The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Azhar- kabm82, 2021-08-02 22:44:35

CoCU2 - P(3/4) Pendawaian Selongsong, pembuluh & Sesalur PVC,

kertas Penerangan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62250 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE AND THREE PHASE
PROGRAM’S CODE & NAME ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT EE-320-2:2012-C02 SINGLE PHASE WIRING
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO.AND
TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING
TUGASAN/ WORK ACTIVITIES SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
NO.AND STATEMENT
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
NO. KOD /CODE NO. EQUIPMENT AND MATERIALS

3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING

SYSTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION

BOARD (DB)(METALLIC OR INSULATED)
INSTALLATION
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES
INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL
INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK
ACTIVITIES REPORT

EE-320-2:2012-C02/P(3/4) Muka Surat / Page : 1

Drp / Of : 10

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 2

Drp / Of : 10

TAJUK / TITLE:
PENDAWAIAN SELONGSONG, PEMBULUH , SESALUR PVK

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih
tentang menyenaraikan langkah membuat pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur pvk
berdasarkan gambarajah pendawaian, menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan
berdasarkan jenis pendawaian, memasang sistem pembumian berdasarkan peraturan
IEE,memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.

2.PENDAWAIAN SELONGSONG PVK, PEMBULUH, SESALUR PVK

PENERANGAN

Sistem pendawaian selongsong pvk digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap. Ianya
bersaiz kecil dan nipis. Pendawaian jenis ini hanya dapat menampung kabel yang terhad.Pendawaian
jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan
menggunakan selongsong pvk. Kerja pendawaian ini dilakukan dengan memasang selongsong pvk di
permukaan dinding terlebih dahulu.Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara
beransur-ansur, setelah siap barulah ditutup dengan penutup selongsong.
Berikut adalah senarai saiz selongsong pvk dan kegunaannya.

Saiz selongsong pvk Penggunaan
19 mm (3/4 inci) Untuk litar lampu yang jumlah kabel maksimu 4 jalur
25 mm (1 inci) Untuk litar lampu yang jumlah kabel maksimum 7 jalur
37 mm (1 ½ inci) Untuk litar lampu yang jumlah kabel maksimum 10 jalur
25 mm (1 inci) Untuk litar kuasa jumlah kabel maksimum 6 jalur
37 mm( 1 ½ inci) Untuk litar kuasa jumlah kabel maksimu 9 jalur
50 mm(2 inci) Untuk laluan utama sebelum ke litar akhir tertentu

Jadual 1 : Saiz dan kegunaan selongsong pvk

70

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 3

Drp / Of : 10

Gambar 1: Pendawaian selongsong pvk
Sistem pendawaian pembuluh pvk pula digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan
mekanikalyang minima.Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.
Sistem pendawaian sesalur pvk mampu menampung kabel yang banyak. Ianya sesuai digunakan kerana
lebih selamat dan apabila ianya dipasang di dalam sesebuah bangunan, ia biasanya dipasang
bergabung dengan sistem pendawaian lain.
Kebaikan dan kelemahan pendawaian selongsong pvk
Kebaikan

1. Kemas dan cantik
2. Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal bahan kimia dan haba
Kelemahan :-
1. Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan.
2. Punca kerosakan sukar dikesan

71

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 4

Drp / Of : 10

2.1 Langkah-langkah membuat pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur pvk berdasarkan
gambarajah pendawaian:

1. Lukis gambarajah skematik dan pendawaian pada kertas A4.
2. Senaraikan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.
3. Sediakan bahan dan peralatan tangan.
4. Ambil ukuran dan potong selongsong, pembuluh dan sesalur mengikut gambarajah

skematik.
5. Pasang alat tambah pada pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur.
6. Buat pendawaian mengikut gambarajah pendawaian.
7. Buat tamatan kabel
8. Uji kefungsian litar.

2.2 Jadual 1(a) dan (b) menunjukkan peralatan tangan dan kegunaanya

Nama alatan Peralatan Kegunaan
Pita ukur 1. Digunakan untuk mengukur jarak

Pemotong paip dari satu titik ke satu titik yang
pvk lain.
2. Pita ukur digunakan untuk
mengukur jarak yang lebih jauh
seperti 3 meter dan sebagainya.
1. Digunakan untuk memotong paip
PVK

Sesiku L 1. Menguji ketepatan sudut tepat
iaitu 90º pada sebelah luar atau
dalam.

2. Membuat garisan tegak dan selari
pada tepi benda kerja yang rata.

1.

Jadual 1(a)

72

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 5
Playar gabung
Drp / Of : 10

1. Digunakan untuk memegang
bahan, memotong dan memintal
dawai atau kabel elektrik

Tukul warrington 1. Digunakan untuk mengetuk paku
Gergaji besi kecil dan menukul paku di ruang
yang agak gempit

1. Digunakan untuk memotong paip
pvk

Penggarit 1. Digunakan untuk melukis garisan
pada permukaan benda kerja

2. Digunakan bersama alat yang lain
seperti pembaris keluli.

Jadual 1(b)

Jadual 2 (a) dan (b) : Menunjukkan gambar dan senarai nama alat tambah pendawaian
selongsong, sesalur dan pembuluh pvk.

Nama alat tambah ALAT TAMBAH
Kotak empat hala

73

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 6
Penyuai dan sesendal jantan
Drp / Of : 10

Pelana dan bar

Sesiku pemeriksaan

Jadual 2(a) alat tambah pendawaian

Kotak teracu

Jadual 2(b) : Alat tambah pendawaian

74

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 7

Drp / Of : 10

2.3 Peraturan elektrik dan keselamatan dalam pendawaian selongsong pvk.

2.3.1 Rancang laluan selongsong terlebih dahulu.

2.3.2 Pendawaian selongsong hendaklah dipasang ditempat yang tidak dimasuki air seperti:
i. Air hujan
ii. Wap atau air memeluwap
iii. Air terkumpul
iv. Air yang menitis

2.3.3 Pastikan setiap sambungan kabel pada setiap alur keluar pada selongsong mestilah baik
dari aspek mekanikal dan elektrikal.

2.3.4 Pastikan selongsong yang dipasang pada struktur rintangan api seperti lantai atau dinding
tahan kebakaran mestilah ditutup rapi.

2.3.5 Hujung selongsong yang dipotong hendaklah diratakan atau dikemaskan bagi
mengelakkan kecederaan kabel.

2.3.6 Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam selongsong pvk hendaklah mempunyai
faktor ruang yang tidak melebihi 45%.

75

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 8

Drp / Of : 10

2.4 Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.

Pemeriksaan visual ialah pemerhatian melalui deria mata, sentuhan dan pendengaran. Biasanya ia
dilakukan di peringkat awal selepas kerja-kerja pemasangan siap. Antara perkara yang diperhatikan:

1. Laluan kabel yang betul dan sempurna.
2. Jenis kod warna dan saiz kabel yang betul.
3. Alat yang betul bagi tujuan pengasingan atau penyuisan litar.
4. Mengguna kadaran alat perlindungan yang betul.
5. Semua tamatan kabel ditandakan.
6. Notis merbahaya dan amaran dipasang pada bahagian tertentu.
7. Semua rajah dan arahan boleh dilihat dengan jelas.

76

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 9

Drp / Of : 10

SOALAN :

1. Senaraikan tiga jenis peralatan yang digunakan bagi kerja-kerja pendawaian
selongsong pvk.
a..........................................................................
b.........................................................................
c.........................................................................

2. Senaraikan tiga alat tambah yang digunakan bagi kerja-kerja pendawaian
selongsong pvk.
a.........................................................................
b.........................................................................
c.........................................................................

77

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(3/4) Muka Surat / Page : 10

Drp / Of : 10

RUJUKAN :

1. Abd. Samad Bin Haji Hanif, Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa. Editor : Amirudin Bin Abdullah
Teknologi Elektrik (Untuk Sekolah Menengah Vokasional).Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
ISBN 967-902-285-4

2. Abdul Samad Hanif. Edisi kedua 2004.Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik.Dewan
Bahasa dan Pustaka.

1. Mohamed Nazi bin Mustafa & Abd. Ghani bin Ihwan. Cetakan kedua 2009. Modul Pembelajaran
Vokasional Pendawaian Domestik Tingkatan 4. Edusystem sdn. Bhd.

2. Abd. Ghani Bin Ihwan,Fatimah Zahni Binti Abdul Malek & Azizan Bin Suradi. 2010. Pendawaian
Domestik Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Haji Yahya Bin Emat. Cetakan 2001. Panduan Peraturan IEE. Edisi ke 16: ISBN 967 950 248
1.ibsbuku.

78


Click to View FlipBook Version