The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Azhar- kabm82, 2021-06-27 22:40:43

C02 P1 Pendawaian Permukaan

C02 P1 Pendawaian Permukaan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62250 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE AND THREE PHASE

PROGRAM’S CODE & NAME ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT EE-320-2:2012-C02 SINGLE PHASE WIRING
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO.AND
TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING
TUGASAN/ WORK ACTIVITIES SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
NO.AND STATEMENT
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
EQUIPMENT AND MATERIALS

3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING

SYSTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION

BOARD (DB)(METALLIC OR INSULATED)
INSTALLATION
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES
INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL
INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES
REPORT

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 1

Drp / Of : 17

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 2

Drp / Of : 17

TAJUK / TITLE:
PENDAWAIAN PERMUKAAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih
tentang langkah membuat pendawaian satu fasa berdasarkan gambar rajah
pendawaian,penyediaan alat tangan, peralatan dan bahan berdasarkan jenis
pendawaian,mendawai litar satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian,memasang sistem
pembumian berdasarkan peraturan IEE,membuat tamatan kabel pada unit pengguna
berdasarkan gambar rajahpendawaian,membuat tamatan kabel pada alat tambah berdasarkan
gambar rajah pendawaian,memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan
pemeriksaanvisual,menguji keterusan, kekutuban dan rintangan penebatan berdasarkan
pendawaian,menguji kefungsian ELCB/RCB berdasarkan peraturan IEE,mengesahkan laporan
berdasarkan prosedur.

1. PENDAWAIAN PERMUKAAN

1.1. Pemasangan Pendawaian Permukaan.

Pemasangan pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling
kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit. Pemasangan permukaan pendawaian tidak
sesuai pada permukaan yangterdiri daripada bahan jenis logam. Sekiranya pendawaian
permukaan dibuat pada bangunan batu atau simen, manakala kabel akan diklipkan atas satu
bilah papan yang telah dipasang pada dinding atau siling bangunan tersebut. Rajah 1
menunjukkan gambar foto pendawaian permukaan.

5

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 3

Drp / Of : 17

Rajah 1: Gambar foto Pendawaian Permukaan

Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis
(PVK/PVK),kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal.Sistem pendawaian ini sesuai di
tempat yang mana suhu disekelilingnya tidak melebihi 65 ºC.

1.2. Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan.

Sebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat
pendawaian, berikut ialah langkah-langkah asas membuat pendawaian permukaan bagi
membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah
langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan;

1. Melakar litar pendawaian berdasarkan litar skematik yang dibekalkan.
2. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik.
3. Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik.
4. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE.
5. Membuat pengujian visual.
6. Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar mati.
7. Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.

Rajah 2 menunjukkan proses mendawai pendawaian permukaan.

6

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 4

Drp / Of : 17

Rajah 2: Proses mendawai Pendawaian Permukaan

1.2.1. Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan
7

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 5

Drp / Of : 17

Antara perkara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai danmenjaga standard pendawaian
adalah seperti berikut :

1. Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaianyang menembusi dinding
2. Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagisatu larian. jumlah kabel yang

banyak boleh mengurangkancengkaman pencengkam.
3. Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlakutindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik

dengan sebarang penebatdi antara laluan kabel itu.
4. Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
5. Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atassiling.
6. Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.

1.3. Perbezaan Litar Skematik dan Litar Pendawaian.

Untuk membantu anda memulakan pendawaian permukaan anda perlu mengenalpasti
Litar Skematik dan lakaran Litar Pendawaian. Litar skematik digunakan sebagai panduan untuk
melakar litar panduan, ia merupakan gambaran ringkas tentang pendawaian yang akan
dilakukan termasuk aksesori saiz kabel dan saiz fius yang akan digunakan. Lakaran gambarajah
pendawaian digunakan sebagai panduan semasa melakukan pendawai. Rajah 3adalah Litar
Skematik dan Rajah 4 adalah Litar Pendawaian.

Rajah 3: Litar Skematik dua Suis Dua Hala kawal satu Lampu
8

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 6

Drp / Of : 17

Rajah 4: Gambarajah Pendawaian

1.4 Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian Permukaan

Untuk melakukan sesuatu anda perlu mengetahui peralatan dan bahan diperlukan
mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Oleh kerana jenis pendawai yang hendak
dilakukan adalah jenis pendawaian permukaan anda perlu tahu peralatan dan bahan yang
diperlukan dalam pendawaian tersebut. Berikut adalah senarai peralatan dan bahan yang
diperlukan, sila rujuk padarajah 5 dan rajah 6 di bawah. Dalam jadual merupakan peralatan dan
bahan asas yang diperlukan ketika membuat pendawaian permukaan. Ada juga peralatan lain
digunakan untuk membuat pendawaian bagi tujuan memudahkan kerja pendawaian. Setelah
selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah disusun dengan kemas
dan diletakkan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga juga baki bahan yang digunakan
seperti kabel, paku dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan
menjaga kebersihan.

Bil. Peralatan Kegunaan

1.
Memotong kabel dan
membuang penebat pada
kabel

Pemotong Kabel
2. Digunakan bersama-sama

pemotong Kabel bagi

9

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 7

Drp / Of : 17

membuang penebat pada
kabel

Playar
3.

Memaku paku pada klip
timah semasa membuat
pendawaian

Penukul
4.

Alat untuk membentuk klip
timah sebelum dipaku
pada dinding.

Pembentuk Klip (Timah) Pendawaian
5.

Mengukur panjang kabel
dan jarak pendawaian

Pita ukur
6.

Mengetat skru ketika
membuat tamatan dan
memesang aksesori
Skru Driver
7.

Pena penguji Menguji pendawaian ketika
litar hidup

10

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 8

Drp / Of : 17

8.

Menguji keterusan dan
penebatan setelah
pendawai telah siap

Meter pelbagai
Rajah 5 : Peralatan untuk mendawai pendawaian permukaan

Bil. Bahan Jumlah
1. 1

Pemegang Lampu 2
2.
Berdasarkan Litar
Suis Dua Hala Skematik
3.
Secukupnya
Kabel
4.

Klip Plumbum

11

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 9

Drp / Of : 17

5.
Secukupnya

Paku Pendawaian
Rajah 6 : Bahan untuk medawai pendawaian permukaan

1.5 Kaedah Mengira Panjang Kabel

Untuk mengelak pembaziran dan menjimatkan kos anda perlu mengenalpasti panjang
kabel yang diperlukan ketika membuat pendawaian tersebut. Sebelum mengira panjang kabel
anda perlulah menentukanjenis kabel yang akan digunakan dahulu iaitu Hidup, Neutral dan
Bumi. Semasa hendakmenentukan kabel tersebut anda perlu melakar litar pendawaian dahulu
dengan merujuk kepada litar skematik yang akan dibekalkan. Litar skematik juga boleh
digunakan sebagai panduan untuk mengira panjang kabel-kabel tersebut. Ingat! Anda juga
mengenalpasti bilangan tamatan kabel pada setiap aksesori. Setiap tamatan kabel ditambah
sebanyak 50mm bagi memudahkan kerja pendawaian. Bagi saiz kabel pula anda perlulah
merujuk sama ada litar lampu atau litar kuasa. Oleh kerana litar yang hendak dilakukan
pendawaian ialah litar lampu, maka saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm². Jadual 1di bawah
merupakan kaedah mengira panjang tiap-tiap kabel.

Kabel Panjang Panjang sebenar
Hidup
(1 x 100) + (1 x 200) + (1 450mm + 1 tamatan =
Neutral x 150) 100 + 200 150 = 450 + 50 = 500mm
450mm
Bumi
(1 x 100) + (3 x 200) + (2

x 200) + (2 x 200) + (3 x 2150 + 7 tamatan =
200) + (1 x 200) + (1 x 2150 + (7 x 50) = 2150
150) = 100 + 600 + 400 + + 350 = 2500mm
400 + 600 + 150 =

2150mm

(1 x 100) + (1 x 200) + (1 450mm + 1 tamatan =
x 150) 100 + 200 150 = 450 + 50 = 500mm
450mm

Jadual 1: Pengiraan panjang kabel

1.6. Anda Tentu Mahu Pemasangan Anda Selamat dan Kelihatan Kemas.

Sekiranya pemasangan yang dilakukan mengikut peraturan sudah pasti pemasangan
selamat dan kemas. Peraturan yang dimaksudkan ialah Peraturan IEE, peraturan ini digunakan
untuk kerja-kerja pemasangan elektrik. Berikut, iaitu Jadual 2 merupakan Peraturan IEE bagi
jarak maksimum antara klip pada pendawaian.

12

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 10

Drp / Of : 17

Jarak maksimum bagi klip

Garis Kabel getah tanpa perisai pvk Kabel beperisai Kabel penebat mineral
pusat atau plumbum – bersalut salut kuprum atau salut

Keseluruhan umum Dalam kawalan aluminium

Kabel Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak
1 2 34567 8 9

Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm
9 250 400
300 400 350 450 600 800
9 15 350 450 400 550 900 1200
15 20 400 550 150 250 450 600 500 2000
20 40
Jadual 2: Peraturan IEE (Jadual 11A)

Rajah 7 menunjukkan kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE manakala
rajah 8 merupakan kedudukan klip yang betul dan kemas.

13

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 11

Drp / Of : 17

Rajah 7: Kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE
Rajah 7 : Kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE

Rajah 8: Kedudukan klip yang betul dan kemas
Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?

14

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 12

Drp / Of : 17

Kelengkapan elektrik yang disambung ke kabel bumi adalah juga dipanggil kelengkapan
Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogamadalah perlu disambung
ke kabel bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke
kabel bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai
badan berlogam tidakperlu membuat sambungan kabel ke bumi dan boleh menggunakan palam
dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua
sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah
menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yangterjadi tidak
mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan
elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatanyang ditetapkan bagi
mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh
Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluanstandard-standard keselamatan
yang telah ditetapkan.

1.7. Peraturan IEE membuat tamatan kabel pada alat tambah.

Berikut merupakan beberapa peraturan untuk melakukan tamatan kabel terhadap alat
tambah:

1. Ikatan mestilah kuat. Jika longgar boleh menyebabkan percikan api yang akan
mengakibatkankebakaran.

2. Semasa ikatan jangan masukkan kabel terlampau ke dalam sehingga ikatan skru berlaku
penebat.

3. Jangan biarkan pengalir pada kabel terdedah, pastikan panjangnya betul-betul sepadan
dengan ikatan.

4. Pastikan ada kabel bumi
5. Mengikut peraturan IEE, setiap badan (rangka) logam perlu dibumikan
6. Lebihkan 12 inci pada kotak agihan
7. Lebihkan 4 inci pada soket

1.8. Untuk Keselamatan Setiap Pemasangan harus diuji. Apakah Pengujian yang
dijalankan?

Menurut Peraturan IEE, pemasangan, tambahan atau perubahan bagi suatu pemasangan
yang telah siap hendaklah diperiksa dan diuji bagi memastikan peraturan dan keperluan-
keperluan tertentu dipatuhi (413-20)”. Ini bermaksud ialah untuk memastikan pemasangan
tersebut benar-benar selamat dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan pemasangan.

Setelah pendawaian siap dilakukan langkah pertama yang anda perlu dijalankan ialah
dengan melakukan pengujian secara visual (penglihatan mata kasar).Berdasarkan peraturan
IEE pemeriksaan secara mata kasar perlulah memastikan peralatan elektrik yang dipasang itu
dalam keadaan betul. Iaitu;

15

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 13

Drp / Of : 17

1. Lengkap dan memenuhi kehendak piawaian British (ini dapat dipastikan melalui cop
atau sijil yang dikeluarkan oleh pembuat alat-alat itu).

2. Pemilihan yang betul dan dipasang di tempat dan cara yang betul mengikut kehendak
Peraturan IEE.

3. Tidak kelihatan tanda-tanda akan rosak atau pecah, dengan itu ia sentiasa selamat
digunakan

Senarai pemeriksaan penglihatan yang dicadangkan melalui Peraturan IEE untuk
memastikan keselamatan pengguna dan pemasangan adalah seperti berikut;

1. Sambungan pengalir.
2. Mengenal pasti tugas pengalir
3. Pemilihan pengalir berdasarkan keupayaan membawa arus dan susutan voltan
4. Sambungan peranti satu kutub sebagai pelindung atau suis yang berada di

pemasangan pengalir hidup.

Pemasangan belum benar-benar selamat sekiranya pengujian berikut tidak dilakukan lagi.
Pengujian yang dimaksudkan ialah Ujian Kekutuban,Ujian Keterusan dan Ujian Penebatan.

1.8.1. Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

i. Ujian keterusan pengalir pelindung
ii. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
iii. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

Dalam tajuk ini kita hanya belajar Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral. Ujian ini perlu
untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral mempunyai keselanjaran yang sempurna
dan litar pintas.dengan menggunakan alatuji loceng atau multimeter (range ohm) pengujian
dilakukan bagi memastikan wayar hidup,neutral dan bumi tidak disentuh diantara satu dengan
lain atau litar pintas

“Menurut Peraturan IEE alat-alat pengujian mestilah sentiasa diperiksa dan diselaraskan

mana-mana perlu bagi mendapatkan bacaan tepat. Nombor siri alat-alat ujian yang digunakan

mestilah dicatat bersama-sama dengan keputusan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan
daripada melakukan pengujian semula bacaan salah satu peralatan ujian tidak tepat.”

1.8.2. Ujian Rintangan Penebatan

Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan.
Ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara pengalir-pengalir bertebat

16

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 14

Drp / Of : 17

dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke bumi. Semasa ujian rintangan penebatan
dilakukan voltan yang digunakan hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang
daripada dua kali voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang
dua kali voltan normal.oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan
umum. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut

1. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
2. Semua beban hendaklah ditanggalkan
3. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
4. Jalankan ujian
5. Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 megaohm

1.8.3. Ujian Kekutuban

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut
memuaskan.ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Berikut ialah
langkah-langkah menjalankan ujian tersebut
1. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
2. Semua beban hendaklah ditanggalkan
3. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
4. Jalankan ujian
5. Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa
6. Menguji punca sambungan soket keluaran
7. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru
8. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

1.9. Peraturan IEE

Aksesori pendawaian permukaan juga mempunyai Peraturan IEE. Berikut ialah
Peraturan IEE bagi aksesori tersebut;

1.9.1. Peraturan IEE bagi pemegang lampu

1. Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak
melebihi 250 volt.

2. Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembap atau boleh
dicapai semasa berdiri dari atas logam hendaklah di bumikan:
(a) dibekalkan atau di dalam pemegang lampu itu, atau
(b) diliputi dengan penebat sepenuhnya
17

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 15

Drp / Of : 17

3. Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas
(perintang haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135°C.

4. Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru ,punca sentuhan luar itu
hendaklah disambungkan ke punca neutral.

5. Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai lebihan arus dengan
kadaran yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B.

6. Pemegang lampu jenis pendant mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara
pelepasan ketegangan bagi kord boleh lentur.

Rajah 7: Jenis-jenis Pemegang Lampu

Jenis pemegang lampu Kadaran maksimum alat perlindungan
arus lebihan yang melindungi litar

Pangkal kilas B 15 6 amp
Pangkal kilas B 22 16 amp
Skru Edison B 14 6 amp
Skru Edison B 27 16 amp
Skru Edison B 14 16 amp

Jadual 5: Peraturan IEE ( Jadual 55B )- Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu

18

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 16

Drp / Of : 17

1.8.2. Peraturan IEE bagi ros siling

1. Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 V
2. Tidak boleh dipasang bersama-sama lebih dari satu keluaran kord kabel boleh lentur kecuali

ia dibuat khas bagi berbilang keluaran .
3. Punca bumi ros siling mestilah disambungkan kepada pengalir perlindungan litar pada

setiap litar akhir

Rajah 8: Ros Siling

1.8.3 Peraturan IEE Suis

1. Setiap suis satu kutub mestilah disambung kepada dawai hidup.
2. Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
3. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah

diasingkan daripada peralatan tersebut.
4. Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan di tempat yang tidak mudah

dicapai oleh pengguna
5. Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang

daripada dua kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar
6. Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan discas , arus

nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lampu filamen dan dua kali
ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas.
SOALAN :

Jawab semua soalan.

1. Apakah maksud Permukaan?
2. Nyatakan kegunaan Litar Skematik dan Litar Pendawaian?
3. Nyatakan saiz kabel untuk pendawaian llitar lampu.
4. Nyatakan 3 jenis ujian litar mati?
5. Nyatakan maksud Pengujian Visual

19

NO. KOD /CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/4) Muka Surat / Page : 17

Drp / Of : 17

GLOSARI

Aksesori: Sebarang peranti yang berkaitan dengan sambungan atau pendawaian. Misalnya suis, ros
siling, soket alur keluar, pemegang lampu.

IEE: Singkatan bagiThe Institution of ElectricalEngineers, iaitu badan yangmengeluarkan peraturan
untuk pemasangan kelengkapan elektrik pada bangunan. Badan ini berpusat di United
Kingdom.

STM: Singkatan bagi Suruhanjaya Tenaga Malaysia.Badan bebas bagi mengadakan peruntukan
bagi mengawal selia pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, perlesenan
pemasangan elektrik, pengawalan mana-mana pemasangan loji dan kelengkapan elektrik.

Litar Utama: Litar utama bagi sesuatu pemasangan yang mengadakan pelindungan dari arus lebihan dan
bocor ke bumi

Litar Akhir: Litar yang diambil dari kotak agihan bagi membekalkan bekalan kepada beban. Terdiri dari litar
lampu, kuasa dan peralatan individu

20


Click to View FlipBook Version