The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Shahrir Abdullah, 2019-12-10 22:31:23

BUKU PENGURUSAN KVLC 2020

bahan flip baru

KV Lebuh Cator
Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Bismilahhirahmanirrahim….
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi
kesempatan untuk memberi sepatah dua kata di dalam Buku Pengurusan Kolej 2019. Terlebih dahulu,
ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku
Pengurusan yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan buku ini. Buku Pengurusan ini penting
sebagai rujukan dan garis panduan kepada pensyarah dan staf untuk melaksanakan tugas dengan
lebih terarah dan berkesan. Insya Allah.

Saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke sesi pengajian yang baharu tahun 2019.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja Kolej Vokasional Lebuh Cator (KVLC) kerana
telah berkerja tanpa mengira masa serta berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk
sesi pengajian pada tahun 2018 yang lalu.

Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil
yang cukup berkualiti tinggi.Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, ianya boleh menjadi pemangkin
bagi menjana ibu bapa prihatin,guru cemerlang, pelajar gemilang dan kolej terbilang selaras dengan
Visi, Misi kolej ini.

Selain daripada matlamat dan objektif yang akan dapat dicapai, perancangan yang teliti, bijak
dan teratur, akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah kolej. Kerjasama dan komitmen
dari semua warga kolej dan komuniti setempat dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan.

Sebagai ketua organisasi kolej, saya mengharapkan pada tahun 2019 ini, semua warga kolej
akan dapat sama-sama menggembleng tenaga dalam melaksanakan apa jua program dan aktiviti yang
telah dirancang agar semuanya dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya. Saya juga
mengharapkan agar kita dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen
yang tinggi dalam apa jua tugasan yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan akan dapat

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator
dikecapi. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan kerana ‘Muafakat Membawa Berkat’, ‘Bersatu Kita
Teguh, Bercerai Kita Roboh’. Insya Allah, kejayaan akan bersama-sama kita.

Akhir kata, semoga sesi pengajian tahun ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi
meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin KVLC
dapat mencapai prestasi yang membanggakan dan akan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam
semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin.
Sekian. terima kasih dan selamat bertugas.

Hamid Bin Jumhari
Pengarah
Kolej Vokasional Lebuh Cator

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

Visi

Kolej Vokasional Lebuh Cator

PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG
UNGGUL

Misi

Kolej Vokasional Lebuh Cator

MEMPERKASA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM YANG BERKUALITI

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

Matlamat

Kolej Vokasional Lebuh Cator

KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR MENJADI
PENERAJU PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN

DI NEGERI PERAK

Objektif

Kolej Vokasional Lebuh Cator

1. Melahirkan pelajar yang berkompetensi tinggi dan
menepati kehendak industri.

2. Melahirkan pelajar yang berkompetensi usahawan.

3. Memupuk watak profesional, bersahsiah terpuji dan
mempunyai nilai murni yang mantap.

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

4. Memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang
hayat.

5. Memastikan penyertaan aktif dalam kokurikulum
6. Mempertingkat persekitaran yang kondusif
7.Membudayakan pengurusan yang telus dan tulus.

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

Piagam Pelanggan

Kolej Vokasional Lebuh Cator

Kami warga KVLC sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan bagi
memenuhi keperluan pelanggan kami dengan beriltizam :

 Mendidik pelajar supaya mencapai tahap kecemerlangan dalam
aspek akhlak, kurikulum, kokurikulum dan kepimpinan

 Memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan
secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut silibus dan
takwim akademik yang ditetapkan.

 Memberi perkhidmatan yang menyokong pengajaran dan
pembelajaran dalam persekitaran yang kondusif dan selamat.

 Memastikan pelajar mendapat kelulusan yang diiktiraf oleh
kerajaan dan badan profesional serta menepati keperluan
industri.

 Melahirkan sumber tenaga kerja yang terlatih dan output
berasaskan teknologi selaras dengan wawasan negara.

 Mewujud dan mengukuhkan jalinan kerjasama dalam pelbagai
rangkaian strategik tempatan dan global.

 Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra , cepat dan adil
kepada semua sepanjang masa.

 Melaksanakan semua arahan pihak atasan dengan betul,
sempurna dan menepati masa sasaran.

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

Branding

Kolej Vokasional Lebuh Cator

BRAND BUSINESS EXPLORE
THE SKILLS IN YOU

BRAND VISION TO BE THE LEADING
COLLEGE BY ENHANCING

THE
NATION’S VOCATIONAL

AND SKILLS TRAINING

BRAND VALUES CARING, TRUSTWORTHY
AND INNOVATIVE

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

Dasar Kualiti

Kolej Vokasional Lebuh Cator

Matlamat Kolej Vokasional Lebuh Cator ialah menyediakan
program akademik berkualiti tinggi berteraskan kemahiran dan
teknologi bagi memenuhi dan melampaui kehendak pelanggan
melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan
berterusan. Pihak pengurusan tertinggi dan staf di semua
peringkat adalah komited untuk melaksana dan mengekalkan
sistem pengurusan berkualiti yang efektif dengan memenuhi
keperluan Sistem Pengurusan Kualiti Kolej Vokasional (SPK
KV). Objektif kualiti kolej diwujud, dilaksana, dipantau dan
secara berkala dikaji semula bagi menentukan pencapaian,
kesesuaian serta dikemaskini sejajar dengan visi dan misi kolej.

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

Objektif Kualiti

Kolej Vokasional Lebuh Cator

1. Memastikan semua program yang ditawarkan adalah
memenuhi kehendak pelanggan dan diikhtiraf oleh badan
profesional atau agensi berkaitan.

2. Memperluaskan ambilan pelajar kepada pelbagai laluan
kemasukan.

3. Memastikan semua staf mempunyai kelulusan akademik
yang sesuai seperti yang ditetapkan mengikut kategori
jawatan.

4. Memastikan semua staf akademik diberikan kemahiran
dan latihan dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Memastikan setiap staf diberikan latihan berterusan bagi
meningkatkan profesionalisme, keterampilan dan potensi
diri masing-masing.

6. Melahirkan graduan yang berketerampilan (kompeten)
dan berdaya saing yang tinggi dalam bidang kemahiran
dan teknologi.

7. Menyediakan kemudahan infrastruktur persekitaran kolej
dan peralatan yang mencukupi mengikut norma yang
dipersetujui dan yang ditetapkan untuk tujuan program
akademik.

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

POLISI
KESELAMATAN
DAN KESIHATAN

Kolej Vokasional Lebuh Cator

Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh bertekad untuk mewujudkan suasana
kerja yang sihat, selamat dan mesra melalui budaya kerja yang terancang
serta perkongsian tanggungjawab antara majikan dan pekerja. Isu-isu
keselamatan, kesihatan dan kebajikan akan diberi keutamaan oleh pihak
kolej sejajar dengan peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Bagi menjayakan dan
merealisasikan polisi ini, maka pihak kolej akan berusaha untuk :

1. Melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan
Persekitaran yang memenuhi standard kebangsaan dan antarabangsa.

2. Menyediakan sistem dan premis/tempat bekerja yang selamat, mesra
dan sihat

3. Memastikan bahawa pekerja-pekerja di kolej diberi maklumat dan
latihan yang mencukupi bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020

KV Lebuh Cator

4. Membudayakan sistem kerja yang selamat dalam kalangan pekerja
dan pelajar berteraskan kefahaman, kompetensi, kesedaran dan
tanggungjawab bersama.

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Lebuh Cator 2020


Click to View FlipBook Version