Kesayangan Saya Nur Anisah
Pada bulan Jun tahun lalu, seorang budak perempuan yang berbangsa Cina berpindah ke Sekolah Kebangsaan Saint Aidan yang terletak di Negeri Sembilan. Budak perempuan berbangsa Cina itu dikenali sebagai Mei Ling.
Mei Ling berpindah ke sekolah tersebut kerana bapanya yang merupakan seorang jurutera yang telah ditukarkan ke negeri tersebut. Oleh itu, dia perlu bertukar ke sekolah yang terdapat yang berhampiran.
Mei Ling mula berpindah ke Sekolah Kebangsaan Saint Aidan ketika dia darjah lima. Dia ditempatkan di kelas 5 Rajin kerana keputusannya yang baik dan terdapat kekosongan di kelas tersebut. Pada hari pertama dia di sekolah itu, Mei Ling memperkenalkan dirinya secara ringkas.
”Selamat sejahtera kawankawan. Nama saya Mei Ling. Saya berasal dari Pulau Pinang. Selamat berkenalan semua.”
Perkenalan secara ringkas yang diberikan oleh Mei Ling telah berjaya menarik perhatian ramai rakan sekelasnya.
Mei Ling perasan akan seorang budak perempuan yang berbangsa Melayu hanya diam di tempat duduknya. Apabila Mei Ling bertanyakan berkenaan budak berbangsa Melayu tersebut, rakan sekelasnya tidak mahu bercerita kepadanya.
Akhirnya Mei Ling hanya bertanya akan nama budak perempuan itu sahaja. “Namanya Alia. Dia memang seorang yang pendiam. Tidak perlulah kamu cuba menegurnya Mei Ling, buat sakit hati sahaja.” kata Hayla.
“Kenapa pula?” soal Mei Ling kembali. Hayla hanya mengangkat bahu sebagai balasan.
Pada minggu kedua Mei Ling berada di sekolah tersebut, dia rasa tidak selesa kerana tidak bertegur dengan budak perempuan Melayu itu. Jadi, Mei Ling merancang untuk menegur Alia pada esok pagi. Setelah datang ke sekolah pada pagi itu, Mei Ling terus mendekati Alia yang pendiam itu.
“Hai!” tegur Mei Ling. Tiada balasan yang diterima. “Nama saya Mei Ling.” Sambung Mei Ling. Pada kali ini, Alia hanya tersenyum sebelum membalas. “Saya tahu.” balas Alia pendek.
“Boleh kita berkawan?” tanya Mei Ling dengan berhati-hati. “Boleh. Tapi kamu tidak takutkah berkawan dengan saya?” tanya Alia.
“Kenapa saya perlu takut?” tanya Mei Ling kembali. “Maklumlah ramai yang tidak suka dengan saya sebab saya tak pandai bergaul. Kamu tidak kisah?” tanya Alia sekali lagi. “Tidaklah. Saya tidak peduli. Saya amat gembira jika Alia sudi berkawan dengan saya.” balas Mei Ling.
“Eh ! Macam mana kamu tahu nama saya Mei Ling?” tanya Alia lagi.
“Rahsia,” balas Mei Ling sambil ketawa. “Boleh kita jalan pulang rumah samasama selepas tamat sekolah nanti?” tanya Mei Ling. “Boleh sahaja. Kamu tinggal di Taman Cahaya?” tanya Alia.
“Ya. Bagaimana kamu tahu?” soal Mei Ling dengan mata yang dibesarkan akibat terkejut. “Saya pernah nampak kamu. Saya juga tinggal di taman itu. Kita sebenarnya berjiran,” balas Alia dengan senyuman yang lembut.
Mei Ling hanya mengangguk sambil membuat mulut bentuk ‘o’. Disebabkan oleh keberanian Mei Ling, mereka muka berkawan baik sejak hari itu.
Mereka sering pergi ke sekolah dan pulang ke rumah bersama-sama.
Ibu bapa mereka juga mula berkawan, melawat rumah masing-masing dan bertukar makanan. Dua buah keluarga itu mula menjadi akrab hasil daripada persahabatan Mei Ling dan Alia.
Pada suatu hari ketika pulang dari sekolah, mereka terdengar bunyi kucing mengiau. ”Meow, meow, meow.” ”Eh Alia. Kamu dengar bunyi itu?” soal Mei Ling kepada Alia. “Dengar. Bunyi kucing mengiau. Mari kita tengok,” ajak Alia. ”Mari!” balas Mei Ling walaupun dia agak ketakutan.
Setelah beberapa minit melihat kawasan itu, mereka terjumpa seekor anak kucing yang luka pada bahagian kaki. Mereka mencari pula ibu kucing tersebut. Tapi malangnya, ibu kucing tersebut tiada di situ.
Akhirnya mereka bercadang untuk membawa balik kucing itu ke rumah. Tapi mereka meletakkan kucing itu di kawasan sekolah terlebih dahulu kerana mereka perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Setelah pulang, mereka meminta kebenaran daripada ibu bapa masing-masing untuk membela kucing tadi di rumah. Mereka meminta izin ketika makan malam.
“Ma, Pa, boleh Mei tanya sesuatu?” Mei Ling memulakan perbualan dengan ibu bapanya. “Boleh,” jawab ibu Mei Ling. “Apa dia?” tanya ayah Mei Ling pula. “Ma, Pa, boleh Mei membela kucing di rumah kita?” “Mei janji Mei akan jaga kucing itu dengan baik,” sambung Mei Ling dengan penuh harapan.
“Tidak boleh Mei. Nanti banyak masalah,” ujar mamanya. Papa Mei Ling hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan apa yang dibicarakan oleh isterinya itu. ’Maafkan saya meow,’ Mei Ling berbicara di dalam hatinya.
Di rumah Alia pula, Alia mula meminta izin ketika mereka sekeluarga sedang menonton televisyen. “Umi, Abi, Alia mahu membela kucing, boleh?” tanya Alia kepada ibu bapanya tanpa berselindung.
”Tidak boleh,” balas ayahnya dengan nada suara dan wajah yang garang. Ayah Alia merupakan pesara askar. Disebabkan itu bapanya sangat tegas dalam membuat keputusan. Umi Alia yang mendengar permintaan Alia dan jawapan yang diberikan oleh suaminya hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju sambil menunjukkan wajah simpati.
Alia yang tidak berani menjawab sudah mula ingin menangis. Sebelum dia masuk ke biliknya, dia mengucapkan terima kasih kepada umi dan abinya.
Semasa dalam perjalanan mereka ke sekolah pada keesokkan harinya, mereka berbincang sama ada ibu bapa masing-masing memberikan kebenaran atau tidak. “Mama dan papa saya tidak izinkan,” kata Mei Ling. “Umi dan abi saya pun sama,” kata Alia dengan perasaan sedih.
Sebelum masuk ke kelas, mereka pergi ke belakang banggunan sekolah untuk melihat memberi makan anak kucing itu. “Maafkan saya,” bisik Alia dan Mei Ling dalam hati masingmasing.
Apabila terdengar bunyi loceng yang menandakan perhimpunan akan bermula, mereka bergegas pergi ke tapak perhimpunan. Setelah perhimpunan tamat, mereka terus masuk ke kelas kerana subjek pertama pada pagi itu adalah subjek bahasa Melayu.
Cikgu Kavita yang mengajar bahasa Melayu kelas 5 Rajin meminta mereka semua untuk membina serangkap sajak yang bertajuk ‘Kesayangan Saya’ secara berpasangan. Alia dan Mei Ling menjadi pasangan untuk melaksanakan tugasan yang diberi dan mereka membina sajak berkenaan kucing tersebut sambil terbayang akan keadaan kucing itu.
Di tepi jalan sunyi, Bunyi meow sangat kuat, Kaki patah badan luka, Itulah kucing yang terbiar.
Sajak yang dibina oleh Alia dan Mei Ling berjaya menarik perhatian Cikgu Kavita. Cikgu yang berbangsa India tersebut bertanyakan kepada Alia dan Mei Ling berkenaan sajak yang dibina itu.
“Sajak yang kamu berdua bina ini tentang apa?” tanya Cikgu Kavita sambil menunjukkan sajak itu. “Kami bina sajak tentang kucing cikgu.” balas Alia.
“Kucing?” soal Cikgu Kavita. “Kenapa kucing?” sambungnya lagi. Alia dan Mei Ling akhirnya menceritakan perihal kucing yang mereka temukan itu kepada Cikgu Kavita. Cikgu Kavita yang mendengar cerita itu berasa sedih.
Dia menawarkan diri untuk membela kucing tersebut dan merawatnya sehingga sembuh. Cikgu Kavita membenarkan Alia dan Mei Ling untuk datang kerumahnya pada bila-bila masa untuk bermain dengan kucing itu.
Alia dan Mei Ling berasa gembira kerana Cikgu Kavita sanggup menolong mereka. Cikgu Kavita, Alia dan Mei Ling bekerjasama untuk menjaga dan merawat anak kucing tersebut sehingga kucing itu dapat sembuh dan membesar dengan sihat.
Rujukan Ailurophile. (2023). PUISI | Kucing Oleh Ailurophile. Eksentrika. https://www.eksentrika.com/puisi-kucing-ailurophile/ Dewan Bahasa dan Pustaka. (2011). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM. https://prpm.dbp.gov.my/ Dewan Bahasa dan Pustaka. (2024). Pusat Dokumentasi Melayu. SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN DBP. http://pustakav2.dbp.gov.my/ Perpaduan: Bukan hanya soal perbezaan untuk disepadukan. (2023). Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-bukan-hanya-soal-perbezaan-un tuk-disepadukan-421086 SITI HAJAR ISMAIL. (t.t). Ruang sastera. YouTube: Home. https://ruangsastera.weebly.com/sajak.html