SCM3173
TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PERMUZIUMAN
TUGASAN 2: REFLEKSITIVITI INDIVIDU
KELAS: SCW_KW3/2
NAMA PENSYARAH:
ENCIK GOOI LIANG JUN
NAMA PELAJAR:
NAMA NO.MATRIK
MUHAMMAD AIDIL BIN HAMIDON C19A0273
Pembelajaran bagi kursus SCM3173 Teknologi Multimedia Dalam Permuziuman yang diajar
oleh pensyarah iaitu Encik Gooi Liang Jun sememangnya telah memberikan suatu pengajaran
yang sangat berguna dan berguna kepada pelajar. Hal ini kerana pensyarah sangat
menitikberatkan kefahaman pelajar dan mengajar pelajaran dengan lemah lembut. Pembelajaran
kursus ini telah membuatkan pengetahuan pelajar dalam rekabentuk teknologi multimedia
berkembang dan mampu untuk berurusan dengan pihak muzium di dalam talian dan fizikal
dalam rekabentuk multimedia yang bersesuaian dan berkesan dalam bidang permuziuman.
Pelajar juga dapat meningkatkan tahap kreativiti serta mampu untuk menyumbangkan sedikit
idea di dalam mempersembahkan multimedia yang menarik dan juga sesuai. Dalam kursus ini
juga dapat membantu pelajar untuk mahir dalam bidang penghasilan website dan penghasilan
video. Saya akui saya paham mengenai permuziuman dan cara untuk mengedit video dalam
bahagian media interaktif dengan menggunakan telefon pintar.Melalui daripada setiap tugasan-
tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kepada setiap kumpulan ini turut memberikan satu
pengajaran dan pembelajaran yang sangat berguna kepada pelajar dalam penghasilan
multimedia yang berkesan. Di dalam tugasan 1a, ianya telah memberikan satu pengalaman yang
baharu buat pelajar di mana setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah website yang
komunikatif dalam menyampaikan maklumat dalam website lebih berkesan. L memberi
kelonggaran kepada pelajar untuk mengambil inspirasi dan panduan daripada lama web
daripada institusi muzium antarabangsa. Pengalaman yang sangat berharga di mana pelajar
menjadikan British Museum sebagaipanduan dalam menghasilkan lama web yang lebih inovasi.
Dalam penghasilan laman web ini pelajar dapat mempelajari tentang konsep yang perlu
diletakkan dalam pembangunan lama webiaitu konsep yang minimalis serta sederhana dan juga
penggunaan warna yang tidak terang. Melaui panduan daripada Biritish Museum inilah telah
membuatkan penghasilan lama web kumpulan pelajar seolah-olah laman web yang professional
dan tidakterlalu menonjol. Ini telahmenjadikan pengalaman yang sangat berguna kepada pelajar
dalam menggunakan ilmu ini pada masa akan datang.
Pengajaran yang berguna juga dalam Tugasan 1b di mana pelajar dapat mempelajari serta
mampu untuk mengeluarkan apakah permasalahan yang terdapat pada muzium dan juga laman
web sedia ada. Melalui tugasan ini pelajar dapat mengetahui masalah dengan lebih mendalam
seperti masalah teks dan susunan atur serta pelajar dapat mengaplikasi apakah penyelesaian
yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah teks ini. begitu juga dengan tugasan 1c.
sememangnya ianya telah memberikan anjakan pardigma yang sangat tinggi buat pelajar di
mana tugasan ini perlu menghasilkan video yang yang kreatif dan mempunyai kualitiyang tinggi.
dalam memastikan video yang dihasilkan menarik serta mengikut kepada kehendak pensyarah.
Untuk penghasilan video ini pelajar telah menggunakan sudut 360°untuk membuatkantaynagn
video menarik serta penghasilan video ini telah memberikan pelajaran yang berguna kerana
dapat berinteraksi dengan pengunjung muzium. Bagi tugasan 1d pula pelajar dapat mengetahui
apakah masalah grafik yang lazim serta dapat mengenalpasti cara penyelesaiannya. Tugasan ini
memerlukan ketelitian yang tinggi kerana perlu memastikan setiap sudut muzium dapat
ditangkap sepenuhnya.
Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan subjek ini kerana subjek ini mengajar saya
erti kerjasama antara ahli kumpulan dan staf muzium. Selain itu, saya seronok belajar subjek
ini kerana pensyarah sangat memahami keadaan setiap pelajar.