The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Edited Buku Model Terapi Kerjaya AADK - Sept 2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ARAB Sufian, 2023-03-22 04:01:59

TERAPI KERJAYA

Edited Buku Model Terapi Kerjaya AADK - Sept 2018

Keywords: MODEL TERAPI KERJAYA

MODEL TERAPI KERJAYA AADK 2017 AMIN AL HAADI BIN SHAFIE MIZAN ADILIAH BT AHMAD IBRAHIM HISHAMUDDIN BIN ABDUL WAHAB NURHAFIZAH MOHD SUKOR SITI NUBAILAH MOHD YUSOF MOHD KHAIRUL ANUAR RAHIMI CHONG SIEW NGOH


BADAN PENYELIDIK Mohd Nurul Hadi Bin Yatau Muhamad Hanafi Bin Shamsuddin Nurhafizah Binti Mohamad Yasin Che Syaza Syamimi Binti Che Jamri Kerjasama ACREDA (USIM) dan AADK HAK CIPTA TERPELIHARA “PENYELIDIKAN INI DIBIAYAI OLEH GERAN PENYELIDIKAN ILMIAH AADK 2017, KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERTARIKH 1 JUN 2017”


ISI KANDUNGAN Mukasurat Prakata 1 Bab 1: Pendahuluan 2 Kerjaya dan Pemulihan 2-3 Model Terapi Kerjaya AADK 3-5 Peringkat Aliran Proses Sesi Terapi Kerjaya AADK 6 Bab 2: Kaedah Pelaksanaan Model Terapi Kerjaya AADK 7 Aktiviti-aktiviti Model Terapi Kerjaya 8-9 Jadual Aktiviti-aktiviti Model Terapi Kerjaya AADK 10-11 Bab 3: Pengendalian Aktiviti 12 Tema 1: Pengenalan Kendiri 12-19 Tema 2: Perancangan Kerjaya 20-36 Tema 3: Mekanisma Daya Tindak 37-44 Penutup 45 Rujukan 46-47 Indeks 48 Lampiran 49 Soal Selidik Personaliti Holland ‘Self-Directed Search’ AADK (SDS-AADK) 50-56 Senarai Pekerjaan 57-62


1 PRA KATA Buku Model Terapi Kerjaya AADK ini diilhamkan daripada kajian yang telah dilaksanakan di pusat pemulihan dadah di Malaysia. Hasil dari Kajian eksperimen Model Terapi Kerjaya AADK Dalam Kalangan Peserta AADK, kod penyelidikan: USIM/AADK/FKP/ACREDA/052003/40717 satu model perancangan kerjaya untuk kegunaan peserta pusat pemulihan dadah di Malaysia telah dihasilkan. Model Terapi kerjaya ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah kaunseling kelompok. Model terapi ini bermatlamat membantu para peserta membuat perancangan dalam pemilihan kerjaya setelah mereka menamatkan proses pemulihan di mana-mana pusat pemulihan di Malaysia. Hasil daripada kajian ini juga merealisasikan konsep bahawa perancangan kerjaya sebagai satu proses kepulihan dalam penyalahgunaan dadah. Buku Model Terapi Kerjaya AADK ini menjelaskan langkah-langkah dalam melaksanakan perancangan kerjaya yang boleh digunakan oleh para fasilitator atau pakar pemulih yang menjalankan khidmat pemulihan. Buku ini mudah difahami, walaupun pembaca bukannya seorang professional. Ujian personaliti dan senarai pekerjaan juga dilampirkan sebagai rujukan untuk membantu pengguna model kerjaya ini mengaplikasikannya kepada para peserta pusat pemulihan yang lain. Oleh itu, buku Model Terapi Kerjaya AADK ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan perkhidmat pemulihan dengan memberikan unsur perancangan kerjaya sebagai satu elemen penting dalam proses pemulihan para peserta di pusat-pusat pemulihan AADK Malaysia. Dengan adanya model yang mudah dan sangat berstruktur ini adalah diharapkan pakar pemulih yang berada dipusat pemulihan dapat membantu para peserta dari aspek perancangan dan pemilihan kerjaya sebagai salah satu asas keperluan utama bagi mereka, apabila keluar dari pusat pemulihan. Dengan ini juga adalah diharapkan modul pemulihan yang sedia ada di dalam pusat-pusat pemulihan di Negara ini akan menjadi lebih berkesan. Sekian wassalam.


2 SENARAI SINGKATAN AADK ACREDA MTR-AADK SDS KK LDK RIASEC CBT Agensi Antidadah Kebangsaan Asian Centre For Research On Drug Abuse Model Terapi Kerjaya Agensi Antidadah Self-directed Scale Kaunseling Kelompok Latihan Dalam Kumpulan Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, Conventional Cognitive and Behavioral Therapy


3 BAB 1 PENDAHULUAN Kerjaya merupakan satu isu utama dalam kehidupan yang dapat menghasilkan pendapatan bagi menampung sara diri atau keperluan hidup seharian. Sehubungan dengan itu, kerjaya yang dipilih haruslah selaras dengan minat individu agar individu menjadi lebih proaktif bagi mencapai objektif dalam kehidupan. Menurut Arnold & Cohen (2008), kerjaya juga boleh dianggap sebagai status, kemajuan dan kepuasan dalaman kehidupan seseorang. Kerjaya mempunyai makna yang berbeza dengan kerja. Kerja membawa maksud sesuatu yang kita lakukan untuk menyara kehidupan seharian sahaja. Menurut Arthur, Hall dan Lawrence (1989) pula, kerjaya adalah sebagai perubahan tahap pengalaman kerja seseorang dari semasa ke semasa. Namun begitu, terdapat beberapa pandangan lain juga tentang definisi kerjaya. Collin dan Watts (1996), definisi kerjaya ialah perkembangan individu dari segi pembelajaran dan kerja sepanjang hayat. Oleh itu, yang membezakan antara kerjaya dan konsep kerja yang lain adalah peringkat dan masa, bukan status atau kemajuan kehidupan. Walaubagaimanapun, kerja dan mempunyai kerjaya adalah penting dalam kehidupan manusia, bukan sahaja sebagai usaha menyara kehidupan hari kehari tetapi memberikan kepuasan psikologi dalam kehidupan manusia. Kerjaya dan Pemulihan United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC) pada tahun 2008, telah menggariskan beberapa komponen dalam pengurusan pemulihan. Antara komponen yang dinyatakan ialah Komponen Kerjaya (Domain 5) dan Komponen Kemahiran Vokasional (Domain 6). Menurut McLellan, Lewis, O’Brien, et al. (2000), kadar pengangguran yang tinggi dan kurangnya kemahiran merancang kerjaya akan memberi impak negatif kepada proses pemulihan dan pengintegrasian pesertapeserta. Oleh itu, adalah penting bagi peserta yang mengikuti program pemulihan dilatih agar mampu menjana ekonomi diri sendiri atau berdikari. Granfield dan Cloud (2001) menyatakan terdapat 4 modal kepulihan (recovery capital) yang utama dan salah satu daripadanya termasuklah ‘sumber manusia’. Sumber manusia ini


4 melibatkan kemahiran, kesihatan yang positif, inspirasi dan harapan, dan sumber kendiri. Menurut Opp (2007), Terapi Kerjaya ialah satu pendekatan yang unik dan dapat membantu peserta dalam proses pemulihan penyalahgunaan dadah. Terapi kerjaya dapat membantu dalam mengembalikan peranan dan identiti seseorang pesertaagar lebih bermakna daripada sebelumnya. Menurut Canadian Association of Occupational Therapiest (2017), terapi kerjaya akan membantu mereka yang mempunyai masalah penyalahgunaan dadah, dalam mengenalpasti kekuatan, nilai, minat, sumber dan cabaran bagi melaksanakan satu perancangan pemulihan. Pendekatan peserta terapi kerjaya juga membawa peserta melihat bukan sahaja keperluan diri tetapi juga kehendak keluarga dan komuniti peserta. Oleh itu, bagi memantapkan proses rawatan dan pemulihan di Malaysia, Model Terapi Kerjaya yang khusus adalah diperlukan sebagai satu strategi menjamin kejayaan program rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan. MODEL TERAPI KERJAYA AADK (MTR-AADK) Di Malaysia, keperluan untuk mempunyai Model Terapi Kerjaya sebagai satu pengisian dalam usaha pemulihan adalah sangat diperlukan. Kajian di pusat pemulihan telah menunjukkan tiada satu model atau modul yang telah diuji untuk menjalankan perancangan kerjaya dalam kalangan peserta, walaupun telah diperakui bahawa kerja atau perancangan kerjaya adalah satu elemen penting dalam memastikan usaha pemulihan berjaya. Keadaan ini bertambah runcing apabila para fasilitator tidak diberikan satu model panduan yang telah diuji untuk menjalankan aktiviti merancang kerjaya ini, walaupun fakta menunjukan bahawa, memberikan para peserta latihan menyediakan diri untuk bekerja adalah sangat penting. Oleh itu model terapi perancangan kerjaya AADK yang telah dibukukan ini akan membantu para fasilitator pusat pemulihan melaksanakan Terapi Kerjaya sebagai satu dari pengisian penting dalam proses pemulihan.


5 MTR-AADK ini berasaskan kepada model proses perancangan kerjaya Magnusson (1995). Magnusson menyatakan terdapat lima proses dalam perancangan kerjaya. Proses tersebut termasuklah permulaan, penerokaan, membuat keputusan, persediaan dan implimentasi. Magnusson (1995) juga mengambil pandangan daripada Super (1990) bahawa konsep kendiri harus ditekankan dalam pemilihan kerjaya. Super (1990) menekankan bahawa kerjaya adalah merupakan manifestasi konsep kendiri individu. Oleh itu memahami diri adalah prasyarat kepada pemilihan kerjaya yang tepat. Selain itu, model Terapi Kerjaya ini juga mengambil pandangan Holland (1980) yang menyarankan perlunya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerjaya bagi mendapatkan pemilihan kerjaya yang baik. Personaliti dan persekitaran juga merupakan faktor yang signifikan dalam proses perancangan kerjaya. Model terapi kerjaya AADK ini telah dibina berasaskan kepada tiga pendapat utama dan tiga tokoh penting dalam perancangan kerjaya iaitu Magnusson (1995), Super (1990) dan Holland (1980). Dengan menggunakan kaedah Kaunseling kelompok, peringkat-peringkat merancang kerjaya Magnusson (1995) telah diambil sebagai panduan pembinaan Model Terapi Kerjaya AADK ini. Peringkat pertama bermula dengan satu perbincangan isu isu utama iaitu, mengenalpasti motivasi diri klien dalam perancangan kerjaya dan membina perancangan kerjaya yang relevan. Seterusnya, peringkat kedua ialah peringkat penerokaan membantu klien untuk meneroka pengalaman-pengalaman kerja, kemahiran dan minat mereka sendiri. Hal ini bertujuan untuk memperbaharui semangat dan harapan klien dalam mencari kerjaya yang sesuai. Secara tidak langsung klien mendapat peluang untuk mengekspresikan sesuatu yang bermakna dalam diri mereka dalam proses perancangan kerjaya. Peringkat yang ketiga adalah peringkat klien membuat keputusan. Keputusan yang dibuat merujuk kepada senarai pekerjaan yang bersesuaian berdasarkan pengalaman dan minat klien. Klien juga perlu mengenalpasti kerjaya yang sesuai


6 berdasarkan intuisi mereka. Hal ini boleh dilakukan dengan fasilitator meneroka persepsi klien dengan menggunakan teknik soalan ‘what if’ dalam beberapa situasi pekerjaan yang tersenarai. Hal ini dapat membantu klien untuk membuat keputusan yang lebih tepat. Pada peringkat persediaan terdapat dua kunci utama yang harus difokuskan bagi perancangan yang konkrit dalam mencapai matlamat utama. Salah satu daripadanya ialah merancang pelan tindakan yang melibatkan kontrak antara fasilitator dan klien yang akan memperincikan langkah-langkah bagi klien, bagaimana langkah tersebut akan dinilai dan dilaporkan, panduan garis masa, atau grafik pelan tindakan. Seterusnya, menambah baik kemahiran asas sebelum klien memasuki alam pekerjaan. Antara hal-hal yang perlu diambil kira termasuklah pekerjaan (pencarian kerja), pendidikan (kemahiran belajar, permohonan kemasukan ke institusi pendidikan), dan kemahiran individu (pengurusan emosi, dalam penyalahgunaan dadah). Langkah ini penting untuk peringkat yang terakhir iaitu peringkat perlaksanaan. Peringkat terakhir adalah peringkat pelaksanaan. Pada peringkat ini, klien perlu melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Dua strategi yang telah dikenalpasti untuk melaksanakan pelan tindakan adalah membina sistem sokongan. Magnusson (1995) menyatakan bahawa kebanyakan keputusan yang dibuat bersama fasilitator tidak berjaya dilaksanakan kerana kekurangan sistem sokongan. Klien perlu mempelajari cara untuk mengenalpasti orang-orang yang berkepentingan dalam hidup mereka dan bagaimana cara untuk membina hubungan yang baik. Seterusnya, klien juga perlu membina sistem untuk memantau dan memberi ganjaran terhadap kemajuan diri mereka. Berdasarkan Proses Perancangan Kerjaya oleh Magnusson (1995) di atas, sebuah Model Terapi Kerjaya AADK telah dihasilkan. Model ini merupakan satu inisiatif untuk membantu klien yang terdiri daripada peserta pusat pemulihan dadah untuk membuat perancangan kerjaya selepas mereka menamatkan rawatan pemulihan. Selain itu, Model ini membantu dalam mempelbagaikan pilihan kerjaya yang realistik mengikut minat, bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh peserta-peserta. Setiap peringkat perancangan pemilihan kerjaya diperincikan dengan aktiviti untuk dijadikan


7 panduan fasilitator bagi menjalankan sesi kaunseling kerjaya. Model ini juga telah diadaptasi seiring dengan budaya setempat di negara Malaysia dan mengikut kemampuan peserta-peserta di Pusat Pemulihan dan Rawatan AADK. CARTA 1: PERINGKAT ALIRAN PROSES SESI TERAPI KERJAYA AADK Peringkat Permulaan (Initial) Membina hubungan kaunseling yang berkesan Melihat tahap motivasi dan perancangan Membina pelan kerjaya yang relevan ↓ Peringkat Penerokaan (Exploration) Meneroka pengalaman kerjaya ,kemahiran dan minat terkini Mencari maklumat tentang kerjaya, membuat networking dan pengalaman kerja ↓ Peringkat Membuat Keputusan (Decision-making) Membuat pemilihan keputusan kerjaya hasil perbincangan dari peringkat penerokaan (Pusat rawatan AADK akan membantu dalam penempatan jika ada) ↓ Peringkat Persediaan (Preparation) Fokus pada langkah yang diperlukan dalam melaksanakan perancangan sebelum ini Membuat Pelan Tindakan berbentuk penulisan dan membuat alir kerja dan tempoh pelaksanaan Membuat persediaan kemahiran, pengurusan diri dan sumber seperti, pencarian tempat kerja (Job Search), pendidikan kemahiran, dan pengurusan kendiri (pengurusan kemahiran dan pengurusan relaps) ↓ Peringkat Implimentasi (Implementation) Mendapatkan sokongan sosial dalam melalui peringkat ini, untuk mengurangkan kebergantungan kepada para fasilitator Mengawal diri dan melihat pencapaian dari semasa ke semasa


8 BAB 2 KAEDAH PELAKSANAAN MODEL TERAPI KERJAYA AADK Pelaksanaan Model ini adalah mengikut kaedah kaunseling kelompok. Pelaksanaan model memerlukan seorang fasilitator yang memahami asas-asas pengendalian kelompok. Ini adalah kerana kerjasama peserta kelompok dan fasilitator akan membawa kepada kejayaan aktiviti dan kelompok mencapai matlamatnya. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam pengendalian model terapi kerjaya ini ialah : • Fasilitator perlu memastikan peserta kelompok mempunyai ciri yang sesuai untuk diterima menjadi peserta kelompok. Ciri kesamaan akan membantu dalam dinamika perbincangan kelompok. • Peserta tidak boleh terlalu ramai. Bilangan antara 8 orang ke 15 orang adalah sesuai. Kumpulan terlalu ramai mungkin mengakibatkan terdapat peserta yang tidak dapat diberikan perhatian. Jika kumpulan terlalu kecil 2 atau 3 orang akan mengurangkan dinamika kelompok perbincangan. • Perjumpaan boleh mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam bagi setiap sesi. Jika terlalu lama akan menghilangkan fokus perbincangan dan jika terlalu singkat perbincangan akan menjadi kurang mendalam. • Peserta perlu diingatkan dengan etika kaunseling kelompok iaitu kerahsiaan maklumat yang dikongsi semasa kelompok dijalankan, adab dan tingkahlaku semasa perbincangan seperti memberi peluang peserta mengeluarkan pendapat tanpa dinilai, dipotong atau diperkecilkan. Tidak boleh berlaku serangan fizikal dan tidak boleh mencederakan peserta yang lain. • Perjalanan terapi kerjaya ini adalah berasaskan kaedah kaunseling kelompok di mana fasilitator sentiasa perlu mengawal keharmonian kelompok dan cuba mengendalikan kelompok mencapai matlamatnya.


9 AKTIVITI-AKTIVITI MODEL TERAPI KERJAYA AADK Dalam kajian ini satu model Terapi kerjaya AADK yang mengandungi 12 aktiviti telah dibina untuk membantu merancang kerjaya dalam kalangan peserta dalam pusat pemulihan dadah di Malaysia. Model terapi ini mempunyai beberapa tema berasaskan kepada model Magnusson dan dua teori perancangan kerjaya iaitu Teori Super dan Teori Holland. Teori Super membincangkan kepentingan perancangan kerjaya sebagai proses penglahiran konsep kendiri individu. Manakala Teori Holland pula telah membincangkan perkaitan antara kesesuaian personaliti individu dengan suasana kerja yang dipilih. Terdapat 12 aktiviti di bawah tiga tema yang telah disediakan dalam model ini iaitu: ➢ Tema 1 : Pengenalan kendiri 1) Ice Breaking 2) Pendedahan Kendiri 3) Kekuatan dan kelemahan diri ➢ Tema 2 : Perancangan Kerjaya : 1) Ujian Self Directed Search (SDS) yang telah diubahsuai 2) Adakah anda sedia? (kesesuaian personaliti dan suasana kerja) 3) Kemahiran Membuat keputusan 4) Ceramah 1 AZAM (peluang pekerjaan untuk bekas penagih) 5) Kisah kejayaan ‘success story’ 6) Pelan Tindakan


10 ➢ Tema 3 : Mekanisma Daya Tindak: 1) Pengurusan Diri 2) Pengurusan Relaps 3) Efikasi kendiri dan sistem sokongan


11 JADUAL 1: AKTIVITI - AKTIVITI MODEL TERAPI KERJAYA AADK Sesi Tema Aktiviti Kaedah Aktiviti Rujukan 1 Kenal Diri Ice breaking LDK Konsep kendiri KK-pandangan diri - The Construction, Validity, Reliability And Effectiveness Of Drug Rehabilitation Module On Self-Concept Of Female Addicts And Motivation Achievement Of Male Addicts Malaysia, Rosdi Yusof, Siti Rahmah Alias & Muhammad Asraf Che Amat, (2011) Konsep kendiri KK-pandangan masyarakat 2 Perancangan Kerjaya Minat kerjaya KK-Skala UJIAN SDS Career maturity KK-role play - Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Bekerja Penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Mohd Azlan bin Mohd Nor & Mahmood Nazar Bin Mohamed, AADK Membuat keputusan KK-Senario - Empowerment as a function of contextual self-understanding, Breeding, (2008) KK-.SDSmaklumat tambahan - Applying Career Development Theory to Counseling, Sharf, (2002) (3rd Edition). - Five Processes of Career Planning, Kris Magnusson, (1995) Ceramah 1 Azam Ceramah Pelan tindakan KK-how to Rancang kerja/bidang yang klien ingin ceburi 3 Mekanisma Daya Tindak Pengurusan diri KK- Pengurusan Masa, Tekanan, Diri dan Masyarakat - The Relationship Between Mental Health And General Self-Efficacy Beliefs, Coping Strategies And Locus Of Control In Male Drug Abusers, Mozghan Rabani Bavojdan, Afsaneh Towhidi Ph.D, Abbas Rahmati Ph.D, (2011)


12 Pengurusan relaps LKK-2 jenis relaps - Measuring Motivational Readiness For Change Among Drug Addicts In Malaysia: A Descriptive Analysis, I. Fauziah, Z. Arifin, W.S. Wan Shahrazad, Z.M. Lukman, A.R. Roseliza Murni, A.Z. Zainah & G. Siti Fatihah, UKM, (2010) Pengurusan masalah KKP.Emosi,P.Masal ah,Sistem sokongan - Factors Effecting Drug Relapse in Malaysia: An Empirical Evidence, Fauziah Ibrahim(UKM) & Naresh Kumar(UPM), (2009) ** KK = Kelompok Kecil / Kaunseling Kelompok ** LDK = Latihan Dalam Kelompok


13 BAB 3 PENGENDALIAN AKTIVITI TEMA 1: PENGENALAN KENDIRI AKTIVITI 1: ICE-BREAKING Ice-Breaking adalah cara yang berkesan untuk memulakan sesi latihan atau aktiviti pembinaan pasukan. Tujuan Ice-Breaking adalah untuk membantu peserta kumpulan saling mengenali antara satu sama lain dengan kadar segera dan membina rasa percaya mempercayai antara peserta. Elemen ini menjadikan sesi latihan atau aktiviti berpasukan interaktif dan menyeronokkan. AKTIVITI: 1 TAJUK: Catch Me If You Can! TEMPOH MASA: 2 jam PERALATAN: Bola kecil KAEDAH: Berkumpulan OBJEKTIF: • Untuk memulakan perkenalan di antara peserta kumpulan • Meningkatkan interaksi peserta • Membina kepercayaan


14 LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator mengalu-alukan kedatangan peserta dan memperkenalkan diri kepada peserta kumpulan. 2. Fasilitator menerangkan aktiviti, harapan dan matlamat keseluruhan kajian. 3. Fasilitator menerangkan etika dalam mengikuti aktiviti kaunseling kelompok. 4. Fasilitator meminta setiap peserta memperkenalkan diri kepada kumpulan dengan menyatakan nama penuh, nama singkatan, umur, dan tempat tinggal. 5. Peserta yang lain diminta untuk memberi perhatian semasa seseorang peserta menceritakan tentang dirinya. 6. Setelah semua peserta memperkenalkan diri, peserta seterusnya diminta untuk mencari 3 lagi maklumat tambahan mengenai diri setiap peserta di dalam kumpulan itu. Contohnya bilangan adik-beradik, makanan kegemaran, atau hobi. 7. Untuk mengumpul maklumat tersebut fasilitator akan mula membaling bola ke arah mana-mana peserta kumpulan. Kemudian fasilitator bertanyakan satu soalan mengenai diri peserta tersebut. Peserta tersebut kemudian akan membaling bola itu ke arah mana-mana peserta kumpulan yang lain dan bertanyakan soalan mengenai diri peserta itu. Setiap balingan hanya dibenarkan mengemukakan satu soalan. Proses terus berjalan sehingga setiap peserta dapat mengumpul 3 maklumat tambahan kesemua peserta dalam kumpulan tersebut. 8. Aktiviti ini mungkin mengambil masa 20 minit. PERBINCANGAN Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut: 1. Apa perasaan anda setelah berpeluang mengenali semua peserta kumpulan? 2. Apa pandangan anda terhadap individu lain? 3. Apakah perasaan anda ketika menjalankan aktiviti sebentar tadi? 4. Dapatkah anda mengingati semua maklumat mengenai diri peserta kumpulan? (Ya / Tidak)


15 5. Apakah yang menyebabkan anda dapat/ tidak dapat mengingati maklumatmaklumat tersebut? 6. Apakah yang anda perolehi dalam aktiviti ini? RUMUSAN: Peserta dapat mengenali rakan di dalam kumpulannya dengan lebih mendalam. Perkenalan yang dimulakan dengan cara yang baik dapat mengukuhkan hubungan dan membina kepercayaan di antara peserta di dalam kumpulan. FALSAFAH: Aktiviti ini memupuk rasa diterima dan dihargai dan rasa selesa dalam kumpulan. Kewujudan rasa selesa, diterima dan dihargai ini adalah penting untuk memulakan perbincangan dalam kelompok seterusnya.


16 TEMA 1: PENGENALAN KENDIRI KONSEP KENDIRI Aktiviti kedua dibina untuk memperkenalkan konsep siapakah diri ‘who am I’ menurut perpektif diri seseorang itu sendiri. Konsep kendiri dikenali sebagai konsep penting yang mencorakkan personaliti individu. Konsep kendiri mulai terbentuk daripada awal usia hingga ke peringkat dewasa. Secara umumnya, konsep kendiri ialah suatu gambaran tentang persepsi diri yang tersusun yang boleh dibawa masuk ke peringkat sedar. Ia merupakan persepsi seseorang tentang kebolehannya, persepsi tentang orang lain dan juga persekitaran. Konsep kendiri juga menentukan tingkahlaku seseorang individu. AKTIVITI: 2 TAJUK: ‘I AM ME’ TEMPOH MASA: 2 Jam PERALATAN: Pen atau pensil, kertas lukisan atau kertas mahjong KAEDAH: Berkumpulan OBJEKTIF: • Memberikan gambaran tentang identiti diri atau bagaimana individu melihat diri pada masa lampau, sekarang dan akan datang. LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator memberikan sehelai kertas lukisan dan pensel kepada setiap peserta.


17 2. Fasilitator mengarahkan peserta melukis lambang diri di atas kertas lukisan mengikut langkah berikut: a. Lukis satu (1) bulatan besar pada kertas masing-masing b. Bahagikan bulatan itu kepada tiga (3) bahagian; c. Bahagian 1: lukis satu (1) simbol yang melambangkan pengalaman diri dari masa lampau d. Bahagian 2: lukis satu (1) simbol yang melambangkan diri pada masa sekarang e. Bahagian 3: lukis satu (1) simbol yang melambangkan diri pada masa akan datang 3. Setelah selesai melukis peserta diminta untuk membuat perkongsian mengenai simbol-simbol yang telah mereka lukiskan. PERBINCANGAN: 1. Apakah perasaan anda apabila bercerita tentang diri anda kepada orang lain? 2. Apa yang anda fikirkan apabila anda bercerita tentang diri anda kepada orang lain? 3. Adakah anda bangga dengan diri anda? 4. Apakah perasaan anda mengenai diri anda antara tiga jangka masa tersebut? 5. Adakah anda yakin dalam mencapai harapan yang anda inginkan? 6. Bagaimanakah untuk melaksanakan aktiviti ini dalam kehidupan seharian? RUMUSAN: Berkongsi pengalaman dapat menyemak bagaimana individu mempercayai dirinya. Adakah ia positif atau negatif. Adakah individu merasakan perubahan dari segi perasaan mengenai diri sendiri. Hasil perbincangan diharapkan dapat meningkatkan kepercayaan individu terhadap diri dan orang lain.Kesannya aktiviti ini diharapkan dapat mewujudkan perhubungan yang lebih mesra, kefahaman dan pemahaman diri yang mendalam.


18 FALSAFAH: Dengan menggalakkan peserta kumpulan berkongsi pengalaman yang berkaitan dirinya sesama peserta dan kelompok dapat menyedari bagaimana kefahaman peserta tentang dirinyai. Kesedaran ini boleh meningkatkan keyakinan diri terutama melalui interaksi kelompok.


19 TEMA 1: PENGENALAN KENDIRI AKTIVITI: 3 TAJUK: KELEBIHAN DIRI TEMPOH MASA: 2 Jam PERALATAN: Pen atau Pensel dan Kertas A4 KAEDAH: Berkumpulan OBJEKTIF: • Dapat membantu individu menilai diri kelebihan dan kelemahan yang dimiliki. • Mendapatkan maklum balas dari peserta lain mengenai kelemahan dan kekuatan diri bagi memperkayakan maklumat diri dan memperbaiki kelemahan yang ada. LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator memberikan sehelai kertas A4 dan pensel kepada setiap peserta. 2. Fasilitator meminta peserta kelompok untuk menyenaraikan 3 perkara positif, 3 perkara negatif dan 3 perkara yang boleh diubah tentang diri. 3. Setelah selesai peserta diminta membincangkan dalam kelompok. PERBINCANGAN 1. Apakah perasaan anda apabila bercerita tentang kelemahan diri anda kepada orang lain?


20 2. Apakah perasaan anda apabila bercerita tentang kekuatan diri anda kepada orang lain? 3. Apa yang anda fikirkan apabila anda bercerita tentang diri anda kepada orang lain? 4. Adakah anda boleh mencapai perkara yang ingin diubah pada diri anda? 5. Bagaimana anda dapat aplikasikan apa yang anda pelajari pada aktiviti ini dalam kehidupan seharian terutamanya apabila berdepan dengan masyarakat? RUMUSAN: Berkongsi pengalaman dan maklumat dapat meningkatkan kepercayaan kita terhadap orang lain dan kesannya dapat mewujudkan perhubungan yang lebih mesra. Memahami tentang diri sendiri dari segi kelemahan dan kelebihan diri merupakan langkah penting untuk memulakan sesuatu perancangan hidup terutama perancangan kerjaya. Melalui interaksi kelompok lebih banyak maklumat boleh didapati mengenai diri. FALSAFAH: Menggalakkan peserta kumpulan berkongsi pengalaman yang berkaitan dirinya dan membantu setiap peserta kumpulan menambah maklumat diri, mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri sebagai asas memulakan kerja untuk merancang kerjaya.


21 TEMA 2: PERANCANGAN KERJAYA Tema kedua dalam model ini ialah perancangan kerjaya yang melibatkan 6 sesi kaunseling kelompok untuk memperoses 6 bentuk aktiviti yang dirancang. Ia merupakan sambungan sesi pengenalan kendiri di atas. Pencarian kerjaya yang terbaik haruslah berdasarkan minat, personaliti individu, dan bersifat realistik. Aktiviti dalam modul ini dibentuk untuk membantu peserta AADK dalam merancang kerja yang sesuai dengan minat dan personaliti yang ada pada diri mereka berdasarkan teori kerjaya Holland iaitu Realistic, Investigate, Artistic, Social, Enterprising, Conventional (RIASEC). AKTIVITI: 4 TAJUK: KERJAYA KU! TEMPOH MASA: 2 jam PERALATAN: Instrumen John L. Holland’s Self-Directed Search (SDS) (versi alih Bahasa Melayu-SDS AADK), kertas A4, Pensel KAEDAH: Kelompok OBJEKTIF: • Memahami pilihan kerjaya yang sesuai dengan minat diri dan persekitaran kerja yang bersifat realistik LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator mengucapkan selamat datang kepada peserta kelompok. 2. Fasilitator menerangkan secara ringkas mengenai kepentingan mencari pekerjaan yang sesuai dan suasana kerja yang realistik dengan diri mereka. 3. Peserta diberikan masa 30 minit untuk menjawab alat ukur SDS-AADK. 4. Setelah semua peserta selesai menjawab alat kajian yang diberi mereka diminta berkumpul semula dalam kelompok. 5. Alat kajian di kira skor bagi setiap peserta. 6. Keputusan SDS-AADK dibincangkan bersama di dalam kumpulan.


22 7. Berdasarkan keputusan SDS-AADK, setiap peserta kelompok diminta berkongsi antara bidang pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka, 8. Peserta dikelompokkan mengikut jenis personaliti Holland tadi. 9. Peserta diminta untuk menyenaraikan keputusan kerjaya yang realistik dan dirasakan sesuai dengan diri mereka.mengikut jenis personaliti yang telah dikenal pasti. 10.Fasilitator memainkan peranan penting agar peserta kelompok tidak memilih kerjaya di luar jangkauan diri masing-masing. 11.Peserta kelompok diminta menyenaraikan pilihan-pilihan kerjaya seperti yang telah dibincangkan di dalam kelompok. Senarai ini diberikan kepada fasilitator. 12.Pada akhir sesi, peserta kelompok diminta untuk membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Fasilitator kemudian membuat rumusan besar terhadap aktiviti yang telah dilakukan. PERBINCANGAN 1. Apakah yang anda fahami dari aktiviti tadi? 2. Apakah perasaan anda tentang aktiviti ini? 3. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini? 4. Adakah anda rasa aktiviti ini telah membantu anda memahami diri anda? 5. Apakah contoh kerjaya yang anda boleh lakukan selepas dibebaskan daripada pusat ini? 6. Adakah anda yakin dalam mencapai citi-cita yang anda ingin capai? 7. Sekiranya tidak tercapai bagaimana? 8. Adakah kerjaya-kerjaya yang lain yang anda minat atau anda ingin tahu? 9. Adakah perkataan-perkataan dalam kerjaya sukar difahami? 10.Adakah terdapat kerjaya yang dipilih tidak dapat dicapai kerana halangan teertentu?


23 RUMUSAN Aktiviti ini membantu peserta kumpulan lebih memahami diri dan suasana kerja yang sesuai dengan diri secara lebih saintifik. Peserta lebih memahami pilihan kerjaya yang sesuai dengan diri dan minat masing-masing. Aktiviti ini direka untuk membantu peserta memikirkan prospek kerjaya yang bersifat realistik bersesuaian dengan diri pelath yang akan keluar dari pusat. FALSAFAH Fitrahnya manusia itu seimbang, kesesuaian bukan sahaja dilihat dari sudut fizikal, akademik dan pendapatan,tetapi suasana kerja juga perlu diambil kira. Kerana manusia akan lebih produktif dalam suasana kerja yang sesuai dengan jiwanya serta menggembirakan.Kerjaya adalah memanifestasikan konsep kendiri seseorang individu.


24 TEMA 2: PERANCANGAN KERJAYA TAHAP KESEDIAAN BEKERJA Aktiviti ini direka bentuk untuk melihat tahap kesediaan peserta AADK untuk menempuh alam pekerjaan. Aktiviti ini dapat membantu memberi suntikan semangat kepada peserta AADK terhadap kepentingan mempunyai pekerjaan dalam memperbaiki kehidupan mereka, termasuk mengatasi ketagihan dadah. AKTIVITI: 5 TAJUK: ADAKAH AKU SUDAH BERSEDIA? TEMPOH MASA: 2 jam PERALATAN: Kertas A4, pen KAEDAH: Kaunseling Kelompok OBJEKTIF: • Membantu peserta menyediakan diri secara mental dan emosi untuk memulakan perancangan untuk bekerja. • Memahami pilihan kerjaya yang sesuai dengan minat diri dan bersifat realistik LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator mengucapkan selamat datang kepada peserta kelompok. 2. Fasilitator menerangkan secara ringkas tentang kepentingan pekerjaan. 3. Fasilitator bertanya kepada peserta kelompok tentang kesediaan mereka untuk bekerja setelah dibebaskan daripada pusat kelak (contoh; perancangan, pengalaman lampau dan sebagainya). 4. Peserta kelompok diberikan kertas A4 dan pen.


25 5. Mereka diminta untuk menyenaraikan 3 perkara yang memberikan motivasi atau sebab bagi diri mereka untuk bekerja, dan 3 perkara yang menyukarkan atau menyulitkan mereka untuk bekerja. 6. Mereka diberikan masa 5-10 minit untuk menyenaraikan 3 perkara ini. 7. Setelah selesai isu ini dibincangkan di dalam kelompok. Peserta kelompok lain diminta membantu rakan-rakan dalam mengatasi perkara-perkara yang menyukarkan/menyulitkan mereka untuk bekerja. 8. Pada akhir sesi, peserta kelompok diminta untuk membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dijalankan. 9. Fasilitator kemudian membuat rumusan besar terhadap aktiviti yang telah dilakukan. PERBINCANGAN 1. Apakah perasaan anda tentang aktiviti ini? 2. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini? 3. Siapa yang boleh memberi motivasi kepada anda? 4. Bagaimanakah tahap kesediaan anda untuk bekerja sebelum dan selepas aktiviti ini dijalankan? 5. Sekiranya perancangan anda tidak tercapai, apakah perancangan lain yang sesuai buat anda? 6. Sejauh mana anda merasakan perancangan anda boleh dicapai? RUMUSAN Peserta AADK lebih memahami bahawa kesediaan mereka untuk bekerja memberikan impak pada tahap motivasi mereka untuk bekerja. Peserta juga perlu memahami bahawa mereka perlu bersedia secara mental dan emosi yang menyediakan diri untuk bekerja setelah keluar dari pusat rawatan.


26 FALSAFAH Kesediaan diri yang dapat memberikan kesan dan impak positif ialah apabila mellibatkan kesedian bukan sahaja fizikal tetapi keseluruhan mental dan juga emosi.


27 TEMA 2: PERANCANGAN KERJAYA MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA Dalam proses membuat perancangan kita perlu mempunyai kemahiran atau kebolehan membuat keputusan. Membuat keputusan kerjaya perlu mengambil kira pelbagai perspektif. Berdasarkan minat kerjaya yang telah dibincangkan sebelum ini, peserta akan diberikan peluang untuk membuat keputusan kerjaya yang lebih konkrit dan sesuai dengan diri dan realistik. AKTIVITI: 6 TAJUK: INI KEPUTUSAN AKU! TEMPOH MASA: 2 jam PERALATAN: Tiada KAEDAH: Kaunseling Kelompok OBJEKTIF: • Mempelajari proses membuat keputusan. • Membuat keputusan kerjaya sesuai dengan diri peserta. LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator mengucapkan selamat datang kepada peserta kelompok. 2. Fasilitator memberikan semula senarai kerjaya yang telah diisi oleh peserta kelompok dalam aktiviti 1 tema 2, sesi 4. 3. Berdasarkan pilihan kerjaya yang telah disenaraikan, peserta kelompok diminta membuat keputusan mengenai kerjaya yang menjadi pilihan mereka. Mereka diberikan masa 10 minit untuk membuat keputusan. 4. Setiap peserta kelompok diminta membincangkan keputusan mereka dengan peserta kelompok yang lain dan diminta memberikan justifikasi terhadap keputusan mereka.


28 5. Pada akhir sesi, peserta kelompok diminta untuk membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dijalankan terutama bagaimana proses membuat keputusan dilaksanakan. 6. Sekiranya pilihan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan, apa akan terjadi? 7. Fasilitator kemudian membuat rumusan besar terhadap aktiviti yang telah dilakukan. PERBINCANGAN 1. Apakah perasaan anda tentang aktiviti ini? 2. Apakah yang anda rasa tentang keputusan yang telah anda lakukan dalam aktiviti ini? 3. Bagaimanakan proses yang telah anda lakukan untuk anda mencapai keputusan tersebut? 4. Adakah anda yakin dengan keputusan yang dibuat? 5. Apakah cabaran pemilihan kerjaya yang anda pilih? 6. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini? RUMUSAN Membuat keputusan adalah satu kemahiran yang penting dalam seluruh kehidupan. Memiliki kemahiran tersebut membolehkan sesatu keputusan yang dibuat lebih dapat dipertanggungjawabkan. Peserta AADK kini diharapkan lebih yakin dengan keupayaan diri untuk membuat keputusan kerjaya. Ini memberikan mereka suntikan motivasi untuk meneruskan kehidupan mereka dengan kerjaya tertentu tanpa dibelenggu masalah dadah. FALSAFAH Kebolehan membuat keputusan yang baik dan rasional adalah cara hidup yang berkesan.


29 TEMA 2: PERANCANGAN KERJAYA ASPIRASI MASA DEPAN (KERJAYA) Bagi meningkatkan aspirasi masa depan peserta, maklumat apa yang ada didalam komuniti dan peluang yang telah disediakan adalah dirasakan sangat penting. Aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta AADK agar mereka lebih memahami mengenai ruang dan peluang kerjaya yang boleh mereka dapatkan bagi membantu proses pemulihan mereka ke arah yang lebih positif. AKTIVITI: 7 TAJUK: Apa Yang Di Sediakan Untuk Anda TEMPOH MASA: 2 Jam PERALATAN: Buku Catatan sendiri KAEDAH: Ceramah tajuk ‘Satu Azam’ anjuran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia • Ceramah Kumpulan Besar • Perbincangan Kumpulan Kecil OBJEKTIF: • Mengumpul maklumat kerja dan peluang yang disediakan kerajaan untuk bekas penagih • Menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan pihak yang bertanggungjawab dalam bidang penyediaan maklumat pekerjaan • Memperkenalkan kaedah menulis kertas cadangan untuk mencari modal perniagaan Penceramah: Kementerian Sumber Manusia LANGKAH-LANGKAH:


30 1. Perbincangan Awal Bersama Pegawai Kementerian Sumber Manusia Mengenai Program 1 Azam khusus untuk bekas penagih dadah Kandungan Ceramah: 1. Apakah Program 1 Azam? 2. Bagaimana 1 Azam Membantu Anda Mendapat Kerja Atau Mencipta Kerja 3. Syarat-Syarat mendapatkan kerja 4. Bidang-Bidang Kerjaya yang boleh diceburi 5. Bagaimanakah bentuk kertas cadangan bagi mendapatkan modal untuk memulakan kerja atau usaha berniaga. 6. Setelah selesai ceramah peserta diberikan peluang bersoal jawab dengan pegawai yang bertanggungjawab. PERBINCANGAN 1. Perbincangan Kumpulan Kecil dimulakan dengan fasilitator untuk mendapat maklum balas dari peserta. 2. Fasilitator menggalakkan peserta mengambil bahagian dalam perbincangan bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang lebih untuk tujuan membuat perancangan kerjaya mereka. 3. Fasilitator membincangkan penulisan kertas cadangan bagi mendapat modal berniaga. RUMUSAN Hasil dari menghadiri ceramah peserta dijangka menambah himpunan maklumat yang membantu mereka untuk membuat perancangan kerjaya diri. Memastikan peserta boleh menulis kertas cadangan untuk mendapatkan modal untuk bekerja.


31 FALSAFAH Maklumat yang berbagai dan lengkap mengurangkan kesilapan malah menambah ketepatan dapat membuat keputusan.


32 TEMA 2: PERANCANGAN KERJAYA KISAH KEJAYAAN Sebagai usaha membantu dengan lebih khusus lagi model terapi kerjaya ini telah dikemaskan dengan adanya sesi perkongsiaan pengalaman dengan bekas penagih yang berjaya dalam kerjaya dan menghadapi penagihan. AKTIVITI : 8 TAJUK: Kisah Kejayaan (Success Story) TEMPOH MASA: 2 Jam PERALATAN: Buku catatan KAEDAH: Ceramah atau perkongsian pengalaman oleh bekas penagih yang berjaya • Ceramah Kumpulan Besar • Interaksi dalam kumpulan kecil OBJEKTIF: • Meningkatkan motivasi bekerja dalam kalangan bekas penagih • Memahami ciri-ciri untuk berjaya dalam pekerjaan yang perlu ditanam • Menyakinkan kejayaan boleh di capai dalam kalangan bekas penagih LANGKAH-LANGKAH: 1. Perbincangan awal bagi mengenal pasti bekas penagih yang berjaya dalam kerjayanya 2. Menghubungi penceramah yang telah dikenal pasti. 3. Menentukan fokus perkongsian seperti : • Ciri-ciri bekas penagih boleh berjaya dalam kerjaya


33 • Bagaimana menangkis cabaran semasa membina kerjaya • Apakah bentuk kerja yang boleh diceburi? • Interaksi antara peserta dengan masyarakat luar. • Peserta digalakkan berinteraksi dengan menyoal penceramah bagi mendapatkan jawapan dari kemusykilan diri mereka • Setelah selesai peserta berehat sebentar dan diminta berkumpul semula dalam kelompok kecil. PERBINCANGAN 1. Fasilitator menggalakkan peserta berinteraksi untuk mendapatkan maklum balas hasil dari perkongsian sebentar tadi. 2. Peserta diminta menyatakan pendapat mereka mengenai sesi sebentar tadi dan bagaimanakah penilaian mereka sama ada mereka dapat menjadikan sesi sebagai panduan dan motivasi untuk bekerja. RUMUSAN Sesi berkongsi pengalaman adalah merupakan kaedah yang baik di mana dapat menimbulkan rasa empati dan kesamaan antara peserta dan penceramah. Sesi yang baik boleh meningkatkan motivasi untuk berubah dan keyakinan untuk pulih dalam kalangan peserta. FALSAFAH Rasa kesamaan meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.


34 TEMA 2: PERANCANGAN KERJAYA MEMBINA PELAN TINDAKAN Setelah peserta kelompok mengumpulkan cukup maklumat mengenai diri dan maklumat mengenai kerja dan kerjaya. Langkah seterusnya ialah membantu mereka untuk membangunkan pelan tindakan. Ini adalah proses menyepadukan maklumat diri dan maklumat kerja untuk dibuat pilihan yang sesuai dengan diri. Proses ini sangat penting agar membolehkan peserta memikirkan apakah yang patut dilaksanakan, apakah lagi persediaan yang diperlukan dan apakah perubahan penting perlu dibuat terutama mengenai diri sendiri. Tanpa pelan tindakan yang realistik, terapi kerjaya ini tidak akan dapat benar-benar membantu peserta menyediakan diri untuk keluar bekerja nanti. Pelan tindakan yang direncana dengan lengkap akan menjadi pegangan peserta apabila keluar nanti dan berusaha untuk mendapatkan kerja. Aktiviti: 9 TAJUK: MEMBINA PELAN TINDAKAN TEMPOH MASA: 4 Jam PERALANTAN: Kertas Mahjong dan Buku Catatan KAEDAH: Latihan Dalam Kumpulan (LDK) OBJEKTIF: • Membincangkan kaedah merencana pelan tindakan • Memastikan setiap peserta dapat merancang tindakan untuk memilih pekerjaan • Memastikan setiap peserta mempunyai pelan tindakan yang bertulis dan dapat dirujuk nanti.


35 LANGKAH-LANGKAH: 1. Dalam kumpulan fasilitator merumuskan semula semua aktiviti mengenal diri dan mengumpul data kerjaya yang telah dijalankan. 2. Fasilitator mengaitkan kepentingan data diri dan maklumat kerjaya yang telah dikumpul. 3. Peserta diminta mencari 3 orang rakan bagi membentuk satu kumpulan. Berasaskan pengetahuan mengenai kekuatan dan kelemahan diri, minat dan bakat serta kelayakan serta maklumat alam kerjaya, dalam kumpulan kecil yang dipilih, peserta diminta merancang kerja yang bakal diceburi oleh setiap peserta secara individu, apabila keluar dari pusat pemulihan. 4. Setelah selesai merancang dalam kumpulan kecil, setiap peserta diminta berkongsi membincangkan apakah pekerjaan yang dirasakan ingin diceburi dalam kelompok besar. PERBINCANGAN 1. Bincangkan kemungkinan-kemungkinan yang terjadi apabila kerja dipilih. 2. Apakah kualiti diri yang ada pada peserta yang membolehkan ia ingin memilih kerja tersebut. 3. Bagaimanakah anda mendapatkan modal? 4. Bagaimanakah mencari maklumat khusus seperti bidang pertanian dan perniagaan. 5. Bagaimanakah merancang untuk berhadapan cabaran sekeliling? 6. Bagaimanakah menulis kertas cadangan untuk berjaya memulakan kerja terutamanya kerja sendiri? 7. Pembentangan dalam kumpulan kecil cadangan untuk mendapatkan maklum balas kekuatan dan kelemahan cadangan. RUMUSAN Melalui aktiviti ini, setiap peserta akan menyediakan satu cadangan dan rumusan kerja yang dirasakan baik dan boleh dilaksanakan apabila keluar dari pusat pemulihan


36 FALSAFAH Merancang kerjaya memerlukan satu perancanaan yang baik berasaskan maklumat yang betul.


37 TEMA 3: MEKANISMA DAYA TINDAK PENGURUSAN DIRI Mekanisma daya tindak penting bagi membantu peserta untuk mempelajari bagaimana mengurus diri apabila berhadapan dengan masyarakat dan yang paling penting mengurus diri bagi meningkatkan keyakinan diri dalam dunia kerjaya dan menghindari relaps dalam penyalahgunaan dadah terutama relaps. AKTIVITI: 10 TAJUK: Pengurusan Diri TEMPOH MASA: 2 jam PERALATAN: Buku Panduan Pengurusan Diri KAEDAH: Perbincangan Kelompok OBJEKTIF: • Membolehkan para peserta memahami erti menguruskan diri. • Membolehkan peserta kelompok berkemahiran mengurus diri. • Meningkatkan keterampilan dan kepercayaan orang disekeliling terhadap diri peserta LANGKAH-LANGKAH 1. Fasilitator bertanyakan khabar para peserta dalam sesi dan merumus dapatan sesi yang lepas. 2. Peserta diminta ingat kembali bagaimana keadaan mereka menguruskan diri sebelum masuk ke pusat. 3. Bincangkan apa yang peserta faham tentang pengurusan diri? 4. Peserta dipinjamkan sebuah buku latihan tentang pengurusan diri. 5. Peserta diminta untuk merujuk latihan tiga daripada buku pengurusan diri dan membincangkannya dalam latihan.


38 6. Peserta diminta menambah perkara tambahan lain dalam mengurus diri sendiri. 7. Peserta diminta membincangkan tentang pengurusan diri dari aspek fizikal, emosi, dan mental. PERBINCANGAN 1. Apa yang anda rasa tentang aktiviti ini? 2. Apa yang anda fikir tentang aktiviti ini? 3. Bagaimana anda laksanakan apa yang telah anda bincangkan? 4. Apakah kepentingan pengurusan diri dalam masyarakat? 5. Bagaimanakah penampilan diri memainkan peranan di tempat kerja? RUMUSAN Pengurusan diri penting bagi seseorang untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Pengurusan diri juga memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menerima kembali diri seseorang. FALSAFAH Pandangan pertama membawa kepada persepsi positif atau negatif seseorang. Keterampilan diri amat penting bagi seseorang untuk diterima masyarakat. Pengurusan diri bermula dengan disiplin diri dan ia adalah kunci kejayaan dalam kehidupan seseorang.


39 TEMA 3: MEKANISMA DAYA TINDAK PENGURUSAN RELAPS (Cognitive and Behavioral Therapy - CBT) Relaps adalah merupakan pemasalahan yang dihadapi oleh setiap peserta. Usaha mencegah relaps bukanlah mudah, tetapi perlu dilatih agar ia dapat menjadi satu daya tindak diri yang berkesan dan dapat digunakan setiap kali ia akan berlaku. Oleh itu model ini turut memberikan pendekatan kepada pengurusan relaps dengan memberikan panduan daya tindak kepada peserta kelompok. AKTIVITI: 11 TAJUK: Jauhi Relapse TEMPOH MASA: 2 Jam PERALATAN: Tiada KAEDAH: Tugasan Dan Latihan Dalam Kelompok OBJEKTIF: • Membincangkan waktu dan tanda-tanda relaps akan berlaku • Membimbing bagaimana untuk berhadapan dengan relapse menggunakan berbagai kaedah • Meningkatkan kemahiran daya tindak bagi mengurus relaps dari terus berlaku • Membincangkan pencetus yang menyebabkan berlakunya relaps termasuklan pencetus dalaman dan pencetus luaran LANGKAH-LANGKAH 1. Fasilitator memberi galakan dan peneguhan positif atas usaha peserta. 2. Fasilitator bertanyakan khabar para peserta dalam sesi dan mengingatkan kepada sesi yang lepas. 3. Fasilitator mula membuat aktiviti pernafasan, zikir dan relaksasi tubuh badan.


40 4. Fasilitator menggalakkan peserta berbincang faktor dan situasi asas yang membuatkan seseorang itu mungkin akan relaps (lokasi, barang, orang) dan faktor emosi seperti tertekan, marah, dan seronok. 5. Fasilitator dan peserta berbincang bersama berkenaan pencetus dalaman dan pencetus luaran bagi setiap individu peserta. 6. Fasilitator menerangkan pencetus bagi setiap diri individu berbeza dengan peserta yang lain. 7. Fasilitator berbincang dengan peserta tentang masalah relaps peserta dan kaitkan dengan faktor yang menyebabkan relaps. 8. Fasilitator memberikan gambaran atau contoh situasi yang menyebabkan peserta terfikir untuk kembali ke tabiat asal. (eg : “Kalau sekali cuba tak apa kot, bukannya selalu”). 9. Fasilitator mengajar peserta kaedah “thought stopping” berdasarkan kepada situasi sebenar yang pernah dan yang akan dihadapi oleh peserta. 10.Fasilitator juga membincangkan bersama peserta jika peserta tidak berjaya mengendalikan kaedah ini dengan berkesan. 11.Fasilitator dan peserta membuat role play bagi kemahiran yang telah dipelajari. 12.Fasilitator memberi kerja rumah dengan meminta para peserta membuat teknik relaksasi apabila marah atau stres. 13.Perbincangan akan dilanjutkan pada sesi akan datang tentang latihan kerja rumah yang telah diberi. PERBINCANGAN: 1. Apa yang anda rasa tentang aktiviti ini? 2. Apa yang anda fikir tentang aktiviti ini? 3. Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila berdepan dengan stimulan? 4. Apa reaksi anda dari segi fizikal apabila berdepan dengan stimulan? 5. Bagaimana anda melaksanakan apa yang telah anda bincangkan? 6. Siapakah yang dapat membantu anda ketika menghadapi situasi berkenaan?


41 RUMUSAN Sebagai seorang manusia, kita dapat menentukan arah hidup kita dengan berdoa dan berusaha supaya takdir diri kita berubah dengan izin dan bantuan dari Allah yang Maha Esa dan Maha Penyayang. Kaedah mudah dari terapi CBT boleh diamal bagi meningkatkan daya tindak menghadapi relaps. FALSAFAH Relaps boleh diurus dengan berkesan dengan adanya ilmi, azam dan tekad yang telah atau akan ditanam dalam diri. Bertambahnya daya tindak dalam diri melalui perkongsian dan percambahan ilmu akan meningkatkan peluang kejayaan dalam menguruskan relaps.


42 TEMA 3: MEKANISMA DAYA TINDAK KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH Masalah sentiasa ada di dalam kehidupan. Namun dengan memiliki kaedah yang baik dalam menyelesaikan masalah akan membantu dalam usaha mengurus diri kebolehan menyelesaikan masalah bererti meningkatkan daya tindak diri. Masalah adalah pelbagai oleh itu tidak ada cara penyelesaian yang standard. Kebijaksanaan mengunakan daya tindak menyelesaikan masalah adalah penting dalam menguruskan kehidupan secara efektif AKTIVITI: 12 TAJUK: KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH TEMPOH MASA: 2 JAM PERALATAN: Buku Penyelesaian Masalah, kertas A4 dan Pensel KAEDAH: Main peranan dan Latihan dalam kumpulan OBJEKTIF: • Memahami sistem sokongan, pengurusan emosi dan cara penyelesaian masalah. • Memahami bahawa secara realiti kehidupan ini ada kalanya sukar dan ada kalanya senang, dan tahu bagaimana untuk menguruskannya. LANGKAH-LANGKAH 1. Fasilitator bertanyakan khabar para peserta dalam sesi dan membuat rumusan ringkas berkenaan sesi yang lepas. 2. Fasilitator mula membuat aktiviti pernafasan, zikir ringkas dan relaksasi tubuh badan.


43 3. Fasilitator menerangkan kepada peserta tentang aktiviti graf kehidupan yang akan dilaksanakan dalam sesi ini, geraf itu merangkumi titik-titik peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan peserta kelompok. 4. Fasilitator meminta peserta untuk melakarkan graf kehidupan mereka selama 5-10 minit. 5. Para peserta diminta menceritakan lakaran graf kehidupan yang mereka hasilkan dan bagaimana mereka berdepan dengan masalah yang dihadapi. 6. Peserta juga diminta untuk mengenalpasti orang-orang penting yang membantu ketika menghadapi masalah. 7. Peserta diminta menggunakan buku Penyelesaian Masalah yang dipinjamkan dan membincangkan aktiviti Santai Minda 3. 8. Peserta diminta membuat cara pengurusan masalah dan konflik yang dihadapi dan dibincangkan di dalam kelompok. PERBINCANGAN: 1. Apa yang anda rasa tentang aktiviti ini? 2. Apa yang anda fikir tentang aktiviti ini? 3. Siapakah yang banyak membantu dalam kehidupan anda? 4. Bagaimanakah mereka akan membantu anda pada masa akan datang? 5. Bagaimanakah anda menyelesaikan konflik atau masalah yang anda hadapi berdasarkan graf kehidupan anda? 6. Apa yang anda fikir bagaimana kuasa Allah dapat membantu anda dalam masa anda memohon pertolongan daripadaNya? 7. Bagaimanakah anda aplikasikan apa yang telah anda bincangkan di dalam kehidupan? RUMUSAN Masalah boleh diatasi dengan adanya pengurusan masalah yang betul dan dengan bantuan mereka yang menjadi sistem sokongan kita, maka masalah berkenaan akan berkurangan dan bebanan hidup mungkin dapat dikurangkan dengan pemerkasaan diri yang betul.


44 FALSAFAH : Masalah ialah sebahagian daripada kehidupan, bagaimana kita menguruskanya amatlah penting. Masalah dan mengharungi masalah dalam kehidupan dapat mematangkan seseorang.


45 PENUTUP Model Terapi Kerjaya AADK yang telah dibina dan diuji ini telah dibangunkan berasaskan kepada model kerjaya Magnusson dan teori kerjaya Super dan teori personaliti Holland. Diharapkan model ini dapat membantu para fasilitator terutama di pusat pemulihan untuk melengkapkan usaha pemulihan mereka. Model ini telah diuji dan mendapat kesan yang amat positif. SEKIAN, TERIMA KASIH PENULIS DAN PENYELIDIK


46 RUJUKAN Arnold, J. & Cohen, L. (2008). The psychology of careers in industrial-organizational settings: A critical but appreciative analysis. In G. P. Hodgkinson & J. K. Ford (Eds.) International Review of Industrial/Organizational Psychology, Vol. 23 (pp.1–44). Chichester: Wiley. Arthur, M. B., Hall, D. X, & Lawrence, B. S. (1989). The handbook of career theory. Cambridge, UK: Cambridge University Press. Canadian Association of Occupational Therapiest (2017) Retrieved from: http://www.caot.ca/default_home.asp?pageid=2398. Collin, A. & Watts, A. G. (1996). The death and transfiguration of career and of career guidance? British Journal of Guidance and Counselling, 24, 385-398. Fauziah, I., Arifin, Z., Wan Shahrazad, W. S., Lukman, Z. M., Roseliza Murni, A. R., Zainah, A. Z., & Siti Fatihah, G. (2010). Measuring motivational readiness for change among drug addicts in Malaysia: A descriptive analysis. The Social Sciences, 5(5), 429-432. Fauziah Ibrahim dan Naresh Kumar. (2009). Factors Effecting Drug Relapse in Malaysia: An Emperical Evidence. Asian Social Science, Vol 5(12). Cloud, W., & Granfield, R. (2001). Natural recovery from substance dependency: Lessons for treatment providers. Journal of Social Work Practice in the Addictions, 1 (1), 83-104. Jamaludin Ahmad, Rosdi Yusof, Siti Rahmah Alias & Muhammad Asraf Che Amat (2011).The construction, validity, reliability and effectiveness of drug rehabilitation module on self concept of female addicts and motivation achievement of male addicts in Malaysia. International Journal of Humanities and social science. Vol.1No.10: 217-228. Magnusson, K. C. (2014, July 13). Five Processes of Career Planning. Retrieved from http://www.ericdigests.org/1997-4/career.htm. McLellan, A. T., Lewis, D. C., O’ Brien, C.P. (2000). Drug dependence, a chronic medical illness: Implications for treatment, insurance, and outcomes evaluation. Journal of the American Medical Association 284 (13), 1689– 1695.


47 Mohd Azlan Bin Mohd Nor & Mahmood Nazar Bin Mohamed. (2009). Faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni pusat pemulihan penagihan narkotik (PUSPEN). Journal Antidadah Malaysia. 5(1): 1-29. Bavojdan, M. R., Towhidi. A., & Rahmati. (2011). The Relationship between Mental Health and General Self-Efficacy Beliefs, Coping Strategies and Locus of Control in Male Drug Abusers. Addiction & Health. Opp. (2008, April 8). What is Occupational Therapy. Retrieved from: http://www.aota.org/About-Occupational/Therapy/Professionals/ MH/Articles/ RecoveryWithPurpose.aspx. Sharf, S.R. (2010). Applying career development theory to counseling (5th Ed.). Belmont,C. A. Brooks/ Cole. Super, D. E. (1990). A life span, life-space approach to career development. In D. Brown, & L.Brooks (Eds.), Career choice and development (2nd ed.). San Francisco: Jossey – Bass.


Click to View FlipBook Version