KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pejabat Pendidikan Daerah Keningau
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Peti Surat 4, Tel: 087-333617/087-333618
89007 KENINGAU, SABAH Faks: 087-333758
Portal: jpnsabah.moe.gov.my
Email : [email protected]
_____________________________________________________________________________
Rujukan : PPD.KGU.800-11-2
Tarikh : 14 Ogos 2022
EN HAFFIZAN @ BOBBY JINIK
L/B NO 13,
SM 131 KAMPUNG LIMBAWAN,
89008 KENINGAU, SABAH.
Tuan,
PELANTIKAN SEBAGAI HAKIM PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2022
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.
2. Sebagai makluman tuan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Keningau akan mengadakan
pertandingan tarian sekolah-rendah dan sekolah menengah peringkat daerah Keningau tahun 2022.
Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan dilantik sebagai Hakim
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT
DAERAH KENINGAU 2022. Butiran pengelolaan adalah seperti berikut :
Tarikh Pertandingan : 15 OGOS 2022 ( ISNIN)
Tempat Pertandingan : Dewan SK KG KENINGAU.
Atur Cara : Seperti dalam lampiran.
3. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Keningau mengucapkan tahniah atas pelantikan tuan
dalam program ini. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh berhubung terus kepada
Encik Erce @ Etor bin Dius, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan
Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau merangkap Timbalan Pengerusi Program
melalui talian 0138523993 ,Encik S.Faddly bin Epor, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
merangkap Penyelaras 1 Program melalui talian 0128391482 atau En Atamah Tingadon,
Pengurus Teknikal tarian (SK & SM) melalui Talian 0138599173. Kerjasama dan komitmen tuan
amat diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan terima kasih. Sekian.
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU DI HADAPAN MENERAJUI PERUBAHAN
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
JAMILAH BINTI TALIB
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
b/p Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Keningau
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU DI HADAPAN MENERAJUI PERUBAHAN
ATUR CARA PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH KENINGAU TAHUN 2022
TARIKH / MASA 15 OGOS 2022 / ISNIN
7.20 pagi Ketibaan semua AJK Kerja
7.50 pagi Ketibaan semua peserta pertandingan
8.20 pagi Ketibaan Pegawai PPD Keningau
8.30 pagi Acara pertandingan bermula :
Pengenalan hakim pertandingan
Kategori sekolah rendah
Kategori sekolah menengah
11.00 pagi REHAT
11.30 tengah hari Ketibaan Perasmi
Pertandingan battle Penari Terbaik Sekolah Rendah Lelaki dan
Perempuan
Pertandingan battle Penari Terbaik Sekolah Menengah Lelaki dan
Perempuan
12.20 tengah hari Acara rasmi bermula :
Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Air Ku
Ucapan alu-aluan pihak PPD Keningau
Ucapan perasmian
Penyampaian cenderahati kepada perasmi
Penyampaian sijil penghargaan kepada wakil AJK kerja
Penyampaian sijil penyertaan kepada semua sekolah menyertai
Penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta dan guru pengiring
Penyampaian Anugerah Khas :
1. Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Kategori Sekolah Rendah
2. Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Kategori Sekolah
Menengah
3. Anugerah Penari Lelaki Terbaik Kategori Sekolah Rendah
4. Anugerah Penari Lelaki Terbaik Kategori Sekolah Menengah
5. Anugerah Penari Perempuan Terbaik Kategori Sekolah Rendah
6. Anugerah Penari Perempuan Terbaik Kategori Sekolah Menengah
7. Anugerah ASMaBudya Kategori Sekolah Rendah
8. Anugerah ASMaBudya Kategori Sekolah Menengah
9. Anugerah Koreografi Terbaik Kategori Sekolah Rendah
10. Anugerah Koreografi Terbaik Kategori Sekolah Menengah
Pengumuman Keputusan Keseluruhan :
1. Johan hingga kelima kategori sekolah rendah
2. Johan hingga keempat kategori sekolah menengah
Persembahan johan kategori sekolah rendah
Persembahan johan kategori sekolah menengah
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU DI HADAPAN MENERAJUI PERUBAHAN
1.30 petang Majlis rasmi dijangka selesai
2.00 – 4.00 petang
Rakaman video 4 kumpulan terbaik daerah Keningau (2 Sekolah
Rendah, 2 Sekolah Menengah)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU DI HADAPAN MENERAJUI PERUBAHAN