PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
Panduan Pengguna
Autodesk Education Community
ISI KANDUNGAN
1. Mendaftar Akaun Autodesk Education bagi Pelajar, Kakitangan dan
Institusi Akademik.........................................................................................1
2. Muat Turun Perisian dan Lesen Autodesk Education (IT Administrator) .....7
3. Memasang (Install) Perisian Autodesk....................................................... 10
4. Mengaktifkan Perisian Autodesk ............................................................... 13
Disediakan untuk:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Oleh:
PRESTARIANG SYSTEMS SDN BHD
Kemaskini: 15/02/2018
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
Mendaftar Akaun Autodesk Education bagi Pelajar, Kakitangan dan
Institusi Akademik
Jika anda merupakan seorang pelajar, tenaga pengajar, atau institusi Pendidikan, anda boleh
mendaftarkan akaun Autodesk Education Community untuk mendapatkan akses kepada perisian
Autodesk secara percuma.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah jika anda belum pernah berdafar dengan Autodesk.
Langkah-langkah mendaftarkan akaun Autodesk Education:
1. Layari laman web Autodesk Education Community (http://www.autodesk.com/education/free-
software/all) dan klik di Sign In.
2. Klik Create Account pada skrin Sign In.
3. Masukkan maklumat yang diperlukan pada skrin yang dipaparkan.
m/s 1
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
4. Pilih Malaysia sebagai Country of educational institution.
5. Bagi maklumat Educational role, sila pilih salah satu daripada senarai berikut:
• Student
Pelajar yang berdaftar di bawah program pengajian sepenuh masa yang diiktiraf.
• Educator
Tenaga pengajar atau kakitangan akademik yang bertugas di institusi pendidikan yang diiktiraf.
• Design Competition Mentor
Individu yang memberi perkhidmatan latihan atau bimbingan kepada peserta pertandingan
rekabentuk yang ditaja oleh Autodesk.
• School IT Administrator
Kakitangan atau kontraktor yang dilantik bagi melakukan kerja-kerja perlesenan dan
pemasangan perisian di institusi yang diiktiraf.
PENTING: Pemilihan tugas atau Role pada langkah ini akan menentukan jenis lesen yang akan dibekalkan
sama ada lesen individu bagi Student/Educator/Mentor atau lesen institusi bagi IT Administrator.
Bagi maklumat penuh berkenaan terma dan syarat Autodesk Education Community sila layari
https://www.autodesk.com/company/legal-notices-trademarks/website-terms-of-use/education-
special-terms.
m/s 2
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
6. Date of birth – Pilih Bulan, Hari dan Tahun kelahiran.
7. Pada skrin berikutnya, masukkan maklumat peribadi seperti yang dipaparkan.
8. Klik di kotak “I agree to the…” jika bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.
9. Klik Create Account untuk menghantar maklumat.
10. Log masuk ke akaun emel yang digunakan di atas dan buka emel daripada Autodesk yang bertajuk
“Verify your Autodesk account”. Jika emel pengesahan tidak diterima selepas beberapa minit, sila
periksa folder Spam atau Junk.
11. Klik “Verify Email” untuk mengesahkan emel dan mengaktifkan akaun Autodesk anda. Pelayar
internet akan membuka laman web Autodesk Sign In secara automatik.
m/s 3
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
12. Masukkan alamat emel anda pada skrin Sign in dan klik NEXT.
13. Masukkan password akaun Autodesk anda pada skrin Welcome dan klik SIGN IN.
14. Akaun Autodesk anda telah disahkan. Klik DONE untuk meneruskan.
m/s 4
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
15. Pada skrin berikutnya, masukkan maklumat tentang institusi pendidikan anda.
16. Jika mesej “Can’t find your school?” dipaparkan, klik pada pautan tersebut.
m/s 5
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
17. Masukkan maklumat lengkap seperti yang diperlukan dan klik ADD untuk kembali ke skrin
sebelumnya.
18. Lengkapkan maklumat di skrin yang dipaparkan dan klik NEXT.
19. Akaun anda telah berjaya didaftarkan. Klik CONTINUE untuk teruskan.
Anda sekarang boleh daftar masuk ke Autodesk Education Community untuk muat turun dan pasang
perisian Autodesk Education.
m/s 6
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
Muat Turun Perisian dan Lesen Autodesk Education (IT Administrator)
Panduan ini adalah bagi kegunaan kakitangan teknikal yang bertanggung jawab memuat turun dan
memasang perisian di makmal komputer.
1. Layari laman web Autodesk Education Community (http://www.autodesk.com/education/free-
software/all) dan klik di Sign In.
2. Log masuk dengan emel yang telah didaftarkan sebagai IT Administrator dan klik NEXT.
Jika belum mempunyai akaun Autodesk, klik Create Account dan rujuk kepada bahagian Mendaftar
Akaun Autodesk Education bagi Pelajar, Kakitangan dan Institusi Akademik.
3. Masukkan password akaun Autodesk anda dan klik SIGN IN.
m/s 7
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
Jika log in berjaya, anda akan dibawa kembali ke laman utama Autodesk Education Community.
4. Klik di bahagian “Free software”.
5. Pilih daripada senarai perisian yang dipaparkan atau klik “See all products” bagi mendapatkan
senarai penuh perisian Autodesk Education. Langkah-langkah di dalam Panduan ini menggunakan
contoh perisian AutoCAD.
Nota: rekabentuk dan susun atur laman web ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa.
6. Pada skrin berikut (contoh: AutoCAD) klik butang DOWNLOAD NOW.
m/s 8
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
7. Pilihan berikut akan dipaparkan. Sila buat pilihan berdasarkan keperluan penggunaan di makmal.
a. License type
Deploy with network server – pemasangan di makmal dan perlesenan dikendalikan oleh
server.
Deploy without network server – pemasangan di makmal dan perlesenan dikendalikan oleh
setiap komputer secara individu (tidak memerlukan server).
b. Version
Pilih versi perisian yang akan digunakan.
c. Operating System
Pilih sistem operasi yang akan digunakan.
d. Language
Pilih bahasa perisian yang akan digunakan.
8. Selepas pilihan dilengkapkan, maklumat Serial number dan Product key akan dipaparkan. Ambil
rekod maklumat ini atau rujuk emel yang dihantar oleh Autodesk.
9. Klik DOWNLOAD NOW untuk memulakan proses muat turun.
Kaedah muat turun mungkin berbeza bergantung kepada perisian dan versi. Sila ikut arahan yang
diberikan.
m/s 9
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
Memasang (Install) Perisian Autodesk
Kaedah pemasangan perisian Autodesk mungkin berbeza bergantung kepada perisian dan versi.
Langkah-langkah di dalam panduan ini adalah berdasarkan perisian AutoCAD 2018.
1. Buka folder yang mengandungi fail pemasangan. Secara umumnya, ia mengandungi beberapa folder
dan satu program bernama Setup.exe (file extension mungkin tidak kelihatan). Mulakan program
Setup.exe tersebut.
2. Pada skrin berikut, klik Install.
m/s 10
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
3. Pada skrin berikut, pilih “I Accept” dan klik Next.
4. Pada skrin berikut, pilih perisian yang perlu dipasang dan padamkan pilihan perisian yang tidak perlu
dipasang bergantung kepada keperluan dan spesifikasi. Klik Install untuk memulakan proses
pemasangan.
m/s 11
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
5. Selepas pemasangan selesai, skrin berikut dipaparkan. Klik pada “Launch Now” untuk memulakan
perisian atau klik butang “X” untuk tutup window.
Nota: Jika butang “Finish” dipaparkan, klik butang tersebut untuk menutup window dan mulakan
perisian daripada ikon shortcut di Desktop.
m/s 12
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
Mengaktifkan Perisian Autodesk
Perisian Autodesk perlu diaktifkan semasa kali pertama penggunaan. Proses ini memerlukan sambungan
internet. Langkah-langkah di dalam panduan ini adalah berdasarkan perisian AutoCAD 2018.
1. Mulakan perisian daripada ikon shortcut di atas Desktop atau daripada Start Menu.
2. Pada skrin Let’s Get Started, klik “Enter a Serial Number”.
3. Pada skrin Product License Activation, klik Activate.
m/s 13
PANDUAN PENGGUNA AUTODESK EDUCATION COMMUNITY
4. Masukkan maklumat Serial Number dan Product Key seperti yang dibekalkan semasa memohon
perisian di Autodesk Education Community. Klik Next untuk teruskan.
Sila rujuk email daripada Autodesk. Jika belum menerima nombor siri, sila rujuk topik Muat Turun
Perisian dan Lesen Autodesk Education (IT Administrator)
5. Pilih “Connect now and activate” dan klik Next.
6. Skrin “Thank You For Activating” akan dipaparkan dan klik Finish untuk mula menggunakan perisian.
m/s 14