The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LYN, 2021-09-23 06:55:04

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2020

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2020

No 1 Persiaran Kuala Langat
Seksyen 28, 40400 Shah Alam

:

TUAN MUSA BIN ISMAIL

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PETALING PERDANA

Atur cara Majlis Muka surat
Kata Alu-aluan (Pengetua SMK Alam Megah 2) 1
Sekapur Sireh (YDP PIBG SMK Alam Megah 2) 2

Seulas Pinang (Timbalan Pengarah PPD) 3
Jawatankuasa Majlis Anugerah Bestari
Senarai Nama Murid Cemerlang Sukan 4
Senarai Nama Murid Cemerlang Kokurikulum 5
Senarai Nama Murid Cemerlang HEM 7
Anugerah Khidmat Bakti dan Anugerah Sahsiah Terpuji 8
Analisis SPM Tahun 2020 9
Senarai Nama Murid Cemerlang SPM 2020 10
Senarai Nama Anugerah Peningkatan Prestasi 11
Senarai Unit Kokurikulum Cemerlang 12
Senarai Unit Sukan & Permainan Cemerlang 14
Anugerah Tokoh Kokurikulum (Sukan & Permainan) 16
Anugerah Tokoh Kokurikulum (Kelab/Persatuan) 17
Anugerah Tokoh HEM (L/P) 18
Anugerah Tokoh Kecemelangan Akademik 19
Anugerah Tokoh Murid (L/P) 20
Anugerah Inspirasi 22
Potret Kejayaan 23
Penghargaan 25
26
27

10.00 pg : Persembahan Montaj 1
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Pengetua

~ Pn. Anizah Binti Mohamad
: Ucapan YDP PIBG

~ En. Mohamad Rizal bin Ahmad
: Ucapan Perasmian

~ Tn. Musa bin Ismail (Timbalan PPD)
: ANUGERAH MURID CEMERLANG

~ Anugerah Murid Cemerlang Sukan & Permainan
~ Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum (Kelab/Persatuan &

Badan Beruniform)
~ Anugerah Murid Cemerlang Hal Ehwal Murid
~ Anugerah Khidmat Bakti Hal Ehwal Murid
~ Anugerah Sahsiah Terpuji Hal Ehwal Murid
~ Anugerah Murid Cemerlang SPM

(STEM/KEMANUSIAAN)

: ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG
~ Anugerah Peningkatan Prestasi
~ Anugerah Unit Kokurikulum Cemerlang (Kelab/Persatuan &
Badan Beruniform)
~ Anugerah Unit Sukan & Permainan Cemerlang

: ANUGERAH TOKOH MURID
~ Tokoh Kokurikulum (Sukan & Permainan)
~ Tokoh Kokurikulum (Kelab/Persatuan)
~ Tokoh Hal Ehwal Murid (Lelaki/Perempuan)
~ Tokoh Kecemerlangan Akademik
~ Tokoh Murid (Lelaki/Perempuan)

: ANUGERAH KHAS
~Anugerah Inspirasi
Persembahan Montaj 2

: Majlis Tamat

1

-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat sama-sama
berkumpul pada pagi ini di alam maya melalui pelantar Youtube bagi meraikan majlis yang
penuh bersejarah kepada seluruh warga SMK Alam Megah 2.
Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada yang berbahagia Tuan Musa bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan PPD Petaling Perdana kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan
majlis kita pada pagi yang permai ini.
Ekoran daripada situasi terkini dunia, pihak sekolah telah memikirkan inisiatif atau kaedah
yang baharu selaras dengan norma baharu kehidupan, maka majlis anugerah kecemerlangan
ini diadakan secara maya.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK pengelola Majlis Anugerah Kecemerlangan ini
atas kejayaan menganjurkan majlis ini secara maya. Saya percaya untuk menganjurkan majlis
menggunakan pelantar Youtube bukanlah sesuatu yang mudah, malah lebih rumit berbanding
majlis secara bersemuka.
Setiap tahun, majlis seumpama ini diadakan bagi menzahirkan pengiktirafan sekolah dan
PIBG kepada anak-anak permata yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang
akademik. Namun, pada tahun ini majlis kita bukan sahaja diadakan khusus untuk menghar-
gai pencapaian hebat permata-permata dalam bidang kurikulum, malah majlis kita ini adalah
untuk meraikan anak-anak permata yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, sukan dan
hal ehwal murid.
Saya yakin dan percaya bahawa, kejayaan yang diperoleh memerlukan pengorbanan dan
usaha yang bukan sedikit kerana kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Selain usaha gigih para permata dan guru-guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting
untuk memastikan kejayaan permata-permata di sekolah ini. Tanpa sokongan ibu bapa dan
usaha gigih para permata, tidak mungkin guru-guru dapat melahirkan sekumpulan pelajar
yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Bak kata pepatah, yang bulat tidak
datang bergolek , yang pipih tidak datang melayang.
Akhir kata, saya berharap sekolah ini akan terus melahirkan permata-permata yang berkualiti
sama ada dari segi kurikulum, kokurikulum, sukan atau sahsiah. Semoga penganugerahan ini
menjadi titik tolak bagi permata untuk mengorak langkah demi langkah menjadi insan yang
berjaya dalam hidup.

Sekian, terima kasih.
ANIZAH BINTI MOHAMAD
PENGETUA
SMK ALAM MEGAH 2

2

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam Malaysia Prihatin.
Sebelum meneruskan bicara, sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan

kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
bidang akademik. Justeru, hasrat murni pihak sekolah untuk meraikan kejayaan
anda pada hari ini merupakan usaha yang cukup baik. Saya percaya, saat-saat atau
detik-detik anda diraikan dalam majlis-majlis tertentu, pasti akan anda jadikan
kenangan abadi seumur hidup. Selain itu, dengan adanya majlis seperti ini, para
permata yang lain akan mendapat motivasi dan perangsang untuk mencapai
kejayaan yang lebih gemilang lagi.

Sesungguhnya, kejayaan tidak akan datang bergolek. Oleh itu, usaha yang
gigih dan sokongan berterusan daripada semua pihak amat diperlukan dalam
merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Kejayaan anak-anak permata pada hari
ini telah menjadi bukti kesepaduan usaha murni warga SMK Alam Megah 2 selama
ini.

Namun, kecemerlangan akademik semata-mata tanpa dihiasi dengan
pembentukan sahsiah yang mulia tidak mungkin menjanjikan kebahagiaan yang
hakiki. Justeru, anak-anak permata hendaklah melengkapi diri anda dengan ilmu
dunia dan ilmu akhirat dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah, kehidupan anda kelak
akan menjadi lebih bermakna.

Saya juga ingin menyeru para ibu bapa agar sentiasa menyokong usaha guru-
guru agar matlamat kita untuk melahirkan anak-anak yang bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akademik malahan cemerlang dari segi sahsiah akan sentiasa menjadi
kenyataan. Sesungguhnya, kerjasama antara semua pihak merupakan asas kepada
kejayaan dalam apa-apa jua bidang yang kita ceburi.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada warga pendidik SMK
Alam Megah 2 yang telah berusaha tanpa jemu untuk melahirkan permata-permata
yang cemerlang, gemilang, dan terbilang demi membangunkan agama, bangsa dan
negara. Mudah-mudahan segala usaha murni anda diberkati Allah s.w.t. Amin.
Sekian, terima kasih.

MOHAMAD RIZAL BIN AHMAD
YDP PIBG
SMK ALAM MEGAH 2

3

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam Malaysia Prihatin.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada warga SMK Alam Megah 2 kerana telah
berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2021. Ucapan
tahniah dan syabas juga saya zahirkan buat para permata yang hebat lagi cemerlang
yang diraikan pada hari ini.

Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput saya
untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan, SMK Alam Megah 2 pada hari
yang berbahagia ini. Terima kasih daun keladi.

Saya dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan
pada hari ini menggabungkan tiga unit utama sekolah, iaitu Unit Kurikulum, Unit Hal
Ehwal Murid, dan Unit Kokurikulum kerana pihak sekolah ingin memastikan kesemua
program dapat dijalankan walaupun dalam situasi pandemik covid-19 sedang
melanda negara kini. Pihak sekolah mengambil tanggungjawab untuk memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada para permata yang telah bekerja keras untuk
meningkatkan prestasi diri di samping mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai
bidang. Sesungguhnya, usaha sekolah yang murni ini perlu dihargai oleh para per-
mata kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Pasti kita sedia maklum bahawa pendidikan yang berkualiti merupakan satu
kemestian kepada sesebuah negara umumnya, dan sesebuah sekolah khasnya, bagi
melahirkan generasi yang berketerampilan, berakhlak mulia, dan cemerlang.
Lantaran itu, apabila para permata berjaya meraih kejayaan dalam pelbagai bidang,
sama ada dalam bidang kurikulum mahupun bidang kokurikulum, pihak sekolah
sudah pasti akan meraikan kejayaan mereka demi menzahirkan rasa penghargaan
kepada para permata yang cemerlang ini. Para permata pula sudah seharusnya
berterima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mendidik kalian dengan
sebaik-baiknya sehingga berjaya mengecapi nikmat kejayaan.

Tugas mendidik anak-anak bukan tugas pihak sekolah semata-mata. Jika kita
menginginkan kejayaan, maka kitalah yang seharusnya merintis jalan kejayaan itu.
Kitalah yang seharusnya menyediakan tapak yang kukuh untuk dilalui oleh anak-
anak. Kegagalan kita memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai ibu bapa,
bermakna kita sengaja menghadiahkan kegagalan kepada anak-anak kita.

Oleh itu, saya amat berharap, barisan pendidik di sekolah ini, para ibu bapa, pa-
ra permata yang ada di hadapan saya pada hari ini dan juga masyarakat sekitar
mampu memainkan peranan masing-masing, saling bekerjasama, dan saling
menghulurkan bantuan demi mengangkat martabat pendidikan ke arah yang lebih
gemilang.

Sebagai mengakhiri bicara saya pada kali ini, saya mengucapkan terima kasih
dan syabas kepada warga SMK Alam Megah 2 yang telah berjaya mengadakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2021. Saya juga ingin mengucapkan selamat
maju jaya kepada para permata yang diraikan dan semoga cita-cita murni pihak
sekolah akan memperoleh keberkatan daripada Allah s.w.t. hendaknya

TUAN MUSA BIN ISMAIL
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH PETALING PERDANA

4

Jawatankuasa Induk

Penaung : En. Mohamad Rizal bin Ahmad (YDP PIBG)
Pengerusi : Pn. Anizah binti Mohamad (Pengetua)
Naib Pengerusi : En. Mohd Nasran bin Bakar (Penolong Kanan)
: Pn. Rokiah binti Hussein (PK HEM)
Setiausaha : Pn. Zaitol Hana binti Mohd Yusoff (Setiausaha Kurikulum)
: Pn. Aznira binti Abdullah (Setiausaha HEM)
: Pn. Salina binti Mohamed (Setiausaha Kokurikulum)
: Pn. Nurul Huda binti Talib (Setiausaha Sukan)
Bendahari : Pn. Indah binti Taib (Bendahari PIBG)
AJK : Pn. Salmi binti Shamsudin (Guru Kanan Sains & Matematik)
: Pn. Mahani binti Shaik Omar (Guru Kanan Kemanusiaan)
: Pn. Rooslina binti Md Don (Guru Kanan Bahasa )
: Pn. Mahyani binti Kamarulzaman (Guru Kanan Teknik & Vokasional)

Jawatankuasa Kerja

Penyelaras:
Pn. Rooslina binti Md Don

Teknikal Penyelaras dan pemilihan
(Pelantar Youtube): penerima amugerah:

Pn. Hanizan binti Jaluddin Kurikulum
En. Shahrul Nizam bin Ibrahim
Pn. Heazah binti Asrak (Kurikulum) Pn. Zaitol Hana binti Mohd Yusoff
Pn. Siti Nora’shikin binti Mohamed Amin Pn. Zarina binti Husin
(Unit HEM)
Pn. Norsyafinaz binti Salehuddin Unit HEM
(Kokurikulum/ Sukan)
Pn. Aznira binti Abdullah
Teks Ucapan: Pn. Zaliha binti Sauli
Pn. Haliza binti Hamzah
Pn. Faridah binti Ahmad (Pengetua) Pn. A.S.Alice Rani a/p Anthony Samy
Pn. Junainah binti Surif (VIP) Pn. Suriyati binti Mohammed Sani
Pn. Freedalisa binti Ismail(YDP PIBG) Pn. Hasnor binti Hassan

Kokurikulum

Pn. Salina binti Mohamed

Sukan

Pn. Nurul Huda binti Talib

5

Penyelaras:
Pn. Mahani binti Shaikh Omar

Buku Atur Cara: Moderator/ Juruacara Majlis:

Pn. Norazah binti Abd Shukor Pn. Misra binti Takko
Pn. Azlen Aineza binti Mohd Jaafar Pn. Azila Hanum binti Hamzah
Pn. Noorini binti Md Yusuf

Bacaan Doa:

En. Shahrul Nizam bin Ibrahim

Penyelaras:
Pn. Mahyani binti Kamarulzaman

Banner/ kain rentang maya: Kokurikulum/ Sukan

Pn. Siti Halidah binti Ngadimon Pn. Zaiton binti A Jabbar
Pn. Noridayu binti Mohammed Nor Pn. Hilwa binti Badron @ Muhojir

Persembahan multimedia/ Guru
montaj perasmian /
hebahan promosi: Pn. Rohaya binti Mohd Nasir
Pn. Norfadilah binti Sapian
Pn. Marni binti Zulkifli Hadiah
Pn. Norfarizah binti Mohd Noor Pn. Asma binti Salleh
Cik Nurul Hakimah binti Sabri Pn. Rohaihaida @ Rohaida binti Abdul Gani
Pn. Indah binti Taip
Sijil/ Hadiah:
Kurikulum

Pn. Nur Fariza binti Sulaiman
Pn. Maslinda binti Mohamad Dahalan

HEM

Cik Nurul Asyikin Aida binti Mat Raffee
Cik Manisah binti Ibrahim

Penyelaras:
Pn. Salmi binti Shamsudin

Dokumentasi: Jurufoto:

Pn. Zaitol Hana binti Mohd Yusoff Cik Hamidah binti Hamzah
Pn. Aznira binti Abdullah Pn. Nurul Syahirah binti Yaacob
Pn. Salina binti Mohamed
Pn. Nurul Huda binti Talib Google Form Kehadiran:

Pn. Hasnor Binti Hassan
Pn. Zalina Binti Panut

6

Bil Nama Murid Sukan Permainan Pencapaian

1 IMAN AININ SOFIEYA BINTI MOHAMAD SOFBOL MSSS TEMPAT KE-3 NEGERI
ZOOL HILMY

2 ANNE JAZWEEN BINTI ZULKEFLE BOLA JARING MSSS JOHAN (B15) NEGERI
LAYAK KE PERINGKAT
KEBANGSAAN

3 IRSALINA KHADIJAH BINTI ZULKIFLI SOFBOLL MSSS TEMPAT KE-3 NEGERI

4 NUR BATRISYIA BUSYRA BINTI BADRISYAM BOLA JARING MSSS JOHAN (B18) NEGERI
5 NURSYAFIRA BINTI MOHD FOUZI LAYAK KE PERINGKAT
KEBANGSAAN

BOLA JARING MSSS JOHAN (B18) NEGERI

7

(/ )

Bil Nama Murid Pencapaian Cemerlang

1 PUTRI HASYA MALIHAH BINTI MOHD JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PERINGKAT
SHAHARUDDIN KEBANGSAAN MINGGU SIHAT HePiLI.
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN KUIZ BSN
2 NUR ELYANA ELISA BINTI MOHD ASRI DAN MODUL CELIK KEWANGAN.
JOHAN PERMAINAN PANTAI PROGRAM
3 NUR SYAHINDAH BINTI MD SAPHI ORIENTEERING KADET PASUKAN BADAN
BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN.
4 MUHAMMAD ALIF IMRAN BIN MINHAT PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN KUIZ
5 NUR SUHAILA BINTI KASSIM ASEAN (LEVEL 2).
6 NUR SUHAINA BINTI KASSIM TEMPAT KETIGA PERSEMBAHAN INOVASI DALAM
TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2020
7 NUR AQILAH BINTI AZIZUL PENYERTAAN PERINGKAT ANTARABANGSA 'GOOSE
GAME WITH OUR CHALET', ANUGERAH PANDU
8 MUHAMMAD AIMAN ZHAFRI BIN MOHD PUTERI REMAJA PERSATUAN PANDU PUTERI
HISHAM MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN.
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN MODUL
CELIK KEWANGAN BSN DAN KUIZ ASEAN (LEVEL 1).
TEMPAT KELIMA PERINGKAT KEBANGSAAN
PERTANDINGAN LEGO ROBOTIK.

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PERINGKAT
KEBANGSAAN MINGGU SIHAT HePiLI.
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN MODUL
CELIK KEWANGAN.
JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PERINGKAT
KEBANGSAAN MINGGU SIHAT HePiLI.
JOHAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO
KREATIF KELAB DOKTOR MUDA COVID-19 2020
PERINGKAT NEGERI.
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN MODUL
CELIK KEWANGAN, KUIZ ASEAN(LEVEL 1).

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PERINGKAT
KEBANGSAAN MINGGU SIHAT HePiLI.
JOHAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO
KREATIF KELAB DOKTOR MUDA COVID-19 2020
PERINGKAT NEGERI.
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN MODUL
CELIK KEWANGAN, KUIZ ASEAN(LEVEL 3), DIGITAL
COMPETENCY SCORE.

8

Bil Nama Murid Unit

1 NUR IZZATULL NADHIRAH BINTI AHMAD SUHAILI MAJLIS PEMIMPIN MURID
(PENGAWAS)
2 NUR AIN AQILAH BINTI MOHD ROYANI
MAJLIS PEMIMPIN MURID
3 NUR NAZLIA BINTI NAZLAN (PENGAWAS)

4 HADRI BIN AZMIHAN MAJLIS PEMIMPIN MURID
5 MUHD REDHA BIN ABDUL RAHIM (PENGAWAS)
6 ARISSA BINTI MOHD SANI KESIHATAN
7 MAISARAH SYAZLIANA BINTI SAIFULLIZAN
8 MASYITA BINTI AHMAD MASTOR KESIHATAN
9 NURUL NABILAH BINTI AZMI KESIHATAN
10 NUR ARISSA AISYAH BINTI MOHD ARAFAT KESIHATAN
11 NUR QURRATUL AIN BINTI MOHD HAIDILAH ZAMI KESIHATAN
12 NUR IMAN SOFEA BINTI CHE AZIZ KESIHATAN
13 FATIN ALLIYA BINTI NORKAM KESIHATAN
14 NURFATIN NABILA BT YUSNIZAM KESIHATAN
15 MOHAMMAD SOLIHIN BIN HALID KESIHATAN
16 AINA AISYAH BINTI AHMAD FAYZAL UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
17 NURALYA AMIRAH BINTI MOHD KAFLI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
18 AFIQAH BINTI AZLI. PENGAWAS SURAU
19 NURUL ALIS BINTI MOHD ZUHAPRI PENGAWAS SURAU
20 AMIRAH AFIQAH BINTI ABDUL RIDZUAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
21 NAZATUL AIN AFIQAH BINTI ROSDI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
22 ALIA AFIQAH BINTI ZULKIFLI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
SIMBIOSIS
SIMBIOSIS

9

NURAQILAH BINTI AZIZUL
Unit : Kesihatan

NUR SUHAINA BINTI KASSIM
Unit : Kesihatan

10

11

(/ )

ALIRAN STEM

MURID CEMERLANG 8A

1 ALIA AFIQAH BINTI ZULKIFLI 4[A+] 2[A] 2[A-] 1[B+]

MURID CEMERLANG 7A

2 MUHAMMAD AIMAN ZHAFRI BIN MOHD 1[A+] 4[A] 2[A-] 2[B+]
HISHAM

MURID CEMERLANG 6A

3 AFIQAH BINTI MOHAMAD SAKRI 1[A+] 3[A] 2[A-] 3[B+]

4 NUR SUHAINA BINTI KASSIM 2[A+] 2[A] 2[A-] 1[B+] 1[B] 1[C+]

5 WAN NURMAISARAH BINTI WAN MUSLIM 1[A+] 4[A] 1[A-] 1[B+] 1[B] 1[C]
3[A] 3[A-] 2[B+] 1[B]
6 NUR FARIESYA QISTINA BINTI MOHD 1[A+] 3[A] 2[A-] 1[C+] 2[C]
ROSLI

7 NURUL NABILAH BINTI AZMI

MURID CEMERLANG 5A

8 FATIN ALLIYA BINTI NORKAM 4[A+] 1[A] 1[B+] 1[B] 1[C+] 1[C]

9 AISHAH AIRINA BINTI FARIZAL ASMA 1[A+] 4[A] 3[B+] 1[B]

10 NIA INSYIRAH BINTI MUHAMMAD HAFIZ 5[A] 2[B+] 2[B]

11 AINA AISYAH BINTI AHMAD FAYZAL 3[A] 2[A-] 2[B+] 2[B]
12 AYESHA SAFIYYAH BINTI MASRUKIN 1[A+] 3[A] 1[A-] 2[B+] 2[C]

13 NUR AIN AQILAH BINTI MOHD ROYANI 1[A+] 3[A] 1[A-] 3[C+] 1[C]

14 AKHALYAA A/P SANKARAN 3[A] 2[A-] 1[B] 3[C+]
15 MUHAMMAD REDHA BIN ABDUL RAHIM 1[A+] 1[A] 3[A-] 1[C+] 2[C] 1[D]

16 NUR BATRISYIA BINTI SHAHAN SHAH 3[A] 2[A-] 1[B] 1[C] 2[D]

12

(/ )

ALIRAN KEMANUSIAAN

MURID CEMERLANG 8A

1 NURAINA NAJWA BINTI ZAIDI 1[A+] 5[A] 2[A-] 1[B]

2 NURELIYANA NAZIRA BINTI SHAMSUDIN 3[A] 5[A-] 1[B]

MURID CEMERLANG 7A

3 WAN ADILLA SYAFIQAH BINTI WAN MOHD EZANEE 1[A+] 1[A] 5[A-] 2[B]

MURID CEMERLANG 6A

4 NUR NAZLIA BINTI NAZLAN 1[A+] 3[A] 2[A-] 2[B+] 1[B]

5 NUR ARISSA AISYAH BINTI MOHD ARAFAT 4[A] 2[A-] 2[B+] 1[B]

MURID CEMERLANG 5A

6 MUHAMAD HAIKAL BIN RAHIM 1[A+] 3[A] 1[A-] 1[B+] 1[C]

7 AIN NAZIRAH BINTI MOHAMMAD IBRAHIM 1[A+] 1[A] 3[A-] 3[B+] 1[B]

8 NURUL FARRA NATASHA BINTI AHMAD ZAIDI 3[A] 2[A-] 1[B+] 1[B] 1[C+]

9 NURAISHAH BINTI KAMAL 3[A] 2[A-] 3[B+] 1[C]

10 NOR HAFIZAH BINTI KAMARULZAMAN 2[A] 3[A-] 2[B] 1[C+] 1[C]

11 NUR QURRATUL AIN BINTI MOHD HAIDILAH ZAMI 2[A] 3[A-] 1[C+] 2[D]

13

Anugerah diberikan berdasarkan peningkatan peratus, gpmp dan pencapaian
kekal lulus 100% dalam peperiksaan SPM 2020 berbanding SPM 2019

PENINGKATAN PERATUS DAN GPMP

Mata Pelajaran Guru

PENDIDIKAN ISLAM PN. HASNOR BINTI HASSAN
(91.60% → 91.74% PN. NORMA BINTI ISMAIL
4.46 → 4.07) PN. SITI HALIDAH BINTI NGADIMON
PN. ZALIHA BINTI SAULI
PN. ZAINAH BINTI RAMLI
PN. WAN NORIZA BINTI WAN JUSOH
PN. NORFARIZAH BINTI MOHD NOOR
EN. SHAHRUL NIZAM BIN IBRAHIM

SAINS PN. RAHIMAH BINTI HASHIM
(90.10% → 95.98% PN. PRAMA A/P SEETIAH
6.08 → 4.07) PN. ROSALIND BINTI EFFENDY
PERNIAGAAN EN. MOHD RAZALI BIN ABDUL RAHMAN
(75.95% → 92.68% PN. ZAITON BINTI AB JABBAR
7.44 → 7.32) PN. NOORINI BINTI MOHD YUSUF
PN. NORFADILAH BINTI SAPIAN
PN. SALINA BINTI MOHAMED
PN. MAGESWARY A/P SOORYNAYAN
PN. MAHYANI @ SHIMA BINTI KAMARULZAMAN
PN. SURIYATI BINTI MOHAMMED SANI

Mata Pelajaran PENINGKATAN GPMP
SEJARAH
(5.56 → 5.45) Guru
EKONOMI EN. MOHD NASRAN BIN BAKAR
(7.27→6.91) PN. MAHANI BINTI SHAIK OMAR
PN. MARNI BINTI ZULKIFLI
PN. ASMA BINTI SALLEH
PN. ZALINA BINTI PANUT
PN. MALAH A/P RAMASAMY
PN. AZNIRA BINTI ABDULLAH
CIK MANISAH BINTI IBRAHIM
PN. ZARINA BINTI HUSIN
PN. AZLEN AINEZA BINTI MOHD JAAFAR

14

Anugerah diberikan berdasarkan peningkatan peratus, gpmp dan pencapaian
kekal lulus 100% dalam peperiksaan SPM 2020 berbanding SPM 2019

Mata Pelajaran PENINGKATAN PERATUS
Guru

PENDIDIKAN MORAL PN. SITI NORA’SHIKIN BINTI MOHAMED AMIN
(81.82% → 90.91%)

Mata Pelajaran KEKAL 100%
PENDIDIKAN SENI Guru
VISUAL PN. SHARIFFAH NURHUDA BINTI SYED OMAR
PN. MARNI BINTI ZULKIFLI
BIOLOGI EN. MOHD REDZA BIN ISMAIL
BAHASA TAMIL
PN. ROSALIND BINTI EFFENDY
PN. MALAH A/P RAMASAMY

KEKAL 100% DAN PENINGKATAN GPMP

Mata Pelajaran Guru

GRAFIK KOMUNIKASI PN. NIK RUHIDA BINTI NIK MUHAMAD RAVI
TEKNIKAL
6.44 → 6.17

SAINS RUMAH PN. NORIDAYU BINTI MOHAMMAD NOOR
TANGGA PN. MISRA BINTI TAKKO
5.94 → 5.71

15

(/ )

Nama Unit PASUKAN BADAN BERUNIFORM
PANDU PUTERI Guru Pemimpin

PN. NURUL IZZATI BINTI CHE MAN (KETUA)
PN. RAHIMAH BINTI HASHIM
PN. NORAZAH BINTI ABD SHUKOR
PN. NOORINI BINTI MD YUSOF
PN. MAGESWARY A/P SOORYNAYAAN

Nama Unit KELAB / PERSATUAN (AKADEMIK)
Guru Penasihat

AGAMA ISLAM/KKQ/ PN. SITI HALIDAH BINTI NGADIMON (KETUA)
BAHASA ARAB PN. NORMA BINTI ISMAIL
PN. HASNOR BINTI HASSAN

KELAB / PERSATUAN (BUKAN AKADEMIK)

Nama Unit Guru Penasihat

KELAB DOKTOR PN. SITI NORA’SHIKIN BINTI MOHAMED AMIN
MUDA (KETUA)
PN. ZALIHA BINTI SAULI
CIK NURUL HAKIMAH BINTI SABRI

16

Nama Unit SUKAN & PERMAINAN
BOLA JARING Guru Pemimpin

PN. PN ZAITON BINTI AB JABBAR
PN. KHAIRUNISA BINTI ABD MANAP
CIK MANISAH BINTI IBRAHIM

17

()

NUR BATRISYIA BUSYRA BINTI BADRISYAM

PENCAPAIAN CEMERLANG SUKAN PERMAINAN :

• PENGERUSI KELAB BOLA JARING ELIT SMK ALAM MEGAH 2.
• TERLIBAT SECARA AKTIF DALAM KEJOHANAN BOLA JARING DARI PERINGKAT SEKOLAH

SEHINGGA KE PERINGKAT KEBANGSAAN BERMULA TAHUN 2016-2020 :
2016 : TEMPAT KETIGA DALAM KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN MAJLIS SUKAN
SEKOLAH SELANGOR.
2017 : JOHAN DALAM KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH
MALAYSIA
2018 : TEMPAT KETIGA DALAM KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN MAJLIS SUKAN
SEKOLAH MALAYSIA.
2019 : NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN
SEKOLAH MALAYSIA.
2020 : JOHAN DALAM KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH
SELANGOR.
• MENYERTAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DARI PERINGKAT SEKOLAH SEHINGGA KE
PERINGKAT NEGERI:
2017 : PINGAT GANGSA DALAM ACARA 4x100M KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS
SUKAN SEKOLAH SELANGOR.
2018 : PINGAT PERAK DALAM ACARA 4x400M KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS
SUKAN SEKOLAH SELANGOR.
• PEMAIN TERBAIK BAWAH 18 TAHUN KEJOHANAN BOLA JARING MSS SELANGOR 2020.
• TURUT MENYERTAI AKTIVITI PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN PADA TAHUN 2020:

- KUIZ SEPAK TAKRAW, KUIZ BSN, KUIZ KADET POLIS DAN KUIZ ASEAN (LEVEL 2)

18

(/ )

NUR SUHAINA BINTI KASSIM

PENCAPAIAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM :

• SETIAUSAHA KELAB DOKTOR MUDA.
• MENYERTAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT

NEGERI SELANGOR 2016.
• MENYERTAI GEGAR 10000 LANGKAH MERDEKA 2017.
• JOHAN ACARA PERARAKAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH SEMPENA MAJLIS

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI 2017.
• MENYERTAI PERKHEMAHAN GABUNGAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

PERINGKAT NEGERI 2017
• MENYERTAI KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS BADAN BERUNIFORM SIRI 2

PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
• JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA MINGGU

SIHAT HEPILI (SPEAK OUT) 2020.
• JOHAN PERINGKAT NEGERI PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO KREATIF KELAB

DOKTOR MUDA COVID-19.
• NAIB BENDAHARI KADET REMAJA SEKOLAH 2020.
• MENYERTAI KUIZ PASUKAN BADAN BERUNIFORM KPM DALAM TALIAN PERINGKAT NEGERI

2020:
• MENYERTAI KUIZ MODUL CELIK KEWANGN BSN, SASER VIRTUAL RUN DAN KUIZ ASEAN

(LEVEL 1) 2020.

19

()

ANDY LEE CHIN HOCK

SUMBANGAN / TUGAS KHAS:

PENOLONG KETUA PENGAWAS 2 2020

PENGAWAS SEKOLAH DARI 2017 – 2020

2020 : • AJK PA SYSTEM SEMUA MAJLIS DI SEKOLAH (TERMASUK MAJLIS HARI KEBESARAN ISLAM
DIBAWAH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM) SEJAK 2017
2019: • AJK KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2020
2018: • AJK INVENTORI SEKOLAH
• AJK PENGURUSAN KUNCI PAGAR BANGUNAN SEKOLAH
• AJK TEMUDUGA PENGAWAS PERCUBAAN
• KETUA SQUAD MPM
• AJK PENGURUSAN KERUSI GURU DI PERHMPUNAN RASMI SEKOLAH
• AJK MEMASANG BENDERA SEKOLAH
• AJK MAJLIS PERSARAAN PUAN ROHANI BINTI LAT
• AJK MAJLIS PERSARAAN PUAN NORLIA BINTI ABU BAKAR
• AJK MAJLIS HITEA MAJLIS PEMIMPIN MURID
• AJK HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1
• AJK KURSUS KEPIPINAN PENGAWAS PERCUBAAN
• AJK PELAKSANAAN MAJLIS ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KELAB DR MUDA PER-
INGKAT KEBANGSAAN
• AJK GIMIK KEMERDEKAAN SEMPENA PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

20

()

AISHAH AIRINA BINTI FARIZAL ASMA

SUMBANGAN / TUGAS KHAS:

KETUA MAJLIS PEMIMPIN MURID 2020

MEMEGANG JAWATAN PENGAWAS SEKOLAH DARI 2018 – 2020

2020 : • AJK KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
• AJK TEMUDUGA PENGAWAS PERCUBAAN

• AJK HARI ORIENTASI TINGKATAN 1

2019: • KETUA MAJLIS HITEA MAJLIS PEMIMPIN MURID

• EMCEE MAJLIS PERSARAAN PUAN NORLIA BINTI ABU BAKAR

• AJK PENDAFTARAN AGM PIBG

• AJK PENDAFTARAN HARI TERBUKA

• AJK PERSEMBAHAN MAJLIS PERSARAAN PUAN ROHANI BINTI LAT

• AJK KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PERCUBAAN

• AJK PENDAFTARAN HARI ORIENTASI TINGKATAN 1

2018 : • AJK PENDAFTARAN AGM PIBG

• AJK PENDAFTARAN HARI TERBUKA

2017 : • AJK PERSEMBAHAN MAJLIS HARI GURU

21

ALIA AFIQAH BINTI ZULKIFLI

Alia Afiqah Binti Zulkifli telah dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre pada tanggal
28 Oktober 2003. Merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik . Mendapat pendidikan
awal di Thorn Kindergarden .Seterusnya beliau memasuki fasa baru ke SK Alam Megah 3 dan telah
dilantik sebagai Pengawas sekolah bermula darjah 4. Beliau telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR.

Dengan moto “expect the unexpected” beliau semakin menonjol di SMKAM 2 . Kecerdikannya
dalam akademik terbukti apabila beliau sentiasa berada dalam senarai 3 murid terbaik setiap kali
pentaksiran. Beliau telah memperoleh 9A1B dalam PT 3.

Usaha gigih dan jerih payahnya berbaloi apabila beliau berjaya mendapat Anugerah
Principal’s List berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4. Pada tahun 2017 hingga
2020, beliau mendapat Anugerah Murid Cemerlang dan Anugerah Mata pelajaran Matematik
Tambahan terbaik tahun 2020 dalam Majlis Anugerah Bestari .

Bakat kepimpinannya terserlah apabila beliau diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan
penting di sekolah . Antaranya senior photographer tahun 2019 dan ketua editor tahun 2020. Beliau
diberi amanah mengendalikan instagram alammegahtwo sejak tahun 2018 hingga 2020. Beliau juga
menyandang jawatan Pengerusi Kelab Fotografi.

Namanya juga menyinar dalam Unit Beruniform .Beliau telah menjadi Pengerusi Kadet Remaja
Sekolah tahun 2020 dan memimpin platun junior KRS tahun 2018 serta mengetuai platun senior KRS
dengan pangkat Koperal di Peringkat Daerah tahun 2019. Beliau berjaya mendapat tempat kedua
kategori Komander terbaik tahun 2018. Beliau juga merupakan ketua kumpulan Pasukan Bahasa tahun
2019. Beliau bergerak aktif dalam aktiviti atas talian seperti Kuiz Pasukan Badan Beruniform Peringkat
Kebangsaan 2020, Kursus Asas Pertolongan Cemas Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019,
menyertai Saser Virtual Run Peringkat Kebangsaan 2020 dan Eco-Run peringkat Antarabangsa 2019 .

Sifat suka merendah diri, dan ceria menjadikan beliau seorang yang mudah didekati oleh rakan-
rakannya.

Dengan keputusan 4A+ 2A 2A- 1B+ dalam SPM, beliau telah mendapat tawaran belajar di
UITM dan Universiti Malaya. Sesuai dengan minatnya dalam bidang perakaunan dan subjek kira-kira, kini
beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Perakaunan.

22

()

MUHAMMAD AIMAN ZHAFRI BIN MOHD HISHAM

Muhammad Aiman Zhafri Bin Mohd Hisham dilahirkan pada tanggal 8 Mei 2003 di
QHC Medical Centre, Taipan, Subang Jaya. Merupakan anak bongsu daripada 2 orang
adik beradik. Mula mengenali alam pendidikan pada usia 5 tahun di Tadika Real Kids,
Putra Heights dan meneruskan persekolahannya di SK Seksyen 27 (2) Shah Alam.

Setelah melangkah ke SMK Alam Megah 2, beliau terus bergerak aktif . Antara jawatan
yang pernah disandangnya ialah Pengerusi Kelab Pencegah Jenayah, Naib Pengerusi 1,
Kadet Remaja Sekolah (KRS), Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris, Setiausaha
Sukan Permainan Catur dan AJK Kelab Kerjaya. Antara pencapaian terbaik beliau dalam
bidang koakademik ialah memperoleh tempat ketiga dalam Kursus Asas Pertolongan
Cemas Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan di samping Johan Syarahan Bahasa
Inggeris MTQ dan Naib Johan Mimbar Daei Mahrajan Al-Quran, Petaling Perdana. Beliau
juga telah mendapat tempat ketiga dalam Pidato dan Hafazan Peringkat Petaling
Perdana. Beliau juga menyertai pertandingan dalam talian yang dianjurkan oleh KPM.
Antaranya Kuiz Asean, Kuiz Badan Beruniform, Modul Celik Kewangan dan Saser Virtual
Run 2020 Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan dalam akademik telah melayakkan beliau menerima pelbagai anugerah.
Antaranya ialah Anugerah Principal’s List dalam peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
tahun 2020 dan Anugerah Pelajar Cemerlang pada setiap tahun dalam Majlis Anugerah
Bestari SMK Alam Megah 2.

Kini, beliau telah meneruskan pengajiannya di Sunway College dalam program
ACCA-FIA Foundations in Accountancy tajaan Yayasan Peneraju.

23

()

AISHAH AIRINA BINTI FARIZAL ASMA

Aishah Airina Binti Farizal Asma dilahirkan pada tanggal 19 Ogos 2003 di Darul Ehsan
Medical Centre, Shah Alam. Merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik.
Mendapat pendidikan awal di Tadika Alam Ria dan meneruskan persekolahannya di
SK Seksyen 27 (2) Shah Alam.

Sejak di bangku sekolah rendah beliau telah menunjukkan kecemerlangan dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Ini terbukti apabila beliau dianugerahkan Tokoh
Akademik pada tahun 2015 dan menyandang jawatan sebagai Ketua Pengawas di SK
Seksyen 27(2).

Setelah melangkah ke SMK Alam Megah 2, beliau terus bergerak aktif untuk meraih
kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. Antara jawatan yang pernah disandangnya
ialah Ketua Majlis Pemimpin Murid. Antara pencapaian terbaik beliau dalam bidang
koakademik ialah memperoleh Anugerah Kadet Terbaik Kem 2020 dan Penghuluwati Kem
Kadet Polis Petaling Perdana 2020. Pada tahun 2019, beliau menerima anugerah Kadet
Terbaik Kem Kadet Polis IPD Shah Alam , Johan Kawad Kaki Individu dan Tempat ke-5 Mara
Lasak Individu. Beliau juga memperoleh Naib Johan Komander Pasukan Kawad Kaki
Sekolah Go Peringkat Daerah Petaling Perdana.

Di samping itu beliau juga telah memperoleh Naib Johan Syarahan BI di MTQ Petaling
Perdana pada tahun 2018 dan Johan pada tahun 2019. Pada tahun 2020 beliau
memperoleh Naib Johan Mimbar Daei Mahrajan Al Quran Petaling Perdana .

Kejayaan dalam bidang akademik telah melayakkan beliau menerima pelbagai
anugerah. Antaranya Anugerah Pelajar Cemerlang pada setiap tahun dalam Majlis
Anugerah Bestari SMK Alam Megah 2.

Kini, beliau akan menyambung pelajarannya dalam kursus Diploma Teknologi Makmal
Perubatan di UITM.

24

Bil Nama Guru

1 HILWA BINTI BADRON @ MUHOJIR
2 MARNI BINTI ZULKIFLI
3 HANIZAN BINTI JALUDDIN
4 ANIZAH BINTI MOHAMAD
5 MISRA BINTI TAKKO
6 AZILA HANUM BINTI HAMZAH
7 HEAZAH BINTI ASRAK
8 RAHIMAH BINTI HASHIM
9 FREEDALISA BINTI ISMAIL
10 SHAHRUL NIZAM BIN IBRAHIM
11 SITI HALIDAH BINTI NGADIMON
12 SITI NORA’SHIKIN BINTI MOHAMED AMIN
13 ZALINA BINTI PANUT
14 HAMIDAH BINTI HAMZAH
15 NURUL IZZATI BINTI CHE’ MAN
16 NORAZAH BINTI ABD SHUKOR
17 HASNOR BINTI HASSAN
18 NORMA BINTI ISMAIL
19 ZALIHA BINTI SAULI
20 NURUL HAKIMAH BINTI SABRI
21 NOORINI BINTI MD YUSUF
22 AZNIRA BINTI ABDULLAH
23 SALINA BINTI MOHAMED
24 NURSHAFINAZ BINTI SALEHUDIN
25 SURIYATI BINTI MOHAMMED SANI
26 FARIDAH BINTI AHMAD
27 DUNIANA BINTI MANSOR
28 NORIDAYU BINTI MOHAMMAD NOOR
29 ZAITOL HANA BINTI MOHD YUSOFF

25

26

Pengetua, para pentadbir dan seluruh warga SMK Alam Megah 2

dengan penuh takzim merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
YDP PIBG atas kesudian menghadiri

dan Timbalan PPD Petaling Perdana kerana merasmikan majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan 2020.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada
PIBG SMK Alam Megah 2

dan semua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama
secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.



Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung



27

17


Click to View FlipBook Version