Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. SENARAI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN M/S JADUAL KERJA 1.0 PENGHARGAAN 2.0 PENDAHULUAN 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.0 KAWASAN KAJIAN 4.1 Lokasi kawasan kajian 4.2 Lingkungan kawasan kajian 4.3 Bentuk muka bumi 5.0 KAEDAH KAJIAN 5.1 Pemerhatian 5.2 Rujukan 5.3 Soal-selidik 6.0 HASIL KAJIAN 6.1 Konsep dan Takrif Sisa Domestik 6.2 Jenis-jenis Sisa Domestik 6.3 Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik 6.3.1 Pencemaran Bau 6.3.2 Wabak Penyakit 6.3.3 Banjir Kilat 6.4 Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan 6.4.1 Amalan 3R 6.4.2 Kempen alam sekitar 6.4.3 Pendidikan 7.0 RUMUSAN 8.0 RUJUKAN 8.1 Buku 8.2 Orang Sumber 8.3 Internet 9.0 LAMPIRAN
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. JADUAL KERJA TARIKH HARI PERKARA CATATAN 12/6/2023 Isnin Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Geografi, Tingkatan 1 di dalam kelas Perbincangan tentang : - Tajuk Kajian - Jadual kerja - Penghargaan - Pendahuluan - Objektif kajian - Kawasan Kajian - Penentuan Kaedah kajian - Borang soal selidik - Hasil Kerja Lapangan - Rumusan - Rujukan - Sediakan lampiran Oleh Guru Mata Pelajaran (Di dalam kelas) (40 min) 15/6/2023 Khamis - Murid menyediakan borang soal selidik - Menyebarkan borang soal selidik - Mencari dan mengumpul maklumat (Di dalam kelas) (40 min) 19/6/2023 Isnin Murid menulis pendahuluan, penghargaan, objektif dan kaedah kajian. (Di dalam kelas) (40 min) 22/6/2023 Khamis - Murid melakukan soal selidik - Menghuraikan konsep - Menganalisis, mentaksir maklumat/data (Di dalam kelas) (40 min) 26/6/2023 Isnin - Mencari dan menulis rujukan kawasan kajian (Di dalam kelas) (40 min) 3/7/2023 Isnin - Melukis peta lakar kawasan kajian (Di dalam kelas) (40 min) 6/7/2023 Khamis - Membuat rumusan tentang tajuk kajian - Melengkapkan lampiran, jadual kerja (Di dalam kelas) (40 min) 17/7/2023 Isnin Murid mengemaskini dan menghantar tugasan (Di dalam kelas) (40 min)
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 1.0 PENGHARGAAN Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1. Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Jalan Bukit, Puan Noor Lailah binti Mohd Zain kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Puteri Fairose Saedah kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ______[NAMA IBU/BAPA/PENJAGA]______ atas sokongan dan dorongan mereka untuk memastikan karja lapangan ini dapat dijalankan dengan sempurna. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber yang sudi menjawab soalan-soalan dalam borang temu bual.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 2.0 PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kerja lapangan Geografi berkaitan sisa domestik. Tajuk kerja lapangan saya ialah Masalah Pembuangan Sisa Domestik yang tidak terancang di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor, bertujuan untuk: 3.1 Menyatakan jenis, konsep dan contoh sisa domestik yang terdapat di Taman Bukit Mewah 3.2 Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di Taman Bukit Mewah 3.3 Menjelaskan 3 langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara lestari di kawasan kajian
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 4.0 KAWASAN KAJIAN 4.1 Lokasi kawasan kajian : Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor. 4.2 Lingkungan kawasan kajian : Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Kawasan ini juga terletak dalam Daerah Hulu Langat, Selangor. 4.3 Bentuk muka bumi : Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah tinggi dan tamah pamah yang rata. Terdapat banyak infrastruktur yang dibangunkan di kawasan kajian seperti petempatan, sekolah, dewan orang ramai dan balai bomba.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. PETA KAWASAN KAJIAN U ↑ PETUNJUK:
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 5.0 KAEDAH KAJIAN Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut: 5.1 Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian. 5.2 Rujukan – Rujukan buku di perpustakaan dan Internet digunakan untuk mengetahui konsep pengangkutan awam. 5.3 Soal-selidik – Borang soal-selidik diedarkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan yang tinggal di kawasan kajian serta jiran tetangga
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 6.0 HASIL KAJIAN 6.1 Konsep dan takrif Sisa Domestik : Menurut Wikipedia, sisa domestik ialah bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, botol, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. 6.2 Jenis-jenis Sisa Domestik : Sisa Domestik di kawasan kajian saya [Taman Bukit Mewah, Kajang] dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu : 6.2.1 Bahan Organik Ialah bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan dan terhasil dari sumber haiwan dan tumbuhan seperti sisa makanan, sisa kebun dan kertas 6.2.2 Bahan Bukan Organik Ialah bahan yang sukar diuraikan dan dilupuskan serta terhasil dari sumber mineral seperti tin, plastik, besi buruk dan kaca.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 6.3 Kesan-kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian: 6.3.1 Pencemaran Bau Pembuangan sampah sarap secara langsung akan menyebabkan pencemaran, seperti pencemaran bau kerana timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau 6.3.2 Wabak Penyakit Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan lalat. Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi, malaria, zika dan rotavirus 6.3.3 Banjir Kilat Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku 6.3.4 Peningkatan Kos Penyelenggaraan Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT). Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai melibatkan kos penyelenggaraan tapak pelupusan, baik pulih kemusnahan, perawatan air tercemar dan gaji pekerja pembersihan.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. Rajah 1 Kesan-kesan pembuangan sisa domestik di di Taman Bukit Mewah, Kajang Kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Taman Bukit Mewah Pencemaran Bau Wabak Penyakit GURU RAKAN Banjir Kilat Peningkatan Kos Penyelenggaraan IBU BAPA RESPONDEN
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 6.4 Langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik 6.4.1 Amalan 3R Penerapan amalan 3R, iaitu kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle) dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik 6.4.2 Kempen Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan yang dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media sosial. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita 6.4.3 Pendidikan Program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan kepada generasi muda terutama dari peringkat awal. Mata pelajaran geografi dan sains dapat memupuk kesedaran dalam kalangan murid
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 7.0 RUMUSAN Kesimpulannya, jenis-jenis sisa domestik di Taman Bukit Mewah dapat dikelaskan kepada Sisa Organik dan Sisa Bukan Organik. Antara kesankesan negatif pembuangan sisa domestik di kawan kajian adalah pencemaran bau, wabak penyakit, kos penyelenggaraan sisa domestik meningkat dan kdian banjir kilat. Pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan pembuangan sisa domestik. Antaranya adalah dengan menerapkan amalan 3R, kempen-kempen di media sosial dan pendidikan di sekolah. Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk dan masyarakat umumnya. Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 8.0 RUJUKAN 8.1 Buku Hisham Azman bin Ibrahim Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad (2016). Geografi Tingkatan 1 Kuala Lumpur, ERA VISI SDN. BHD 8.2 Orang Sumber Encik Jaya bin Junus, 51 tahun, No.88 Taman Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor. Encik Samsul bin Johan, 40 tahun, No.333 Taman, Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor. 8.3 Internet Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2021). Diakses pada 30 November 2022 daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. (2022). Diakses pada 8 Disember 2022 daripada http://www.doe.gov.my
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. 9.0 LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 Tajuk Kajian: Masalah Pembuangan Sisa Domestik yang tidak terancang Arahan: Tandakan ( / ) pada yang berkenaan. 1. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ] 2. Umur : Bawah 20 tahun [ ] 21 hingga 30 tahun [ ] 31 hingga 40 tahun [ ] 41 tahun ke atas [ ] 3. Jenis sisa - sisa domestik yang biasa dibuang: Sisa Makanan [ ] Kertas [ ] Plastik [ ] Lain-lain: ………………. 4. Adakah anda melakukan pengasingan sisa domestik ?: Ya [ ] Tidak [ ] 5. Masalah pembuangan sisa domestik di kawasan kajian: Pencemaran udara Kos Penyelengaraan Pencemaran air Banjir Kilat Pencemaran bau Wabak Penyakit Lain-lain. Nyatakan ___________________________________________________ 6. Cadangan mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik: Amalan 3R Penguatkuasaan Undang-undang Penggunaan Teknologi Terkini Pendidikan Kempen Lain-lain. Nyatakan _____________________________________________________ TERIMA KASIH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. PETA TAMAN BUKIT MEWAH
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ..Cikgu Puteri Fairose.. GAMBAR PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI TAMAN BUKIT MEWAH TEMPAT LONGGOKAN BUANGAN SAMPAH DI KAWASAN KAJIAN SISA TIN ALUMINIUM YANG TELAH DIASINGKAN