PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAANST. LUKE(M)MUNGGU SABUN, JALAN SABU, 95000, SRI AMANMINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/2024 TARIKH : 23 OGOS 2023 HARI : RABU MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN DATUK BOLLY LAPOK, GEREJA ST LUKE, SRI AMANKEHADIRAN : 192 ORANG (rujuk lampiran) Bil. Agenda Tindakan1.0 Ucapan Penasihat PIBG Makumanibubapa/penjagadanguru1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Penasihat PIBG SK St. Luke (M), Encik Marcus Linggie anak Francis Ininmerangkap Guru Besar SK St. Luke (M) mengalu-alukan kehadiran semuaexco PIBG, ibu bapa, penjaga dan guru yang hadir ke Mesyuarat TahunanPIBG. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staff sokongan atas persiapan Mesyuarat PIBG kali ini. Beliau memaklumkanbahawa YDP PIBG Encik Simon anak Uchong tidak dapat hadir keranasedang menghadiri mesyuarat di Kuching. Begitu juga dengan Naib YDPPIBG Encik Kevin Igoh yang kurang sihat. Beliau turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan AJKPIBG 2022/2023 kerana membantu pengurusan sekolah dalammerealisasikan program sama ada dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM), mahupun bidang ko-kurikulum juga memberi sokongan moral dalam menjalankan pelbagai aktiviti. Beliau memberitahu bahawa pihaksekolah tidak dapat membangunkan sekolah tanpa daripada sokongansemua ahli PIBG. Ibu bapa perlu berkerjasam dengan sekolah dalammembina kemenjadian murid yang positif. Beliau mengingatkan kepada semua hadirin mengenai arahan daripadaKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu AJK PIBG merupakan satuBadan Bukan Kerajaan ‘Non Government Organization’ (NGO) dan tidakboleh bergabung dengan NGO yang lain. Beliau juga menegaskan bahawasetiap aktiviti yang akan dijalankan mestilah mengikut garis panduanperlembagaan yang telah dibuat. Pihak sekolah perlu menghantar laporankehadiran ibu bapa untuk aktiviti yang melibatkan ibu bapa sepanjangtahun kepada Unuit Pengurusan Sekolah di Pejabat Pendidikan DaerahSri Aman. Kemenjadian ini dapat dilihat dalam bidang akademik, sahsiah dan Ko- akademik. Beliau memaklumkan bahawa SK ST. Luke (M) banyakmemenangkan pertandingan e-MAS di peringkat Daerah Sri Aman danmewakili Sri Aman ke peringkat negeri seperti Public Speaking, Choral Speaking, Bicara Berirama, Deklamasi Sajak, Seni Visual dan PeotryRecatation. Beliau turut menekan KESEDIAAN MURID sebelum memasuki alampersekolahan yang formal. Beliau memohon kerjasama ibu bapa supaya
1.6 1.7 1.8 1.9 menyediakan anak masing-masing dengan kemahiran-kemahiran utamaseperti membaca. Pastikan anak-anak sudah kenal huruf, nombor danboleh membaca sekurang-kurangnya ayat mudah sebelum memasuki kelasTahun 1. Guru Besar turut meminta bantuan ibu bapa atau penjaga untuk memantaukerja rumah anak-anak masing-masing sebab banyak laporan daripadaguru menyatakan segelintir murid tidak membuat latihan yang diberi olehguru matapelajaran mereka. Terdapat juga murid tidak ada alat tulis danbuku semasa di sekolah. Beliau memohon ibu bapa / penjaga memantaudan menyediakan keperluan sekolah anak masing-masing. Di samping itu, Guru Besar turut menyentuh tentang tabiat ibu bapa yangmementingkan diri sendiri semasa menghantar atau mengambil anak di luar sekolah. Terdapat ibu bapa yang parking sesuka hati sehinggamenyebabkan kesesakan lalu lintas. Dari segi etika pakaian, Guru Besar memohon jasa baik semua ibu bapadan penjaga supaya menghormati sekolah sebagai tempat menimba ilmu. Beliau meminta supaya pakaian yang digunakan semasa menghantar anakke sekolah tidak menjolok mata. Gunakan pakaian yang sesuai semasaberurusan di dalam sekolah. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau menyampaikan beberapa cadangandaripada pihak sekolah dalam menambahbaik kebajikan murid, mengumpul dana PIBG dan keceriaan sekolah. Cadangan ini memerlukan persetujuandaripada ahli PIBG. 1.9.1 Pihak sekolah ingin mengadakan Majlis Makan MalamPIBGdalambulan Oktober 2023. 1.9.2 Program Keceriaan : 1 Keluarga, 1 Pasu yang telah ditanamdenganbunga kertas. 1.9.3 Perbelanjaan untuk murid apabila mereka mewakili sekolah di luar sekolah (bersemuka) perlu dinaikkan lagi dari RM3.00 seorang. 2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Sesi 2022/20232.1 2.2 2.3 Encik Wellington Mujah anak Philip Mujah selaku setiausaha PIBGtelahmembentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG dan lampiran kehadiran bagi sesi 2022/2023 untuk disahkan. Tiada hal-hal berbangkit dari minit Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 Puan Kacha anak Tinggie (ibu kepada Agnes 2M dan Angel 6P) telah mengesahkan minit dan disokong oleh semua ahli PIBG yang hadir. 3.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2020/2021 3.1 3.2 Encik Wellington Mujah anak Philip Mujah setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG untuk diterima. Encik Melin anak Uton (bapa kepada Yelka 6M) mengesahkan Laporan
Aktiviti Tahunan PIBG dan disokong oleh oleh semua ahli PIBGyang hadir. 4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBGTahun2022/2023 4.1 4.2 4.3 Puan Teria anak Wilson Jali selaku Bendahari PIBG membentangkan Laporan Penyata Kewangan dari 1 Oktober 2022 dan berakhir pada 20 Ogos 2023 untuk diterima. Tiada perkara berbangkit daripada Laporan Penyata Kewangan yang dibentangkan. Puan Jelina anak Ibai (ibu kepada Veronica Nasa 5P) mengesahkan Laporan Penyata Kewangan dari 1 Oktober 2022 dan berakhir pada 20 Ogos 2023 dan disokong oleh semua ahli PIBG yang hadir. 5.0 Perkara Lain Makumanibubapa/penjagadanguru5.1 5.1. 1 5.1. 2 5.1. 3 5.2 5.3 5.4 Jawapan kepada cadangan Penasihat PIBG Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Majlis Makan MalamPIBG dalam bulan Oktober 2023. Mereka akan memberi kerjasama untukmenjayakan Majlis Makan Malam tersebut. Encik Ezra Memose Andil bersetuju dengan cadangan ProgramKeceriaan: 1 Keluarga, 1 Pasu yang telah ditanam dengan bunga kertas. Beliaubertanya, bilakah program tersebut mula dijalankan. Cikgu HalimatusSaadiah memaklumkan bahawa program tersebut akan dilaksanakanselepas cuti nanti selepas surat pemberitahuan program akan diedarkan. Puan Lansing anak Bansi (nenek Jaenthisya Eyka Wee) bersetujuperbelanjaan untuk murid apabila mereka mewakili sekolah di luar sekolah(bersemuka) perlu dinaikkan lagi dari RM3.00 seorang kepada RM10.00jika tidak bermalam dan kepada RM15.00 seorang jika bermalam. Cadangan beliau dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. Ketibaan murid di sekolah waktu pagi Cikgu Madeline Nuli meminta ibu bapa dan penjaga menghantar anak kesekolah sebelum pukul 6.50 pagi kerana sebelum kelas bermula pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah. Antaranya adalah nyanyian lagu Negerakudan Ibu Pertiwiku, bacaan doa dan program Speaker Corner atau Sudut Pidato. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid untuk lebih petah bercakapdi kelayak ramai di samping memberi keyakinan kepada murid. Majlis Makan Malam PIBG Selaku Penyelaras Makan Malam PIBG 2023, cikgu Madeline Nuli memaklumkan bahawa pada tahun 2013 adalah tahun terakhir PIBGmengadakan Majlis Makan Malam sempena menyambut 150 tahunSt. Luke ditubuhkan. Oleh itu beliau menyeru supaya semua ahli PIBGmemberi sokongan penuh supaya Majlis Makan Malam2023 berjaya. Mesyuarat bersama exco PIBG akan diadakan bagi penubuhan AJK. Sambutan 160 Tahun St. Luke Cikgu Madeline Nuli juga turut memaklumkan kepada semua ahli
5.5 5.6 5.7 mesyuarat bahawa pihak Gereja St. Luke, SMK St. Luke (M) dan SKSt. Luke (M) akan mengadakan Sambutan 160 Tahun St. Luke. Salah satuaktiviti yang akan dibuat adalah memohon sumbangan ikhlas daripadasetiap keluarga murid yang bersekolah di SK St. Luke (M). Ia adalah salahsatu cara untuk membalas serta menghargai pihak gereja yang sentiasamembenarkan pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti di Dewan DatukBolly Lapok. Hari Pemuafakatan (Pelaporan PBD) Cikgu Madeline Nuli memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawaHari Pemuafakakatan atau Pelaporan PBD akan diadakan selepas cuti Pertengahan Persekolahan. Ibu bapa diwajibkan hadir untuk mengetahupencapaian anak dengan lebih lanjut. Data Maklumat HEM Cikgu Halimatus Saadiah selaku Penolong Kanan HEM meminta ibu bapasentiasa update maklumat penting seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal, jumlahtanggungan, pendapatan jika ada perubahan. Kegagalan berbuat sedemikian boleh menyebabkan anak gagal mendapat bantuan-bantuanyang disediakan oleh KPM. Masalah Kesihatan Mata Penolong Kanan HEM memohon bantuan ibu bapa / penjaga memantaujumlah masa anak menggunakan HP. Jika anak terlalu lama menggunakanHP, mata mereka boleh rosak dengan lebih awal. Ini dibuktikan bahawajumlah murid yang menggunakan cermin mata di sekolah ini semakinramai. Ibu bapa juga perlu memantau kandungan HP anak masing-masing takut mereka download perisian yang tidak sihat. 6.0 Ucapan Penangguhan Penasihat PIBG, Encik Marcus Linggie anak Francis Inin mengucapkan terimaSemuakasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta guru yang hadir dalamMesyuarat Agung PIBG sesi 2023 / 2024. Beliau berharap dapat menggabungkanidea dan kerjasama dari semua ahli PIBG. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.40 petang Disediakan oleh,
.................................... WELLINGTON MUJAH ANAK PHILIP MUJAH Setiausaha Persatuan Ibu bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan St. Luke (M), Sri Aman Tarikh : 24 Ogos 2023