The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishah.sofeash, 2022-06-10 12:22:55

EBOOK KO-Q

EBOOK KO-Q

CATUR

SHPP2882-03 PENGURUSAN KOKURIKULUM, SUKAN DAN PERMAINAN
PENSYARAH: DR. IZWYN ZULKAPRI

ISI KANDUNGAN

EDITOR 01
PENGHARGAAN 03
PENGENALAN 04
SEJARAH 05
CARA BERMAIN 08
PERATURAN PERMAINAN
ETIKA PERMAINAN 11
SISTEM PERTANDINGAN 13
ALATAN PERMAINAN 15
KELEBIHAN PERMAINAN 17
ATLET-ATLET 18
PENUTUP 21
23

Editor

BASYIR SAZILI | A20HP0103
MUFIDATUL AZRA | A20HP0087
DURRATUL AIN | A20HP0039
AISHAH SOFEA | A20H0279

01

Editor

FAIZ NASRUDDIN | A20HP0041

NASYITHAH YUSUF | A20HP0143
SYAZWAN SIDEK | A20HP0135
FELICIA CELINE | A20HP0046

02

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kami menghasilkan
e-buku bertajuk Catur ini dengan hasil bimbingan yang jitu oleh pensyarah
Kursus SHPP2882-03: Pengurusan Kokurikulum, Sukan dan Permainan kami.
Maka dengan itu, terima kasih tidak terhingga khusus buat Dr Izwyn Zulkapri
di atas kesudian membimbing kami dalam menyempurnakan tugasan ini.
Sekalung penghargaan dan syabas juga untuk yang tidak lain dan tidak
bukan, kepada setiap ahli kumpulan ini kerana telah menyumbang idea
dan memberikan komitmen yang terbaik dalam usaha merealisasikan
penghasilan e-buku Catur ini.
Semoga e-buku Catur ini dapat memberikan input yang berguna kepada
setiap pembaca yang sudi membaca ia, insya-Allah.
Sekian, terima kasih dan selamat membaca!

03

E-BUKU | CATUR

PENGENALAN

Setuju ataupun tidak, catur merupakan salah satu permainan dalaman
yang giat dimainkan sejak dahulu kala tidak kira tua mahupun muda.
Namun begitu, terdapat kemungkinan besar ramai tidak mengetahui
maklumat secara terperinci mengenai permainan popular ini.
Oleh itu, e-buku yang diterbitkan ini merangkumi maklumat yang
mencukupi mengenai catur yang mungkin tidak diketahui ramai.
Sebagai permulaan, e-buku ini turut dilengkapi dengan maklumat
sejarah catur, dan juga perkembangan/impak yang dibawa sebagai
permainan dalaman yang mampu memupuk pemikiran secara kritis
terhadap para pemain. Selain itu, para pembaca juga akan lebih
diketengahkan lagi dengan cara untuk bermain catur, peraturan, etika
ketika bermain sekaligus dibekalkan lagi dengan sistem pertandingan
yang akan menarik minat para pembaca tentang permainan minda ini.

04

E-BUKU | CATUR

SEJARAH

Sejarah Catur

Catur atau dalam bahasa Sanskrit, charturaga yang
bermaksud formasi/strategi peperangan yang disebutkan
dalam Sejarah India Mahabharata. Permainan ini telah
berkembang pesat menjelang abad ke-7 di Barat Laut
India dan dianggap sebagai permainan catur moden
terawal di dunia. Ianya berbeza dengan permainan dam.
Kemenangan permainan catur dikira berdasarkan
"checkmate" di mana Raja dalam permainan ini telah
dikepung oleh buah catur pihak lawan.

05

E-BUKU | CATUR

Perkembangan Permainan Catur Di India

Chaturanga merupakan permainan Rajah 1 : Charturaga merupakan
papan berstrategi paling awal pada permainan berpapan yang dimainkan
kurun ke 7 yang membawa maksud oleh 4 orang pemain
strategi peperangan dalam bahasa
Sanskirt yang telah dinyatakan dalam
sejarah India Epik Mahabhrata.
Permainan ini berfokuskan kepada
pemain yang dapat mengalahkan
buah Raja Pihak lawan. Ada juga
sesetengah pengkaji menyatakan
bahawa permainan ini diamainkan
dengan buah dadu, tetapi
kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Perkembangan dan evolusi permainan chaturanga ke shatrang (chatrang)
tidak dapat dipastikan. Shatrang merupakan permainan berpapan berstrategi
yang dimainkan oleh dua orang pemain adalah permainan yang agak popular
di Utara India, Pakistan, Afganistan dan juga di Selatan Asia Tengah pada tahun
600 selepas Masihi. Terdapat satu buah baru di dalam permainan ini, iaitu
Firzan (kaunselor) yang tiada kaitan dalam strategi pemainan ini.

Kemenangan permainan

shatranj boleh dilakukan dengan

dua cara sama ada dengan

menghapuskan kesemua

kepingan pihak lawan atau

dengan memastikan raja

terperangkap diantara

kepingan - kepingan pihak

lawan.

Rajah 2 : Shatrang

06

E-BUKU | CATUR

Perkembangan Permainan Catur di
Negara Eropah & Negara Islam

Permainan chaturang atau shatranj
teleh berkembang ke seluruh kerajaan
Eropah melalui Empayar Byzantine di
Persia dan Empayar Arab.

Permainan catur yang tertua pernah
direkodkan pada abad ke 10 dipercayai
dimainkan oleh ahli sejarah Baghdad
bersama anak muridnya.

Rajah 3 : Permainan catur dimainkan Agama Islam telah membawa budaya
dalam kalangan kerabat diraja England. catur ke Afrika Utara, Sicily dan Spanyol
pada abad ke-10 Masihi.

Puak Vikings telah membawa pengaruh permainan ini hingga ke Iceland dan
England; dan dipercayai bertanggungjawab memperkenalkan koleksi 78 buah
catur yang terkenal yang diperbuat dari gading anjing laut yang dijumpai di
kepulaun Isle of Lewis di luar Hebrides pada tahun 1831. Buah-buah catur ini
bertarikh dari abad 11 - 12 masihi.

Pada zaman perintahan Raja Louis IX dan
beberapa pemimpin agama, mereka telah
mengharamkan permainan catur dan
dadu secara berperingkat pada tahun 1254.

Namun, permainan catur ini seringkali
dikaitkan dengan ilmu pengetahuan,
strategi, kekayaan dan kuasa dan
permainan ini juga telah menjadi
permainan kegemaran Kerabat - kerabat
diraja England. Pada awal abad ke - 15.
Permainan ini telah diiktiraf sebagai
permainan diraja.

Ahli diraja England seperti Raja Henry I, Rajah 4 : Raja Louis IX mengharamkan
Henry II, John, dan Richard I dari England permainan catur pada tahun 1254.
dan Philip II merupakan kalangan ahli diraja
yang mahir dengan permainan catur.

07

E-BUKU | CATUR

CARA BERMAIN

Permainan catur hanya memerlukan dua pemain untuk melengkapi aspek
permainan. Permainan ini lebih memerlukan para pemain untuk member
spenuh tumpuan dalam merangka strategi. Bagi permulaan, bidak yang
terdapat pada papan catur terdiri daripada raja, ratu, menteri, kuda,
benteng, dan pion atau prajurit.

01 Mengatur papan

Sebagai permulaan, papan catur
akan dibentangkan dan setiap
pemain akan mempunyai dan
perlu memastikan petak putih
atau warna muda berada di
hujung kanan pemain.
Kepingan-kepingan catur ini
kemudiannya disusun dengan
cara yang sama pada setiap kali.
Barisan kedua (atau deretan)
papan diisi dengan bidak-bidak.
Rook diletakkan di sudut, dengan
kuda di sebelahnya, dan diikuti
dengan biskop, dan akhir sekali
ratu diletakkan di petak yang
sama warna dengan warna ratu
tersebut (ratu putih di petak putih,
ratu hitam di petak hitam), dan
raja diletakkan di petak terakhir.

08

E-BUKU | CATUR

02 Menggerakkan catur

6 catur berbeza ini mempunyai cara pergerakan yang berbeza. Misalnya, kepingan
catur lain tidak boleh menembusi/ melalui kawasan catur yang lain, akan tetapi
catur kuda boleh menembusi catur lain dengancara tersendiri. Untuk pengetahuan
lebih, catur boleh digerakkan untuk mengambil alih petak yang diduduki kepingan
pihak lawan, dan seterusnya menangkap kepingan tersebut

RAJA RATU ROOK

Raja merupakan Ratu ialah kepingan Rook boleh bergerak

kepingan yang yang paling kuat. Dia sejauh mana ia

penting tetapi dibenarkan bergerak mahu, tetapi hanya

antara kepingan dalam setiap arah ke depan, ke

yang paling lemah. lurus, iaitu ke depan, belakang, dan ke

Raja hanya boleh ke belakang, ke tepi, tepi. Rook-rook

bergerak satu petak ataupun bergerak adalah kepingan

sama ada ke atas, secara pepenjuru, yang kuat hanya

ke bawah, ke tepi, iaitu sejauh mana apabila mereka

dan secara yang boleh selagi dia melindungi dan

pepenjuru. Namun tidak bergerak bekerja sesama

begitu, Raja tidak menerusi ke arah sendiri.

boleh bergerak mana-mana

dirinya ke dalam kepingannya. Seperti

check (di mana dia semua kepingan, jika

boleh ditangkap). ratu menangkap

Apabila raja suatu kepingan

diserang oleh lawannya maka

kepingan yang lain, pergerakannya akan

ini dipanggil "check". berakhir. Perhatikan

bagaimana ratu

putih menangkap

ratu hitam dan

kemudiannya raja

hitam dipaksa untuk

bergerak.

09

E-BUKU | CATUR

BISKOP KUDA BIDAK

Biskop boleh Kuda bergerak Catur bidak

bergerak sejauh dengan cara yang bergerak dan

mana yang ia sangat berlainan menangkap dengan

mahu, tetapi hanya berbanding dengan cara yang berbeza:

secara pepenjuru. buah yang lain - Bidak hanya

Setiap biskop bergerak dua petak mampu bergerak ke

bermula pada satu dalam satu arah, hadapan, tetapi

warna (cerah atau dan kemudiannya menangkap dengan

gelap) dan mesti satu pergerakan lagi menyerong. Bidak

kekal pada warna dengan sudut 90 hanya boleh

itu. Biskop-biskop darjah, sama seperti bergerak ke

hanya dapat bentuk huruf "L". hadapan dengan

bekerjasama Kuda juga adalah satu petak setiap

dengan baik satu-satunya buah masa, kecuali pada

dengan sesama yang boleh langkah pertama di

sendiri kerana bergerak melepasi mana pemain boleh

mereka hanya buah yang lain. menggerakkan dua

menutup petak ke depan.

kelemahan antara Bidak boleh

satu sama lain. menangkap dengan

menyerong satu

petak di

hadapannya.

Mereka tidak boleh

bergerak atau

menangkap ke

belakang. Jika ada

buah lain yang

berada betul-betul

di hadapan bidak, ia

tidak boleh bergerak

melangkah atau

menangkap buah

tersebut.

10

E-BUKU | CATUR

PERATURAN

Terdapat beberapa peraturan istimewa dalam catur yang seakan-akan tidak logik
pada mulanya. Mereka telah diwujudkan untuk menjadikan permainan ini lebih
seronok dan menarik.

01 Menaikkan Bidak

Bidak mempunyai satu lagi kebolehan khas iaitu jika bidak sampai
ke hujung papan bertentangan, ia boleh bertukar menjadi buah
yang lain (dipanggil Promotion).

02 Syarat melakukan "en passant"
dalam catur

Jika suatu bidak bergerak dua petak ke depan untuk pergerakan pertamanya, dan
secara demikian berhenti di sebelah bidak lawan (iaitu melompat dan melewati
keupayaan bidak lawan untuk menangkapnya), bidak lawan itu mempunyai pilihan
untuk menangkap bidak pertama yang sedang bergerak melepasinya.

Langkah istimewa ini mestilah dilakukan sebaik selepas pergerakan bidak pertama berlalu melepasinya,
jika tidak, pilihan untuk menangkapnya akan tiada lagi.

11

E-BUKU | CATUR

03 Syarat - Syarat bagi "stalemate"

Kadangkala, permainan catur tidak berakhir dengan seorang pemenang, tetapi
dengan seri. Terdapat 3 sebab kenapa sesuatu permainan catur boleh berakhir
dengan keputusan seri:

a) Tiada cukup kepingan di atas papan untuk memaksa checkmate
b) Seorang pemain mengisytiharkan seri jika posisi yang betul-betul sama diulang
sebanyak tiga kali
c) Lima puluh pergerakan berturut-turut telah dimainkan di mana kedua-dua
pemain tidak menggerakkan bidak atau menangkap buah

04 Syarat Melakukan 05 Syarat Melakukan
"Castling" "Checkmate"

Terdapat peraturan dimana Raja dan Tujuannya adalah untuk "checkmate"
Rook boleh bergerak serentak. Raja pihak lawan. Ini berlaku apabila
Walaubagaimanapun syarat-syarat Raja diletak dalam "check" dan tidak
berikut perlu dipenuhi: mampu keluar daripada "check".
Hanya terdapat tiga cara suatu raja
a) Raja tersebut belum membuat dapat keluarkan diri daripada check,:
sebarang gerakan,
b) Rook tersebut belum membuat a) bergerak keluar daripada "check"
sebarang gerakan, walaupun dia tidak dapat istana,
c) Raja sedang tidak berada dalam b) menghalang "check" dengan
keadaan "check", kepingan lain
d) Semua petak di antara Raja dan c) atau tangkap kepingan yang
Rook perlu kosong. sedang mengancam raja.
e) Apabila "castling" dibuat, Raja
perlu bergerak dua petak ke arah
Rook, dan Rook bergerak melangkaui
Raja ke petak bersebelahan

Inilah rupa castling. Putih mempunyai "castling
kingside" manakala Hitam mempunyai
"castling queenside".

12

E-BUKU | CATUR

ETIKA

Catur sememangnya bersifat kompetitif dan menjadi tarikan pesaing
yang sengit. Oleh itu, setiap pemain, jurulatih, pengurus pasukan,
pegawai kejohanan, pihak penganjur dan peminat catur seharusnya
menjadikan etika sebagai pegangan bagi mewujudkan suasana
perlawanan yang harmoni. Keadilan, integriti, ekuiti dan menghormati
merupakan antara etika am bermain catur.

Sebelum Semasa

Mulakan perlawanan dengan Tidak mengganggu ketenteraman
berjabat tangan dan ucap pihak lawan: elakkan membuat
selamat maju jaya kepada bunyi bising sama ada melalui
pihak lawan. mulut, menekan pen berulang kali,
bergendang di meja dsb.

Tidak dibenarkan bercakap
semasa perlawanan catur
melainkan untuk menawarkan
keputusan seri, berundur atau
membetulkan buah catur.

Mematuhi peraturan gerak sentuh
dan gerak ambil (touch move and
touch take rules).

Apabila pemain berada pada titik
di mana semua laluan membawa
kepada kekalahan, berhenti saja,
jangan buang masa pihak lawan
dengan meneruskan perlawanan;
1. Cara tradisional- Menyerahkan
raja kepada pihak lawan dan
berjabat tangan dengannya,

13

E-BUKU | CATUR

Semasa

2. Cara moden- Menghentikan
jam dan menghulurkan tangan
untuk mengucapkan tahniah
kepada pemenang.

Jika pada satu titik dalam

permainan di mana pemain

tidak dapat melihat

kemungkinan kemenangan

untuk kedua-dua pihak, dia

boleh menawarkan lawannya

seri dengan sopan.

Pemain boleh menyusun
semula buah catur selepas ia
terjatuh atau dialih secara
tidak sengaja. Ketika berbuat
demikian, adalah sopan untuk
mengatakan "Saya ubah" atau
"J'Adoube" (bahasa Perancis).

Selepas Tidak membuat ketawa jahat
dan menggosok tangan
apabila pihak lawan akan
membuat kesilapan.

Akhiri perlawanan dengan Tidak cuba membingungkan
mereka dengan membuat
berjabat tangan dan ucap mereka meragui langkah
mereka sendiri. Hanya duduk
"permainan yang bagus" dengan tenang dan sabar
sementara menunggu pihak
kepada pihak lawan. lawan membuat langkah.

Terima keputusan perlawanan

dengan tenang dan

menunjukkan semangat

kesukanan secara profesional.

14

E-BUKU | CATUR

SISTEM
PERTANDINGAN

ROUND-ROBIN

Round-Robin
memastikan setiap
peserta saling
bertanding antara
satu sama lain.
Kaedah ini biasa
digunakan dengan
bilangan perserta
yang kecil.

Secara amnya, satu
markah diberikan
kepada pemenang,
dan separuh
markah jika seri.

SISTEM SWISS

Sistem swiss akan
meletakkan peserta
yang mempunyai
markah yang sama
dalam perlawanan.
Namun, perlawanan
antara dua peserta
yang sama tidak
boleh diulang.

Peserta mestilah
mempunyai nisbah
warna yang sama
apabila mengakhiri
pertandingan.

15

E-BUKU | CATUR

KALAH MATI

Sistem kalah mati
akan menyingkirkan
peserta selepas
peserta tersebut
kalah satu pusingan.
Pemenang setiap
pusingan akan
berjumpa jumpa
dengan pemenang
pusingan lain.

Setiap perlawanan
haruslah dimainkan
sebanyak dua kali
untuk memastikan
setiap pemain
mempunyai nisbah
warna yang sama.
Terdapat sistem
"double-elimination"
yang membolehkan
pemain itu kalah
sebanyak dua kali
sebelum disingkirkan.

SCHEVENINGEN

Sistem yang
mempunyai dua
kumpulan di mana
setiap peserta
berlawan peserta
kumpulan lawan.
Hadiah boleh diberi
secara berkumpulan
dan individu.

16

E-BUKU | CATUR

ALATAN
PERMAINAN

PAPAN CATUR

Umumnya, papan catur dihasilkan daripada pelbagai bahan seperti seng, triplek,
kayu, dan karton.
Papan catur kebiasaanya mempunyai 64 buah petak segi empat sama dengan
susunan 8 baris.

BUAH CATUR

Buah catur pula diperbuat daripada pelbagai bahan antaranya tanduk, plastik, kayu,
dan tulang.
Buah catur berjumlah 32 buah dan terbagi 2 warna, 16 buah warna hitam dan 16
warna putih. Perbedaan warna tersebut berfungsi untuk membezakan bidak lawan.

1. Bidak (pion) 4. Gajah

8 buah 2 buah

2. Benteng (Rook) 5. Menteri

2 buah 1 buah

3. Kuda 6. Raja

2 buah 1 buah

17

E-BUKU | CATUR

KELEBIHAN

DAPAT MENAJAMKAN
DAYA INGATAN

Permainan catur ini memerlukan
pemain-pemainnya menghafal
pelbagai kombinasi pergerakan
dan kebarangkalian daripada
setiap pergerakan pihak lawan.

MEMBERI KEUPAYAAN
UNTUK MELIHAT DARI
PERSPEKTIF ORANG LAIN

Permainan catur ini dapat
membantu pemain-pemainnya
untuk menjangka gerakan
seterusnya pihak lawan

18

E-BUKU | CATUR

KELEBIHAN

DAPAT MENINGKATKAN
DAYA KREATIVITI

Peraturan-peraturan dan

cara permainan catur yang

mencabar akan dapat

meningkatkan daya kreativiti.

BAGUS UNTUK
GOLONGAN DEMENSIA

Sebuah kajian membuktikan
bahawa permainan catur adalah
permainan yang sesuai untuk
golongan yang menghidapi
dementia kerana ia dapat
mengurangkan risiko penurunan
kognitif seseorang.

19

E-BUKU | CATUR

KELEBIHAN

MENINGKATKAN DAYA
KONSENTRASI

Peraturan-peraturan dan cara
permainan catur yang mencabar dan
memerlukan pemain berfikiran matang
akan secara tidak langsung dapat
meningkatkan daya konsentrasi pemain.

MENINGKATKAN TAHAP
KECERDASAN SESEORANG

Orang dengan mempunyai
banyak pengalaman dalam
permainan catur memiliki
kemampuan berpikir yang
sangat berkembang.

20

E-BUKU | CATUR

ATLET DUNIA

Magnus Carlsen Hikaru Nakamura Anish Giri

5 kali juara dunia, 5 kali juara Amerika 4 kali juara Belanda,
ranking #1 di dunia Syarikat dan ranking pemenang Shenzen
terkini #1 di kategori blitz Masters 2019.

21

E-BUKU | CATUR

ATLET MALAYSIA

2019:
Rapid Chess Pingat Emas

Yeoh Li Tian
Yeoh memenangi Kejohanan Catur Malaysia pada 2015 dan 2016. Pada tahun 2017, beliau
memenangi Kejohanan FIDE Zon 3.3 secara tiebreak daripada Nguyn Ngọc Trường Sơn. Berkat
kemenangan ini, Yeoh menerima anugerah dengan gelaran Sarjana Antarabangsa, dan juga
gelaran Grandmaster, yang pertama oleh rakyat Malaysia, dan menjadi rakyat Malaysia

pertama yang layak bermain di Piala Dunia FIDE. Dalam acara terakhir ini yang diadakan di

Batumi kemudian pada tahun yang sama, Yeoh telah disingkirkan oleh bekas juara dunia

Viswanathan Anand pada pusingan pertama. 22

E-BUKU | CATUR

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, permainan catur merupakan satu permainan
yang tidak asing lagi di negara kita walaupun asal usulnya dari
negara luar. Umum kita tahu bahawa setiap perkara atau benda
mesti mempunyai sejarah mereka tersendiri dan sebagainya. Oleh
itu, permainan catur juga mempunyai identitinya yang tersendiri
seperti sejarah, bagaimana cara untuk bermain, apakah etika
bermain catur, alat-alatannya dan banyak lagi. Justeru, wajarlah
untuk kita menghargai permainan yang bersejarah ini dengan
menerapkan minat terhadapnya.

23

E-BUKU | CATUR

TAMAT,
Terima Kasih.

Alamat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Telephone

+123-456-7890

Laman Web

www.ebukucatur.com


Click to View FlipBook Version