The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CoCU2- Kertas Penerangan P4.4 - Pendawaian Sesalur Logam dan Pembuluh Logam satu Fasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Azhar- kabm82, 2021-08-15 21:48:19

CoCU2- Kertas Penerangan P4.4 - Pendawaian Sesalur Logam dan Pembuluh Logam satu Fasa

CoCU2- Kertas Penerangan P4.4 - Pendawaian Sesalur Logam dan Pembuluh Logam satu Fasa

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62250 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM / EE-320-2-2012 SINGLE AND THREE PHASE
PROGRAM’S CODE & NAME ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT EE-320-2:2012 - C02 SINGLE PHASE WIRING
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO.AND
TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING
TUGASAN/ WORK ACTIVITIES SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
NO.AND STATEMENT
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
EQUIPMENT AND MATERIALS

3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING

SYSTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION

BOARD (DB)(METALLIC OR INSULATED)
INSTALLATION
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES
INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL
INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK
ACTIVITIES REPORT

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 1

Drp / Of: 24

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 2

Drp / Of : 22

TAJUK / TITLE:
PENDAWAIAN SESALUR LOGAM DAN PEMBULUH LOGAM SATU FASA

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih
tentang menyenaraikan langkah membuat pendawaian sesalur logam dan pembuluh logam
satu fasa berdasarkan gambarajah pendawaian,menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan
berdasarkan jenis pendawaian,memasang sistem pembumian berdasarkan peraturan IEE dan
memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.

PENDAWAIAN SESALUR LOGAM SATU FASA

PENERANGAN :

Dalam sistem pendawaian sesalur logam, kabel dimuatkan ke dalam
sesalur logam tersebut. Dalam sistem palang bas sesalur logam
memanjat, sesalur logam diisikan dengan palang bas.

Biasanya, sistem pendawaian sesalur logam ini tidak boleh bersendirian
tetapi perlu dibantu oleh sistem – sistem pendawaian yang lain bersama
– samanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali
jika sistem ini dipasang di tempat yang sesuai dengan kedudukan beban.

Sistem pendawaian sesalur logam boleh digunakan pada sebarang
kedudukan yang sesuai seperti sesalur logam atas, menegak, mengufuk
dan sebagainya. Terdapat juga sesalur logam yang dibuat khas untuk
pemasangan di bucu dinding dan sesalur logam yang demikian
dinamakan sesalur logam bucu dinding.

108

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 3

Drp / Of : 22

Sistem sesalur logam ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu
pemasangan yang besar. Di samping itu sistem ini juga dapat
memberikan perlindungan mekanikal yang baik.

Rajah 1 : Sistem pendawaian sesalur logam.

Sistem pendawaian ini biasa digunakan apabila saiz kabel yang hendak dibawanya melebihi 10 mm² dan
bilangannya banyak.

Oleh sebab sukar membengkokkannya, perancangan yang teliti perlu dibuat agar perjalanan
pemasangan sesalur logam itu berada pada jalan yang selurus – lurusnya. Beberapa alat tambah
pemasangan sesalur hendaklah disediakan bagi memudahkan kerja – kerja pemasangan, antaranya
termasuklah offset, selekoh bengkokkan sudut tepat, cabang tee dan sebagainya. Dengan adanya alat
tambah ini kerja pemasangan akan menjadi lebih mudah.

Pada masa ini sistem sesalur logam atas amat popular digunakan di bangunan bengkel, makmal
atau kilang kerana mudah membuat pindaan pendawaian ke peralatan dan kelengkapan. Jarak
penyokong kabel sesalur logam hendaklah mematuhi Jadual di bawah.

Luas keratan Jarak maksimum di antara penyokong

rentas sesalur Logam Penebat

Mendatar Menegak Mendatar Menegak
m
mm² mmm
> 300 , ≤ 700 0.75
> 700 , ≤ 1500 1.25 1.0 0.5 0.5
> 1500 , ≤ 2500 1.75
> 2500 , ≤ 5000 3.0 1.5 0.5 0.5
3.0
> 5000 2.0 1.25 1.25

3.0 1.75 2.0

3.0 1.75 2.0

Jadual 1 : Ruang di antara penyokong untuk sesalur logam kabel

109

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 4

Drp / Of : 22

Saiz biasa sesalur logam ini ialah di antara 38 X 38 mm hingga ke 300 X 150 mm. Panjangnya
pula ialah di antara 2 meter hingga 4 meter.

Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Sesalur logam

 Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa
 Bangunan besar dan bertingkat
 Memerlukan pemasangan kabel yang banyak
 Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
 Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih
 Memerlukan keselamatan ke atas kabel

Kaedah Pemasangan Sesalur logam

Sesalur logam dibahagikan kepada bahagian kotak saluran dan penutup.

 Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak penyaluran di
permukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan pendawaian.

 Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerja – kerja meletakkan kabel ke dalamnya
dilakukan.

 Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca dilakukan,
kemudiannya barulah penutup dipasangkan.

 Semua jenis kabel boleh digunakan untuk pemasangan ini.
 Peraturan elektrik telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45 %.
 Memilih saiz nominal sesalur logam supaya tidak melebihi had pemasangan boleh dirujuk

kepada jadual faktor sesalur logam dan faktor kabel.

Jenis pengalir Luas keratan rentas mm² Faktor
Padu
1.5 7.1
Berlembar 2.5 10.2

1.5 8.1
2.5 11.4
4 15.2
6 22.9
10 36.3
Jadual 2 : Faktor kabel bagi sesalur logam

110

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 5

Drp / Of : 22

Dimensi sesalur ( mm ) Faktor

50 X 37.5 767

50 X 50 1037

75 X 25 738

75 X 37.5 1146

75 X 50 1555

75 X 75 2371

100 X 25 993

100 X 37.5 1542

100 X 50 2091

100 X 75 3189

100 X 100 4252

Jadual 3 : Faktor untuk sesalur logam

 Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabel – kabel hendaklah diikat bagi mengelakkan
daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka.

 Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap penyangga kabel
bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat sahaja.

 Dengan sistem penyaluran, kabel – kabel disusun dengan kemas

Kebaikan Sistem Pemasangan Sesalur logam.

 Dapat menampung kabel yang banyak dan besar.
 Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.
 Kerja pemasangannya cepat.
 Perlindungan mekanikalnya baik.
 Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.
 Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya.

Keburukan Sistem Pemasangan Sesalur logam.

 Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membelinya.
 Ramai pekerja mahir diperlukan.
 Mudah dimasuki habuk dan kotoran.
 Sukar dibawa dan dipasang.
 Kelihatan tidak kemas.
 Memerlukan rancangan laluan dengan teliti.
 Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja iaitu tidak berliku – liku.

Sistem sesalur logam ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan – bangunan
yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak
kabel litar akhir dan banyak kerosakkan mekanikal.

111

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 6

Drp / Of : 22

Sistem pendawaian sesalur logam ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

 Sistem palang bas sesalur logam atas
 Sistem palang bas sesalur logam memanjat
 Sistem sesalur logam bucu dinding

Peraturan elektrik / peraturan IEE dalam sistem pendawaian sesalur logam.

1. Logam salur atau bahan penebat dan sesalur logam hendaklah dipasang dengan kemas dan jika
terdapat kemungkinan kerosakan mekanikal , perlindungan secukupnya perlu dibuat .

2. Pembinaan sesalur logam hendaklah daripada logam atau bahan yang tidak boleh terbakar yang
mengandungi unsur-unsur penebat.

3. Kabel A.U yang diletakkan ke dalam sesalur logam keluli atau sesalur logam hendaklah
dikumpulkan mengikut fasa bersama-sama dawai neutral jika ada, di dalam satu sesalur logam
atau sesalur logam yang sama.

4. Dari pangkal hingga ke hujung sesalur logam hendaklah bebas daripada menyerapi air atau
mestilah dilindungi daripada kemasukan air. Semua penutup hendaklah dikemaskan selepas
pendawaian dibuat .

5. Semua punca kabel yang dikeluarkan daripada sistem sesalur logam, setiap sambungan dalam
sistem ini dan setiap sambungan antara sistem dengan salur konduit, hendaklah dibuat dengan
kemas dan kuat supaya kabel tidak tercalar semasa ia ditarik nanti .

6. Setiap sudut pada logam sesalur tertutup atau bahan penebat hendaklah mempunyai jejari dalam
mengikut peraturan hendaklah tidak kurang daripada 2.5 x paksi kecil bagi trungking segiempat
. Setiap selekoh dalam saluran konkrit ( sama ada dibuat dengan menggunakan saluran atau di
tempat yang asal selepas konkrit dibuat) hendaklah mempunyai jejari dalam yang ukurannya
tidak kurang daripada 4 x diameter salur yang telah siap .

7. Salur hendaklah di letakkan di dalam konkrit dalam keadaan baik sebelum ditutup dengan bahan
konkrit di tempat penarikan kabel. Ketebalan jejari di sekeliling salur yang sudah siap hendaklah
tidak melebihi 15 mm pada setiap punca. Pada salur, yang diperbuat daripada konkrit , kabel
bertebatkan getah , beranyam atau kabel sebatian atau yang mempunyai salutan p.v.k. yang
tidak boleh dimasukkan ke dalam salur ini .jika kabel p.v.k. berperisai digunakan untuk salur jenis
ini, di tempat yang berkemungkinan berlakunya lembapan, kabel itu hendaklah mempunyai
lapisan luar yang bertebatkan p.v.k.

8. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan dalam salur hendaklah mempunyai ruang kelegaan bagi
memudahkan kabel ditarik dan menggelakkan kerosakkan kabel . faktor ruang bagi sesalur logam
hendaklah tidak melebihi 35% . Ini hanya dipakai jika lebih bilangan kabelnya perlu dikurangkan
Pengecualian untuk larian yang pendek dan lurus seperti kotak agihan, faktor ruang bolehlah
ditingkatkan.

9. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam sesalur logam hendaklah mempunyai faktor
ruang yang tidak melebihi 45% .

112

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 7

Drp / Of : 22

Ruang udara
Ruang kabel
Rajah 2 : Ruang faktor untuk pendawaian sesalur logam

PENDAWAIAN PEMBULUH LOGAM SATU FASA

PENERANGAN:

Sistem pendawaian ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia,
misalnya di kilang-kilang, makmal, bengkel dan sebagainya. Sistem ini boleh dipasang di permukaan
atau tersembunyi.

Rajah 3 : Sistem pendawaian pembuluh logam
113

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 8

Drp / Of : 22

Kebaikan :

1. Pembuluh logam boleh dijadikan pengalir pelindung litar.
2. Mudah untuk diubahsuai bentuk permukaan atau dibuat tambahan.
3. Tahan lama: dapat mengelakkan daripada kebakaran.
4. Kabel tidak mudah cacat.

Kelemahan :

1. Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan.
2. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
3. Bentuk tidak kemas (cantik).
4. Memerlukan pekerja mahir.
5. Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas.
6. Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini dibuat sesudah bangunan disiapkkan.

Pembuluh terbahagi kepada 2 jenis:-

 Pembuluh Logam.
 Pembuluh PVK.

Pembuluh Logam

Terdapat berbagai-bagai jenis logam yang dijadikan pembuluh antaranya termasuklah keluli tolok
ringan, keluli mudah lentur, aluminium dan kuprum.

 Perlindungan mekanikal yang berkesan.
 Alat-alat pelengkapnya tahan lasak.
 Dapat digunakan di tempat berair atau mudah meletup,terbakar,berkimia,berhabuk serta

lembab.
 Dapat ditanam secara terus ke bumi.

Langkah-langkah membuat pendawaian pembuluh logam satu fasa berdasarkan
gambarajah pendawaian:

1. Lukis gambarajah skematik dan pendawaian pada kertas A4.
2. Senaraikan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.
3. Sediakan bahan dan peralatan tangan.
4. Ambil ukuran dan potong pembuluh logam mengikut gambarajah skematik.
5. Buat bebenang pada kedua-dua hujung pembuluh logam yang telah dipotong.
6. Membuang gerigis pada pembuluh logam.
7. Pasang alat tambah pada pembuluh logam tersebut.
8. Buat pendawaian mengikut gambarajah pendawaian.
9. Buat tamatan kabel
10. Uji kefungsian litar.

114

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 9

Drp / Of : 22

Membuat pendawaian sesalur logam dan pembuluh logam, menggunakan peralatan tangan
dan menjalankan pengujian bagi pendawaian sesalur logam dan pembuluh logam dengan
lengkap.

Jadual 4(a), 4(b), 4(c), 4(d), 4(e) dan 4(f) menunjukkan jenis alatan tangan dan kegunaannya.

Jenis alatan tangan Kegunaan
a) Sesiku L
- Menentukan kedudukan sudut tegak.
- Menguji kepersegian.
- Membuat garisan bersudut tegak.
- Menguji keratan bengkokan 90 darjah pada
sesalur logam.

b) Gunting logam Menggunting kepingan aluminium dan keluli
lembut.

c ) Fish tape Untuk menarik kabel ke dalam pembuluh
semasa membuat pendawaian

Jadual 4(a)
115

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 10
d ) Ragum meja
Drp / Of : 22

Untuk mengepit bahan kerja atau benda keras.

e) Gergaji besi Untuk memotong pembuluh logam dan sesalur
logam.

f) Playar muncung tirus

- Digunakan untuk memegang objek di ruangan
sempit dan sukar.
- Boleh juga digunakan untuk memotong dawai,
membentuk kaki komponen dan memegang
objek kecil.

Jadual 4(b)
116

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 11

Drp / Of : 22

g) Alat melentur pembuluh logam Untuk membengkok dan membentuk pembuluh
( conduit bender ) logam mengikut sudut yang ditetapkan.

h) Acuan dan panduan Untuk membuat benang pada pembuluh logam.
(stock & dies)

i) Pelulas pembuluh logam Membuang gerigis pada pembuluh logam
( conduit reamar ) setelah dipotong

Jadual 4(c)
117

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 12
j) Pemotong sisi
Drp / Of : 22

Untuk memotong kabel.

k) Playar gabung Digunakan untuk memegang, mencengkam,
memotong, membentuk dan membengkok.

l) Pena ujian (test pen)

- Digunakan untuk menguji dan mengesan
kebocoran arus elektrik atau wayar hidup.
- Digunakan untuk mengetatkan dan
melonggarkan skru kecil.

Jadual 4(d)
118

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 13
m) Pita pengukur
Drp / Of : 22

Untuk mengukur jarak dan panjang bahan.
Unit ukuran dalam mm, cm dan meter.

n) Pemutar skru philips Untuk memasang dan menanggalkan skru jenis
kepala philip.

o) Pemutar skru rata

Untuk memasang dan menanggalkan skru
kepala rata

Jadual 4(e)
119

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 14
p) Tukul pendawaian
Drp / Of : 22

Membetul sesalur logam setelah diukur dan
dibentuk.

q) Penjerut kabel ( wire stripper) Untuk membuang penebat kabel.

Jadual 4(f)

120

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 15

Drp / Of : 22

Jenis Aksesori / alat tambah

d ) Kotak teracu keluli

a ) Sesiku pemeriksaan (elbow)

b ) Lentur pemeriksaan (long bend) e) Tee pemeriksaan

c ) Pelbagai jenis pelana & bar f) Kotak hujung ( End Box )

g) Kotak dua hala h) Kotak tiga hala
i)Kotak empat hala

Jadual 5 : Jenis aksesori dan alat tambah pendawaian pembuluh logam.
121

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 16

Drp / Of : 22

Peraturan elektrik dan keselamatan dalam pendawaian pembuluh logam.

a) Semua pembuluh logam mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel ke
dalamnya dengan ini masalah kesukaran pendawaian ini dapat diatasi.

b) Semua alat kelengkapan jenis pemeriksa seperti sambungan tee , sesiku dan kotak simpang
mestilah dipasang pada kedudukan yang mudah dicapai bagi tujuan pemeriksaan atau
pendawaian semula.

c) Bilangan kabel maksimum yang dimuatkan ke dalam pembuluh logam boleh ditentukan daripada
pemilihan saiz nominal pembuluh logam dengan merujuk kepada jadual 12A , 12B , 12C dan 12D
.

d) Faktor ruangnya hendaklah tidak lebih daripada 40% dan dapat dikira dengan formula ini :

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas kabel pemasangan
Luas keratan rentas dalam pembuluh

Ruang udara

Ruang kabel

Rajah 4 : Ruang faktor untuk pendawaian pembuluh logam

e) Rajah 5 menunjukkan jejari dalam bagi setiap selekoh pembuluh logam mestilah tidak kurang
daripada 2.5 kali garis pusat luar pembuluh logam dan tidak kurang daripada 4 x garis pusat kabel
yang terbesar dalam pemasangan itu.Ini berdasarkan kehendak Jadual 12A hingga 12D dan 52C.

Jejari dalam bagi setiap
selekoh pembuluh

mestilah tidak kurang
daripada 2.5 Kali garis
pusat luar pembuluh

Rajah 5
122

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 17

Drp / Of : 22

f) Hujung pembuluh logam yang tajam mestilah dibersihkan dan gunakan pelulas untuk
menggelakkan daripada kabel rosak.

g) Bagi pembuluh jenis logam , mestilah dibumikan dan setiap sambungan samada jenis skru atau
klam mestilah mempunyai keselanjaran elektrik yang baik

h) Kabel dalam pembuluh logam yang membawa arus ulang alik mestilah dipasang supaya semua
fasa bagi satu litar masuk ke dalam pembuluh logam yang sama.

i) Pembuluh bukan logam boleh digunakan jika pembuluh bukan logam itu boleh tahan suhu
sekeliling ( ambient temperature ).

j) Apabila lampu dipasang pada pembuluh bukan logam ia mestilah ditentukan bahawa suhu
ambiennya tidak melebihi 60 0 C dan beratnya tidak lebih 3 kg.

l) Apabila pemasangan pembuluh logam terdedah kepada bahaya kerosakan mekanikal yang
terlalu banyak perlindungan tambahan perlu diadakan.

m) Apabila pembuluh logam boleh lentur digunakan untuk sambungan peralatan elektrik , ia
mestilah mempunyai satu kabel tambahan untuk pengalir kelanjaran pembumian

123

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 18

Drp / Of : 22

Jadual 6(a), 6(b), 6(c) dan 6(d) menunjukkan peraturan IEE bagi pendawaian pembuluh logam.

PERATURAN IEE - JADUAL 12A

Jenis Pengalir Luas keratan Rentas Pengalir Faktor
Pejal (mm²)
1 22
Lembar 1.5 27
2.5 39
1.5 31
2.5 41
4 58
6 88
10 146

Jadual 6(a) : Faktor kabel di larian lurus pendek

PERATURAN IEE : JADUAL 12B

Garis pusat Pembuluh logam mm² Faktor
16 290
20 460
25 800
32 1400

Jadual 6(b) : Faktor pembuluh logam di larian lurus pendek

PERATURAN IEE – JADUAL 12C

Jenis Pengalir Luas Keratan Rentas Pengalir Faktor
Pejal (mm²)
1 16
1.5 22
2.5 30
4 43
6 58
10 105

Jadual 6(c) : Faktor kabel di larian lurus panjang atau larian yang mengandungi bengkok

124

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 19

Drp / Of : 22

Jadual 6(d) : Faktor pembuluh logam di larian yang mengandungi bengkok

Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.
Pemeriksaan visual ialah pemerhatian melalui deria mata, sentuhan dan pendengaran. Biasanya ia
dilakukan di peringkat awal selepas kerja-kerja pemasangan siap. Antara perkara yang diperhatikan:

1. Laluan kabel yang betul dan sempurna.
2. Jenis kod warna dan saiz kabel yang betul.
3. Alat yang betul bagi tujuan pengasingan atau penyuisan litar.
4. Mengguna kadaran alat perlindungan yang betul.
5. Semua tamatan kabel ditandakan.
6. Notis merbahaya dan amaran dipasang pada bahagian tertentu.
7. Semua rajah dan arahan boleh dilihat dengan jelas.

125

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 20

Drp / Of : 22

SOALAN :

1. Nyatakan 5 ciri-ciri pemillihan sistem pendawaian sesalur logam.
(a)..................................................................................................................................
(b)..................................................................................................................................
(c)..................................................................................................................................
(d)..................................................................................................................................
(e)...................................................................................................................................

2. Peraturan elektrik telah menetapkan faktor ruang bagi pendawaian sesalur logam ialah
..........%.

3. Nyatakan 5 kebaikan sistem pemasangan sesalur logam.
(a).......................................................................................................................................
(b).......................................................................................................................................
(c).......................................................................................................................................
(d).......................................................................................................................................
(e).......................................................................................................................................

4. Nyatakan 5 keburukan sistem pemasangan sesalur logam.
(a).......................................................................................................................................
(b).......................................................................................................................................
(c).......................................................................................................................................
(d).......................................................................................................................................
(e).......................................................................................................................................

126

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 21

Drp / Of : 22

5. Sistem pendawaian sesalur logam terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
(a).......................................................................................................................................
(b).......................................................................................................................................
(c).......................................................................................................................................

6. Senaraikan LIMA jenis peralatan yang digunakan bagi kerja-kerja pendawaian pembuluh logam .
a..........................................................................
b.........................................................................
c.........................................................................
d.........................................................................
e.........................................................................

7. Nyatakan faktor ruang bagi pembuluh logam.
....................................................................................................................................

8. Senaraikan LIMA aksesori/alat tambah yang digunakan dalam pendawaian pembuluh logam.
a)..............................................................................................
b)...............................................................................................
c)...............................................................................................
d)...............................................................................................
e)...............................................................................................

127

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 22

Drp / Of : 22

RUJUKAN :

1. Abd. Samad Bin Haji Hanif, Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa. Editor : Amirudin Bin Abdullah
Teknologi Elektrik (Untuk Sekolah Menengah Vokasional).Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.
Bhd.ISBN 967-902-285-4

2. Abdul Samad Hanif. Edisi kedua 2004.Pemasangan dan Penyenlenggaraan Elektrik.Dewan
Bahasa dan Pustaka.

1. Mohamed Nazi bin Mustafa & Abd. Ghani bin Ihwan. Cetakan kedua 2009. Modul
Pembelajaran vokasional Pendawaian domestik tingkatan 4. Edusystem sdn. Bhd.

2. Abd. Ghani Bin Ihwan,Fatimah Zahni Binti Abdul Malek & Azizan Bin Suradi. 2010.
Pendawaian Domestik tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Haji Yahya Bin Emat. Cetakan 2001. Panduan Peraturan IEE. Edisi ke 16: ISBN 967 950 248
1.ibsbuku.

128


Click to View FlipBook Version