KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN MATRIKULASI
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SISTEM DUA SEMESTER TAHUN SESI 2019/ 2020
1.0 PENDAHULUAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah
atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih mengikuti Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) Sistem Dua Semester bagi sesi 2019/ 2020.
Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum
mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi
KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan.
2.0 PROSEDUR TERIMA TAWARAN
Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk :
2.1 Menerima Tawaran – Saudara perlu mengambil tindakan berikut:
a. Membayar yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan di mana-mana kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Pengarah Kolej
Matrikulasi saudara ditawarkan.
b. Membuka akaun dan membuat kad ATM berikut untuk tujuan pembayaran
Bantuan Sara Hidup Pelajar (jika layak):
i. Bank Simpanan Nasional jika saudara ditempatkan di salah satu kolej
berikut:
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
ii. Bank Rakyat jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
iii. Bank Islam jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Sekiranya saudara telah mempunyai akaun di bank berkenaan, sila
pastikan akaun tersebut masih aktif dan hanya ada nama saudara sahaja
(bukan akaun bersama).
c. Menyediakan dan melengkapkan semua Dokumen Peribadi Pelajar yang
mengandungi :
i. BMKPM/02/03 (Dokumen Peribadi Pelajar)
ii. BMKPM/02 – Pin 3 (Maklumat Pelajar)
iii. BMKPM/02/01 – Pin 3 (Akuan Persetujuan Ibubapa/ Penjaga &
Kesihatan Pelajar)
iv. BMKPM/02/02 (Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah)
d. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).
e. Mendaftar secara dalam talian (Tempoh pendaftaran dalam talian mulai pukul
12:00 tengah hari, 02 Mei 2019 hingga pukul 11:59 malam, 08 Mei 2019).
f. Mengesahkan pendaftaran di kolej yang telah ditetapkan pada tarikh yang
tertera pada surat tawaran (11/12 Mei 2019).
3.0 YURAN
3.1 Pembayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menyertakan bersama-sama
surat tawaran untuk pengesahan tawaran dan nombor akaun kolej penempatan
saudara (KECUALI jika saudara ditawarkan di Kolej MARA Kuala Nerang dan
Kolej MARA Kulim, saudara boleh terus berurusan dengan kolej berkaitan
pembayaran yuran).
* Bayaran yuran pendaftaran secara tunai atau cek peribadi atau perbankan dalam
talian tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.
3.2 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah :
JURUSAN SISTEM DUA KOLEJ MARA SISTEM EMPAT
SEMESTER SEMESTER
SAINS RM496.60 RM970.00
RM521.60 RM496.60
KEJURUTERAAN (Kolej Mara Kulim)
PERAKAUNAN Kolej Matrikulasi Sarawak
RM1,000.00
PERAKAUNAN RM516.60
PROFESIONAL (Kolej Mara Kuala Nerang)
RM446.60
(JPPro)
RM446.60
(Sebelum hari pendaftaran)
RM2,280.00
(dibayar sekiranya berjaya
mengikuti JPPro)
3.3 Yuran pendaftaran perlu dijelaskan sebelum saudara mendaftar. Tiada
pemulangan yuran akan dibuat setelah saudara mendaftar di kolej yang telah
ditetapkan pada hari pendaftaran (11/12 Mei 2019).
2
4.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada tarikh yang tertera pada surat tawaran.
Sekiranya saudara tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan
tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran
ini.
4.2 Sila pastikan dokumen dan borang berikut dibawa bersama-sama pada hari
pendaftaran.
a. Salinan ASAL slip pembayaran yuran pendaftaran (1 salinan)
BSN
b. Salinan buku akaun bank (muka surat yang tercatat (1 salinan)
nombor akaun SAHAJA) atau penyata buka akaun
bagi tujuan pembayaran Bantuan Sara Hidup Pelajar
(jika layak)
c. Surat tawaran yang dimuat turun dan dicetak (2 salinan)
d. Dokumen Peribadi Pelajar yang dimuat turun, (1 salinan)
dicetak dan lengkap diisi
e. Dokumen Perjanjian Pengambilan dan (2 salinan)
Pembiayaan (PPM/BM.1/99-Pin-3) yang dimuat
turun, dicetak dan diisi (rujuk panduan)
f. Setem hasil RM 10.00 (2 keping)
g. Gambar berwarna berukuran pasport (4 keping)
5.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN/ KULIAH/ TUTORAN/ AMALI/ BENGKEL
ACARA RASMI KOLEJ
5.1 Pelajar Lelaki
a. Kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali
pinggang yang lebarnya tidak melebihi 3 sm.
b. Rambut pendek dan kemas
c. Seluar jeans tidak dibenarkan.
d. Berkasut kulit / PVC.
5.2 Pelajar Perempuan
a. Baju kurung (Pelajar Islam, bukan Islam digalakkan)/ kemeja labuh berlengan
panjang.
b. Seluar jeans, baju-T dan Skirt pendek tidak dibenarkan.
c. Berkasut kulit / PVC.
6.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU
Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua
pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di
kafeteria kolej kediaman.
7.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN
Saudara perlu mengurus sendiri pengangkutan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan.
3
8.0 BANTUAN KEWANGAN
8.1 Kos pengajian dan penginapan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
8.2 Bantuan Sara Hidup Pelajar akan diberikan kepada pelajar yang layak mengikut
kadar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
9.0 PENUTUP
Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk
mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila layari laman
sesawang kolej yang ditawarkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
proses pendaftaran dan lain-lain.
4
LAMPIRAN 1 3 helai
3 helai
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM) 1 helai
1 pasang
Pelajar Lelaki 1 buah
1. Kemeja berlengan panjang 2 pasang
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai
3. Tali leher 1 helai
4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang
5. Songkok (hitam sahaja - Pelajar Islam) 1 pasang
6. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 3 pasang
7. Baju-T berkolar 2 helai
8. Selimut
9. Kasut kulit/ PVC
10. Kasut sukan
11. Sarung kaki
12. Seluar sukan (track bottom)
13. Bantal dan cadar
14. Keperluan peribadi yang lain
Pelajar Perempuan
1. Baju kurung (Pelajar Islam, pelajar bukan Islam 3 helai
digalakkan)/ Kemeja labuh lengan panjang
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai
3. Tudung (Pelajar Islam) 1 helai
4. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 1 pasang
5. Baju-T berkolar dan berlengan panjang 3 helai
6. Selimut 1 helai
7. Kasut kulit/ PVC (bertutup) 1 pasang
8. Kasut sukan 1 pasang
9. Sarung kaki 3 pasang
10. Seluar sukan (track bottom) 2 helai
11. Bantal dan cadar
12. Keperluan peribadi yang lain
Perincian etika pakaian pelajar Program Matrikulasi KPM, sila muat turun Buku Peraturan Pelajar
Program Matrikulasi KPM
5