2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
KEM KECEMERLANGAN MURID TINGKATAN ENAM
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA TAHUN 2022
1
2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
1.0 PENGENALAN
Pembelajaran di Tingkatan Enam atau sinonim dengan prauniversiti berfokuskan
kepada peningkatan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi dan seiring dengan
program prauniversiti yang lain. Selain itu ia bertujuan melahirkan pelajar dengan nilai
kebolehpasaran yang tinggi dan daya saing. Kumpulan ini diharap berupaya
membentuk kepemimpinan yang mendokong aspirasi negara berorientasikan
pembentukan keupayaan intelek berasaskan pengkhususan, penghasilan nilai
kepimpinan dan kemahiran insaniah yang tinggi.
Oleh itu, proses transformasi pendidikan dilaksanakan pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menerusi penjenamaan semula Tingkatan Enam sebagai salah satu
inisiatif KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
yang berhasrat untuk melahirkan murid yang membangun secara holisitik dari segi
intelek, jasmani, emosi dan juga rohani. Pendidikan Tingkatan Enam menekankan
aspek kemahiran insaniah (soft skills) yang diterapkan dalam kurikulumnya. Antara
aspek-aspek tersebut ialah kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan,
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika moral dan
sebagainya. Hasrat ini sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
menyediakan pendidikan yang seimbang sebagai asas dalam membentuk
kemenjadian murid secara menyeluruh.
Elemen dalam kemahiran insaniah mengandungi aspek-aspek yang terkandung dalam
aspirasi murid. Ini kerana kemahiran insaniah merupakan suatu kemahiran yang
mengandungi pelbagai domain dalam pembelajaran di sekolah. Ia merangkumi
pembentukan insan dari aspek keperibadian dan juga sosial. Penerapan kemahiran
insaniah perlu dilaksanakan secara berterusan dalam membantu perkembangan
potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu. Pembangunan diri secara
holistik ini mampu membantu seseorang individu menerajui perubahan dan
pembangunan dunia global pada masa kini.
Penglibatan murid dalam aktiviti di luar bilik darjah merupakan salah satu landasan
untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam diri mereka. Aktiviti luar bilik darjah yang
2
2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
dilakukan secara berkumpulan dan melibatkan penyertaan yang aktif bermatlamat
untuk membantu pelajar meningkatkan ketahan mental dan fizikal, tahap disiplin,
semangat patriotik dan semangat kerja berpasukan. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti ini
merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah dimana hal ini memberi peluang untuk pelajar menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang dipelajari di bilik darjah.
2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan sebagai pemakluman dan permohonan menggunakan
peruntukan bagi Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam Wilayah Persekutuan
Putrajaya tahun 2022. Antara pengisian yang dirancang bagi program ini adalah sesi
‘Bicara Inspirasi Dr. Radzi Jidin’ serta aktiviti riadah outdoor YB Menteri Kanan
Pendidikan bersama-sama murid Tingkatan Enam Putrajaya.
3.0 RASIONAL
Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam Wilayah Persekutuan Putrajaya ini dilihat
sesuai dan bertepatan bagi memberi motivasi dan membuka ruang kepada murid yang
terlibat untuk terus berdaya saing selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam
bidang pendidikan. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mempelbagaikan
kaedah dalam mempromosikan pendidikan Tingkatan Enam di Pusat Tingkatan Enam
(PTE) sedia ada dan yang akan ditubuhkan pada masa akan datang.
4.0 OBJEKTIF
Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam Wilayah Persekutuan Putrajaya ini
diadakan dengan tujuan berikut:
a) Meningkatkan motivasi dan membina keyakinan diri murid;
b) Memupuk sifat kepimpinan, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal dan mental
dalam diri murid;
3
2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
c) Menerapkan budaya berdisiplin, bersatu padu dan bekerjasama dalam
kalangan murid;
d) Melatih kemahiran komunikasi secara berkesan dalam kalangan murid;
e) Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek;
f) Menerapkan kesedaran murid dalam menjaga dan menghargai alam sekitar;
g) Memberi peluang kepada murid Tingkatan Enam untuk berinteraksi secara terus
dan santai bersama YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan.
8.0 PENGISIAN PROGRAM
8.1 Ceramah / Motivasi
● Bicara Inspirasi Dr. Radzi Jidin
8.2 Keterampilan / Keyakinan Diri
● Sesi ice breaking, abseiling, flying fox, wall climbing, high elements (3m
dan 6m), obstacles, kayak, night walk, nature walk, campfire yang akan
dikendalikan oleh Jurulatih Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris
yang bertauliah.
9.0 Jadual Program
9.1 Rujuk Lampiran
10.0 Jawatankuasa Pelaksana
1.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat: Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad
Pengerusi:
Pengarah JPWPP
YM Raja Isnariza binti Raja Ismail
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPWPP
En. Jamaluddin bin Yusuf -Pengetua SMKA
4
2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Putrajaya
Naib Pengerusi: DR. Arshad bin Ab Rasid -SIPP+
Pn. Marhaini binti Mohd Din -KPP SPS
Penyelaras: Pn. Hajah Thalsiah binti Mohd Salleh -Pengetua SMK
Setiausaha: Putrajaya Presint 5(1)
Tn. Hj Adely bin Sura -PP Unit Men. dan T6
En. Hashrul Aidil bin Maslan -PP Unit Men. dan T6
Pengangkutan En. Muhammad Aris bin Shuib –PP Unit Swasta
Dokumentasi/Fotografi SMK Putrajaya Presint 5(1) –PP Unit Swasta
Faez Nazhan bin Abdullah
Backdrop
Khas SMKA Putrajaya
Sijil Hashim bin Mat -PP Unit Sekolah Jenis
Teks Pengacara Majlis
SMKA Putrajaya
Teks dan Bacaan Doa
Buku Program dan Lanyard Noraslina binti Jaafar
5(1)
Pn. Nor Hana binti Nordin -PP Unit Ren.
SMK Putrajaya Presint 5(1)
SMKA Putrajaya
Norhasmariza binti Jaafar SMK Putrajaya Presint
5
2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jadual Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2022
Tarikh : 1 hingga 3 September 2022 (Khamis hingga Sabtu)
Tempat : UPSI Adventure Park, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Tarikh/Masa 0700 0800 0900 1000 1100 1200 1300 1400 1500 1600
- - - - - -- - - -
0800 0900 1000 1100 1200 1300 1400 1500 1600 1630
Khamis Perjalanan Peserta dari Putrajaya Pendaftaran Ice
01/09/2022 & Breaking
Taklimat
Urusetia
Sarapan Pagi
Jumaat Makan Tengah Hari &High ElementFlying FoxKayak
02/09/2022 3M & 6M Abseiling
Pengurusan Diri
Minum PetangWall Climbing
Sabtu Nature Walk Refleksi dan
03/09/2022 Penilaian
*Cadangan aktiviti adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
6
2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
1600 1630 1830 1900 2000 2100 2200
- - ---- -
1630 1830 1900 2000 2100 2200 2300
Minum PetangObstacles Night Walk Campfire
Makan Malam & &
Pengurusan Diri
Refleksi
Kayak Bicara Inspirasi
Dr. Radzi Jidin
7
2022Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan Enam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Lampiran
8