang-undang dan perlembagaan.

Pada sekitar tahun 3500 SM, tamadun Mesir Purba lahir dan (4 markah)
berkembang menjadi pusat tamadun awal dunia. (8 markah)

Mengapakah tamadun Mesir Purba dianggap sebagai (8 markah)
anugerah Sungai Nil?
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah Sungai Nil kerana kawasan di
sekitar Sungai Nil subur untuk pertanian. Sistem pengairan seperti terusan juga
dapat dibina. Oleh itu, padang pasir yang kering kontang akhirnya bertukar
menjadi kawasan pertanian yang subur semasa pemerintahan Firaun
Hatshepsut. Selain itu, terdapat banyak pokok papyrus yang tumbuh di
sepanjang Sungai Nil. Kertas yang dicipta daripada pokok papyrus menjadi
bahan eksport utama Mesir Purba.

Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba terhadap peradaban dunia.
Seni bina - piramid - Imhotep - guna batu bata - Piramid Sakkara. Penciptaan
kertas - pokok papyrus - menyimpan rekod - tulisan hieroglif - pendidikan -
lahirkan jurutulis - ilmu geometri, matematik dan sains - golongan terlatih urus
hal ehwal pertanian dan kawalan air Sg. Nil. Perubatan - proses mumia - fizik,
kimia dan pembedahan

Tamadun Mesir memberikan pengiktirafan kepada wanita.
Berdasarkan pengkajian anda, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil bagi
mengangkat martabat wanita pada hari ini.

Gambar berikut menunjukkan bandar terancang dalam tamadun Indus.

Jelaskan keistimewaan bandar terancang yang terdapat dalam tamadun (3 markah)
Indus.

Perancangan bandar yang sistematik memberi kesejahteraan kepada (4 markah)
hidup manusia. Berikan pendapat anda.

Bagaimanakah masyarakat pada hari ini dapat memastikan keceriaan (4 markah)
bandar terpelihara?

Berdasarkan kajian anda, Apakah ciri-ciri warganegara yang
mengapakah masyarakat berupaya mengekalkan
Mesopotamia muncul paling kesinambungan tamadun bangsa?
awal dalam kehidupan
bertamadun di dunia? KBAT MENGAPLIKASI

KBAT MENGANALISIS Masyarakat tamadun awal
mempunyai kemahiran
Adakah masyarakat di dunia hari mencipta yang perlu dicontohi
ini merupakan masyarakat yang generasi muda Malaysia hari ini.
bertamadun? Buktikan. Bagaimanakah generasi
pencipta boleh dilahirkan?
KBAT MENILAI
KBAT MENGAPLIKASI

Setiap pemerintah dalam tamadun dunia berusaha mewujudkan (2 markah)
sistem perundangan masing-masing bagi menjamin keamanan (4 markah)
dan kesejahteraan hidup rakyat. (4 markah)

Namakan undang-undang yang diperkenalkan oleh tamadun berikut:
i. Tamadun Rom
ii. Tamadun India

Sistem perundangan tamadun India berhubung kait dengan kitab
Dharma Sastra. Jelaskan.

Semua manusia sama di sisi undang-undang.
Jelaskan kebaikan prinsip tersebut.

Perluasan kuasa yang dijalankan dalam tamadun manusia bukan
sahaja bertujuan meluaskan kawasan pemerintahan, namun juga
bertujuan menyebarkan kebudayaan.

Namakan tokoh yang melakukan perluasan kuasa dalam tamadun berikut: (2 markah)
i. Tamadun Rom
ii. Tamadun India

Perluasan kuasa dilakukan dengan pelbagai cara. (4 markah)

Terangkan cara perluasan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah
sesebuah empayar tamadun awal.

Sejauhmanakah perluasan kuasa membawa keburukan kepada (4 markah)
masyarakat dunia pada hari ini?

Peningkatan ekonomi yang berlaku dalam tamadun India dan (6 markah)
China telah membawa kepada perkembangan peradaban manusia
sehingga kini.

Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam
tamadun India pada abad ke-3 sebelum masihi.

Jelaskan faktor berlakunya kemajuan pertanian dalam tamadun China. (6 markah)

Wajarkah kerajaan memberi tumpuan kepada industri pertanian sebagai (8 markah)
sumber ekonomi utama di negara kita? Berikan hujah anda.

Pendidikan membantu manusia meningkatkan tahap intelek yang (4 markah)
seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang (8 markah)
lain di Yunani, Rom, India dan China.

Apakah ciri-ciri manusia yang dilahirkan dalam sistem pendidikan di
Yunani?

Terangkan keistimewaan sistem pendidikan tamadun China.

Negara kita sedang melaksanakan transformasi dalam sistem pendidikan (8 markah)
negara untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Beri cadangan anda bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Bidang sains dan teknologi yang berkembang dalam tamadun (2 markah)
Yunani, Rom, India dan China adalah hasil sumbangan tamadun
dunia yang muncul lebih awal.

Namakan dua tokoh sains dan teknologi dalam peningkatan tamadun
manusia.

Senaraikan sumbangan sains dan teknologi dalam tamadun Yunani. (4 markah)

Bagaimanakah anda menyahut cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu (4 markah)
masyarakat yang maju dan bersaintifik?

Masyarakat tamadun awal berjaya menghasilkan Y
monumen terkenal yang diabadikan sebagai
pencapaian paling agung. (2 markah)

Namakan monumen yang ditunjukkan dalam gambar di atas. (4 markah)
X : _____________________
Y : _____________________

Jelaskan keistimewaan seni bina monumen tersebut.

Bagaimanakah cara menarik minat generasi muda agar menceburi bidang (4 markah)
seni bina?

Mengapakah tindakan Kestabilan politik dan
perluasan kuasa dikutuk oleh kemakmuran ekonomi sesebuah
warga dunia pada masa kini? negara terjamin dengan amalan
sistem pemerintahan demokrasi.
KBAT MENGANALISIS Buktikan kebenaran tersebut.

Perkembangan sains dan KBAT MENILAI
teknologi mampu
meningkatkan kemajuan Setiap warganegara memainkan
negara ke tahap yang peranan penting dalam usaha
membanggakan dalam mendaulatkan undang-undang
pelbagai bidang. Buktikan. negara. Jelaskan pernyataan
tersebut.
KBAT MENILAI KBAT MENGAPLIKASI

Kerajaan agraria yang terkenal dalam tamadun awal Asia Tenggara (6 markah)
ialah Sailendra dan Angkor. (8 markah)
(8 markah)
Jelaskan kegiatan utama masyarakat dalam kerajaan agraria.

Mengapakah kerajaan Angkor maju dalam kegiatan pertanian?

Kerajaan telah mengorak langkah melakukan transformasi bidang
pertanian bagi menjadikan sektor pertanian sebagai asas kekuatan
negara. Buktikan pernyataan tersebut.

Mulai abad ketiga Masihi, masyarakat di Asia Tenggara mula
menerima beberapa aspek kebudyaan India seperti kepercayaan
serta sistem pemerintahan.

Nyatakan cara kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. (4 markah)

Terangkan pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan (8 markah)
awal di Asia Tenggara.

Pada pandangan anda, apakah kesan pertembungan pelbagai budaya (8 markah)
kepada Malaysia hari ini?

Terdapat banyak warisan kesenian termasuk monumen seperti candi (2 markah)
yang ditinggalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara. (4 markah)

Nyatakan fungsi candi.

Terangkan ciri-ciri istimewa candi Borobudur di Indonesia.

Tinggalan monumen yang terdapat di Asia Tenggara perlu dikekalkan. (4 markah)
Jelaskan usaha yang boleh diambil bagi memelihara tinggalan ini.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 Perdagangan maritim terbukti
(Akta 645) merupakan akta berperanan penting apabila
untuk menguatkuasakan perkembangan aktiviti ini
peruntukan bagi pemuliharaan dikaitkan dengan pembentukan
dan pemeliharaan Warisan tamadun awal di Asia Tenggara.
Kebangsaan. Ramalkan keadaan Sejauhmanakah perdagangan
yang mungkin berlaku sekiranya maritim memberi impak kepada
akta tersebut dimansuhkan. kemajuan ekonomi di negara kita?

KBAT MENCIPTA KBAT MENILAI

Kedudukan negara kita yang Mengapakah negara kita
strategik di perairan nusantara menumpukan kepada
menjadi laluan perdagangan pembangunan ekonomi
antarabangsa. Bagaimanakah pertanian?
kita memanfaatkan kelebihan
ini? KBAT MENGANALISIS

KBAT MENGAPLIKASI

q Zaman Jahiliah q Kerajaan Khulafa al-Rasyidin q Teori Kedatangan
q Kehidupan Nabi q Kerajaan Bani Umaiyah Islam
q Kerajaan Bani Abbasiyah
Muhammad s.a.w q Kerajaan Turki Uthmaniyah q Penyebaran Islam
q Penyebaran Islam q Pertembungan Tamadun di Asia Tenggara
q Perjanjian Aqabah
q Hijrah q Pengaruh Islam -
q Piagam Madinah Pentadbiran/
q Perang dalam Perundangan/
Pendidikan/
Islam Bahasa/ Gaya
q Perjanjian Hidup/ Kesenian

Hudaibiyah q Ekonomi -
q Pembukaan Perdagangan/
Mata Wang/
semula Kota Percukaian
Makkah

Masyarakat Arab sebelum Islam dikenali sebagai masyarakat jahiliah. (4 markah)
Kehidupan masyarakat Arab pada zaman ini dianggap sebagai berada (8 markah)
dalam zaman kegelapan.

Mengapakah Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan.

Terangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah dalam aspek sosial.

Masyarakat dunia pada masa kini dikatakan mengamalkan cara hidup (8 markah)
yang menyerupai masyarakat Arab Jahiliah. Buktikan.

Setelah dakwah Islamiah dilaksanakan secara terbuka dan mendapat (6 markah)
tempat di hati sebilangan orang ramai, barulah orang Arab Quraisy
menentangnya.

Mengapakah Islam mudah diterima oleh golongan bawahan masyarakat
Arab Quraisy Makkah?

Terangkan faktor penentangan sebilangan besar masyarakat Arab Quraisy (6 markah)
terhadap Islam.

Penyebaran Islam di serata dunia penuh dengan cabaran dan halangan. (8 markah)
Bagaimanakah umat Islam perlu menghadapinya?

Perjanjian Aqabah adalah Perjanjian Damai atau Sumpah Setia antara (3 markah)
Nabi Muhammad s.a.w. dengan beberapa penduduk Yathrib yang (3 markah)
datang menemui baginda di sebuah tempat bernama Aqabah.

Nyatakan isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama.

Senaraikan isi kandungan Perjanjian Aqabah Kedua.

Bagaimanakah perjanjian tersebut memberi kesan kepada perkembangan (4 markah)
Islam?

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting (4 markah)
bagi umat Islam sebagai memperingati penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Jelaskan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Bagaimanakah peristiwa hijrah telah membantu perkembangan Islam? (8 markah)

Jelaskan rasional sambutan Maal Hijrah di Malaysia. (8 markah)

Piagam Madinah atau Sahifah Madinah 622 Masihi merupakan sebuah (6 markah)
perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w.
berdasarkan wahyu Allah.

Terangkan kandungan Piagam Madinah.

Huraikan kepentingan Piagam Madinah terhadap perkembangan Islam. (6 markah)

Berdasarkan Piagam Madinah, jelaskan nilai-nilai hidup yang boleh (8 markah)
diterapkan dalam kehidupan rakyat Malaysia pada hari ini.

Antara tahun 622 M hingga 630 M, terdapat beberapa siri
peperangan antara orang Arab Quraisy Makkah dengan orang Islam.

Namakan tiga siri peperangan dalam Islam pada zaman Nabi Muhammad (3 markah)
s.a.w.

Nyatakan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam (3 markah)
medan peperangan.

Islam tidak berkembang secara paksaan atau melalui peperangan. (4 markah)
Buktikan.

Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis kepada pembukaan semula Kota Makkah.

Nyatakan peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian (4 markah)
Hudaibiyah.

Terangkan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan (8 markah)
Islam.

Perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. (8 markah)
tidak dapat diterima sepenuhnya oleh sahabat baginda pada peringkat
awal. Jelaskan hikmah di sebalik persetujuan baginda dalam perjanjian
tersebut.

Peristiwa pembukaan semula Kota Makkah telah mengukuhkan (6 markah)
kedudukan kerajaan Islam Madinah.

Mengapakah Kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?

Pembukaan semula Kota Makkah sangat penting dalam sejarah (6 markah)
penyebaran Islam. Jelaskan kepentingan tersebut.

Peristiwa pembukaan semula Kota Makkah telah menjadi perintis kepada (8 markah)
perpaduan masyarakat dunia hari ini. Buktikan pernyataan tersebut.

Sejauhmanakah nilai dan Masyarakat yang patuh pada
amalan assabiah dalam ajaran agama ialah masyarakat
masyarakat kita pada hari ini yang cemerlang. Berikan
mampu memecahbelahkan pendapat anda.
perpaduan kaum di Malaysia?
Buktikan. KBAT MENGANALISIS

KBAT MENILAI Semasa Perang Badar, Nabi
Muhammad s.a.w. telah
Bagaimanakah pengamalan mengampunkan tawanan Arab
nilai akhlak Nabi Muhammad Quraisy dan memberi
s.a.w. dalam kalangan generasi kebebasan kepada tawanan
muda hari ini dapat membantu wanita dan kanak-kanak.
pembentukan masyarakat Apakah iktibar yang boleh
Malaysia yang gemilang? diambil daripada peristiwa
tersebut?
KBAT MENGAPLIKASI KBAT MENGAPLIKASI

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 M, sistem pemerintahan kerajaan
Islam diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

Nyatakan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah. (4 markah)

Terangkan tugas khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. (8 markah)

Khulafa al-Rasyidin telah menunjukkan nilai-nilai kepimpinan yang boleh (8 markah)
dicontohi bagi meningkatkan kemajuan negara. Buktikan pernyataan
tersebut.

Peta menunjukkan kerajaan Bani Umaiyah.

Nyatakan pembaharuan dalam bidang pentadbiran semasa pemerintahan (6 markah)
kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama di Damsyik.

Terangkan sumbangan pendidikan dan bidang keilmuan kerajaan Bani (8 markah)
Umaiyah tahap kedua yang berpusat di Andalusia.

Pada pendapat anda, bagaimanakah melahirkan masyarakat yang cinta (6 markah)
akan ilmu?

Gambar menunjukkan Baitul Hikmah sebagai pusat kegemilangan (6 markah)
ilmu dalam kerajaan Bani Abbasiyah.

Jelaskan pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah.

Terangkan kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah yang menyumbang (8 markah)
kepada peradaban dunia terutamanya dalam bidang keilmuan. (6 markah)

Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia mampu menjadi hab
pendidikan dunia sebagaimana kerajaan Abbasiyah?

Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
telah berlaku sejak awal zaman kemunculan Islam lagi.

Bagaimanakah tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain di dunia? (6 markah)

Islam telah memberikan sumbangan penting kepada peradaban dunia. (8 markah)
Buktikan.

Mengapakah Islam begitu mudah dapat bertembung dengan tamadun (6 markah)
lain di dunia?

Jelaskan kebaikan pengamalan Pertembungan pelbagai tamadun
ciri-ciri kepimpinan Khulafa al- juga berlaku di Malaysia.
Rasyidin sekiranya diamalkan Jelaskan kesan pertembungan
oleh pemimpin-pemimpin dunia pelbagai tamadun tersebut
masa kini. terhadap negara dan bangsa
Malaysia.
KBAT MENILAI
KBAT MENGANALISIS
Proses syura dan baiah dapat
menjamin pelantikan bakal Pemimpin berperanan penting
pentadbir negara. Jelaskan ke arah kecemerlangan bangsa
kebaikan proses ini. dan negara. Bagaimanakah
peranan tersebut dapat
KBAT MENILAI dilaksanakan?

KBAT MENGAPLIKASI

Peta menunjukkan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. (6 markah)
Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab. Buktikan teori ini.

Islam juga dikatakan datang dari China. Jelaskan bukti yang menyokong (6 markah)
teori tersebut.

Mengapakah masyarakat di Asia Tenggara mudah menerima agama Islam? (8 markah)

Agama Islam telah memperkenalkan unsur-unsur baharu dalam
bidang pemerintahan dan perundangan.

Jelaskan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di (8 markah)
Asia Tenggara.

Terangkan sistem perundangan yang wujud di Tanah Melayu semasa (6 markah)
kedatangan Islam.

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah menyemarakkan semangat jihad (6 markah)
dalam kalangan rakyat tempatan. Apakah kepentingan jihad kepada
masyarakat sehingga kini?

Kedatangan Islam telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di (8 markah)
Tanah Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Jelaskan pengaruh Islam dalam aspek pendidikan.

Gaya hidup masyarakat Melayu telah mengalami perubahan besar selepas (6 markah)
kedatangan Islam. Buktikan.

Jelaskan nilai-nilai Islam yang diterima oleh masyarakat berbilang kaum (6 markah)
di negara kita.

Gambar berikut menunjukkan pengaruh Islam dalam mata wang (6 markah)
yang menjadi faktor perkembangan perdagangan di Tanah
Melayu.

Nyatakan ciri-ciri mata wang di Tanah Melayu yang menerima pengaruh
Islam.

Mengapakah Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan dunia? (8 markah)

Bagaimanakah anda boleh menerapkan nilai-nilai Islam dalam (6 markah)
perdagangan?

Nyatakan persamaan sistem Segelintir generasi muda hari ini
pendidikan madrasah dalam semakin meninggalkan amalan
masyarakat Melayu tradisional hidup bermasyarakat.
dengan sistem pendidikan di Mengapakah keadaan ini berlaku?
Malaysia kini. Berikan cadangan anda untuk
mengatasi masalah tersebut.
KBAT MENGANALISIS
KBAT MENCIPTA
“Biar mati anak,
jangan mati adat. Cukai menjadi sumber sangat
Berdasarkan pernyataan di penting kepada ekonomi
atas, wajarkah adat dan tradisi negara kita. Buktikan kebaikan
dikekalkan dan diamalkan pelaksanaan cukai tersebut.
pada era globalisasi ini?
Berikan hujah anda. KBAT MENILAI

KBAT MENILAI

q Zaman Gelap q Ekonomi Tradisional q Pembandaran
q Zaman q Ekonomi Dagangan - Getah, Bijih q Masyarakat

Renaissance Timah Berbilang
q Gerakan q Tenaga Buruh Luar Kaum
q Kewangan dan Insurans q Sistem
Reformation q Dasar British Terhadap Pertanian Pendidikan
q Penjelajahan & Vernakular
q Perkilangan
Penerokaan q Pengangkutan
q Revolusi dan
Perhubungan
Pertanian q Perkhidmatan
q Revolusi Kesihatan

Perindustrian
q Imperialisme

Barat di Asia

Ekonomi sara diri ialah aktiviti yang tidak menghasilkan lebihan (3 markah)
produk untuk tujuan pemasaran atau kegiatan ekonomi yang
diusahakan untuk keperluan sendiri dan keluarga.

Berikan tiga aktiviti ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional.

Mengapakah masyarakat Melayu tradisional lebih tertumpu kepada (3 markah)
aktiviti ekonomi sara diri? (4 markah)

Pada pandangan anda, bagaimanakah orang Melayu boleh
mengkomersilkan sektor pertanian tradisional?

Perlombongan bijih timah yang sebelum ini diusahakan (6 markah)
oleh pembesar Melayu telah mendapat perhatian
daripada pihak British kerana permintaan yang tinggi
pada peringkat antarabangsa.

Bagaimanakah pembesar Melayu memastikan penguasaan mereka dalam
sektor perlombongan bijih timah?

Mengapakah pemodal Eropah berjaya menguasai sektor perlombongan (6 markah)
di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19?

Perubahan teknologi telah membantu British menguasai industri (8 markah)
perlombongan bijih timah. Terangkan kepentingan teknologi dalam era
globalisasi untuk kemajuan negara kita.

Gambar menunjukkan antara institusi kewangan awal di Tanah (2 markah)
Melayu.

Namakan dua buah bank yang ditubuhkan di Tanah Melayu.

Apakah tujuan institusi kewangan atau bank ditubuhkan pada ketika itu? (4 markah)

British telah meminggirkan orang Melayu dalam urusan perbankan. (4 markah)
Mengapakah orang tempatan sukar mendapat pinjaman kewangan
daripada bank?

Pada era pemerintahan penjajah British, kebanyakan pekebun kecil terdiri daripada
orang Melayu. Kerajaan British sememangnya mahu mengekalkan orang Melayu
sebagai golongan petani dalam kerangka ekonomi penjajah.

Nyatakan tindakan yang telah dibuat oleh British untuk menyekat (8 markah)
penglibatan orang Melayu dalam perusahaan tanaman getah.

Dasar British telah menggalakkan penglibatan pelabur Eropah dalam (6 markah)
perusahaan penanaman getah yang telah meminggirkan pekebun kecil. (6 markah)
Buktikan.

Pada pandangan anda, bagaimanakah orang Melayu boleh menangani
dasar British tersebut?

Salah satu kesan fizikal yang dibawa oleh penjajahan British (8 markah)
di Tanah Melayu ialah kemunculan bandar-bandar baru yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan bandar-bandar
baru pada pertengahan kurun ke-19 sehingga awal kurun ke-20.

Pertambahan penduduk di bandar telah membawa kepada (6 markah)
perkembangan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu. Buktikan.

Perkembangan bandar lebih pesat membangun di kawasan pantai Barat (6 markah)
Semenanjung Malaysia. Apakah faktor yang mempengaruhi keadaan
tersebut?

Eksploitasi ekonomi Tanah Melayu oleh British telah
memberi kesan kepada pembentukan masyarakat
berbilang kaum sehingga kini.

Apakah faktor pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu? (3 markah)

Mengapakah perpaduan kaum sukar diwujudkan pada zaman (3 markah)
penguasaan British di Tanah Melayu?

Perpaduan kaum merupakan asas pembangunan dan kemajuan negara. (4 markah)
Berikan komen anda.

Kesesakan jalan raya menjadi Perancangan bandar yang baik
semakin kritikal terutamanya menentukan kesejahteraan
pada waktu puncak dan musim penduduk di negara kita.
perayaan. Buktikan pernyataan tersebut.
Apakah usaha kerajaan untuk KBAT MENILAI
menggalakkan rakyat Malaysia
agar lebih berminat Penggunaan media sosial tanpa
menggunakan kemudahan dikawal pada masa ini telah
pengangkutan awam? menggugat keharmonian kaum
dan kestabilan negara kita.
KBAT MENGANALISIS Berikan pendapat anda.

“Mencegah Lebih Baik KBAT MENGANALISIS
daripada Merawat”

Berikan cadangan anda untuk
menambah baik sektor
perkhidmatan kesihatan awam
di Malaysia.

KBAT MENCIPTA




Click to View FlipBook Version