PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI PENTAKSIRAN ALTERNATIF EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
BIODATA NAMA : KOH HUI XIN ANGKA GILIRAN : 2021112340244 KAD MATRIK : P21116256 AMBILAN : 2021/2026 UNIT : BAHASA CINA 2 PENSYARAH : DR. SITI NURASHIKEN BINTI MD SABUDIN
KONSEP PENTAKSIRAN Menghurai Mengumpul Merekod Proses pembelajaran yang sistematik dalam pendidikan untuk mengumpulkan maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk tersebut. Ia merangkumi aktiviti : Memberi skor Menginterpretasi maklumat
KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI 1 2 Merangkumi penggunaan alat dan aplikasi digital dalam proses penilaian dan pengumpulan data prestasi pelajar. Ia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang berteknologi canggih dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh ICT untuk memperbaiki proses pentaksiran. Teknologi yang dibangunkan dalam bidang pendidikan dapat membantu guru melaksanakan pentaksiran dengan lebih sistematik serta memudahkan proses pemprosesan keputusan pentaksiran. Data yang diperoleh dalam pentaksiran boleh diakses dalam bentuk graf, carta pai, carta bar dan sebagainya.
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI Pentaksiran berasaskan teknologi mempunyai kaitan dengan kurikulum dan objektif pembelajaran. Pelajar dapat memahami kepentingan pentaksiran berasaskan teknologi ini serta bagaimana ia berkait dengan pembelajaran keseluruhan mereka. Pelbagai bentuk soalan yang boleh dilaksanakan dalam pentaksiran berasaskan teknologi untuk menguji pelajar dari pelbagai aras kefahaman. Kepelbagaian ini juga dapat membantu guru mengenal pasti pencapaian dan kelemahan pelajar dengan lebih tepat. Perlu sesuai dan menarik minat dalam kalangan murid sekolah rendah. Contohnya, aplikasi Quizizz merupakan salah satu medium aplikasi pembelajaran berasaskan permainan dengan menerapkan konsep gamifikasi yang mampu menarik perhatian murid.
PELAKSANAAN (Buku Teks Tahun 6)
PELAKSANAAN (MERUNGKAI STANDARD)
PELAKSANAAN (LANGKAH-LANGKAH) 01 02 04 05 06 Murid melafazkan puisi yang sudah mereka ketahui Guru memperkenalkan konsep puisi kepada murid 03 Guru menunjukkan contoh-contoh puisi yang mudah difahami oleh murid Murid perlu menghasilkan puisi sendiri di rumah berdasarkan bahan rangsangan yang diberi dalam buku teks Murid perlu menghantarnya melalui Padlet dan penilaian akan dijalankan Perbincangan kumpulan tentang makna katakata yang diberikan dalam buku teks
PENILAIAN Instrumen skala kadar dalam bentuk Google Form untuk diisi oleh murid. Ini membolehkan murid mengambil bahagian dengan aktif dalam proses pembelajaran mereka. Rubrik pemarkahan yang digunakan oleh guru untuk menilai video persembahan murid. Guru dikehendaki memberi maklum balas kepada setiap murid berdasarkan penilaian rubrik serta data penilaian rakan mereka.
INSTRUMEN SKALA KADAR (GOOGLE FORM)
INSTRUMEN SKALA KADAR (GOOGLE FORM)
RUBRIK PEMARKAHAN
ASPEK KESESUAIAN Mengurangkan penggunaan masa dalam bilik darjah Setiap pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran mereka Guru dapat mendengar puisi daripda setiap pelajar Memberi lebih banyak masa kepada pelajar untuk membuat persediaan Pelajar dapat menghasilkan kerja yang lebih baik kerana mempunyai lebih banyak ruang untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mereka sebelum persembahan sebenar Kesesuaian
KELEBIHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI Padlet dijadikan sebagai platform penghantaran hasil puisi dan video persembahan. Pelajar dapat melihat hasil karya rakan mereka. Ini memberi peluang kepada mereka untuk belajar dari karya-karya yang lain. Google Form digunakan sebagai medium untuk mengumpul penilaian pelajar terhadap persembahan puisi rakan mereka. Ini memudahkan proses pengumpulan dan analisis data penilaian. Data yang dikumpulkan boleh diintegrasikan secara automatik. Guru meminta murid mempersembahkan puisi melalui rakaman video. Selepas merekod video, pelajar dapat melibatkan diri dalam penyuntingan video. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan elemenelemen kreatif.
KELEMAHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI 1 2 Keterbatasan akses teknologi. Pelajar yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan mungkin tidak mempunyai akses yang mencukupi kepada peranti elektronik atau rangkaian internet yang diperlukan. Timbul isu kesahan dan kebolehpercayaan kerana terdapat risiko bahawa pelajar boleh meminta bantuan dari orang lain atau menggunakan sumber-sumber luaran yang tidak dikawal semasa menghasilkan puisi.
Pentaksiran adalah sebahagian penting daripada proses pendidikan yang membantu guru memahami pencapaian pelajar dan merancang pembelajaran yang berkesan. Penggunaan bahan digital dapat membantu guru membuat pentaksiran dengan lebih mudah dan cepat. Oleh itu, semua pihak terutamanya KPM perlulah menyediakan fasiliti yang sesuai untuk menggalakkan guru dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan teknologi. KESIMPULAN
SEKIAN TERIMA KASIH