The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yogen Balan, 2023-10-09 20:47:04

E-MAJALAH

E-MAJALAH

MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-MAJALAH SUKAN DAN PERPADUAN UST.MOHD SABRI BIN ALIAS RAGUNATHAN A/L MOHAN 06DKM21F1106 NAVINASAH A/L SARAVANAN 06DKM21F1118 YOGENTHIRAN A/L BALAN 06DKM21F1050 MUHAMMAD HASARUDEEN 06DKM21F1005 DIVESH DASS A/L MANICA DASS 06DAD21F1107 AMMAR SYAKIRIN BIN NORDIN 06DKM21F1108 1


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN 4 3 SEJARAH SUKAN 5 4 PERPADUAN DALAM SUKAN 6 5 KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN 7 6 PERANAN SUKAN DARI SEGI PARPADUN 8 7 CONTOH-CONTOH SUKAN 9 8 CONTOH ATLET SUKAN YANG TERKENAL 10 9 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN 11 10 OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN 12 11 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID 13 12 PENDIDIKAN 14 13 KESIMPULAN 15 14 RUJUKAN 16 2


PENGENALAN Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti diskriminisi,pengasingan dan sebagainya. 3


MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN Sukan adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu untuk memantapkan staminanya. Sukan adalah sejenis latihan gerak badan dan permainan. Sukan juga boleh ditafsirkan sebagai aktiviti rekreasi jika ia dilakukan pada waktu lapang ataupun dengan motif menjaga kesihatan. Sukan terbahagi kepada dua iaitu sukan 'indoor dan 'outdoor'. Sukan 'indoor' ialah sukan yang menggunakan tenaga tetapi banyak menggunakan minda contohnya catur, badminton dan lain-lain. Sukan 'outdoor' pula ialah sukan yang banyak menggunakan tenaga dan anggota badan contohnya bola sepak berenang dan lain-lain. SUKAN PERPADUAN Perpaduan meruapakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. 4


SEJARAH SUKAN Sukan Zaman Kolonial -Sebelum Merdeka (Pengaruh Barat) Pentadbiran British, kedatangan tentera dan pembukaan sekolah mubaligh pada abad ke-19 meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan aktiviti sukan di Malaysia. "Establishment of the colonial education had the mostpervasive influence on the development of sports in Malaya" (Gullick 1991). Sukan yang dibawa oleh penjajah adalah seperti: badminton, bola sepak, kriket, ragbi, hoki dan tenis. Selepas Merdeka - Sukan bola keranjang, ping pong dan bola tampar dibawa oleh kaum imigran dari Cina dan diperluas dalam sistem pelajaran vernakular Cina. Sukan-sukan ini merupakan aktiviti riadah yang popular di kawasan tinggal mereka dan juga menjadi ciri utama budaya sekolah Cina. Lawatan oleh pasukan dari Hong Kong dan Negara China perkembangan sukan - sukan ini 5


PERPADUAN DALAM SUKAN Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Sebagai contoh detik perpaduan ialah perlawanan bola sepak. Perlawanan ini adalah antara satu daripada saat dan detik perpaduan yang jelas dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Budaya ini harus diteruskan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan yang utuh. 6


KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN - Menambahkan pendapatan negara.Contohnya, kehadiran pelancong untuk menonton sukan yang dianjurkan-pengaliran wang masuk melalui penginapan, pengangkutan dan sebagainya. - Dapat membanteras gejala yang tidak sihat - Menjamin kesihatan diri dan dapat mengurangkan tekanan -Mewujudkan masyarakat yang harmoni. - Memajukan ekonomi negara -Dapat menarik minat pelancong luar untuk datang ke Malaysia melihat kepelbagaian kaum,agama dan budaya hidup bersatu padu tanpa diskriminasi. 7


PERANAN SUKAN DARI SEGI PARPADUN 1)Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. II)Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain III)Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum. IV)Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain 8


CONTOH-CONTOH SUKAN ) Bola Sepak 2) Badminton 3) Bola Jaring 4) Olahraga 5) Ragbi 6) Bola Baling 7) Tinju 8) Tennis 9) Gimnastik 10) Golf 11) Gusti 12) Hoki 13) Judo 14) Ping pong 15) Memanah 16) Silat 9


CONTOH ATLET SUKAN YANG TERKENAL Begitu juga dengan sukan yang lain. Tidak kira apa bangsa dan agama,ianya tidak menjadi halangan untuk peminat dan menonton menyaksi dan menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah mereka bermain untuk negara.Begitu juga dengan penyokong, mereka tidak menyokong individu sebagai ahli sukan,tetapi menyokong ahli sukan tersebut sebaggai pemain yang mewakili negara. Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei ? Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia mengenali nama tersebut iaitu pemain badminton nombor satu Malaysia. Walaupun beliau adalah berbangsa Cina,namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan meminati setiap perlawanan beliau di setiap pertandingan badminton. 10


FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN -PERINGKAT INDIVIDU Menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi masa lapang secara berfaedah. -PERINGKAT MASYARAKAT Meyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara pelbagai kaum. peningkatan tahap kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan, kerjasama dan sokongan. -PERINGKAT ANTARABANGSA Meyumbang kepada pemupukan jalinan dan Kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing. 11


OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN 1) Dapat memupuk semangat kerjasama antara masyarakat. 2) Dapat membentuk masyarakat yang disiplin serta membantu melahirkan masyarakat harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara. 3) Membina masyarakat yang berkeyakinan dan bersefahaman. 4) Mengeratkan hubungan baik antara negara atau negeri. Misalnya, SUKMA yang diadakan setiap tahun untuk mengeratkan hubungan antara negeri. 12


USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID 1. Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menempatkan murid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan. 2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan dalam bidang sukan. 3. Setiap tahun, Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dianjurkan untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan. 4. Pengenalan Rancangan Intergrasi Murid Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. 13


BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN Sukan dikenali sebagai agen perpaduan kerana dapat menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, hubungan silaturahim dapat dieratkan dengan melalukan aktiviti bersukan sekaligus dapat mendidik disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dengan mengadakan program yang besar seperti Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton. Disamping itu, bersukan juga menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan Negara. Akhir sekali, jika semangat perpaduan ini diteruskan dan rakyat bersatu padu, kemajuan negara mesti dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan China. 14


KESIMPULAN Kesimpulannya, aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. 15


RUJUKAN https://www.google.com/search?q=lee+chong+wei&tbm=isch&ved=2ahUKEwi1z736pOaBAxU3m2MGHagRD9EQ 2- cCegQIABAA&oq=LEE&gs_lcp=CgNpbWcQARgAMgQIIxAnMg0IABCKBRCxAxCDARBDMgoIABCKBRCxAxBDMgcIAB CKBRBDMgcIABCKBRBDMgcIABCKBRBDMgUIABCABDIICAAQgAQQsQMyCAgAEIAEELEDMgUIABCABDoHCCMQ6gI QJ1CzB1iVEWCLF2gBcAB4AIABzgGIAbkFkgEFMC4zLjGYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ7ABCsABAQ&sclient=img &ei=mIoiZbWjJre2juMPqKO8iA0&bih=651&biw=1366 https://shellyfenx.blogspot.com/2020/10/e-folio-penghayatan-etika-danperadaban.html#:~:text=Sukan%20dan%20perpaduan%20berperanan%20sebagai,luasnya%20bagi%20mereka%2 0yang%20berminat. https://www.google.com/search?q=sukan+dan+perpaduan+&sca_esv=571701597&sxsrf=AM9HkKkvchjGiAZa393 eol2qgZUnkkJz4g%3A1696758912821&ei=gHwiZfHUMeTe4-EP0fWvyAs&ved=0ahUKEwjxlJLClaBAxVk7zgGHdH6C7kQ4dUDCBA&uact=5&oq=sukan+dan+perpaduan+&gs_lp=Egxnd3Mtd2l6LXNlcnAiFHN1a2Fu IGRhbiBwZXJwYWR1YW4gMgQQIxgnMgUQABiABDIGEAAYFhgeMgYQABgWGB4yBhAAGBYYHjIGEAAYFhgeMgYQA BgWGB4yBhAAGBYYHjIGEAAYFhgeMgYQABgWGB5IzRdQzA9YzA9wA3gAkAEAmAHlAaABgKqAQUwLjEuMbgBA8gBAPgBAcICChAAGEcY1gQYsAPiAwQYACBBiAYBkAYC&sclient=gws-wiz-serp 16


17


Click to View FlipBook Version