PROGRAM SINERGI JNN MELAKA 26 hingga 27 September 2023 Desa Keroma Eco Resort Muar Johor
Laporan Program Sinergi JNNM 2023 Desa Keroma Eco Resort 26 hingga 27 September 2023 1.0 OBJEKTIF Melalui program ini, JNNM berhasrat: i. memperkasakan institusi pendidikan dengan mewujudkan hubungan yang baik antara JNNM dan warga pendidikan di Sekolah Menengah Maahad Tahfiz Muar, Johor menerusi aktiviti perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik; ii. memantapkan amalan budaya kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi; iii. mewujudkan satu pasukan yang mantap, persefahaman dan sentiasa menyokong kepimpinan organisasi; iv. meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal dalam kerja berpasukan; dan v. membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang. 3.0 TARIKH Program Sinergi ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada 26 September 2023 hingga 27 September 2023. 4.0 TEMPAT Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar dan Desa Keroma Eco Resort, Muar 5.0 JUSTIFIKASI PROGRAM INI DIADAKAN 5.1 Program ini dilaksanakan berkonsepkan pembangunan dan pemantapan profesional diri yang merupakan program khas tahunan JNNM; dan 5.2 Warga JNNM dapat menyegarkan kembali semangat kerja sepasukan, mengeratkan hubungan dan bertukar-tukar fikiran, idea, pengetahuan dan pengalaman yang dapat dipergunakan untuk mempertingkatkan prestasi kerja.
Senarai AJK AJK NAMA TUGAS Pengarah Program Mohd Razi bin Mohd Razali i. Bertanggungjawab memastikan program berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat. ii. Memantau semua AJK dan urusetia menjalankan tugas mengikut perancangan. Setiausaha Nor Suhaila binti Abdul i. Membantu Pengarah Program dalam memastikan program berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat ii. Menyediakan surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat. Bendahari Zainuddin bin Jamia’an i. Bertanggungjawab mengurus, mengawal dan apa sahaja urusan yang berkaitan dengan kewangan. ii. Menyediakan perbelanjaan dan anggaran bajet gerak kerja program. iii. Menyedia dan menyiapkan laporan kewangan program Pengangkutan Mohd Jamil bin Raffie i. Mengurus, menyusun atur pengangkutan sepanjang program berlangsung. ii. Membuat pembahagian tugas dikalangan pemandu. iii. Menyediakan jadual perjalanan dan keperluan pengangkutan sepanjang program. iv. Memastikan sentiasa ada kenderaan di lokasi urusetia untuk hal-hal kecemasan. v. Memastikan pengangkutan dapat disediakan semasa aktiviti. vi. Bekerjasama dengan semua JK yang memerlukan kenderaan. Jamuan Hj Badrul Hisham bin Abd Karim i. Menguruskan dan menempah makan minum peserta. ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan makan minum. iii. Menerapkan elemen-elemen kekeluargaan/ukhwah sepanjang perjalanan jamuan Penginapan Nurhilyati binti Musa i. Menguruskan penginapan peserta pada hari pendaftaran sehingga tamat program. ii. Menyediakan keperluan bajet untuk penginapan iii. Menyusun peserta untuk mengikut bilik yang sesuai iv. Menyelasaikan masalah penginapan yang berbangkit v. Bekerjasama dengan ajk keselamatan. vi. Menyediakan peta kawasan penginapan. vii. Menerapkan elemen-elemen kekeluargaan/ukhwah sepanjang perjalanan aktiviti Cenderamata/ Sijil/ Pendaftaran Rosnah binti Jani Noraishah binti Nordin i. Mendapatkan senarai nama dan maklumat pesertan. ii. Bekerjasama dengan ajk penginapan. iii. Menguruskan hadiah untuk aktiviti team building dan aktiviti bertukar-tukar hadiah iv. Menyediakan sijil dan ajk yang terlibat. v. Menyediakan anggaran bajet. Aktiviti Team Building Mohd Razi bin Mohamad Razali, Nor Suhaila binti Abdul i. Menyediakan bahan / keperluan kursus serta keperluan bajet untuk aktiviti team bulding ii. Menyediakan kumpulan peserta team bulding iii. Mencari tenaga pengajar yang sesuai dengan kursus.Merancang tempat dan masa aktiviti yang bakal diadakan.
iv. Menerapkan elemen-elemen kekeluargaan/ukhwah sepanjang perjalanan aktiviti Senamrobik/Ri adah/ Memancing Hj Mansor bin Kasim i. Merancang, mengurus dan mengendalikan aktiviti senamrobik ii. Memilih kawasan yang sesuai untuk aktiviti memancing iii. Menyediakan peralatan yang diperlukan / sesuai dengan sukan yang diadakan. iv. Bekerjasama dengan jawatankuasa cenderamata. v. Menyediakan keperluan bajet untuk aktiviti sukan. vi. Menerapkan elemen-elemen kekeluargaan Jurugambar/D okumentasi Noraishah Nordin i. Mengumpul gambar-gambar dan video sepanjang aktiviti berlangsung ii. Menyediakan laporan lengkap program selepas aktiviti selesai. Keselamatan/k esihatan Kamala Nathan A/L Nakar Salapan, Noraishah Nordin i. Menguruskan dan memohon bantuan daripada pasukan keselamatan jika ada kecemasan ii. Memastikan keselamatan peserta dan ajk sepanjang program berlangsung bekerjasama dengan ajk penginapan. iii. Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal kecemasan (on-call) Kerohanian Mohd zulkifli Bahaudin i. Membaca doa ii. Mengendalikan aktiviti kerohanian Pegawai Perhubungan Luar Hj Badrul Hisham bin Abd Karim, Hj Mansor bin Kasim i. Membantu AJK program dalam memudahkan pengurusan dengan pihak melalui kerjasama dengan penduduk setempat. 6.0 AKTIVITI 6.1 Lawatan Penanda Arasan Lawatan penanda arasan diadakan di SMK Maahad Muar Ulul Albab pada 26 September 2023. Pihak pengurusan sekolah telah berkongsi amalan baik yang dijalankan di sekolah mengikut unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.
6.2 TEAM BUILDING Aktiviti team building diadakan di Desa Keroma Eco Resort Muar. Semua peserta bermalam di resort tersebut sehingga 27 September 2023. a. Aktiviti ice breaking
b. Team Building Membina menara tertinggi menggunakan kertas, botol mineral dan sellotape. Membuat operasi matematik dengan menggunakan lidi c. Sambutan Hari Lahir Dan Dinner D’ Tiram Muar
d. Tazkirah Makan malam bersama semua warga JNNM bagi mengeratkan ukhwah dan semangat kebersamaan. Sambutan hari lahir turut diadakan bagi mewujudkan budaya saling menghargai dan perihatin terhadap sesama warga Tazkirah pagi diadakan bagi melengkapkan pengisian kerohanian bagi tujuan saling ingat mengingati agar dapat mencetuskan keinginan serta kesedaran untuk tidak berterusan membuat perkara amal dan meninggalkan perkara mungkar
e. Senamrobik f. Menyelusuri Desa Keroma Eco Resort menaiki ATV Pengisian amalan kehidupan sihat turut dilaksanakan dalam senamrobik pada sebelah pagi bertujuan untuk memastikan warga JNNM sentiasa cergas dan sihat, serta dapat memupuk budaya senaman sebagai amalan rutin
g. Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penutup 7.0 KEKUATAN PROGRAM 7.1 Semua aktiviti dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. 7.2 Penginapan yang selesa dan bersesuaian dengan aktiviti 7.3 Semua aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama daripada semua peserta yang hadir. Selain senamrobik, aktiviti riadah lain seperti menaiki ATV turut diadakan bagi mengisi slot rekreasi Penghargaan berupa hamper diberikan kepada warga JNNM yang telah memberikan komitmen dalam pertandingan yang dianjurkan sepanjang program berlangsung
7.4 Aktiviti yang ringkas namun dapat mewujudkan sifat kerjasama dan mengeratkan silatrurrahim. 8.0 KELEMAHAN PROGRAM 8.1 Pelibatan peserta adalah tidak menyeluruh kerana hanya 10 peserta daripada 17 orang yang hadir. Ketidakhadiran adalah diatas pelbagai sebab yang rasmi dan tidak rasmi. 8.2 Aktiviti yang dijalankan kurang mencabar fizikal dan mental 9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 9.1 Penyertaan program perlu melibatkan semua warga JNNM dan diminitkan di dalam mesyuarat pengurusan. Ketidakhadiran perlulah dibuat secara rasmi agar program ini dapat memberi kesan kepada semua warga JNNM dan bukan pada sebahagian peserta sahaja. 9.2. Aktiviti dijalankan di tempat yang lebih mencabar dan mengambil masa lebih dari 2 hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (NOR SUHAILA BINTI ABDUL) Setiausaha KKR JNNM 2023/2024 (MOHD RAZI BIN MOHAMAD RAZALI) Pengerusi KKR JNNM 2023/2024