BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62250 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM/ EE-320-2:2012 SINGLE AND THREE PHASE
PROGRAM’S CODE & NAME ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
TAHAP / LEVEL L2
NO. DAN TAJUK UNIT EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.AND
TITLE
NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING
TUGASAN/ WORK ACTIVITIES SPECIFICATIONS AND REQUIREMENT
NO.AND STATEMENT
2. CARRY OUT LAYOUT DRAWING
3. CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC
DIAGRAM DRAWING
4. CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING
DRAWING
5. INSPECT SINGLE PHASE DRAWING
NO. KOD/CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/2) Muka Surat / Page : 1
Drp / Of: 11
TAJUK / TITLE:
LUKISAN LITAR PENDAWAIAN
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepadapelatih
tentang gambarajah pendawaian satu fasa berdasarkan sambungan pendawaian,pendawaian
alat perlindungan, dan carta saiz kabel mengikut peraturan elektrik,lukisan satu fasa
berdasarkan skala, fungsi kawalan, susun atur litar dan prosedur lukisan,lukisan satu fasa
untuk tujuan pengesahan berdasarkan keperluan pengguna, lukisan berbantukan komputer
dengan menggunakan sistem asas berdasarkan perisian Microsoft Office Visio.
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :2 Drp :17
1. Menyediakan Lukisan Satu Fasa
1.1 Menyediakan lukisan pendawaian satu fasa
i. Melukis gambarajah pendawaian satu fasa berdasarkan
sambungan pendawaian, pendawaian alat perlindungan dan carta saiz
kabel mengikut peraturan elektrik.
ii. Menyemak lukisan satu fasa berdasarkan skala, fungsi
kawalan, susun atur litar dan prosedur lukisan.
Lukisan pendawaian dilukis dengan mengambil kira simbol pada
kedudukan fizikal sebenar alat tambah sesuatu pendawaian elektrik.
Selain daripada penempatan kedudukan sebenar, segala sambungan
juga ditunjukkan dengan jelas pada semua punca tamatan dan alat
tambah.
Kegunaan lukisan pendawaian adalah untuk:
Kerja-kerja pemasangan
Pembaikan litar
Penyelenggaraan litar
Mengesan kerosakan litar
Umumnya litar pendawaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
litar lampu dan litar kuasa.
Litar Pendawaian Lampu
Litar pendawaian lampu ialah susunan kabel-kabel berserta alatlengkap
bagi mengawal beban lampu.
Litar pendawaian lampu yang biasa digunakan dinegara ini adalah:
i. Kawalan satu hala (one way control)
ii. Kawalan dua hala (two way control)
iii. Kawalan perantaraan (intermediate control)
43
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :3 Drp :17
Berikut diberikan contoh litar pendawaian.
i) Kawalan satu hala
Kawalan satu hala ialah sejenis litar pendawaian lampu dimana
punca lampu hanya boleh dikawal dari satu tempat sahaja. Cara kawalan
ini dilakukan dengan menggunakan suis kutub tunggal (disebut juga suis
satu hala), seperti dalam Rajah 1.
Pengalir fasa dari punca hidup disambungkan pada punca sepunya
(common) suis kutub tunggal, dan pengalir neutral dari punca neutral
disambungkan kepunca lampu. Lampu ini disambungkan kesuis yang
mengawalnya melalui dawai suis (switch wire).
Lampu 1 Lampu 2
N
L
E
Suis 1
Rajah 1 : Lukisan pendawaian dua lampu dikawal oleh satu suis sehala
ii) Kawalan dua hala
Kawalan dua hala ialah sejenis litar pendawaian lampu dimana
punca lampu boleh dikawal dari dua tempat yang berlainan.
Cara kawalan ini dilakukan dengan menggunakan dua buah suis
dua hala, seperti dalam Rajah 2.
Pengalir fasa dari punca hidup disambungkan kepunca sepunya
suis dua hala yang pertama, dan pengalir neutral dari punca neutral
disambungkan kepunca lampu. Dari suis ini, dua dawai jalur (stripper
wire) disambungkan kepunca suis kedua. Akhirnya dawai suis akan
44
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :4 Drp :17
menyambungkan punca sepunya suis dua hala kedua kepunca lampu
yang dikawal.
Lampu 1 Lampu 2
N
L
E
Suis 1 Suis 2
Rajah 2. Lukisan pendawaian dua lampu dikawal oleh dua suis dua hala
iii) Kawalan Perantaraan
Kawalan perantaraan ialah sejenis litar pendawaian lampu di mana
punca lampu boleh dikawal dari tiga tempat atau lebih secara berasingan.
Cara kawalan ini dilakukan dengan menggunakan dua suis dua hala dan
sebuah suis perantaraan seperti dalam Rajah 3.
Pengalir fasa dari punca hidup disambungkan ke punca sepunya
suis dua hala yang pertama, dan dawai neutral dari punca neutral
disambungkan ke punca lampu. Dari suis ini, dua dawai jalur
disambungkan ke punca masukan suis pertengahan dan dua dawai jalur
yang lain disambungkan dari punca keluar suis pertengahan kesuis dua
hala kedua. Akhirnya dawai suis akan menyambungkan punca sepunya
suis dua hala ke punca lampu.
45
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :5 Drp :17
L1
N
L
E
SK 1 SK 2 SK 3
Rajah 3. Lukisan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis dua
hala dan satu suis perantaraan
Litar Pendawaian Kuasa
Litar pendawaian kuasa ialah susunan kabel-kabel beserta alatlengkap
bagi mengawal beban kuasa. Umumnya pada pemasangan domestik,
beban kuasa dipasang melalui soket-alir-keluar 13A.
Litar pendawaian kuasa boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:-
i. Litar jejari (radial circuit)
ii. Litar gelang (ring circuit)
i. Litar jejari
Litar jejari ialah sejenis litar pendawaian kuasa dimana pengalir fasa,
pengalir neutral dan pengalir bumi diambil dari peti-fius-agihan sebagai
litar-kecil-akhir disambungkan ke punca soket-alir-keluar seperti dalam
Rajah 4.
46
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :6 Drp :17
L
N
E
SK1 SK2
Rajah 4 : Lukisan pendawaian bagi dua soket alur keluar (litar
jejari)
ii. Litar gelang
Litar gelang ialah sejenis litar pendawaian kuasa dimana pengalir
fasa, pengalir neutral dan pengalir bumi diambil dari peti-fius-agihan
sebagai satu litar-kecil-akhir disambungkan ke soket-alir-keluar dan
disambungkan semula ke puncanya di peti-fius-agihan seperti dalam
Rajah 5.
Pada litar gelang ini, bilangan soket yang boleh disambung kepada litar
gelang utama boleh ditambah dengan menggunakan litar sulur (spur).
47
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :7 Drp :17
E
L
N
SK1 SK5 SK4
Sulur
SK3
SK2
Rajah 5 : Lukisan pendawaian bagi empat soket alur keluar (litar
gelang) serta sulur.
Berikut ialah litar pendawaian bagi litar jujukan utama.
48
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :8 Drp :17
Rajah 6. Litar pendawaian jujukan utama
Saiz kabel Jenis kabel Beban
6.0mm² / 10.0mm² pvk/pvk
pvk/pvk Bekalan utama bagi jumlah permintaan
16mm² / 25mm² arus tidak melebihi 32A
Bekalan utama bagi jumlah permintaan
arus tidak melebihi 63A
Jadual 1
1.5 Memeriksa lukisan satu fasa
i) Menyemak lukisan satu fasa untuk tujuan pengesahan berdasarkan
keperluan pengguna.
49
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :9 Drp :17
Contoh soalan.
Lukiskanlitarpendawaianbagirajahberkenaanpadaruangjawapanberd
asarkan
kendalianyangdiberikan.Setiaptamatankabelmestilahdilabelkan.
Kendalianlitar:
SuisS1,SuisS2danSuisS3mengawallampuL1.
SuisS1danSuisS3(suis2 hala)
SuisS2(suisperantaraan)
SAK1danSAK2disambungsecaralitarjejari
50
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :10 Drp :17
Contoh semakan rajah pendawaian.
SAK 1
S1 S2 S3
SAK 2
Pemarkahan:
14samb.betul10markah
13samb.betul9markah
12samb.betul8markah
11samb.betul7markah
10samb.betul6markah
9samb.betul5markah
8samb.betul4markah
7samb.betul3markah
6samb.betul2markah
5samb.betul1markah
51
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :11 Drp :17
Latihan
Berdasarkan Rajah 1, lukiskan simbol bagi setiap penyataan di dalam ruangan yang
disediakan.
a) Peti Fius Agihan
b) Suis satu hala
c) Suis Dua Hala
d) Suis Perantaraan
e) Soket Alur Keluar 13A
52
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :12 Drp :17
1.6 Menyediakan lukisan berbantukan komputer
i. Asas menggunakan perisian Microsoft Office Visio 2007.
(a) Pastikan Perisian Microsoft Office Visio 2007 dipasang (Install)
dikomputer yang hendak digunakan.
Gambarajah 1
Gambarajah 1 menunjukkan paparan Microsoft Office Visio pada skrin setelah
dipasang (Install)
(b) Tekan Dua kali secara cepat (Double Click) pada simbol seperti
Gambarajah 1 pada skrin. Paparan yang berikut akan
muncul.(Gambarajah 2)
Gambarajah 2
Kemudian halakan cursor seperti pada gambarajah 2 dan Klik. Paparan
yang berikut akan terhasil (Gambarajah 3).
53
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :13 Drp :17
Gambarajah 3
Gambarajah 3 menunjukkan satu fail Drawing1- Microsoft Visio dipaparkan
pada skrin.
( c ) Menyimpan dan menamakan failDrawing1- Microsoft Visio
Gambarajah 4
54
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :14 Drp :17
Gambarajah 5
( d ) Membuka dan menggunakann fail SIMBOL atau apa-apa jua nama fail
yang disimpan.
Gambarajah 6
Gambarajah 6 menunjukkan fail simbol yang dibuka untuk memulakan kerja-
kerja melukis.
55
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :15 Drp :17
( e ) Menu utama dan button-button asas yang biasa digunakan untuk
melukis
12 3
4
5
Gambarajah 7
Berdasarkan Gambarajah 7 menunjukkan pilihan arahan-arahan yang boleh
digunakan untuk tujuan melukis
1 Shape option
Digunakan dengan cara memilih mana-mana operasi untuk mencantum,
memisah,memotong,menyambung.Rujuk gambarajah 8
2 Pointeroption
Digunakan untuk memilih objek-objek yang dilukis untuk tujuan
menggabung, mengubah kedudukan objek dan memadam objek terpilih.3
Zoom option
Digunakan untuk membesar atau mengecil paparan diskrin bagi tujuan
untuk memudahkan kerja supaya kerja melukis dapatmengikut
keselesaanpandangan mata.
4 Drawing tool option
Digunakan untuk memilih mana-mana objek yang hendak dilukis berdasarkan
keperluanlukisan.
5. Fill Colour option
Digunakan untuk memilih warna bagi objek yang dilukis dengan cara
mengklik menu tersebut setelah objek dipilih.
56
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :16 Drp :17
Gambarajah 8
( f ) Melukis objek-objek berdasarkan gambarajah 9 dengan menggunakan
menu arahan yang telah dipelajari.
Gambarajah 9
57
No. Kod / Code No. EE-320-23-2012/SK1/P(2/2) Muka :17 Drp :17
RUJUKAN
1. Abd. Samad Hanif (2000). Pemasangan Dan Penyenggaran Elektrik, Edisi
Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa, Abd. Samad Bin Haji Hanif Teknologi Elektrik
(Untuk Sekolah Menengah Vokasional). Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. ISBN 967-902-285-4
3. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif
4. Perisian Microsoft Office Visio 2007
58