KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 41 MATLAMAT Kajian kes merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengkaji sesuatu isu atau persoalan berkaitan dengan tokoh, institusi, tempat dan peristiwa. Kajian ini merupakan aplikasi pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah, kreativiti, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Kajian kes juga dapat memperkembangkan potensi murid ke arah warganegara minda kelas pertama yang mampu bersaing di peringkat global. OBJEKTIF Kajian Kes membolehkan murid: 1. Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan kajian; 2. Mengaplikasikan disiplin ilmu sejarah dalam kehidupan seharian; 3. Membentuk sikap dan tingkah laku murid dalam ruang lingkup peristiwa dan pengalaman lepas; 4. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara; 5. Memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita; 6. Membina kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang berilmu; 7. Membina semangat patriotisme dalam diri murid; dan 8. Menghasilkan pelbagai bentuk persembahan dan dapatan daripada interpretasi kajian kes. KAJIAN KES Kajian Kes adalah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau penerangan tentang sesuatu isu atau persoalan sama ada berkaitan tokoh, institusi, tempat, peristiwa dan dokumen. Kajian kes bertujuan memberi pengalaman dan kemahiran kepada murid tentang pengetahuan sejarah diri, negara dan bangsa. Kajian kes turut melibatkan aktiviti penyelidikan secara langsung apabila murid didedahkan dengan pelbagai kaedah dan kemahiran seperti pencarian, pengumpulan dan menganalisis maklumat. Murid menghasilkan dapatan kajian yang dijalankan dalam
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 42 pelbagai bentuk seperti kerja projek, pelaporan, pembentangan dan sebagainya. Melalui kajian kes, murid dapat mengaplikasikan disiplin ilmu Sejarah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik serta membangunkan daya kreativiti. KAEDAH KAJIAN KES Kajian Kes boleh menggunakan kaedah inkuiri dan penerokaan yang melibatkan aktiviti pembelajaran seperti membuat pemerhatian, penyelidikan dan eksplorasi sama ada dalam latihan kerja lapangan, kajian bahan dan dokumen. Guru perlu membimbing murid dalam menggunakan kaedah ini supaya pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan. PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Pentaksiran dan Penilaian adalah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Kajian Kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini juga memerlukan guru membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan. Pentadbir sekolah boleh mengambil kira peratusan markah daripada kajian kes sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan markah murid dalam sesuatu peperiksaan. Usaha ini dapat menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 43 LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN KES Pelaksanaan Kajian Kes ini melibatkan beberapa langkah yang membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitan isu atau peristiwa sejarah yang timbul seperti Rajah 1 di bawah : Rajah 1: Langkah-langkah Pelaksanaan Kajian Kes
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 44 Permasalahan Kajian Proses penyataan masalah dapat membentuk persoalan mengenai tajuk atau tema atau peristiwa yang akan ditinjau secara kontektual serta lengkap. Penyataan masalah kajian boleh berbentuk soalan terbuka seperti pernyataan idea, masalah atau hipotesis untuk diuji sebagai tujuan penyelidikan. Seharusnya, penyataan masalah merupakan peringkat permulaan rancangan penyelidikan dan digunakan sebagai penjelasan tujuan penyelidikan yang akan dilaksanakan. Kajian Literatur Kajian literatur/kajian lepas bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid cara mengenal sumber, di samping mendidik murid mengumpul maklumat mengenai tajuk kajian. Contoh penulisan kajian literatur : sekadar murid memberikan laporan ringkasan hasil kajian lepas sahaja seperti Ahmad (2012) berhujah…, Ahmad (2012) menyatakan…, Ahmad (2012) berpendapat…, Objektif Kajian Objektif kajian merujuk kepada tujuan sesuatu kajian dijalankan. Objektif kajian juga hendaklah jelas dan konsisten serta boleh dikenal pasti. Sumber Rujukan Sumber merupakan unsur yang penting dalam membuat penyelidikan sejarah kerana sumber memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa. Sumber dibahagikan kepada dua iaitu sumber pertama (primer) dan sumber kedua (sekunder). Sumber primer ialah sumber yang belum ditafsirkan dan diolah yang terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kertas, fosil, artifak, dokumen dan manuskrip. Sumber sekunder ialah terdiri daripada bahan yang dikaji melalui sumber pertama. Sumber sekunder merupakan hasil penulisan seperti buku, majalah, artikel atau rencana surat khabar dan latihan ilmiah.
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 45 Kaedah Kajian Kaedah kajian merupakan kaedah yang digunakan bagi membuat penyelidikan sejarah atau peristiwa sejarah untuk memperoleh maklumat. Antara kaedah yang boleh digunakan seperti berikut: 1) Kaedah temubual 2) Kaedah pemerhatian 3) Kaedah perpustakaan 4) Kaedah media Analisis Data Data atau bahan yang diperoleh hendaklah dianalisis untuk menentukan kebenaran hipotesis dalam pengkajian. Murid Laporan Kajian Laporan kajian merupakan hasil kerja murid secara individu atau berkumpulan. Laporan ini dalam bentuk penulisan dan pembentangan yang boleh dibuat dalam persembahan grafik sama ada garis masa/kronologi, jadual, slaid powerpoint, peta i-Think dan lain-lain yang bersesuaian. Laporan kajian hendaklah mengandungi pernyataan masalah, pengenalan, objektif, kaedah, laporan dapatan, rumusan dan rujukan sumber. Sebelum membuat analisis, guru boleh membantu murid menetapkan skop kajian, penetapan tempoh masa, membentuk kumpulan, membahagikan tugasan dan menentukan bentuk pelaporan hasil kajian.perlu membuat perbandingan daripada pelbagai bahan sumber untuk menentukan pernyataan yang dikaji.
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 46 PERSEDIAAN GURU Guru mengenal pasti tema atau tajuk kajian yang akan dilaksanakan; Guru perlu membimbing murid untuk menentukan skop kajian dan membina soalan yang dapat mencungkil maklumat tentang tajuk yang dikaji; Guru membantu murid dalam membuat perancangan dan menyusun atur proses kerja berdasarkan senarai semak yang disediakan; Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam melaksanakan kajian; Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan (dua atau tiga orang satu kumpulan) dan memastikan setiap ahli dalam kumpulan mengambil bahagian dalam kajian kes bagi memastikan murid mengetahui tugasan masing-masing; Guru perlu membuat tindakan susulan bagi memantau hasil kerja murid; dan Guru perlu memastikan murid menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan.
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 47 Kajian Kes: Ringkasan JENIS PENYELIDIKAN PENGERTIAN TUJUAN FOKUS CIRI Kajian Kes Satu kajian secara mendalam tentang sesuatu situasi, isu, subjek, bahagian dokumen, atau peristiwa berdasarkan sumber secara terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu. Mengilustrasi gambaran, menganalisis dan menginterpretasi kehebatan tokoh, keunikan monumen dan situasi/peristiwa melalui keterangan yang diperoleh. Mengenalpasti tingkah laku yang kompleks dalam situasi tertentu. Mempersembahkan dapatan sebenar. Pengesahan dapatan. Individu dan situasi tempatan/peristiwa Kejadian/peristiwa yang unik/utama Kes tunggal Fenomena berkaitan: Tokoh Komuniti Pertubuhan Institusi Peristiwa Tempat Fakta/mitos/lagenda Monumen Data yang mendalam dan perincian dari pelbagai sumber Pemerhatian Empati Makna yang boleh dipelajari daripada kes khusus
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 48 PELAKSANAAN KAJIAN KES Contoh Pelaksanaan Kajian Kes TEMA 4: TAMADUN DUNIA DAN SUMBANGANNYA Adakah reka bentuk seni bina Colosseum Tamadun Rom menjadi asas kepada idea pembinaan stadium pada masa kini. Bincangkan. KERATAN RENTAS REKA BENTUK COLOSSEUM TAMADUN ROM STADIUM BUKIT JALIL MALAYSIA
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 49 STRATEGI GURU AKTIVITI MURID PROSES BERFIKIR ALAT BERFIKIR Membina penyataan masalah Reka bentuk seni bina Colosseum pada zaman Tamadun Rom menjadi asas kepada idea pembinaan stadium pada masa kini. Bincangkan Tetapkan tempoh kajian Bentuk kumpulan Tentukan kaedah kajian Tentukan bentuk laporan Mengadakan perbincangan dalam kumpulan berdasarkan persoalan yang diberi. Contoh soalan:- Senaraikan nama stadium yang ada di tempat kamu. Jelaskan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan stadium. Meneroka bukti, menganalisis Peta Bulatan
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 50 STRATEGI GURU AKTIVITI MURID PROSES BERFIKIR ALAT BERFIKIR Kajian Literatur Menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran terhadap latar belakang kajian, objektif kajian, kaedah penyelidikan dan menyediakan rangka laporan dapatan serta kesimpulan kajian. Mendapatkan maklumat tentang seni bina Colosseum dan seni bina stadium:- Bahan bercetak Memahami menganalisis Peta Bulatan Objektif Kajian Menggunakan kaedah perbincangan atau percambahan minda. Membina objektif kajian • Senaraikan stadium yang terawal yang dibina di Malaysia? • Apakah peranan dan fungsi stadium di Malaysia? • Jelaskan peranan generasi muda untuk memelihara stadium di Malaysia Mengaplikasi Peta Bulatan Peta Minda
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 51 STRATEGI GURU AKTIVITI MURID PROSES BERFIKIR ALAT BERFIKIR Kaedah Kajian Jadual pelaksanaan Minggu 1 2 3 4 Proses kerja Menerima tugasan dan membuat rujukan/ lawatan/ temu bual Menyusun maklumat Analisis maklumat dan menulis laporan Pembentangan Menentukan kaedah kajian Kaedah temubual Kaedah pemerhatian/lawatan tapak Kaedah kajian perpustakaan Kaedah media Mengaplikasi Jelaskan bagaimana anda menentukan kaedah kajian untuk mendapatkan bahan atau sumber Peta Buih
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 52 STRATEGI GURU AKTIVITI MURID PROSES BERFIKIR ALAT BERFIKIR Rujukan Sumber Orang sumber Dokumen / Jurnal Laman sesawang Majalah Agensi berkaitan Video Mengumpul data daripada sumber. Apakah sumber yang anda gunakan untuk mendapatkan maklumat? Mengingat Peta buih Peta Dakap Analisis Data Bolehkah data mencapai objektif kajian Beza banding dapatan dari pelbagai sumber Menganalisis data Kemahiran Pemikiran Sejarah memahami kronologi meneroka bukti membuat interpretasi membuat imaginisasi membuat rasionalisasi Menganalisis Peta Pelbagai Aliran Peta Pokok
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 53 STRATEGI GURU AKTIVITI MURID PROSES BERFIKIR ALAT BERFIKIR Laporan Kajian 7 - 10 halaman Merangkumi :- Tajuk (Persoalan) Pendahuluan Objektif Kaedah kajian Hasil dapatan Kesimpulan dan cadangan Lampiran Rujukan Menyediakan laporan kajian dalam bentuk: Pembentangan Power Point Peta I-think Lukisan/komik/Animasi Drama/video Folio/buku skrap Esei Menganalisis Menilai Mencipta Peta I-think
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 54 Contoh Tugasan Kerja Projek PT3 Tugasan Baca petikan berikut dengan teliti Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan reka bentuk seni bina Colosseum pada zaman Tamadun Rom menjadi asas kepada idea pembinaan stadium pada masa kini. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada bangunan terbuka separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat dan digunakan sebagai tempat pertunjukan pada Zaman Rom Kuno. Tempat ini dikatakan sebagai stadium yang hebat disebabkan oleh bentuk dan struktur penciptaan Colosseum itu sendiri. Petikan daripada :http://meiharls.blogspot.com/2010/05/
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 55 Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 1. Tajuk rencana 2. Nama penulis 3. Isi kandungan: (a) Pengenalan – menjelaskan sumbangan Tamadun Rom daripada aspek senibina (b) Menyenaraikan ciri-ciri rekabentuk Colesseum (c) Menyatakan peranan Colesseum dalam Tamadun Rom (d) Membuat perbandingan peranan Colosseum dan stadium pada hari ini. (e) Menghuraikan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan stadium. (f) Membuat rumusan (g) Menyenaraikan sumber rujukan
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 56 GLOSARI BIL. ISTILAH MAKSUD / MAKNA 1. Abad Jangka masa seratus tahun. 2. Akibat Kesan buruk daripada sesuatu peristiwa (perbuatan dll). 3. Alat Perpaduan Suatu mekanisme yang diperlukan atau digunakan untuk menghasilkan perpaduan antara kaum. 4. Amalan Sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sebagai suatu kebiasaan. 5. Angkatan Pasukan tentera (dengan alat kelengkapan), bala tentera. 6. Bahasa Jiwa Bangsa Ketrampilan sesuatu bangsa digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. 7. Bahasa Kebangsaan Bahasa yang digunakan oleh majoriti penduduk dalam sesebuah negara seperti Bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. 8. Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan yang dipertuturkan di rantau Asia Tenggara (lingua franca). 9. Bangga Megah, berbesar hati. 10. Bentuk Muka Bumi Pandangan fizikal rupa bumi. 11. Berketrampilan Kecekapan, kemampuan yang tinggi. 12. Berwawasan Mempunyai pandangan jauh. 13. Dekad Jangka masa sepuluh tahun, dasawarsa. 14. Dipaparkan Dipamerkan didedahkan, dibentangkan. 15. Etos Sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain. 16. Gambaran Mengisahkan (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dan sebagainya. 17. Garis Masa Garisan yang menunjukkan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada sesuatu masa tertentu. 18. Generasi Kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama atau seangkatan.
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 57 BIL. ISTILAH MAKSUD / MAKNA 19. Keberanian Gagah (bukan pengecut), perkasa. 20. Kebudayaan Keseluruhan cara hidup. 21. Kedaulatan Kekuasaan yang tertinggi, negara yang mempunyai pengesahan antarabangsa. 22. Kedudukan Lokasi, tempat. 23. Kemanusiaan Sifat-sifat dan nilai-nilai universal manusia. 24. Kepahlawanan Sifat keberanian dan keperwiraan. 25. Kepercayaan Keyakinan atau akuan akan benarnya sesuatu, iman. 26. Kepimpinan Keupayaan dan kebolehan memimpin. 27. Kesetiaan Kepatuhan, ketaatan. 28. Kesinambungan Lanjutan daripada sesuatu yang sebelumnya. 29. Kewibawaan Kekuasaan atau keupayaan seseorang pemimpin dalam menguasai atau mempengaruhi orang lain. 30. Kronologi Susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. 31. Kurun Jangka waktu 100 tahun atau abad. 32. Lambang Tanda mengenal sesuatu. 33. Latar Belakang Cerita asas kepada sesuatu peristiwa. 34. Prinsip Asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran. 35. Lirik Seni kata lagu. 36. Lokasi Tempat letak atau kedudukan. 37. Maklumat Keterangan atau butir-butir. 38. Melancarkan Memulakan atau menggerakkan sesuatu.
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 58 BIL. ISTILAH MAKSUD / MAKNA 39. Memartabatkan Mengangkat kedudukan sesuatu pada mata masyarakat. 40. Mengasas Memulakan penubuhan sesebuah kerajaan. 41. Menzahirkan Menyatakan atau menampakkan. 42. Misi Tugas khusus yang dipertanggungjawabkan oleh seorang atau sesuatu kumpulan. 43. Negara Kawasan di bawah kekuasaan kerajaan tertentu. 44. Nilai Murni Perkara yang mengandungi unsur-unsur yang baik. 45. Pedagang Orang yang menjalankan perniagaan . 46. Pemerintah Kekuasaan yang memerintah (menguasai) sesebuah negeri atau negara. 47. Penerimaan Proses mendapatkan sesuatu daripada pihak lain. 48. Pengaruh Kuasa seseorang ke atas orang lain. 49. Pengertian Fahaman, idea, gagasan, penjelasan. 50. Penglibatan Pembabitan atau penyertaan dalam sesuatu perkara. 51. Pengunjung Orang yang melawat sesuatu tempat. 52. Pentadbiran Pengelolaan dan pengurusan dalam pemerintahan. 53. Peranan Pekerjaan atau tugas yang dipegang. 54. Peristiwa Sesuatu yang berlaku yang menarik perhatian (menimbulkan kesan) . 55. Pelantikan Pengesahan seseorang untuk memegang sesuatu jawatan. 56. Persahabatan Perihal berkawan, hubungan sebagai rakan. 57. Peta Lukisan yang menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung dan lain-lain. 58. Rentetan Urutan peristiwa.
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 59 BIL. ISTILAH MAKSUD / MAKNA 59. Sebab Perkara yang mengakibatkan sesuatu berlaku. 60. Struktur Pola sesuatu organisasi masyarakat yang terbentuk daripada pelbagai unsur. 61. Tempoh Waktu, masa. 62. Tingkah Laku Tabiat yang lazim dilakukan, perangai, perbuatan. 63. Tokoh Rupa atau keadaan yang tampak pada zahirnya, bentuk dan sifatnya, macam atau jenis. 64. Visi Wawasan atau berpandangan jauh. 65. Zaman Tempoh atau jangka masa tertentu.
PANEL PAKAR RUJUK KURIKULUM SEJARAH DAN BUKU TEKS SEJARAH Setinggi Penghargaan kepada: Pengerusi YBhg. Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hajah Ramlah binti Adam Pakar Sejarah Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ahli- ahli: 1. YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman Pakar Pra Sejarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia 2. YBhg. Prof. Madya Datu Haji Sanib bin Haji Said Pengarah Institut Pengajian Asia Timur, Universiti Malaysia Sarawak 3. Prof. Dr. Ooi Keat Gin Pensyarah di Jabatan Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia 4. Prof. Madya Dr. Ismail bin Ali Pengarah, Universiti Malaysia Sabah Cawangan Labuan 5. Prof. Dr. Sivachandralingam Sundara Raja Pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya PANEL PENYUMBANG
1. Mohd. Faudzan bin Hamzah 2. Umi Salmah bt A. Manaf 3. Rofiah bt Abdul Talib 4. Munaliza bt Zailan 5. Roslan bt Yaakub 6. Faizah bt Alias 7. Dr. Mohd Asraff bin Ibrahim 8. Dr. Segahran a/l Appo 9. Dr. Fatimah bt Dahalan 10. Che Nasir bin Che Husin 11. Harvinder Kaur a/p Ranjit Singh 12. Hasmahan bt A. Rahman 13. Julita bt Liwan 14. Muslimin bin Fadzil 15. Nor Azan bin Alias 16. Ridzuan bin Hassan 17. Dr. Mohd bin Shamsuddin Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum IPG Kampus Teknik Nilai IPG Kampus Perempuan Melaka IPG Kampus Teknik Nilai JPN Kelantan SM Can Wa Seremban SMK Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban SMK Seri Tanjung SMK Tiram Jaya Tanjung Karang SMK Seremban 2 SM Seri Puteri Cyberjaya Sepang Universiti Kebangsaan Malaysia
TURUT MENYUMBANG En. Mohd Fadhil bin Mat Min S1. Busrah bt Maulah 2. Che Rozana bt Majid 3. Misran bin Shariff 4. Muslimah bt Taslim 5. Noraini bt Abd. Rahman 6. Mohd Fadzil bin Mat Min 7. Noor Hashimah bt Ibrahim 8. Siti Ruzana bt Ab Ghani 9. Zaniza bt A. Rahman 10. Zuri Afizu bin Mohd Yusof SMK Puchong SMK KLIA Sepang Kolej Vokasional Ampangan SAM Sungai Manggis SMK USJ 13 Subang Jaya SMK Datok Mansor Bahau Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir SAM Sg Merab Luar SMK Seksyen 19 Shah Alam SM Sains Cheras