PERSEDIAAN MEMASANG SISTEM
PENGGERA KESELAMATAN RUMAH
(SPKR)
LANGKAH-LANGKAH ASAS PEMASANGAN SPKR
1. Sediakan peralatan tangan yang sesuai seperti tukul, mesin gerudi, pemutar skru,
dan sebagainya.
2. Kenal pasti lokasi dan kedudukan pemasangan SPKR
3. Pasangkan sensor magnet pada pintu dan lakukan pendawaian untuk sistem
berwayar, jika mengguna sistem tanpa wayar pasangkan bateri pada sensor.
4. Pasangkan sensor pergerakan pada ruang tamu dan lakukan pendawaian untuk
sistem berwayar, jika menggunakan sistem tanpa wayar pasangkan bateri pada
sensor
5. Pastikan sensor pergerakan tidak terhalang oleh lampu dinding, almari dan tidak
boleh terletak berhampiran dengan peralatan yang panas seperti ketuhar atau
microwave.
6. Lakukan kongfigurasi panel kawalan dan papan kekunci mengikut buku panduan
yang disediakan.
7. Pastikan setiap sensor dapat dikesan oleh panel kawalan dengan melakukan uji lari
SPKR.
CARA MEMBUAT PEMILIHAN KATEGORI SPKR
Kewangan
Keluasan rumah
Rumah sendiri/sewa
Tempoh penggunaan SKPR
PILIHAN YANG BOLEH DIBUAT
BERWAYAR -keluasan rumah TIDAK - -keluasan rumah
kecil/besar BERWAYAR kecil/besar
- Sesuai untuk rumah - Sesuai untuk rumah
sendiri sendiri/sewa
- Pengguna menetap - Pengguna menetap
kekal di rumah tersebut pada tempoh tertentu di
- Kos SPKR dan rumah tersebut
kepakaran pemasangan
yang tinggi -Kos SPKR dan
pemasangan yang
rendah
CONTOH SOALAN SPM
• Anda di minta membuat pemasangan SPKR sebuah rumah yang pemiliknya
menyewa sahaja.
a) Cadangkan kategori SPKR ( 1 skor )
b) Nyatakan 3 perkara yang perlu dipertimbangkan
sebelum membuat pemasangan SPKR ( 3 markah )
c )Lakarkan cadangan pemasangan tersebut di ruang jawapan yang diberi.
(6 markah )
SKEMA JAWAPAN
• a) Kategori penggera keselamatan rumah tanpa wayar
• b) 3 perkara yang perlu dipertimbangkan
• 1. Kewangan pelanggan
• 2. Keluasan rumah pelanggan
• 3. Rumah sewa pelanggan ATAU
Tempoh menggunakan SPKR pelanggan
c ) SPKR tanpa wayar