SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG PERTANDINGAN DOODLE KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2023 TEMA :- ‘MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN’ Syarat Pertandingan : 1. Terbuka kepada semua murid tingkatan 1 sahaja. 2. Peserta perlu menghasilkan lukisan doodle pada kertas lukisan bersaiz A3/drawing block. 3. Lukisan doodle hendaklah memenuhi keseluruhan kertas lukisan dan diwarnakan. 4. Medium/bahan yang digunakan untuk melukis doodle adalah bebas dan berfokus kepada tema. 5. Peserta perlu melukis doodles bertemakan “MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN” (Tajuk ini perlu ada dalam doodle yang dihasilkan) 6. Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli. 7. Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen atau warna air. 8. Penggunaan sebarang aplikasi komputer atau media digital adalah tidak dibenarkan. 9. Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk, tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif. 10.Hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah. 11.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos 2023 (Khamis). Sila hantarkan karya anda sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. 12.Karya yang dihasilkan boleh dihantar kepada urus setia pertandingan. (Puan Nurul Amira binti Jamburi)