MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 19 / PDP 1
TAJUK RUMUSAN
TEMA 10 SAINS DAN TEKNOLOGI PEMACU KEMODENAN
PENTAKSIRAN BILIK Membaca dan menulis
DARJAH
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. mencari enam isi penting berdasarkan petikan yang diberi
2. menulis rumusan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
PANDUAN MENJAWAN 1. Murid membaca petikan dengan teliti.
LATIHAN/AKTIVITI 2. Murid menggaris 6 isi daripada petikan.
3. Berdasarkan isi yang digaris, murid menulis satu rumusan
yang lengkap dalam buku latihan.
TEKNIK MENULIS RUMUSAN
1. Tulis dalam satu perenggan yang mengandungi: - ayat pendahuluan
- isi ( 6 isi )
- ayat penutup
2. Ayat pendahuluan ( 2 markah )
Petikan membincangkan tentang ( FOKUS + TEMA )______________
3. Isi-isi ( 6 isi - 6 markah )
Guna penanda wacana untuk menggabungkan semua isi
Antaranya,……( isi 1 ) . Selain itu, ………( isi 2 ). Di samping itu, … ( isi 3 ).
Seterusnya,… ( isi 4 ). Selanjutnya, …. ( isi 5 ). Akhir sekali, ( isi 6 ),….
4. Ayat penutup ( 2 markah )
Kesimpulannya, (SUBJEK) haruslah/ wajarlah/ perlulah (CADANGAN)
demi/agar/supaya (HARAPAN)
Contoh ayat penutup : Kesimpulannya, semua pihak perlulah berkerjasama supaya
masalah ponteng sekolah dapat diatasi.
5. Bilangan perkataan tidak lebih daripada 100 patah perkataan.
1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap
individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Oleh itu, kita perlu
mengambil langkah efektif untuk mengekalkan tahap kesihatan memandangkan pelbagai
jenis penyakit semakin berleluasa. Setiap orang perlu mengambil makanan yang seimbang
dan berkhasiat berdasarkan piramid makanan. Tanpa makanan secara sihat, mudahlah
seseorang itu diserang penyakit. Untuk kekal sihat, seelok-eloknya seseorang itu
mengurangkan makanan berlemak. Pengurangan makanan tinggi lemak dapat mencegah
penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, obesiti dan tekanan darah tinggi. Setiap individu
juga sepatutnya menikmati pelbagai jenis makanan dengan kadar yang sederhana.
Bukan itu sahaja, lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian
supaya tubuh mendapat bekalan vitamin yang mencukupi. Aspek lain yang tidak wajar
diabaikan tentang pengambilan makanan ketika berhadapan dengan sajian ialah seseorang
itu hendaklah bijak mengawal nafsu makan tanpa menghabiskan semuanya apatah lagi
sewaktu makan di luar. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan individu yang
berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan makanan yang dihidangkan akibat kemahuan
menjamah makanan sukar dikekang. Di samping itu, seseorang individu perlulah menjalani
ujian saringan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali agar tindakan
awal dapat diambil sekiranya mengalami masalah kesihatan. Kita harus sedar gaya hidup
yang sihat ilah kunci utama kesejahteraan insan.
( Dipetik dan diubah suai daripada
“Cara Pemakanan Berkhasiat Elak Penyakit”,Berita Harian,2 Januari 2016 )
Jawapan
Petikan membincangkan tentang langkah efektif untuk mengekalkan tahap kesihatan.
Antaranya, ____________________________________________. Selain itu,
__________________________________________. Di samping itu, ___________________
_______________________________________________. Seterusnya, ________________
_____________________________. Selanjutnya, __________________________________.
Akhir sekali, __________________________________________. Kesimpulannya, kita
perlulah menjaga kesihatan diri agar kekal sihat sepanjang masa.
( ____ patah perkataan )
2
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 19 / PDP 2
TAJUK ULASAN
TEMA 10 SAINS DAN TEKNOLOGI PEMACU KEMODENAN
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. menulis ulasan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai.
PANDUAN 1. Murid meneliti rajah dan maklumat yang diberi.
MENJAWAB 2. Murid menulis isi tersirat pada rajah.
LATIHAN/AKTIVITI 3. Murid menulis ulasan menggunakan isi tersurat dan isi tersirat
dengan lengkap dalam buku latihan.
TEKNIK MENULIS ULASAN
1. Tulis dalam satu perenggan.
2. Panjang ulasan 80 - 100 patah perkataan.
3. Masukkan isi tersurat yang terdapat dalam rajah/gambar/jadual/carta.
4. Mesti ada isi tersirat sekurang-kurangnya tiga.
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan rajah tersebut, tulis ulasan tentang punca
kemalangan jalan raya yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
KECUAIAN KEROSAKAN
PEMANDU KENDERAAN
guna tidak
telefon diselenggara
ketika
memandu PUNCA
KEMALANGAN
JALAN RAYA
KEADAAN KELEMAHAN
JALAN RAYA PENGUATKUASAAN
jalan berlubang/lopak lambat ambil
tindakan
Contoh jawapan
Kebelakangan ini, jumlah kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat.
Antara punca berlakunya kemalangan jalan raya ialah _______________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( ___ patah perkataan)
3
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 19 / PDP 3
TAJUK TATABAHASA
TEMA 10 SAINS DAN TEKNOLOGI PEMACU KEMODENAN
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. memahami dan mengenal jenis-jenis frasa.
2. membina lima ayat menggunakan frasa dengan betul.
PANDUAN 1. Murid merujuk petikan dalam buku teks muka surat 126 dan 127.
MENJAWAB 2. Murid mengenal pasti jenis-jenis frasa yang terdapat dalam
LATIHAN/AKTIVITI
petikan.
3. Muird membina lima ayat menggunakan frasa yang telah dikenal
pasti dengan betul.
Frasa ialah binaan yang terdiri daripada satu patah perkataan atau beberapa patah perkataan.
Terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
1. Frasa nama ( FN ) mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Contoh: budak lelaki,
baju kurung emak, rumah banglo.
2. Frasa kerja ( FK ) mempunyai kata kerja sebagai unsur intinya. Contoh: menjahit kain,
menyiram pokok, menyanyi, tidur.
3. Frasa adjektif ( FA ) mempunyai kata adjektif sebagai unsur intinya. Contoh: sangat cantik,
sudah patah, susah sangat.
4. Frasa sendi nama ( FS ) mempunyai kata sendi nama sebagai unsur intinya. Contoh: di
Kuala Kangsar, untuk ibu, daripada ayah, tentang sejarah Melaka.
4
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 20 / PDP 1
TAJUK RUMUSAN
TEMA 11 ALAM ANUGERAH TERINDAH
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. Menulis satu rumusan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
PANDUAN 1. Murid membaca petikan dengan teliti.
MENJAWAB 2. Murid menggaris 6 isi daripada petikan.
LATIHAN/AKTIVITI 3. Berdasarkan isi yang digaris, murid menulis satu rumusan
yang lengkap dalam buku latihan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bidang sukan merupakan salah satu bidang terpenting di Malaysia. Aktiviti sukan
mendatangkan manfaat yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak
yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan
melalui kerjasama dengan semua pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa boleh memberikan
dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-
anak memiliki peralatan yang lengkap dan sesuai, sudah pasti mereka akan lebih
bersemangat untuk bersukan.
Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menceburkan diri dalam bidang sukan
dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memperuntukkan masa mereka
dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan kerana aktiviti sukan dapat
menyihatkan dan mencergaskan badan mereka. Di samping itu, anak-anak yang berbakat
boleh digilap dan penyertaan mereka akan menjadi perhatian pihak sekolah untuk
ditingkatkan kepada tahap profesional. Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak
sejak di bangku sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, ibu bapa handaklah menghantar
anak-anak ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara ini, anak-anak
lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang tersebut kerana mendapat sokongan
sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.
Dalam usaha menanam minat yang lebih dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh
membelikan anak-anak majalah sukan yang diminati oleh mereka. Kesannya, anak-anak
akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut dan
berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Mereka juga akan mendapat maklumat
atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut,
malah kejayaan ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi
pencetus serta motivasi kepada anak-anak menjadi ahli sukan yang sukan yang berjaya.
5
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 20 / PDP 2
TAJUK ULASAN
TEMA 11 ALAM ANUGERAH TERINDAH
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. menulis ulasan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai.
PANDUAN 1. Murid meneliti rajah dan maklumat yang diberi.
MENJAWAB 2. Murid menulis isi tersirat pada rajah.
LATIHAN/AKTIVITI 3. Murid menulis ulasan menggunakan isi tersurat dan isi tersirat
dengan lengkap dalam buku latihan.
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
AWAS! RABIES MEMBAWA MAUT
ELAKKAN DARIPADA GIGITAN ANJING
SEKIRANYA ANDA DIGIGIT…
SEGERA cuci luka pada bahagian terkena gigitan menggunakan sabun dan air bersih yang
mengalir selama 15 minit
DAN
SEGERA ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut
TINDAKAN SEGERA BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA ANDA !
Pesanan daripada: TALIAN UTAMA: 082-443XXX
JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK
( Dipetik dan diubah suai daripada hus.moh.gov.my/bm/index/risalah-rabies)
6
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 20 / PDP 3
TAJUK TATABAHASA
TEMA 11 ALAM ANUGERAH TERINDAH
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. mengenal pasti lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk
2. membina lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk dengan tepat.
PANDUAN 1. Murid merujuk petikan dalam buku teks muka surat 134 dan 135.
MENJAWAB 2. Murid mengenal pasti lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk
LATIHAN/AKTIVITI
yang terdapat dalam petikan.
3. Murid membina lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk dengan
betul.
AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaj.
Ayat tunggal terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
Contoh:
1. Murid lelaki itu kawan saya.
2. Atlet rumah merah sedang berlari.
3. Saya membaca buku rujukan.
AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal.
Ayat-ayat tunggal disambung menggunakan kata hubung.
Kata hubung - dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Dikenali sebagai ayat selapis.
Contoh:
1. Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat tunggal)
2. Razak membaca buku itu. (Ayat tunggal)
3. Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat majmuk)
7
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 20 / PDP 3
TAJUK TATABAHASA
TEMA 11 ALAM ANUGERAH TERINDAH
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. menukarkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
2. menukarkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.
PANDUAN 1. Murid merujuk petikan dalam buku teks muka surat 150 dan 151.
MENJAWAB 2. Murid mengenal pasti lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk
LATIHAN/AKTIVITI
yang terdapat dalam petikan.
3. Murid menukarkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
4. Murid menukarkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.
AYAT TUNGGAL - AYAT MAJMUK
1. Nani mencuci muka. (Ayat tunggal)
2. Nani menggosok gigi. (Ayat tunggal)
3. Nani mencuci muka dan menggosok gigi. (Ayat majmuk)
1. Ai Ling suka membaca buku cerita. (Ayat tunggal)
2. Kakak Ai Ling suka membaca majalah. (Ayat tunggal)
3. Ai Ling suka membaca buku cerita tetapi kakaknya suka membaca majalah. (Ayat majmuk)
1. Kamu hendak ke Alor Setar? (Ayat tunggal)
2. Kamu hendak ke Sungai Petani? (Ayat tunggal)
3. Kamu hendak ke Alor Setar atau Sungai Petani? (Ayat majmuk)
AYAT MAJMUK -AYAT TUNGGAL
1. Murid kelas 3 UKM dan murid kelas 3 UPM ke Taman Botani Shah Alam. (Ayat majmuk)
2. Murid kelas 3 UKM ke Taman Botani Shah Alam. (Ayat tunggal)
3. Murid kelad 3 UPM ke Taman Botani Shah Alam. (Ayat tunggal)
1. Mereka tiba pada pukul 9.00 pagi lalu berbaris masuk ke Taman Botani. (Ayat majmuk)
2. Mereka tiba pada pukul 9.00 pagi. (Ayat tunggal)
3. Mereka berbaris masuk ke Taman Botani. (Ayat tunggal)
1. Mereka gembira kerana dapat melihat pelbagai jenis tanaman di taman itu. (Ayat majmuk)
2. Mereka gembira. (Ayat tunggal)
3. Mereka dapat melihat pelbagai jenis tanaman di taman itu. (Ayat tunggal)
8
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 21 / PDP 1
TAJUK RUMUSAN
TEMA 12 TUAH DI BUMI PERMATA
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir palajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. menulis satu rumusan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
PANDUAN 1. Murid membaca petikan dengan teliti.
MENJAWAB 2. Murid menggaris 6 isi daripada petikan.
LATIHAN/AKTIVITI 3. Berdasarkan isi yang digaris, murid menulis satu rumusan
yang lengkap dalam buku latihan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Hutan paya bakau merupakan ekosistem yang paling produktif dan unik. Ekosistem
hutan paya bakau penting bagi industri perikanan. Ekosistem ini berfungsi sebagai kawasan
pembiakan ikan serta perlindungan bagi anak-anak ikan dan spesies kerang. Daun-daun di
hutan paya bakau bukan sahaja menapis cahaya matahari malah menjadi makanan spesies
marin yang lain apabila daunnya jatuh ke dalam air dan terurai.
Kebanyakan hutan paya bakau di seluruh dunia berada di kawasan tropika. Malaysia
antara sepuluh buah negara yang mempunyai hutan paya bakau yang terbesar di dunia.
Lumpur di kawasan hutan paya bakau mampu untuk menyimpan nutrien dan membantu
proses kitar semula karbon, nitrogen, dan sulfur. Hutan paya bakau juga merupakan habitat
yang sesuai untuk burung membuat sarang. Hal ini dikatakan begitu kerana hutan ini kaya
dengan sumber makanan sama ada di dalam air atau di dalam lumpur, di samping terlindung
daripada pemangsa yang bersaiz besar. Ekosistem ini penting bagi burung hijrah untuk
mendapatkan bekalan makanan sebelum perjalanan dari Australia dan Kepulauan Pasifik ke
China dan Siberia diteruskan.
Daun mati, ranting, bunga, dan akar kecil merupakan sumber makanan makrofauna
seperti anak ikan dan ketam. Hutan paya bakau bertindak juga sebagai nurseri untuk anak-
anak ikan mendapatkan perlindungan dan makanan. Berdasarkan kajian yang dilakukan,
didapati bahawa hasil tangkapan ikan dan udang berkadar secara positif dengan keluasan
hutan paya bakau. Hal ini membuktikan bahawa hutan ini amat penting dan perlu dipelihara
bagi memastikan sumber makanan laut terus berkekalan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Ekosistem Hutan Paya Laut di Malaysia,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Dewan Kosmik, April 2015)
9
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 21 / PDP 2
TAJUK ULASAN
TEMA 12 TUAH DI BUMI PERMATA
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. menulis ulasan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai.
PANDUAN 1. Murid meneliti rajah dan maklumat yang diberi.
MENJAWAB 2. Murid menulis isi tersirat pada rajah.
LATIHAN/AKTIVITI 3. Murid menulis ulasan menggunakan isi tersurat dan isi tersirat
dengan lengkap dalam buku latihan.
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
KEPENTINGAN ILMU
Mampu Mudah Mempertingkatkan
menyelesaikan memperoleh taraf hidup
masalah pekerjaan
10
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 21 / PDP 3
TAJUK TATABAHASA
TEMA 12 TUAH DI BUMI BERTUAH
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. mengenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat.
2. membetulkan kesalahan ejaan yang telah dikenal pasti dengan
PANDUAN
MENJAWAB tepat.
LATIHAN/AKTIVITI 1. Murid merujuk soalan latihan yang diberi..
2. Murid mengenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat-ayat.
3. Murid membetulkan kesalahan ejaan tersebut.
4. Murid menulis jawapan di dalam buku latihan.
Dalam setiap petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengunjungi Pesta Buku Antara bangsa Kuala Lumpur
yang bertempat di Perpustakaan Awam Negara. Tujuan pesta buku ini diadakan adalah untuk
menarik minat membaca dalam kalangan masyarakat dan memamerkan buku-buku
terbaharu. Saya berasa gembira kerana telah membeli kamus dwi-bahasa dan novel untuk
dibawa pulang ke rumah.
(i) _____________________________
(ii) _____________________________
(iii) _____________________________
Nazim : Hai, Fatimah! Apakah pandangan kamu tentang industry pelancongan di negara
kita?
Fatimah: Pada pandangan saya, Malaysia sememangnya sesuai dijadikan destinasi
pelancongan dunia.
Nazim : Mengapakah kamu berpandangan sedemikian?
Fatimah: Saya berpandangan sedemikian kerana negara kita kaya dengan keindahan alam
semulajadi dan menjadi tarikan pelancung sama ada dari dalam negara mahupun
dari luar negara.
Nazim : Saya setuju dengan pandangan kamu itu.
(i) ________________________________
(ii) ________________________________
(iii) ________________________________
11
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 21 / PDP 3
TAJUK TATABAHASA
TEMA 12 TUAH DI BUMI BERTUAH
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH Membaca dan menulis
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. mengenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan.
2. membetulkan kesalahan bahasa yang telah dikenal pasti dengan
PANDUAN
MENJAWAB tepat.
LATIHAN/AKTIVITI 1. Murid merujuk soalan latihan yang diberi..
2. Murid mengenal pasti kesalahan bahasa dalam ayat-ayat.
3. Murid membetulkan kesalahan bahasa tersebut.
4. Murid menulis jawapan di dalam buku latihan.
Dalam setiap petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Ibu : Betulkah pameran kraf tangan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia
akan diadakan di kampung kita, Aziz?
Aziz : Betul, ibu. Pameran itu akan diadakan di minggu hadapan.
Ibu : Apakah kebaikan mengadakan pameran tersebut?
Aziz : Antara kebaikan-kebaikan mengadakan pameran ini ialah untuk memberikan semangat
kepada pengusaha kraf tangan agar melibatkan diri dalam bidang kraf tangan.
(i) ___________________________
(ii) ___________________________
(iii) ___________________________
Air Terjun Lata Iskandar terletak kira-kira 20 kilometer daripada Pekan Tapah, Perak. Air
terjun ini terletak di antara Tapah dan Tanah Tinggi Cameron. Kesitimewaan Air Terjun Lata
Iskandar ini adalah airnya yang bersih, segar dan dingin.
(i) ______________________________
(ii) ______________________________
(iii) ______________________________
12
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 22 / PDP 1
TAJUK RUMUSAN
TEMA 3 KECERGASAN MENINGKAT, KETERAMPILAN MEMIKAT
PENTAKSIRAN BILIK Membaca dan menulis.
DARJAH
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
OBJEKTIF 1. Menganalisis maklumat yang terdapat dalam bahan.
PENGAJARAN 2. Menyatakan respon yang betul, tepat dan bermakna.
PANDUAN 1. Murid dikehendaki membaca dengan teliti petikan yang
MENJAWAB diberikan di bawah ini.
LATIHAN/ AKTIVITI
2. Kemudian murid perlu mencari 6 isi penting yang relevan
dengan isu yang dibincangkan dalam petikan.
3. Berdasarkan 6 isi tersebut, murid dikehendaki menulis satu
rumusan yang lengkap berpandukan kerangka rumusan yang
diberikan ini di dalam buku latihan.
Kerangka Rumusan :
Petikan membincangkan ( idea utama ).
Antaranya ialah / adalah ( idea sokongan 1 ). Selain itu,
( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Di samping
itu, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir
sekali, ( idea sokongan 6 ).
Kesimpulannya, ( cadangan ) supaya / agar / untuk
( harapan ).
(___ patah perkataan)
Rumusan anda tidak boleh melebihi 100 patah perkataan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan.
Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Dalam arus modenisasi ini, kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap
penyebaran maklumat di seantero dunia. Kewujudan media baharu seperti laman sosial
Facebook, Twitter, dan YouTube telah memberikan impak yang positif terhadap masyarakat
global. Media sosial turut mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam setiap aspek
pembangunan manusia.
Kewujudan media sosial telah menjadikan proses komunikasi lebih mudah dan cepat.
Rangkaian media sosial seperti Facebook telah memberikan akses kepada semua pengguna
Internet untuk berhubung dengan lebih cepat daripada cara tradisional. Tindakan seperti ini
sekali gus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos daripada terpaksa menghantar
surat melalui pos. Oleh itu, kewujudan rangkaian sosial memang tidak dapat dinafikan telah
memudahkan proses komunikasi dari segi kecepatannya.
Selain itu, media sosial juga turut menjadi platform atau asas untuk menjalankan
aktiviti perniagaan secara dalam talian. Peniaga yang mempromosikan produk-produk
mereka melalui media sosial dapat berinteraksi dengan pelanggan mereka secara terus-
menerus tanpa batasan masa dan geografi. Jelaslah bahawa media sosial dapat
diaplikasikan sebagai platform untuk menjalankan perniagaan.
Di samping itu, media sosial juga berperanan sebagai medium untuk hiburan. Media
sosial digunakan oleh golongan remaja untuk meredakan tekanan yang dialami oleh mereka.
Tegasnya, kewujudan media sosial membolehkan pengguna Internet, khususnya golongan
remaja berhibur.
Kesimpulannya, media sosial merupakan rangkaian Internet yang dicipta untuk
memudahkan urusan manusia. Setiap individu perlu menyemai sifat-sifat positif dalam diri
supaya penggunaan media sosial menjurus ke arah pembentukan modal insan dan bukan
menyalahgunakannya untuk kejahatan.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Kepentingan Media Sosial Kini',
Dewan Siswa, Bil.4, 2018.
13
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 22 / PDP 2
TAJUK BILIK KARANGAN A
TEMA 3 KECERGASAN MENINGKAT, KETERAMPILAN MEMIKAT
PENTAKSIRAN Membaca dan menulis.
DARJAH
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
OBJEKTIF 1. Mengetahui rahsia kejayaan Azizul Hasni Awang dalam bidang
PENGAJARAN
sukan.
PANDUAN 2. Menghasilkan penulisan dengan wacana yang lengkap dan
MENJAWAB
LATIHAN/ AKTIVITI menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
1. Murid dikehendaki membaca dengan teliti dan memahami
maklumat yang terdapat dalam bahan yang diberikan di bawah
ini.
2. Kemudian murid perlu menulis sebuah karangan pendek
berdasarkan bahan tersebut.
Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam bahan di
bawah.
Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup (yang
pendek) untuk soalan bahagian ini.
Gunakan semua isi yang diberikan.
Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80
patah perkataan sahaja.
3. Tulis karangan yang lengkap di dalam buku latihan.
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Rakyat Malaysia - mengenali pelumba basikal kebanggaan negara - Azizul
Hasni Awang - mengharumkan nama Malaysia - memenangi hadiah pada
peringkat nasional - antarabangsa - rahsia kejayaan - tidak mudah berputus asa
- kegagalan - pengajaran - terus berusaha sehingga berjaya - memberikan
fokus - pertandingan berlangsung - mengelakkan aura negatif - mengganggu
fokusnya - keyakinan - keupayaan dirinya amat tinggi - berdepan dengan
jaguh basikal dunia - kejayaan tidak datang - sendiri - perlu berusaha - berjaya
14
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 22 / PDP 2
TAJUK ULASAN
TEMA 3 KECERGASAN MENINGKAT, KETERAMPILAN MEMIKAT
PENTAKSIRAN BILIK Membaca dan menulis.
DARJAH
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
OBJEKTIF 1. Mengemukakan isi-isi tersurat dan tersirat berdasarkan bahan
PENGAJARAN
grafik yang diberikan.
2. Membuat ulasan berdasarkan bahan grafik secara
keseluruhannya.
PANDUAN 1. Murid dikehendaki membaca dengan teliti dan fahami maklumat
MENJAWAB yang terdapat dalam bahan yang diberikan di bawah ini.
LATIHAN/ AKTIVITI
2. Kemudian murid perlu menulis sebuah ulasan berdasarkan
bahan tersebut.
TEKNIK MENULIS ULASAN :
Tulis dalam satu perenggan.
Panjang ulasan 80 - 100 patah perkataan.
Masukkan isi tersurat yang terdapat dalam
rajah/gambar/jadual/carta.
Mesti ada isi tersirat sekurang-kurangnya tiga isi.
3. Tulis ulasan yang lengkap di dalam buku latihan.
Lihat brosur di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam brosur
tersebut, tulis ulasan tentang cara-cara mengekalkan kesihatan diri yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan.
Contoh jawapan :
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan corak kehidupan yang baik
dalam diri seseorang itu. Antara cara mengekalkan kesihatan diri termasuklah
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( ___ patah perkataan)
15
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 22 / PDP 3
TAJUK BILIK KARANGAN B
TEMA 3 KECERGASAN MENINGKAT, KETERAMPILAN MEMIKAT
PENTAKSIRAN Membaca dan menulis.
DARJAH
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
OBJEKTIF 1. Memahami isu-isu penting tentang cara-cara penjagaan
PENGAJARAN
makanan dengan betul.
2. Menghasilkan penulisan dengan wacana yang lengkap dan
menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
1. Murid dikehendaki membaca dengan teliti dan fahami maklumat
yang terdapat dalam bahan yang diberikan di bawah ini.
2. Kemudian murid perlu menulis sebuah karangan tentang cara-
cara penjagaan makanan dengan betul berdasarkan
cadangan isi yang diberikan.
PANDUAN KERANGKA KARANGAN:
MENJAWAB
LATIHAN/ AKTIVITI PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan
ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan
PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan
3. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180
patah perkataan.
4. Tulis karangan yang lengkap di dalam buku latihan.
Soalan : Sejak akhir-akhir ini, wujud pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada tabiat
pemakanan.
Bincangkan cara-cara penjagaan makanan dengan betulnya.
Kerangka Isi :
Pendahuluan :
- dahulu masyarakat kekurangan zat galian dan vitamin - kekurangan makanan - zaman
kemajuan sains dan teknologi - masyarakat menghidap pelbagai jenis penyakit -
mengalami masalah kolesterol, lebihan gula, dan obesiti - Malaysia - negara yang ke-3 di
Asia - paling tinggi mengalami obesiti
Isi-isi penting :
- negara kita banyak mempunyai pilihan makanan yang lazat - masyarakat haruslah
mengubah corak pemakanan - kesihatan diri lebih terjamin - memilih makanan yang
rendah lemak dan kolesterol - mengehadkan makanan bergoreng - membakar atau
merebus lebih sihat
- makanlah makanan yang seimbang - piramid makanan - pengambilan bijirin, buah-buahan,
dan sayur-sayuran - diimbangi - aktiviti fizikal - mengemas rumah - menyihatkan badan
- mengurangkan pengambilan garam dan gula - pilihlah makanan yang rendah kandungan
gula - menyebabkan obesiti dan penyakit kencing manis - mencegah lebih baik daripada
mengubati
- minum air putih enam hingga lapan gelas sehari - mengelakkan penyakit - untuk fungsi
fisiologi - mengekalkan suhu badan - memudahkan pengeluaran bahan kumuhan dan sisa
daripada badan
Kesimpulan :
- makanan seimbang - amat penting - menjamin kesihatan kita - jumlah pesakit kronik -
menyesal sudah tidak berguna lagi
16
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 23 / PDP 1
TAJUK RUMUSAN
TEMA 13 PERINDUSTRIAN
PENTAKSIRAN BILIK Membaca dan menulis.
DARJAH
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
OBJEKTIF 1. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 isi penting yang
PENGAJARAN berkaitan.
2. Menulis rumusan yang lengkap dengan menggunakan ayat
yang gramatis.
1. Murid dikehendaki membaca dengan teliti petikan yang
diberikan di bawah ini.
2. Kemudian murid perlu mencari 6 isi penting yang relevan
dengan isu yang dibincangkan dalam petikan.
3. Berdasarkan 6 isi tersebut, murid dikehendaki menulis satu
rumusan yang lengkap berpandukan kerangka rumusan yang
diberikan ini di dalam buku latihan.
PANDUAN Kerangka Rumusan :
MENJAWAB Petikan membincangkan ( idea utama ).
LATIHAN/ AKTIVITI Antaranya ialah / adalah ( idea sokongan 1 ). Selain itu,
( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Di samping
itu, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir
sekali, ( idea sokongan 6 ).
Kesimpulannya, ( cadangan ) supaya / agar / untuk
( harapan ).
(___ patah perkataan)
Rumusan anda tidak boleh melebihi 100 patah perkataan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan.
Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap penggunaan beg plastik merupakan suatu
keperluan semasa membeli-belah. Lantaran itu, permintaan beg plastik memang tinggi dalam
kalangan pengguna dengan purata penggunaan lapan helai beg plastik seminggu bagi
seorang individu. Namun begitu, perkara yang membimbangkan ialah penggunaan beg
plastik yang terlampau akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Di Malaysia, kempen tanpa beg plastik walaupun masih baharu, tetapi bukanlah
sesuatu yang asing. Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melaksanakan kempen
"Hari Tanpa Beg Plastik" di pasar raya. Kempen tersebut dapat menjimatkan penggunaan
lebih satu juta beg plastik dalam masa empat bulan. Sementara itu, di Melaka, kerajaan
negerinya telah menggalakkan penggunaan produk biodegradasi bagi menggantikan
penggunaan beg plastik. Penggunaan produk biodegradasi ini dapat mengurangkan jumlah
sisa pelupusan sampah dan menjimatkan kawasan tapak pelupusan sampah. Program
Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterina yang dijalankan bertujuan untuk memupuk
kesedaran kepada pengguna akan bahaya penggunaan beg plastik dan polisterina kepada
manusia dan alam sekitar.
Sebagai pengguna, kita seharusnya sedar tentang pentingnya menjaga
kesejahteraan alam sekitar dan membiasakan diri dengan membawa beg mesra alam. Oleh
itu, sudah tiba masanya kita mengorak langkah dengan hanya memberikan tumpuan kepada
penggunaan beg plastik mesra alam. Sekiranya penggunaan beg plastik mesra alam secara
sepenuhnya dapat direalisasikan, maka keseimbangan ekosistem akan terjaga, serta
persekitaran bersih akan dapat dikekalkan.
Seterusnya, dengan adanya "Hari Tanpa Beg Plastik" matlamat kempen
menyelamatkan bumi daripada cengkaman bahan plastik akan tercapai. Kempen ini secara
tidak langsung memberikan kesedaran untuk menyemai semangat sayang akan bumi dan
meningkatkan kualiti alam sekitar. Akhir sekali, kempen ini memberikan impak besar kepada
alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan generasi akan
datang.
17
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 23 / PDP 2
TAJUK BILIK KARANGAN B
TEMA 13 PERINDUSTRIAN
PENTAKSIRAN Membaca dan menulis.
DARJAH
OBJEKTIF Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
PENGAJARAN 1. Memahami isu-isu penting tentang sumbangan sektor
perindustrian di Malaysia.
2. Menghasilkan penulisan dengan wacana yang lengkap dan
menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
1. Murid dikehendaki membaca dengan teliti dan memahami
maklumat yang terdapat dalam bahan yang diberikan di bawah
ini.
2. Kemudian murid perlu menulis sebuah karangan tentang
sumbangan sektor perindustrian di Malaysia berdasarkan
cadangan isi yang diberikan.
PANDUAN KERANGKA KARANGAN:
MENJAWAB
LATIHAN/ AKTIVITI PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan
ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan
PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan
3. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180
patah perkataan.
4. Tulis karangan yang lengkap di dalam buku latihan.
Soalan : Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif demi memajukan sektor
perindustrian di negara kita. Senario ini secara tidak langsung telah membawa kepada
perkembangan positif untuk rakyat dan negara.
Huraikan sumbangan sektor perindustrian di Malaysia.
Kerangka Isi :
Pendahuluan :
- sektor perindustrian – aktiviti pembuatan, pembinaan, perlombongan, dan perkhidmatan -
diberikan penekanan - sejak awal tahun 1980-an - dasar kerajaan - menjadikan Malaysia
mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020
Isi-isi penting :
- dapat mewujudkan peluang pekerjaan - pelbagai peringkat kerja - pemprosesan,
pengeluaran, pemasangan - meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk -
melonjakkan pendapatan negara - pembukaan kilang-kilang elektronik, tekstil dan
pemprosesan makanan
- ekonomi negara menjadi lebih kukuh - menyumbang - pendapatan eksport negara - dapat
memperbaiki defisit imbangan dagangan negara - mengeksport barangan - rakyat
digalakkan membeli dan menggunakan barangan buatan tempatan - mengurangkan
kebergantungan - barangan import
- ekonomi negara dapat dipelbagaikan - sektor perhubungan, pengangkutan dan
perkhidmatan - kewujudan kilang-kilang perindustrian - menyediakan pelbagai kemudahan
asas kepada penduduk - kawasan-kawasan perumahan dibina - mewujudkan rangkaian
pengangkutan dan perhubungan
- mengurangkan import barangan tertentu - berjaya menghasilkan produk yang sama
dengan harga - negara mampu berdiri di atas kaki sendiri - menghasilkan kereta buatan
sendiri - memberikan kesan terhadap kadar imbangan perdagangan luar negara
Kesimpulan :
- memberikan impak positif kepada rakyat dan negara - kerajaan melaksanakan pelbagai
idea dan inisiatif - menggalakkan pertumbuhan sektor perindustrian
18
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 23 / PDP 3
TAJUK ULASAN
TEMA 13 PERINDUSTRIAN
PENTAKSIRAN BILIK Membaca dan menulis.
DARJAH
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
OBJEKTIF 1. Mengemukakan isi-isi tersurat dan tersirat berdasarkan bahan
PENGAJARAN
grafik yang diberikan.
2. Menulis ulasan berdasarkan bahan grafik secara gramatis.
PANDUAN 1. Murid dikehendaki meneliti dan memahami maklumat yang
MENJAWAB terdapat dalam bahan yang diberikan di bawah ini.
LATIHAN/ AKTIVITI
2. Kemudian murid perlu menulis sebuah ulasan berdasarkan
bahan tersebut.
TEKNIK MENULIS ULASAN :
Tulis dalam satu perenggan.
Panjang ulasan 80 - 100 patah perkataan.
Masukkan isi tersurat yang terdapat dalam
rajah/gambar/jadual/carta.
Mesti ada isi tersirat sekurang-kurangnya tiga isi.
3. Tulis ulasan yang lengkap di dalam buku latihan.
Lihat iklan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan
tersebut, tulis ulasan tentang kebaikan melancong dalam negara yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
Contoh jawapan :
Kerajaan menyeru rakyat melancong dalam negara kerana pelbagai pakej dan
kemudahan pelancongan disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta.
Kebaikan melancong dalam negara termasuklah
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( ___ patah perkataan)
19
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
MINGGU 23 / PDP 3
TAJUK KARANGAN A
TEMA 13 PERINDUSTRIAN
PENTAKSIRAN BILIK Membaca dan menulis.
DARJAH
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
OBJEKTIF 1. Mengetahui keunikan Menara Berkembar Petronas.
PENGAJARAN 2. Menghasilkan penulisan dengan wacana yang lengkap dan
menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
1. Murid dikehendaki membaca dengan teliti dan fahami maklumat
yang terdapat dalam bahan yang diberikan di bawah ini.
2. Kemudian murid perlu menulis sebuah karangan pendek
berdasarkan bahan tersebut.
Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam bahan di
PANDUAN bawah.
MENJAWAB Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
LATIHAN/ AKTIVITI Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup (yang
pendek) untuk soalan bahagian ini.
Gunakan semua isi yang diberikan.
Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80
patah perkataan sahaja.
3. Tulis karangan yang lengkap di dalam buku latihan.
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Menara KLCC - bangunan berkembar tertinggi di dunia - Tinggi 1438 kaki -
terdapat 88 tingkat - tingkat 41 dan 42 - sebatang jejantas udara -
menyambungkan kedua-dua buah menara - tertinggi di dunia - terdapat juga
pusat beli-belah Suria KLCC - menjadi tumpuan para pengunjung dari dalam dan
luar negara setiap hari
MODUL TAMAT
20